Monday, March 11, 2013

Senarai calon BN N9 PRU-13

Ado sebuah blog di sini kononnya telah mendapat maklumat berkenaan senarai muktamad 36 calon BN di Negeri Sembilan sempena PRU-13. Walaupun senarai calon blog itu agak kontra berbanding maklumat di pihak kami sendiri, tapi layan yolah. Kok sesapo orang BN N9 yang berhajat bonar nak jadi calon tu, bolehlah baco posting dari blog tersebut yang kami copy sepenuhnya di bawah. Kok tak botul pun senarai namo calon ni, dapek memasing berangan jadi calon kojap pun jadilah yo tak? Hehehe! Kok ado yang nak komen pasal senarai calon ni, mako pendapat anda dialukan. Timo kasih.

*********

Sempena lawatan kerja YAB Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden BN ke Negeri Sembilan pada hari ini (8 Mac 2013) membawa bersama senarai calon-calon BN yang akan bertanding di semua kerusi BN pada PRU ke 13 nanti. Menurut berita yang diperolehi daripada sumber-sumber yang rapat dengan PM, YAB Tan Sri Mahyuddin Yassin akan menyerahkan senarai nama tersebut kepada Pengerusi Perhubungan Negeri Sembilan untuk persiapan terakhir.

YAB Dato' Seri Muhamad bin Hj Hasan akan memanggil semua calon serta menyerahkan surat tauliah kepada mereka pada 15 haribulan Mac ini di kediaman rasmi Menteri Besar jam 4 petang. Difahamkan juga bahawa pegawai undang-undang negeri dan peguam UMNO Malaysia akan turut serta dalam majlis tersebut serta meneliti keperluan untuk mengisi borang-borang yang perlu diisi supaya semasa penamaan calon nanti segalanya telah siap diurus.

Pegawai Khas ke Menteri Besar Saudara Zulkifli Awang telah pun menghubungi beberapa orang calon untuk bersiap sedia pada tarikh yang telah ditetapkan. Juga dilaporkan bahawa ada calon-calon yang mengesahkan bahawa mereka diarahkan supaya jangan ke luar negara dalam tempoh terdekat supaya mudah dihubungi dan segala persiapan dapat dilaksanakan dengan lancar.

Antara nama  yang disahkan bertanding semula ialah, Yang Berhormat Dato Zaiful Bahri bin Idris akan mempertahankan kerusi Chembong, Yang Berhormat Hj Adnan bin Abu Hasan kekal di DUN Pilah, Yang Berhormat Dato' Hj. Ismail Lasim (Senaling), Yang Berhormat Dato' Dr. Awaludin (DUN Kota), Yang Berhormat Dato Hj. Hasim Rusdi akan mempertahankan kawasan Labu, Yang  Amat Berhormat Dato' Hj. Mohamad bin Hj. Hasan kekal di DUN Rantau, Yang Berhormat Dato' Yunus Rahmat akan mempertahankan kerusi Klawang dan Yang Berhormat Dato' Shamsul Kahar akan kekal di DUN Batu Kikir.

Beberapa nama baru akan ditonjolkan seperti mengantikan penyandang sekarang. Antara nama mereka yang ada ditangan TPM dan akan diserahkan kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan ialah Dato' Salim, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jempol akan bertanding di Palong menggantikan Dato Aziz Shamsudin. Dato' Jalaludin  Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jelebu akan bertanding di Sungai Lui. Di kawasan Pertang Naib Ketua UMNO Bahagian Jelebu iaitu Tuan Hj Zainudin akan mengantikan Dato Razak Mansur.

Di Parlimen Seremban pula 3 kerusi UMNO akan mendapat muka baru iaitu di Ampangan Puan Wan Salwati Abdullah yang merupakan EXCO Puteri UMNO Malaysia merangkap Ketua Puteri UMNO Bahagian Seremban mendapat sokongan kuat daripada MBNS untuk diletakkan bertanding di sana. Di Kawasan Sikamat bagi menjaga hati Ketua UMNO Bahagian Seremban, Perdana Menteri bersetuju meletakkan Saudara Mohd. Rosli Selaku Setiausaha UMNO Bahagian Seremban untuk bertanding bagi merampas semula kerusi Sikamat daripada Pkr. Di Lenggeng yang lebih rumit kepada pihak jawatan kuasa pemilihan calon membuat keputusan. Ini memandangkan calon sedia ada mendapat sokongan akar umbi di kawasan tersebut. Walaubagaimana pun bagi mengimbangkan sokongan orang muda, pengundi dewasa dan pengaruh politik setempat, maka Saudara Samsul Amri bin Ismail telah diputuskan sebagai calon yang paling berwibawa untuk menumpaskan calon Pas di kawasan Lenggeng. Difahamkan calon muda ini mempunyai pendidikan yang tinggi berbanding calon yang ditonjolkan oleh UMNO Bahagian Seremban serta disenangi oleh YB penyandang sekarang serta penyokong-penyokong beliau di DUN Lenggeng.

