Friday, February 13, 2009

Ketua Pembangkang ada prinsip ka tarak?

Brader Anwar Bin Ibrahim (dalam bulatan) semasa ditahan dan dibawa dalam trak polis selepas membuat demonstrasi.

Seperti yang dikisahkan semalam di sini jika terlepas mengikutinya.

Brader Anwar Bin Ibrahim pada zaman mudanya telah menjadi ikutan oleh kebanyakan golongan muda. Imej Anwar pada zaman itu ialah berbaju Melayu, berseluar panjang dan memakai sandal (sebelum berubah ke jenama Georgio Armani semasa masih di dalam UMNO). Kebanyakan golongan muda juga turut terikut berpakaian seperti Anwar dengan berbaju Melayu dan sandal semasa berada di kampus.

Pemimpin pelajar lain di universiti juga turut terikut-ikut dengan gaya Anwar ketika berucap dan berpidato. Antara pemimpin pelajar yang berucap seperti Anwar ketika itu ialah Roslan Kassim, Mustafa Kamel dan Fuad Hassan (sekarang yang sebijik berceramah seperti Anwar adalah Ezam).

Penyokong Pas yang marah dengan kemasukan Pas ke dalam BN pada 1974 telah beralih sokongan kepada ABIM dan secara tidak langsung telah menaikkan reputasi Anwar selaku ketua ABIM.

Oleh kerana suasana politik mahasiswa ketika itu sangat berpengaruh, maka pemimpin kerajaan dan UMNO mula memberi perhatian terhadap mahasiswa.

Ketika itu nama Anwar semakin meniti dibibir mahasiswa kerana terkenal dengan demonstrasi, ucapan mempertikaikan kerajaan serta perjuangan gerakan Islamisasi. Penyokong beliau melalui ABIM semakin bertambah setiap hari.

Bermula di saat itulah maka beberapa pemimpin UMNO mula mengadakan 'hubungan sulit' dengan Anwar (bukan liwat haa..) untuk menariknya menyertai kerajaan. Peristiwa ini berlaku antara hujung tahun 1981 dan awal tahun 1982 iaitu semasa Anwar masih lagi sebagai Presiden ABIM.

Selepas beberapa siri pertemuan dengan wakil kerajaan, ucapan-ucapan Anwar selepas itu mula menampakkan kelainan. Perkara ini telah menimbulkan tanda tanya kepada para penyokong yang setia dengannya selama ini. Ucapannya selepas itu sangat berbeza berbanding ucapan-ucapan beliau semasa aktif menghentam kerajaan sebelumnya.

Anwar yang asalnya sangat menyanjungi Ayatollah Khomeini dalam ucapan dan pidatonya, kini mula mengatakan bahawa ulama' yang mengambil alih pentadbiran di Iran merupakan satu kesilapan. Anwar menegaskan bahawa pemimpin sosialis seperti Mehdit Birzaghan, Dr Karim Zamjadi dan Dr Ibrahim Yazdi harus dikekalkan sebagai pemimpin di Iran. Anwar mula mengecam Islamic Republic Party di Iran dan mengutuk perjuangan mereka. Perihal ini telah menambahkan lagi pening para pengikut serta rakan-rakannya ketika itu.

Sahabat-sahabat karib Anwar pula kemudiannya mula terikut dengan rentak baru Anwar. Mereka mula menyampaikan kepada para penyokong mereka bahawa janganlah asyik mengkritik kerajaan semata tetapi perlu juga memberikan idea kepada kerajaan untuk mengatasi masalah.

Kemuncaknya pada bulan April 1982, Anwar selaku Presiden ABIM serta wakil World Assembly Muslim Youth telah mengejutkan banyak pihak terutamanya para penyokong ABIM dengan pengumuman untuk menyertai UMNO.

Inilah contoh terbaik bagi orang yang tidak berprinsip tetapi menjadi idola kepada ramai orang kini. Kepada mereka yang masih belum membaca berkenaan prinsip, anda boleh berbuat demikian di sini. Itulah dia Anwar yang kelakar dan tindakannya mudah dijangka kerana cerita disebalik tabir ini tidak ramai yang peduli. Kisah ni akan bersambung kemudian. Den outstation.

11 comments:

  1. Perkataan 'pembakang' dah cukup utk kita bygkan ttg org nye. BlueHope pn heran jgak, nape DSAI tu leh jadi makin ganas? Mcm kene curah ngan minyak jerrr. Ada org 'ganggu emosi' dia gak nyerr.

    ReplyDelete
  2. salam ziarah

    di situlah terletaknya kehebatan Anwar Ibrahim.Soal prinsip tolak tepi pidato dan putarbelitnya membuatkan Karpal Singh pun merasa jelous.Pak Guru pun terpaksa angguk,
    Lim Kit Siang panas miang.Sabree Chik pun kecundang.

