Thursday, December 31, 2015

Pesan Tun Razak kepada Najib..


"Kekuatan UMNO bergantung kepada tiap-tiap orang ahlinya bergantung kepada kesanggupan mereka menjalankan tanggungjawab mereka itu dengan JUJUR dan sempurna. Begitu juga saudara-saudara ahli UMNO..BERTANGGUNGJAWAB MENJAGA dan MENGAWASI pemimpin-pemimpin tertinggi menjalankan tugas mereka dengan JUJUR dan IKHLAS." - 24 Jun 1972 (Dewan Bahasa dan Pustaka).

"Saya telah katakan tadi..kalau kita ingin UMNO terus mempunyai pengaruh dan tenaga, maka kita semua pemimpin parti mestilah sanggup menunaikan tanggungjawab dengan penuh. Kita mestilah sanggup BERKORBAN dan MENJAGA NAMA BAIK PARTI serta meluaskan pengaruh parti setiap masa." - 24 Jun 1972 (Dewan Bahasa dan Pustaka).

"Saya terpaksa menekankan betapa pentingnya kita MENINGGIKAN LAGI SEMANGAT PATRIOTISME dan PERIBADI kita kerana saya bimbang telah ada tanda-tanda di setengah-setengah tempat..beberapa pemimpin UMNO sendiri menjadi 'unsur-unsur kemerosotan' itu." - 30 Jun 1973 (Hotel Hilton, Kuala Lumpur).

"Kepada setengah-setengah pemimpin UMNO, kejayaan menyebabkan mereka 'berpuas hati' dan ada di antara mereka yang TERANG-TERANG BEKERJA HANYA UNTUK KEPENTINGAN DIRI dan MENYELEWENG kepada parti, rakyat dan negara." - 30 Jun 1973 (Hotel Hilton, Kuala Lumpur).

"Memang benar parti kita sekarang masih kuat, tetapi kalau kita tidak menjaga dan mengawalnya, tak dapat tiada ia akan menjadi lemah. Kita mesti ingat bahawa APA YANG NAIK AKHIRNYA AKAN TURUN JUGA dan APA YANG DI ATAS AKHIRNYA KE BAWAH JUGA. Perbezaannya adalah masa dan kewaspadaan masing-masing. Ini adalah adat dunia dan hakikat sejarah." - 30 Jun 1973 (Hotel Hilton, Kuala Lumpur).

"Pucuk pimpinan parti kita perlu sentiasa memperhatikan KEHENDAK-KEHENDAK MAJORITI AHLI PARTI dan juga sedia menyesuaikan kedudukan parti dengan peredaran dan kehendak zaman." - 30 Jun 1973 (Hotel Hilton, Kuala Lumpur).

"Bagaimanapun, patut diingatkan bahawa kekuatan dan pengaruh parti kita bergantung kepada beberapa faktor dan pada hemat saya faktor yang paling penting ialah KEJUJURAN AHLI-AHLI TERHADAP PARTI dan seterusnya KERAJAAN YANG DIDUKUNG OLEH PARTI TERHADAP RAKYAT." - 21 Jun 1975 (Hotel Hilton, Kuala Lumpur).

"Inilah saya fikir khidmat bakti yang masih ada pada kita, iaitu KEJUJURAN AHLI-AHLI SEKALIAN mendukung cita-cita murni UMNO; KEJUJURAN PIMPINAN UMNO MENJALANKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB. Inilah sebabnya saya menggariskan khidmat KEJUJURAN kerana selagi kita jujur dan ikhlas terhadap parti dan rakyat, sudah tentu Allah akan memberkati segala usaha kita itu." - 21 Jun 1975 (Hotel Hilton, Kuala Lumpur).

"Pimpinan UMNO hari ini menyedari benar-benar bahawa PARTI MEMERLUKAN PEMIMPIN YANG JUJUR, YANG BERSIH, YANG BERDEDIKASI kepada parti dan rakyat." - 21 Jun 1975 (Hotel Hilton, Kuala Lumpur).

"Oleh itu amatlah mustahak kita mendapat PEMIMPIN YANG JUJUR, DEDIKASI dan BERSIH PERIBADINYA yang mendapat keyakinan ahli-ahli UMNO dan lebih penting sekali KEPERCAYAAN dan KEYAKINAN seluruh rakyat." - 21 Jun 1975 (Hotel Hilton, Kuala Lumpur).


"Saya pernah katakan dulu dan saya suka mengulangi iaitu kekuatan sesebuah parti politik seperti UMNO ini bergantung kepada KEKUATAN dan INTEGRITI SETIAP AHLINYA. Selagi ahli-ahli UMNO patuh kepada perjuangan parti dan sentiasa menjaga serta mengawasi perjuangan parti dan TIDAK MENYELEWENG, sudah tentulah UMNO akan terus kuat dan teguh." - 21 Jun 1975 (Hotel Hilton, Kuala Lumpur).

"Oleh yang demikian, saya dengan penuh ikhlas meminta saudara-saudara menimbang dan memikirkan sebarang keputusan yang akan kita ambil dengan penuh berhati-hati sambil memohon ilham dan petunjuk dari Tuhan Yang Maha Kuasa. Apa yang kita lakukan, ASAL DIBUAT DENGAN PENUH KEJUJURAN dan TAKWA, tidak akan menyimpang daripada hasrat dan matlamat sebenar yang hendak ditujui." -  21 Jun 1975 (Hotel Hilton, Kuala Lumpur).

"Inilah panduan dan pedoman kita dan saya meminta saudara-saudara menjalankan AMANAH yang diletakkan pada kita dengan JUJUR, ADIL dan SAKSAMA." - 21 Jun 1975 (Hotel Hilton, Kuala Lumpur).

Sunday, August 23, 2015

Jangan sampai UJUB dah lah..

(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. - Surah Al-Hadiid, Ayat 23.



