Thursday, January 10, 2013

Satu soalan kepada Parti Islam SeMalaysia

Adrian Brockett di dalam 'Approaches to the History of the Interpretation of the Quran' pada halaman 44 telah berkata: "Al-Quran hanya mempunyai satu teks sahaja dan isinya tidak pernah diubah sejak dari zaman pemerintahan khalifah Islam dahulu. Al-Quran berkembang secara statik (kerana isinya tidak berubah)."

Arthur J, Arberry di dalam Pendahuluan Terjemahan Al-Qurannya telah berkata: "Selain daripada tanda-tanda bacaan yang dimasukkan kemudian ke dalam Al-Quran untuk memudahkan bacaan, Al-Quran yang diterbitkan pada abad ke-20 adalah sama seperti yang diterbitkan oleh Khalifah Uthman 1300 tahun dahulu."

Harry Gaylord Dorman di dalam 'Towards Understanding Islam' pada halaman 3 telah berkata: "Kemukjizatan Al-Quran terletak pada stailnya yang begitu sempurna lagi unggul sehingga tidak ada sesiapapun yang mampu menirunya. Isi ajaran, maklumat dan pernyataannya berhubung masa depan amat tepat lagi menakjubkan dan semua ini tidak mungkin dapat dilakukan oleh Muhammad yang tidak tahu membaca dan menulis."

Sebaliknya Bible yang ada pada hari ini secara umumnya adalah hasil kerja manusia mengikut olahan dan kehendak manusia.

Terry Watkins dari Dial-The-Truth Ministries telah mendakwa 64,576 kalimat-kalimat Bible telah dibuang dari New International Version berbanding dengan Bible yang sebelumnya!

Salah satu organisasi Kristian terkemuka, International Bible Society (IBS) yang beribu pejabat di Amerika dan mempunyai pejabat di 100 negara di dunia, ketika menjawab persoalan berhubung pengarang kitab Bible telah berkata: "Ramai orang telah menyumbang di dalam penulisan Bible. Sebenarnya Bible ialah himpunan karangan/tulisan dari lebih kurang 40 orang penyumbang, 30 bagi kitab Perjanjian Lama dan 10 bagi kitab Perjanjian baru."

Perlu diingatkan bahawa pengarang-pengarang ini dikenali sebagai 'authors.' 'Author' mengikut 'The Oxford Dictionary of Current English' bermaksud: "writer of book, article etc; originator of idea, etc." Maksudnya, mereka tidak hanya menulis, mereka juga menentukan isi, stail dan olahan serta mengedit di mana perlu.

Isu berhubung penulis-penulis Bible sebenarnya tidak hanya ditimbulkan oleh orang-orang Islam malah juga oleh tokoh-tokoh Kristian. Salah seorang daripada mereka ialah Paderi (Father) John Breck yang pernah menimbulkan isu ini di dalam sebuah laman web berautoriti, Christianity.com. Beliau adalah seorang Profesor di dalam bidang 'Biblical Interpretation and Ethics' di St. Sergius Theological Institute di Paris, Perancis.

Seorang tokoh Kristian, Bruce M. Metzger mengesahkan: "(Penulis-Penulis Bible) tidak menukilkan segala sumber yang mereka temui dengan tepat sebaliknya mereka menulis tentang kefahaman mereka berhubung dengan sumber-sumber itu. Tujuan mereka ialah untuk membetulkan kesilapan penulis-penulis lain, tetapi apa yang berlaku ialah mereka telah mendedahkan kesilapan mereka sendiri." - (Bruce Metzger 'The Text Of The N. Testament: Its Transmission, Corruption & Restoration,' Oxford Univ. Press; hal. 195).

Maka, satu soalan saja aku nak tanya pemimpin dan pencacai Parti Islam SeMalaysia (Pas)...yang korang setuju sangat kalimah Allah diguna dalam Bible...ayat dalam Bible tu firman Allah ke?


Sumber.