EXCO Kerajaan Negeri yang akan digugurkan ialah Dato Abdul Samad Ibrahim (Seri Menanti), Dato' Ismail Taib (Linggi), Dato Razi Kail  dan seorang lagi dikalangan bukan EXCO ialah Tan Sri Isa Samad (Bagan Pinang) akan digantikan oleh Ketua Pemuda Telok Kemang.

Bagi Kerusi bukan UMNO, Dato Siow Chin Pin akan kekal di Chennah, Dato VS Mogan akan bertukar kerusi ke DUN Port Dickson sementara di DUN Repah kerusi tersebut akan diserahkan kepada MIC iaitu Dato' A. Ganesan yang merupakan Pengerusi MIC Bahagian Seremban.

Kerusi DUN Nilai juga agak panas apabila Saudara Gan See Biow dan Saudara Yee mencari pengaruh untuk diletakkan di kerusi tersebut. Difahamkan PM telah merestui Saudara Gan untuk bertanding di DUN Nilai.

Parlimen Rembau akan kekal ditandingi oleh YB Khairy Jamaluddin manakala di Kuala Pilah Dato' Hassan Malek akan digugurkan dan diganti dengan Ketua Puteri UMNO Bahagian Kuala Pilah yang mendapat restu daripada Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Pilah Dato' Norhayati.

Di Gemas dan Gemencheh akan bertukar calon di mana Saudara Malik Shamsudin akan bertanding di DUN Gemencheh sementara Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tampin akan menganbil tempat Dato' Zainab Nasir.

Parlimen Seremban akan ditandingi oleh Dato' Dr. Yow sementara di Rasah bekas calon MCA di Rahang akan bertanding atas tiket BN.

46 comments:

  1. DUN Gemencheh jangan bori kek oghang lain, bak kek den, DR. HJ. SHAHARUDIN BIN SAAMIN atas logo SAVE, calon bebas. Den memangkah di Godok. Monang tak monang apo den kiro. Dah pulohan tahun pangkah daching jalan ko ghumah den batu grewel laii!

    ReplyDelete
  2. TUNGGU APA LAGII...AYUH KITA SABOTAJ CALON2 NI...


    PEMUDA UMNO SEREMBAN

    ReplyDelete
  3. ainol yang lombab tu ganti hassan malek? bodoh wakakakakaka

    ReplyDelete
  4. Paneh,

    Potamo ea senarai ni tak longkap.

    Koduo ea ia ditulih oleh Jembalang.

    Kotigo, raso ea ado namo lain yang tak disobut, apopun kito tunggulah aghi Jumaat ni aaa..

    ReplyDelete
  5. Payahlah ampangan nak monang balik kok salwati la calon ey. Bagi peluru idup kek pembangkang buek apo? Polak tul den.

    ReplyDelete
  6. ini provokasi ko apo ni? ko nak bagi pembangkang leko?

    ReplyDelete
  7. Faham ke tk faham politik ni main balun yo

    ReplyDelete
  8. Kalau Ini lah muko eh, sah mat hasan jadi ketua pembangkang DALAM DEWAN DUN N9, silap silap aribulan dgn dio2 pun terobang. apo pendek akal pemimpin BN ni.. nak kato banggang dah 50tahun lobih memerentah, iyolah kalau teringin bonar nak pembangkang lotak lah yang dinamokan tadi.. biarlah kito cubo jadi pembangkang lah..biar padan muka pemimpin BN yang suko bonar dongar cakap macai2 no problem dato..den totap pangkah dacing walau pun bn ruyup..nak den maki cukup pemimpin2 bn yang banggang tu..

    ReplyDelete
  9. Mampus umno.hooorey

    ReplyDelete
  10. DUN Paroi tak do calon ko. jadi kito koka..an lah Taufek tu ha ha ha..

    ReplyDelete
  11. paneh miang calon bn dun paroi. kau nengok la nanti.

    ReplyDelete
  12. Geng,
    Den rasolah dengan perkembangan sekarang kau tarok boruk pun di kswn majoriti Melayu BN akan monang.Yang 50:50 pun monang.PKR dan PAS ni terlampau pasif nak jago hati DAP tapi situasi parti masinx tak dijago.Isu Kalimah ALLAH,Insiden Lahad Datu,manifasto PR banyak menguris hati orang kito.Yang seleso den raso DAP ajo dalam kawasan pokan sobab Cino ramai,dan den dah dongar Cino yang bisnes sederhana pun dah risau hilang bisnes setelah mengkaji manifesto PR.Den tengok ceramah PR pu dah kurang sambutan,yang meramaikan orang luar.Nak dikatokan tak bagi duit untuk datang dah dibagi,tapi duit disapu,datang tidak serupolah macam falsafah TGNA.Intipati ceramah samo ajo sojak 2008,kutuk kerajaan semuo tak betul.Samo-samolah kito tunggu nanti.

