Friday, July 31, 2009

Will PKR fall down in Permatang Pasir?

Al-Fatihah to the late Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman who died early this morning at 6.30 because of heart attack. Yet, another by-election and Brother Anwar Bin Ibrahim would surely do not want this seat to be captured by BN. We will see who wins in this constituency.

ISA Bukan Tahanan Tanpa Bicara

AMAT mengejutkan apabila kajian rambang yang dilakukan oleh Biro Undang-undang Tindakan Siswa Bersatu Universiti Kebangsaan Malaysia (TSB) pada 2001 ke atas 100 orang mahasiswa UKM yang menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menunjukkan kesemua mereka tidak pernah melihat, memegang dan menyelak sehelai demi sehelai Akta 82 tersebut yang keseluruhannya mengandungi 85 Seksyen, 4 Bahagian, 12 Bab dan 3 Jadual.

Saya tidak menyalahkan mereka dan ratusan ribu lagi rakyat Malaysia yang menentang ISA ini kerana jelas mereka menentang akta tersebut semata-mata kerana emosi dan sentimen. Membaca helaian demi helaian akta Parlimen juga bukanlah hobi yang menyeronokkan. Sebab itulah wujud jawatan peguam yang di bayar oleh anak guamnya supaya membaca dan memahami akta Parlimen mengikut selera pembayar upah professional peguam tersebut.

Daripada satu sudut, jelas juga kepada kita bahawa kempen pakatan pembangkang dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah berjaya meresap masuk ke dalam pemikiran kesemua ribuan penentang dengan momokan “ISA Zalim” dan “ISA Tahanan Tanpa Bicara”.

Pemikiran songsang ini melewati empat generasi kerana selalunya, bayi-bayi yang masih menyusu badan juga diusung menyertai demonstrasi anti ISA.

Tahniah juga kepada GMI kerana tanpa perlu berkempen menggunakan modal yang besar dan tanpa perlu ayat panjang berjela, beribu-ribu orang rakyat marhaen bersedia turun ke jalan raya menentang suatu akta yang mereka sendiri tak tahu hujung pangkalnya.

Jika tiada aral melintang, akan berlaku pertembungan unik dua kelompok penunjuk perasaan “pro dan anti” ISA pada 1 Ogos ini. Genap 37 tahun selepas kali terakhir semakan semula ISA dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional.

Demonstrasi 1 Ogos ini tidak sewajarnya berlaku. Penentangan terhadap ISA jika hanya bersandarkan alasan “Zalim dan Tanpa Bicara” sahaja tidak berbaloi dengan kerosakan harta benda yang bakal berlaku.

Ramai orang yang emosi menentang ISA. Hujah emosi juga boleh digunakan untuk menerangkan bahawa ISA perlu dipertahankan. Namun kali ini, dengan setitis ilmu dari lautan perundangan yang saya pelajari, saya akan berhujah dengan fakta.

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Akta 82) diluluskan oleh Parlimen pada 1960 dan disemak semula pada 1 Ogos 1972. ISA telah dipinda beberapa kali bermula dari 1962 dan kali terakhir dipinda pada 24 Ogos 1989.

Sebagai pengenalan kepada kononnya “Akta Zalim” ini, di muka surat 9 akta tersebut di nyatakan:

“Suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi keselamatan dalam negeri Malaysia, tahanan pencegahan, pencegahan subversif, penghapusan keganasan terancang terhadap orang dan harta di dalam kawasan tertentu di Malaysia, dan mengenai perkara yang bersampingan dengannya.”

[Semenanjung Malaysia-1 Ogos 1960, Akta 18 tahun 1960; Sabah, Sarawak - 16 September 1963, L.N. 232/1963]

BAHAWASANYA tindakan telah diambil dan tindakan selanjutnya diancam oleh sekumpulan besar orang di dalam dan di luar Malaysia:

(1) Untuk menyebabkan, dan untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan, keganasan terancang terhadap orang dan harta; dan

(2) Untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, kerajaan Malaysia yang sah yang ditubuhkan menurut undang-undang;

DAN BAHAWASANYA tindakan yang diambil dan ancaman yang dibuat itu memudaratkan keselamatan Malaysia;

DAN BAHAWASANYA Parlimen berpendapat perlu dihentikan atau dicegah tindakan itu;

Oleh hal yang demikian MENURUT Perkara 149 Perlembagaan MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya

Perkara 149 Perlembagaan menyatakan bahawa:

PART XI - KUASA KHAS MENENTANG PERBUATAN SUBVERSIF, KEGANASAN TERANCANG, DAN PERBUATAN DAN JENAYAH YANG MEMUDARATKAN ORANG AWAM DAN KUASA DARURAT

Perkara 149. Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam, dsb.

(1) Jika sesuatu Akta Parlimen menyebut bahawa tindakan telah diambil atau diancam oleh mana-mana kumpulan besar orang, sama ada di dalam atau di luar Persekutuan:

(a) Untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu; atau

(b) Untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana kerajaan di dalam Persekutuan; atau

(c) Untuk menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan; atau

(d) Untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undangundang; atau

(e) Yang memudaratkan penyenggaraan atau perjalanan apa-apa bekalan atau perkhidmatan kepada orang awam atau mana-mana golongan orang awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau

(f) Yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatannya,

Maka apa-apa peruntukan undang-undang itu yang bermaksud untuk memberhentikan atau mencegah tindakan itu adalah sah walaupun peruntukan itu tidak selaras dengan mana-mana peruntukan Perkara 5, 9, 10 atau 13, atau walaupun, jika tidak kerana Perkara ini, peruntukan itu akan terkeluar daripada kuasa perundangan Parlimen; dan Perkara 79 tidaklah terpakai bagi Rang Undang-Undang untuk sesuatu akta yang sedemikian atau bagi apa-apa pindaan kepada sesuatu Rang Undang-Undang yang sedemikian.

(2) Sesuatu undang-undang yang mengandungi sebutan seperti yang disebut dalam Fasal (1), 163 jika tidak terlebih dahulu dimansuhkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen yang mengungkaikan undang-undang itu, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang dilakukan sebelum itu menurut kuasa undang-undang itu atau tanpa menjejaskan kuasa Parlimen untuk membuat suatu undang-undang baru di bawah Perkara ini.

Jelas kepada kita bahawa Perlembagaan Persekutuan selaku Undang-undang tertinggi Negara menghalalkan Parlimen meluluskan Akta Keselamatan Dalam Negeri, melebihi hak-hak asasi individu seperti yang terkandung dalam Fasal 5 hingga 13 Perlembagaan Persekutuan.

Adakah benar tuduhan yang menyatakan bahawa Perdana Menteri boleh sesuka hati menahan sesiapa sahaja musuh politik beliau menggunakan akta ini?

Sebenarnya, bukanlah Perdana Menteri yang mula-mula mencadangkan “sipolan atau sipolan” ditahan di bawah ISA. Kenyataan ini ada benarnya kerana Perdana Menteri mempunyai jadual harian yang ketat dengan acara rasmi kerajaan. Kita sering membaca biografi bekas-bekas Perdana Menteri Malaysia yang tidak mempunyai masa yang cukup waima bersama keluarga sendiri. Di mana lagi masa 24 jam sehari mahu diperuntukkan oleh Perdana Menteri untuk menyiasat dan membuat risikan keselamatan sendiri.

Sebenarnya, ada pihak lain yang memang tugas bergajinya untuk menyiasat dan merisik berkaitan dengan hal ehwal keselamatan dalam negeri iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sememangnya, salah satu tugas utama anggota polis adalah menangkap penjenayah. Jelas bahawa kuasa polis menangkap penjenayah boleh berlaku dengan menggunakan Kanun Prosedur Jenayah (CPC), Kanun Keseksaan (PC) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

CPC dan PC prosedur tangkapan adalah sama. Secara gambaran asasnya, di bawah CPC dan PC, anggota polis meronda dan melihat seseorang di hadapan bank dalam keadaan “mencurigakan”. Percaya dengan naluri kepolisannya, maka polis itu akan mendekati suspek. Suspek kemudian memecut laju. Polis tersebut mengejar dan berlaku adegan tembak-menembak. Kereta suspek terbabas lalu polis menahan suspek.

Dalam masa 24 jam yang pertama, suspek boleh ditahan di dalam lokap polis untuk membantu siasatan. Selepas 24 jam, polis tidak lagi berhak menahan suspek tanpa izin tahanan reman daripada majistret.

Kebenaran tahanan reman ke atas suspek boleh diberikan oleh majistret kepada polis untuk tempoh maksimum 14 hari bagi menyambung soal siasat jika 24 jam yang pertama, polis gagal melengkapkan siasatan. Selepas tempoh maksimum 14 hari, suspek akan dituduh di mahkamah selepas polis mendapat izin untuk mendakwa daripada Peguam Negara atau suspek akan dibebaskan jika tiada izin mendakwa daripada Peguam Negara.

Di atas adalah gambaran situasi tahanan reman di bawah CPC dan PC. Terdapat banyak persamaan dan sedikit perbezaan apabila polis menahan seseorang di bawah ISA. Perbezaan hanyalah dari sudut tempoh masa tahanan, proses soal siasat dan watak-watak yang terlibat dengan proses siasatan sahaja. Kuasa polis untuk menahan seseorang di bawah ISA di nyatakan dalam seksyen 73 iaitu:

Kuasa untuk menahan orang yang disyaki

73.

(1) Mana-mana pegawai polis boleh tanpa waran menangkap, dan menahan sementara menunggu penyiasatan, mana-mana orang yang berkenaan dengannya dia mempunyai sebab untuk mempercayai

(a) Bahawa ada alasan yang akan mewajarkan penahanannya di bawah seksyen 8; dan

(b) Bahawa dia telah bertindak atau hampir bertindak atau mungkin bertindak mengikut apa-apa cara yang memudaratkan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya atau penyenggaraan perkhidmatan perlu di dalamnya atau kedudukan ekonominya.

(2) Mana-mana pegawai polis boleh tanpa waran menangkap dan menahan sementara menunggu penyiasatan, mana-mana orang yang selepas disoal oleh pegawai itu gagal untuk memuaskan hati pegawai itu tentang identitinya atau tentang maksud yang baginya dia berada di tempat dia ditemui dan yang disyaki oleh pegawai itu telah bertindak atau hampir bertindak mengikut apa-apa cara yang memudaratkan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagian di dalamnya atau penyenggaraan perkhidmatan perlu di dalamnya atau kedudukan ekonominya.

(3) Mana-mana orang yang ditangkap di bawah seksyen ini boleh ditahan selama tempoh tidak melebihi enam puluh hari tanpa suatu perintah tahanan dibuat berkenaan dengannya di bawah seksyen 8:

Dengan syarat bahawa:

(a) Dia tidak boleh ditahan lebih daripada dua puluh empat jam kecuali dengan kebenaran seorang pegawai polis yang berpangkat atau yang berpangkat lebih tinggi daripada Inspektor;

(b) dia tidak boleh ditahan lebih daripada empat puluh lapan jam kecuali dengan kebenaran seorang pegawai polis yang berpangkat atau berpangkat lebih tinggi daripada Penolong Penguasa; dan

(c) dia tidak boleh ditahan lebih daripada tiga puluh hari melainkan jika seorang pegawai polis yang berpangkat atau yang berpangkat lebih tinggi daripada Timbalan Penguasa telah melaporkan hal keadaan penangkapan dan penahanan itu kepada Ketua Polis atau kepada seorang pegawai polis yang ditetapkan oleh Ketua Polis bagi maksud itu, yang dengan serta-merta hendaklah melaporkan perkara yang sama kepada Menteri.

(4)-(5) (Dipotong oleh Akta A61).

(6) Kuasa yang diberikan kepada seorang pegawai polis oleh subseksyen (1) dan (2) boleh dijalankan oleh mana-mana anggota angkatan keselamatan, mana-mana orang yang melaksanakan tugas sebagai pengawal atau jaga di dalam suatu tempat terkawal dan oleh mana-mana orang lain yang pada amnya diberi kuasa bagi maksud itu oleh seorang Ketua Pegawai Polis.

(7) Mana-mana orang yang ditahan di bawah kuasa yang diberikan oleh seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai berada dalam jagaan yang sah, dan boleh ditahan di mana-mana penjara, atau di mana-mana balai polis, atau di mana-mana tempat lain yang serupa yang dibenarkan secara am atau khas oleh Menteri.

Hanya selepas 48 jam seseorang itu di tahan polis kerana "disyaki oleh polis" sebagai seorang yang boleh "mengancam keselamatan negara", barulah maklumat berkenaan penahanan tersebut di laporkan kepada menteri bertanggungjawab oleh Ketua Polis yang bertanggungjawab.

