Monday, July 16, 2012

Kelantan sana sini...

Pegawai SPRM kena ugut

KOTA BHARU - Polis Kelantan sudah mengenal pasti suspek yang mengugut dua pegawai Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) ketika serbuan dilakukan pihak terbabit di sebuah lombong emas yang beroperasi secara haram di Sungai Mas, Felda Perasu Gua Musang di sini Jumaat lalu. Selanjutnya sini.

Ketua Polis Negeri: Banyak kes juvana di Kelantan tidak di lapor

KOTA BHARU - Ramai ibu bapa di negeri ini tidak melaporkan kesalahan juvana melibatkan anak-anak mereka kerana mahu menjaga nama baik keluarga, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman. Selanjutnya sini.

5,000 pengunjung mengikuti ceramah siri jelajah Hasan Ali

MACHANG - Sekalipun dibasahi hujan, lebih 5,000 pengunjung tidak berganjak dari mengikuti ceramah siri jelajah bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr Hasan Ali di Sekolah Kebangsaan Machang 1, di sini, semalam. Selanjutnya sini.

Siakap dibela mati tiap pagi

TUMPAT – Beberapa penternak ikan siakap dalam sangkar di Jubakar Pantai di sini, mengalami kerugian RM20,000 apabila ikan mereka mati dipercayai akibat air tercemar. Selanjutnya sini.

Merempat dalam kubu Jepun

KAMPUNG NIPAH – Tiga beradik dekat sini terpaksa merempat dalam sebuah kubu tinggalan Jepun ketika Perang Dunia Kedua akibat kesempitan hidup. Selanjutnya sini.

Rumah jadi masalah utama

MACHANG - Masalah rumah adalah masalah utama penduduk di sekitar Parlimen Machang, berikutan itu ada yang perlu rumah baru atau dibaik pulih. Selanjutnya sini.


Psst...negeri serambi Mekah la katakan...

5 comments:

  1. ehh..ehh..bkan bawah pemerintahan pas memang semuanya baik belaka ka di kelantan? ke smua orang tido sampai emas pun kena curi ish..ish..masih ada lagi yang duduk gua kat sana no..

    ReplyDelete
  2. Den baru balik dari Kelantan. Bukan main ramai pelancong datang. Destinasi pelancungan utama di Semenanjung Malaysia.

    Makanan cukup sedap dan murah. Begitu juga barangan. Di sini kami ke mana-mana rasa cukup selamat. Rasanya di sini paling selamat dari segi jenayah (ragut/rompak).

    Iyolah.. kok jujur nak kumpul masalah dan isu spt yang disenarai tu, nogori2 lain lagi melampoh raso e..

    Tapi, apo nak buek, terpakso spin dan putar bolit maklumat.. Nak bontuk persepsi konon..yang ponting sekali.. masyuuuuuuukkk!!!

    ReplyDelete
  3. Negeri lain pun selamat yor anon. Bukan kelantan yor doh. Paling tak selamat kl dan selangor skrg nih sobab yang pogang dap. Kok nak kato ramai pelancong datang, den raso ramai laie sarawak, sabah, johor ngan terengganu. Kok nak makan murah dan tak kotor macam kodai dan restoran kat kelantan, nogori lain pun belambak. N9 pun murah yor kek pilah, rombau, jompul, jolobu, tampin.

    Kelantan makan murah, tapi manih dan kotor. Teh pun pakai teh pewarna. Air paip keruh dan berbau. Toilet kodai pun pakai jamban curah yg dah wujud sojak zaman tun razak. Apo barang tak berubah2 laie? Den taulah sobab den setahun 4-5 kali pi kelantan poik.

    ReplyDelete
  4. nor kelantanese..

    ada yang aku setuju dengan apa yang ko cakap..n ada yang aku xsetuju..

    ramai ek pelancong ke johor (aku cakap johor sebab aku setiap bulan balik kampung kat johor)..tang mana yang ramainya pelancong tu..

    tempat makan murah tu, yang ko sebut pun daerah kecik..try la sebut seremban ke, senawang ke..aku rasa teruja gak..

    ko selalu gi kelantan kan, aku xtau ceruk mana ko gi, tapi try gi makan kubang kerian, pengkalan chepa, kota bharu..pastu ko bandingkan harga..

    tentang kotor, ada betul tapi xsemua kedai ok..tapi aku xbpleh terima tentang manis..tu dah jadi tradisi makanan sana..ala bukanke n9 punya masakan pedas ke, makanan ikut budaya tempatan la..tu pun nak komplen..

    cuba ko cakap kedai makan mana yang xguna teh pewarna..boleh dikira dengan jari beb..sebab murah..

    air paip kat kelantan memang hampeh..toilet mana yang ko pegi aku xtau la, masih tertanya ada lagi ke..

    untuk makluman aku gi kelantan 2-3 kali SEBULAN..

    ReplyDelete
  5. Pilah, jempol, jolebu, tampin, rombau tu sumo ekau sobut daerah kocik? Ekau oghang mano ein? Senawang ngan somban pun banyak yor tompek murah dan sodap. Cumo ekau yor yang tak ghoti carik. Negeri2 yang bukan dok dokek sempadan jarang pakai teh pewarna poik. Kecuali pantai timur dan utara mmg banyak. N9 susah nak jumpo kodai pakai teh pewarna. Ekau tau tak camno ghoman eh teh pewarna tuh?

    Heheh..eden selalu ke kb, tanah merah, gua musang, pasir mas, jeli, kubang kerian, pengkalan cepa, kuala balah, kuala krai, ketereh, merapoh, chegar prah, machang..bla..bla...sbb itu kawasan ruang lingkup kojo den. So mano laie kek kelantan den bolun poie. Sekali den poie, 2-3 minggu den kek sano. Ekau poie 2-3 kali sebulan berapo lamo ekau stay satu2 kawasan?

    Ekau tak tau kawasan mano johor ramai pelancong. Heheh. Mano kg ekau tuh? Nampak na ekau ni jarang konvoi misi jalan2 cari makan dan cuti2 malaysia.

    ReplyDelete