Thursday, December 19, 2013

Pemimpin UMNO tak jujur..

1. Kebanyakan Ketua Cawangan UMNO dan JKKK (Village Security and Development Committee) tak bersikap jujur. Biasanya mereka bercakap separuh benar, maknanya tak cerita semua perkara sampai habis.

2. Pemimpin peringkat bawahan bercampur gaul dengan masyarakat setiap hari, terutama penduduk di kawasan sekitar kediaman masing-masing. Manakala pemimpin peringkat atasan macam Ketua Bahagian, ADUN, EXCO, Menteri Besar, Timbalan Menteri, Menteri, Perdana Menteri, PEMANDU, KONSETAN etc. mereka ini hanya berjumpa masyarakat, dan bukan bergaul dengan masyarakat. Ada beza makna antara berjumpa dan bergaul!!

3. Pemimpin atasan terutama daripada UMNO/BN hanya berjumpa dengan masyarakat sekali-sekala. Jumpa, salam, tanya khabar (macam ayat Mad Hasan selalu.."Apo kobar?"), peluk orang tua sikit, duduk join makan sekali-sekala macam Najib masa tengah breakfast, duduk sebelah orang tua masa majlis..bla..bla..bla! Yang penting semuanya dilakukan depan lensa kamera sebab nanti nak keluar tv, nak publish di suratkhabar, blog, facebook etc. Kalau tak orang tak tau nanti pemimpin atasan naik komuter, duduk sembang kat warung, peluk orang tua bla..bla..bla! Heh!

4. Pemimpin atasan UMNO/BN hanya bergaul dengan kengkawan rapat mereka sambil hisap curut Cuban, sembang minum teh, makan dessert, sesekali pekena oblong di kedai terpilih, atau lounge terpilih, atau coffee house terpilih. Mana ada mereka bergaul dengan masyarakat duduk sembang lama-lama. Semuanya melepak dengan klik dan geng memasing saja. Maklumat dan laporan yang mereka dapat pun hanya dari circle geng sendiri saja, bukan langsung daripada rakyat.

5. Bebeza dengan pemimpin peringkat bawahan seperti Ketua Cawangan UMNO dan JKKK yang bergaul saban hari dengan masyarakat, tak kiralah di surau, di majlis kenduri kendara, gotong royong, warung kopi, baiki longkang, baiki bumbung rumah orang, tebas lalang, bersih kubur, borak di pasar malam etc. Tak termasuk melayan orang datang mengadu setiap hari berkaitan pelbagai perkara termasuklah kos sara hidup yang semakin menghimpit - pendapatan rakyat kini tak setara dengan kos sara hidup yang perlu ditanggung.

6. Tapi bila Ketua Cawangan dan JKKK ni berjumpa pemimpin peringkat atasan, segala aduan dan keluh kesah rakyat itu tidak disampaikan. Masing-masing jadi bisu. Tiba-tiba mulut terkunci. Apa yang lebih dulu disampaikan kepada pemimpin atasan ialah berkenaan habuan sendiri, ganjaran yang pemimpin bawahan patut dapat atau projek mana yang boleh disakau. Segala rungutan dan aduan rakyat boleh tunggu...humban dalam tong sampah.

7. Sebab tu segala polisi dan dasar yang diperkenalkan pemimpin atasan kebanyakannya tak menyelesaikan masalah sebenar rakyat. KR1M, BR1M, BB1M, Kedai 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Sarapan 1Malaysia, Produk 1Malaysia etc. tak mampu menyelesaikan masalah harga barang naik, harga rumah tak munasabah, kos perjalanan naik, kos makanan naik, pendapatan boleh guna rakyat kurang, 'poket sakit' etc. 

8. Segala bentuk skim bantuan bawah label 1Malaysia yang diperkenalkan kerajaan BN sepertimana cadangan KONSETAN kononnya untuk ringankan beban rakyat hakikatnya tidak terkesan pun di hati majoriti rakyat.

9. Tapi sebab pemimpin peringkat atasan syok sendiri, maka diperkenalkan lagi pelbagai produk label 1Malaysia yang majoriti rakyat dah menolaknya dan ini telah pun dibuktikan di PRU-13 apabila undi popular BN kurang berbanding pembangkang terutama di kawasan bandar dan suburb.

10. Terang-terangan segala apa yang diperkenalkan kerajaan Najib REALITINYA GAGAL menarik sokongan lebih 2/3 pengundi, tapi masih lagi Najib dan pemimpin atasannya tak mahu belajar. Masih lagi nak kempen label 1Malaysia yang dah gagal dan basi. Masih lagi syok sendiri.

