Saturday, March 5, 2011

KES RASUAH MUSTAFA: Seronoklah UMNO Bahagian Seremban

SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mustafa Salim didapati bersalah kerana menerima rasuah sebanyak RM2,000 daripada seorang kontraktor sebagai dorongan mengeluarkan surat sokongan untuk mendapatkan permit bagi menjual pasir dua tahun lalu.

Wakil rakyat berusia 51 tahun, kali pertama bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) itu bagaimanapun telah dibebaskan daripada dua tuduhan menerima rasuah dari M. Manimaran atas tujuan yang sama.

Mustafa didakwa di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997, Seksyen 10 (a) (aa) atas tuduhan menerima suapan di sebuah restoran di Mantin pada 31 Ogos 2008.

Jika didapati bersalah, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara antara 14 hari hingga 20 tahun serta denda minimum RM10,000 atau lima kali ganda daripada nilai suapan.

Hakim Mahkamah Sesyen, Amran Jantan menangguhkan kepada 1 April depan sebagai tarikh menjatuhkan hukuman. - Mstar.


1. Pertamanya kami nak habaq pada pembangkang di Negeri Sembilan, jangan seronok sangat dok ingat akan ada PRK di DUN Lenggeng dalam masa terdekat ni. Mahkamah akan menjatuhkan hukuman terhadap Mustafa Salim pada bulan April nanti, dan akan genap ketika itu 3 tahun selepas PRU-12. Maknanya jika Mustafa Salim dijatuhkan hukuman sekalipun, selepas 3 tahun dalam sepenggal pilihanraya, tidak perlu diadakan PRK kecuali parlimen dibubarkan. Lagipun Mustafa Salim masih boleh memohon penangguhan hukuman dengan merayu ke Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan etc. yang pastinya akan melibatkan proses yang panjang sebelum beliau benar-benar disabitkan BERSALAH.

2. Keduanya, seperti yang pernah kami tegaskan sebelum ini, "MAKAN RASUAH ITU UMPAMA MAKAN BABI"...justeru haram jadah kepada siapa saja pelakunya.

3. Ketiganya, kami rasa Mustafa Salim sangat bodoh kerana alang-alang makan rasuah, cuma RM2k saja? Pastu kantoi pulak tu. Kalau dah tau berkemungkinan wujud 'musuh' yang nak kenakan kau, mengapa kau masih bingai boleh terjebak masuk perangkap? Salah tetap salah. Dah terbukti di mahkamah. Jika kau sememangnya punya prinsip dan maruah, pasti kau tidak akan terjebak dalam kes ini sejak awal lagi. Nampak sangat kau pun hampeh. Melainkan akan datang kau ada bukti sebaliknya, kini intergriti dan maruah kau sudah tercemar.

4. Disebalik kesengsaraan orang lain, pasti akan ada pihak yang gumbira. Pembangkang confirmlah suka. Tapi amat malanglah jika UMNO Bahagian Seremban juga tumpang seronok melihat kejatuhan Mustafa dan tidak melihat kes ini sebagai masalah persepsi yang perlu ditangani secara serius. Lagipun kelihatannya tiada kepimpinan Bahagian itu yang cuba 'membantu' Mustafa yang juga sebahagian daripada UMNO Bahagian Seremban. Al-maklumlah, Lenggeng adalah bekas jajahan Ketua UMNO Bahagian yang telah di'sapu' Mustafa di PRU-12. Nasib kaulah Mustafa...sendiri terjerat...sendiri mau ingat!

5. Daripada 3 musuh politik utama yang cuba digulingkan, 1 terselamat, 1 dah tumbang, cuma tinggal 1 saja lagi yang masih bertahan. Penyudahnya orang Melayu dan pengundi di Parlimen Seremban juga yang masuk angin keluar asap.

6. Politik jatuh menjatuh, kena mengena, tikam menikam memang dah jadi makanan ruji pemimpin UMNO di Negeri Sembilan.

7. Maka pembangkang bakal menang PRU-13 di negeri ini bukan kerana mereka kuat, tapi sebab pemimpin UMNO yang BANGANG!

6 comments:

  1. Yang kantoi Rm2K jer, yang besar mungkin CLEAR.. Tak mungkin ADUN Bodoh.

    Apahal Pembangkang jer seronok?
    Umno tak suka ke jika rasuah dicegah?

    ReplyDelete
  2. Kau paham tak content sinikal posting ni anon? Kan penulis tu sindir org umno. Lenkali kalu tarak paham jgn buat komen yg menampakkan bodoh diri sendiri.

    Tp aku setuju ayat penulis yg last skali. Umno bukan jatuh sbb pembangkang, tp sbb kebebalan pemimpinnya sendiri.

    ReplyDelete
  3. mustapa ni muko sombong. jalan mendabik macam bagus bonar. apolah salah eh buek muko merendah diri mcm mahathir tu ko. jgn ikut resmi nuar muko tak becahayo langsung. kalah sivaji da bos.

    ReplyDelete
  4. Bagus buat undang-undang cegah rasuah,iaini yang pemberi pun kena dakwa, yang terima rasuah pun kena dakwa. Amacam?

    ReplyDelete
  5. waa..kahh,kahh,,kahhh,, Apo nk heran,,dh Seantero 1malaysia ni tahu UMNOAPCO@UMNONGOK ni parti rasuah haramjadah,,, dh sinonim kato org,,busuk sebusuk2 ehh,,

    ReplyDelete
  6. err hompuk tak poi dongar ceramah umi ko? dio ado bukti rasuah saham nuar jubur, azmin dan shamsidar. bapak jubur segala rasuah mengetuai pkr skrg ni. raso eh pkr bukan takat busuk smpi ke usus, tpi busuk sampai ke anus hompuk. wakakaka.

    ReplyDelete