Thursday, January 17, 2013

Betul la haiwan pun ada masalah...

Ada seekor siput yang selalu memandang sinis terhadap katak. Suatu hari, katak yang hilang sabar akhirnya berkata kepada siput, "Siput, apakah aku telah lakukan kesalahan hingga kamu begitu benci dan selalu memandang sinis kepada ku?"

Siput menjawab, "Kamu dalam kalangan katak mempunyai empat kaki dan boleh melompat ke sana ke mari, tetapi aku hanya boleh mengheret cangkerang yang berat ini...merangkak di tanah. Jadi aku berasa sangat sedih."

Katak menjawab, "Setiap makhluk mempunyai kelebihan dan kekurangan dalam kehidupan masing-masing. Kamu cuma melihat kelebihan aku, tetapi kamu tidak melihat kesusahan hidup kami sebagai katak."

Sekonyong-konyong, seekor helang terbang ke arah mereka. Siput segera memasukkan badannya ke dalam cangkerang, sedangkan katak menjadi mangsa sang helang.

Justeru, ambillah ikhtibar kisah katak dan siput ini. Nikmatilah kehidupan anda dengan redha akan apa yang ada pada diri anda berlandaskan hukum hakam agama. Tidak perlulah kita membanding-bandingkan diri dengan orang lain. Perasaan iri hati kita terhadap orang lain akan membawa lebih banyak penderitaan jiwa.

Lebih baik fokuskan kepada apa yang kita miliki dan berusaha untuk mengubahnya jika itulah impian kita. Pasti ia akan memberikan kita lebih rasa syukur dan kebahagiaan kepada diri sendiri.

Wow...rupanya binatang pun banyak masalah...

Klik sini.

15 comments:

  1. Terbaekkkk.....teruskan pembongkaran tuan.

    Mohon di link kan blog baru belajar ini :

    http://beliabangkit.blogspot.com

    Tq

    ReplyDelete
  2. Bernas dan mudah difahami bagi yg berakal baik.. !

    Very good..and I like it..

    ReplyDelete
  3. Well Done Sharifah,
    It was the correct way to teach anh opportunist.Freedom of speech,my foot.Go and ask this to DAP,PAS and PKR,gagged orders,expelled and even dismissed as party members.Do you think if it happened at PKR function the same thing would not happen.I think it is worst going by their norm.And there exist few BNs politicians who wish to gain political mileage by condemming Sharifah esp this Saifuddin with his Politik Baru.That Bawani was at wrong place and at wrong time.As PRM member she should treat the forum as political platform and she deserved to be humiliated.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lagi manusia jenis ni?ingat binatang tadi?kuikuikui

      Delete
  4. Correction,
    After the word should,pse add not.Thank You.

    ReplyDelete
  5. pergh,menelusuk..........mantap~!!!!
    mohonlink sesama kita tuan :)
    http://daengselili.blogspot.com/
    teman dah linkkan tuan

    ReplyDelete
  6. Kucing memang ada masalah, sebab apa kucing jantan makan anak dia, sebab dia takut anak dia jadi yg berkuasa.

    jerung memang ada masalah, apa kehal manusia kebas sirip je, bahagian lain tu buang je cuba le buat ikan kering ke, ha ha ha

    ReplyDelete
  7. Apa yang diceritakan memang tepat. Jika kita bersyukur kpd Allah, nescaya Allah akan tambah lagi nikmat yang diberikan. Jika kita tidak bersyukur, sesungguhnya azab Allah itu amat pedih.

    Dalam dunia pembelajaran,pelajar harus diizinkan membuatkan kesilapan. Guru/pemimpin harus bijak membetulkan. Itulah kelebihan guru dan pemimpin.

    Jika guru dan pemimpin menjadi begitu emosional dengan kesilapan pelajar yang masih dalam proses pembelajaran, bermakna guru dan pemimpin itu masih perlu belajar menambah ilmu dan mengawal nafsu amarah diri lagi.

    Guru dan pemimpin akan lebih dihormati murid, jika mampu berhujah secara tenang, sabar dan lebih konkrit seperti kisah katak dan siput tadi. Barulah akhirnya murid itu menjadi lebih yakin kehebatan guru dan pemimpin itu.

    Namun, ini tak berlaku. Sharifah Zohrah ni seorang ahli politik (Timbalan Ketua Wanita KIMMA) menyamar melalui NGO SW1M untuk menyusup ke universiti dan pelajar.

    Maka itu, kita lihat watak beliau adalah tipikal spt pemimpin UMNO dan BN yang lain. Angkuh, sombong dan tidak rela dikritik. Pantang dengar bangkangan, nak melesang, menendang, melempang, menerajang saja yang mereka terfikir. Artinya, kerana terlalu selesa memerintah 55 tahun, UMNO BN sudah menjadi terlalu selesa dan angkuh.