Peruntukan dalam Perlembagaan UMNO

8.5 Perhimpunan Agung Khas hendaklah diadakan apabila dikehendaki oleh salah satu daripada tiga permintaan yang berikut: -

8.5.1 Dengan kehendak Presiden.
8.5.2 Dengan permintaan bertulis daripada dua pertiga Ahli-ahli Majlis Tertinggi.
8.5.3 Dengan permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya satu perdua daripada jumlah semua Bahagian itu telah mengadakan mesyuarat Perwakilan Khas atas masalah yang sama.

9.12 Jawatan Ahli-ahli Majlis Tertinggi termasuk Presiden dan Timbalan Presiden boleh dilucutkan atau Majlis Tertinggi dibubarkan oleh Perhimpunan Agung Khas dengan undian tidak kurang daripada dua pertiga daripada jumlah bilangan ahli yang berhak hadir.

Peruntukan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan

Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Sunday, August 16, 2015

Ceghito paneh tang Tampin..


TAMPIN: Mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Tampin semalam meluluskan usul meminta Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Usul tergempar yang dikemukakan oleh Ketua Pemuda UMNO cawangan Kampung Ulu Ladang, Azman Abdullah telah diluluskan sebulat suara oleh seramai 210 perwakilan.

Sebaik usul itu dikemukakan, Pengerusi Tetap mesyuarat, Mohd Salleh Yahaya bertanyakan kepada perwakilan berhubung perkara itu.

Pertanyaan itu dijawab oleh perwakilan yang memberitahu mereka menyokong; dan apabila Mohd Salleh bertanyakan ada atau tidak perwakilan yang tidak menyokong usul tersebut..suasana senyap menandakan semuanya menyokong usul.

Rentetan itu Mohd Salleh selaku Pengerusi Tetap mesyuarat mengisytiharkan bahawa usul itu diterima.

Sementara itu Ketua Pemuda UMNO bahagian Tampin, Ridzuan Ahmad berkata, beliau bersikap terbuka dan menerima usul yang dibuat oleh perwakilan itu.

"Mesyuarat perwakilan adalah platform bagi ahli untuk menyuarakan pandangan mereka dan saya perlu menerima suara akar umbi," katanya. 

"Ini adalah medan yang betul bagi mereka dan ia adalah tepat berbanding perbuatan membuat tuntutan hingga mengecam dan mencaci pemimpin di media sosial." 

"Kami tidak mempunyai niat yang tidak elok terhadap pemimpin tetapi amat berharap kepimpinan di peringkat atasan dapat mendengar kami yang di bawah ini dan mengambil tindakan betul dan segera terhadap isu berbangkit," ujarnya lagi. 

Persidangan peringkat bahagian itu akan berlangsung hari ini dengan dirasmikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Thursday, July 16, 2015

Sinar Baru PM

Tahun ni takde iklan raya menarik daripada Petronas sebagaimana tradisinya setiap tahun. Tahun lepas "Ke Pangkuan Bonda"..tapi tahun ni Petronas recycle iklan lama je. Mungkin sebab harga minyak dunia yang tak menentu..turut beri kesan pada bajet Petronas. Ditambah dengan penyusutan nilai matawang RM yang tak mencerminkan keadaaan ekonomi semasa bak kata BNM.

Tapi tak pasti la pulak samada nilai dalam akaun bank RM ke-2 tercantik Asia naik atau tak sekarang ni..

Tahun ni kebanyakan GLC'c tak berebut nak terbit iklan raya Aidilfitri memasing. Tak macam sebelum2 ni. Adakah ia tanda protes? Refleksi kepada rasa tak puas hati terhadap banyak perkara yang berlaku dalam negara akhir2 ini? Tunjuk perasaan pada pemerintah? Wallahua'lam.

Nasib baik TNB dan TM ada bajet lebih..boleh la buat iklan "Sinar Baru" dan "Pakcik Misteri". Seolah macam TNB dan TM nak bagi mesej plak kan - beri sinar baru (harapan) kepada pakcik misteri (PM)..

Rakyat Malaysia juga mungkin sedang tertunggu iklan raya daripada 1MDB. Heh! Ada ke duit nak buat iklan kalo nak bayar hutang pun terpaksa begolok-begadai aset..

Apa pun meh kita layan iklan lama Proton yang kompom tak akan keluar di TV3 yang kempen #syukurselalu tu..walaupun realitinya poket rakyat sentiasa di'serang' dan makin terbeban dengan peningkatan kos sara hidup..

 

SELAMAT HARI RAYA EID UL FITR..
MAAF ZAHIR DAN BATIN..

p/s: Nanti cer perati reaksi orang keliling anda tiap kali mereka tertengok ucapan raya si Pahlawan Bugis dan Ratu Minang tu keluar tv..huhuhu!!

Thursday, May 21, 2015

Muhyiddin Sudah Bikin Paneh..

MESTI DENGAR Isu 1MDB - Luahan Hati TS Muhyiddin Yassin (Terkini)..

 

Tuesday, May 12, 2015

A picture never lies..


"Saya telah berjumpa dengan beliau (Muhyiddin) dari hati ke hati pagi tadi (Isnin). Saya telah beri pengakuan bahawa kita akan selalu bincang dari hati ke hati untuk pastikan bahawa kepimpinan Umno di peringkat pucuk pimpinan berada dalam keadaan yang selesa dan kukuh supaya tidak ada pihak yang memecah belahkan parti kita terutama sekali saya dan timbalan," kata Najib Razak. 

"Dengan keputusan itu, maka MT (UMNO) juga kata kalau ada isu berbangkit, MT harap mereka diberi peluang untuk menyumbang idea bernas dan positif supaya sebarang isu berbangkit boleh ditangani dan diberi penyelesaian yang sewajarnya," tambah Najib Razak.

p/s: Tampak seolah Ah Jib dah kena 'sound' ngan MT. Kalo Ah Jib dan Kak Ros masih tak berubah lagi lopeh ni..camno?

Wednesday, April 15, 2015

Sultan Mahmud juga pernah MANGKAT DIJULANG..