Jelas kepada kita bahawa Perdana Menteri tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan polis menangkap sesiapa di bawah ISA. Sekiranya di buktikan wujud arahan Perdana Menteri kepada polis untuk menangkap musuh politiknya di bawah ISA, ternyata Perdana Menteri berkenaan telah melakukan kesalahan penyalahgunaan kuasa yang amat serius.

Kes duluan yang boleh dijadikan panduan yang keputusannya di kekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 2003 adalah kes Dato Seri Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu yang didapati bersalah di bawah Ordinan Darurat kerana memberi arahan kepada polis supaya mengugut saksi kes liwatnya adalah satu contoh arahan yang tidak boleh diberi oleh mana-mana menteri atau Perdana Menteri Malaysia kepada polis.

Seseorang yang ditahan untuk proses soal siasat oleh polis mengikut ISA di atas boleh ditahan untuk membantu siasatan untuk tempoh maksimum 60 hari. Hanya selepas tempoh maksimum berkenaan, hasil siasatan polis akan dipersembahkan kepada menteri dan terpulanglah pula kepada menteri berkenaan sama ada untuk terus menahan suspek pengancam keselamatan negara itu atau tidak.

Beza watak dalam CPC dan ISA adalah majistret atau pegawai polis, Peguam Negara atau menteri dan perbezaan masa maksimum tahanan sama ada 14 hari atau 60 hari. Proses yang lain adalah sama.

Kita lihat peruntukan Seksyen 8 ISA yang memberikan kuasa kepada menteri untuk mengizinkan polis menahan seseorang di bawah ISA selama tempoh maksimum 2 tahun yang menyatakan bahawa:

Kuasa untuk memerintahkan penahanan atau sekatan orang

8 (1) Jika Menteri berpuas hati bahawa penahanan mana-mana orang perlu dengan tujuan untuk mencegahnya daripada bertindak dengan apa-apa cara yang memudaratkan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya atau penyenggaraan perkhidmatan perlu di dalamnya atau kedudukan ekonominya, menteri boleh membuat suatu perintah (kemudian daripada ini disebut perintah tahanan) yang mengarahkan supaya orang itu ditahan bagi apa-apa tempoh yang tidak melebihi dua tahun.

CATATAN: Lihat Nota Pesuruhjaya di muka surat 83.

Nota Pesuruhjaya di muka surat 83 menyatakan bahawa:

Nota Pesuruhjaya

PENGESAHAN PERINTAH TAHANAN DAN PENAHANAN DAN INDEMNITI

“5. (1) Jika sesuatu perintah tahanan telah dibuat di bawah sub seksyen 8(1) Akta ibu terhadap mana-mana orang semasa tempoh antara tarikh mula berkuat kuasanya akta ibu dan tarikh mula berkuat kuasanya akta ini (kemudian daripada ini disebut "tempoh peralihan"), maka perintah tahanan itu dan penahanan yang dibuat menurutnya semasa tempoh peralihan itu, dan penerusannya selepas itu, jika ada, adalah dengan ini diisytiharkan sebagai sah dan menurut undang-undang, dan hendaklah disifatkan sebagai, dan sentiasa dan pada setiap masa menjadi sah dan menurut undang-undang, walaupun pada bila-bila masa semasa jangka masa perintah tahanan itu dia telah ditahan di mana-mana tempat selain tempat tahanan yang disebut dalam sub seksyen 8(3) Akta ibu, atau terus ditahan di tempat yang dia telah ditahan di bawah seksyen 73 Akta ibu selepas tempoh maksimum yang diperuntukkan baginya di bawah subseksyen 73(3) Akta ibu tamat, atau telah berada dalam perjalanan dalam jagaan polis atau dalam apa-apa jagaan lain ke tempat tahanan seperti yang disebut terdahulu, atau terdapat apa-apa kelengahan dalam menyampaikan perintah tahanan itu kepadanya, atau perintah tahanan itu telah disampaikan kepadanya di mana-mana tempat selain tempat tahanan itu, atau terdapat apa-apa kecacatan yang berhubungan dengan penyampaian perintah tahanan itu kepadanya.

Menteri Dalam Negeri menurut Seksyen 8 secara perundangannya memiliki dua jenis kuasa iaitu kuasa mengeluarkan Perintah Tahanan dan Perintah Sekatan. Seiring dengan istilahnya, satu perintah menghalalkan penahanan manakala satu perintah lagi mengharamkan penahanan, semata-mata menyekat sahaja. Di atas adalah peruntukan berkenaan Perintah Tahanan manakala Seksyen 8(5) menjelaskan pula tentang Perintah Sekatan iaitu :-

(5) Jika menteri berpuas hati bahawa bagi mana-mana maksud yang disebut dalam sub sekyen (1) perlu supaya pengawalan dan pengawasan diadakan ke atas mana-mana orang atau supaya sekatan dan syarat dikenakan ke atas orang itu berkenaan dengan aktiviti, kebebasan bergerak atau tempat kediaman atau pekerjaannya, tetapi bahawa bagi maksud itu tidak perlu untuk menahannya, menteri boleh membuat suatu perintah (kemudian daripada ini disebut "perintah sekatan") yang mengenakan ke atas orang itu semua atau mana-mana sekatan dan syarat yang berikut:

(a) Bagi mengenakan ke atas orang itu apa-apa sekatan yang dinyatakan dalam perintah itu berkenaan dengan aktivitinya dan tempat kediaman dan pekerjaannya;

(b) Bagi melarangkan daripada berada di luar rumah antara apa-apa waktu yang dinyatakan dalam perintah itu kecuali di bawah kuasa suatu permit bertulis yang diberikan oleh mana-mana pihak berkuasa atau orang yang dinyatakan sedemikian;

(c) Bagi menghendakinya memberitahu pergerakannya mengikut apa-apa cara pada bila-bila masa dan kepada mana-mana pihak berkuasa atau orang yang dinyatakan dalam perintah itu;

(d) Bagi melarangnya daripada berucap di perjumpaan awam atau daripada memegang jawatan dalam, atau mengambil bahagian dalam aktiviti atau bertindak sebagai penasihat kepada, mana-mana organisasi atau persatuan atau daripada mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti politik; dan

(e) Bagi melarangnya daripada membuat perjalanan di luar sempadan Malaysia atau mana-mana bahagiannya yang dinyatakan dalam perintah itu kecuali mengikut kebenaran yang diberikan kepadanya oleh mana-mana pihak berkuasa atau orang yang dinyatakan dalam perintah itu.

Hasil daripada gabungan frasa perundangan yang memeningkan kepala pembaca seperti ayat-ayat di atas bermaksud Perdana Menteri tidaklah berkuasa menahan musuh politik beliau secara semberono kerana yang sebenarnya berkuasa membuat perintah penahanan adalah Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Keselamatan Dalam Negeri.

Hanya jika Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, maka barulah benar sebahagian tuduhan rambang berkenaan. Itupun selepas beliau menandatangani Perintah Tahanan tersebut atas kapasiti beliau sebagai Menteri Dalam Negeri dan bukannya sebagai Perdana Menteri. Jika berlaku salah disignasi jawatan ketika menandatangani Perintah Tahanan berkenaan maka akan menjadi satu sebab teknikal mengapa Perintah Tahanan tersebut menjadi tidak sah.

Adakah benar tuduhan yang menyatakan bahawa Menteri boleh menahan seseorang di bawah ISA selama mana yang Menteri itu suka?

Juga satu kenyataan yang tidak tepat. Menurut Seksyen 13 ISA yang menyatakan bahawa:

Kajian semula

13. *(1) Tiap-tiap perintah atau arahan yang dibuat atau diberikan oleh Menteri di bawah subseksyen 8(1), (5) atau (7) atau di bawah seksyen 10 hendaklah, selagi ia masih berkuat kuasa, dikaji semula tidak kurang daripada sekali dalam tiap-tiap enam bulan oleh suatu Lembaga Penasihat:

Dengan syarat bahawa dalam hal sesuatu perintah tahanan yang terhadapnya representasi telah dibuat, kajian semula yang pertama, sama ada mengenai sesuatu perintah tahanan yang dibuat di bawah sub seksyen 8(1) atau mengenai sesuatu perintah tahanan yang dilanjutkan di bawah sub seksyen 8(7) yang baginya proviso kepada sub seksyen yang akhir disebut itu terpakai, hendaklah diadakan tidak lewat daripada enam bulan selepas selesainya pendengaran representasi itu oleh Lembaga Penasihat yang kepadanya representasi itu telah dibuat.

(2) Lembaga Penasihat hendaklah, apabila selesai tiap-tiap kajian semula di bawah sub seksyen (1), dengan serta-merta menyerahkan kepada Menteri suatu laporan bertulis mengenai tiap-tiap kajian semula itu, dan boleh membuat dalamnya apa-apa syor yang difikirkannya patut.

*CATATAN: Sub seksyen ini telah dimasukkan oleh Akta A61 dan mula berkuat kuasa pada 01-09-1972 dan sebelum tarikh itu peruntukan berikut yang dimasukkan oleh Ordinan No. 4 tahun 1969 (P.U. (A) 186/1969) terpakai:

"(1) Tiap-tiap perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah perenggan 8(1)(a) boleh, selagi ia berkuat kuasa, dikaji semula dari semasa ke semasa oleh suatu Lembaga Penasihat mengikut budi bicara Pengerusinya".

Seksyen 13 ISA ini menjelaskan kepada kita bahawa Menteri hanya berkuasa membenarkan tahanan untuk tempoh maksimum 2 tahun yang pertama. Tempoh yang asalnya di "arahkan" oleh Menteri itu pun bukan bersifat "mutlak" kerana Pengerusi Lembaga Penasihat yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agung boleh mengenepikan tempoh maksimum tersebut mengikut budi bicara beliau. Kelihatan Pengerusi Lembaga Penasihat mempunyai kuasa yang lebih besar daripada menteri.

Bagaimanakah prosedur siasatan Lembaga Penasihat ISA ini?

Seksyen 14,15 dan 16 ISA menceritakan bahawa:

Kuasa untuk memanggil saksi

14. Tiap-tiap Lembaga Penasihat hendaklah, bagi maksud akta ini tertakluk kepada Seksyen 16, mempunyai segala kuasa mahkamah bagi memanggil dan memeriksa saksi, mengendalikan sumpah atau ikrar, dan bagi memaksa dokumen dikemukakan.

Anggota Lembaga Penasihat disifatkan sebagai pekhidmat awam 15. Tiap-tiap anggota sesuatu Lembaga Penasihat hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574], dan hendaklah mempunyai, jika apa-apa tindakan atau guaman dibawa terhadapnya bagi apa-apa tindakan yang dilakukan atau yang ditinggalkan daripada dilakukan dalam pelaksanaan tugasnya di bawah Bab ini, perlindungan dan keistimewaan yang sama sebagaimana yang diberikan oleh undangundang kepada seorang Hakim dalam pelaksanaan jawatannya.

Pendedahan maklumat

16. Tiada apa-apa jua dalam Bab ini atau dalam mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya boleh menghendaki Menteri atau mana-mana anggota Lembaga Penasihat atau mana-mana pekhidmat awam untuk mendedahkan fakta atau mengemukakan dokumen yang difikirkannya sebagai bertentangan dengan kepentingan negara jika didedahkan atau dikemukakan.

Adakah benar tuduhan yang menyatakan "ISA tahanan tanpa bicara?"

Tuduhan ini amatlah tidak bertanggungjawab. Mungkin pemfitnah membuat tuduhan tersebut bersandarkan kepada satu-satunya peruntukan berikut :-

Nota Pesuruhjaya

PENGESAHAN PERINTAH TAHANAN DAN PENAHANAN DAN INDEMNITI

Akta Keselamatan Dalam Negeri (Pindaan) 1988, [Akta A705] melalui seksyen 5 telah meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (kemudian daripada ini disebut "Akta ibu") yang hendaklah dibaca bersama peruntukan baru yang berikut mulai dari 15 Julai 1988:

(2) Tiada tindakan, guaman, pendakwaan, atau apa-apa jua pun prosiding undang-undang lain daripada apa-apa perihalan atau dalam apa-apa bentuk, boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan di mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan selepas mula berkuat kuasanya akta ini, atau, jika dibawa atau dimulakan sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini, terus dikekalkan, bagi atau disebabkan oleh, atau berkenaan dengan, apa-apa jua yang dilakukan dengan sahnya berhubung dengan perintah tahanan atau penahanan yang diisytiharkan sebagai sah dan menurut undang-undang di bawah sub seksyen (1), kecuali bahawa peruntukan sub seksyen ini tidaklah terpakai bagi apa-apa prosiding undang-undang sedemikian yang telah selesai dan keputusan muktamad mahkamah telah diberikan berkenaan dengannya sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini atau bagi apa-apa rayuan berkenaan dengan keputusan muktamad itu."

