Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Wednesday, August 26, 2009

Siapo kato Umno rasuah?

Mad Nor Awang telah dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan rasuah oleh mahkmah. Ahli-ahli Umno Bahagian Seremban pasti bolum lupo cerito asal yang menyobabkan Mad Nor ni terbabit tuduhan rasuah. Apo-apo pun, kami di Paneh Miang ucap tahniah la kek Mad Nor sobab mahkamah kato takdo prima facie. Kalo nak tau lobih lanjut ulasan hakim berkenaan kes ni, bulih la baco kek sinun.

Cumo satu yor yang den nak mintak kek Mad Nor ni, kok bulih kau tolong tukarkan pekojo dan tukang masak syarikat kau kek Ulu Sepri nun. Dah bertahun masak tak sodap, pekojo maleh, display hancus. Ko ingat tu Mad Nor...ramai yang dah menyumpah kau pasal dewan makan hampeh tu. Buek la apo yang patut yor.

Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Seremban, Mohd Nor Awang dijulang penyokongnya sebaik keluar dari Mahkamah Sesyen selepas mahkamah membebaskannya daripada dua tuduhan memberi rasuah untuk tujuan politik. - Foto Bernama

9 comments:

  1. tapi masalah eh lembago disiplin umno dah menghukum dulu si md nor ni sampai kawan tu tak dapek bertanding ketuo bahagian ari tu. hebat lembaga disiplin umno daripado mahkamah. nasib ko la md nor. dah lembago disiplin tu ramai kengkawan tok sahak. melopong yo lah ko.

    ReplyDelete
  2. Den pecayo apo yg berlaku ni adolah mainan politik kotor org UMNO...Org UMNO biasolah, dio org kojar jawatan punyo...dio nak kroni dio mosti ada calon dan mosti monang, kalau kroni lain, siap lah..dio akan gasak tak kiro apo caro pun...semato2 dio nak singkirkan org yg dio tak pokonan..cuma maso pomilihan yo..lopeh pomilihan UMNO, kes ni terbiar lah...asalkan matlam pihak lagi satu ni dah tercapai....!!! itu lah buruknya perangai UMNO...kalau geng dio sendiri sanggup dio buek cam tu, apotah laie kalau parti pembangkang...
    macamano ekau nak monang dlm pilihan rayo...sobab hantu rayo ramai bona dlm ini parti (UMNO)...
    Tak cayo cakap den, ekau tengok an lah kes2 rasuah pemimpin UMNO maso nak pemilihan UMNO dulu tu, mulo2 bukan main laie, hiruk pikuk...lopeh dah solosai pemilihan kes tu sonyap sosonyap eh...akhirnya bicaro mahkamah...keputusannyo : TIADO KES!!! sumo org buleh baco punyo...

    Ubah lah porangai...tp memnag pun UMNO dgn Rasuah ni ibarat Lagu dan Irama bak kato P.Ramlee eh!!!
    boto tak Tom Tem Bak???? ekau jawab yo!!!!
    Lamo tak nampak ekau...salam ramadan Pak Bak...

    ReplyDelete
  3. apa ko bising2 sebut nama aku ni pak pok. tersedak den. eceh. sesekali cakap negori. sori paneh. iyo ko umno rasuah? mana bukti? pegi kasi report kalo ado bukti. bab rasuah aku tak tau. tapi bab kaki mengaibkan sesama manusia, itu bg kat pembangkang. depa mmg expert. terutama time pilihanraya. fitnah dan mengaibkan org mmg makanan mereka. tapi nak buat macamana. dah lesen mereka besar. confirm masuk syurga la katakan. aku pun nak apply borang masuk syurga. nak jadi ahli pas. bole ka pok nik? pas kan for all. salam ramadhan pak pok.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  4. Pak Bak...

    Wah..copek bona ekau respond posting den ni...yo lah agak eh, kebetulan ekau jenguk2 P.M kan...den hormat kek ekau Pak Bak, walau kito tiada sealiran yo kan...

    Tapi statement Pak Bak tak tepat lah Pak Bak, berkaitan pembangkang kuat fitnah ni...tang ni den x setuju...cakap boto ni...