Pemuda UMNO bagi sokongan bersyarat - minta AhJibGor jawab segala persoalan CheDet berkaitan 1MDB, siapa arah Sirul etc. Malah Pemuda UMNO melalui ketuanya KJ mahu AhJibGor mempercepatkan siasatan ke atas 1MDB.

Puteri UMNO pula enggan memihak sesiapa dan merasakan ini bukan masanya nak bodek atau kipas pemimpin tak tentu arah dengan alasan akar umbi dan rakyat meluat dengan perangai SOOOLIIIDAARIIITIII sebegitu. Puteri UMNO minta AhJibGor pi berdamai dengan CheDet.

Harus diingat..suara Pemuda dan Puteri UMNO mewakili berjuta suara 'new skool' diluar sana yang masih tidak berpuas hati dengan cara AhJibGor mentadbir negara terutama berkaitan polisi ekonomi yang banyak menyerang 'poket rakyat'. 'New Skool' ini adalah golongan pengundi terbesar di PRU-14 nanti.

Wanita UMNO melalui ketuanya pula bertegas menyokong AhJibGor..walaupun sentimen sokongan Shahrizat hakikatnya tidak sepenuhnya dikongsi orang2 kuat Wanita yang lain. Ada kumpulan Wanita UMNO yang beranggapan Shahrizat masih rasa terhutang budi (kes NFC) kepada AhJibGor.

Walaupun CheDet sebelum ini pernah mengatakan yang dia keseorangan dalam mengkritik dan membangkitkan pelbagai isu kepimpinan AhJibGor, tapi sebaliknya AhJib lah yang merasa keseorangan hingga TERPAKSA MENGEMIS sokongan daripada Ketua2 Bahagian dan sayap2 UMNO.

CheDet tanya soalan mudah..tapi AhJib tak jawab..sebaliknya pi merayau cari sokongan..heh!!

Latar belakang hitam bermaksud 'kematian' bagi orang Cina..adakah ia isyarat MCA pada AhJibGor?

Monday, April 13, 2015

Hebatnya seorang Presiden..

Masa nak bertanding jawatan presiden..macam2 janji ditabur. 

Bilo dah dapat jawatan..apo lak sumbangan bosar dio? 

Sey dah koba an jangan dilantik perempuan namo Wan Salwati ni jadi pemimpin. Inilah jadi ea punah ranah MBM. 

Apo program hebat berimpak tinggi oleh MBM Negeri Sembilan bawah Wan Salwati? Difahamkan Wan Salwati dah dapat gelaran atau nickname baru daripado geng akar umbi belia iaitu "Wan Salahlaku"..dek sobab hebat bona guno wajah kemanjaan untuk mintak duit dan menyalah gunakan duit tu untuk kepentingan sendiri. 

Baru2 ni dio dikhabarkan mohon peruntukan daripado Yayasan Negeri Sembilan sebanyak RM50,000..kononnya untuk membiayai Mesyuarat Agong (pemilihan) Majlis Belia Negeri Sembilan (MBNNS) yang dijangka diadakan pada bulan Mei 2015. 

Lazimnya MBNNS biaya sendiri mesyuarat agong tu menggunakan geran pentadbiran yang diberikan oleh KBS setiap tahun. 

Wahai Wan Salahlaku, ekau nak buek apo duit banyak2 tu? Tiap2 tahun MBNNS belanjo mesyuarat agong lebih kurang RM10 ribu yo! Ko ekau nak tabor duit untuk kempen monangkan Azizan jantan dayus takdo telur tu untuk jadi Presiden MBNNS yang baru? Atau ekau nak gi enjoy ke Switzerland..samo cam lopeh bilo ekau kalah Dun Sikamat maso PRU?

Terdahulu difahamkan Wan Salwati aka Wan Salahlaku juga pernah mohon bantuan kewangan dari BTN berjumlah RM25 ribu..konon ea untuk blanjo beli barang. Mak aiii..boli barang apo sampai RM25 ribu makcik ooiii?! 

Pompuan ni dah meroyan tak tentu arah ni. Dah tinggal hujung2 nyawa belia..mcm2 ragam pulak dibuek ae. 

Dulu dio mansuhkan semuo Sekretariat Belia kononnya untuk memperkasakan belia. Sekarang ni dio duduk kek Yayasan Negeri Sembilan sebagai Pegawai Pembangunan Belia Gred 27 untuk jago DUN Belia pulak. Pandai betul dio main game sampai MB dan sekretariat belio pun kono 'koncing' hidup2. 

Kok pengarah Yayasan Negeri Sembilan pun selalu kono 'koncing'..jangan heran la kok ramai kono 'koncing' merato2. 

Mako akan jahanam la golongan belia NSDK sobab dek bangang ae presiden belia Wan Salahlaku ni..

Sumber email ke panehmiang.

Monday, March 23, 2015

Bebel GST..

Den setuju GST dilaksanakan. 

Iyo botul tokeh2 tak kigho Melayu ko Cino ko yang sobolun ni lari cukai, dah tepakso bayar GST. Botul tu!! Sobab tu la gak ey sojak minggu lopeh laie kodai 99Speedmart dah mulo kono an GST kek pelanggan walaupun kerajaan koba GST hanyo mulo 1 April ni.

Yang jadi pertikaian sekarang ialah percentage GST tu tinggi bona untuk mulokan GST. Kebanyakan negaro yang mulokan GST tak mulo dengan 6%, tapi lobih rondah daripada tu. 3% misal ey. Lopeh tu naik sikit2 sesuai dengan gaji perkapita rakyat. Pendapatan rakyat mesti naik dulu, baru bulih GST sebanyak 6%. 

Sesetengah negaro macam Singapore maso den poie tahun lopeh, rakyat ey kato setiap hujung tahun mereko dapek rebet 500 Sing Dollar sobab bayar cukai dan dimasukkan dalam akaun memasing tiap hujung tahun. Tapi kito takdo rebet. Yang ado BR1M tapi tak sumo dapek. 

