Jelajah kami ke pantai timur semasa bercuti telah menemukan kami dengan
sumber eksklusif yang memberi maklumat yang mungkin boleh kami kongsikan disini bersama para pengunjung blog Paneh Miang. Ia berkenaan kisah di sebalik tabir yang berlaku semasa penahanan
Brader
Anwar
Bin
Ibrahim oleh pihak polis yang ingin melengkapkan kertas siasatan baru2 ini. Menurut sumber kami semasa Saiful mengunjungi Hospital Pusrawi untuk melakukan pemeriksaan, beliau telah diminta oleh pihak hospital berkenaan untuk merujuk kes tersebut ke HKL. Rentetan pemeriksaan di HKL itulah maka Saiful membuat laporan polis mengatakan dia telah diliwat oleh majikannya. Menurut sumber kami,
pihak polis pada mulanya tidak percaya dengan laporan Saiful itu. Hasil pemeriksaan di HKL juga mendapati masih
terdapat kesan air mani di dubur Saiful kerana dikatakan ia tidak akan terhapus dalam tempoh 48jam. Belakang badan Saiful
juga didapati ada kesan pukul dan cakaran yang terjadi akibat aktiviti liwat tersebut.
Berdasarkan dakwaan Saiful, maka pihak polis telah meminta tertuduh memberikan DNA tetapi seperti semua sedia maklum Brader Anwar Bin Ibrahim tidak membenarkan DNAnya diambil dengan pelbagai alasan. Walaupun DNA Anwar dalam kes terdahulu boleh dibuat perbandingan, namun pihak berkuasa masih perlukan pengesahan. Jadi bagaimanakah pihak berkuasa memperolehi DNA Anwar untuk dibuat perbandingan kes? Jawapannya ialah semasa program debat antara Ahmad Shabery dan Anwar Ibrahim berlangsung iaitu sehari sebelum beliau ditahan. Sebelum debat itu berlangsung, sudah tentu kedua2 pendebat tersebut akan disolek sebelum muncul di kaca tv. Semasa proses solekan itulah DNA Anwar diperolehi iaitu peluh, sel pipi, rambut dan sebagainya. Apabila perbandingan dibuat, maka sahlah bahawa DNA Anwar sama dengan DNA kesan air mani yang terdapat pada Saiful. Pada peringkat ini barulah pihak berkuasa yakin dengan kes tersebut dan bersedia menahan Brader Anwar Bin Ibrahim untuk memberi keterangan di balai polis. Namun seperti semua sedia maklum juga, beliau tetap enggan menghadirkan diri walaupun telah diberi tempoh amaran oleh pihak polis sebelum itu.
Pada 16 Julai 2008, pihak berkuasa telah menahan Brader Anwar Bin Ibrahim sejam lebih awal daripada tempoh tamat yang diberikan. Kenapa ini berlaku dan mengapa pihak polis mengambil tindakan sedemikian? Sumber risikan mendapati selepas Anwar memberi keterangan di pejabat BPR beliau terus pulang ke rumahnya dan tidak terus ke balai polis. Sumber juga memaklumkan, Brader Anwar Bin Ibrahim sebenarnya telahpun merancang untuk mengelak daripada hadir memberi keterangan di balai polis. Sebaliknya beliau memang sengaja mahu polis datang ke rumah beliau untuk melakukan tangkapan. Ini kerana sudah ada rancangan jika pihak polis datang ke rumah beliau, maka pengikut2 beliau yang dikenali sebagai “Team A” (Pasukan Anwar) akan melakukan huru hara sehingga menyebabkan kecederaan. “Team A” pada masa itu memang sudah sedia menunggu di kediaman Anwar. Rancangan Anwar ialah, jika berlaku keganasan dan kecederaan semasa proses penahanan tersebut maka sudah tentulah pihak polis yang akan dipersalahkan.
Berdasarkan maklumat risikan, pihak polis telah mengubah rancangan iaitu mewujudkan satu situasi kesesakan jalanraya sebelum kereta Anwar tiba di kediaman beliau. Anwar telah ditahan oleh pihak berkuasa yang melakukan penyamaran semasa kereta Anwar berhenti akibat kesesakan tersebut. Dikhabarkan polis yang menahan beliau berpakaian seperti penyapu sampah atau pemotong rumput. Sebab itu heboh sebelum ini apabila dikatakan polis yang menahan Anwar adalah polis bertopeng. Inilah sebab sebenar mengapa Anwar ditahan sejam awal daripada tempoh yang diberikan oleh pihak berkuasa.