Sedangkan pemfitnah berkenaan membutakan mata mentulikan telinga terhadap

6 lagi seksyen dalam ISA yang membuka ruang seluas-luasnya untuk seseorang itu mencabar keputusan Menteri .

6 seksyen tersebut adalah Seksyen 79 dan 80 ISA yang menyatakan bahawa :-

Bidang kuasa mahkamah

79. Tanpa menjejaskan bidang kuasa Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan terhadap Akta ini, selain suatu kesalahan yang boleh dihukum mati, dan untuk menjatuhkan apa-apa hukuman yang ditetapkan baginya tidak melebihi denda sebanyak lima ribu ringgit atau lima tahun penjara atau kedua-duanya.

Sekatan ke atas pendakwaan

80. Sesuatu pendakwaan bagi apa-apa kesalahan terhadap Akta ini yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tujuh tahun atau tidak boleh dimulakan kecuali dengan keizinan Pendakwa Raya:

Dengan syarat bahawa, tertakluk kepada undang-undang yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan tatacara jenayah

(a) seseorang yang dipertuduhkan dengan suatu kesalahan sedemikian boleh ditangkap, atau suatu waran penangkapannya boleh dikeluarkan dan dilaksanakan, dan mana-mana orang sedemikian boleh direman dalam jagaan atau atas jaminan, walaupun keizinan Pendakwa Raya mengenai permulaan pendakwaan bagi kesalahan itu belum lagi diperoleh, tetapi kes itu tidak boleh didakwa selanjutnya sehingga keizinan itu diperoleh; dan

(b) jika seseorang dibawa ke hadapan suatu mahkamah di bawah seksyen ini sebelum Pendakwa Raya memberikan keizinannya kepada pendakwaan itu, pertuduhan itu hendaklah dijelaskan kepadanya tetapi dia tidak boleh dipanggil untuk membuat pli dan peruntukan undang-undang itu hendaklah diubahsuaikan dengan sewajarnya.

Sekyen 8B ISA pula menyatakan bahawa:

Kajian semula kehakiman tindakan atau keputusan Yang di-Pertuan Agong dan Menteri

8B. (1) Tidaklah boleh diadakan apa-apa kajian semula kehakiman di dalam mana-mana mahkamah, dan tiada mahkamah boleh mempunyai atau menjalankan apa-apa bidang kuasa berkenaan dengan, apa-apa tindakan yang dilakukan atau keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atau Menteri pada menjalankan kuasa budi bicara mereka mengikut Akta ini, kecuali mengenai apa-apa persoalan tentang pematuhan apa-apa kehendak tatacara dalam Akta ini yang mentadbir tindakan atau keputusan itu.

(2) Kecualian mengenai apa-apa persoalan tentang pematuhan apa-apa kehendak tatacara dalam sub seksyen (1) tidaklah terpakai jika alasan seperti yang diperihalkan dalam seksyen 8A.

Apakah pula maksud "kajian semula kehakiman”?

Seksyen 8C selanjutnya menyatakan bahawa:

Tafsiran "kajian semula kehakiman"

8C. Dalam Akta ini, "kajian semula kehakiman" termasuklah prosiding yang dimulakan dengan cara:

(a) Permohonan untuk mendapatkan mana-mana perintah prerogatif mandamus, larangan dan certiorari;

(b) Permohonan untuk mendapatkan deklarasi atau injunksi;

(c) Writ habeas corpus; dan

(d) Apa-apa guaman lain, tindakan atau prosiding undang-undang lain yang berhubungan dengan atau berbangkit daripada apa-apa tindakan yang dilakukan atau keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atau Menteri mengikut Akta ini.

Mengapakah tiba-tiba tertulis kuasa Yang di-Pertuan Agong selain kuasa Menteri dalam kedua-dua seksyen di atas? Bukankah di canangkan se-Malaya bahawa semata-mata Perdana Menteri yang berkuasa penuh? Ternyata fitnah telah tersebar luas.

Seorang yang di tahan di bawah Sekyen 8 ISA boleh mempertikaikan perintah tahanan oleh Menteri tersebut kepada sebuah Lembaga Penasihat yang di lantik oleh Yang di-Pertuan Agong menurut Perkara 151(2) Perlembagaan Persekutuan.

Anda mula terkejut? Seksyen 11 dan 12 ISA selanjutnya menyatakan bahawa:

Representasi terhadap perintah tahanan

11. (1) Suatu salinan tiap-tiap perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah sub seksyen 8(1) hendaklah dengan seberapa segera yang boleh selepas dibuat disampaikan kepada orang yang dimaksudkan olehnya, dan tiap-tiap orang itu berhak untuk membuat representasi terhadap perintah itu kepada Lembaga Penasihat.

(2) Bagi maksud membolehkan seseorang untuk membuat representasi di bawah sub seksyen (1) dia hendaklah, pada masa perintah itu disampaikan kepadanya:

(a) Diberitahu mengenai haknya untuk membuat representasi kepada Lembaga Penasihat di bawah subseksyen (1); dan

(b) Diberikan oleh Menteri suatu pernyataan bertulis-

(i) Mengenai alasan yang atasnya perintah itu dibuat;

(ii) Mengenai pernyataan fakta yang atasnya perintah itu diasaskan; dan

(iii) Mengenai apa-apa butir lain, jika ada, yang pada pendapat Menteri mungkin semunasabahnya dikehendaki olehnya supaya dapat dia membuat representasi terhadap perintah itu kepada Lembaga Penasihat.

(3) Yang di-Pertuan Agong boleh membuat kaedah tentang cara bagaimana representasi boleh dibuat di bawah seksyen ini dan bagi mengawal selia tatacara Lembaga Penasihat.

Laporan Lembaga Penasihat

12. (1) Bilamana mana-mana orang telah membuat apa-apa representasi di bawah subseksyen 11(1) kepada suatu Lembaga Penasihat, Lembaga Penasihat itu hendaklah, dalam tempoh tiga bulan dari tarikh rayuan itu diterima olehnya, atau dalam apa-apa tempoh selanjutnya yang dibenarkan oleh Yang di-Pertuan Agong, menimbangkan representasi itu dan membuat syor mengenainya kepada Yang di-Pertuan Agong.

(2) Apabila menimbangkan syor Lembaga Penasihat di bawah seksyen ini, Yang di-Pertuan Agong boleh memberi Menteri apa-apa arahan, jika ada, yang difikirkannya patut mengenai perintah yang dibuat oleh Menteri itu; dan tiap-tiap keputusan Yang di- Pertuan Agong mengenainya, tertakluk kepada seksyen 13, muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.

Keenam-enam seksyen di atas seharusnya mengubah terus persepsi kita terhadap momokan pihak-pihak tertentu yang mereka sendiri keliru dengan tuntutan perjuangan mereka. Jelas kepada kita bahawa kuasa Lembaga Penasihat dan Baginda Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong melalui kedua-dua seksyen di atas rupanya "Puasnya hati Baginda" adalah jauh lebih penting daripada "Puasnya hati" seorang Menteri Dalam Negeri.

Seperkara yang menarik untuk anda tahu iaitu tahukah anda bahawa anda boleh menjadi "jutawan segera" jika anda menang kes di mahkamah kerana di tahan di bawah ISA? Pada 18 Oktober 2007, seorang bekas tahanan ISA daripada parti PAS bernama Malik Hussin telah di perintahkan oleh YA Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur agar kerajaan Malaysia membayar gantirugi sebanyak RM 2.5 juta kepada beliau atas alasan penahanan beliau di bawah Seksyen 8 ISA oleh Menteri telah di buat secara salah di sisi undang-undang dan berniat jahat "mala fide". Aktivis PAS telah menjadi jutawan kerana menang bicara terhadap "Akta Tanpa Bicara". Pelik kan?

Selain daripada mencabar keputusan Menteri yang "telah puas hatinya" itu, seseorang tahanan ISA juga boleh menjadikan aspek prosedur penahanan polis untuk tempoh tahanan 48 jam yang pertama sahaja, sama ada manual (Standard Operation Prosedur) penahanan telah di patuhi sebaiknya atau tidak. Alasan teknikal seperti ini amat popular dihujahkan oleh peguam yang tiada modal sangat untuk mencabar dari aspek "Perintah Tahanan oleh Menteri". Selain daripada seksyen 73 ISA yang telah dihuraikan pada bahagian awal penulisan ini terdapat 3 lagi seksyen yang menerangkan tentang prosedur penahanan :-

Penggunaan senjata maut dalam melaksanakan penangkapan

74. (1) Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain maka sahlah bagi mana-mana pegawai polis untuk:

(a) Melaksanakan penangkapan mana-mana orang yang boleh ditahan di bawah mana-mana perintah yang dibuat di bawah seksyen 8;

(b) Melaksanakan penangkapan mana-mana orang yang boleh ditangkap dan ditahan di bawah subseksyen 73(1) atau (2);

(c) Melaksanakan penangkapan mana-mana orang yang dia mempunyai, dalam segala hal keadaan hal itu, alasan yang munasabah bagi mengesyaki telah melakukan suatu kesalahan terhadap akta ini atau terhadap mana-mana peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang pada masa ini dinyatakan dalam Jadual Pertama;

(d) Mengatasi tentangan yang menggunakan kekerasan yang diberikan oleh mana-mana orang yang hendak ditangkap itu; atau

(e) Mengelakkan pelarian daripada tangkapan atau penyelamatan mana-mana orang yang ditangkap sebagaimana yang disebut terdahulu, menggunakan apa-apa kekerasan yang semunasabahnya perlu, dalam hal keadaan hal itu, dan kekerasan itu boleh meliputi penggunaan senjata maut.

(2) Tiap-tiap orang yang ditangkap kerana apa-apa kesalahan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin selepas penangkapannya diberikan amaran dengan jelasnya mengenai kemungkinan dia ditembak jika dia berusaha untuk melarikan diri daripada jagaan.

(3) Kuasa yang diberikan kepada seorang pegawai polis oleh subseksyen (1) boleh dijalankan oleh mana-mana anggota angkatan keselamatan, dan oleh mana-mana orang yang melaksanakan tugas pengawal atau jaga di dalam sesuatu tempat terkawal, dan oleh mana-mana orang lain yang diberi kuasa secara am bagi maksud itu oleh Ketua Pegawai Polis.

(4) Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini boleh mengurangkan hak pertahanan persendirian yang terkandung dalam seksyen 96 hingga 106 Kanun Keseksaan.

Penerimaan pernyataan sebagai keterangan

75. (1) Jika mana-mana orang dipertuduh dengan apa-apa kesalahan terhadap Akta ini atau terhadap mana-mana undang-undang bertulis yang dinyatakan dalam Jadual Kedua, apa-apa pernyataan, sama ada pernyataan itu terjumlah kepada suatu pengakuan atau tidak atau secara lisan atau bertulis, yang dibuat pada bila-bila masa, sama ada sebelum atau selepas orang itu dipertuduh dan sama ada dalam perjalanan suatu penyiasatan polis atau tidak dan sama ada atau tidak keseluruhan atau sebahagiannya adalah jawapan kepada soalan, oleh orang itu kepada atau dalam pendengaran mana-mana pegawai polis yang berpangkat atau berpangkat lebih tinggi daripada Inspektor dan sama ada atau tidak diterjemahkan kepadanya oleh mana-mana pegawai polis lain atau mana-mana orang lain yang berkenaan atau tidak, dalam penangkapan itu, walau apa pun apa-apa yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, boleh diterima sebagai keterangan di perbicaraannya dan, jika orang itu menawarkan dirinya sebagai seorang saksi, apa-apa pernyataan sedemikian boleh digunakan dalam pemeriksaan balas dan bagi maksud mencabar kebolehpercayaannya:

Dengan syarat bahawa:

(a) Tiada pernyataan sedemikian boleh diterima atau digunakan sebagaimana yang disebut terdahulu:

(i) Jika ternyata pada mahkamah bahawa pernyataan itu dibuat oleh sebab apa-apa dorongan, ugutan atau janji yang berkenaan dengan pertuduhan terhadap orang itu, yang datangnya daripada seseorang yang berkuasa dan, pada pendapat mahkamah mencukupi, untuk memberi orang itu alasan yang didapati munasabah oleh orang itu untuk menganggap bahawa dengan membuat pernyataan itu dia akan mendapat apa-apa faedah atau dia boleh mengelakkan apa-apa durjana keduniaan berkaitan dengan prosiding terhadapnya; atau

(ii) Dalam hal sesuatu pernyataan yang dibuat oleh orang itu selepas dia ditangkap, melainkan jika mahkamah berpuas hati bahawa dia telah diberikan amaran dengan perkataan yang berikut yang bermaksud sedemikian:

“Adalah menjadi kewajipan saya untuk memberi amaran kepada kamu bahawa kamu tidak diwajibkan untuk menyatakan apa-apa atau menjawab apa-apa soalan, tetapi apa-apa yang kamu nyatakan sama ada sebagai menjawab sesuatu soalan atau tidak, boleh diberikan sebagai keterangan"; dan

(b) Suatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang sebelum ada masa untuk memberi amaran kepadanya tidaklah boleh menjadi tidak boleh diterima sebagai keterangan semata-mata kerana dia tidak diberikan amaran jika dia diberikan amaran dengan seberapa segera yang mungkin.