11. Kini kerajaan nak tubuhkan pula makmal untuk kaji kos sara hidup rakyat bawah PEMANDU. Rakyat dah terbeban dengan bermacam kos sara hidup, baru nak tubuh makmal? Heh! Rakyat pasti skeptikal bila PEMANDU dipertanggungjawabkan untuk kaji masalah rakyat. Sebab PEMANDU akan lantik entah KONSETAN mana, buat research dalam bilik saja, takde perkongsian pintar dengan Bank Negara dan KPDNKK macam sebelum ni, tak buat pun soal selidik langsung dengan rakyat - dah kompom la hasil kajian makmal tu tah apa-apa!! Pasti segala hasil kajian PEMANDU tidak akan bantu rakyat pun. Silap-silap lagi banyak subsidi kena tarik.

12. Justeru kepada Ketua Cawangan, JKKK dan pemimpin peringkat bawahan tak payahlah harap sangat hasil dapatan/rumusan makmal PEMANDU bingai tu. Lebih baik pemimpin peringkat bawahan sampaikan sendiri segala rungutan dan masalah yang dihadapi rakyat. Beritahulah dengan jujur kepada pemimpin atasan yang kerajaan kini telah menyerang poket rakyat bertalu-talu hingga memaksa rakyat berjimat; tapi pada masa sama rakyat dipamerkan dengan kemewahan kerajaan Najib yang boros berbelanja tak hengat dunia.

13. Beritahulah dengan jujur pada kerajaan Najib yang BN menang tipis PRU-13 bukan disebabkan orang Melayu suka Najib dan Rosmah atau hargai apa yang kerajaan Najib buat, TAPI sebab orang Melayu tiada pilihan kerana alternatif yang ada lebih setan daripada setan sedia ada. Janganlah pemimpin atasan UMNO terlalu syok sendiri atau nak perasan terlebih sangat!!

14. Kerajaan Paklah hilang 2/3 majoriti hingga Paklah terpaksa letak jawatan sebab 'serang' poket rakyat berterusan selama 4 tahun. Najib pun nak jadi macam Paklah agaknya.

15. Mungkin di PRU-14 rakyat bukan setakat akan paksa Najib letak jawatan; silap-silap Najib tak sempat nak letak jawatan pun sebab tiba-tiba dah hilang jawatan!!

29 comments:

  1. sejak bila pemimpin dari BN dan pembangkang jujur?????? semua ada kepetinggan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul betul !

      Delete
    2. Ada yag jurjur ramai tp tkde seorng pun pemimpin PAS PKR dan plg sial DAP yg jujur.. PAS pemimpin penipu bapak munapik.. Nik Najis tu bkn setakat tipu pencacai.. tp tipu Allah dan Rasul.. ubah hukum dan maslahat demi politik kotor PAS. PKR penipu dr bapak, bini anak beranak.. pecacai samseng.. Jam Omega mana??

      DAP apa mau ckp? komunis besar, perosak segala perosak..

      at least BN ada juga kebaikan. Pakatan Haram mmg sial spjng masa!

      Delete
    3. Anon 5:35 PM

      susah utk aku xsetuju dgn ko.... BN mmg haprak tapi PKR ,PAS n DAP lgi bapak kepada HAPRAK ##@##$$%%$#@%%

      Delete
  2. Apa ko expect dari seorg PM? Ko expect hari2 dia kena masuk kg jumpa & bergaul dgn org ramai, masuk pasar check harga barang & mcm2 kerja sebodoh yg ko fikir...dia mentadbir negara la bro... Kalau pemimpin bawahan ni tak sampaikan maklumat yg betul, ko yg pandai ni, cari lah cara supaya dpt sampaikan msg yg betul tu kpd PM...bukan meroyan mcm ni...semua kerajaan tak betul...yg betul kepala hotak ko yg bangang tu!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat expect najib ngan nuar berambus dari politik malaysia. Biar mahathir jadi pm balik aman dan makmur malaysia.

      Delete
    2. Kalau najib dan nuar berambus pun Melayu perangai tak berubah,akan hanyut juga nanti.tunggu je lah.

      Delete
  3. pemimpin bawah ni bukan tak jujur paneh tapi tak berani dan tak amanah sebab takut nak sampaikan perkara benar yang rakyat dok bising. tapi kalau pikir balik tak amanah lebih kurang sama tak jujur la ya tak. dah la tak jujur + tak betolo masing2.