    Sebab itulah, para pemimpin UMNO dan BN yang ada kini, semakin ketandusan intelek dan jati diri kepimpinan. Tidak mampu lagi menerima tekanan dan cabaran secara bijak, matang dan demokratik lagi. Malah semakin tidak percaya kepada demokrasi lagi. Ini amat membahyakan negara dan generasi akan datang. Wallahuaklam.

    ReplyDelete
  8. Saksi RCI kata tak terima arahan dari setpol

    Bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah, Abdul Rauf Sani mengakui bahawa beliau mengetuai satu pasukan yang memproses kad pengenalan untuk pendatang tanpa izin yang tidak layak.
    Bagaimanapun, beliau mendakwa bahawa beliau bertindak sendirian dan tidak menerima arahan daripada pemimpin politik.

    Katanya, sekiranya ia merupakan arahan, ia akan diterima dalam bentuk bertulis, kata Abdul Rauf dalam keterangannya kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai isu pendatang asing tanpa izin di Sabah.

    Beliau mengesahkan bahawa beliau dan kakitangannya beroperasi daripada kediaman bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin di Kuala Lumpur.

    Bagaimanapun, Abdul Rauf menegaskan bahawa Abdul Aziz tiada peranan dalam operasi tersebut.

    Katanya, semua orang mengenali Abdul Aziz sebagai setiausaha politik namun mereka tidak melaksanakan apa yang dikatakan bekas setiausaha politik itu.

    "Penjawat awam tidak terima arahan dari setiausaha politik," katanya.

    Pegawai pengendali RCI, yang mewakilli pejabat peguam negara, turut meminta beliau mendedahkan sebab menjalankan operasi di kediaman Abdul Aziz.

    Bekas ketua JPN daerah Tamparuli Yakup Damsah yang merupakan sebahagiaan dariapada kumpulan dikenali dengan unit 'G17' - yang berpengkalan di ibu pejabat JPN di Kota Kinabalu - beroperasi di kediaman Abdul Aziz.

    Yakup mendakwa dalam operasi itu mereka diminta menandatangani kad pengenalan yang akan diberikan kepada pendatang asing.

    Abdul Aziz ketika dihubungi semalam berkata beliau tidak dapat mengingati peristiwa seperti itu.

    ReplyDelete
  9. La Jang kau ni buang stim ajo,orang cakap bondo lain kau bincang bodo lain.Tunggulah Paneh bincang RCI pulak.

    ReplyDelete
  10. Bagus..binatang sama binatang.manusia khalifah bukan binatang,natang!!!kurang cerdik punya sarifah kutty.memalukan wanita muslim ja..harap dia beroleh hidayah menjadi Muslimah sejati yg tunduk dan patuh pada Allah..i/allah..mulakan dgn menutup aurat dan akhlak yg mulia..baru bukan Islam tertarik dgn Islam

    ReplyDelete
  11. Anon 11:09 AM: Den tanak ikut rontak putar alam si Paneh Miang ni do. Bangang namo e tu. Mmg nak bagi potong stim spy sodar sikit UMNO ni dah buek khianat melampau2 kek Melayu & Negaro. Sanggup bagi warganegara segera kek sapo ajo - Filipin, Indon, Burma, Bangla, Chino, India. Asalkan dapek terus perintah & rompak rasuah rakyat Malaysia ni. Habis togadai sodoalah dek UMNO jahanam ni.

    ReplyDelete
  12. Kalu kahwin dgn muslimah filipino tak ape..janji halal..jgn malu2 nikah kek negori orang yo...

    ReplyDelete
  13. Anon 3.32,
    Ingat Jang ni blog dio,sepatut kau berterimo kasih sobab komen kau dilopehnyo.Kalau kau poi kek blog geng kau mampuih tak disiarkan,contoh baik The Towering Malay kat DAP Pak Aspan.

    ReplyDelete
  14. Wahai waghih 7:02 pm.. Memang den cukup timo kasih dan tahniah pado Paneh Miang..

    Ini bukan kiro sapo geng siapo. Ni masalah botul dan salah. Waimma geng sapo pun. Jangan fanatik pado geng.. itu namo e, asabiyah yang zalim.

    Blog paneh ni, banyak merusak, membangang dan membungkokan otak oghang Melayu.

    Nang dikato ideologi komunih, syiah, freemason dan macam2 hantu lain tu, sumo dah ado mendarah daging dalam UMNO, sojok ditubuhkan...

    ReplyDelete