    ReplyDelete
  13. DUN Lenggeng,SAMSUL AMRI?Siapo dio ni,tkdo hujung pangkal tibo2 namo bole naik ko..haha,kelakar..ni dh tnto la pngampu kuek Tok Mat(Org cino Somban pnggil tok mat ni AMAT TIANG sobab asyk gmbr dio jo kek tiang2 letrik)klu harapkn pendidikan tinggi jo,tu tk cukup utk mnjamin kemenangan BN kek sano,kok monang pn blom tntu bole berikn prkhidmatan yg trbaek ..Ntah2 prangai pn samo hampeh mcm pnyandang skrg(YB yg trsungkur kek dopan kodai mamak maso lari dr kono tangkap dek SPRM..DUN AMPANGAN Wan Salwati?ni lg hampeh,mcm lalang,tk totap pndirian..pembodek n pnjilat tok mat..dlu langsung tk nmpk muko bilo UMNO Bhagian Seremban ado buek msyuarat n aktiviti,asyk mngikut punggung AMAT TIANG tu jo ke hulu ke hilir,skrg ni tau la plk dtg bilo UMNO Somban ado buek msyuart atau aktiviti..sbb utamo ialah nk bodek n tnjuk muko kek Pengerusi BN Parlimen Somban Dato Hj Ishak Hj Ismail yg tlah diamanahkan oleh PM utk mncalonkan namo2 yg difikirkn sesuai utk brtanding di Parlimen Somban..baek UMNO mau pn MCA..jd jgn nk berangan la Wan Salwati..Lopeh ni dh tk bole lg nk jd ktua putri somban sbb dh lobeh umur..nk pogi mano lopeh ni,nk brtanding Ketua Wanita UMNO Somban plk ko..nk lwn dgn Dato Hjh Samsiah..haha..ado ko sokongan dr wanita..lopeh ni lbh baek la dok umh n jd surirumahtangga sepenuh masa..Tahniah diucapkn pd Dato Ishak,AJK2 UMNO Somban dan kpd Prgerakan Wanita Somban yg diketuai oleh Dato Hjh Samsiah krn tlah brtungkus lumus mngadakan aktiviti2 n ceramah2 bg mngembalikan pengaruh BN dikawasan Parlimen Seremban..Insyallah BN akn kmbali brkuasa di Parlimen Somban pd PRU13 ni..

    ReplyDelete
  14. Abg Pilah said

    Nak melingkup DUN Pilah koka an Anan the Bulldog.

    X cukup lagi ko ghoto PKNNS ko balon Anan!!!

    ReplyDelete
  15. Udah2 la Mat Hasan

    Beghonti la syok sendiri, duit ko kok banyak bona pun baik ko sedokah kek Player Bola N9 bagi gaji maha dari ko boli TV3 bayar banyak2 bocakap mcm budak x sekolah!.

    Ko ni Mat Hasan yang bangang, ko pandai nak gaji bosa pakai keto mewah belanjo bosar, player bola pun tau yo pakai duit.

    ReplyDelete
  16. berape mat hasan upah blogger ni Paneh?

    ReplyDelete
  17. Ahh Ujang Ujang... dah namo pun kebarangkalian yo... usahlah paneh miang lak..... rilek rilek.... tapi cubo perati an boto boto.... kek Somban ni.... dah dokek dokek pilihanghayo baghu nak buek ceghamah.... tak kigho lah ampangan ko sikamat ko sesumo eh lahh!!!! Kalau tengok kek negohi oghang lain dah lamo mulo dah... kalau tengok kek pembangkang lagi lamo dah mulo.... kito ni plak baghu jam ni.... tapi apo pun .... esey sokong kalau kito lotak calon baghu... tak semesti eh namo yang kek ateh tu... yang ponting calon baghu.... kalau mudo biarlah yang ado karisma baghulah beghontap namo eh.... jangan kalah sebolun bertanding dek track record yang paghah!!!! Esey bukan apo do... sayang kek nismilan nih!!!!

    ReplyDelete
  18. mad hasan kok bayar blogger jembalang tu pu apo ado heran. sumo blogger yang dio upah sumo tak beguno sehabuk. blogger upahan mad hasan tak masuk ranking 100 blogger pro bn tehebat pun. ranking alexa pun hancus. buek rugi mengabih an ghoto rakyat sponser blogger balaci mad hasan.