(2) Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, seseorang yang dituduh melakukan suatu kesalahan yang baginya subseksyen (1) terpakai tidaklah terikat untuk menjawab apa-apa soalan yang berhubungan dengan hal itu selepas apa-apa amaran sebagaimana yang disebut terdahulu telah diberikan kepadanya.

(3) Seksyen ini hendaklah terpakai berhubung dengan manamana orang yang dibicarakan selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, sama ada atau tidak prosiding terhadap orang itu telah dimulakan dan sama ada atau tidak pernyataan yang berkaitan telah dibuat sebelum permulaan kuat kuasa itu.

Publisiti perintah

81. (1) Apabila apa-apa perintah atau peraturan dibuat atau arahan atau suruhan diberikan di bawah Akta ini, Menteri atau pihak berkuasa yang lain yang membuat perintah atau peraturan itu atau memberikan arahan atau suruhan itu hendaklah menyebabkan notis mengenai kuat kuasanya diberikan dengan seberapa segera yang mungkin dengan apa-apa cara yang difikirkannya perlu bagi membawanya kepada pengetahuan semua orang yang pada pendapatnya patut tahu mengenainya, dan perintah, peraturan, arahan atau suruhan itu hendaklah mempunyai kuat kuasa sebaik sahaja notis yang disebut terdahulu telah diberikan, tanpa disiarkan dalam Warta.

(2) Tanpa menjejaskan apa-apa peruntukan khas yang terkandung dalam Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, suatu notis yang hendaklah disampaikan kepada mana-mana orang bagi maksud mana-mana seksyen boleh disampaikan dengan meninggalkannya, atau dengan menghantarnya melalui pos dalam suatu surat yang dialamat kepada orang itu, di tempat kediaman atau tempat perniagaannya yang akhir atau biasa.

(3) Mana-mana perintah atau peraturan yang dibuat atau apa-apa arahan atau suruhan yang diberikan di bawah Akta ini boleh pada bila-bila masa semasa penerusannya dikensel oleh orang yang diberikan kuasa untuk membuat perintah atau peraturan itu atau untuk memberikan arahan atau suruhan itu, tetapi tanpa menyentuh kesahannya sebelum itu atau apa-apa jua yang dilakukan di bawahnya atau kepada kuasa orang itu untuk membuat suatu perintah atau peraturan baru atau untuk memberikan suatu arahan atau suruhan baru di bawah peruntukan itu.

Kepada anda yang biasa mengikuti perbicaraan di mahkamah, anda mungkin biasa melihat, hanya kerana sedikit ketidakpatuhan elemen kepada perkataan "dan", "atau", "hendaklah", "bolehlah" dan sebagainya yang di ulang beberapa kali dalam susunan ayat-ayat dalam mana-mana Akta Parlimen pun, hal sekecil itu pun boleh menyebabkan seorang peguam berhujah tanpa henti selama 2 minggu dan kes ditangguhkan selama 6 bulan semata-mata untuk menunjukkan bahawa anak guamnya teraniaya.

Siapa pula Ahli Lembaga Penasihat?

Lembaga Penasihat di tubuhkan di bawah Fasal 151(2) Perlembagaan Persekutuan iaitu :-

(2) Sesuatu lembaga penasihat yang ditubuhkan bagi maksud Perkara ini hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi, yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan yang menjadi atau pernah menjadi atau yang layak menjadi, hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi, atau yang pernah menjadi seorang hakim Mahkamah Besar sebelum Hari Malaysia, dan dua orang anggota lain yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Jadi jelas kepada kita bahawa bukan calang-calang individu yang layak menganggotai Lembaga Penasihat ini dan kuasa mereka jika tidak pun sama adalah melebihi kuasa Menteri Dalam Negeri. Ahli Lembaga ini juga bukanlah "orang politik" . Oleh itu tindakan mereka haruslah di buat tanpa rasa takut dan pilih kasih demi memikul amanah Allah di muka bumi ini.

Cadangan pindaan ISA

Hanya undang-undang tuhan yang sempurna. Undang-undang ciptaan manusia tetap memiliki kelemahan. Namun sesuai dengan kepimpinan YAB Dato Seri Najib yang kelihatan mahu meminda ISA, saya mengemukakan beberapa cadangan berikut :-

1. Mungkin kita dapat mengesan satu frasa yang di gunakan dalam seksyen 8 ISA yang mungkin kelihatan agak "diktator" dan "gila kuasa" iaitu frasa "Jika Menteri berpuas hati…". Dicadangkan sedikit pindaan terhadap frasa ayat tersebut kepada "Jika Menteri, selepas meneliti laporan siasatan polis...”. Mungkin struktur baru ayat ini boleh mengelakkan seseorang berdosa kerana memfitnah.

2. Kuasa polis untuk menahan suspek pengganas selama tempoh maksimum 60 hari wajar di pinda kepada 30 hari sahaja.

3. Penahanan suspek pengganas melebihi 48 jam menurut seksyen 73(3)(b) ISA dengan kebenaran Pegawai Polis berpangkat lebih tinggi dari Penolong Penguasa wajar di pinda kepada "dengan kebenaran Majistret" demi untuk mengelakkan salahguna kuasa di pihak polis.

4. Seksyen 5(2) Nota Pesuruhjaya yang di baca bersama seksyen 8 (1) ISA yang di jadikan satu-satunya hujah "tanpa bicara" wajar dimansuhkan atas alasan "kerana mengelirukan" .

5. Seksyen 16 ISA yang tidak mewajibkan Menteri atau Lembaga Penasihat daripada mendedahkan fakta yang difikirkan bertentangan dengan kepentingan Negara memerlukan sedikit pindaan. Pendedahan tersebut perlu dijadikan mandatori dan maklumat berkenaan perlu juga di kawal oleh Akta Rahsia Rasmi.

Kesimpulan

Saya berharap agar tulisan ini dapat membuka pintu hati manusia agar berfikiran rasional dalam tindakan. Fikirkan semula, sama ada berbaloi atau tidak anda turun ke jalan raya pada 1 Ogos 2009 nanti?. Adakah betul persepsi negatif anda terhadap ISA? Adakah anda dihukumkan wajib untuk hanya mempercayai kata-kata retorik segolongan ahli politik yang sedang rakus berkehendakkan kuasa? Adakah anda percaya bulat-bulat pidato berapi seorang yang kempunan menjadi Perdana Menteri? Adakah anda percaya kepada hujah-hujah ratusan barisan peguam yang menentang ISA kerana mereka ini tidak lebih umpama askar upahan professional yang dibayar secara "cash or kind"?

Sedarkah anda bahawa dengan tindakan anda menentang ISA, anda bermaksud menentang kuasa Yang Di Pertuan Agong kerana Baginda lebih berkuasa daripada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn, Menteri Dalam Negeri. Ingat, polis yang menangkap, Menteri yang mengeluarkan Perintah Tahanan manakala Baginda Yang di-Pertuan Agong yang berkuasa membebaskan tahanan Kemunting lebih awal dari masanya.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dilaporkan telah menyeru kepada kumpulan Penentang ISA agar jangan berdemonstrasi pada 1 Ogos nanti. Jika demonstrasi diteruskan, maka Ibrahim yang telah dua kali ditahan ISA akan turut turun ke jalan raya menyokong ISA. Kata dua daripada Presiden Perkasa ini perlu diberi perhatian. Jika GMI membatalkan hasrat mereka, kumpulan Tok Him juga akan membatalkan hasrat berdemonstrasi pada hari yang sama.

Sememangnya boleh di hujah dari kaca mata hak asasi manusia, sejuta rakyat untuk berhimpun. Namun hak sejuta rakyat tersebut tidak akan melebihi hak asasi seorang anak kecil untuk bermain-main di taman KLCC selepas seminggu ibu dan bapanya sibuk bekerja.

Artikel yang turut diterbitkan dalam Utusan Malaysia ini ditulis oleh MOHD KHAIRUL AZAM ABDUL AZIZ iaitu Presiden Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM). Beliau boleh dihubungi melalui emel: azamaziznco@gmail.com.

Monday, July 27, 2009

Babi Halal

Cubaan untuk kelirukan umat Islam?

Saturday, July 25, 2009

2 muka siling-Perspektif KAMPUNG

Pak Sedaro nak kongsi sikit beberapa tinjauan khas yang biaso orang ramai suka bincang di Kodai Kopi, Warung Saliha {jual nasi lomak}, warung Cassim [jual roti], Kopitiam untuk yang konon class sikit, warung curut masam di kaki limo kampung-kampung ulu banat yang solok bana...

Dalam amalan melihat antara 2 muko duit seleng daripada Perspektif keKAMPUNGan. Tak kiro bangso dan keturunan, sobonar eehhh. Ramai rakyat dan warga yang masih BONCI dan SUKO BINCANG isu menyakit HATI dan TOLINGO. Kok di dongar oleh mano-mano "haiwani politik" dah tontu "mengasah bontot parang".

Dalam diam-diam, Pak Sedaro nampak banyak isu-isu kecil yang dilungguk bertimpo-timpo kepada suasana kemaslahatan masyarakat yang saban hari, saban saat monjadi "gunting dalam lipatan", "api dalam sokam".

Baik yang wakil rakyat eehhh, Barisan Nasional mahu pun pasukan pakatan PKR-PAS-DAP...sumo mengoloh...sobab ADUN atau ADR setompat, saling tak tumpah "talam pelbagai MUKA", "sesumpah hidup", "harapkan PAGAR, pagar MAKAN padi", "kacang lupokan kulit" dan "melopeh anjing nan tersopit".

Dah hampir lobih 15 bulan sojak Mac 2008 solosai PRU-12. Perdano Montori nang bawa obor bersama Menantu pun dah dismiss. Ontah bilo laie, monantu yang massa tempek sobagai "gading bertuah" dan "kerbau jantan" nak merambus. ... Pak Sedaro potik sebijik-bijik kato orang ramai. Di ganti pulak dongan anak Tun Razak. Gompita Persekutuan Malaysia ini dongan nobat 1 Malaysia.

Dalam alam kerajaan PKR-PAS-DAP, ontah bilo nak siap bersembang dan atur strategi A, B, C,...nak ngabish kan DUIT tinggalan almarhum Barisan Nasional...nang mati-mati, nang bangang-bangang, nang bobal-bobal, nang bungku-bungku, nang jual tanahair kepado Chin Peng pun mulo ungkit soal-soal gharar, soal-soal khilaf.

Ado juga yang cordik macam di parlimen, seperti Ustaz Taib Azzamuden dan rakan MP yang cordik, bijak menilai zaman dan gelombang berantakan NILAI sandiwara politik atau untuk Rakyat teramai demi kepentingan terbanyak.

Pak Sedaro potik, cerito ini, sobab nampak eehhh, Negaro ini makin gamat dengan PEROGOL dan PELACUR bangsa Malaysia. ADR ramai yang tidak tahu atau menafikan Perlembagaan Persekutuan. Buat bual bicaro dan forum pentas POLITIK, macam negaro ini mak-ayah dio sorang ajo yang berjuang, bertelanjang dan ditelanjangkan oleh Penjajahan. Apakah mereka ini sebonar PENJAJAH? Tak pernah siap rumah PAS-PKR-DAP...Poei lah mano daerah dan kawasan yang boleh dinamakan tanahair dalam bumi Allah Malaysia ini, pasti ado ajo siri-siri CERAMAH MAUT yang menggelupur, membodoh, membangang, menuba dan melacur pola pemikiran rakyat dan umat...Apakah PKR-PAS-DAP dah terlalu PARIA-FAKIR-KAFIR dengan teknik "peperangan saraf politik" hingga membenarkan 1500 agen CIA bergerak dalam Malaysia, melihat dan bertepuk tangan...bahawa PKR-PAS-DAP sedang melakukan projek JAHANAM dan GANYANG Malaysia secara PERCUMA ...!