    UMNO bilo dah kalah dan tersepit dio akan kambing hitamkan :
    1. Pembangkang
    2. Rakyat
    boto tak Pak Bak???kalau nak ikut kan lah kan, UMNO lagi kuat fitnah, menghasut, mencerca, memaki hamun, tak kiro di mana...buka TV yo, tak ado berito lain, sumo hontam pembangkang, baco surat kabar yo, tibai pembnagkang, isu kecik jadi bosar....tp tak ado apo pun..UMNO yo yg kecoh2...tak cayo ekau pogi lah jalan2 KL ko, Seremban ke, Pilah ko, Rombau ko, Tampin ko, atau di mano2...ado kecoh ko isu Anwar Pengkhianat, Nik Aziz dgn soal Syurga nya...dsb..ado ko?? tak ado kan...org tak peduli pun Pak Bak...

    Kalau ekau kato pembangkang tibai calon UMNO di Permatang Pasir ...dulu masa PRK Parlimen Permatang Pauh pun, UMNO gasak Anwar lagi teruk, fitnah dio, cerca dio, maki dio, dll lagi lah..apo yg tak dibuek eh oleh UMNO kek Anwar dan Nik Aziz dan pombangkang Pak Bak...??? lagi DAJAL UMNO buek fitnah kan????sampai MUFTI pun turut samo berkokok dgn UMNO...tp hasil eh...org tak peduli pun...dah memang kojo UMNO kan...!!!so ekau kono jujurlah Pak Bak..jgn tuding jari pd org, sedangkan jari2 ekau yg lain tuding pd ekau plak kan?

    mano ada surat jaminan nak masuk sorga Pak Bak...ekau ni mengarut yo lah...jgn cakap bondo yg tak ujud Pak Bak, nanti bedoso!!! ekau tak faham ko atau buek2 tak faham...tak kan org UMNO bangang bona nak memahami gaya bahaso dan mentafsir kata2 Nik Aziz...sedangkan BM kayo dgn lenggok bahasonya, pepatahnya, kiasannya, peribahasonya...tu lah org suruh belajar BM ekau suko bona nak belajar BI...ini lah jadi eh...bhasa sendiri pun tak paham...elok bona ekau bolaja cakap siam lah Pak Bak...

    OK Pak Bak...jumpo laie lah...den mmg org NS tp merantau jauh di Timur....tp NS totap di hati, den sayang NS...walaubgmano pun...den hormat kat ekau Pak Bak walau kito tak samo, tapi kito semua adalah samo kan...selamat puasa Pak Bak...

    ReplyDelete
  5. Salam PM,

    Dia tak fikir ke Tok segala rasuah kat Malaysia ni Anwar, sebab itu dia tak kesah DAP Selangor balon rasuah banyak-banyak, janji bagi kat dia sama....

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Bulan poso ni kito tak bolehlah nak hentam menghentam.
    Ese dulukan dongan ucap tahniah kek abg MatNor. Syukurlah abg, dah lopeh dari balo dibuek orang. Memang doa orang kono niayo ni tuhan makbul bang. Sayo memang sodih nengok abg ni tapi tuhan lagi tau apo nak buek. Sedokah bang banyak2.
    Sekarang ni abg boleh buek balik politik abg ni. Langau2 yang ngikut abang tu abang konolah tapis elok2. Semua makan tuan balik sok tu. Budak yang tuduh abg tu dah tontu tak tido malam dah ni. Kalau nak dikojokan kek mahkamah, sonang boto tu bang. Tak cukup tanah sudah eh budak tu sok. Kito semuo tau dah sekarang ni kekuatan Tok Sahak. Tak kuek mano pun. Congak boto2 bang perjalanan sekarang ni.


    Gebok Forever

    ReplyDelete
  7. Memang kes niayo!Tengok ulasan Hakim kek http://pemudaseremban.blogspot.com. Blog den la tu!

    ReplyDelete
  8. susah bona la nak idup skang nih, mano yang botol pon den tak tau.. bek den dok ontok2 nengok orang mengamuk..

    ReplyDelete
  9. laaa...ado lagi yang tak pueh ati..kalah betanding ketua cawangan ko sampai lari ko timur tu??..buek apo banjir2 ni duk sanun?..klu nak cito rasuah ni..sapo pun ado buek rasuah..skrg nia pun dah menjangkit kek PR lak..apo cito?

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive