Tuesday, December 18, 2012

Bagi free pun tak nak!


Buku biografi tentang isteri PM baru sahaja dilancarkan. Biografi Rosmah Mansor. Belum pun habis tempoh satu penggal Najib menjadi PM, isteri beliau telah mampu mengumpul banyak bahan untuk melahirkan sebuah biografi?!

Seorang Timbalan Menteri yang masih di dalam Kerajaan telah menjadi penasihat penerbitan biografi tersebut. Ahmad Maslan mungkin menasihat supaya biografi mesti dilancarkan segera sebelum PRU-13 pada bulan Februari.

Biografi Rosmah Mansor yang nipisnya 164 muka surat dikira sekadar biografi santai sebaris buku-buku novel yang bersepah di pasaran.

Jika dibandingkan dengan ketebalannya dan harganya RM154, ia dikira sedikit mahal. Kelazimannya biografi 'rich and famous' sangat tebal kerana garapan bahan yang sarat dari asal usul keturunan sehingga kepada hari tua.

Memandangkan Najib masih baru sebagai PM banyak perkara khasnya 'the true confession' mungkin tidak dituliskan di dalam biografi ini kerana dibimbangi fakta-fakta tersebut akan menjadi bahan kepada pembangkang untuk menembak Najib.

Seperti kenyataan Ahmad Maslan beliau berharap biografi ini dapat memberi gambaran sebenar mengenai Rosmah dan menangkis pelbagai tohmahan yang dilemparkan terhadap beliau. Dalam erti kata lain biarlah isteri PM menjadi aset, bukannya liabilities kepada parti yang memerintah atau jadilah 'winnable wife'.

Persoalannya teruk sangatkah tohmahan yang dilemparkan sehingga terpaksa diterbitkan biografi yang dijual dengan harga yang agak mahal?

Sama-sama lah kita tunggu apa ceritanya yang ditulis oleh Siti Rohayah Attan dan Noraini Abdul Razak apabila diedarkan pada Januari nanti. Jeng..jeng..jeng... - MR.

7 comments:

  1. insaflah P.miang, Ayat 28 Surah Ali-imran adalah diamal oleh UMNO dgn bersekongkol dgn MCA MIC menzalimi/menyekat hak dan kebebasan orang kelantan sejak merdeka lagi.Di kelantan kerajaan berlandaskan islam telag menang sejak p/raya pertama lagi,patutkah UMNO gulingkan dgn MAGERAN 1978?? Patutkah kerajaan PAS kelantan perangi UMNO sprti yang disarankan Allah SWT pd Ayat 216 Surah Al-Baqorah yang kamu kemukakan??

    ReplyDelete
  2. Orang tak sekolah je beli buku bodo ni..bodo macam papagomok..kesian bik mama gomok nak glamer..dia suci tapi gomok.kihkihkih

    ReplyDelete
  3. Bodohnya bangsa melayu! Apa tiada lagikah hempedu dan hati bersih untuk bercakap kearah perpaduan. Guna otak bangsa kamu telah dijajah lebih 300 tahun.

    ReplyDelete
  4. Ada ramai orang yang hatinya sakit di sini... - Anak Bumi Bertuah

    ReplyDelete
  5. Siapa kata PAS parti Islam ? PAS hanyalah satu parti politik berkebajikan.Jangan taksub dengan PAS yang lebih rela bekerjasama dengan DAPig.Tidak hairan di N9 tak ado siapo yang maun doo..

    ReplyDelete
  6. Bodohnya melayu gemok nak perpaduan tapi juga mahu glamer.kasihan melayu kampong yg ditipu tak tahu apa..hati melayu sakit melihat gelagat melayu gemok berlaki bapok?ayahanda bapok pekidam n perkosa pon tak dapek nak menolong ni..cukupla melayu kena tipu bulat2 macam badak bulat.biar rakyat kampong yg insaf buat perhitungan

    ReplyDelete
  7. Cuba tengok tahun depan. besepah-sepah buku ni kat sekolah-sekolah dan opis kerajaan. Kementerian akan dipaksa beli. Masyukkk...kak rosmah kita. Tu yang baru pelancaran dah tersenyum lebar sampai telinga tu.

    ReplyDelete