Isu sekarang ni bukan bulih ko tak GST dibuek. Isu sekarang ialah kadar 6% tu tinggi bona. Sobab bilo GST sumo kono cukai temasuk bayar parking dan sumo perkhidmatan kecuali yang digazetkan tak kono. Jadi memang lah GST akan buek pendapatan negaro jadi banyak. 

Satu lagi yang disobut Ku Li di parlimen sebolun ni ialah isu hutang negaro. Adokah kito kono GST sekarang sobab nak tampung hutang..maksud ey secaro kasar? Kau ngurus duit tak botul sampai hutang tinggi, lopeh tu nak selosaikan masalah tu kau buek GST. Ataupun kau pulun dulu duit sampai hutang tinggi sebelum 1 April ni dengan harapan duit yang ko pulun tu akan setel lopeh GST di buek. Lopeh tu nanti sonang hujung tahun kau isytihar yang hutang negaro berjaya diturunkan sobab dah dapek sakau duit kutipan GST..tak camtu? 

Jadi itulah yang den dongar beberapo pro dan kons yang dibontangkan di beberapa wacana di unibersiti den. Kito ni bahas kono donga jugak daripado pakar ekonomi. Tanyo kek Kastam memang dio sokong beriyo. Sobab dio badan pelaksana. Macam Kementerian Pendidikan maso buek dasar bahso Inggeris dalam math dan sains, memulo sokong beriyo..lopeh yo kerajaan nak mansuhkan, tetibo orang kementerian bulih pulak buek kenyataan yang dasar tu tak bagus. Samo gak la dongan ISA. Memulo KDN besungguh pertahan kato demi keselamatan la, demi keamanan la bla..bla..tapi bilo Najib mansuh, tetibo keluar ayat ISA bertentangan hak asasi. Kan ko hipokrit namo ey..

Tu tak masuk kadar inflasi yang akan berlaku selepas GST dilaksanakan. Barangan belambak di pasaran tapi rakyat tak boli sobab kuasa beli tak ado kerano pendapatan tak setara dengan percentage GST tu. Kastam kato ari tu tak lamo dalam beberapo bulan yo inflasi, tapi pakar ekonomi kato plak ia akan berlarutan lobih daripado setahun. Jadi mano satu kito nak pecayo? Agensi yang laksano kutipan ko atau pakar ekonomi terpelajar yang buek research. Den pun tak yo paham bona, tapi den donga daripado pelbagai pandangan pensyarah ekonomi ni. Kalau tak cayo terpulang lah. Janji April sok kito kono bayar GST. Naik ko tidak hargo barang ni kok ikut teori ey memang ado naik dan ado turun. 

Tapi isu baru pulak hal pemantauan penguatkuasaan dan pelaksana. Kok pegawai bulih dirasuah masyuk, mako tak begunolah GST tu dibuek, dan lopeh tu kerajaan pulak yang akan dipersalahkan. Kok sumo level nak makan komisen, mako tu dah jadi lagi hebat daripado GST. 

Tanyolah diri memasing dan tengok realiti sebenar. Jabatan paling banyak rasuah contoh ey Majlis Daerah. Adokah akan berubah isu rasuah jabatan tu dengan ado atau tidak GST? Kengkadang hargo barang naik sojak dulu bukan sobab cukai bona doh, tapi naik disobabkan rasuah. Rumah dan jalan tak berkualiti bukan sobab nilai tender tak cukup, tapi sobab sumo level nak masyuk poket memasing. Sobab nak untung bosar, mako kualiti pembuatan terpakso dikurangkan. Simen kurang, batu kurang etc. Tapi pasal apo bulih lulus? Sobab pegawai dah masyuk. 

Ini bukan salah sistem dan kerajaan, tapi salah individu. Individu kalau menganggap duit kopi tu halal, mako sampai bebilo pun bangso akan tengkarap. Rahsio negaro pun buleh luncuih kalau ado hargo yang bulih dibayar. 

Sekian tazkirah pagi Isnin yang paneh ini.

Thursday, March 19, 2015

SKANDAL BPP Kementerian Kewangan - Salah Siapa?

Email yang kami terima melibatkan Kementerian Kewangan dan sekumpulan Angkatan Tentera Malaysia seperti berikut:-

KRONOLOGI PROJEK MJ SRI LABOK @ PEMAJU MJLAND PROPERTIES SDN BHD - PERUMAHAN ANGGOTA TENTERA (ATM) DENGAN BAHAGIAN PINJAMAN PERUMAHAN, KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA TAHUN 2008-2014-KINI;

27 September 2006 - Tuan Tanah menandatangani Perjanjian Pawah dengan Pemaju@MJLand Properties Sdn Bhd - Surat wakil kuasa.

5 Januari 2007 - Kerja-kerja pembinaan dimulakan di tapak seluas 11 ekar yang dahulunya ladang getah.

7 Ogos 2008 - Pinjaman Perumahan Perbendaharaan (SPPP) diluluskan oleh BPP, MOF.

Oktober 2008 - Gaji mula dipotong Unit Gaji ATM (UGAT).

2009-2010 - Pembinaan masih perlahan, kedudukan fizikal di tapak sekitar 35-65 peratus (berbeza antara satu-satu unit rumah).

2 Januari 2011 - Memohon sijil kebenaran menduduki (SKD/CF).

31 Mac 2011 - Majlis Daerah Machang@PBT menjawab bahawa lesen pembangunan sebenarnya tidak dikeluar/diluluskan.

12 April 2011 - Laporan polis di buat di Balai Polis Pulai Chondong, Machang, Kelantan.

22 Disember 2011 - YB Timbalan Menteri di JPM menulis ke Menteri Kewangan II.

26 Januari 2012 - Melaporkan kepada Markas ATM, sesalinan kepada YB Menteri Pertahanan.

3 Februari 2012 - SPNB menjawab tidak lagi membaikpulih projek terbengkalai - di Jabatan Perumahan Negara, KPKT.

14 Februari 2012 - SPRM melaporkan, kes di rujuk ke MOF untuk tindakan lanjut.

27 Februari 2012 - Jabatan Perumahan Negara, KPKT melaporkan Pemaju MJLand tiada lesen.

14 Mac 2012 - SUB BPP, MOF memberi jawapan telah membuat laporan polis di IPD Putrajaya pada 1 Mac 2012 dan akan mengambil tindakan lanjut.