    ReplyDelete
  4. "alternatif yang ada lebih setan daripada setan sedia ada"

    muahahaha best caption bro.

    ReplyDelete
  5. Abis ape pilihan yang kita ade bro paneh? Undi belah sini semua benda nak dinaikkan. Dasar merapu yang dibuatnya. Rakyat merintih tak dengaq, nasihat PEMANDU jugak nak didengaqnya. Ditambah dengan menteri biadap, angkuh taik kucing. Undi belah sana si bang non ada. Ditambah dengan ultra kiasu komunis. Den yang mengundi BN ni masa PRU lepas menyesal tak sudah... Najib dengan bengapnya, bang non dengan cita-cita PM nya... sudahnya rakyat merana.

    ReplyDelete
  6. Kok org umno terutamo pemimpin yg kek bawah ni betolo macam zaman tun razak dulu musti selosai masalah rakyat. Masalahnyo sumo jago tembolok sendiri ajo. Bukan peduli pun susah rakyat. Ingek br1m apo ko lancau tu sumo bulih setel masalah rakyat yang tak beduit ni ko? Bangang punyo kojo nak tau masalah rakyat pun kono buek makmal. Osah betingkek tingkek bodoh eyy.

    ReplyDelete
  7. Dalam masa 5 tahun sebelum pru14 kalau pendapatan rakyat tak naik juga boleh pi mampus la sama najib. Fin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kerja malas macam mana nak naik pendapatan.Bangla dan Indon yg datang merempat kesini pun ramai yg dapat pendapatan lebih tinggi dari org tempatan mengapa?.Mereka kerja 12- 14 jam sehari,melayu kerja 8 jam pun tuang.Kat kilang aku dah 2 bulan tak henti overtime,tapi semuanya Bangla dan Indo saja,ada beberapa orang Melayu jadi operator tapi tak mahu kerja lebih masa,malahan selalu kerja separuh hari ,ada saja alasan yg di beri utk cuti separuh hari.Ini bukan rekaan ,tapi perkara sebenar yg berlaku di tempat kerja aku.Nasiblah Melayu.

      Delete
  8. Cukuplah berpolitik,cuba buat blog untuk membena minda pembaca terutamanya utk orang Melayu.Kalau orang Melayu masih macam sekarang ketagih subsidi,kuat rasuah,malas berusaha utk belajar atau pun berkerja,takut ambil risiko utk berniaga,bila pinjam wang malas bayar hutang,kerja cincai,parti mana pun yg jadi pemerentah lambat laun Melayu tetap hanyut.Contohi lah orang Cina yg kuat berusaha,sehingga mejoritinya berjaya dan bila berjaya mereka sudah boleh 'demand' kuasa pula.Padan muka orang melayu terkebil-kebil ,dan mulalah marah sana sini tak tentu arah ada saja yg tak kena nya,macam kamu ni.Orang Melayu memang suka tuding jari pada orang lain ,sekarang ni mangsanya adalah pemimpin,tapi selama ini orang Melayu sendiri yg pilih pemimpin mereka, so siapa yg salah?.Sebenarnya yg salah diri sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tak pilih najib jadi pm sedara. Yang pilih najib jadi pm ialah org umno sebab dia presiden. Kalau rakyat macam aku ada choice pilih siapa pm tak kan aku pilih najib @ hisham @ anwar @ nik aziz @ hadi sekalipun. Mana aku nak tau najib lantik orang bangang macam pemandu dan dengar cakap perunding setan. Otak dia sendiri letak lutut ke apa. Jadi tak payahlah nak suruh orang salahkan diri sendiri. Tak semua melayu subsidi malas dan rasuah macam sedara.

      Delete
    2. betul betul betul. orang umno ada peluang tukar pm masa pemilihan umno lepas dgn syarat cabar jwtn presiden. tapi biasalah orang umno pengecut. nak jaga keharmonian parti konon. keharmonian rakyat tak nak pulak jaga.

      Delete
  9. Kenapa PM kita tu, teruk sangat ker ekonomi negara sampai bertalu talu pengumuman kenaikan atas alasan rasionalisasi subsidi masa kerajaan di terajui oleh Tun Mahathir ada juga kenaikan tetapi 2 sen hingga 5 sen sahaja.Negara mencapai pertumbuhan memberasangkan.

    ReplyDelete
  10. Kerja rajin, kuat usaha Insyaallah ada jalannya.