    ReplyDelete
  19. siapa budak ni.shamsul ni dia ni ajk pemuda ke,ajk bahagian sbn ke,nak jadi calon dun lenggeng,yg buat kerja umno selama ni tak layak ke jadi calon,orang lenggeng kenal ke budak ni,jgn ingat sekolah timggi boleh buat kerja,dengarnya kat cawangan dia pun orang muda pun tak berapa suka dgn dia ni,dalam setahun berapa kali dia balik cawangan,jgn salah letak calon

    ReplyDelete
  20. calon ampangan budak wan tu kira bolehlah,dia pun anak jati ampangan,ketua puteri umno bahagian sbn,ajk puteri umno malaysia,ketua belia n9,orang pun kenal siapa dia,cakap saja nama kat ampangan orang dah kenal,ni tak mcm budak shamsul tu yg nak jadi calon kat lenggeng,berapa orang lenggeng yg kenal dia,ketua pemuda cawangan panchor lagi ramai orang kenal kat lenggeng,cakap saja nama dia semua orang lenggeng kenal,w,pun tak sekolah tinggi,orang lama dalam pemuda sbn

    ReplyDelete
  21. Kesian pulak den tengok kau orang ni... cubo lah buek research sikit... baru lah kritik... osah eh lah.... den ghaso kito tunggu yo keputusan PM nanti. Sapo yang akan jadi calon... den yakin PM dan kiro tambah tolak darab bahagi dah.... sapo yg dio pilih kito sokong.. jangan kito sabotaj plak... yang tontu eh Wan ko, Samsul ko, Rosli ko... bolun tontu jadi calon... itu sumo propaganda.... den ado bughak ngan orang JASA siangtadi... den tanyo... yang Wan ko Rosli ko Samsul ko sumo tu belum ponah di finalised kan.... itu sumo kaba angin yo... so eden pun ambik la kesempatan tanyo pasal si Samsul ni sapo den pun tak kona.... tapi menurut oghang jasa... dio ni penceramah biro penerangan UMNO Malaysia.... kek pancor dio jadik ketuo penerangan kalau x silap donga tadi lah... tapi kalau kau orang nak tau tanyolah orang pancor elok eh... tapi kalau den boleh kompom.an...namo samsul ni tak ponah pun di canang canang mungkin ado orang lain memandai yo agak eh.... tapi macam yang den koba an tadik kalaulah paneh miang dicalonkan tanding kek longgeng ni sekalipun kito mesti sokong.... sobab apo... sobab dio pilihan presiden... tak kigho lah dio tu tak ado jawatan pun.... kalau kigho kojo... adokah yang bokojo tu sobab nak jadi calon... tak ikhlas tu bang....sekali laie walau sesapo pilihan presiden kito ikut....kalau cakap presiden kito taknak donga... nak donga cakap sapo laie... cakap Nuar? Cakap Adi Awang? Ko nak donga cakap guan eng ngan kit siang??????? Apo pun.... idup umno!!!!!

    ReplyDelete
  22. 16 Mac, 2013 YAB Dato Seri Utama Najib bin Tun Abd Razak akan bertandang semula ke Negeri Sembilan.  Kehadiran PM pada malam ini merupakan lawatan kerja terakhir beliau ke negeri beradat sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan yang akan tamat tempoh bagi penggal ke 12 pada 26 Mac ini.

    Yang Amat Berhormat Dato Seri Utama Haji Mohamad bin Hj Hasan dalam kenyataan beliau selepas mesyuarat EXCO pada hari Rabu lepas memberitahu bahawa apabila tempoh dewan undangan berakhir tanpa pembubaran parlimen Malaysia, secara automatik ia akan terbubar dan beliau akan memimpin kerajaan sementara sehingga PRU ke 13 dan pembentukan kerajaan baru.

    Kerajaan Negeri Sembiloan di bawah BN difahamkan akan teus dikuasai oleh parti BN dan melalui gerakerja dan sokongan rakyat hasil kerja berterusan kepimpinan Tok Mat tidak boleh dipertikaikan PR akan menggigit jari di NSDK. 

    Kehadiran PM pada malam ini dalam majlis bersama MCA Negeri Sembilan selepas dua hari Mahkamah Tinggi Seremban membuat keputusan bahawa ADUN Lenggeng dari UMNO dibebaskan dan dilepaskan tidak bersalah dalam pertuduhan rasuah. Banyak pihak beranggapan bahawa ini tekanan pihak kerajaan yang menentukan keputusan penghakiman. Tetapi perlu diingat bahawa Hakim yang membuat keputusan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

    Bahkan daripada sumber yang boleh percayai bahawa YA Dato Siti Mariah Hj Ahmad merupakan hakim yang pakar undang-undang dan mempunyai pengalaman luas dalam kes jenayah termasuk kes rasuah. Jangan ada mana-mana pihak termasuk pihak pembangkang yang selama ini mengharapkan orang UMNO perlu dijatuhi hukuman walau ternyata ia tidak bersalah.