28 Ogos 2012 - JSJK Bukit Aman melaporkan kes di rujuk ke BPP, MOF.

8 Januari 2013 - Unit Kawalan BPP memaklumkan melalui email bahawa bayaran kepada pemaju adalah teratur mengikut SOP MOF.

1 Oktober 2013 - Laporan polis dibuat kerana pemalsuan tandatangan Koperal Mohd Shamsuddin b Mohd Nawi (T1120566) dari Kem Wardieburn, KL.

2 September 2014 - Anggota Komando Sg Udang mewakili 104 yang lain merayu terus kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Malaysia.

26 September 2014 - Tuan Tanah membuat laporan polis di IPD Tampin, NSDK.

29 September 2014 - Tetuan Zaidi dan Suhardi mewakili Tuan Tanah membuat tuntutan kepada Perbendaharaan Malaysia.

17 November 2014 - Setiausaha Agong CUEPACS memohon laporan daripada Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

19 Mac 2015 - MASALAH MASIH TAK SELESAI..

Monday, March 16, 2015

Najib bergelut mintak nyawa..

1. Mad Hasan aka MBNS semalam mintak semua pihak hentikan fitnah ke atas 1MDB. Kenapa bila berkait dengan 1MDB..ia dikatakan fitnah? Dulu kes lembo kondo NFC, pemimpin UMNO kata fitnah jugak..tapi akhirnya terbukti sapo yang salah. Oh ya..apa jadi dengan kes NFC tu? Kerajaan dapat balik tak RM250 juta stanby credit pelaburan yang dah hangus tu? Kalau RM250 juta pun susah kerajaan nak dapat balik..apatah lagi berpuluh billion yang dah dilebur 1MDB..

2. Teringat cakap Mad Hasan sebelum ni yang tak setuju dengan keputusan melantik CEO MAS dikalangan orang asing yang seolah menidakkan kemampuan warga Malaysia. Mad Hasan turut mempertikai keputusan Khazanah yang mendesak MAS melakukan penerbangan ke destinasi2 yang jelas merugikan..tapi terpaksa dibuat juga sebab MAS kononnya bawa nama dan lambang negara. Jika Mad Hasan benar2 faham masalah sebenar mengapa MAS selalu rugi..maka peliklah pulak bila Mad Hasan buek tak faham dengan sekian banyak urusniaga 1MDB yang jelas meragukan..dan bila dipersoalkan rakyat..sonang yo jawab tu sumo pitnah. Kok setakat jawab camtu baik takyah jadi Menteri Besar..orang buek roti canai pun bulih cakap.."ini semua fitnah"!!

3. Macam mana la rakyat nak faham isu 1MDB..bila rakyat tanya..tak berjawab..bila rakyat kritik..dituduh fitnah..bila menteri beri penjelasan bukannya rakyat semakin jelas..tapi makin blur sebab penjelasan kebanyakannya mengelirukan dan wujud lebih banyak persoalan.

4. Sabtu lepas Najib di Konvensyen UMNO Kedah telah bercakap pasal jemuan la, tukang kipas la, batu ronsen la (sekadar menambah kata perbendaharaan baru Najib selepas popular dengan kangkong, haramjadah dan bangang). Walaupun Najib cakap pasal jangan pecah belah, jangan sengketa, mesti bersatu, jangan adu domba, sooooliiiidaaariiitiii..TAPI mesej sebenar Najib di Kedah tu mudah saja..KORANG JANGAN CUBA NAK JATUHKAN AKU!!

5. Adakah ianya kebetulan untuk Najib bawa isu itu di Kedah..di negeri kelahiran TDM, dan bercakap pula depan anak TDM..Mukhriz?

6. Hakikatnya Najib dah makin sesak nafas..perjumpaan dengan Ketua2 Bahagian (KB) di PWTC dua minggu lepas adalah petanda jelas yang NAJIB SEDANG MINTAK NYAWA. Walaupun alasan kononnya untuk menjelaskan isu 1MDB, tetapi kebanyakan KB yang hadir masih blur dengan penjelasan Najib. Malah bila KB2 ni balik ke kawasan masing2..bila anak2 buah tanya..mereka masih tak mampu nak jelaskan. Balik2 alasan tunggu siasatan Ketua Audit Negara dan PAC.

7. Semalam Salleh Keruak pula komen yang kritikan TDM akan melemahkan parti UMNO dan BN. Errr..apa kena mengena 1MDB dengan UMNO dan BN? Bukankah 1MDB hanya ada kaitan dengan Presiden UMNO dan Pengerusi BN saja? Bagaimana UMNO dan BN boleh dikatakan lemah dengan kritikan TDM..walhal yang sedang rasa lemah sekarang ni hanya Najib bersama punahsihat dan pengampunya.

8. Adakah pemimpin2 UMNO atau pembodek2 Najib merasakan TDM cakap kosong pasal 1MDB? Adakah anda merasakan TDM tiada jawapan atau bukti terlebih dulu sebelum mempersoalkan keputusan Najib berkaitan 1MDB? Adakah anda fikir TDM kini dah takde 'kaki' dalam kerajaan atau parti? Atau anda rasa TDM tak bercakap langsung dengan Muhyiddin mengenai apa yang sedang berlaku dalam kabinet dan kerajaan Najib hari ini? Tiada siapakah yang sedar dengan kenyataan2 Muhyiddin dua tiga menjak ini yang agak bertentangan dengan bosnya? Kalau anda masih rasa yang TDM buat fitnah sebagaimana sangkaan Mad Hasan dan Salleh Kruak..maka anda sebenarnya masih hijau dalam seni politik!!

