Saturday, February 21, 2009

Ceramah BN Boring, Pembangkang jugak yang BEST

Malam semalam den dengan kengkawan gi dongar ceramah PKR di Ampangan, Seremban.

Wakil Rakyat Paroi, Sikamat, AP Balik Pulau, Ketua AMK adalah antara pemimpin pembangkang yang memberi ceramah.

Seperti biaso, agak ramai yang datang. Anggaran den malam tadi lebih kurang 400 ke 500 orang. Anggaran je tu.

Sejak zaman Che Det pun, iaitu semasa pembangkang belum banyak kerusi macam sekarang, ramai jugak orang yang datang dengar ceramah pembangkang.

Termasuk la den dengan kengkawan yang selalu jugak menjadi pendengar setia.

Bukan apo, sobab dengar ceramah pembangkang ni best.

Tak macam ceramah BN yang bosan dan mendatar kerana asyik cerita fakta semata.

Tapi kalau ceramah pembangkang, siap ado kutuk-kutuk, ado sindir-sindir, ado maki hamun, ado golak-golak. Tu yang buat hadirin teruja sesangat tu.

Tak kisah la fakta eh botul ko tidak.

Sehinggakan OKU pun boleh dijadikan bahan lawak. Masa bersama dulu, bukan main lagi ditatang OKU tu. Bilo dah beralih arah, habis dikutuk dan dicincang.

Apo sajo yang terhambur dari mulut maso ceramah tu dah tak peduli. Yang ponting hadirin raso terhibur dengan gelak ketawa.

Sensitiviti tak penting dan bolehlah dicampak ke dalam longkang.

Dan malam semalam den dapek tau fakta baru iaitu penduduk Negeri Sembilan dikatokan ado 50 juta orang.

Bukan den yang cakap..tapi pemimpin pembangkang yang cakap maso ceramah.

Ontah mano la dio dapek fakta tu.

Hantam la labu..

Tapi sebonar eh den tunggu penceramah bercakap soal bagaimana nak pulihkan ekonomi negara.

Den lotih la nak dongar cerito politik tak habih-habih ni.

Kito ni boleh hidup dengan politik saja ke?

Bilo lagi pembangkang nak bersama kerajaan untuk mencari penyelesaian kemelut ekonomi?

Masa ni la nak tunjuk kepada rakyat yang pembangkang pun punya kehebatan dalam menangani krisis.

Bukan hanya banyak idea mengutuk dan menghentam saja.

Sehinggakan pembangkang sangat sinonim dengan politik 24/7.

Bilo lagi nak tengok pembangkang buat kerja untuk rakyat?

Mengutip derma setiap kali ceramah hanya dapat menyelesaikan masalah ekonomi penganjur majlis saja.

Bukannya dapat selesaikan masalah ekonomi rakyat.

Setakat teriak "ekonomi rakyat" kuat-kuat, den pun boleh buat.

Tapi hairan jugak den.

Tiap kali ceramah pembangkang, penganjur mesti collect duit daripada orang ramai.

Konon-konon nak tunjuk zuhud, parti kekurangan duit dan perlukan sokongan rakyat.

Tapi bila waktu pilihanraya, banyak pulak duit.

Jumlah poster dan fliers pun mengalahkan BN. Itu tak termasuk dana untuk baju para jentera, kereta sewa, makanan etc.

Pelik bin Ajaib.

Sebelum den terlupo, nak bagitau yang kutipan semalam kok tak silap den dongar dapek la lebih kurang RM600 lobih. Harap-harap bulih la ringankan beban tuan rumah@penganjur majlis.

Tak pun duit tu boleh buat topup dalam kempen PRK nanti.

Memerintah negeri yang kaya raya..tapi masih nak kutip derma.

Dunia..dunia!

9 comments:

  1. Ha ha ha, penduduk NS 50 juta???

    Itulah lain kali anak anak semuo jangan buang masa poi dengor ceramah PKR tu. Tumpang dapat dosa sahaja.

    Kalau biarkan sampai subuh pun mereka boleh bercakap sebab itulah kepakaran mereka. Trade mark PKR dan Pembangkang di Malaysia ini, khasnya Pembangkang Melayu.

    Maki hamun mesti ada, sebab tak sah kalau tak hentam, tak caci..tapi sebelum tu Solat Jemaah Isyak dulu.

    ReplyDelete
  2. den paneh miang pun bodoh seangkatan BN. Ceramah Barisan Najis mana ada fakta dan kualiti. Abis2 pakai talian hayat isu bela melayu dan angkat istana. OKU pun dah BN ambik jadi member talian hayat. Kalau lombu tu lombu jugak paneh miang ooi. PU13 nanti tukar baru kau tahu

    ReplyDelete
  3. aku dongar radio ikim dlm pkl 9.30 mlm 19.2.09 mlm jumaat, ust tu ckp fitnah dibolehkan kalau blh membawa kebaikan!!?? Kalau Botul ko ustad ni? Kalau cmtu zina, syirik, derhaka mak bpk, dibuleh kan la kalau bawak kebaikan?? Lain mcm yo tazkirah ustad tu. Elok dipantau ustad tu. Taufik yg kojo ikim tu peghatikan ustad tu!

    ReplyDelete
  4. Fakta Isu Kerajaan Negeri Perak
    Posting pada: 07-02-09 19:54 Fakta yang dihebahkan:
    1. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak memberi tanah status hak milik kekal kepada 11 orang penduduk cina di Grik.

    2. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak memberi tanah kepada 9 buah sek. cina di Perak. Fakta yang disembunyikan oleh media massa arus perdana: 1. Kerajaan Perak dibawah Umno dahulu telah menghentikan bantuan kepada sekolah agama rakyat (SAR) di Perak yang berjumlah RM 1.3 juta semasa mahathir jadi PM. Bantuan ini tetap dihentikan even after paklah took over PM office.

    3. Beberapa hari sebelum kerajaan Pakatan Rakyat Perak memberi tanah kepada 11 orang penduduk cina di Grik, kerajaan pakatan telah memberikan tanah pertanian berstatus tanah hak milik kekal seluas kira-kira 400 hektar kepada 320 orang petani melayu-Islam di kampung tersusun (juga di Grik, Perak).

    4. Kerajaan negeri Perak bawah Pakatan Rakyat telah mengembalikan semula bantuan kepada 18 buah SAR (9 sek menengah, 9 sek ren) berjumlah RM 1.3 juta yang mana telah dihentikan semasa pemerintahan kerajaan negeri Perak di bawah Umno.

    5. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak memberi tanah berstatus tanah pajakan selama 30 tahun kepada 9 buah sek. cina di Perak kerana kerajaan negeri sedar bantuan sebanyak RM 30 ribu setahun kepada 9 buah sekolah terbabit (bukannya 30 ribu untuk setiap sekolah, tetapi 30 ribu untuk 9 buah sek) adalah sangat tidak mencukupi. Tanah yang diberikan itu dicadangkan supaya dibangunkan dengan tanaman kelapa sawit yang mana hasilnya nanti dijual & kutipan hasil jualan tersebut bakal digunakan bagi urusan pentadbiran sek2 terbabit. Bantuan RM 30 ribu dari kerajaan negeri kelak akan dihentikan apabila tanah tersebut mula mengeluarkan hasilnya (dijangka selepas 5 tahun)

    6. SAR di negeri Perak juga di dalam proses menerima tanah2 sepertimana sek2 cina dan bakal menggunakan konsep yang sama ditanam dengan tanaman kelapa sawit. Kaedah & konsep memberi tanah kepada sek. cina ini telah diapplikasikan di Kelantan di mana kerajaan Kelantan pimpinan tuan guru memberi tanah kepada sek2 cina & dibangunkan dengan tanaman komersial yang mana duit hasilnya digunakan untuk urusan pentadbiran pihak sekolah.

    7. Bukan sahaja sek cina, SAR sahaja yang bakal mendapat tanah, tapi juga sekolah2 tamil di Perak yang diketahui umum uzur juga dalam proses mendapat tanah berstatus pajakan selama 30 tahun.

    Persoalan2 berbangkit:

    1. Kenapa tanah hanya diberi di daerah Grik??

    Jawapan - Kerana pejabat tanah
    Grik membuat kerja dengan cepat & pantas. Sekiranya pejabat tanah contohnya di kuala kangsar ataupun taiping ataupun di Tanjung Malim menyiapkan segala laporan & kertas kerja lebih cepat berbanding pejabat tanah Grik, maka rakyat Perak di kuala kangsar ataupun di taiping ataupun di tanjung malim akan menerima tanah berstatus kekal terlebih dahulu.

    2. Kenapa menjadi tanah berstatus kekal selama 999 tahun??

    Jawapan - Tanah berstatus kekal di Perak bakal memberi pulangan kepada kerajaan negeri sebanyak RM 300 juta setahun apabila penerima2 tanah berstatus kekal perlu membayar primium (charge) untuk nilai tanah terbabit kepada kerajaan negeri....- di pihak rakyat yang menerima tanah berstatus kekal terbabit, mereka boleh menggunakan tanah terbabit sebagai sandaran/cagaran/ bukti untuk membuat pinjaman dari Angkasa (kalau tak silap just untuk pegawai2 kerajaan) atau dari bank since pihak bank hanya menerima tanah berstatus hak milik kekal (status yang kukuh) sahaja sebagai sandaran/cagaran sebelum meluluskan sesuatu pinjaman seperti pinjaman perumahan, pinjaman perniagaan dan etc.

    3. Habislah lepas ini tanah semua jatuh ke tangan cina.

    Jawapan - bila masa tanah jatuh ke tangan cina?? tahukan anda bahawa tanah2 yang heboh di Perak adalah tanah yang "DIUPGRADE STATUSNYA" daripada status tanah pajakan kepada status tanah hak milik kekal. mana-mana rakyat perak yang selama hidup di perak, membina rumah, mengusahakannya dengan kebun di atas tanah status pajakan, maka tanah2 itu semua akan bertukar status menjadi tanah hak milik kekal. Kebaikkan kepada rakyat dengan upgradenya status tanah ini telah diulas dalam point ke-2 di atas...pendek kata, TIADA pemberian tanah tambahan kepada rakyat perak. ianya just PERTUKARAN STATUS tanah menjadi hak milik kekal.

    4. Bagaimana kelak sekiranya kerajaan negeri ingin mengambil tanah terbabit untuk tujuan pembangunan? ?

    Jawapan - Isu ini tidak sepatutnya berbangkit. Hatta tanah berstatus hak milik kekal 99 tahun sekalipun (seperti yang diguna pakai di negeri2 lain) kerajaan negeri/kerajaan pusat mempunyai hak untuk mengambilnya (seperti yang terjadi di selangor, perak, kedah & etc 20 tahun lepas yang melibatkan rancangan pembinaan lebuh raya utara selatan - sekarang lebuh raya dah siap) dengan syarat tanah2 yang diambil itu perlu dibayar pampasan yang setimpal (nilai harga semasa tanah2 terbabit) kepada tuan empunya tanah.

    wallahua'lam

    sumber:

    Berita Harian: DAP bidas akhbar bahasa melayu - berita asal telah didelete elak daripada menjadi pengetahuan umum.

    The Malaysian Bar: DAP bidas akhbar bahasa melayu - salinan kepada laporan berita harian yang telah didelete dengan sengaja.

    Kerajaan Negeri Perak Mengembalikan Bantuan RM1.3 juta Kepada SAR

    ReplyDelete
  5. SALAM PANEH,

    EDEN PUN MACAM KAU JUGAK, GOMA BUEK PANEH KALAU ADO CERAMAH PR DI SEKITAR YANG BERHAMPIRAN.

    EDE BUKAN APO, YANG SOBONAR EEE EDEN GOMA POI MAKAN2 YO KEK GORAI YANG ASO TUH.

    LOBIH2 LAGI KALAU ADO SOP...FUUUH !!!. MENITIK AIR LIUR DEN..!

    PASAL CERAMAH, DAH BIASO RASO EEE..
    POINT... DIO BOTOL DAN KERAJAAN SALAH. ITU YO..

    ReplyDelete
  6. Aku rasa ano 3.04pm ni confuse pasal sar dan sekolah cina ni. Tau ka kenapa kerajaan hentikan bantuan pada sar ni? Semua yang ada dlm sar tu anak melayu beb. Orang Islam semua tu. Tengok la kemudahan, infrastruktur yang ada pasa sar. Sanggup ke tengok anak melayu belajar dgn daif mcm tu. Library kurang buku, makmal tahap bahaya dll. Dah la sblm ni kerajaan salurkan duit, pihak pengurusan sekolah bukan guna untuk upgrade sekolah tu. Dia guna tang lain. Lebih baik tutup sar dan serapkan mereka dalam sekolah2 agama kerajaan. Kan itu lebih baik. Tak la membazir duit tu. Kemudahan lengkap dan anak melayu ni dpt belajar dgn selesa.

    Sekolah cina dpt tanah sawit utk bantu mereka? Bagus la mcm tu. Sjkc dan sjkt dapat bantuan modal dr kerajaan utk byr gaji guru mereka. Lepas tu individu2 cina yg kaya pun sponsor lagi ke sekolah2 tu. Lagi kerajaan pr perak bagi lagi tanah sawit. Untung sungguh org cina dgn india ni.

    Sekolah bantuan penuh kerajaan hanya dpt dana dr kerajaan dan pibg sekolah saja. Mcmana la nak bersaing antara anak Melayu di sek kerajaan dengan cina/india ni semua kalo sekolah cina/india dapat peruntukan lebih banyak. Pikir la sendiri. Adil ka itu mcm?

    400 hektar je tanah yang kampung tersusun seramai 320org tu dapat di perak? 11 cina kampung baru tu dapat berapa? Tak cakap pun. Sembunyi fakta plak ke?

    Sar bakal terima tanah di perak. Bila tu beb? Kenapa bg cina dulu tak bagi kat sar kalo betul la memperjuangkan sar. SKA dah lengkap serba serbi, semua anak Melayu yg belajar disitu. Apa lagi la nak buat sar. Ke sar ni ada agenda tersembunyi?

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  7. ano 3.04, yg buruk2 kek mato kau yg kau cerito kek org, itupun entah iyo ntah tidak! yg cantik2, yg elok2 kau suruk an! KESIMPULAN eh., kau pun samo la!

    ReplyDelete
  8. Kah kah kah

    Memang best ceramah pembangkang

    Kah kah kah

    Sebab ada jual sup

    Kah kah kah

    Aku pun terliur

    Kah kah kah

    Daripada dengar mereka mengarut

    Kah kah kah

    Baik makan sup

    Kah kah kah

    Sup lembu khalid

    Kah kah kah huk huk huk ptuih

    ReplyDelete
  9. Ahhhh...ekou pi dongar ceramah PEROGOL RAKYAT (PR)....Memang la dio cakap ado fakta...Fakta bangang... penyokong dio yo yang bongap-bongap dongar, jenis penyokong sekolah tahap tingkatan tigo yo.

    Pemimpin bohong... semuo dongar... Kalau pemimpin kato anjing tu tak najis pun diorang kato iyooooo la tu. Maklumlah... jenis otak bangang tahap bawah...mampuih...

    ReplyDelete