Pak Sedaro heran, nengok orang BN...tak kiro lah UMNO, MCA, MIC, PPP, GERAKAN, dan apo ajo yang bergabung di bawah panji kebesaran DACING ini, yang dahulu sebuah Kapal Layar... Apokah pasukan Perang Saraf BN, masih sibuk dalam mimpi semalam? Dongarlah orang BN, dalam Astro Awani hari itu, ontah sapo nama Lobai PKR ini, di khabar kan Wawasan 2020, Islam Hadhari dan 1 Malaysia hanyalah omong-omongan, tiada sebuah Visi yang konkrit.

Pak Sedaro nak sambut kenyataan BIADAP ini. Lobai yang namonya semuo orang PKR tahu. Ekau jangan meludah ke langit. Ekau bercakap macam ekau takdo kerakyatan. Ekau sodar atau tidak, kaedah kau cakap itu serupo orang yang baru di BAPTISkan...Ekau menafikan sebuah DOKUMEN BANGSA yang telah dipersetujui dalam DIAM oleh 22.57 juta rakyat pemilik Kad Pengenalan Biru, kecuali ekau sorang JANG. Kot iyo pun nak mengaku "DEN ini bangang, sekolah tinggi bertingkat, tapi BODOH ekhhh melantun-lantun, malu" osah kau masuk TV cakap pasai tiada asas W2020, IH dan 1M.

Orang gilo Jubo, pun angkat peristiwa ini tau. Itulah...antaro potikan dapur-dapur rakyat yang Pak Sedaro dongar dan cuba tulis semulo. Kalau disimpan, rugi. Sobab pasukan POLITIK yang rajin baco "Call a spade a spade" tak dapat maklumat prima.

Halooo...sesapo pun Anon yang suko mencolah dan menulis itu dan ini, poei lah balik ke kandang politik memasing. Poei nasihat Panglima Perang Saraf kalian. Rakyat teramai, dah JOLAK dengan temberang dan kelengtong PKR-PAS-DAP. Rakyat jugo dah mamai dan bukan haprak untuk mengetahui nilai pidato orang UMNO-MCA-MIC-GERAKAN-PPP dan sebagainya.

"Kero di hutan disusukan...Anak di rumah mati kelaparan". Banyak teknik orang politik suko pakai "Cari ajo orang Kayo untuk buat Projek,...yang ponting ado nilai tambah". Hallooo kawan, yang mungkin ADR pogang kerusi Montori dan bukan Montori, baik Montori Bosar dan Exco Kanan di Kerajaan Negori tak kiro lah...mano nogori pun. Jangan dok suko main skema "MAKAN DUIT HARAM" cara ini. Itu sobab negaro baik di LUAR, busuk macam BANGKAI bernyawa di dalam. Anak-anak kalian, jadi tunggang-langgang sobab ramai MAK-AYAH makan barang HARAM. Masjid jarang-jarang, pusat dakwah dan agama kadang-kadang. Rakyat datang di halau ke kawasan lapang, di tabur dengan bijirin dan manisan untuk menutup PEKUNG di dada.

Oiii, haiwani POLITIK. Pak Sedaro minta kalian JANGAN JUAL bangsa ini. Bacolah antara 2 muka duit siling, sobab orang di perdesaan dan di wilayah perkampung terpencil punya nilai HAJAT dan TAWASSUL yang cukup tinggi kepada Penciptanya.

Ingatlah bahawa DOA insan yang dizalimi itu makamNYA tinggi. Doa orang yang dizalimi lebih TERMAKBUL daripada kita. Doa insan yang dizalimi lebih tinggi IJTIHAD dan punya KARAMAH tersendiri.

Buka Mata, Pasang Telinga, Pegawai-pegawai Haiwani Politik BONGKKAR...nanti Singa yang sedang TIDUR makan KALIAN.

Friday, July 24, 2009

When will they let the cat out of the bag

There was a Kingdom of Swine in far faraway land. The Premiership is known as Ten Sire Khoo Lead and assisted by the real King, Mr Ronnie Burkshire. The kingdom is so prosper that Ten Sire Khoo Lead boasted that "I don't need a single penny from the King of England as my kingdom is so rich". Mr Ronnie, his able aide laughed mischievously but at the same time is worried about what happened last week. One of the worker in the Castle of Red Yellow has committed suicide. This is because the able worker who was still in his teen knew a lot and Ronnie Burkshire is worried that the able worker would defected to the King of England.

Meanwhile, Lord Theresa call upon all the subjects of Kingdom of Swine to the Castle. "Listen here, one of the worker in the castle has been found murdered and pushed from the balcony into the swamp. I hereby declare war with the King of England" she said furiously whilst the crowd clapping and cheering. They shouted "Hail to Lord Theresa. Hail to a Republic Kingdom of Swine". Burkshire who saw this proclamation from one of the room in the castle laughed and shouted "Yes, now I am the real King of Kingdom of Swine. Ten Sire Khoo Lead will be thrown into the dungeon one fine day".

The King of England has ordered upon his able knightship to investigate the sudden death of a subject in the Kingdom of Swine. He is worried that the mysterious death would be blown out of proportion by the Lords of that particular kingdom.

TO BE CONTINUED

Thursday, July 23, 2009

Alam Politik Bangsa dari Anak Kecil

Pak Sedaro nak kongsi sikit beberapa pandangan daripada 7 orang anak kecil yang pernah Pak Sedaro soal-siasat. Nak tengok sama ado budak kecil di umur 12 tahun sudah mengerti apa itu Politik, Haiwan Politik dan Pencacai Politik serta apa jua yang mereka definisi sebagai Politik.

Nama anak kecil ini Ayub berumur 12 tahun anak Melayu dari sebuah kampung terperosok di Jeniang.

Soalan: Chek suka ka dengan orang politik?
Jawab: Suka, awat tanya. Politik tu apa dia?
Soalan: Lagu nie, politik ini orang hak yang Pak dan Mak hang pi sokong la, ada bendera macam-macam warna? Biru ada gambaq Dacing, Hijau ada gambaq bulan, Putih ada gambaq roket, Biru caiq ada kot tengah ada gambaq macam mata lebam?
Jawab: Ohhh....kot tu ka. Chek tak suka semua, lagu tu.
Soalan: Awat pulak? Sat habaq suka.
Jawab: Depa nak bagi cekelat pun. Depa masuk bising aja. Kami nak main pun tak dak tempat. Abang dok habaq lagu nie la, hidup dah masuk 12 tahun dah. Bohong kot ni, kot tu aja...depa ini.

Nama anak kecil ini Maran umur 12 tahun anak India dari sebuah kampung di Rantau.

Soalan: Tamby Boy, ada suka sama politik orang ka?
Jawab: Tak da suka la Pak Cik? Apahal tanya sama saya. Saya bapak juga pandai ini hal.
Soalan: Ohh, itu macam ka boy. Okey, tara apa. Sikit lagi. Ini orang baju Biru, Putih, Hijau, Biru Laut dan Merah, mana satu Boy suka...
Jawab: Satu pun tak da. Semua tak da betul. Sana tipu, sini tipu. Saya susah jugak.
Soalan: Tamby Boy, susah macam mana?
Jawab: Mari Pak cik, tengok saya rumah. Saya bapak dan mak banyak kerja kuat. Ada orang datang jugak, tapi cerita saja banyak. Itu mau bikin, ini mau bikin...saya mati pun belum tentu siap bikin.

Nama anak kecil ini Kwan umur 12 tahun anak Cina dari sebuah kampung di Melaka.

Soalan: Boy, dah makan? Uncle mau tanya sikit boleh? Suka orang politik?
Jawab: Sudah, Boleh...Politik tak syok oohhh, uncle.
Soalan: Apa hat tarak syok? Boy bapak bukan senang sama politik ka?
Jawab: Tarak lah uncle. Hari-hari mau makan free. Semua pun sama, Biru, Putih, Merah, Hijau, Biru Laut. Ini semua kambing Uncle.
Soalan: Hait, banyak marah you Boy? Apa dia sudah bikin sama you?
Jawab: Tara guna mau cakap Uncle. Saya bapa meniaga. Dia orang mau makan free, ini macam susah la. Kerja tak mau, datang kangkang saja. Kita bukan BODOH lagi.

Nama anak kecil ini Dashan umur 12 tahun anak Sikh dari sebuah Pekan di Kuala Lipis.

Soalan: Boy, ada senang. Boleh uncle cakap sikit?
Jawab: No problem uncle. Saya pun boring.
Soalan: Boy suka politik? Mau jadi politician macam Karpal Singh?
Jawab: Politik suka. Karpal Singh tak suka.
Soalan: Kenapa tak suka Karpal Singh? Ada orang politik buat kacau ka?
Jawab: Dia sudah tua, buat malu. Duduk rumah pergi Kuil lagi baik. Orang politik tak buat kacau. Dia orang mari pun tak dak. Bohong keliling pandai, la. Kerja macam kambing.

Nama anak kecil ini Kulup umur 12 tahun anak Orang Asli dari sebuah pekan di Batu Pahat.

Soalan: Abang mari kejap, tak payah malu lah? Pak cik nak tanya sikit.
Jawab: Ok. Apa hal?
Soalan: Ada suka tak sama orang politik?
Jawab: Suka, kenapa?
Soalan: Orang politik macam mana? Dia selalu datang ke?
Jawab: Entah. Selalu tak juga. Tapi sekali datang syok, macam-macam ada.
Soalan: Banyak ke dapat macam-macam tu?
Jawab: Banyak juga, beri pagi habis petang. Tu aje lah...

Nama anak kecil ini Siangang umur 12 tahun anak Iban dari sebuah kampung di Limbang

Soalan: Abang, sekejap. Nak tanya sikit.
Jawab: Boleh, tapi sekejap aja. Saya malu.
Soalan: Tak perlu malu. Ada tak orang politik datang ke kampung?
Jawab: Tak ada.
Soalan: Ada tak bapa atau mama kasi tau, kalau mau sokong politik sokong siapa?
Jawab: Ada, tapi dia bilang sokong saja. Yang lain tak perlu. Dia orang bukan betul, penipu ada.
Soalan: Tipu macam mana?
Jawab: Dulu, masa saya kecil. kata mama, dia mau beri itu dan ini, ada kedai, klinik, sekolah, api, air, ladang, dan haiwan untuk jaga. Tapi sampai sekarang, tak ada. Itu lah PENIPU namanya.

Nama anak kecil ini Ronny umur 12 tahun anak Kadazan dari sebuah kampung di Kota Marudu.

Soalan: Abang, mau tanya sikit ba.
Jawab: Boleh, tanya apa?
Soalan: Orang politik suka tak?
Jawab: Tak suka ba. Dia orang suka bohong ba.
Soalan: Bohong macam mana?
Jawab: Jumpa saja bagi RM10. Cerita mau bikin macam-macam masuk kampung. Tapi tak nampak pun. Hidung pun tak nampak.

Pembaco budiman ini merupakan 7 orang anak kecil yang memberi pandangan budak-budak dalam alam POLITIK BANGSA. Jika di kaji secara mendalam, banyak bahasa tersirat yang cuba ditonjolkan oleh mereka.

Jika di lihat kepada kekerapan wakil rakyat yang menuruti kaedah dan pedagogi seorang WAKIL RAKYAT - ternyata gagal. Baik GAGAL dalam erti kata rakyat, juga Panglima dan Pegawai Wakil Rakyat tidak JUJUR dan IKHLAS dalam melaksana amanah.

Gamaknya ramai juga Wakil Rakyat yang terpaksa menjawab kecuaian AMANAH di kubur nanti. Kepada Pegawai yang mengaku TAAT SETIA kepada wakil rakyat, juga terima beban yang sama. Ingatlah bahawa KERAKUSAN dan KETAMAKAN wakil rakyat bukan alat cagaran Rakyat.

Politik di Kalangan Umat (sambungan)

.....

Tidak malu mengganti Menteri yang menyalahguna kuasa
Perbezaan politik hanyalah pelbagai cara mencapai cita
Cita tidak berbeza-kemajuan bangsa paling berkuasa
Menyebar citra ke sengenap ceruk bumi dan hati manusia

Kerangka mereka tidak berubah, siapapun memerintah
Setelah dua kurun, Roma Baru bangun dari Tanah India Merah.