9. Tapi Najib juga taklah bodoh untuk tidak menggunakan kuasanya. Rumors bergentayangan di kalangan ahli UMNO mengenai pembatalan beberapa projek Petronas dengan Sapura Kencana adalah tekanan disebabkan Mokhzani adalah timbalan pengerusi syarikat OnG itu..yang menyebabkan lembaga pengarah 'terpaksa' mendesak Mokhzani lepaskan jawatan. Permohonan dana tambahan kepada kerajaan untuk RnD Proton juga disekat disebabkan TDM adalah pengerusi syarikat kereta Nasional itu. Dijangka akan ada beberapa lagi tekanan selagi TDM buat keputusan untuk 'bermusuh' dengan Najib.

10. Apa yang ramai tak faham, kritikan TDM terhadap kerajaan dan Najib bukanlah bersifat peribadi, tetapi lebih kepada memperbetulkan apa yang dirasakannya salah (wrongdoing). Tetapi di pihak Najib menganggapnya personal dan bertindak menyerang kredibiliti berbanding cuba menjawab kritikan atau persoalan yang dikemukakan.

11. Sejak menerajui kerajaan, kerja Najib dan pasukannya hanyalah gali lubang tutup lubang. Sekarang dah takde tanah lagi untuk Najib tutup lubang yang telah digali Rosmah..eh..digalinya..

12. Najib kini bukan saja berhadapan dengan TDM sorang, tapi juga Muhyiddin, Shafie Apdal, Mukhriz, Daim, Ku Li, Otai2 UMNO dan Ketua2 Bahagian yang bermuka2..serta sekian ramai penyokong mereka sama ada di dalam atau luar kerajaan. 

13. Khabarnya Najib diberi amaran dan tempoh hingga selesai perkahwinan anak perempuannya dengan bakal suami buruan interpol tu untuk ehem..ehem. Adakah peristiwa yang pernah berlaku pada Ahmad Said..mantan MB ganu..akan berulang pula pada Najib?! Tik..tok..tik..tok..

Tak nampak pun kak Rosmelda..

Wednesday, March 4, 2015

Monoloq Ugamo..

Baru2 ni Tuan Mufti kito keluar fatwa wahabi sebagai haram. Memang betul apa yang beliau buat. Kita setuju dan sokong pasal hari ni Islam dah terlalu banyak pocah eh..ado mazhab, tarikat, kitab, imam, ada sunni, sufi, salafi, wahabi, syiah. Tarikat eh ado ahmadiah, syatariah, naqsyabandiah dll. Ulama takyah cakaplah beribu pun ado kalau disobut. Sampai tahap namo nabi pun boleh digondang rebanakan. Kadang kito tengok ASWJ dgn syiah samo lak pocah eh macam katolik ngan protestan. Suko bopocah tentang maslahat ugama.

Tapi bagi kito masyarakat yang nak belajar, nak tahu, nak paham nak amal Islam sobonar..bagilah maklumat sempurna camano yang dikatokan wahabi tu? Apo yang buek dio sosat dan haram? Ahli sunnah wal jamaah lak camano? Syiah lak apo yang di amal eh? Tarikat ahmadiah lak apo pembawakan eh? Naqsyabandi camano ajar eh? Jadi segala macam tarikat dan mazhab atas namo Islam dan guno nabi hendaklah diterangkan dengan jelas pada umat supaya orang ramai tak keliru dalam memilih jalan ugamo. Kang main ikut yo kang tah ke mano pulak poie eh. Sumo pakai namo nabi, segala guru eh sumo sanad ke nabi. Orang ramai kono lah siasat dulu adakah benar amalan ugama dan percakapan yang dio ceramah betul dari nabi? Islam eh satu, Kitabullah eh satu, Rasul 25, nak ikut mazhab ngan kitab jo kang..dah beratus..berpuluh.

Kalau kito pandang perkara ni dari zaman 1953, dah ado dialog Hashim Ghani yg dituduh wahabi Pilah dengan pemimpin tarikat Ahmadiah Tuan Mufti Syeikh Haji Said. Jadi eloklah kalau tuan mufti kito jelaskan dengan teliti dan sempurna segala macam mazhab, tarikat, imam2, ulamak2 yang boleh ikut yang tak boleh ikut. Jadi mudah masyarakat nak pilih mana bonar mano salah. Mudah2an mendapat petunjuk.

Pasal org tuo2 maghin posan adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah. Jadi kalau terjemah bahasa sekarang syarak sendi Quran. Bukan syarak bersendi kitab2.

Jadi kalau kat batang tubuh ni rosak sondi eh..lumpuh pergerakan eh..tak sempurno gorak, mako cacat la sifat eh. Takleh pakai.

Antara sebab kita ajukan persoalan ni kerana fatwa haram wahabi ni sedikit sebanyak akan berkait dengan adat orang Nismilan. Adat perpatih. Adat atok2 niners dulu diorang pogang adat seperti satu pegangan, jadi sumber sahih dan benar eh kitabullah, Quran. Kalau kito ulang siar balik tuduhan wahabi yang dilontarkan dulu tahun 1958, arwah atok Hisham Ghani jawab seperti berikut pada Tuan Haji Said;-

"Tuan Yang Di Pertua! Bahawa masalah yang berlaku di Kuala Pilah itu adalah timbulnya dari suatu keyakinan atas ideologi yang berpandukan Qur’an dan Sunnah Rasul SAW yang telah berjalan dikalangan kami sejak lebih kurang 10 tahun yang lalu. Keyakinan ini bukanlah diamalkan oleh orang perseorangan, tetapi oleh suatu golongan yang bukan sahaja terdiri dari kami di Kuala Pilah, bahkan keyakinan ini sedang dianut oleh segolongan besar ummat Islam yang berada di Malaya ini. Tegasnya kami adalah suatu golongan yang berpegang kepada Al-Qur’an dan Sunnah Rasul yang sahih sahaja."