    Kepada pembangkang tiada seorang pun orang kerajaan yang jujur dan bersih. Hanya di kalangan mereka sahaja yang dikategorikan bersih seperti Anwar Ibrahim, Tian Chua, Mat Sabu dan ramai lagi. 

    Di Lenggeng ada di kalangan calon-calon yang mengangkat diri mereka sebagai winnable candidate sudah mula meroyan takut nama mereka terkeluar apabila keputusan mahkamah berpihak kepada ADUN Lenggeng. 

    Sejarah Bahagian Seremban memang semua orang tahu. Apabila Dato Ishak memimpin bahagian tersebut bermula tahun 1982 , dia tidak pernah cuba untuk meningkatkan kemajuan bahagian Seremban khususnya borang Melayu. Dia cuba menjadi hero untuk kepentingan peribadinya. Cakap dia semua betul dan orang lain di Bahagian Seremban tidak akan diberi ruang untuk maju sebagai pemimpin masa depan. 

    Zaman kegemilangan Dato Ishak sepatutnya telah berkahir selepas tidak lagi menjadi calon dalam PRU ke 12. Tetapi dengan taktik jahat dan kotor dia bersama dengan kuncu-kuncunya di bahagian Seremban menyebabkan YB Lenggeng dan Mohd Nor Awang didakwa di mahkamah. 

    ReplyDelete

  23. Dalam tempoh pendakwaan YB Lenggeng oleh SPRM yang boleh dikatakan menjadi kuda Dato Ishak Ismail, dimana sahaja dia berucap sudah pasti dia akan menelanjangkan YB Lenggeng dan Mohd Nor Awang. Inilah gambaran sebenar pemimpin UMNO yang dikatakan bersemangat Melayu tetapi sebenar mempunyai hati yang sangat busuk. Di Negeri Sembilan Dato Ishak bukan sahaja memburukkan orang UMNO disekitarnya tetapi sasaran utama ialah YAB Menteri Besar Negeri Sembilan. Semua tahu Dato Ishak bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan. Cita-cita ini telah lama disimpan. Apabila Tan Sri Isa tidak lagi bertanding sebagai ADUN Linggi dan berpindah ke Parlimen Jempol dalam tahun 2004, Dato Ishak telah mencanangkan dia akan jadi MB. Juak-juak dia di bahagian Seremban telah menempah blazer untuk mengiringi Dato Ishak apabila diisytiharkan jadi MB kelak. Tapi Allah lebih berkuasa dan lebih mengetahui apa dalam isi hati seseorang. Jika dia menjadi MB Negeri Sembilan, lebih separuh NS akan dijualkannya atau diagihkan kepada langau-langau dia. 

    Niat Dato Ishak untuk jadi calon dalam PRU ke 13 masih membara. Dengan mengharapkan sokongan daripada 7 hingga lapan orang Ketua UMNO cawangan di Bahagian Seremban, dia mengimpikan DUN Sikamat untuk comeback.  Tapi sedarlah bahawa orang Sikamat pun bukan mahukan dia lagi. Ramai yang telah berikrar untuk mengundi pembangkang jika inilah calon pilihan PM. PM jika melihat Tranformasi Negara boleh diterima oleh rakyat bawahan, jangan takut meletakkan calon-calon yang diterima rakyat. Sekiranya YB Lenggeng telah didapati tidak bersalah oleh mahkamah kenapa tidak mungkin beliau dicalonkan semula di DUN Lenggeng. Orang Lenggeng berdasarkan tinjauan yang dibuat oleh JS sendiri sangat menyenangi YB ini. Mencari calon berwibawa di Lenggeng bukan mudah. Jangan sesuka hati meletakkan orang Dato Ishak di Lenggeng. Jika ini ini berlaku maka akan terus bergolak kepimpinan UMNO Negeri Sembilan sekira "Orang Sahak" diletakkan di Lenggeng. 

    Tranformasi bukan sekadar slogan. Ia perlu dipraktikkan.  Maka adalah lebih baik mengekalkan calon yang sedia ada kerana pihak pembangkang telah kehabisan peluru di Lenggeng. Walaupun Anwar Ibrahim dan Nik Aziz yang turun di Lenggeng, sekira YB Mustafa dikekalkan di Lenggeng, BN pasti menang.

    - latest dari Jembalang Senja -

    ReplyDelete
  24. Ha ha ha ha.....

    Akhirnya YB Mustafa jugak jawapan eh... baik rosli, baik wan, baik si samsol tu.. sumo eh tak dapek... yang kompom YB Tapa gak.... naik yo YB Tapa... melulung laa si sukor, sidik dan lain lain laie... tu laa... siang malam kau poie sanun sinin nak menjolok namo korang kan.. kan.. kan... ha kan dah melopeh!!! Sudah eh.. Yb Tapa gak yang naik namo!!! Tapi yang den eran... semalam den donga namo baharom lak yang di sobut sobut kek dun longging ni... ontah lah... den stuju ngan kau bang.... kito ikut cakap presiden jo laa... Satuuu Malaysia!!!!