II

Saudara, politik wasilah penting menguat umat
Memecah masalah hidup bermasyarakat
Menggenggam erat Syariat Mustafa penuh hikmat
Menjulang umat terbilang bila hati-budi diikat sepakat

Sayang, perbezaan kaedah mencapai maslahah
Diperunggulkan tinggi bagai ghayah tak berubah
Umat berpecah-belah dari masjid ke sekolah
Keluarga, suami isteri, saudara mara bertelagah
Yang jelas berfaedah dunia-akhirat tiada diendah
Hati mengisi marah, akal sentiasa mencari salah

Walau bangsa sendiri bangga mengisi kerusi
Kita tersungkur di medan pendidikan, ekonomi
Walau kini hati galak gembiran menang bersabung
Anak-cucu derita kehilangan maruah dan kampung

Politik umatku di mana mana
Diperkudus tinggi menyamai agama
Penguasa menentu hukum dan etika
Senang saja menegur alim ulama, sesiapa saja:
Tanpa dibeza pyuh dan helang, antara mereka
Tanpa mengira siapa yang sebenarnya berdosa

Ketika kuasa mahu digenggami
Bakal pemimpin mudah dicari
Senyum murah diberi, kelihatan ikhlas sekali
Berbaik dengan ulama, cendiakawan di sana sini
Bersedia diteguri, marah dikekangi.

Tapi bila kuasa tergenggam erat,
Belang lama disimpan, kini jelas terlihat
Akan menerkam siapa yang menghalang jalan
Walau dalam diam dan senyuman
Walau hadir di depan atau ketiadaan
Pasti kehendaknya dilaksanakan.

Ilmuan akan dikecam jika berani melantangi suara
Akan dianggap tawaduk jika muka tunduk sentiasa
Akan dikira berjasa jika selalu berbicara:-
Tentang pencapaian sekelumit tuannya
Tentang pemikirannya walau sehelai dua
Tentang arkanul Islam di tahap remaja
Tentang kesilapan kekuman rakyat jelata
Tentang kelemahan musuh ketuanya...

(akan disambung kemudian)

Politik di Kalangan Umat

Pak Sedaro mohon izin dan restu daripada Ilmuan asal yang juga guru Pak Sedaro iaitu Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud dan Mahaguru Pak Sedaro iaitu YM Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas bin Ali bin Abdullah bin Munshi.

Politik di Kalangan Umat

Para penguasa bersama anbiya di syurga Tuhan
Jika amanah dipikul bersuluh Tanzil memancar keadilan
Jika amanah dikhianati, kerana terpukau kilau Firauni
Merekalah paling tersisih dari-Nya, terdinding wangi firdausi.

Aristotle menulis politik sesungguhnya cabang etika
Faylasuf Awwal bijak mengatur benda dan perkara
Kini, semua negara dihormati dunia, mengamalnya
Penguasa mereka dipayungi etika, persetujuan bersama
Etika dibincang berkurun lama, diperkuduskan mereka

Umatku di mana-mana, telah mengetepi Lampu Ilahi
Cuba menjejaki Eropah yang telah lama menjajahi
Memilih bentuk moden, semangat diri kuno lagi
Diri kuno yang tida terkena Suluh Muhammadi

Eropah menjadi moden kerana semangat dirinya bertukar
Ditolak anasir sihir dan agama mencengkam jasad dan akal
Setelah bertemu umat Mustafa di Quds, Sicily, Granada
Lilin akli diganti sumbu dan digilap cerminnya
Melihat kembali khazanah Yunani, lama dikecam Gereja
Lilin baru menerangi Paris, Bologna dan seluruh benua.

Lilin Eropah diperbesarkan sumbunya ke tanah India Merah
Bagai pendekar, Dunia baru itu membuka langkah
Quincy, Adams, Jefferson menyelam ke dalam Sejarah
Mendalami khazanah sendiri, merangka ke depan jauh
Politik Baru terpancar dari etika rumusan para penubuh
Kelemahan dalam diri, diperbaiki, diselesai segala mushkil
Benarlah sabda Nabi, Tuhan restuai Kerajaan kafir jika adil

Malu Nabi melihat pengikut Aristotle memilih Sunnahnya
Mereka mengkaji Lampu Nabi dan Khalifah kita
Meminda mengikut keperluan bangsa dan sejarah mereka
Berani menghukum Presiden yang berdusta pada bangsa

bersambung .....

Wednesday, July 22, 2009

Learn Something Here...

It has been a while, Pak Sedaro crushed into the idea. Its time to enrich our shallow black box with this short notes.

On February 15, 2001, the Ministry of Finance announced Azizan's appoitment as Chairman of MAS. Ex-banker and advisor to the Ministry of Finance, Md. Nor Md. Yusof, was named as the new Managing Director. Their task was to turn around an airline, which had just been rescued by the government after having suffered losses since 1998. About 2 months earlier-the governmnet had decide on the re-acquisition of a controlling stake in MAS from Naluri Bhd, a company owned by Tajudin Ramli. Following this transaction, Tajudin resigned as Chairman. The government had paid Naluri RM 1.792 billion for a 29.09 per cent stake in the national carrier.

MAS had been a profitable government-owned airline that underwent a privatisation exercise in the mid-1980s to raise fresh funds and support its growth internationally. The company was listed on the KLSE in December 1985, but control remained in the hands of the government. Bank Negara Malaysia was the single largest shareholder with 43 per cent ownership. Other government interests were the unit trust Amanah Saham Nasional which owned 5.4 % and the Finance Secretariat of Sarawak and Sabah, each with 5% stake, respectively.

In the early 1990s, the pace of the country's privatisation programme gained strong momentum as the Mahathir and UMNO led-BN government actively pursued the Malaysia Incorporated policy. This was aimed at encouraging a more active private sector dole in the country's business and economy. In June 1994, the government sold a controlling 32 % stake in the airline to RZ Equities (RZE) Sdn. Bhd., a company owned by Tajudin. The sale, which was undertaken by Bank Negara, saw RM 1.79 billion changing hands from RZE to the central bank. RZE was later wholly taken over by another company controlled by Tajudin, Malaysia Helicopters Services-later renamed Naluri Bhd.

To finance the purchase, Tajudin signed a RM 1.792 billion syndicated term loan, in July the same year. At that time, the amount was the largest facility ever raised for an individual. The banks involved were D&C Sakura Merchant Bankers, United Malayan Banking Corporation, Development and Commercial Bank, Arab-Malaysia Merchant Bank dan Bank Bumiputra Malaysia Bhd.

With the Malaysian economy booming, and world travel registering a high growth, MAS under Tajudin went on to enjoy good profits-RM263 million (after tax & exceptional items) in the financial year ended March 31, 1995. In the subsequent 2 years, there were profits of RM 247 million and RM 333 million respectively. Everything seemed to be fine; but the airline, like some others in the region, went into red in 1998, losing RM 259 million, after reeling from the real impact of the Asian financial crisis. In 1998, Malaysia went into recession, and the economy of Southest Asia, South Korea and Japan were severely affected.

Tajudin's plan to expand MAS by extending its international routes, the the purchase an dleasing of new planes, were scuttled by the Asian economic crisis. Badly affecting air travel, the crisis could not have come at a worse time for Tajudin. Earlier in 1996, MAS had embarked on a fleet rationalisation programme, which saw the airline urchasing 10 B777-200s, five B777-300s and 10 B747-400s from Boeing for more that RM 10 billion.

The expansion was mainly financed by foreign loans, notably in US dollar. Business matters for MAS and Tajudin were further worsened by capital control and the pegging of the ringgit against US dollar 9at RM 3.80) imposed by the Malaysian government as pat of its economic recovery plan. Although the measure had helped to revive Malaysia's economic growth and prevented more speculative attacks on the ringgit, the capital control impacted negatively on MAS' foreign currency loans, its cash flow as well as its profitability.

Burdened by higher cost of borrowings and fuel due to the cheaper ringgit, MAS was locked into foreign curreny debt. The airline continually incurred heavy losses totalling RM 700 million in 1999, RM 258 million year 2000 and RM 417 million (2001).By this time, MAS was one airline badly in need of capital injection to meet its loan obligations and prop up its working capital. The losses became too much of a burden for Tajudin and that was when the government came into the picture.

The rescue, nevertheless, became the target of heavy criticisms. While many agreed that it was crucial for the government to save the national carrier as it served as an important economic link to international business, the deal was seen as a bailout for yet another businessman closely linked to UMNO, Mahathir and Daim. A bitter point of contention was that the government paid RM 1.79 billion of RM 8 per share, the same price that Tajudin had bought MAS in 1994, when the prevailing market price then was at RM3.68 per share and its net tangible asset only stood at RM 1.74

Dear readers, Pak Sedaro thinks that we Malaysian should learn something out of this Management Buy Out. This excerpt is taken from "The Quintessential Man : Tan Sri Azizan Zainul Abidin."

Pak Sedaro fikir, anak Malaysia amat wajar mengetahui peristiwa MAS kerana sebahagian kaedah berfikir anggota Pentadbiran dan Kerajaan condong melihat ini sebagai strategi yang berkesan dan ampuh.

Selamat BerFIKIR.

Ahli Syurga

"Dari Abdul Rahman bin Auf; telah bersabda Nabi s.a.w, Abu Bakar di dalam syurga, Umar di dalam syurga, Usman di dalam syurga, Ali di dalam syurga, Talhah di dalam syurga, Zubair di dalam syurga, Abdul Rahman di dalam syurga, Saad bin Waqas di dalam syurga, Said bin Zaid di dalam syurga dan Abu Ubaidah di dalam syurga" - Hadis Riwayat Tirmizi.

1. Abu Bakar Siddiq ra
Beliau adalah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah saw. Selain itu Abu bakar juga merupakan lelaki pertama masuk Islam. Pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam sejarah, bahkan juga di dalam Quran (Surah At-Taubah ayat ke-40);

"Jikalau tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (iaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seseorang dari dua orang (Rasulullah dan Abu Bakar) ketika keduanya berada dalam gua, diwaktu dia berkata kepada temannya: Janganlah berdukacita, sesungguhya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimah Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

Abu Bakar Siddiq meninggal semasa berumur 63 tahun dan daripada beliau diriwayatkan 142 hadis.

2. Umar Bin Khatab ra
Beliau adalah khalifah sesudah Abu Bakar dan termasuk salah seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad saw semasa hidupnya. Sebelum memeluk Islam, beliau merupakan musuh yang paling ditakuti oleh kaum Muslimin. Namun semenjak bersyahadah dihadapan Rasulullah saw (tahun keenam sesudah Muhammad diangkat sebagai Nabi), beliau menjadi salah seorang benteng Islam yang mampu menggerunkan kaum Quraish terhadap diri Nabi dan sahabat. Di zaman pentadbirannya, Islam berkembang seluasnya dari Timur hingga ke Barat; kerajaan Persia dan Romawi Timur dapat ditakluknya hanya dalam tempoh setahun. Beliau meninggal semasa berumur 64 tahun kerana dibunuh, dikuburkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah saw di tapak rumah Aisyah ra yang sekarang terletak dalam masjid Nabawi di Madinah.

3. Usman Bin Affan ra
Khalifah ketiga setelah wafatnya Umar. Semasa pemerintahannya, semua tulisan wahyu yang pernah dicatat oleh para sahabat semasa Rasulullah saw masih hidup telah dikumpulkan, disusun mengikut kronologi sepertimana yang disampaikan oleh Rasulullah saw, sehinggalah menjadi sebuah kitab suci sebagaimana yang kita punyai hari ini. Beliau meninggal semasa berusia 82 tahun (ada yang meriwayatkan 88 tahun) dan dikuburkan di Baqi.

4. Ali Bin Abi Thalib ra
Merupakan khalifah keempat yang terkenal dengan strategi perang, selain ilmu pengetahuan yang tinggi. Selain Umar Al-Khatab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal dengan keberaniannya terutama dalam medan peperangan. Beliau telah mengikut Rasulullah saw sejak kecil dan hidup bersama beliau sehinggalah Muhammad saw diangkat menjadi Rasul, sehinggalah saat kewafatan baginda. Ali Bin Abi Thalib meninggal dunia semasa berusia 64 tahun dan dikuburkan di Koufah, Iraq.

5. Thalhah Bin Abdullah ra
Masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq. Terlibat dalam hampir setiap peperangan antara pihak Islam dengan kafirun, kecuali Perang Badar. Dalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah saw daripada dirobek mata pedang musuh sehingga putus jari-jemari beliau. Thalhah bin Abdullah gugur dalam Perang Jamal semasa pemerintahan Ali Bin Abi Thalib dalam usia 64 tahun dan dimakamkan di Basrah.

