Monday, December 17, 2012

Boleh nak salahkan pengadil...TAPI salah kita macamana pulak? AMARAN: Bahaso Pasar Maut!

Ramai penyokong Harimau Malaya kecewa bilo kito dikalahkan Tok Gajah dalam saingan separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012. Lagi betambah sakit hati bilo Harimau lawan Gajah...tapi Babi Korea yang jadi pengadil. Macam haremmm...

Sangat mudah untuk sesapo menyalahkan pengadil bilo kito di pihak yang kalah. Tapi ponah tak kito pertikai tahap kualiti dan kredibiliti pemain bolasepak Malaysia selama ini yang kononnya bertaraf profesional sangat tu?

Basic through pass pun player kita gagal. Tak payah la nak cerita pasal skills dan tactics.

Bila kito buek through pass, yang dapek bola tak penah lekat bola kat kaki. Mesti bola muntah dari kaki jauh setengah meter. Tu yang sesonang yo pihak lawan rebut/curi bola. Dah la bila orang pass bola, member yang nak diberi bola tu boleh pulak duduk belakang pemain lawan. Habih camno nak dapek bola poik? Tiada larian laju dari flankers kita, tiada through pass yang tepat ketika mengatur gerak dari tengah melainkan hantaran tersangkut. Through pass Thailand yang lalu celah kangkang player kita pun boleh lepas sampai 10 kali...apa barang?

Tu bolum cerito bab clearance bola. Asal defender dapek bola...tondang melambung. Asal dapek bola...tondang out. Sumo bola pegi luar padang. Ekau yang nak main bola ko...atau tondang keluar sobab nak pass bola suruh penonton yang main?! Ekau tak boleh ko tondang bola tu dapek kek kaki member? Dah tau team mate ramai pendek...dibaginyo bola lambung. Sepanjang 90 minit main bola, possession ado la dalam 10% yor sobab banyak na bola melambung-lambung. Kono pulak bilo time nak challenge bola lambung tu, pihak lawan tu tinggi...tu yang tercampak tu.

Tak masuk lagi player kito yang lombek. Kono sikit jatuh. Kono sikit injured. Apo turrr?!

Den ingatkan spesis bagi bola tak lokek kaki, suko bagi bola lambung, clearance tondang out atau player lembik tu dah lamo player kito buang sikap tu sumo. Tapi ruponyo dah masuk millenium ni pun, masih lagi guna teknik bodo tu ko? Apo bincek eh...

Den raso banyak bondo kito kono ubah dalam pasukan bolasepak kito. Kiro macam buek transformasi la.

Pertamo bab disiplin. Maso den burak ngan pegawai MSN, kok dongar apo dorang cerito pasal tahap disiplin pemain bola sepak kito maso musim temasya sukan...tak kiro la ASEAN ko, ASIA ko, bulih menggeleng sampai terteleng la kepalo tu dongar. Termasuk pengalaman den sendiri yang teserompak dengan pemain bolasepak sebuah negeri, yang juga pemain kebangsaan (maleh la nak sobut namo) yang dok melepak kodai mamak dongan cewek lobih jam 2 pagi. Apo dio pagi esok takdo training ko sampai bolih dok merambu sampai pagi?

Kedua kito kono ado scout team yang 'ado kepalo otak'. Scout team ni bukan setakat cari talent baru hanya dengan memantau kejohanan besar seperti Liga Super ka, Liga Perdana ka, SUKMA ka...tapi kono carik talent baru kek Liga Kampung ko, Liga Felda ko, padang bola taman perumahan ko etc. Kono lobih sikit merayau cari talent tu...biarpun sampai ke hutan banat. Bukan setakat usya kat skolah-skolah semato. Dah tu hantar pulak training kek Bukit Jalil yag rutin latihannya dah ketinggalan zaman...penyudah eh...samo yolah hasil. Kalah..Kalah..Kalah!

Ketiga, sudah-sudah la pilih pemain kebangsaan dikalangan mereka yang ada nama, instead of prestasi semasa. Kalau ikut prestasi semasa, ramai yang lebih layak menyarung jersi kebangsaan. Ini tak..sojak dulu, Pengurus dan Jurulatih Kebangsaan hanya memilih pemain yang dah ada nama, ataupun player yang jadi favorite dia, walaupun tak performed dan prestasi semasa macam hampeh. Ini..player injured pun nak juga bawak masuk pasukan kebangsaan? Apa barang?! Ronaldinho yang pernah jadi pemain terbaik dunia tapi disobabkan prestasinya yang tak menentu pun Brazil bulih buang dari pasukan kebangsaan ke Piala Dunia. Ado paham?

Keempat, kito patutnyo dah lamo tiru/ikut caro latihan kelab-kelab bolasepak ternama, atau negara-negara yang kuat. Kito amik contoh workout routine atau protokol latihan yang wajib dilakukan setiap hari oleh pemain kelab Manchester United. Setiap hari ada aktiviti rentas desa, taktikal, skills development, gym session, speed drill, fitness drill with shooting, multistage fitness drill, zig zag agility, 4V4 wall game, kuliah sukan, etc. Adakah corak latihan pasukan bolasepak kita selama ini sebegitu rupa? Atau sebelum datang latihan, pemain kita pekena roti canai dan nasi lemak dulu? Atau santak subuh baru pemain bola kita nak tidur? Atau protokol latihan bolasepak di Malaysia hanya sekadar di pinggiran?

