Sunday, November 30, 2008

Punca 26 November

Para pemimpin dunia berlumba-lumba mengeluarkan kenyataan mengutuk keganasan yang berlaku di Mumbai oleh kumpulan kurang dikenali yang menggelarkan diri mereka Mujahidin Decca. Bakal Presiden Amerika iaitu Barack Obama mengatakan bahawa beliau bersedia bekerjasama dengan kerajaan India untuk memusnahkan rangkaian pengganas. Perdana Menteri Britain iaitu Gordon Brown pula berkata serangan di Mumbai itu perlu diberikan tindak balas segera, manakala Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon menggesa agar Mujahidin Decca dihadapkan ke muka pengadilan. Perdana Menteri Jepun, Taro Aso menyifatkan serangan itu sebagai jenayah kejam yang tidak boleh dimaafkan dan Presiden India sendiri iaitu Pratibha Devisingh Patil mengutuk serangan itu sebagai perbuatan orang yang tidak berakal dan mengikut jalan kemusnahan.

Peristiwa di Mumbai ini berlaku dua bulan selepas peristiwa serangan bom berani mati di Hotel Marriott, Islamabad Pakistan yang turut menyaksikan seramai 40 orang telah terkorban dalam serangan itu. Serangan yang hampir sama juga berlaku awal Januari 2008 di Hotel Serena, Kabul Afghanistan yang turut menyebabkan lapan orang terbunuh. Walaupun ketiga-tiga siri serangan ini dilakukan oleh kumpulan yang berbeza, namun jelas kumpulan-kumpulan ini adalah terlatih dan bertindak atas perancangan yang rapi tanpa berjaya dikesan oleh pihak berkuasa tempatan.

Kumpulan Mujahidin Decca yang menyerang Mumbai dikatakan tiada kaitan dengan rangkaian Al-Qaeda, namun saya berpendapat pada masa hadapan tidak mustahil akan muncul pejuang-pejuang baru yang hampir menyamai serta berinspirasikan Al-Qaeda. Jika diamati serangan yang berlaku di Pakistan, Afghanistan dan India ini melibatkan bangunan milik bangsa Yahudi. Hotel Marriot dan Serena adalah rangkaian hotel milik usahawan Yahudi, manakala Nariman House yang diserang di Mumbai merupakan ibu pejabat rangkaian pelampau ortodoks Yahudi. Kemungkinan siri serangan yang berlaku adalah rentetan daripada perasaan kecewa kumpulan-kumpulan ini terhadap pemimpin dunia yang hanya membiarkan rejim Israel menindas penduduk Islam terutamanya di Palestin yang telah berlarutan semenjak perang dunia ke-2 sehingga kini.

Secara peribadi, saya tidak pasti akan kaitan motif serangan yang berlaku kepada tiga negara terbabit. Namun saya merasakan adalah tidak adil apabila pemimpin dunia mengutuk kumpulan yang melakukan serangan tanpa mengetahui punca sebenar serangan itu dilakukan. Kenyataan salah seorang tebusan yang terlibat dalam krisis di Hotel Taj Mahal Mumbai telah membuktikan bahawa punca serangan yang berlaku perlu diberikan perhatian segera. Sebelum tebusan tersebut dibebaskan, salah seorang ahli kumpulan yang merampas hotel itu telah mengatakan kepadanya bahawa mereka sangat cintakan India tetapi tidak tahan dengan layanan berbeza terhadap orang Islam di India. Penduduk Islam dikatakan merintih disebabkan kekejaman yang digariskan oleh perbezaan agama terutama kepada umat Islam. Tiada siapa yang mahu mendengar atau memberi perhatian terhadap masalah yang menimpa umat Islam di India sejak sekian lama.

Walaupun serangan yang berlaku dilihat sebagai kaedah yang bertentangan dengan konsep ketamadunan, namun kebiasaannya golongan minoriti pasti akan tertindas dalam proses untuk mencapai tahap ketamadunan itu sendiri. Sejak dahulu lagi umat Islam India mendakwa mereka telah menjadi mangsa ketidakadilan yang telah berlarutan sekian lama. Mereka menjadi mangsa diskriminasi secara institusi parti berasaskan agama yang telah membangkitkan kemarahan 13.4% umat Islam India daripada keseluruhan populasi negara tersebut.

Bayangkan sekiranya anda sendiri ketinggalan dalam semua aspek kehidupan yang mampu dimiliki oleh orang lain. Umat Islam India sering dikaitkan dengan masalah jangka hayat yang rendah, penjagaan kesihatan yang buruk, kadar celik huruf yang rendah, disekat untuk mendapatkan peluang pelajaran serta hanya mampu bekerja dalam bidang yang menawarkan gaji rendah. Bermula pertengahan abad ke 19, umat Islam India yang pada mulanya celik huruf 100% telah merosot kepada 20% hanya dalam tempoh 50 tahun. Mereka yang berpendidikan tinggi pula disisihkan daripada jawatan kerajaan. Hak umat Islam India untuk mendapat pendidikan di universiti juga sering dinafikan. Semua ini berlarutan sejak 150 tahun lalu berikutan kejatuhan kerajaan Islam Mumbai yang pernah diterajui oleh raja-raja Islam. Penyisihan serta penganiayaan terancang terhadap umat Islam ini dilakukan oleh golongan majoriti Hindu yang bermula sejak zaman penjajahan British.

Kewujudan Pergerakan Pelajar Islam India (SIMI) adalah rentetan daripada kegagalan New Delhi untuk menyelesaikan kes pembunuhan 2 ribu umat Islam di Gujerat yang berlaku pada tahun 2002. SIMI kini dituduh mempunyai kaitan dengan kumpulan Mujahidin Decca. Decca terletak di kawasan tengah negara India yang pernah menjadi pengkalan Islam Hyderabad selama lebih 400 tahun. Serangan di Mumbai ini secara tidak langsung telah menyingkap rahsia keganasan yang hanya untuk dikutuk dan bukannya dicari punca atau motif kejadian kenapa tindakan keganasan itu berlaku.

Rakyat Malaysia perlu mengambil ikhtibar daripada peristiwa ini. Umat Islam India adalah sebangsa dengan penganut agama lain di sana, namun mereka tetap ditindas oleh kaum mereka sendiri. Nasib mereka boleh diibaratkan umpama langit dengan bumi antara kaum India di negara ini yang hanya 1.8% daripada keseluruhan populasi Malaysia berbanding nasib golongan minoriti di negara India sendiri. Menurut statistik Kementerian Sumber Manusia, hampir 20% daripada keseluruhan kaum India di Malaysia bekerja sebagai peguam dan hampir 18% lagi telah berjaya menjadi doktor. Jika puak pelampau Hindraf masih merasakan mereka ditindas di negara ini, maka saya menyarankan agar mereka cuba bersaing di negara asal mereka sendiri. Peristiwa yang berlaku ini juga telah membuktikan bahawa parti yang berasaskan agama dilihat gagal untuk menyelesaikan masalah umat Islam di India dan perlu dijadikan pengajaran kepada parti berasaskan agama di Malaysia.

Friday, November 28, 2008

Krisis Yang Tidak Dipedulikan

Kebelakangan ini rakyat Malaysia seakan melupakan tsunami kewangan global yang telah memberi impak besar kepada seluruh penduduk dunia. Amaran penganalisis ekonomi dan kewangan yang meramalkan krisis kewangan dunia akan bertambah buruk menjelang tahun hadapan seolah tidak penting bagi rakyat Malaysia. Kita merasakan bahawa itu bukan masalah kita. Kemungkinan kekerapan penurunan harga runcit minyak oleh kerajaan serta kehangatan pemilihan kepimpinan UMNO telah membuatkan ramai beralih fokus buat seketika. Rakyat Malaysia keseluruhannya lebih tertarik kepada isu rasuah yang kononnya berlaku dalam UMNO, isu siapa yang akan menjadi timbalan presiden, siapa ketua wanita, siapa ketua pemuda, siapa ketua puteri, isu yoga dan yang terbaru berkenaan rombakan dalam PAS.

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa krisis kewangan yang melanda dunia adalah berkait dengan perbelanjaan peperangan ke atas negara Iraq, Afghanistan, Palestin, Sudan etc. Krisis kewangan ini telah dirancang dengan begitu teliti oleh para elit kewangan global yang merupakan sebahagian agenda 'Pesta Perang' yang bakal berlaku. This is a global war – a global financial war. One cannot detach the wars in Iraq and Afghanistan from this financial crisis. War is the racket.

Kita sedang menyaksikan permulaan kepada pengakhiran Empayar Anglo-American Zionist. Mungkin ramai akan mengatakan, apalah yang mamat ni bebelkan. Tetapi sejarah telah mengajar saya bahawa apabila sesebuah empayar akan sampai ke penghujung riwayat, maka keadaan akan menjadi lebih bahaya kerana mereka akan sedaya upaya menggunakan segala kekuatan yang ada untuk melambatkan saat kejatuhan mereka. Penggunaan kuasa ketenteraan atau dictatorships kini tumbuh bak cendawan di seluruh dunia terutama di negara-negara yang bersekutu dengan Amerika Syarikat. Sama ada anda sedar atau tidak, tindakan yang diambil oleh negara jiran kita iaitu Thailand akhir-akhir ini seakan 'membenarkan' teori di atas.

Jika diamati, beberapa negara akhir-akhir ini seolah-olah sedang bersedia untuk menghadapi peperangan. Rusia dan China kini seakan diancam dan kedua negara ini telah bertindak meningkatkan perbelanjaan pertahanan mereka. Rusia juga telah mengeluarkan amaran bahawa sekiranya diserang, mereka tidak akan teragak-agak untuk melancarkan senjata nuklear seandainya Amerika Syarikat cuba untuk bertindak sembarangan. Sekiranya prihatin, anda akan menyedari bahawa terbaru kini kapal perang China sedang dalam keadaan bersedia berhadapan dengan aircraft carrier USS Kitty Hawk yang berlabuh di sepanjang selat yang memisahkan Taiwan dengan Tanah Besar China. NATO yang berada dalam keadaan kelam kabut dan kurang stabil di Balkans, khususnya Kosovo, turut memberi ancaman kepada Rusia. Israel pula sedang hebat melakukan provokasi di Timur Tengah.

Krisis kewangan dunia yang berlaku kini bolehlah dikatakan War of Currencies. Penguasaan dollar semakin lemah. Petro-dollar kini bukan lagi simbol kekayaan sesebuah negara. Pengumuman Bank Negara berkenaan rizab dalam matawang dollar oleh Malaysia yang melebihi USD160 billion, pasti tidak akan memberi sebarang makna pada ekonomi semasa. Rizab dalam matawang Pound Sterling dan Euro yang sebelum ini dianggap sebagai alternatif juga berada dalam keadaan yang tidak stabil. Namun berbeza dengan Russian Ruble dan Chinese Yuan yang kelihatan semakin kukuh di pasaran dunia serta dianggap sebagai ancaman oleh Amerika Syarikat kepada status global dollar yang sebelum ini merupakan rujukan the global reserve currency.

Perang nilai matawang antara USD, Ruble dan Yuan ini kelihatan sejajar dengan 'hot wars' yang dijangka akan berlaku oleh ramai penganalisis ekonomi dan politik dunia. Dipercayai bahawa Zionist Anglo-American War Party sudah tiada pilihan melainkan terpaksa menganjurkan peperangan to protect power, intimidate and if need be conquer and occupy any country resisting the dollar hegemony.

Inilah pengakhiran kepada ‘permainan’ mereka selama ini. Mereka beranggapan sekiranya empayar zionist anglo-american tidak berjaya mengekalkan pengaruh dollar bermakna itulah saat kehancuran bagi mereka. Maka, jika anda beranggapan bahawa zionist anglo-american akan berputus asa terhadap kejatuhan ekonomi dan pengaruh dollar, lebih baik anda fikirkan semula. We must prepare for the coming global wars. Please tell your fellow citizens to expose this perfidy and start organizing resistance.

Thursday, November 27, 2008

Yoga..HUNG GA..HUNG GA!

Isu yoga ini telah mengesahkan artikel saya dalam lebel rencana sebelum ini berkenaan ulama' larut ilmu dan tidak larut ilmu. Ramai betul yang ingin mengeluarkan kenyataan mengenai keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Fatwa. Tidak kiralah di pihak kerajaan atau pembangkang, yang pasti kebanyakan kenyataan mereka adalah senada. Tapi yang lebih menyedihkan ialah 'kekalutan' yang ditunjukkan oleh orang Islam di negara ini mengenai isu yoga turut mengundang kritikan penganut agama lain. Buktinya Pertubuhan Hindu Sangam telah mengambil kesempatan untuk mempertikaikan Majlis Fatwa dan pemimpin Islam tidak pula mempertahankannya. Islam agama Persekutuan Malaysia, tapi penganut lain pun sudah tidak hormatkannya.

Kenapa kebanyakan kita mempunyai pelbagai pendapat yang bercanggah dalam isu berkaitan agama? Mengambil contoh isu rokok, ada ulama' yang mengatakan haram, namun ada pula yang mengatakan makruh dan tidak ketinggalan juga yang mengatakan harus. Pada hemah saya, perkara seperti ini berlaku kerana pengajian kita yang terlalu mengkhusus kepada satu bidang atau kemahiran yang boleh diumpamakan seperti sistem piramid. Senario yang sering berlaku hari ini ialah, mereka yang belajar pengajian hadis boleh mengeluarkan hukum ekonomi dan mereka yang berlatar belakang usul fiqh pula boleh mengeluarkan hukum syariah. Yang lagi best apabila orang yang bukan dalam bidang agama pun boleh bercakap bab hukum di Malaysia. Secara analogi, apa agaknya yang akan berlaku apabila lawyer bercakap perihal perubatan?

Hukum Islam di Malaysia bahkan di dunia sekalipun menjadi carca marba kerana orang yang bukan ahli bercakap mengenai perkara yang bukan kemahirannya. Ulama' hari ini bukannya seperti ulama' zaman Shafie, Hambali, Ibn Khaldun etc. yang menguasai semua cabang ilmu. Ulama' hari ini terikat dengan bidang yang dipelajari dan tidak berkembang serta menyeluruh penguasaannya. Kerana itulah apabila bercakap mengenai hukum maka akan berlaku percanggahan pendapat. Jika anda mendengar ceramah di masjid, saya boleh jamin bahawa apa yang disampaikan oleh penceramah dalam bidang syariah adalah berbeza dengan penceramah dalam bidang usulludin; walaupun tajuknya adalah sama iaitu hudud.

Ilmuan atau ulama’ bukanlah mereka yang belajar bahasa Arab atau beberapa cabang ilmu agama, yang kemudiannya memperolehi ijazah sama ada di universiti tempatan atau timur tengah dan kemudiannya pulang sebagai penceramah bebas ataupun berdaftar dengan persatuan ulama’. Ilmuan atau ulama’ ialah mereka yang sentiasa tidak senang duduk jika timbul apa-apa persoalan yang belum terjawab. Maka seseorang ilmuan atau ulama’ itu akan berusaha dan bergelumang dalam lautan ilmunya dengan mentelaah, mengkaji, berbincang serta berdebat sehingga jawapan dan kebenaran kepada persoalan tersebut berjaya ditemui. Ringkasnya, jika anda bukan ahli agama maka janganlah sesuka hati berbicara mengenai hukum, apatah lagi nak keluarkan hukum sendiri. Namun pada pendapat saya, berlakunya perkembangan ilmu kerana sifat manusia yang sentiasa menyoal, mencari dan mengkaji fenomena yang wujud di alam semesta yang luas ini. Mereka yang tanpa jemu berusaha untuk menjawab segala persoalan yang timbul barulah layak digelar ilmuan atau dalam bahasa Arab dipanggil ulama’.

Wednesday, November 26, 2008

Najib BUKAN PM Malaysia Ke-6

Ramai yang berbicara mengenai tindakan Paklah yang tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO, tetapi masih mahu menjadi Ketua Bahagian UMNO Kepala Batas. Pada awalnya saya juga keliru apabila seseorang yang pada suatu ketika mengetuai parti tetapi akhirnya menjadi setaraf dengan ketua-ketua bahagian yang lain. Apa yang menjadi persoalan saya ialah bagaimana bentuk layanan yang akan diberikan kepada Paklah dalam program anjuran UMNO selepas ini? Adakah Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri akan turut melibatkan Paklah dalam aktiviti perhubungan atas kapasiti Paklah selaku ketua bahagian? Dan bagaimana pula dengan kedudukan Paklah sebagai mantan Presiden dan mantan Perdana Menteri semasa Perhimpunan Agong UMNO berlangsung? Adakah Paklah akan duduk di kerusi yang disediakan untuk tetamu kehormat atau Paklah akan duduk bersama ketua-ketua bahagian lain di kerusi perwakilan?

Saya terfikir mengenai dua senario yang mungkin berlaku pada masa hadapan. Kalau tidak berlaku pun, anggaplah bahawa saya hanya bermimpi dan berimiginasi tentangnya. Berikut saya terangkan mengenai senario yang mungkin atau tidak berlaku.

Senario 1: Paklah akan dilayan sebagaimana ketua-ketua bahagian yang lain. Lagipun Paklah sudah tiada kuasa dan ahli UMNO juga tidak akan mempedulikannya sangat sebagaimana yang telah berlaku kepada Che Det sebelum ini. Najib kemudiannya akan ditabalkan sebagai Presiden UMNO yang baru dan seterusnya dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6. Pada masa itu Khairy Jamaluddin akan kalah dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO dan mungkin akan mengambil masa yang lama untuk kembali semula ke dalam hierarki kepimpinan UMNO. Anwar Ibrahim pula akan berkeras dengan tuduhan bahawa Najib telah menyalahgunakan kuasa untuk menutup skandal yang melibatkan dirinya. Akhirnya Najib terpaksa bertindak dan seterusnya menahan Anwar Ibrahim melalui tahanan tanpa bicara.

Senario 2: Sebelum Mac 2009, kumpulan Paklah akan memberi tekanan kepada Najib melalui skandal seks yang melibatkan dirinya. Semua sedia maklum bahawa kes Altantuya belum lagi selesai dan pihak pembelaan akan membentangkan bukti mereka tidak lama lagi. Kemungkinan segala hujah pembelaan akan menjurus kepada Najib dan kumpulan Paklah akan menggunakannya sebagai ‘senjata’ untuk mengugut Najib agar menolak pencalonan jawatan Presiden UMNO. Segala skandal mengenai Najib akan dibongkar secara besar-besaran sebelum Mac 2009 sehingga rakyat mula mempertikaikan kredibiliti Najib untuk menerajui negara. Najib akan digambarkan sebagai liabiliti kepada UMNO dan bakal memberikan imej buruk kepada Barisan Nasional. Najib berkemungkinan akan akur dengan tekanan tersebut dan menolak jawatan Presiden UMNO yang dimenanginya tanpa bertanding. Seterusnya Paklah selaku remaining Presiden dan masih memegang jawatan sebagai Ketua Bahagian UMNO Kepala Batas akan memangku jawatan Presiden sehinggalah ke pemilihan berikutnya. Paklah akan kekal sebagai Perdana Menteri sekurang-kurangnya sehingga 2010 sebagaimana cadangan pelan peralihannya sebelum ini. The Prince in waiting iaitu Khairy Jamaluddin juga akan memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO dan seterusnya akan dipersiapkan untuk bertanding jawatan yang lebih tinggi dalam pemilihan pucuk pimpinan UMNO akan datang. Maka impian Khairy untuk menjadi the youngest Prime Minister in history berkemungkinan akan tercapai kerana Paklah pasti akan membantunya ke puncak kuasa.

Dalam masa empat bulan ini pelbagai perkara boleh berlaku dan mungkin juga akan wujud senario yang berbeza. Pilihlah senario mana yang anda mahu dan anggaplah ia sekadar hiburan bedtime stories.

Tuesday, November 25, 2008

Kelicikan Muhyiddin

Di sebalik wajah serius dan sikap pendiamnya, Muhyiddin sebenarnya punya kelebihan untuk menang jawatan Timbalan Presiden UMNO. Tiada siapa boleh menafikan kelebihannya selaku ahli parlimen, memegang portfolio Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta telah lama menjadi Naib Presiden UMNO. Jika dikaji, Muhyiddin sebenarnya mempunyai cita-cita politik yang tinggi. Sejarahnya menunjukkan dia seorang yang setia dengan parti, tetapi kesetiaannya kepada seseorang bergantung kepada faedah politik yang bakal diperolehinya.

Dua orang pesaing Muhyiddin dalam merebut jawatan Timbalan Presiden hanya berjaya mengesahkan kelayakan bertanding pada minggu-minggu terakhir mesyuarat bahagian UMNO. Bolehlah diibaratkan mereka berdua ini sebagai istilah cukup makan atau cukup syarat sahaja untuk bertanding. Ali Rustam dan Muhammad Taib awal-awal lagi telah dikempenkan hanya akan menyusahkan UMNO sekirang menang jawatan Timbalan Presiden kerana mereka bukan Ahli Parlimen. Dalam suasana politik negara yang tidak stabil ketika ini, UMNO pasti akan mengelak untuk mengadakan pilihanraya kecil sekiranya salah seorang daripada pesaing Muhyiddin itu menang jawatan Timbalan Presiden.

Muhyiddin sebenarnya adalah seorang ahli politik yang cekap berstrategi dan cepat menyambar peluang. Tentu semua masih ingat bagaimana ramai yang pernah beranggapan bahawa Paklah akan melantik Muhyiddin sebagai timbalannya semasa Paklah baru menjadi Perdana Menteri kerana Muhyiddin kelihatan seperti ‘masuk kem’ Paklah. Namun kemudiannya Muhyiddin kelihatan semakin tenggelam selepas hanya dilantik ke portfolio yang kurang glamour iaitu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Muhyiddin hanya kembali popular selepas menjadi pemimpin kanan UMNO yang paling lantang mendesak Paklah untuk berundur selepas 1 April 2008 yang lalu. Muhyiddin kelihatan tidak mahu lagi dilabelkan sebagai kumpulan Paklah apabila sering mengeluarkan kenyataan yang senada dengan Ku Li dan Che Det mengenai Paklah.

Khabar angin yang kedengaran sebelum ini mengatakan Muhyiddin akan bergandingan dengan Ku Li untuk mencabar Paklah dan Najib, sedikit sebanyak telah menimbulkan rasa cemas di kalangan ahli UMNO. Kunjungan Muhyiddin bersama Ku Li ke rumah Che Det telah menguatkan lagi spekulasi tersebut. Jangkaan akar umbi bahawa krisis kepimpinan UMNO bakal berulang sebagaimana yang pernah berlaku pada 1987 telah menyebabkan banyak tekanan diberikan kepada Paklah untuk segera melepaskan jawatan. Inilah sebenarnya yang telah menyerlahkan kelicikan Muhyiddin dalam berpolitik. Dia secara tidak langsung telah memperolehi manfaat berdasarkan spekulasi dan khabar angin tersebut sehingga Paklah akhirnya akur dan bersetuju untuk mempercepatkan pelan peralihan kuasa. Namun Muhyiddin tidak pula menjadi ‘regu’ Ku Li untuk bertanding dua jawatan tertinggi UMNO itu tetapi beliau kini kelihatan telah beralih menjadi antara pemimpin yang kuat menyokong Najib.

Jika diamati akhir-akhir ini, Muhyiddin amat menjaga kelakuan dan tutur katanya apabila berbicara mengenai bakal Presiden UMNO yang baru. Walaupun mendapat pencalonan tertinggi untuk jawatan Timbalan Presiden, Muhyiddin sebenarnya amat memerlukan isyarat sokongan daripada Najib. Mungkin beliau tidak mahu kelihatan seperti orang yang tidak senada dengan bakal Presiden ataupun dianggap penentang oleh ahli-ahli UMNO. Mungkin juga Muhyiddin mengambil sikap berhati-hati kerana sedar akan tempoh berkempen yang agak panjang, mampu memberi peluang kepada dua pesaingnya untuk menyusun strategi. Maka dia harus kelihatan seperti orang yang disukai Najib agar mempunyai kelebihan untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO.

Hakikatnya jika Muhyiddin berjaya menjadi Timbalan Presiden, maka dia sebenarnya akan menjadi individu paling beruntung sekiranya Najib menjadi Perdana Menteri. Isu peribadi Najib yang sering menjadi serangan lawan di dalam dan di luar parti pasti akan memberi kesan kepada bakal Presiden UMNO yang baru itu. Jika kejatuhan Paklah dikaitkan dengan isu kelemahan kepimpinan, Najib pula kini tidak putus-putus dengan isu berkaitan moral. Walaupun sekadar terpalit dengan persepsi negatif mengenai peribadi yang belum disahkan kebenarannya, namun ia sebenarnya mampu membunuh karier politik Najib. Maka tidak mustahil sekiranya Najib juga terpaksa berundur awal sebagaimana Paklah sekiranya isu-isu berkaitan peribadinya tidak ditangani dengan baik yang turut akan menjejaskan kredibilitinya. Jika ini berlaku, sudah tentu kesempatan akan diambil oleh Timbalan Presiden UMNO untuk menerajui parti dan siapa lagi jika bukan Muhyiddin.

Kini usia Muhyiddin sudah mencecah 61 tahun berbanding Najib yang baru sahaja berusia 55 tahun. Najib mungkin akan menjadi Perdana Menteri selama yang mungkin sekiranya mendapat sokongan berterusan daripada ahli-ahli UMNO. Pada 10 tahun akan datang usia Najib baru mencecah 65 tahun dan Muhyiddin ketika itu sudah pun berusia 71 tahun iaitu satu usia yang dianggap lewat sekiranya Muhyiddin masih berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri. Persoalannya, berapa lama lagikah Muhyiddin dan penyokongnya sanggup menunggu untuk beliau menjadi Perdana Menteri? Tambahan pula calon-calon Naib Presiden ketika ini telah didominasi oleh orang-orang muda yang dilihat bakal menjadi pencabar kepada kedudukan Muhyiddin pada masa hadapan.

Mulai saat ini sehingga bulan Mac 2009, mungkin tiada siapa yang boleh meramal kejayaan Muhyiddin dalam misinya untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO yang baru. Sama ada beliau berjaya atau tewas, yang pasti ketika ini ia telah menjadi tempoh yang amat mendebarkan bagi Muhyiddin serta para penyokongnya.

Monday, November 24, 2008

Perubahan Tempat Debat Antara Zaid dengan GGMM

SUKACITA DI MAKLUMKAN BAHAWA SEHINGGA KE HARI INI, ZAID IBRAHIM MASIH BELUM MEMBERI APA-APA RESPONS TERHADAP CABARAN DEBAT PRESIDEN GGMM YANG AKAN BERLANGSUNG PADA HARI RABU INI, 26 NOVEMBER 2008, JAM 8.00 MALAM.

WALAUBAGAIMANAPUN, SUKACITA JUGA DI MAKLUMKAN BAHAWA DEBAT BERKENAAN AKAN TETAP TERUS DI ADAKAN WALAUPUN TANPA KEHADIRAN ZAID IBRAHIM. SELURUH WARGA MEDIA TERMASUK BLOGGERS TERKEMUKA TELAH DI MAKLUMKAN DAN TELAH MENGESAHKAN KEHADIRAN.JADI PIHAK GGMM TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DENGAN LAPORAN MEDIA KEESOKAN HARINYA YANG MUNGKIN BERBUNYI "ZAID IBRAHIM PENGECUT:TAK BERANI BERDEBAT DENGAN PRESIDEN GGMM".

KAMI JUGA DENGAN INI MEMAKLUMKAN BAHAWA TEMPAT DEBAT TELAH DI UBAH DARIPADA SPORTS PLANET KAJANG KE KAMPUS UNIVERSITI UTARA MALAYSIA KUALA LUMPUR NO 137 JALAN RAJA MUDA ABDUL AZIZ 50300 KUALA LUMPUR. PIHAK PENGANJUR TELAH MENYEWA DEWAN DI TINGKAT 6 BANGUNAN KAMPUS UUM KL BERKENAAN.

TIKET-TIKET MASUK BERHARGA RM10.00 BOLEH DI BELI DI PINTU MASUK UUMKL BERMULA JAM 7.00 MALAM, 26 NOVEMBER 2008 (RABU).

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI DAN TEMPAT ADALAH TERHAD.

PAS PUN RASUAH JUGA

Sebenarnya saya tidaklah ingin berbicara mengenai PAS. Tajuk di atas hanyalah simbolik daripada apa yang ingin saya bincangkan dalam artikel ini. Ramai orang kini bicara mengenai politik wang dan rasuah yang kononnya berlaku dalam pemilihan UMNO. Perkara ini bukan sahaja melibatkan kenyataan pemimpin diluar UMNO, malahan pemimpin UMNO sendiri berebut-rebut untuk mengeluarkan kenyataan mengenai politik wang yang berlaku sehinggakan ada pihak yang telah melebelkan UMNO sebagai sebuah Universiti Rasuah. Kenapa ini semua berlaku? Adakah disebabkan kononnya ingin menunjukkan ketelusan ataupun intergriti dalam UMNO? Atau ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk melemahkan parti yang menjadi tulang belakang kerajaan ini? Namun, adakah parti-parti politik selain UMNO sangat ‘bersih’ sehingga tidak langsung mengamalkan politik wang?

Saya berpendapat sudah sampai masanya UMNO serta parti-parti politik lain membuat satu mekanisme baru tentang apa yang dikatakan rasuah politik dan bukan rasuah politik. Ini perlu dijelaskan kerana kita tidak tahu dan tidak jelas mengenai apa yang dibolehkan dan apa yang tidak. Contohnya jika kita belanja seseorang itu minum dan makan, adakah ia boleh dikategorikan sebagai rasuah politik? Jika kita beri duit minyak, tol dan makan kepada perwakilan yang tinggal jauh untuk datang mesyuarat, adakah ia juga akan dikategorikan sebagai politik wang? Bagaimana pula jika seseorang calon itu ingin berkempen dan mengatur pertemuan dengan pengundi sekiranya majlis yang dianjurkan akan dilabelkan sebagai rasuah politik?

Setiap parti politik perlu ada peraturan yang jelas berkenaan perkara ini. Barack Obama sekalipun telah membelanjakan beratus juta USD untuk kempennya. Tetapi mereka mempunyai rekod dan akaun yang diaudit berkenaan segala perbelanjaan kempen. Rakyat akan dimaklumkan mengenai perbelanjaan seseorang calon yang bertanding jawatan politik di Amerika. Lagipun adalah satu perkara yang mustahil jika seseorang calon yang bertanding tidak langsung mengeluarkan belanja. Seseorang calon yang hendak bertanding dalam pilihanraya umum di Malaysia hatta dari parti PAS sekalipun, sudah tentu parti mereka akan mengeluarkan belanja makan, minum, pengangkutan, upah tampal poster, upah gantung bendera, memberi beras pada orang kampung (seperti yang sering diamalkan PAS) dan sebagainya untuk para penyokong mereka. Jadi adakah PAS juga boleh dilebelkan sebagai pengamal rasuah politik?

Ringkasnya, semua parti politik pun sebenarnya terlibat dalam penggunaan wang sebegini. Wang sudah dianggap sebagai sebahagian daripada konsep sesebuah kempen dan pertandingan. Sesiapa yang cuba menafikannya adalah orang yang pandir dan kurang cerdik. Namun kaedah dan mekanisme yang jelas perlu ditetapkan segera agar sesebuah pertandingan itu akan kelihatan ‘bersih’. Perlu dibuat satu dasar dan peraturan tentang tahap yang dibenarkan untuk seseorang calon itu berbelanja dalam kempennya. Pastikan setiap bil dikemukakan dan dijelaskan dalam akaun yang diaudit bagi mengelakkan kekeliruan. Setiap penyata perlu dihantar ke ibu pejabat parti masing-masing untuk pengesahan. Seterusnya buat pembentangan dan kenyataan perbelanjaan setiap calon yang bertanding dalam kempen masing-masing. Ini penting bagi mengelakkan spekulasi negatif orang ramai mengenai rasuah politik yang kononnya diamalkan oleh seseorang calon yang bertanding. Namun saya masih lagi percaya dalam soal pemilihan, pemimpin sepatutnya dinilai berdasarkan kejujuran, kewibawaan dan ketokohan yang dimiliki demi masa depan negara yang lebih gemilang.

Sunday, November 23, 2008

Bangsa dan bahasa Melayu di Nusantara

Tanpa kehormatan bangsa, tanpa digniti bangsa, tidak akan ada kebanggaan berbangsa dan bangsa itu akan lenyap dengan sendirinya - Catatan sejarawan Asia

Kesinambungan dunia Melayu terus mendapat perhatian para sejarawan, gembong politik dan pelbagai pihak lain setelah dan manakala mengalami proses perubahan sosial dan cabaran demi cabaran serta perubahan sikap berikutannya.

Menarik perhatian kini ialah ulasan dan analisa politik dalam bahasa Melayu, Cina, Inggeris dan India berikutan pilihan raya umum pada bulan Mac lalu dan juga pilihan raya Amerika Syarikat (AS) yang membawa kemenangan kepada Barack Obama dari golongan minoriti untuk jawatan Presiden.

Seperti telahpun dicatat, tamadun dunia Melayu meliputi gugusan kepulauan Melayu (Malay Archipelago).

Antara catatan penting itu ialah:

1400: Lahirnya Melaka oleh Parameswara

1409: Laksamana Cheng Ho dari negara China mengadakan hubungan diplomatik.

1410: Maharaja China dari Dinasti Ming mengiktiraf kedaulatan Melaka.

1446: Wujudnya Kesultanan Melaka yang kemudian menjadi pusat perkembangan agama Islam di rantau Asia Tenggara.

1511: Portugis menawan Melaka

1641: Belanda menawan Melaka

1824: Inggeris memperoleh Melaka dari Belanda melalui satu perjanjian

Diulangi: Portugis memerintah dari 1511 hingga 1641, Belanda dari 1641 hingga 1824 dan Inggeris dari 1824 hingga 1957. Turut ditakluki ialah India dan China.

Juga disebut bahawa selama penjajahan kuasa-kuasa Barat itu, orang Melayu terus dan tetap beragama Islam. Beberapa penulis Portugis menyebut betapa agama Islam diajar dipelbagai masjid, surau dan madrasah, rumah para pembesar negeri serta juga istana, oleh orang Melayu. Dalam pada itu pengembang-pengembang agama lain cuba bertapak tetapi tidak ada orang Melayu menyertai mereka.

Turut memperteguh pendirian Melayu ialah bahasa mereka yang juga dipanggil bahasa Jawi. Hal ini disebut, antara lainnya oleh Profesor Dr. Teuku Haji Ibrahim Alfian dari Universiti Gajah Mada atas mauduk Sejarah Dan Jati Diri Rumpunan Melayu (Indonesia). Lalu beliau mencatat hal-hal berikut:

Berkunjung

Jan Huygen Van Linschoten, seorang petugas Belanda pada abad ke-16 berkunjung ke Nusantara dan menyaksikan betapa bahasa Melayu terkenal di dunia Timur dan dianggap orang bahasa yang baik “.... siapa di Hindia (Indonesia) tidak tahu bahasa ini, dia tidak boleh mengikut, seperti pada kita bahasa Perancis.”

Ada banyak pakar dan tokoh sama ada pribumi mahupun asing yang telah mengemukakan pendapat mereka mengenai bahasa Melayu sebagai bahasa yang diperlukan untuk penduduk di kepulauan Nusantara pada masa depan.

S. Surya Ningrat yang kemudian terkenal dengan nama Ki Hajar Dewantara mengemukakan di negara Belanda (tahun 1916) bahawa kedudukan bahasa Melayu adalah lebih daripada bahasa-bahasa daerah lain untuk kemajuan bangsa Indonesia.

Muhammad Yamin dalam pidatonya dalam bahasa Belanda dalam Kongres Pemuda Indonesia pertama pada tahun 1926 menyatakan: “Kepandaian bahasa Melayu akan memberi kesempatan kepada siapa sekalipun untuk bergaul dengan bangsa Jawa, Sunda, Melayu dan Arab, yang setiap hari menjadi teman berbicara.... Dalam ekonomi perdagangan dan dalam dunia politik, bahasa Melayu mendapat kedudukan pertama.

Bahasa Melayu atau Jawi yang terjelma inilah yang diangkat oleh para pemimpin pergerakan nasional Indonesia menjadi bahasa Indonesia yang akhirnya setelah proklamasi kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945 menjadi bahasa negara Indonesia.” Demikian antara catatan Profesor Ibrahim Alfian.

Dalam sebuah buku lain mengenai sejarah Indonesia dinyatakan hal berikut: “Belanda menggunakan bahasa Melayu, bukan bahasa Belanda sendiri atau bahasa Portugis, manakala berbicara dengan orang-orang Indonesia di pasar, dalam rundingan-rundingan dengan pihak istana, di tempat-tempat kerja, dalam acara-acara agama dan dalam pelbagai buku.”

Berkaitan dengan tamadun dunia Melayu dan kesinambungannya ialah buku berjudul The Population of Malaysia oleh Profesor Saw Swee Hock yang telah berkhidmat di Universiti Malaya, Universiti Hong Kong dan Universiti Singapura.

Buku diterbitkan oleh Institut Pengkajian Asia Tenggara, Singapura (2007). Antara lain pada bahagian akhirnya disebut: Bilangan warga Bumiputera dijangka meningkat dari 65.9 peratus pada tahun 2005 hingga 72.1 peratus pada tahun 2035. Bilangan warga Cina akan menurun daripada satu suku (25.3 peratus) kepada satu perlima (20.0 peratus) pada waktu yang sama. Bilangan warga India juga akan menurun dari 7.5 peratus kepada 6.6 peratus.

Keperihatinan PAS terhadap UMNO

PAS Pahang telah membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) untuk menyiasat isu yang dikatakan berlakunya pengedaran nombor ekor semasa mesyuarat UMNO Bahagian Termerloh pada 9 November lalu. Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata “Kita tidak suka menjaga tepi kain UMNO tetapi ini bukan setakat itu tetapi membabitkan isu moral pemimpin masa depan. UMNO sebagai sebuah parti tulang belakang kerajaan dan sering mendakwa sebagai memperjuangkan nasib orang Melayu, jika tidak ditegur akan terus merosakkan bangsa dan negara secara tidak langsung.”

Nampaknya orang PAS masih percaya bahawa hanya orang UMNO sahajalah yang layak menjadi pemimpin masa depan. Keperihatinan PAS terhadap perkara yang berlaku di dalam UMNO membuktikan bahawa ahli-ahli PAS diperingkat akar umbi pun tidak yakin bahawa pemimpin tertinggi daripada parti PAS mampu untuk menerajui negara ini. Sebelum ini PAS sentiasa bertegas bahawa mereka adalah sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam tanpa mengira ras keturunan. Namun kenyataan Pesuruhjaya PAS Pahang mengenai bangsa Melayu telah meyakinkan kita bahawa PAS juga sebenarnya adalah sebuah parti perkauman sebagaimana yang pernah ditegaskan Che Det sebelum ini. Secara tidak langsung akar umbi PAS juga turut mengakui bahawa hanya UMNO parti yang relevan untuk memperjuangkan negara dan bangsa Melayu dan sudah tentunya menurut perlembagaan Melayu itu semestinya Islam.

Friday, November 21, 2008

Laporan Konferensi Pertama Team Blogger Malaysia

Selama ini semua blogger hanya melayari laman blog blogger lain dan bertukar komen. Kini marilah kita bersama memulakan inisiatif baru untuk berbincang dengan lebih efektif dalam usaha menghubungkan sesama kita bersama dengan lebih pantas dan mudah. Mulakanlah langkah setapak dengan menyokong usaha ini bersama.

Sebentar tadi (Jam 8.35 pm sehingga 12.25 am) 20 November 2008 berlangsungnya satu konferensi pertama bagi bloggers yang menyahut seruan blogger Penembak Tepat dalam usaha bersama untuk bergabung idea di Yahoo Messenger.

Antara bloggers yang sempat hadir adalah :-

  1. Panglima Cyber = penembak-tepat.blogspot.com
  2. Che Moq = che-moq.blogspot.com
  3. Zealforce = Pemerhati bukan blogger
  4. Sarfa MS = sarfarizmalsaad.blogspot.com
  5. Hakeem = sejarahmelayu.blogspot.com
  6. Cheguman = waadat.blogspot.com
  7. Ah Lang = perigijernih.blogspot.com
  8. Dato Seri Andalas = medan-info-kita.blogspot.com
  9. Dr Novandri = novandri.blogspot.com
(Nama dalam catatan Che Moq. Jika ada nama blogger yang hadir tetapi Che Moq tidak maklumkan diatas, sila tinggalkan mesej di dalam komen)

Ia satu inisiatif Penembak Tepat bagi merapatkan saf dan hubungan sesama blogger yang mana lebih cenderung mencintai hak, maruah dan keistimewaan bumiputera khususnya melayu yang tidak senang dengan :-
  1. Sikap pemimpin pembangkang Pakatan Rakyat yang mula menunjukkan belang dengan menggadaikan maruah dan hak melayu.
  2. Blogger Pakatan Rakyat yang menggunakan sumber palsu fitnah dan gosip di dalam penulisan mereka kepada pemimpin dan blogger lain.
Senarai mereka yang menyertai team ini akan diletakkan di dalam bloglist khas di blog masing-masing (usaha sendiri tuan blog untuk membuat bloglist baru bagi semua ahli group) khusus bagi ahli yang menyertainya. Nama group akan dibincangkan di perjumpaan kedua malam ini jam 9 malam (21 November 2008). Antara nama awal yang telah dibincangkan sebentar tadi adalah Parlimen Blogger Malaysia, Angkatan Blogger Malaysia dan Team Blogger Negara. Semua ahli digalakkan dan dialu-alukan untuk memberi sumbangan idea tentang nama,logo dan slogan yang akan dibina.

Siapa yang layak untuk menyertai?
  1. Bloggers UMNO tidak kira dari penyokong pro Pak Lah, Najib, Muhyidin, Isa Samad, Muhd Taib, Ali Rustam, Khairy, Mukhriz, Khir Toyo atau sesiapa sahaja tidak kira di dalam dan luar negara.
  2. Bloggers neutral yang mahu menegakkan hak dan keistimewaan melayu dari terus dicabul.
  3. Bloggers Pakatan Rakyat yang sudah muak dengan perjuangan palsu parti pimpinan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Hadi Awang.
  4. Bukan Bloggers (akan dinilai penembak tepat)
Setiap ahli akan menziarahi blog ahli lain dan saling bekerjasama memberi komen dan pendapat tentang sesuatu isu atau masalah dan pandangan yang berlaku atau disentuh oleh team kita. Semua dialu-alukan berkongsi idea, pendapat dan cadangan sesama ahli.

Begitu juga jika ada blog yang dilihat tidak mengamalkan etika sebagai blogger terhormat maka kita akan gerakkan team ini bagi menegur beramai ramai tindakannya demi mengelakkan kesan yang buruk terhadap negara kita.

Di dalam konferensi pertama sebentar tadi, kelihatan usaha ini membuahkan hasil dengan visi dan misi ianya diwujudkan dapat dicapai dan berjaya memisahkan fahaman dan sokongan peribadi masing-masing demi berkongsi idea untuk menyerang Pakatan Rakyat. Semua forumer yang berbincang sepakat dengan memulakan sesi taaruf suai kenal, bertukar email dan laman blog untuk di masukkan ke bloglist, bersembang tentang tujuan bersama dan juga cadangan-cadangan menarik untuk dibawa ke konferensi kedua malam ini (21 November 2008)

Objektif utama cadangan penembak tepat selaku Speaker Dewan adalah :-
  1. Mengumpulkan blogger2 pembela negara
  2. Mempromosi blog blog team di blog ahli team.
  3. Memberi komen pandangan setiap artikel yang ditulis oleh team blogger.
  4. Melawan pandangan songsang terhadap usaha murni kerajaan serta mengkritik tindakan yang dirasakan tidak sesuai dibuat oleh kerajaan dengan berhikmah dan mauizah hasanah.
  5. Mengeratkan hubungan antara blogger utk pengaliran info maklumat terkini.
  6. Memastikan agama bangsa dan negara dikuatkan dengan team blogger harapan Malaysia ini.
Di harap dapatlah kiranya bloggers bersama memulakan langkah awal bersama dengan add email penembak tepat di bawah untuk memulakan gerakan membina rangkaian blogger negara Malaysia. Pada peringkat permulaan conference room di bawah YM panglimaperangcyber@yahoo.com akan digunakan sementara usaha membina medium perbincangan yang lebih baik akan dilakukan:-

Email Speaker Dewan : panglimaperangcyber@yahoo.com
Email Che Moq : utusan_che_moq@yahoo.com

Semua dijemput hadir ke konferensi maya kedua pada :-
21 November 2008 / 9.00 Malam
Perhatian : Sila add YM email speaker dewan untuk menyertai

Dasar Pemimpin Yang Menyalahi Perlembagaan

Semasa menghadiri seminar yang disampaikan oleh seorang mantan hakim Mahkamah Rayuan baru-baru ini, saya telah memperolehi beberapa maklumat yang agak menarik. Seminar ini menjadi bertambah ‘paneh’ apabila disertai oleh beberapa orang hakim serta ramai pegawai kanan kerajaan yang turut terlibat dalam perbahasan. Topik yang dibincangkan mungkin bukan baru bagi saya atau bagi anda semua, tetapi inilah kali pertama saya diberi penjelasan yang sungguh terperinci mengenai undang-undang Perlembagaan Persekutuan. Antara yang dibincangkan ialah berkenaan Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan yang kurang diberi perhatian bukan sahaja oleh rakyat Malaysia bahkan juga oleh para pemimpin negara.

Perkara 152 adalah berkenaan Bahasa Kebangsaan atau National Language yang menyebut Bahasa Melayu lingua franca di Nusantara sebagai bahasa kebangsaan dan amat bersalahan jika dikatakan Bahasa Malaysia sebagaimana yang selalu disebut oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Dalam perlembagaan persekutuan hanya menyebut atau dinyatakan atau ditulis perkataan bahasa Melayu dan tidak ada satu bahasa lain yang tertulis atau dinyatakan secara jelas berbanding bahasa Melayu. Tiada dalam perlembagaan ditulis bahasa Mandarin, Tamil, Kantonis, Bajau, Murut atau mana-mana bahasa sekalipun dan bahasa tersebut hanya dirujuk dalam perlembagaan sebagai bahasa lain atau bahasa kaum lain.

Penekanan istilah atau aspek teknikal perkataan dan ayat dalam perlembagaan sebenarnya adalah amat penting sebelum pemimpin negara ini ingin merangka dasar yang hendak dilaksanakan terutama perkara berkaitan bahasa. Perkataan-perkataan dalam Perkara 152 (a) dan 152 (b) seperti “menggunakan”, “mengajar”, “belajar”, “penggunaan” serta “pengajian” adalah perkataan-perkataan untuk membezakan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan bahasa-bahasa lain yang terdapat di Malaysia (sila rujuk Perlembagaan Persekutuan).

Maka berdasarkan Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil (SJKC & SJKT) sepatutnya dikategorikan sebagai sekolah swasta sebagaimana Sekolah Jepun atau sekolah antarabangsa yang lain terdapat di Malaysia. Kerajaan seharusnya tidak bertanggungjawab untuk memberi kemudahan serta bantuan kewangan daripada dana negara atau negeri kepada SJKC dan SJKT. Kerajaan hanya dibolehkan memberi bantuan kewangan hanya dengan tujuan untuk memelihara “penggunaan dan pengajian” bahasa kaum lain tetapi bukannya untuk “belajar dan mengajar” bahasa-bahasa kaum lain.

Apa yang dimaksudkan dengan bahasa kaum lain itu termasuk bahasa kaum Cina dan kaum India serta kaum-kaum lain di Sabah dan Sarawak serta kaum minoriti di Semenanjung Malaysia. Kerajaan Persekutuan atau Negeri sepatutnya tidak membezakan atau mendiskriminasi bahasa kaum minoriti lain seperti bahasa Telegu, Malayalam, Malayalee, Punjabi, Urdu, Hindi serta pelbagai bahasa Cina selain Mandarin, Jawa, Banjar, Mandailing dan sebagainya. Mengutamakan bahasa Tamil dan bahasa Cina adalah bertentangan dengan hak kesemarataan dan hak tentang pendidikan di Malaysia.

Kerajaan kini melalui Kementerian Pelajaran sebenarnya telah melanggari undang-undang Persekutuan apabila memberikan bantuan dan kemudahan kepada SJKC dan SJKT kerana secara tidak langsung telah menyamaratakan sekolah kebangsaan dengan dua aliran sekolah tersebut. Ini jelas merupakan satu bentuk diskriminasi kepada sekolah Kebangsaan yang memperolehi dana hanya daripada kerajaan sedangkan SJKC dan SJKT memperolehi dua saluran dana iaitu daripada kerajaan serta bantuan orang perseorangan serta entiti perniagaan kaum masing-masing. SJKC dan SJKT adalah tidak wajar untuk dibantu menggunakan wang kerajaan seperti mengajar matematik, sejarah dan geografi dalam bahasa Cina atau India. Jika kerajaan masih tetap memberi bantuan kepada kedua jenis sekolah aliran ini bermakna kerajaan sebenarnya telah melakukan ketidakadilan terhadap kaum lain terutama bahasa anak negeri Sabah dan Sarawak serta kaum minoriti lain di Semenangjung Malaysia (sila rujuk Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan).

Dasar Pendidikan Negara sepatutnya berteras dan berpaksi ke arah Intergrasi Nasional iaitu semua murid seharusnya belajar di Sekolah Kebangsaan sahaja dari sekolah rendah hinggalah ke universiti dimana “pupils own language” hanya boleh diajar di peringkat rendah. Intergrasi Nasional sebagaimana yang sering dilaungkan oleh pemimpin terutama bukan Melayu di negara ini tidak akan terlaksana dan tercapai sekiranya murid-murid di Sekolah Kebangsaan diklasifikasikan berbeza dengan murid-murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina serta murid-murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Sebaliknya perbezaan sekolah ini hanya akan menyebabkan kerajaan dituduh untuk cuba menabur benih-benih perkauman dan menjadi mustahil untuk diselesaikan apabila umur murid-murid ini meningkat dewasa.

Berdasarkan perlembagaan juga, tulisan bahasa Melayu ialah tulisan rumi tetapi penggunaan tulisan Jawi sebenarnya tidak boleh disekat atau dihalang di Malaysia. Ini bermakna bahawa bahasa Melayu dalam tulisan Jawi sahaja bukanlah bahasa Melayu sepenuhnya. Penggunaan bahasa kaum lain sama ada pertuturan atau penulisan boleh dipelihara dan diteruskan TETAPI pemeliharaan penggunaan bahasa kaum lain itu bukan bermakna merestui “mempamerkan papan tanda pelbagai bahasa”. Penggunaannya hendaklah selektif menurut keadaan seperti amaran, notis etc. Malahan penggunaan papan tanda perniagaan dalam tulisan Mandarin atau Tamil sekalipun adalah bersalahan menurut undang-undang Persekutuan sekiranya ia digunakan bagi “maksud rasmi”. Ini bermakna, bahasa lain selain bahasa Melayu boleh dilarang atau dihalang daripada digunakan bagi “maksud rasmi” yang bererti bagi maksud kerajaan serta pihak berkuasa awam.

Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, seharusnya tidak boleh wujud sekolah berbilang bahasa sebagaimana yang terdapat di Malaysia kini. Sebetulnya hanya perlu ada satu jenis sekolah sahaja untuk semua kaum di Malaysia iaitu sekolah kebangsaan. Kini hanya pemimpin bukan Melayu yang kelihatan bersungguh memperjuangkan sekolah aliran kaum masing-masing serta pernah menolak saranan Tun Dr. Mahathir untuk menggalakkan intergrasi kaum melalui sekolah wawasan. Seperti yang pernah saya nyatakan dalam artikel sebelum ini bahawa tentangan orang bukan Melayu terhadap politik perkauman sebenarnya tidaklah mencerminkan sentimen anti-perkauman mereka sendiri. Jelas orang bukan Melayu tidaklah seikhlas mana dalam perjuangan mereka ke arah kewujudan bangsa Malaysia. Sewajibnya kerajaan tidak harus tunduk kepada tuntutan yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan INGATLAH bahawa mempersoalkan Perkara 152 adalah jelas merupakan kesalahan menghasut.

Thursday, November 20, 2008

Ketuanan Melayu

Of late, discussions about the "Ketuanan Melayu" and Bangsa Malaysia are being organised. Perdana Leadership Foundation organised a discourse on Bangsa Malaysia at their Putrajaya office on the 12th of November. I would like to quote some of the panelists who discussed about the "Ketuanan Melayu".

On the subject of Ketuanan Melayu bandied by UMNO and receiving the brunt of current criticism, Prof Shamsul shed a different light to the often misused and misleading term derived from the term Malay Dominance coined by Tan Sri Abdullah Ahmad. Tan Sri Abdullah was present at the Perdana Discourse.

In the Q&A session, Prof Shamsul expressed his disagreement and criticised Tan Sri Abdullah for the used of the term and initiating the concept of Ketuanan Melayu. He explained that the meaning of "Tuan" in Malay also means respect, as in the use in the word "Tuan Puteri". The dominance meaning received prominance when often used to address the orang putih during Colonial times and continued to misled the meaning of Tuan.

Another point to add, octogenarian Tan Sri Khalid Abdullah, the former group Chief Editor of Utusan Malaysia, explained in a Conference in Johor Baru that the word Ketuanan Melayu first surface in the early days of Merdeka to mean benevolence. The "Tuan", which is basically the Malay ruler confering citizenship to 1,000,000 local-born Immigrants before Merdeka
It seems that "Ketuanan Melayu" is a favourite subject nowadays. Yesterday, Raja Nazrin has warned that immigrants has to accept the norms and traditions of the bumiputra in order to live in peace and harmony. On the other hand, it was reported that MCA slams chauvinism of both UMNO and PAS. “It was the vitriol and behaviour of superiority of one race above others that was one of the reasons that caused consternation among the multiracial Malaysian general public resulting with the backlash of votes against BN during the March 8 polls,” Lee Wei Kiat, MCA's Information and Communication Chief stated in a media statement. How wrong could he be. I think this is the time that all Malaysians know the facts about this nation. Definitely, the Malays are not seeking superiority in their own country but to get what they are supposedly should be getting. Please read the 153 Article in the Federal Constitution. Clearly, the rights of the Malays and the non Malays are protected under the Federal Constitution. Nevertheless, all these crops up because some view it to be the weaknesses of the leadership in handling these matter. In the closing part of one of the session at the Perdana Leadership Foundation, Dr. Chandra, one of the panelist concur with one comment from the floor calling for a strong leadership as it is eseential in a diverse society like Malaysia. Let us all hope the next premiere will bring Malaysia to a greater height.

Dilema Melayu Semakin Parah

Semasa membaca buku The Malay Dilemma suatu masa dahulu, aku dapat merasakan betapa kecewanya Che Det dengan nasib orang-orang Melayu semasa beliau menulisnya. Bagaimana British meminggirkan orang-orang Melayu, jumlah orang Melayu yang kurang dalam perkhidmatan awam dan universiti, kedudukan ekonomi orang-orang Melayu yang lemah berbanding Cina serta bagaimana terpinggirnya orang-orang Melayu dalam bidang profesional dan pendidikan berbanding kaum lain. Semuanya diluahkan oleh Che Det dalam bukunya itu. Namun segalanya hampir berjaya ditebus kembali, dimulai dengan Tun Abdul Razak dan kemudiannya diperkasakan oleh Che Det sendiri semasa menerajui kerajaan.

Mungkin ramai yang masih ingat bagaimana risaunya kaum bukan Melayu semasa Che Det mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kerana ketebalan semangat kemelayuannya sehingga beliau pernah digelar ‘Malay Ultra’. Bahkan nombor 4 dianggap ‘suwey’ oleh orang Cina memandangkan Che Det adalah Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan orang Cina beranggapan bahawa keselesaan mereka akan bakal tergugat. Di zaman pentadbiran Che Det juga kurang kedengaran suara-suara sumbang yang menyentuh mengenai hak Melayu dan perkara-perkara yang telah sedia termaktub dalam perlembagaan.

Namun kini semakin ramai yang berani mempersoalkan bukan sahaja hak Melayu, bahkan agama Islam dan bahasa Melayu juga seolah dipermainkan secara terbuka oleh kaum bukan Melayu. Tiga perkara yang diketahui umum sangat sinonim dengan orang-orang Melayu sejak zaman Kesultanan Melaka telah dipersoalkan tanpa rasa bersalah oleh kaum bukan Melayu di Malaysia. Aku tidak tahu bagaimana perasaan Che Det sekarang, adakah sama sebagaimana semasa beliau menulis The Malay Dilemma. Namun apa yang dapat aku katakan bahawa hari ini orang Melayu telah menghadapi satu lagi dilema. Satu Dilema Melayu yang kini terpendam dengan api kemarahan. Lupakan soal politik, kerana Dilema Melayu yang baru ini lebih besar daripada bicara politik dan ianya seakan ‘gunung berapi’ yang hanya menunggu masa untuk meletus.
Rata-rata orang Melayu yang aku jumpa akhir-akhir ini telah melahirkan rasa tidak puas hati dan dendam yang membara. Mereka rasa dikhianati. Mereka rasa tercabar. Mereka rasa seolah-olah didesak sehingga ke tahap kesabaran yang semakin menipis. Mereka merasakan ada spesis manusia yang wujud di Malaysia hari ini tidak lagi tahu mengenang budi. Tidak lagi tahu berterima kasih. Tidak lagi tahu menghormati. Kaedah menangani dan penyelesaian yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin Malaysia tidak kira di pihak kerajaan atau pembangkang telah menambahkan lagi kepedihan luka yang sedia terguris dalam diri orang-orang Melayu. Sikap mendiamkan diri orang-orang Melayu telah diperlekehkan dengan sewenang-wenangnya oleh pemimpin Malaysia. Silent protest dikalangan orang-orang Melayu sudah semakin sukar untuk dibendung dan dikawal.

Pemimpin Malaysia hari ini seolah-olah telah melupakan bahawa orang Melayu merupakan penduduk dominan di negara ini. Pemimpin Malaysia juga lupa bahawa bersandarkan kepada faktor dominan orang Melayu itulah, maka sebarang perkara yang mengancam dan memudaratkan mereka pasti akan memberi kesan yang besar kepada negara. Dilema Melayu secara tidak langsung merupakan dilema Malaysia. Orang Melayu adalah ‘jantung’ kepada negara ini. Malaysia tidak akan aman, maju dan makmur sekiranya terdapat barah yang sedang memakan jantungnya. Usaha yang bersungguh-sungguh perlu dilakukan segera untuk merawat barah yang semakin merebak ini. Jika sesuatu kaedah penyelesaian tidak dilaksanakan segera, maka kita akan dapat menyaksikan sekali lagi pengulangan sejarah yang sudah pasti tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan kepada negara.

Wednesday, November 19, 2008

Sifat Mengalah Yang Disalaherti

Kebelakangan ini orang bukan Melayu kelihatan semakin berani mempertikaikan apa jua perkara yang bersangkut paut dengan orang-orang Melayu. Mungkin juga keberanian itu didorong oleh sifat yang dimiliki dan ditunjukkan oleh orang Melayu itu sendiri. Sikap orang Melayu yang telah disalah anggap sebagai kelemahan dan rasa rendah diri orang-orang Melayu telah diambil kesempatan oleh orang bukan Melayu untuk memenuhi kehendak mereka. Desakan demi desakan dapat dilihat kini oleh orang bukan Melayu terhadap orang Melayu yang berkemungkinan bakal mengundang musibah.

Salah satu aspek sikap orang Melayu yang terkenal ialah sifat sopan santun dan tidak suka menonjolkan diri. Dunia orang Melayu penuh dengan golongan bangsawan yang tidak dapat dipisahkan daripada raja dan para pembesar. Orang Melayu lebih suka mengalah dan memberi hormat yang merupakan salah satu asuhan turun temurun sebagai tanda bersopan santun. Sudah menjadi satu kebiasaan bagi orang Melayu untuk mengundur ke tepi bagi memberi laluan kepada orang lain. Bahkan mereka juga akan menunduk untuk menunjukkan tanda hormat. Manakala orang Melayu yang diberi laluan itu juga akan menunjukkan rasa hormat kepada orang yang memberi laluan dengan menundukkan diri semasa berjalan. Masing-masing menunjukkan budi bahasa yang tinggi dan inilah sikap orang Melayu yang telah diwarisi sejak zaman berzaman.

Namun nilai budi bahasa yang tinggi itu tidak dihormati oleh orang bukan Melayu apabila mereka datang ke Tanah Melayu. Orang-orang Cina dan India yang datang dari negara yang penduduknya sangat ramai, tidak begitu mengambil berat tentang tingkah laku dan sopan santun. Mereka hanya tahu menghormati umur dan kekayaan semata-mata. Mereka tidak mahu cuba untuk memahami kebiasaan mengalah orang-orang Melayu. Mereka tidak menganggap bahawa amalan budaya Melayu ini sebagai suatu petanda asuhan yang baik. Tidak wujud kekaguman dalam diri mereka dan kerana itulah mereka merasa tidak perlu meniru mahupun mengamalkan budaya itu. Orang bukan Melayu merasakan mereka sangat istimewa kerana boleh berbuat sesuatu yang tidak boleh dilakukan oleh orang-orang Melayu.

Bagi orang Melayu pula, orang bukan Melayu boleh dikecualikan kerana mereka tidak tahu adat Melayu dan mereka tidak patut dipersalahkan. Orang bukan Melayu selalunya diberi keistimewaan dan tidak diharapkan untuk menyesuaikan diri. Mereka dibenarkan berkata atau berbuat sesuatu yang dianggap kurang ajar atau kurang sopan oleh orang Melayu. Malahan orang Melayu tidak akan berkata apa-apa, apatah lagi untuk menegur sikap kurang sopan orang bukan Melayu kerana tidak mahu memalukan mereka. Orang bukan Melayu dianggap sebagai tetamu di negara ini dan memalukan tetamu adalah perbuatan yang buruk dalam budaya masyarakat Melayu. Rentetan itulah maka orang bukan Melayu tidak pernah mahu memahami dan sentiasa mencari jalan untuk berkonfrantasi dengan orang Melayu kerana menganggap sikap mengalah orang Melayu itu akan memberi keuntungan kepada mereka.

Hakikatnya orang bukan Melayu tidak tahu bahawa sifat sabar yang selalu dipaksakan oleh orang Melayu kepada diri sendiri bukanlah suatu kelaziman. Selalunya akan wujud pergolakan dalam hati sanubari orang-orang Melayu. Pergolakan yang wujud dalam diri orang Melayu ini akhirnya pasti akan diluahkan. Apabila berlakunya pertembungan antara nilai diri yang telah dipupuk sekian lama dengan desakan mengenai hak yang semakin tercabar, maka akan wujud konflik dalam diri orang Melayu sehingga ke suatu tahap yang sukar untuk dikawal lagi. Tekanan dan kongkongan terhadap diri orang-orang Melayu akan dilepaskan. Sifat orang Melayu yang pemalu dan merendah diri akan berubah menjadi sesuatu yang mungkin tidak akan disukai oleh orang bukan Melayu.

Walaupun peradaban dan ketamadunan Malaysia sedikit sebanyak telah menundukkan orang Melayu yang berupaya menyimpan dendam dan dapat mengawal perasaannya dengan lebih baik; namun orang bukan Melayu tidak harus melupakan bahawa sikap AMUK masih menjadi sebahagian penting daripada sifat peribadi orang-orang Melayu. Satu sifat asas dalam perwatakan Melayu yang tidak wajar didesak atau diperlekehkan dan perlu diberi perhatian khusus oleh orang bukan Melayu. Kini ada banyak cara untuk mengamuk dan diharapkan orang bukan Melayu di Malaysia hari ini berhati-hati dengan segala tindakan agar konflik kaum tidak akan sampai ke tahap itu.

Tuesday, November 18, 2008

Gambar Insiden Pergaduhan Mesyuarat Umno Bahagian Seremban

Sebelum ni ada yang mengatakan aku buat fitnah bila aku menulis artikel berkenaan insiden yang berlaku dalam Mesyuarat UMNO Bahagian Seremban baru-baru ni. Sekarang aku sertakan bukti gambar daripada China Press dan Nan Yang Siang Pow. Lu tengok dan lu pikir la sendiri...

Gambar 1: Sham Lombong (bulatan merah) yang kononnya bertindak selaku pengawal keselamatan dikelilingi oleh para perwakilan yang meminta Mohd Fadhil Kamaruddin (bulatan biru) untuk meneruskan pertanyaan beliau kepada wakil pemerhati Majlis Tertinggi, Rahim Tamby Chik.

Gambar 2: Perwakilan melindungi Mohd Fadhil Kamaruddin dari Sham Lombong (tidak kelihatan) bagi memberikan peluang untuk Mohd Fadhil bercakap.

Gambar 3: Anak Sham Lombong, Nizar bin Samsuddin (bulatan merah) dan abangnya Nazri bin Samsuddin (bulatan biru) menyerang salah seorang perwakilan.

Gambar 4: Kelihatan perwakilan Samsor Zainal (bulatan merah) yang diserang oleh Nizar bin Samsuddin.

Gambar 5: Salah seorang perwakilan (bulatan merah) telah ditumbuk curi oleh Nizar iaitu anak kepada Sham Lombong semasa beliau cuba untuk meleraikan pergelutan yang berlaku dan kemudiannya menyaksikan perwakilan tersebut di tarik oleh pengawal keselamatan.

Gambar 6: Anggota polis dan para perwakilan lain menenangkan perwakilan iaitu Abdul Halim Lokman yang telah ditumbuk curi oleh Nizar.

GAMBAR 7: Insiden pergaduhan kedua tercetus selepas hampir 10 minit dari insiden pertama berpunca dari anak Sham Lombong (bulatan hitam) bernama Nazri (bulatan merah) yang mengeluarkan kata-kata kesat seperti "Babi" dan "Pukimak" kepada perwakilan dan seterusnya telah menimbulkan kemarahan kepada para perwakilan.

GAMBAR 8: Yusop Hermainshah, Ketua UMNO Cawangan Sikamat memberikan usul terima kasih kepada Pengerusi Tetap kerana menangguhkan Persidangan UMNO Bahagian Seremban.

GAMBAR 9: Kedudukan 3 orang ahli jawatankuasa (bulatan kuning) yang mendakwa Sdr Mohd Nor bin Awang dan Sdr Shahrul Ehsan bin Othman (dalam kotak biru) telah memberi isyarat kepada perwakilan untuk memulakan kekecohan dan pergaduhan. Ahli jawatankuasa itu adalah Yaakop bin Derja Sujut, Kamaruddin bin Kassim dan Abd Ghani bin Daud. Dakwaan mereka jelas meragukan dan berunsur fitnah kerana berdasarkan kedudukan di pentas, mereka pasti tidak boleh nampak apa-apa sebagaimana dakwaan mereka isyarat telah dibuat oleh Sdr Mohd Nor bin Awang dan Sdr Shahrul Ehsan berdasarkan pandangan mereka yang terhalang oleh ahli jawatankuasa yang duduk di antara mereka.

Kepada MB N9 dan Ahli Parlimen Rembau

Rasanya dah lama aku dengar Projek Rangkaian Paip Pembentungan Seremban, Negeri Sembilan yang bernilai RM98.88 juta ni dikendalikan oleh Satriadesa Corporation. Tak silap aku sejak 2006 lagi projek ni dah berjalan tapi masik tak setel-setel lagi. Bayangkan depan rumah di kawasan taman perumahan digali macam nak buat terowong. Kemudian air mula bertakung macam kolam ternakan nyamuk. Ada penduduk yang pernah mendakwa ternampak ular berlingkar dalam salah satu lubang tapak projek tu. Beberapa projek yang dah siap ditinggalkan begitu saja keadaan jalan yang rosak teruk tanpa dibaiki. Kawasan padang dah jadi macam tempat kerbau berkubang dan kawasan sekitar jadi berdebu bila cuaca panas. Bila hujan pula, jalan jadi berlopak dan berlumpur disebabkan lubang yang ditinggalkan. Sekarang projek ni kelihatan seperti terbengkalai dan amat menyusahkan penduduk sekitar taman perumahan di sekitar Senawang. Kebanyakan kawasan yang terlibat dalam projek ni terletak di DUN Paroi yang juga di bawah parlimen Rembau. Ketua Bahagian UMNO Rembau adalah Menteri Besar NSDK dan Ketua Pemuda Bahagian UMNO Rembau adalah Ahli Parlimen Rembau. Masa berkempen di Senawang dulu, MBNS dan MP Rembau tak nampak ke projek terbengkalai ni? Takkan nak tunggu PRU 13 baru nak ambil tindakan. Macamana nak menangi hati orang Paroi semula? Buat semak je...kasi setel la!














sumber amkns

Monday, November 17, 2008

Shahrizat Jalil Tersepit...

Hampir keseluruhan 191 bahagian Umno telahpun bermesyuarat.Dapat kita lihat telatah para pemimpin yang tamak dan tidak berpendirian seolah-olah hilang pedoman dan maruah di dalam mengejar impian dan mengejar cita-cita untuk menjadi pemimpin-pemimpin penting dalam Umno.

Bagi jawatan presiden,Pak Lah masih ingin meneruskan kepimpinannya sehingga Mac 2009.Apa yang tersurat dan tersirat hanya dia sahaja yang mengetahuinya.Tetapi kebanyakan orang mengatakan bahawa sikapnya itu adalah semata-mata untuk melindungi menantunya (Khairy Jamaluddin) sahaja.Kalau alasannya untuk memastikan semua perancangan bagi menubuhkan suruhanjaya Kehakiman dan Suruhanjaya Rasuah rasanya segalanya boleh diselesaikan menjelang akhir November 2008.Kalau tak pun,Najib boleh meneruskannya.

Jika kita lihat senario yang berlaku sekarang,daripada 8 bahagian yang terdapat di Negeri Sembilan,KJ hanya mendapat 2 pencalonan sahaja itupun daripada bahagian Tampinyang diketuai oleh sepupunya sendiri (Shaziman Mansor) dan Bahagian Rembau(bahagiannya sendiri) hanya disebabkan kecekapan orang-orangnya mencadang,menyokong dan menutup pencalonan dengan cepat tanpa memberi peluang orang lain untuk membuat pencalonan.Khir Toyo pulak,cukuplah dengan peluang yang diberi yang mana untuk memimpin negeri sebesar Selangor pun beliau gagal inikan pulak untuk memimpin Pemuda Seluruh Malaysia.

Bagi jawatan Timbalan Presiden,semua orang tahu salah seorang peminat Shah Rukh Khan.Silap-silap,lepas ni bintang filem Tamil pulak yang dapat Datuk.Ramai juga mengatakan Ali Rustam ni hanya menyambung apa yang telah dirancang oleh Rahim Tamby Chik yang terlucut gelarannya.Yang sorang lagi,masa jadi MB dulu pun tidak tahu salah ke tak membawa duit tanpa memaklumkan kepada pihak berkuasa negara lain,masih ada hati nak memimpin.Macam mana nak suruh pengikut betulkan diri kalau diri sendiri pun tak betul.

Dalam kes Wanita pulak,dah berkali-kali diberitahu peralihan kuasa akan dijadualkan pada bulan Jun 2009 masih jugak mendiamkan diri apabila dicalonkan sebagai Ketua Wanita daripada bahagian-bahagian seluruh Malaysia kononnya kehendak akar umbi.Hanya selepas diputuskan di peringkat exco Wanita Umno Malaysia barulah akur itupun kat luar belum tentu boleh akur lagi tu.Nampaknya Sharizat kenalah pilih sama ada melawan Rafidah Aziz yang belum tentu boleh dimenanginya ataupun melawan Kamilia Ibrahim yang telah bersedia untuk mencabar sesiapa sahaja.Inilah akibatnya orang yang tamak dan tidak ada pendirian.Hanya mengampu,mengampu dan mengampu sahaja........lu fikirlah sendiri.....

Sunday, November 16, 2008

Melayu pendatang satu pemesongan fakta

KEBELAKANGAN ini banyak benar pihak yang menyoal siapakah Melayu? Apakah Melayu? Dari mana asalnya mereka? Penduduk asalkah mereka di negara ini? Ataupun, sekadar pendatang? Hakikat persoalan ini timbul sejak sekian lama dahulu tidak disangkal lagi. Pelbagai kajian, dari segala sudut pandangan dan perspektif, bahkan metodologi digunakan, untuk merungkai satu pertanyaan yang penulis kira sebenarnya begitu mudah dan jelas.

Sungguhpun demikian, peralihan masa, perubahan landskap politik dan atas kepentingan-kepentingan yang tertentu, sesuatu yang kelihatannya tidak seharusnya timbul, ditimbulkan semula. Penulis tertarik untuk tampil menghuraikan beberapa perkara yang berkaitan dengan Melayu.

Sejarah bangsa Melayu sudah cukup lama. Dua konan Melayu teragung, Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah memerihalkan dengan cukup jelas banyak perkara yang bersangkutan dengan Melayu. Ia ada dibuat secara langsung, dengan menerangkan dan memberikan gambaran-gambaran secara terperinci, manakala sesetengahnya perlu dirumuskan dahulu untuk kita memperoleh maklumat yang lengkap, yang lebih menyeluruh.

Terbentuknya Kerajaan Melayu Melaka merupakan satu hal yang sukar ditolak. Seandainya, digunakan premis mudah menyatakan karya sastera seumpama Sejarah Melayu, yang bukannya sebuah penulisan sejarah secara mutlaknya, merupakan cereka yang mudah dinafikan kebenarannya, catatan sejarah Kesultanan Melayu Melaka tercatat lebih daripada itu.

Banyak buku yang non kreatif, yang bersifat kajian atau penyelidikan - sekiranya konan Sejarah Melayu dikatakan sebuah karya separa kreatif atau kreatif - membuktikan bahawa Kesultanan Melayu Melaka wujud dan amat gilang-gemilang. Pemerintahannya teratur, hubungan dagang dan diplomatiknya dengan dunia luar luas, termasuk hubungannya dengan Kerajaan China yang dikenali besar dan tertua.

Dalam hal ini, Hashim Hj. Musa (Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia: Menghadapi Globalisasi Barat, Penerbit Universiti Malaya, 2004) memetik Liang Liji (1996), menyentuh hubungan Empayar Melaka-Dinasti Ming Abad ke-15, yang menurutnya, "Hubungan antara China dengan alam Melayu sudah lama wujud, iaitu sebelum permulaan tahun Masihi sejak zaman Dinasti Han (140-117S.M). Semasa pemerintahan Sun Quan (222-252 M), dua orang utusannya telah melawat Funan dan negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu, dan mengadakan hubungan diplomatik dengan mereka."

Catatan ini jelas akan kewujudan Kerajaan Melayu Melaka. Bukti ini penting untuk dikaitkan kemudiannya dengan Melayu, yang apakah hubungannya dengan bangsa pendatang.

Terbukti

Orang-orang Melayu dengan itu terbukti jelas sudah pun mendiami Melaka, dan semua wilayahnya. Melaka diketahui umum berada di Alam Melayu atau disebut juga Malay Archipelago. Alam Melayu meliputi kawasan luas seluruh Nusantara.

Hashim Hj. Musa memetik tulisan Sinom Elegant, A Pyrrhic Victory: The Asian Millenium, Far Eastern Economic Review, Jun 10, 1999 yang menyatakan, "Five centuries ago Malacca hosted 2,000 ships each day, as many as crowd in modern-day Singapore, which boast of being one of the three busiest ports (in the world)…it was a place where Gujratis, Tamils and Bengalis from India lived and traded in cure harmony with Malays, Chinese and Arabs; a city of 100,000 where 84 languages could be heard in the markets. The Malay sultans who ruled Malacca ensured that the Straits (of Malacca) was free from pirates. Goods could be stored safely in hundred of well-guarded godowns, and in case of disputes, the city's law were administrated fairly to both Malaccans dan foreigners (hlm. 136)

Orang-orang Melayu bukan sahaja gemilang di Melaka, malahan bertebaran di seluruh kawasan Nusantara. Dengan yang demikian, tanpa diragukan lagi merekalah yang telah menjadi penduduk asalnya.

Bangsa Melayu telah membina tamadun dan peradaban yang tinggi. Sehubungan dengan ini, penulis suka memetik pandangan A. Aziz Deraman (Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia) yang berbunyi, "Sejarah ketamadunan Melayu yang panjang meninggalkan pusaka kebudayaan yang amat tinggi mutu dan nilainya. Sebagai tamadun yang tinggi, dunia menyaksikan suatu kronologi peradaban yang bermula dari prasejarah menempuhi zaman Seriwijaya, Majapahit, Campa, dan memancarkan cahaya kegemilangannya pada zaman kerajaan Melayu Melaka pada abad ke-15. Melaka sebagai empayar besar, berpengaruh di seluruh Tanah Melayu dan di Sumatera, bertindak sebagai pusat perdagangan antarabangsa yang menghubungkan Barat dengan Timur, pusat penyebaran ilmu, serta disegani oleh semua."

Jelas, catatan tentang Melaka sudah cukup mantap untuk dijadikan bukti kukuh akan kewujudan tamadun dan peradaban Melayu itu. Dengan keterangan di atas, wilayah Melayu itu diketahui luas, sebagaimana yang disebut lebih awal, ia meliputi wilayah yang dinamakan Nusantara.

A. Aziz Deraman selanjutnya menghuraikan, "…bahawa bangsa rumpun Melayu dilandasi oleh ketentuan identiti wilayah ini sebagai Alam Melayu. Wilayah itu jugalah menyerlahkan entiti geografi dan kebudayaan yang satu dengan pengalaman sejarah yang hampir serupa. Apa-apa sahaja nama yang diberikan kepadanya Yavadwipa, Golden Chersonese, Malay Archipelago, Tanah Jawi atau segala nama kuno merupakan petanda wujudnya kesatuan, keutuhan wilayah budaya, dan kewujudan sesuatu entiti dengan struktur dalamannya jelas bersifat Melayu."

Melayu di sini juga harus difahami bukan dalam konteks ras atau kaum. Melayu itu juga bukan lagi satu etnik. Melayu sudah mencakupi satu entiti budaya. Konsep Melayu ialah konsep budaya dan entiti budaya itu. Ia tidak bergantung pada kapasiti ras, etnik atau kaum lagi.

A. Aziz Deraman mengakui, bahawa dari segi fizikal atau rupa bentuk Melayu itu sudah berubah, "Bangsa serumpun Melayu tidak lagi dapat diasaskan pada biologi kerana mungkin sebagai individu kita tidak lagi memiliki seratus peratus darah warisan asli. Kewujudan bangsa terlihat dalam dunia kesarjanaan sebagai satu unit sosiobudaya dengan segala sempadan sejarah dan ketamadunannya…". Hal ini biasa, sementelahan ia berlaku dalam wilayah yang luas, dan kemunculan pelbagai suku dari daerah yang bertaburan itu.

Berasal

Logik bahawa orang-orang Melayu berasal dari pulau Sumatera atau kepulauan lainnya sebagai contoh, sekali gus merupakan logik yang tertolak, dan dangkal. Mereka sebenarnya bergerak atau 'mengalir', tentunya dari satu penempatan ke satu penempatan, dari satu daerah ke satu daerah yang lain, atau dari satu wilayah ke satu wilayah yang dipilihnya. (Realiti ini tidak ubahnya sebagaimana keadaan penduduk dari Kelantan, pada masa kini mengalir ke Terengganu, Pahang bahkan hingga ke Rompin atau ke Kedah dan Perlis di sebelah utara yang membentuk pengaliran atas kapasiti rakyat negara ini. Mereka bukan pendatang.)

Namun, pergerakan atau pengaliran ini masih di dalam satu lingkungan yang sama, yakni Alam Melayu tersebut. Ia berlaku atas pelbagai faktor, antaranya perkahwinan. Disebutkan bahawa setelah Islam datang ke Melaka, dan Melaka menjadi pusat pengembangan Islam yang sangat disegani, berlakulah perkahwinan antara penghuni wilayah-wilayah ini. Pergerakan dan pengaliran yang terjadi ini sudah pasti tidak boleh sama sekali dilihat sebagai pergerakan 'pendatang'.

Pendatang tidak menubuhkan kerajaan. Sejarah kemasukan beberapa etnik ke negara ini sejak zaman-berzaman, yang pada pendapat Hashim Hj. Musa dikatakannya berlaku dalam dua gelombang besar, iaitu pada era pra penjajah dan pada zaman penjajah masih disifatkan sebagai pendatang. Ini disebabkan mereka tidak membentuk atau menubuhkan kerajaan. Mereka mungkin sudah mengasosiasikan diri ke dalam kelompok masyarakat setempat. Sifat asosiasi itu memungkinkan status mereka berubah sehinggakan mereka kemudiannya diterima sebagai Melayu. Definisi Melayu dalam Perlembagaan pula jelas diketahui umum.

Perkara 160, mentafsirkan "Melayu ertinya seseorang yang menganut agama Islam, lazim bercakap Bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu" (Perlembagaan Malaysia, 1986).

Menyifatkan Melayu sebagai pendatang merupakan satu pemesongan fakta yang terang-terangan tidak berasas. Menyamakan keberadaan mereka di dalam lingkungan wilayah mereka sendiri dengan pergerakan etnik yang lain adalah satu pendustaan kebenaran sejarah ketamadunan dan peradaban yang tidak seharusnya diperkotak-katikkan. Ia kelak akan memberi senario yang salah, dari sudut apa-apa pun, tentang penduduk asal Alam Melayu ini. Orang-orang Melayu itu difahami sebagai latar belakang kebudayaannya amatlah besar, wilayahnya yang bertaburan luas, mereka mungkin daripada suku keturunan yang berlainan, ada Minang, ada Aceh, ada Jawa dan ada Bugis, atau lain-lainnya. Tetapi, merekalah Melayu, Melayu yang sangat luas pengertiannya, dalam konsep entiti budaya itu.

Bersandarkan hakikat bahawa Alam Melayu didiami sejak zaman-berzaman, kepelbagaian suku yang mewarna-warnikan kebudayaannya, kedudukan Melayu sebagai bangsa yang bertamadun serta tinggi peradabannya, melihatkan pembentukan kerajaan-kerajaannya, bukti kewujudan Kesultanan Melayu Melaka yang besar di abad ke-15, sejarah pengaliran umatnya yang bertali arus menjejari wilayahnya, dan pengertian Melayu menurut peruntukan Perlembagaan sangat jelas membuktikan bahawa Melayu bukanlah pendatang. Ia tidak menepati sama sekali ciri-ciri atau sifat watak kependatangan itu.

Penulis Lim Swee Tim

Wasiat Raja-Raja Melayu pada 31 Ogos 1957

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan selamat sejahtera”.

“Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, Persekutuan Tanah Melayu (sekarang adalah Malaysia)”.

“Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

“Bagi menjaga kamu dan melindungi anak-anak kamu, harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara”.

“Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini”.

“Kami tetapkan Islam ialah agama Persekutuan”.

“Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan

“Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Kepentingan Sah Kaum-Kaum Lain (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)”.