    Kerja tak berapa rajin, nak banyak saja, bila susah salahkan orang, orang senang sikit kita cemburu, tak boleh kena tegur, sebab anggap kita saja betul,

    Cara mudahnya salah kan Najib......jangan bila marah kelambu di bakar....budaya menyalahkan orang sahaja tak kemana.....sudahnya kita dapat darah tinggi, sakit jantung...sebab "pressure" ashik tinggi sahaja...

    Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Percaya tak pendapatan RM1k pun cukup dan pendapatan 15K pun tak cukup....semuanya terletak kepada kita.

    Kebahagian tidak hanya terletak pada RM...hati kena baik bro...bersangka baik,...berbaik-baik......kelak kita rasa tenang sahaja ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul bro anon. Aku setuju tu bab kerajaan najib tak boleh kena tegur sbb anggap diri sendiri saja betul. Dah la tak boleh kena tegur pastu nak spin konon melayu malas la, tak kuat usaha la. Den setuju tu. Bab politician sakau duit rakyat hingga nampak mewah pun kita kena bersangka baik. Husnulzan. Kan..kan?

      Tapi bro dah cuba ke duduk 2-3 bulan di jb, penang, kl or selangor dgn rm1k yang bro anon kata cukup tu? Habaq mai crita.

      Delete
    2. aku pun nak belajar mcm mana kau hidup dgn rm satu ribu saja..duduk bawah jambatn pastu gi keje jln kaki...setakat cerita je boleh la...

      Delete
  11. K'jaan: Potong subsidi baik untuk rakyat,

    kjaaan bn bodoh

    ReplyDelete
  12. Salam semua,

    Rasanya ada yang miss point di sini. Rasanya rakyat tak kisah pun jika subsidi di tarik balik, tapi perlahan2, bukan sekaligus. Nature di Malaysia ni, jika subsidi untuk sektor tertentu di tarik semula, harga barang akan naik tinggi mendadak. Dan bila harga barang dah naik, tak akan turun dah. Boleh beza harga sepinggan rojak tahun 70an dgn sepinggan rojak hari ni. Maksudnya rakyat boleh terima kenaikan harga barang tapi bukan dgn cara sedut subsidi sekaligus sbb ia akan menyebabkan harga barang naik mendadak. Cuba belajar mcmana TDM handle ekonomi. Zaman dia tarif elektrik naik juga, harga minyak naik juga, tambang pengangkutan naik juga, harga gula pun naik, tapi adakah dinaikkan dengan cara mendadak?

    Apalah salahnya kerajaan najib tarik subsidi berdikit2, contoh 6 bulan pertama tarik 5sen, atau 20%. 6 bulan seterusnya tarik lagi sikit 5sen or another 20% etc. Jadi peniaga sukar nak amik kesempatan dan rakyat sempat buat adjustment kos sara hidup yang meningkat. Bukan dalam masa 2 bulan segala subsidi nak ditarik dan dinaikkan harga komoditi sekaligus. Itu nak bunuh rakyat namanya.

    Peliknya diwar2kan etp dapat keuntungan beratus billion, pelaburan asing banyak, kewangan kukuh, saham meningkat etc, tapi cara kerajaan Najib tarik subsidi dan naikkan harga sektor tertentu dgn cara tergesa2 seolah menunjukkan kerajaan takde duit.

    Najib kena belajar sebab apa rakyat marah masa zaman paklah apabila rakyat ditekan dengan kenaikan kos sara hidup bertalu2 hingga tak sempat nak bernafas. Ini bukan isu Melayu malas, xnk usaha, terpengaruh dengan pembangkang bla..bla..bla! Contributer di blog ini pun kebanyakkan adalah usahawan, berpendapatan besar, tapi faham juga jerih perit rakyat terutama Melayu. Jadi tak payah la cepat sangat nak buat conclusion spin salahkan konon Melayu xnk usaha, kaki menyalak etc.

    Tapi kalau ikut cara Najib yang hanya dengar cakap konsetan saja tanpa ada daya fikir sendiri, alamat tak lamalah.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa kata rakyat malaysia berdemo kali ini tanpa di naungi oleh mana2 parti politk..mungkin bloggers2 baleh menjadi pemulanya..terus terang saya adalah pengundi kerajaan tetapi saya langsng tidak petcaya pada pembangkang..kalaulah ada satu demo khuus utk rakyat seperti saya nescaya keraajan dapat 'dibangunkan'

      Delete
    2. Tarik subsidi berdikit2 bermakna penarikan ini akan dibuat beberapakali. (dalam masa 2 tahun ialah 6 kali) setiap kali kenaikan contohnya 5 sen atau 20% harga barang akan dinaikkan 2 atau 3 sen atau 10%. Contoh Gula naik 5 sen tapi Teh Tarik Naik daripada 1.00 kepada 1.10. 6 bulan kedua begitu juga.Subsidi ditarik balik 10 sen tapi harga teh dah naik 1.20 dan seterusnya. Boleh ke harga segelas teh dinaikan 2 atau 3 % iaitu 1.03 sen atau 1.05 sen. Kalau dah 6 kali kenaikkan, cuba bayangkan..