    ReplyDelete
  25. Mustafa nak dikekalkan..nak bungkuih DUN Lenggeng buek lah, den org Lenggeng den tau lah...banyak dah kerosakan yg dilakukan oleh Mustafa, 5 tahun jd ADUN asyik sibuk dgn kes rasuah yor, ini nak bg lagi peluang 5 tahun lagi..haaa mampuih lah jawab eh..

    ReplyDelete
  26. Den mANGKAH KEK DUN SIKAMAT.... SAJO NAK BAGI TAU BILIK GERAKAN DUN SIKAMAT TU JGN LAIE BUAT MCM PRU 2006 DULU... DEN SAJO2 DATANG MELAWAT KEK SITU , SECAWAN TEH O PUN TAK DILAYAN EEEE.... DENN PANGKAH LA PKR... HEHEHE.... SOMBONG BONA CALUN BN 2008 TUHH... TAHUN NI DEN NAK PANGKAH DS NAJIB PLAK LAA....

    ReplyDelete
  27. bro..bagi akuler..usah ditayangkan benda ni pada umum walaupun tak benar..point aku ia boleh memecah belahkan perpaduan UMNO ni...nanti ada pulak mangkuk wakil rakyat yang percaya..mula nak sabotaj parti..bukan ke itu kehendak puak puaka pakatun ni?? huhu..berhati hati dengan taktik depa ni..entah entah ni saja depa war warkan untuk pecahbelahkan UMNO..so hati hati

    ReplyDelete
  28. camano YB Tapa yg sombong, pembongis, kaki betino tu boleh lopeh? Tak kigho lah kok kojo sahak pun doh, sampai ditangkap dek SPRM... dah memang itu perangai si tapa tu dr sobolum jadi wakil rakyat...

    tapi kaba eh ghamai gak org cawangan eh sendiri yg memang meluat & cubo nk lawan eh maso betanding ketua cawangan. Tapi sahak gak guno strategi lopeh an. Dh jadi wakil rakyat tak tahu bersyukur pulak dah..

    ReplyDelete
  29. jembalang senja, bawak2 lah bertaubat jadi pembodek kpd pemimpin terutama kdp pihak MB & kroni.

    Bukan apa, seorang penulis yg baik akan dianugerahkan Allah Taala dgn pahala yg banyak sbb apa yg ditulis akan digunapakai oleh pembaca, andakata ia membawa kpd manfaat.

    melaga2kan sesama manusia ni dilaksat Allah Taala, di samping dibenci & dikutuk sesama manusia

    ReplyDelete
  30. Tahniah JS maklumat anda sangt baik dan boleh membantu BN menang.

    ReplyDelete
  31. Pado peminat paneh miang bangang jgnlh percayo bonar dgn apo yg bloger pr ni tulis. Den duduk Longgeng tau apo yg berlaku. Tak psyah mano2 barua babi ckp hal Longgeng. Dari Zaman Sahak sampai zaman Mustafa Salim den dah masak.
    Janganlh buek fitnah bnyk bonar. Sahak mmg pejuang. Pejuang dan petualang. Apo pasal maso dio jd Yb dulu tak apo yg dio buek. Kok buek jln kg nk katokn Sahak buek mmg kau org pun sano bangang dengan Paneh Miang ni. Semua kerajaan buek melalui pej. Daerah. Kontraktor yg konyang sbb jkkk hantar permohonan. Sekarang pun samo maso Mustafa Salim. Bezo eaa dia bnyk turun padang jumpo org kg. Prgm den tengok banyk dio buek. Tp tak adolh dia nk bg tau dlm blog ni. Kau org Sahak yg komen mmglh kato dio tak beghuno
    . Den bukan nak ampu dio. Tp ado kato dio kaki betino , kaki rasuah dan mcm2 lg. Kok kaki betino dah ado ko adik atau akak kau org cipap eaa pocah disuntutnyo.
    Org Dahak mmg dah beghangan nk gantikn dio tp org yg kono nyayo dek Sahak mcm ni Allah tunjukkn jugak akhirnyo dio lopeh. Berbueh2lh kau kato dio bersalah tp hakim kato tidak mako kau org yg bangang ni pandai dari hakim ko. Kok pandai bonar apasal tak ambek jurusan undang2 dulu. Kok setakat SPM gred 3 lauak kau org menyalak di blog ni jo lh.
    Ditakdirkn Mustafa Salim bertanding semulo kau org dapek spo
    Kok tak bertanding pun dio fah ponah jd Yb . Kau orng jdlh BABI......... hahahaha.......

