Tuesday, December 18, 2012

Demi anak...


Demi anak, Pakcik (dalam gambar) ini (yang) tinggal di Gombak (sanggup meng)hantar anaknya (hanya dengan menaiki motor untuk mendaftar) di IPG Melaka.

Nak dijadikan cerita, Pakcik ni tersalah masuk jalan (ke) Seremban dari Gombak dan terus ikut (jalan) Bukit Putus melalui Kuala Pilah untuk ke Melaka (ikut arah) Tampin.

Katanya lagi, mereka berdua beranak bertolak dari Gombak (jam) 3 pagi dan (singgah) solat subuh di Nilai (dan) kemudian meneruskan perjalananan, (serta singgah) sarapan di Kuala Pilah.

Bila mendengar cerita Pakcik ni, dalam hati aku berkata, "Balik dari Melaka ni, aku akan ikut jalan balik ke Seremban, ikut jalan yang Pakcik ni lalu tadi."

Bila selesai (urusan) di IPG (Institut Perguruan), balik (sa)ja, terus (aku) ikut jalan tersebut, iaitu dari Melaka ke Seremban, melalui Tampin dan Kuala Pilah. Boleh tahan juga jalan tersebut dengan selekohnya yang tajam dan lori lagi...

Cuba kita bayangkan Pakcik ni dengan anaknya melalui jalan ni (naik motor) dengan beg dan bekalan mereka...sebak hati bila mendengar cerita Pakcik ni.

Di kesempatan ini, aku sendiri (telah menawarkan) Pakcik ni pada (h)ari Jumaat ni, "Pakcik tak perlula(h) amik anak Pakcik. Nanti saya akan hantarkan anak Pakcik sekali ke Gombak."

Sayu hati (me)lihat wajah seorang ayah yang sanggup bersusah payah untuk anaknya, agar anaknya sentiasa berjaya depan matanya sendiri.

Semoga Allah memberi rez(e)ki yg melimpah ruah pada keluarga Pakcik ni...

(Ke)pada semua, hargaila(h) ayah, bapa, walid, daddy, papa, baba kita selagi mereka masih hidup. Kasih mereka tidak pernah luntur untuk kita yang bernama anak.

Jangan ingat kitalah orang yang paling susah, (hakikatnya) ramai lagi yang hidup (lebih) susah berbanding kita. Ingat juga, jangan kita sombong, kedekut ketika kita senang (kerana) kita belum tahu bagaimana (nasib) kita di hari kita susah nanti. Renung-renungkan dan selamat beramal!

- Pena: Kee Perantau Simpang Tiga

Sumber sini.

3 comments:

  1. Yang aku amat setuju dengan hang... Ibubapa sanggup buat apa sahaja untuk kebahagian anak-anak mereka. Dan kita sebagai anak wajib ingat jasa & budi ibubapa.

    Namun, ada sesetengan ibubapa, tak tahu apa anak mereka buat... Walaupun terang-terang memandu kereta mewah berharga setengah juta, atau anak begaji puluhan ribu & memiliki kondo ratusan ribu hargany

    ReplyDelete
  2. Salam Warith,

    Ini kali pertamo den komen kek blog kau.Dalam blog Pirates of Putrajaya den tompang cerito kek pembaca sano pasal artikal kau " Demi anak..."


    Zaman mud
    o remajo dulu sekitar 80 han den tiggal kek Paroi Jaya Stadium tu.
    Ini cerito aa..:
    "
    Oppss.. Mohon izin sambong sikit sahaja.

    Terbaca di blog PANEH MIANG terbaru bertarikh Dec 18.bertajuk " Demi anak..."
    Cerita ini lagilah SEBAK berbanding dengan sebaknya Pirates of Putrajaya.Nowhete close.Bacalah dan hayati pengorbanan saorang Ayah !!!

    Bagi anak anak disana tidak ada apa balasan harta yang di pinta hanya kasih sayang dan ingatan bagaimana mereka membesarkan kamu walaupun dalam serba kekurangan.

    Sila lihat di U tube yang ini pula :

    "A parent's Love-i cried after watching this "

    From your Mom and Dad,

    ...My child...

    Dedicated to all children out there.Maaf ,Den sepeking London sikit.


    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum .. Minta kalau ada maklumat ttg pakcik ni dan anak dia kalau tahu dari mana2 dan siapa yg mula2 post gambar dan cerita ni utk dihubungi. TQ.

    ReplyDelete