10 comments:

  1. good one bro. kau bantai pas sekali sindir kristian. 2 dalam 1. best post.

    ReplyDelete
  2. Pencacai pas tak tau mcmana nak jawab soalan lu bro. Mati akal depa kerna isu ni. So pakat2 senyap jelah menikus macam mursidulampas depa.

    ReplyDelete
  3. Bro, hari tu den ado baco Aspan Alias tulis padal Allah tu Tuhan untuk semua. Tersiratnya Aspan sokong la tu guna kalimah Allah dalam bible. Nak tau gak den apo jawapan Aspan dongan soalan kau ni. Pencacai Dap macam Aspan yang disogok dibayar tiap mggu oleh tokey kristian Dap...sokong kristian la agaknyo?

    ReplyDelete
  4. Patutnya bantai hisham awww. Dia yang membiarkan negara jadi pasca perang dingin kerana kalimah Allah. Tak tegas langsung. Bapuk.

    ReplyDelete
  5. kalo mahathir pm dah lama setel bab kalimah ni.

    ReplyDelete
  6. Hebat soalah you bro..... Kalaulah pengarang bible tu ada 40 orang, maka Maka campur Hj Hadi jadi 41 oranglah. Sebab hj hadi menyumbangkan satu perkataan untuk bible.... Tak gitu?
    Satu soalan lagi mungkin boleh tanya mereka ialah adakah dpt pahala kalau kita benarkan nama Allah digunakan dlm bible tu? Nak tau jugak kan....

    ReplyDelete
  7. Menarik jugak hujah korang ni instead of blogger lain yang bagi hujah hadis, ayat Quran bagai. Kau tunjukkan kepincangan kristian dan kau lontarkan persoalan wajarkah kalimah ini diguna dalam bible. Menarik. Cuma aku setuju dengan pandangan di atas. Ini semua kerja hisham dengan najib. Kalau 2 sepupu tu jantan macam Mahathir, ini semua tak akan berlaku at d first place. Ada law pun kat Malaysia ni simpan buat pekasam. Semua sebab pemimpin-pemimpin Melayu Malaysia hari ni bacul sebab nak sangat menang election punya pasal.

    My 2 cents.

    ReplyDelete
  8. bomb jangka utk masa hadapan yang menjejaskan keamanan akibat dari ketidakpuasan satu pehak,pertembungan ilmu,konflik ilmu ats sebab terjejasnya akidahdi kalangan masyarakat melayu islam kerana wang di masa hadapan.Maka terwujudlah melayu kristian dan melayu islam yg akhirnya merugikan malaysia,dari segi keamanan dlm negara.

    ReplyDelete
  9. Bani Melayu Umno@UmPORNOJanuary 12, 2013 at 3:51 AM

    ALHAMDULLILLAH HIRABBIL ALAMIN,,,,
    " MAHA SUCI ALLAH TUHAN SEKELIAN ALAM "
    Apo pasal KDN luluskan penerbitan Bible bahasa Melayu dulu? Nak salahkan sapo?
    Ado satu soalan untuk semua ni,,, Umno@UmPORNO ni Islam ko tidak sebonar eh! ni??? Kalau Botul Islam apo pasal tak nak sokong Hukum HUDUD dulu,,,???? Jangan pulak dolak dalik itu Hudud PAS,,mano pulak Hudud Umno@UmPORNO jawapan dio nt.
    Che; Din dah abih baco Bible ko?
    hee!!!hee!!!hee!!!

    ReplyDelete
  10. hekeleh hompuk. pemimpin pas skrg pun kata hudud bukan kepentingan, siap tukar negara isle ke negara kebajikan, pehtu bila dap angkat kening skit terus tunduk tak berani sebut hudud. lagi mau pusing ka? kakakaka. siapa dulu yang berjanji nak buat hudud dan siapa pula munafik yang tarik balik hudud? bukan pas pis pus ka? kakakaka. wake up hompuk. mimpi di subuh hari ka?

    -tom tem bak-

    ReplyDelete