    ReplyDelete
  3. lu ada ploblem ka anua buat demo? lain umno x la demo ka? lu manyak takut sama itu anuar..apa pasai? lain menteli lu x la lisau ka dia punya moral? lu btn punya budak..diam diam duduk la..lu manyak campur sana itu btn miku ka..

    kalu anuar x la kasi demo itu jam, lu ingat gomen buleh bukak mata ka? olang selupa lu hali2 bodek. lain olang punya susah lu diam2. bila olang selupa anuar bikin demo protes lu malah..sendili mau ubah nasib olang kampung x da..

    sudah la paneh lu mau lu punya reader kasi fokus sama itu anua apa pasat? lain olang sudah mati ka? apa pasat lu x belani cakap pasat najib? itu BALA mana? Mana itu BALA? Apa kes..lu mau cover najib lu hantam anua..lu budak2 balu mau tumbuh janggut sula cakap selupa dalam PBB..ada point x pa wa lespek..ini x da point..motif satu jugak..hantam anua cover najib..anua punya kes memang x da..najib punya kes memang ada..wa belani cakap!Bala hilang, altuya punya nama sana imegresen kasi padam..apa pasat? lu jgn bikin lu punya reader bolo la..paneh lu punya artikel cuma mau kasi otak olang sempit lo..

    wee mwng tat
    gedohom

    ReplyDelete
  4. sebenarnya pidato anwar ibrahim tu lebih pada haya jer...content hampeh...tapi biasa lah, kebanyakan manusia hanya melihat pada form instead of content...

    saya memang kecewa dengan si sabree chik tu...dua kali hampeh...form tarak, content pun tarak...

    patutnya di beri latihan khusus teknik dan taktik berpidato dan berdebat pada mereka ni semua...

    apapun, tun mahathir gak the best public speaker...very sharp and articulate...

    ReplyDelete
  5. wok aloh mung ni gak biskut meng tat...mung kecek gapo ni? karot sungguh la cino make babi ni...supo doh denge perangai babi tuh...sondol ikut sedap lube hidung jah...bengong mung ni...


    -klate seumur hidup-

    ReplyDelete
  6. Awat Paneh Miang, blog kau takda standard. Lqain kali belajar bagi pandai. Dulu sekolah malas. Jgn pulak jelous kata brader an war. Kau tak setaraf dgn dia. Dgn sabri chik pun dah berbuih mulut buak tu.

    ReplyDelete
  7. amenda ano kek ateh ni dok melalut tak tentu pasai?

    Memang la penulis blog ni tak setaraf dengan ANWAR sebab mereka ni punya tahap intelek yang tinggi dan moral yang tinggi... Kalau banding dengan anwar penipu dan penyondol bontot memang sanagt tak setaraf...anwar tu sama taraf dengan kaum nabi lut ja!!!

    Ko pepandai kaata PM ni malas blaja kat skolah dulu ko tahu ke dia sekolah kat mana? Aku rasa ANWAR tu lagi malas blaja...asyik dok berdemo je kerjanya...jelas pemalas nak pegi kelas...lepas tu siap ajak orang lain jadi pemalas macam dia...lahi hina perangainya...pulak tu ader hati perasan nak claim diri tu expert pasal ekonomi...kalu blaja kat universiti pun sekadar course sastera melayu, berangan la nak tadbir negara...dah la jurusan tak profesional, tak pakar pun jugak dalam bidang tu...

    kah kah kah...badut betul la...yang mana sokong dia tu dua kali badut...

    ReplyDelete
  8. ntat meng, dah cakap macam cino taongsan, apo, kau ni tak sekolah ko? lidah toba macam lidah boyo. najib ngan altantuya tak do pun bukti soheh tapi lu punya brader tu sondol buntut orang ado pengadu eh, siap sumpah lagi. apa, lu juga kongsi itu muntutka? he he he(ikut cara Tun sikit)

    ReplyDelete
  9. salam paneh miang

    seronok sy baca komen2 di blog ni terutama akhir2 ni ia diserikan oleh wee meng tat.

    apa yang sy perasan wee meng tat ni seolah2 takut apabila blogger blog ni bercerita tentang anwar.

    buktinya dia cuba mempersoalkan mcm2 perkara yg tidak terbukti kesahihannya dan cuba menyatakan pelbagai bukti utk menyokong hujahnya semata2.

    kenapa dia kelihatan takut apabila paneh miang kerap bercerita mengenai anwar?

    satu persoalan yang menarik utk difikirkan.

    ReplyDelete
  10. dan apa pasat itu paneh manyak takut celita pasat najib? apa pasat najib manyak lali lali bila mahu celita pasat itu hantu tuya..apa pasat? Bala hilang..x la jawab? sapa padam itu hantu tuya punya nama itu dekat imegresen? sapa kasi itu c4 punya bom keluar? apa pasat itu polis lua olang mahu hantam hantu tuya? apa pasat? itu stetmen manyak butut punya..apa pasat..lu btn punya macai x belani celita..manyak takut..lagi2 anuar..kes sudah tutup..bukti tipu ini kes x da..

    wee meng tat
    gedohom

    ReplyDelete
  11. ko mengarutlah bro..p tanyer cucu onn jaafar apsal datuk dia tubuh parti nrgara, tanyer kuli apsal kluar ameno tubuh parti (hampeh) melayu 46...lagi bagus tanyer org besar jolobu rais yatim...tanyer madey....tanyer brahim ali..wakakaka..tanyer nakhaie,tanyer chndra muzafar,tanyer ezam and the kotak,tnyer adun perak yg lompat,tanyer zahid ibrahim...

    faktanyer - ameno hanyer parti utk kpentingan perut dan bwh perut,lain pada itu tiada klu ader pun cuma wayang wajib tayang.tamat

    ReplyDelete