    ReplyDelete
  32. perkataan babi ni tapa jo yg suko guno...tapa ko yg menulis ni? hampeh...!!!

    ReplyDelete
  33. Dato Adat LonggengMarch 26, 2013 at 3:25 PM

    Untuk makluman semuo yg membaco Blog ni yer,Situasi sebenar di Longgeng ialah spt berikut, Di Longgeng skrg ado 2 kem yo, pertamo, Kem Dato Sahak dan Macai2nya, Kedua, Kem Mustafa dan Balaci2 nya Jadi jika calon (BN) DUN Longgeng yg baru dipilih drpd Orang Kem Sahak, yg pasti 500-1000 Undi protes akan lari sebab Dendam yg tak sudah drpd mustafa kpd Sahak,bukan janji tapi pasti! Pasti mustafa akan mempengaruhi org2 yg masih taat dgnnya, kawan2 nya dan sedaro maro nyo memboikot Calon Org Sahak, Bagitu juo lah jika Calon ko drpdo Urang Mustafa,atau Mustafa sndiri dipilih semulo(tp tak mungkin) sudah pasti yer, Sahak akan buek balik perangai lamo ei 2008, mengarahkan macai2nya dan org2 pantai memboikot Calon Org Mustafa (MB) Jadi sedaro2, tuan2 puan2, langkah yg sebaik2nya esey mencadangkan Pihak yg berwajib yg memilih calon di Longgeng, pilih lah, ambik lah Calon yg 'neutral', dimano keduo2 pihak bertelagahan dan 2,2 Kem buleh terimo.Ok.paham yor.stkt ini,TETAPI Calon tersbt mestilah drpd Orang Longgeng sendiri sebab Longgeng mewakili 11 Cwgn UMNO dan org longgeng nak kan Org Longgeng jugak,(bukan shamsul Amri yor)kuk tidak ramai yg akan mengamuok nanti.tau lah Urang Minang kalau Mengamouk habih dicaruik2 ei sado eh nanti.Kg Daching takuik kok bertukar jadi Kg Bulan plak.He3x.Jadi pilih lah org baik2 yg ado pelajaran tinggi sikit drpd Longgeng yg buleh diterimo oleh 2,2 pihak berkenaan. sobab jd YB ni bukan stakat merasmikan majlis2 atau trn padang jumpo orang2 yo, itu Ketuo Kg pun buleh buek,Org Buto pun buleh jadi YB. klu itu lah ukurannya.Tetapi seorang YB jugak mesti kreatif dan berinnovasi boleh dan mampu membawa dan mencipta pembangunan baru di kawasan DUN nya sesuai dgn keadaan semasa dimana Malaysia akan menuju kpd Wawasan 2020 Negara Maju berpendapatan tinggi.Sekian dimaklumkan utk Pihak2 yg berkenaan, Lupakan yg sudah2, bukak lembaran baru.Ok.Selamat Mengundi!Jangan bongih2 dan marah2 lagi.BN tetap di Hati Ku.

    ReplyDelete
  34. Iyolah dato adat... kok sendri yg nak jadi calon YB untuk PRU 13 ni .. hahaaa.. macam-macam komen dilemparkan. Sodap bonar agak ei jadi YB ni. Berebut-rebut korang kan. Apo salah Samsul Amri? Wan Salwati? .. kok Dato sahak sekali pun sokong je lah janji orang BN bukan dari parti pembangkang. YB Mustafa pun tak da masalah. Korang dok buek dosa koring kek blog ni haa...