6. Zubair Bin Awaam
Memeluk Islam juga disebabkan Abu Bakar Siddiq. Beliau juga ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habsyah dan turut mengikuti hampir ke semua peperangan. Beliau juga gugur dalam perang Jamal dan disemadikan di Basrah dalam usia 64 tahun.

7. Sa’ad bin Abi Waqqas
Mengikuti ajaran Islam sejak berusia 17 tahun dan turut menyertai banyak peperangan. Beliau pernah ditawan oleh pihak musuh tetapi telah ditebus oleh Rasulullah saw dengan kedua ibu bapanya sendiri sewaktu perang Uhud. Meninggal dalam usia 70 tahun (ada yang meriwayatkan 82 tahun) dan dimakamkan di Baqi'.

8. Sa’id Bin Zaid
Sudah Islam sejak kecil dan turut terlibat dalam semua peperangan kecuali Perang Badar. Beliau bersama Thalhah Bin Abdullah pernah diperintahkan Rasulullah saw untuk merisik gerakan pihak musuh iaitu Quraish. Meninggal dalam usia 70 tahun serta dikebumikan di Baqi'.

9. Abdurrahman Bin Auf
Memeluk Islam sejak kecilnya melalui Abu Bakar Siddiq dan terlibat dalam semua peperangan bersama Rasulullah saw. Turut berhijrah ke Habsyah sebanyak 2 kali dan meninggal dunia dalam usia 72 tahun (ada yang meriwayatkan 75 tahun) serta dimakamkan di Baqi'.

10. Abu Ubaidillah Bin Jarrah
Masuk Islam bersama Usman bin Math’uun. Turut berhijrah ke Habsyah pada peringkat kedua hijrah dan terlibat dalam semua peperangan bersama Rasulullah saw. Meninggal pada tahun 18H di Urdun, Syam kerana penyakit pes serta dimakamkan di sana. Sehingga kini makam beliau sering diziarahi oleh ramai kaum Muslimin.

Selain 10 orang sahabat di atas yang disahkan berada di syurga oleh Nabi saw, mereka yang di bawah ini pula tiada jaminan untuk syurga. Antaranya...

Nik Aziz, Hadi Awang, Brader Anwar Bin Ibrahim, Khalid Ibrahim, Nasharudin, Husam Musa, Saifuddin Nasution, Bro Anwar, Pak Syeikh, Brader Anwar, En. Anwar, Anwar Anak Pak Berahim, Nik Ajis, Tok Guru Hadi, Mursyidul Am Pas, Paklah, KJ, Mad Hasan, Tok Sahak, Nizar Jamaludin, Teoh Beng Hock...pas....pis...pus...termasuklah ekau dan den. Mustafa Ali camno? Sendiri pikirlah...

Tok Guru depa ajar begini gamaknya...

Tuesday, July 21, 2009

MPBN - Ahmad Shabery Chik

Oh, Bapak Menteri Ahmad Shabery Chik. Usahlah memalukan DIRI dan SAHABAT KELANA Kementerian Belia dan Sukan. Apo pulak pesen ehh, sorang Montori Bolio khabarkan Tak Do Belio yang boleh duduk dalam Kursi MPBN "Majlis Perundingan Belia Negara". Yang syok pulak ado 20 kursi khas LANTIKAN YBM. Handal tu lobai Ganu kite...

MPBN ini ado falsafah sondiri. Ini sibuk maso Saudara Saifuddin Abdullah, Presiden MBM hondak ado Parlimen Belia sendiri, mako wujudlah MPBN. Walaupun MBM boleh mendepani massa dongan pedagogi kerjasama bistari KBS. Tapi, baguish la...ado yo Parlimen Belia yang dipetik sebagai MPBN.

Ramai lah hero dan heroin yang terLAHIR daripada kelompok pasukan ini.

Mungkin kali ini, ASC dio nie tak do stand dalam mano-mano pergerakan belia. Dan bukan pula sorang Penggerak Remaja Belia yang Provokatif, Produktif dan Revolusinis. Mako, bilo dapek kursi Montori Belia ... dah poning lalat sikit. Tak po lah. Gamaknya, statement yang terpacul..sikit sebanyak dapat buat provokasi POSITIF kepada ramai anak Malaysia yang berada di dalam kohort umur 18 hingga 40 tahun, yang boleh memberi sumbangan ilmu kebeliaan secara lebih berdaya saing, berdaya maju dan berdaya hasil tinggi.

Walau apa pun, Pak Sedaro masih mahu yo...beri serba banyak pandangan yang mungkin PAHIT dan PEDAS kepada ASC & kumpulan kerja KBS dalam mengurus MPBN.

Semaklah semula berapa ramai anak Malaysia yang pernah dianugerahi ANUGERAH BELIA NEGARA sejak ia mula di perkenalkan sekitar 1972. Jika boleh dianggar dengan kiraan Kampung Belakang Mati, tidak kurang 1000 orang anak Malaysia yang pernah menerimaNYA dalam pelbagai sektor yang dikhususkan. Ke mana ghaibnya mereka? Apakah KBS hanya memberi MEMBABI BUTA?

Berapa ramai anak Malaysia yang dapat mengikuti Program Pelayaran Kapal Belia Asia Tenggara Jepun sejak tahun 1972-73, hingga 2009. Tidak kurang 1500 penggiat, penggerak dan aktivis belia diberi peluang menikmati Program Terbesar Dunia dalam kalender program pembangunan kepemimpinan belia DUNIA, dengan Voyage dipandu oleh MS Nippon Maru. Apakah ASC tak nampak signifikan program ini? Kenapakah ramai di KBS yang masih BUTA, PEKAK, BISU, TULI dan TEMPANG dalam mengurus kendali Program se HEBAT ini? Apakah perwakilan Malaysia yang mengikuti program Antarabangsa sebegini GAH tidak cocok dalam MPBN lantikan Montori?

Berapa ramai anak Malaysia hingga hari ini, yang benar-benar terPANGGIL untuk berbakti kepada Nusa dan Bangsa? Apakah Program PJKN wujud sebagai pengganti kepada PKSN dan tidak boleh di sama usahakan dengan PLKN? Apakah cukup Negara ini dengan khidmat JLKN memantau urusan PLKN? Apakah KBS tidak boleh atau sudah MUFLIS ILMU untuk memakmur pembangunan BELIA MALAYSIA? Jadikanlah juga PJKN selama 3 bulan agar boleh diperkaya kepada lebihan anak Malaysia yang dahaga ILMU survival diri...! Apa lagi ASC?

Berapa ramai dalam kalangan anak Malaysia yang boleh menumpang BAKTI dengan KBS? Apakah nanti MPBN hanya bertugas sebagai Moderator Forum Parlimen Belia dan tidak lebih daripada itu? Atau apakah sekadar heboh ke Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam Kongres Belia di PBB dengan perwakilan dianggotai oleh beberapa kerat anak Malaysia, misalnya Presiden MBM, Setiausaha MBM, YB Menteri, Panglima Kanan dan Kiri dalam MBM, wakil MPBN?

Kenapa tidak MPBN mula berfikir dan memberi rasional kepada Kerajaan Malaysia agar menjayakan Program seperti:

1. Institut Belia Islam Dunia dengan adanya pakatan OIC dan Negara-negara Minoriti Islam yang kaya dengan nilai tamadun ILMU.

2. Pusat Latihan Luar Belia Negara yang memiliki status 6 bintang dengan fasiliti terbaik dan tercanggih untuk DARAT, UDARA dan LAUT. Ini boleh membawa kemasukan warga belia DUNIA tidak kurang 3 juta orang setahun.

3. MPBN melalui protege yang relevan buat Kongres, Seminar, Sidang Meja Bulat yang hebat dan memaksa memindahkan Pejabat PBB Belia ke Malaysia. Ini kerana Malaysia berupaya menjadi Model Tadbir Urus Korporat yang Hebat dan "berINTEGRITI".?

4. MPBN menggasak Menteri Kewangan untuk menyedia peruntukan yang banyak misalnya RM 5 bilion dan lebih setiap tahun belanjawan untuk tujuan PEMBANGUNAN MODAL INSAN anak Malaysia kohort remaja dan belia.

5. MPBN menggasak Kabinet Malaysia supaya memberi iktiraf kepada banyak program yang baik melalui sebuah Majlis Akreditasi Program Pembangunan Pengkayaan Belia yang memberi implikasi positif dalam Rantau ASEAN atau Asia Pasifik.

6. MPBN paksa Kabinet Malaysia untuk iktiraf Program-program khas antarabangsa Luar Negara agar membolehkan merit ke atas pemegang atau bekas peserta untuk bergerak lebih jauh dalam karier sebagai pelajar mahu pun profesional. Belajarlah kaedah dan modus daripada Negara Maju dan membangun.

7. Sudah tibo maso, untuk ASC menilai semula keberkesanan MPBN. MPBN mesti boleh diorientasi untuk membantu Kerajaan Malaysia memberi jiwa dan karektor kepada warga belia. Binalah lebih banyak wisata yang baik, serta diselenggara oleh anak Malaysia profesional dalam alam mencabar ini.

Wahai ASC...Malaysia masih belum MUFLIS dengan anak Belia yang berAKAL dan berILMU. Malaysia masih belum PAPA dengan anak Belia yang BIJAKSANA dan IKHLAS. Malaysia masih belum PARIA dengan perangai kebejatan SOSIAL yang memuncak. Semua ini CABARAN hari ini dan masa depan.

Kementerian Belia dan Sukan, kono COLIK, DONGAR, HAYAT, SANGGUP TERIMO baik di dopan dan belakang, bilo kono bedilan Kuasa Tembakan Agung daripada warga belia yang semakin kritikal, terancam dan mengancam.

Dunia penuh BERMAKLUMAT memerlukan Menteri Belia dan Sukan yang BerREVOLUSI dalam EVOLUSI. Mogo pencarian Ahli Lantikan Montori untuk MPBN dapat dicapai. Kalu tak boleh yo... Pak Sedaro ajo yang jadi Montori.

Kader PRU-13

Pasukan bukan Kerajaan Pemerintah yang dipenuhi oleh gerabak PAS, PKR, DAP makin rancak dan produktif melahirkan 57 orang Pemidato pelbagai karektor dan wajah serta kulit untuk PRU-13.

Dongar khabar IKD & PUTIK tongah tubuh organisasi TEMPUR khas yang dikenali sebagai PULSA [Pusat Latihan Sandiwara Agung]. Dalam keterbalikan Inggeris ialah PULSE..."Denyut".

Dongar khabar PAS, PKR, DAP sedang mengANALISA kandungan Handsard Parlimen sejak 1960 untuk mencari kaedah meLINGKUPkan Sidang Parlimen Ketiga tidak lama lagi. Hebat ini, Pak Sedaro nak ngendeng juga ilmu membaca handsard ini. Hanyo orang tak cukup AKAL ajo yang baco dari kulit ke kulit.

Pak Sedaro dongar laie, setiap Parlimen dan ADUN dah disiapkan pasukan TEMPUR Mata Lebam dengan pemakaian beret Biru Langit,...wah macam PASKAU pulak. Untuk tujuan penyamaran ada pulak yang pakai beret MAROON, dah macam PASKAL pulak. Nak lagi gempaq, Pak Sedaro dongar ado dah booking beret Hijau Katak macam RGK pulak...Handal puak-puak ini. Mungkin inilah proses ke SIAP siagaan pasukan bukan Majoriti dalam Parlimen. Pak Sedaro sokong lah...sobab sodar diri. Ado laie yang LUPO DIRI...Astargfirullah...

Pak Sedaro dongar laie, setiap Ahli parlimen bukan BIRU sudah ada 7 orang Pegawai Khas yang berperanan sebagai PERAGUT, PEMERAS, PENGGEMPUR, PERUNDING, PELATAH, PEROGOL dan PELACUR..."Wah begitu luar konvensional bunyi 7 P ini"....

Nampaknya ke REBAN dan ke LAUT lah...PRU-13? Milik siapa? Milik Rakyat yang berJUANG dan berJUWANG untuk Rakyat...Atau Milik Rakyat yang hanya untuk Republik Malaysia, Perut Suku-Sakat, Fakulti Pemerintahan Fasis neo Komunis dan Disiplin Totalitarian Isme Nasrani...

Wahai umat Malaysia yang makin di lambung OMBAK! 2011 mungkin dilanda fenomena Amargendon...Kita bukan dalam alam Forest Gump.

Entah apo-apo pasukan Bendera Biru dengan Dacing yang makin di nisbah dengan KATI bukan KILO.

"Widuri...Elok Bagai Rambulan...Widuri...Indah Bagai Lukisan"...TAJAM dan BISA beb.

