Tuesday, March 12, 2013

Pas petaka kepada umat


Imam Ahmad Ibnu Hanbal ketika ditanya berkenaan dua orang yang dicalonkan untuk memimpin satu pasukan... 

Yang pertama itu kuat tetapi bergelumang dosa; 

Manakala yang kedua kuat agamanya tetapi lemah perwatakan dirinya dalam memimpin. 

Maka Imam Ahmad Ibnu Hanbal menjawab,

"Orang pertama dosanya ditanggung sendiri, sedangkan kekuatannya dapat membina keutuhan negara dan kepentingan umat. Manakala orang kedua yang kuat memegang teguh ajaran agamanya hanya memberikan manafaat untuk dirinya sahaja, sedangkankan kelemahannya akan menjadi petaka bagi orang yang dipimpinnya."

Agaknya mamat ni dalam kategori mana?

Kepimpinan Islam harus diletakkan kepada bangsa yang mempunyai dokongan yang kuat sepertimana yang telah berlaku ketika perlantikan khalifah Abu Bakar r.a yang berasal dari keturunan Quraisy yang mempunyai kuasa dominan untuk memimpin Arab ketika itu.

Kewujudan Khilafah Turki Uthmaniyyah juga membuktikan bahawa kepimpinan Islam boleh beralih kepada bangsa lain yang mempunyai kekuatan yang dominan. 

Buktinya selama 407 tahun bangsa Turki Berjaya memerintah dunia Islam walaupun wahyu pertama diturunkan kepada bangsa Arab.

Di sini kita melihat peranan bangsa itu amat penting dalam menjayakan agenda Islam kerana Islam bukan agama magis yang akan tertegak dengan keyakinan tanpa usaha.

Persoalannya antara bangsa UMNO dan bangsa Pas...pihak mana yang lebih dominan dan kuat serta lebih layak mentadbir Malaysia?

11 comments:

  1. Abdul haq mesti setuju dengan post ni. Sebab tu dia senyap jek tak terkomen. Hihi...

    ReplyDelete
  2. Manusia kalau pemikiran tak terdidik dgn Islam beginilah jadinya. Bangsa dijadikan hujjah utk dikaitkan dgn kekuatan. Manusia mana ada yg sempurna. Lemah dan kuat adalah sifat yg ada pada manusia. Kedua duanya berguna pada masa dan ketikanya. Manusia yg gelap hatinya tak akan dpt menilai dgn adilnya. Mudah2an Allah beri hidayah pada kita semua.

    ReplyDelete
  3. Imam Ahmad Ibnu Hanbal cakap apa anon 1043?

    ReplyDelete
  4. setuju amek2 dengan artikel di ateh ni..

    Allah menggilir2kan penguasa di muka bumi ini. Itulah tanda kebesaran Allah. Tiada penguasa yang kekal abadi.

    UMNO pun dah terlalu lamo memerintah Malaysia ni. Sifat bondo terlalu lamo, tentulah banyak bonar nag busuk dan buruk e.. BARANG LUSUH..

    Malaysia sebuah negaro demokrasi. Rakyat paling berkuaso. Jangan sokat maklumat kepda rakyat. Den tengok, semua tv Sibuk mengutuk PR. Mano adil?

    Biarlah rakyat putuskan siapo yang memegang amanah perintah MALAYSIA NI,

    ReplyDelete
  5. Media pr dan tv pr pun sibuk mengutuk bn sojak dulu hingga kini. Apa saja kebaikan yg bn buat utk rakyat pun semua dikutuk pr mcm la dorg perfect bonar.. So mana adil jugak kan? So semua bondo lamo kena buang la dengan alasan barang lusuh? Kok camtu mak ayah dan bini ekau yg dah lamo pun kono buang jugak la sobab dah busuk, buruk dan barang lusuh?

    Biarlah rakyat tontukan. Jgn sok tak pek terima hakikat dah la.

    ReplyDelete
  6. orang syiah pasti tak sokong pun Khalifah abu bakar sebb bagi mereka...hanya saidina Alli layak jadi khalifah...jangan puak PAS ni cakap pasal bangsa..setiap org pasti racist pada bangsanya..kalau tidak..kenapa perlu ada sekolah vernakular?? ke DAP cina nak semua sekoah cina ditutup ke?? NO WAY la..kalau pendapat aku..racist pada bangsa tak salah asal jangan menindas bangsa lain..jangan banyak cakap yer..kalau korang mulia sangat..usah hantar anak ke sekolah rendah menengah atau U..tu semua milik UMNO BN?? ada mau??

    ReplyDelete
  7. kata BN barang lusuh..kalau macam tu PAS bukan setakat lush tapi koyak rabak depan belakang sejak bersekongkol dengan DAP..tak gitu? hahaha

    ReplyDelete
  8. mentaliti pembangkang..apa saja BN buat semua tak betul salah..cuba duk kat singapore tengok...kalau korang melayu je duk sana...korang jugak disapu macam kain buruk..macam warga singapore malayu jugak..harpak depa ni..tak bersyukur duk Malaysia..yg heran nak pulak menawan putrajaya..hahahaha..ke tak pelik sifat hipokrit depa ni...haha

    ReplyDelete
  9. Aku nak ckp sket la...
    Kalo korang ni ,elayu...
    Jgn la sokong PKR.
    cina xkanbagi melayu kuasa da pasni kalo dorng dpt kuasa.
    Nk ke tgk sultan xde lg kat msia ni?
    Mgkin umno x semua btl..
    Tp dlm keadaan sekarng ak tase umno terbaik.
    Syurga neraka bkn ulama pas tentukan.pasti jgk bkn ko haq.
    Unless ko rase ko nabi ok la...

    ReplyDelete
  10. Semua wang duit rakyat ada d tangan kerajaan persekutuan. Kersjaan negeri tak ada bajet besar. Yg kaya raya menteri persekutuan. Selagi kerajaan persekutuan bawah bn tiada bnyk yg boleh d buat oleh negeri yg d inaya.

    ReplyDelete
  11. Kenapa tidak disenaraikan janji umno setelah lebih 50 thn memerintah tapi ekonomi negara masih di kuasai bangsa cina. Semua bangunan kedai d bandar bandar kecuali kelantan milik cina. Tapi org umno kaya raya dgn duit rakyat.

    ReplyDelete