    ReplyDelete
  35. Dato Adat LonggengMarch 27, 2013 at 5:17 PM

    Untuk makluman pembaco juga yor,baru adil lah kan, disini diceritakan juga tentang situasi sebenar PAS di Longgeng plak yor, Rupo2 ei depa pun dok berghamuk jugak sesama depa, PAS Di Longgeng pun ado 2 Kem, Pertamo: Kem Hj Zulkifly Omar AJK PAS Pusat dan Macai2nya Kedua: Kem Hj MK Ibrahim YDP PAS Seromban dan balaci2nya serta disokong pulak oleh Hj Taufik PJ PAS Negeri (ADUN Paroi). Hj Zul ni atau Org Kg esey panggil Anton tak suko dgn MK Berahim ni dan Hj Taufik, jadi skrg PAS Longgeng ado 2 MTD satu di Panchor Jaya(MK Berahim Punyo) satu lagi di Longgeng (Zul Omar punyo)Bilo Zul buek program ceramah di MTD Longgeng, sudah pasti MK Berahim dan Geng tak kan turun, bagitu jugak lah bilo MK berahim buek program di MTD Pancor Jaya, Zul dan Macai2nya tak kan datang.Bukan Janji tapi pasti.Jadi,jadi nya skrg dikatakan juga bilo soal pemilihan calon PAS utk PRU 13 di Longgeng, Klu sekironya Zul Omar menjadi calon lagi sekali, kali ke brapo tak tau lah den (mmg dio nak pun sobab dio berangan nak jd MB N9) maka MK Berahim akan tutup sumo bilik gerakan dan sabotaj jentera p.rayo, begitu jugak Kalau MK Berahim menjadi calon PAS (dio pun teringin jugak dapek jd Exco N9 pun jadi lah)di Longgeng, Zul Omar akan sabotaj dan tutup sumo bilik gerakan di Longgeng.Jadi sedaro2,tuan2, puan2 Org2 PAS yg membaco blog ini esey dgn ini mencadangkan ambiklah,pilihlah Calon PAS yg 'neutral' yg baik2, yg buleh diterimo oleh keduo2 pihak yg bertelagah. Pilih lah Cikgu ANuar yg dah expired tu pun buleh jugak, Imam Said pun buleh.(PAS pun sebonar ei susah nak cari Calon)Tapi mesti daripada Longgeng jugak, kuk tidak kang mengamouk lagi ko urang Minang yg menyokong PAS di Langgeng ko,abih lor dicaruik2 ei sado ei.Siap Maki hamun lagi.(Kan Org PAS pakar Maki Hamun.He3x) Kesimpulannya, Iyoo lah dah namo eh Melayu kan, pahaman politik dan kaler yor lain2 tapi bilo Bab Kuasa dan Harto ni memang budayo Melayu tu totap tak ilang.Dengki dan irihati serta berghamuk sesamo sndiri pasti akan berlaku jugaklah.Dah namo ei 'Melayu'..Ok.Apa pun adanya, pilih lah BN, BN tetap pilihan terbaik. Selamat Mengundi!Jgn marah yor Org PAS!

    ReplyDelete
  36. N9 ni memang tumbang la. calon macam budak darjah tadika. tu la ikut sangat najib altantuya tu. negeri kau ikut kau la. ni dok pok jib tu... mampus org lain kena urus negeri kau. tak dak telor MB N9 NI,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sumbang na komen kau.. nampak na bodoh ea yo..

      Delete
  37. Calon Lenggeng Shamsul Amri Ismail yang Pegawai Kek MPN tu ko?

    ReplyDelete
  38. Admin.. Adun Batu Kikir? bilo pulak batu kikir ado adun... kalau ado pun esei la sapo laie...

    ReplyDelete
  39. Yang Berhormat Dato' Shamsul Kahar akan kekal di DUN Batu Kikir... Bangang Batu kikir ado Adun ko?

    ReplyDelete
  40. Kalu wan salwati yg tak bermoral byk skandal baik tak payah

    ReplyDelete
  41. KALAU MAT HASSAN BERTANDING DUN...ALAMAT BN DLM BAHAYA...ORG UMNO SENDIRI MENYAMPAH TGK DIA..SYOK SENDIRI DG BWK CALON NTAH APA2....
    KLU BN NK KALAH SILA LETAK MAT HASSAN MB LG...

    ReplyDelete
  42. WAHAI ADMIN MANO DATANG EH duN bATU kIKIR???? POLIK DEN !! HAHA

    ReplyDelete
  43. Urang minang kalo indak yo sadar indak taulah yo....urang minang mangamuak basabab....alah lamo langgiang doperintah dek BN....ar yg dapek..co kecek an....apo tiyo ado doh...kg dachiang kg den....gambar dachiang jo lah buleh harok..yg sanang...yg dibantu...sedaro maro er..kalo urang bn..jln smpi ka muko pintu bar tar...jln utamo di biar an balubang....alah sampai maso er...utk kami memilih yg trbaik....elok cando er....den alah kajo diluar kg den...alah 13 taun....tp tatap blk mengundi di kampuang den....kg daching tercinto...tp apo yg den tengok...urang caradiak pndai kini or....mmg tak akan memilih bn...majoriti di ipta tmpek den mengajar memilih pbangkang....apo2 pun den banggo cikgu samsiah...bekas guru besar den kek ulu beranang...masih setio kek bn....BN hingga ke lubang kubor ku....kalo x kerano wa'e...mungkin den x smpi ke PhD...timo kasih cikgu...BN makin pudar...

    ..

    ReplyDelete
  44. Dun linggi pun samo...pasti tumbang..calon bn bukan dri winnable candidate.org kg sendiri pun konar...dduk ajk pemuda bhg mesyuarat langsung x dtg.mcm mano mat hassan pilih calon yg mcm ni...mmg nk bgi NS kalah agaknya. ..kami di dun linggi akan ajar melalui undi.

    ReplyDelete
  45. si samsul tu tak silap aku ado kes maso blaja kat itm londu,boleh ke jadi pemimpin?

    ReplyDelete