Tak hurai lagi bab supplement vitamin yang tak pernahnya cukup untuk atlet dan pemain bola kita. Kodokut bonar bajet. Abih camno atlet kita nak ada ketahanan fizikal dan bertenaga?

Kelima, pemain bolasepak kita terutama di bahagian tengah memang tak kreatif langsung. Agaknya elok la semua atlet kita dihantar masuk kelas critical thinking ke, creative thinking ke, problem solving ke...yang melibatkan perlawanan bolasepak. Jurulatih dan pemain kena selalu buat brainstorming, kajian video perlawan kelab-kelab terkemuka dan kemudian praktikkan di padang. Banyakkan latihan mental, selain fizikal supaya pemain tak cepat give up atau kurang semangat juang. Harap gaji memasing bosar, keto rumah sumo mewah...tapi kreativiti (kecerdikan) hancur lebur. Sekian lamo konon digelar pemain bolasepak profesional, tapi dunia melihat skuad kebangsaan macam budak sekolah main bola maso pendidikan jasmani. Apa kes?

Last but not least, dah sampai maso orang politik tak payah la nyibuk masuk campur dalam urusan sukan dalam negara. Yolah, mungkin bagi alasan konon kono guno pengaruh politik untuk dapek dana/pitih/sponsor bla..bla..bla! Tapi tak payah nak mongak la! Sumo pun tau orang politik ni involved dalam sukan bukan sobab nak majukan sukan bonar, tapi lobih kepado millage politik memasing. Kalo botul orang politik ikhlas nak majukan sukan negaro ni, tolong yolah cari sponsor/pitih/dana tu sumo. Tak payah la sampai nak pogang jawatan..siap boleh tontukan pulak sapo yang boleh main, sapo yang boleh wakil negara, favorite dio sapo bla..bla..bla! Kok kojo dari awal pun tak ikhlas, camno nak dapek hasil yang ikhlas?! Tu la deh...

Den dah lamo jadi penyokong tegar Harimau Malaya dan ikuti perkembangan bolasepak negara. Bahkan den banyak kali gak turun nengok camno pasukan bolasepak kito berlatih. Tapi yolah, protokol latihan Malaysia tu kalo nak dibandingkan dengan MU, memang jauh lagi la nak kalahkan Juara Dunia Sepanyol.

Den beharap bonar..harap sangat-sangat, sebelom den melolapkan mato buek selamonya, impian den supayo dapeklah den nengok Harimau Malaya antara 32 pasukan yang bakal beraksi di pusingan akhir Piala Dunia. Tak kirolah edisi ke berapo atau di mano sekalipun Piala Dunia dianjurkan, den pasti akan berkampong di sana andai Harimau Malaya bermain untuk FIFA World Cup.

Mustahil bonar ko impian den ni agak eh waghih?

13 comments:

  1. Pemain kito skarang ni tak roti nak slowkan permainan. Tak roti main mcm Korea kalau dah score dulu. Yang wakil M'sia pun, masih bungkur macam yang wakil sekolah. Makan roti canai kat kedai mamak mcm peminat. Mmg benar le spt tuan luahkan tu. Asyik nak passing bola kat penonton. The 12th men tu dia orang anggap mcm kesebelasan utama kot

    ReplyDelete
  2. pemain kita malas nak kejar bola, kita main sepuloh orang, thailand main sebelas orang tapi kat padang dia orang main macam 18 orang. mereka dimana-mana saja. bayangkan stiker kita 5 orang yang kawal, pemain thailand main macam lipas kodong, pasing bola cantik walau tendang dari jauh. pemain thailand rajin kejar bola. pemain kita tunggu bola. kita kena tukar cara main. kena main laju dan pantas, kenalah pilih pemain yang rajin dan bukan yang panas baran dan suka main kasar. kita perlulah ada pemain yang tau guna saikologi, jika permainan terlalu rancak, pandai2 lah perlahankan rentak permainan. kita perlu permain yang pandai gunakan akal bila main bola dan kita perlu ada strategi yang mantap dan jika perlu kita tukar, tukarlah strategi dengan segera, janganlah bila nampak nak kalah baru nak tukar strategi.

    ReplyDelete
  3. Bilo dah kalah masing-masing tunjuk pandai. Che Din ni main bola sampai mano? Kok takat wakil rumah sukan kek sekolah rendah tak payahlah nak ngado-ngado. Anon 5.27 dan 5.40 ni pun samo. Macam bagus je. Naik tanggo umah flat pun mencanggut nak tunjuk handa... pii rahh. Kok kau Handa dan pandai bona buek satu team lain. Haa... kau tunjukkan skil yang kau cakap tu. Ado Brani... heh!