Cetusan Kadir Sheikh Fadzir

Pak Sedaro kekadang seronok juga dengar Orang PENCEN politik bicaro dalam Bernama Radio 24. Walaupun KSF ini diketahui ramai, ragam dan hebat penonjolan-NYA, namun dalam bicara kali ini, Pak Sedaro fikir wajar rakyat dan Kerajaan beri pertimbangan.

Dio bercakap soal bagaimana Fore Fathers of Merdeka mencetak dan menulis perpaduan KEMERDEKAAN. Kali ini, Pak Sedaro sokong bonar memetik kata-kata ingatan yang dihambur oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra. "Jika mahu hidup dalam sebuah rumah yang berbagai kaum, ada Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan, Orang Asli, kita mesti ingat, jangan sentuh dan lukakan hati rakan dan ahli dalam rumah ini. Kita ada yang Kristian, makan babi dan makan sayur, Orang Islam amat penting. Kita mesti UTAMAkan perpaduan"...

Teringat juga Pak Sedaro bilo dapat berhujah dengan Almarhum Khir Johari pada tahun 1996. Sewaktu beliau Menteri Pelajaran, Khir Johari pesan ..."Bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu, amat penting sebagai bahasa Penyatuan Rakyat Malaysia. Anak Cina dan Anak India, di lombong dan estet mesti AKUR dan SETUJU dengan kedudukan orang Melayu. Inilah peranan Melayu sebagai PAYUNG MAHKOTA NEGARA"...

Tahun yang samo, Pak Sedaro dapat bersembang panjang dengan Tan Sri Micheal Chen, mantan Setiausaha Politik kepada YAB Tun Abdul Razak. Katanya..."Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak ialah dua IKON Melayu dan Islam yang amat besar menyumbang BAKTI kepada umat Malaysia. Inilah IKON negara Malaysia yang majmuk. Tiada tolok bandingnya. Darjah KEIKHLASAN mereka, hanya Allah Tuhan Maha Besar membalasnya. Berbahagialah mereka di SYURGA nanti"...

Itu tahun 1996. Kini 2009, dunia umat Malaysia makin melupai kesan 1969. Makin rapuh kedaulatan dan perpaduan.

Pak Sedaro pikir, KSF yang berkhidmat dalam 5 zaman regim Perdana Menteri mampu memberi tafsiran yang sesuai dengan rakyat 1 Malaysia "mungkin".

Atau rakyat 1 Malaysia, sebuah karya lelucon. Atau rakyat 1 Malaysia ialah adaptasi kisah Harry Potter.

Kepada umat Malaysia yang ortodoks Parti Ajaran Sesat dan Parti Kejam Rakus serta Dog Againts Pillars...ingatlah KEDAULATAN UMMAH negara ini...PENTING.

Walau apa pun, wahai seluruh umat, baik Ahli Parlimen, Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Undangan Negeri, Pegawai Kerajaan Gred Tertinggi, JUSA A, JUSA B, JUSA C, Pegawai Tak BerJUSA, Pegawai Tingkat Rendah dan sebagainya...Ingatlah Bahawa Kedaulatan dan Keamanan Perpaduan Malaysia amat KRITIKAL.

Kelantanese

Dalam sebuah seminar yang diadakan di ibu negara baru-baru ini, seorang consultant/motivator telah membincangkan mengenai masalah persepsi yang sedang melanda masyarakat Malaysia hari ini. Untuk membuktikan teorinya, consultant tersebut telah melakukan satu ujikaji.

Consultant: Saya akan menyebut beberapa buah negeri yang terdapat di Malaysia. Tugas anda ialah menyatakan perkara pertama yang terlintas di fikiran anda sebaik saja saya menyebut nama negeri tersebut. Bersedia semua...! Johor?

Peserta 1: Maju.

Consultant: Melaka?

Peserta 2: Sejarah.

Consultant: Negeri Sembilan?

Peserta 3: Adat.

Consultant: Pahang?

Peserta 4: Balak.

Consultant: Pulau Pinang?

Peserta 5: Cina

Consultant: Sabah?

Peserta 6: Seafood.

Consultant: Selangor.

Peserta 7: BOGEL/BUNUH DIRI.

Consultant: Kedah?

Peserta 8: Padi.

Consultant: Perak?

Peserta 9: DERHAKA.

Consultant: Kelantan?

Peserta 10: KOTOR.

Peserta 4: Kotor? Mu kecek molek skit...

Peserta 10: Mana aku tau. Masa aku pi sana bulan lepas, memang nampak kotoq.

p/s: Sorry dear...

Monday, July 20, 2009

Mesyuarat Durbar Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang Pertama

Sultan-sultan dan pembesar-pembesar negeri bergambar bersama pegawai-pegawai British yang menghadiri Mesyuarat Durbar Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang pertama yang diadakan di Kuala Kangsar pada tahun 1897.

Mesyuarat Durbar merupakan Majlis Raja-raja dan Orang Besar-besar Melayu yang pertama diadakan di Kuala Kangsar pada bulan Julai 1897 yang membincangkan perkara-perkara mengenai agama, adat-istiadat serta lain-lain perkara yang berkaitan dengan orang Melayu. Gambar di atas menunjukkan raja-raja dan pembesar Melayu serta pegawai-pegawai British yang hadir. Duduk dari kiri ke kanan : Hugh Clifford (Residen Pahang), J.P.Rodger (Residen Selangor), F.A.Swettenham (Residen Jeneral), Sultan Ahmad (Sultan Pahang), Sultan Abdul Samad (Sultan Selangor), Sir Charles Mitchell (Pesuruhjaya Tinggi), Sultan Idris (Sultan Perak), Tuanku Muhammad (Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan) dan W.H.Treacher (Residen Perak).

Petikan minit mesyuarat Durbar pertama yang terdapat dalam terbitan bertajuk “Correspondence Respecting The Federation of the Protected Malay States 1893-1895”.

Friday, July 17, 2009

Pemimpin contoh



Inilah pemimpin yang mesti dicontohi, akrab dengan pimpinan PKR-Anwar. Bukan sahaja dengan PKR, juga DAP dan PAP... Bukan senang mahu pemimpin yang berjiwa seperti YB KJ ini, begitu hebat sekali, jika Anwar ke Sg Buloh, jangan risau kerana ada KJ sebagai pengganti.



Screen 54.jpgScreen 53.jpgScreen 52.jpg

Thursday, July 16, 2009

Surat Layang Umno Negeri Sembilan

Warga Paneh Miang menerima salinan surat yang kononnya ditulis oleh 'Pemerhati Politik Negeri Sembilan'. Surat layang yang ditulis sepanjang 4 halaman itu kini heboh dikalangan ahli Umno Bahagian Seremban yang ditujukan kepada Presiden, Timbalan Presiden, Ahli-Ahli Majlis Tertinggi, Ketua-Ketua Bahagian serta ahli-ahli Umno secara umumnya. Kandungan surat ini menjurus kepada cubaan untuk merosakkan reputasi Mohamad Hasan dengan tajuk "Perilaku Dato' Mohamad Hj. Hasan, Pengerusi Umno Perhubungan Negeri Sembilan, merangkap Menteri Besar Negeri Sembilan".

Apa yang menarik mengenai surat ini ialah, kononnya ia ditulis oleh seorang pemerhati Umno bebas yang tidak terikat dengan mana-mana pihak. Namun jika dibaca keseluruhan isi kandungannya, jelas kelihatan akan niat sebenar penulis berkenaan yang bukan sahaja mahu menjatuhkan Mohamad Hasan, tetapi secara tidak langsung turut 'mengangkat' Dato' Sahak, selaku Ketua Umno Bahagian Seremban secara amat berlebihan. Mungkin penulis berkenaan mempunyai agendanya tersendiri kerana mempromosikan Dato Sahak. Antara ayat dalam surat berkenaan yang kelihatan seperti mengagongkan Dato Sahak ialah;

"Semua orang tahu di Negeri Sembilan ini seandainya orang yang bernama Dato Sahak ini telah membuat kenyataan panas, menunjukkan banyak benda tak betul sedang berlaku kerana Dato Sahak tidak akan bersuara tanpa siasatan atau bukti-bukti. Semua orang tahu Dato Sahak ini penyokong kuat Perdana Menteri kita, Dato Najib tetapi dia bukan kaki bodek, dia akan belasah apakala ada perkara tak betul atau pun penyelewengan yang berlaku."

"Orang Seremban kata Dato Sahak sanggup berperang habis-habisan untuk mempertahankan Dato Najib, bukan sekarang ini sahaja tetapi semenjak Dato Sahak Pemuda lagi."

"Dato Sahak digugurkan oleh Dato Mohamad Hj. Hasan sebagai calon pilihanraya walaupun umum mengetahui Dato Sahak adalah diantara wakil rakyat terbaik di Negeri Sembilan kerana khidmat baktinya kepada rakyat dan Dato Sahak diakui sebagai pejuang Melayu di Negeri Sembilan. Akibat menggugurkan Dato Sahak sebagai calon pilihanraya, 6 daripada 7 kerusi pilihanraya di Parlimen Seremban gugur kepada pembangkang. Ahli-ahli Umno dan pengundi-pengundi Melayu menunjukkan protes yang amat ketara di Seremban."

"Orang Seremban kata Dato Sahak ini badannya berpuaka kerana siapa yang cuba melawannya bukan kerana perjuangan tapi kepentingan peribadi akan kecundang."

"Dato Mohamad Hj. Hasan mengupah orang bergaduh di Mesyuarat Umno Bahagian tetapi sekali lagi Dato Sahak berjaya menunjukkan kewibawaannya kerana dapat mengawal perasaan."


Surat layang ini bukan sahaja mempertikaikan kredibiliti Mohamad Hasan dan keluarganya, tetapi turut mengutuk serta mempersendakan Paklah, Allahyarhamah Endon, Khairy Jamaluddin serta Allahyarham SM Nasimudin. Pada pendapat kami, sama ada tersurat atau tersirat, surat ini jelas ditulis oleh kuncu Dato Sahak, yang juga berkemungkinan ditulis atas arahan Ketua Umno Bahagian Seremban itu sendiri.

Bagi kebanyakan orang Seremban khususnya ahli Umno, pasti sudah 'masak' benar dengan perangai Dato Sahak berserta sifat ketaksuban melampau para penyokongnya. Ramai yang sedia maklum bahawa Dato Sahak adalah seorang conspirator yang seringkali berjaya mengalihkan pandangan umum daripada melihat keburukan dirinya. Kawasan Lenggeng yang sejak sekian lama diwakilinya sebagai ADUN, hakikatnya hampir tiada berlaku sebarang perubahan. Beliau sentiasa mencari isu luar serta menjadikan pemimpin lain sebagai sasaran bagi mengelakkan orang ramai mempersoalkan kelemahan dirinya selaku wakil rakyat.

Ramai juga maklum bahawa Dato Sahak telah pun disabitkan bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno kerana mensabotaj parti semasa PRU-12 yang lalu dan secara tidak langsung merupakan antara faktor penyumbang kepada kekalahan BN di Parlimen Seremban. Namun nasib Dato Sahak agak baik kerana sekadar diberi amaran oleh Lembaga Disiplin berbanding orang lain yang digantung keahlian di atas kesalahan yang sama.

Kepada Dato Sahak, sudah-sudahlah guna taktik lapuk memperbodohkan orang tu. Sekarang ni dah zaman millennium Tok....zaman IT, bukan lagi pakai piring hitam nak dongar lagu. Orang mudo sekarang dah shuffle dance tapi Tok dengan kuncu-kuncu Tok masih lagi beronggeng. Rontikanlah guna ayat, "Ado orang telefon sey...", "Ado orang sms sey...", ado orang itu...ado orang ini. Rontikanlah jugak taktik berentikan keto topi jalan semato-mato nak tukar kot dan tali leher yang dipakai kepado t-shirt Pagoda dongan kain pelikat sebolum poie berjumpo rakyat. Dah ramai bonar yang tau taktik lekeh Tok tu. Kami dah ponek nengok skil politik Tok yang nampak na ketinggalan zaman. Bersaro jolah. Tak payah la buek doso pitnah orang sano sini. Buruk ngoman eh. Nak nungkat langit sampai bilo? Lagipun kes bankrap Tok tu dah setel lum?

Ayat terakhir yang ditulis dalam surat layang itu adalah "Selamatkan Umno Negeri Sembilan Sebelum Terlambat"....namun kami berpandangan bahawa Umno Negeri Sembilan mungkin mampu diselamatkan sekiranya pemimpin seperti Dato Sahak dan yang sespesis dengannya ditalkinkan secepat mungkin. Buek mengabihkan boreh yor.