      Delete
  13. dua - dua sama.........

    ReplyDelete
  14. Waritha den ado cito nih,
    "Terima kasih Ah Jib Gor Gong kerana memelihara kepentingan perut dan tempat tingal Rakyat negeri kami.
    Negara2 kami yang miskin tak mampu menjaga anak kami yang berjaya menghantar tiap tahun 18 billion ringgit ke negeri kami.Wang ini amat membabantu reseb bankbank pusat kami yang sentiasa memerlukan reseb wang asing.Tanpa kehadiran rakyat kami yang dapat manafaat subsidi 42Rm Billion setahun , kami tau kami tak mampu menghantar ucapan terima kasih pada 31.Ogos setiap tahun.
    Maka sebagai ganti, kami semua mengucap berbillion billion RM (dah 10 tahun) terima kasih sempena ucapan yang penuh kesombongan angkuh boros degil bangadiri sikap suka memuji diri sendiri ke langit tanpa had,di utusan utama Dewan MCA.
    Pandan dan secucuk Kamu beri ucapan selaku Bapak Sekolah Vernakular dan sahabat karib keluarga YTL,sahabat Lim Dynasti,sahabat rapat TS Pheng juga ratusan kenamaan cinions yang memberi kamu tamparan hebat.Tepat masa nya.
    Memang benar kami Negara miskin belum lagi jumpa saorang ketua Negara yang bodoh saperti kamu.Kamu Negara amat kecil hanya 25 juta rakyat.Kami menyumbang 4 juta tubuh.,ingat ya..
    Antara kami tiada siapa Negara berani mendabik dada puji diri sendiri kerana murah hati belanja kan 42 billionRm untuk subsidi beras tepung gula minyak masak petrol disel gas ,sekolah free,hospital murah/free/khidmat bersalin free.
    PPRT amat free( sebab warga kami bijak sewakan ke orang bangsa kami juga).Dapat mykad free,elekrik air bersih free,gajet smat fon RM200,Universitas free..
    Semua ketua Negara kami lebih bijak tak macam saperti kamu,kerana kami tau ini semua subsidi dan perkhidmatan free membengkerapkan lama dah khazanah kami .
    Kami ucapkan terma kasih dan harap PM 1M terus beri subsidi dan perkhidmatan free selagi mana kamu tidak bengkrap lagi.
    Walau pun rakyat kamu sendiri susah dan tak cukup kemudahan asas saperti di nikmati olih 4 juta rakyat kami di Malaysia, kami yakin PM 1M terus membenar 1,000,000 lagi rakyat kami dating mengkecapi nikmat yang kami tak mimpi memberi kapada mereka.Kami banga ramai dari rakyat kami menjadi lebih kaya sejahtera dari rakyat kamu.Kami Yakin juga kamu bangga rakyat kamu,masih sengsara tak berjaya saperti rakyat kami.Nak tahu,tubuh LAB 6.juta RM Husni dan KJ Rembau Pegawai Penumpang akan Bantu.
    Tahniah .
    Kami wakil
    Negara Gred A :Singapura, People Repablic Of China,England,Australia ,Taiwan
    Negara Gred B: India,Sri Lanka,Bangla Desh,Myanmar, Thailand
    Negara Gred C : Nepal,Laos,Cambodia
    Negara Gred Cekai : Nigeria,Iran,Irak,Columbia,Peru,Palestine ,Lebanon,Pakistan,Venezuela,Lithuania,Bosnia,Bolivia,Philiphine,Indonesia,Vietnam.
    Negara Gred bodek Kamu supaya dapat pelaburan duit rakyat kamu: England,Amerika,Turki,Australia."
    arjuna waspada
    changkat lobak.

    ReplyDelete
  15. PKR anjurkan demonstrasi jatuhkn umno.PAS buat solat hajat untuk hancurkan umno.mane lebih baik dan afdhal?

    ReplyDelete
  16. Mohon supaya tarik ahli-ahli baca blog ini untuk tahu isi hati orang awam dan penyokong dan ambil pelajaran untuk berubah. Tolong juga paparkan artikel Tun Mahathir: Luahan Hati Mahathir

    ReplyDelete