Sebelum sampai ke balai polis, pihak berkuasa sebenarnya telahpun menghubungi Wan Azizah, anak2nya serta beberapa pemimpin PKR dan penyokongnya untuk menunggu Anwar di balai polis. Tujuan sebenar mereka semua dijemput ke balai kerana risikan memperolehi maklumat bahawa Anwar telah pun merancang untuk mencederakan dirinya sendiri semasa dalam tahanan polis untuk menuduh pihak polis melakukan keganasan terhadapnya.
Bagi mengatasi masalah ini maka keluarga Anwar dan pemimpin2 PKR lainnya dipanggil untuk menyambut Anwar agar Brader Anwar Bin Ibrahim tidak merasa tertekan semasa ditahan serta menjadi bukti bahawa Anwar tidak mengalami sebarang kecederaan semasa dibawa ke balai polis. Keluarga dan pengikut2 Anwar telah menyambut Brader Anwar Bin Ibrahim dengan potongan kek dan Anwar turut memberi ucapan kepada para pengikutnya ketika itu. Selepas itu pihak polis telah membuat pengumuman kepada pengikut2 Anwar bahawa Anwar akan ditahan mengikut prosuder yang ditetapkan bagi tujuan diambil keterangannya. Anwar telahpun bersetuju untuk ditahan dan pengikut2 Anwar juga sukarela melepaskannya ketika itu. Maka rancangan Anwar telah gagal kerana ramai saksi ketika itu yang boleh memastikan bahawa Anwar tidak mengalami sebarang kecederan semasa dibawa ke balai polis.
Setelah segalanya selesai, Brader Anwar Bin Ibrahim telah dibawa ke dalam lokap sebaik sahaja ahli keluarga dan pengikutnya beredar. Namun semasa berada dalam lokap tersebut, Brader Anwar Bin Ibrahim telah menjerit2 ‘histeria’ mengugut untuk mencederakan dirinya (dengan menghempaskan dirinya ke dinding) dan akan menuduh pihak polis yang melakukannya sekiranya beliau tidak dibebaskan pada masa itu juga. Namun pihak berkuasa telah memaklumkan kepada Anwar bahawa lokap tersebut telahpun dilengkapi dengan 4 buah kamera litar tertutup (cctv) sekiranya Anwar masih berkeras meneruskan ugutannya. Keadaan itu telah menyebabkan Brader Anwar Bin Ibrahim menjadi semakin tidak keruan serta berterusan membuat kata2 makian dan sumpah seranah kerana gagal dalam perancangannya sebelum ini bagi menuduh pihak berkuasa melakukan keganasan terhadapnya. Kini beliau telahpun dibebaskan tanpa sebarang kecederaan tapi masih mahu menyalahkan pihak polis akibat ‘sakit belakang’ yang dialaminya semasa tidur di atas simen lokap. Mungkin beliau merasakan beliau ‘sangat istimewa’ berbanding rakyat Malaysia lainnya semasa dalam tahanan. Tidakkah beliau sedar bahawa penjenayah2 lain yang ditahan turut mengalami keadaan yang sama? Apa istimewanya pula Brader Anwar Bin Ibrahim?
Pihak berkuasa sebolehnya tidak mahu menahan Anwar lebih lama bagi mengelakkan Anwar mengambil kesempatan atas perkara tersebut. Namun segalanya akan dibongkarkan di mahkamah sekiranya perbicaraan dijalankan kelak. Pada masa itu mungkin kita akan mengetahui sejauh mana hakikat keadaan sebenar. Sehingga kini kami masih menunggu Anwar bersumpah kerana ramai yang telah mula meragui kenapa Anwar masih lagi tidak mahu bersumpah seperti Saiful. Najib juga telah bermubahalah berkenaan beliau yang tidak pernah mengenali serta berjumpa dengan Altantuya. Hakikat keberanian beliau bersumpah tidak perlu lagi dipertikaikan dan ‘tahniah’ kepada semua pemfitnah beliau! Buat Brader Anwar Bin Ibrahim...takut ke brader?
p/s: Selamat mengundi kepada warga Permatang Pauh. Pilihan anda mungkin akan menentukan corak masa depan generasi kita.