Jadi dari penerangan beliau menunjukkan beliau seorang yang kuat berpogang adat. Adat perpatih. Kalau nak tau panjang lebar sejarah adat perpatih boleh la rujuk ke pusat budayo, perpustakaan negeri atau Dato Dr Rais Yatim yang tongah sibuk menerangkan bab adat ni.

Persoalan eh, adokah anak cucu pewaris dari tanah beradat ni nak mengamal adat perpatih nek moyang eh yang berpegang Al Quran dan sunnah Rasul yang sahih..nak mengamal dan mempraktikkan adat ni di tanah warisan ni dikira dan di fatwa sebagai haram dan sesat?

Kalau ya, adokah tanah2 adat di seluruh n9 ni nak diwartakan sebagai haram pasal kebanyakan adat mereka mengikut Quran?

Sobab kito anak cucu niners nijam tak buleh nak daftarkan adat tok nenek ni kek pejabat agamo bawah jalan tarekat atau tasawwuf. Pasal adat ni dah beratus tahun orang pakai. Jadi kalau hari ni diamal..tak pasal2 dilabel dan cop dek orang sebagai Wahabi. Sio2 pulak apo yang orang dulu wariskan ke kito. Nak cakap tak Islamic..tapi dari dulu dah pakai Quran. Kalau fatwa Wahabi macam kek Mekah tu haram..kito terimo. Tapi kalau orang amal adat lamo guno Quran dicop wahabi itu siapalih. Mintak jauh. Sio2 Tok MB kito bagi penerangan kek rakyat jelato pasal adat perpatih ni tapi orang ramai masih tak paham.

Hari ni bila kita tanya soalan baik2, ada antara pandai agamo tunjuk dan tayang ke kito..pado dio ado mesin panggang dan relau api bosa buek lupus Quran byk2. Dipanggang eh Quran byk2 sampai lumat hangus mendebu..kendian campak an ke laut. Hantar naik kapal TLDM dgn tuan mufti.


Tu yang hari ni kito pandang membuak-buak air laut naik cam tsunami dari Kelantan sampai Pekan. Peh tu wat muko monyok mintak bantuan derma pasal harta banyak musnah. Time ko bakar Quran tu takdo lak nak pikir. Kesudahan eh Quran baru ko cetak pun Allah suh bakar sekali sobab rosak dek banjir. Kalau 1 juz rosak..lagi 29 juz masih leh pakai jadi toksah la bakar..poie la tanam..kok orang kau buleh tanam. Pokok dek kau lah..mesin kau.

Kok kito punyo paham..Allah memang la tak bertompek. Namun jangan la ko buek Dio mcm takdo. Ikut suko kau yo. Hormat la sikit. Jadi orang yang bakar Quran ni samo la macam orang yang berani menyambut cabaran tapi bukan seruan Allah. Kalau Allah cabar dio berani sambut, itu bukan calang2 orang. Ni permainan orang ilmu tinggi.

Tapi kito memang orang baik2 lah. Orang nak langgar kito pagar, dio rompuh kito tempuh, org petik kito padam, kita hanya fighter bukan gangster. Sopan gayo pojuang.

Nak harap golfer pinky (Najib) tu dio sibuk. Tak campur. Tapi sementaro isu wahabi wahabon ni masih hangat, cer tanyo laie soalan lam English lak. Kot2 dio tak fasih bahasa Melayu.

Then will We treat the Muslims like the criminals?
What is [the matter] with you? How do you judge?
Or do you have a scripture in which you learn?
That indeed for you is whatever you choose?
Or do you have oaths [binding] upon Us, extending until the Day of Resurrection, that indeed for you is whatever you judge?
Ask them which of them, for that [claim], is responsible.
Or do they have partners? Then let them bring their partners, if they should be truthful.

Jawaplah sendiri..masing2 ilmu tinggi. Mano puak2 yang gomar mengutuk mencela pepatah "Biar mati anak, jangan mati adat" tu suh dio baco kisah nabi Nuh ngan anak laki dio sampai abih. Mana satu nabi Nuh pilih? Adat pegangan atau anak kandung sendiri? Tulah antara sunnah nabi rasul yang kami ikut. Syukurlah kami ni kaum yang masih beradat lagi beradab.

Monday, February 16, 2015

NAJIB ganti ANWAR

1. Anwar dah 'selamat' dalam penjara. Mungkin elok dia dok ontok2 dalam tu. Mungkin Allah masih sayangkan dia agaknya..sekurangnya dia ada peluang jika nak muhasabah diri dan bertaubat atas dosa2 silam. Selagi bung Nuar tak buat salah satu daripada 6 dosa yang tak diampunkan..mungkin masih ada cahaya buatnya di hujung terowong. Jangan dia masih dok cari cahaya hujung lubang dubur dalam penjara tu dah la..

2. Kita ni yang masih dok bebas luar penjara pun belum tentu dapat banyak pahala..silap2 makin banyak dosa. Saidina Umar Al-Khattab pernah berkata, "Kadangkala orang yang mempunyai masa silam yang buruk, akan menjadi orang yang paling baik di masa hadapan." Nasib masing2..manalah nak tau kan..

3. Sejak 1990an, Anwar sudah diwar2kan sebagai boneka Amerika..proksi Israel. Walaupun sejarah pengrekrutan Anwar sebagai 'double agent' bermula sejak 1970an, tapi ia hanya mula diperkatakan umum sejak 1996 dan tahun2 berikutnya. Banyak bukti penglibatan secara langsung Anwar dengan Amerika dan Israel telah dikemukakan..kita pun boleh semak sendiri.

4. Tapi Anwar ada satu habit yang Amerika susah nak kawal..iaitu kegemarannya pada kaum sejenis. Pada peringkat awal, habit itu digunakan sebagai 'senjata' supaya Anwar akur dengan segala arahan penajanya. Tapi lama-kelamaan habit itu tidak lagi boleh dijadikan 'senjata' untuk mengugut Anwar sebab 'keris' tak bersarung Anwar sudah tak mengenal tuan..hingga dah tak mampu dikawal lagi..

5. Maka watak Anwar perlu ditamatkan dan bidak catur baru perlu dimainkan..

6. Watak kedua dalam pembikinan ialah si Kerbau Jantan..tapi terlalu lama pulak nak tunggu si 'tall, dark n handsome' tu ke puncak kuasa. Jadi apa pilihan yang ada? Sudah tentulah individu yang kini sudah pun berada di tampuk kuasa.

7. Ramai maklum sejarah Najib. Ramai juga maklum akan lembabnya Najib menggunakan otak. Najib berada di kedudukan kini hanyalah sebab nama bapanya..dengan sedikit bantuan Tun Hussein dan banyak bantuan Tun Mahathir. Tanpa ketiga tokoh itu, dah lama Najib bungkus!!

8. Amerika mengetahui kelemahan Najib..malah Amerika maklum dengan kelemahan otak Najib berfikir dan menganalisis, serta sikap gila glamour aka syok sendirinya..ditambah dengan faktor QC..

9. Ramai juga maklum, betapa akrabnya Malaysia dan Amerika Syarikat sejak Najib sebagai Perdana Menteri. Malah berita mengenai Amerika sering mendapat liputan meluas dalam akhbar arus perdana..iaitu sesuatu yang jarang terjadi dalam era Tun Mahathir dan Paklah.

10. Petanda pertama Najib kini adalah boneka baru Amerika ialah kekerapan lawatannya ke negara sekutu Israel itu. Bermula dengan duta kita yang dipanggil balik pada 2010 kerana tidak menyokong dasar Amerika ke atas Iran, ditambah lanjutan sokongan Malaysia terhadap sekatan dagangan ke atas Iran, adalah bukti jelas pengakuran Najib terhadap sahabat Israel itu.

11. Penghapusan ISA, komitmen pelik kerajaan Malaysia terhadap perjanjian TPPA, penganugerahan kontrak2 kerajaan kepada banyak syarikat asing berbanding syarikat tempatan, penggunaan konsultan2 asing dalam urusan pentadbiran kerajaan, tunduk dengan desakan kelompok pelampau kristian dalam negara, membiarkan isu melibatkan Islam dipermainkan sewenangnya dalam negara, selfie dan golfie dengan Obama etc. adalah sebahagian gambaran watak boneka Najib dan tuannya - Amerika Syarikat.

12. Petisyen 1 trillion tandatangan oleh penyokong bung Nuar di laman sesawang White House hanyalah kerja sia2. Malah kenyataan kedutaan AS ke Malaysia berhubung kekecewaan mereka atas pemenjaraan Anwar hanyalah camouflage simpati yang tak beri sebarang impak pun..sebab White House dah ada bidak catur baru bernama Mohd Najib Razak. Maka apalah yang nak dihairankan dengan Anwar lagi..

13. Mungkin akan ada yang mengatakan ini semua hanyalah andaian atau tuduhan untuk menjatuhkan Najib. Tapi percayalah..sudah ramai yang memperkatakan tentang peranan Najib sebagai boneka baru Amerika, bukan saja dikalangan rakyat biasa, juga ahli UMNO, malah dikalangan masyarakat dunia Islam di luar Malaysia.

14. Malaysia ini masih 'terselamat' disebabkan beberapa otai seperti Tun Mahathir masih bernyawa. Bagaimanakah nasib negara ini jika mereka semua telah tiada..

15. Bidak yang terasing..bakal mengundang musibah kepada keseluruhan percaturan..

Picture speaks for itself..

Thursday, February 12, 2015

Sunday, January 25, 2015

Kenyataan BODOH Januari 2015

Bermula Januari 2015 ini, setiap minggu atau bulan, blog ini bercadang untuk menyiarkan statement2 terbaru para Menteri Kabinet Najib dan pegawai kerajaan yang dianggap BODOH aka BAHLOL oleh rakyat yang tidak membantu dalam memberi nilai tambah kepada UMNO dan BARISAN NASIONAL..

Menjelang PRU-14 nanti, kita akan tahu siapakah dikalangan Menteri termasuk Perdana Menteri sendiri, serta pegawai2 kerajaan yang paling banyak mengeluarkan kenyataan umum yang bersifat BODOH..BAHLOL..BUNGKO..BINGAI nak mampos..

Dan pengeluar kenyataan BODOH itu nanti kita masukkan dalam senarai.."Kenyataan BODOH Dalam Sejarah"!!

Kita mulakan dengan calon pertama tahun ini..


Tuesday, January 13, 2015

Antara program PAS yang berjaya..

Program Mini Karnival Keluarga Milenia berlangsung Sabtu lopeh kek Kampong Paroi. Pengarah Program eh saudara Sufian..Pengerusi Unit Amal Pas juga bekas pegawai khas mantan ADUN Paroi aka Taufik..





Pas tak perlu pun buek peremajaan parti macam UMNO sobab program2 anjuran An-Nisa selaku sayap Helwani Pas dah dapek sokongan daripado agensi kerajaan dan orang2 UMNO sendiri..

Program Keluarga Milenia ni juga bertujuan untuk kutipan dana..tipikal Pas..

Bawah ni pulak adalah Forum Maulidur Rasul di tapak Kompleks Latihan Pas Kg Ismail..hari Ahad lopeh..


Penceramahnya Hazli Bollywood, Wan Akasyah dan Dato Nor Bahiyah Mahmud..

Program2 Pas sekarang tak yah guno lambang bulan lagi dah..tapi bejayo tarik ramai pengunjung..tak kiro la apo pun anutan parti memasing..

Agak eh ini yang dinamokan 'perpaduan' antaro Pas dan UMNO..atau 'National Reconciliation' yang ponah disobut Najib..

Tapi apo2 pun..TIN kutipan derma totap bejalan cam biaso sepanjang program..

Tipikal parti penutup tin..Kohilal pun bulih jadi Kohilang..heh!!

Thursday, January 1, 2015

Selamat Tinggal Tahun Dukacita

Google Image

Google Image

Google Image

'Hilang dalam banjir' by malaysianreview.com