    ReplyDelete
  4. Kita ikut style Mahathir, kita mana ada salah. Kita ni pakar bohong.

    ReplyDelete
  5. Ese todonga komen Jurulatih Thailand, sapo namo ea tu yang ghambut ea kalah ghambut ese..

    "Malaysia tak kisahlah main 10 ko, 11 ko.. tak leh poie doh.. long ball, long ball.." Cinabeng boto dio..

    ReplyDelete
  6. Say setuju dengan pandangan Pak saudara berkaitan perkara tajuk kepado Anon 1038 sey raso dia nyo nengok bola tergantung yo kek kodai cina. Den tambah sikit che din pemilihan kono telus macam orang nak mintak kojo kono ada resumi jurulatih pun samo. Kok Pemain misti ada keteria saperti berikut:

    Tinggi Paling Kurang 5 Kaki 8Inci
    Berat Badan 48 KG
    Larian 101 meter 17 Sec
    Kemahiran mengelicik
    Menahan Bola
    Menhantar bola leret/Tinggi
    Mengawal bola dikakisupaya tak mudah disambar lawan
    Merancang Gerakan
    Tendangan sudut ketinggian bola berapa inci atas kepala
    pendek kan cerito, Semasa pemilihan beberapa soalan kena tanya saperti ada minum arak, perempuan,dadah dan pat chu ching kalau ada halau yo dia balik. Lopeh tu semaso suai kenal Bawak dalam kobun gotah melayu suruh traning kat situ kok tak terkupik kulit akar gotah memang handa. Umor 24 Tahun kebawah sebab dia orang boleh bemain untuk 15 tahun lebih kurang 3 kali kejohanan DUNIA tak payah Pilih yang ada namo dan bayaran berpuloh ribu maka jadi macam sekarang hampeh. Kalah pasal Moral rendah sebab pendapatan kocik tak seimbang, nak main saparoh mampus beragak lah bro. Sepatut nya orang politik tak payah campur den tengok macha ni pun tak ada buku catatan dia boleh ingat ko pergerakan pemain selano 90 Minit permain yang dia ingat ini bulan masyuk puloh puloh ribu goyang kepala Kaki Ding dong gak. jalan mudah cari silap menuding jari ngan jari telunjuk .Pemerhati pergerakan pemain jangka masa 90 minit dan selepas habis main kena buat Post Mortem untuk mengkaji segala kelemahan dan dapat memperbaiki mutu permainan. Bila Tengok komen FAM semua komen cari makan. Tak payah Habis Kontrak Pecat sahaja dan Rombak Harimau Malaya tukar ke RIMAU iMALAYSIA

    ReplyDelete
  7. bangang ipin siliau ni. orang cerita macamana nak tambah baik team harimau malaya, dia dok heboh tanya orang pandai main bola ke tak. ini la spesis yang tak boleh jadi garam yang boleh mengelokkan ikan, tapi langau yang membusukkan ikan. kalo ikut taraf mental pikir ipin siliau ni, semua orang tak layak komen apa2 termasuk la dia sendiri yang tak layak nak komen penulis ni sebab dia takde blog. kurang2 penulis ni ada blog. kalo ikut mental ipin siliau, apa kelas orang takde blog komen orang yang ade blog. itulah contoh nak bgtau taraf otak letak kat tapak kaki ipin siliau ni. hehehe.

    ReplyDelete
  8. jiran den ramai pemain bola ns sobab pbns sewo rumah untuk diorang kek sini. pukul 5 potang baru terhegeh-hegeh nak poie training. memalam buto jumpo kek 7-11 tongah boli rokok. kalau camni gayo, memang tak kemano. yang heran pbns pun buek tak ghoti yo peghangai pemain camni. lagi masalah bilo pemain ni siap dapat main negara duo tigo tahun lopeh.

    ReplyDelete
  9. Anon 3.13
    Kalau stakat ado blog yang nak kau banggo an. ha ha ha... anak den pun ado blog. tapi den pujilah tahap IQ kau mencecah 'super moron' tahniah.

    ReplyDelete
  10. sapa sebenarnya menulis artikel ni? pemilik blog atau di copy paste dari fb pemilik bernama "nurannur ilham"...sila letak kredit kepada pemilik artikel sebenar, jangan copy paste pastu konon artikel buat sendiri....

    ReplyDelete
  11. Salam sumo,

    Apo bincek yang ekau citor ni anon 12.58pm?

    Bilo maso lak den cilok artikel ni? Den ponek nulih sendiri, banyak na cengkadak kau menuduh den.

    Ke ekau citor pasal posting "Demi anak..." yang islah tulis? Kan dio dah link kan sumber dio bawah tu.

    Baco lenkali biar sampai habis...dan make sure bilo nak komen tu, tengok la sikit yang ekau komen tu di posting yang botul ko tidak.

    Assalamualaikum.

    ReplyDelete
  12. tahniah orang negeri. artikel ekau ado portal amik sebagai blog pilihan. siap lotak link blog ekau.

    ReplyDelete
  13. dah sampai masa rajagobal resign. Ambik messi jadi juruletih.

    ReplyDelete