Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Saturday, February 14, 2009

Anwar vs Najib: Dendam tak berkesudahan

Dulu serupa adik abang ini dua orang masa dalam Pergerakan Pemuda UMNO. Sekarang sudah jadi musuh ketat. Maklumlah, seorang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia dan seorang lagi tengah kempunan sebab tak dapat jadi Perdana Menteri. Patutlah Anwar dendam tak sudah-sudah sebab bekas naib dia dulu lebih handal daripada dia. Dah2 la tu Brader Anwar Bin Ibrahim oii. Terima je qada' dan qadar Allah. Mesti ada hikmah Allah s.w.t. tak bagi kau jadi Perdana Menteri tu.

18 comments:

  1. Najib meneruskan tradisi keluarganya sebagai pemimpin. Anwar pula meneruskan tradisinya sejak muda iaitu 'kaki bangkang'. Apa nak dihairankan...

    ReplyDelete
  2. Salam PM,

    Setuju dgn posting PM ni dan komen DLD. Seperti posting saya juga dalam Politik Conteng-Menconteng.

    Masalahnya, DSA lebih berjaya menconteng orang lain. Memang kemahiran,kepakarannya sebagai seorang keparat.

    ReplyDelete
  3. anuar conteng lain olang itu ploblem lu ka? najib conteng monggol punya amoi.. bukan ploblem? kite sama2 tengok apa motif ini polis lua olang mahu kill itu hantu tuya..apa pasat itu sirul cakap lia kambing hitam..come on silul..lu kasi butut2 cakap..sapa itu olang..wa sudah tau apa celita..wa punya kaki lamai sula celita..wa mau tengok apa macam najib punya menali..agogo ka cha cha ka..hip hop ka..lu olang sama2 tengok..
    err..ada bututka paneh itu bik mama penah lempang najib dalam satu meeting..pasat itu hantu tuya punya kes..bututka..wa x tau.. butut ka tidak..tapi leporter lamai celita ma..

    wee meng tat
    gedohom

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum anakku Paneh,

    Apa penyakit sipolan WMT ni?


    Inilah yang sedihnya..Salah satu Penyakit orang Melayu dari atas se atas atasnya sampai ke bawah bawahnya - DENDAM MENDENDAM.

    Kita mesti ada Pemimpin yang boleh menyatukan kita semua dan bangkit sebagai satu bangsa yang lebih Maju dan Bersatu, InsyaAllah.

    Pemimpin yang benar benar berIman dengan erti kata yang sebenarnya. Bukan mengaku sahaja BerIman dengan mulut dan pakaian.
    Zahir sahaja Islam tap tingkah laku langsung tak Islam.

    WaAllahuAlam.

    ReplyDelete
  5. Ada berita terbaru paneh miang ooi. Sebuah parti haram pada tahun 88 telah melahirkan MB haram dan kabinet exconya. Biasalah lumrah alam. Parti ini juga derhaka pada raja panggil Agong mereka Natang sebab lumrah alam mereka ni Barisan Natang. Parti ini juga bakalnya di kaitkan dgn pembunuh akan bunuh rakyat malaysia dan demokrasi, dalilnya perak.

    ReplyDelete
  6. satu waktu dulu aa..sana itu mana gemencheh ka..ala satu bunuh juga punya kes..tapi itu jam..ha umno bunuh umno..haiya..manyak tragis oo..sana itu pahang mana tempat raub ka...mana..bunuh juga..umno juga..itu kes ada masuk dalam itu btn punya buku ka..najib ada baca itu buku ka..haiya..manyak sedeh oo..sapa punya kelija bunuh itu monggol punya amoi..manyak kejam oo..

    wee meng tat
    gedohom

    ReplyDelete
  7. apa nak hairan....kalau udah kaki spin ala sepet dan satu pula musang...kalau komen memang lari tajuk....aku fikir lebih baik komen macammana peranan mereka untuk pecah belah atau satukan rakyat malaysia....

    ReplyDelete
  8. Anwar memang berhak marah dengan Najib! Najib makan harta rakyat Malaysia terlalu banyak. RM 1juta tak cukup, 2 juta tak cukup, puluh-puluh juta tak cukup, ratusan juta dirembatnya melalui pembelian jet pejuang dan kapal selam russia yang mana si Altantuya menjadi si penterjemahnya.kalau dibiarkan manusia tamak seperti ini menjadi pemimpin, najib akan memunggah seluruh khazanah kekayaan negara untuk habuan diri dan keluarga srta kroninya. Najib akan menggunakan wang untuk membeli kuasa seperti yang dia lakukan di Perak. manusia seperti najib adalah ancaman terhadap negara malaysia tercinta ini. Najib yang penuh najis patut dinyahkan segera dari bumi ini!

    ReplyDelete
  9. anwar pun sama juga. masa dalam umno dulu, dia pun dok belasah juga. ambil contoh adik dia, pencen guru besar sekolah rendah, tapi rumah berjuta-juta harga. ingat magik ka? itu baru seorang dari keluarga dia.

    la ni anwar cuba naikkan imej diri yang dia ni maksum. tak dak kroni, nepotism. haprak punya manusia.

    apasal pilihanraya 1994 dulu, pas dan dap letak calun lawan dia? tiba-tiba la ni, dok angkat dia macam nak rak.

    semua tu politik saja. asalkan anti-bn saja, kira orang tu betul.

    nak kata anwar dah taubat, tak nampak pun. ciri-ciri seorang islam lagi la tak nampak. riak, takbur dan angkuh adalah.

    mungkin najib pun ada kekurangannya tapi dia tak lah mendabik dada macam anwar yang anggap dia seorang saja handal.

    satu lagi, anwar suka perlekehkan orang lain tapi dia tak sedar dia sendiri seorang yang lekeh.

    nak pancing mp bn, ikut sedap dia saja. siap pi ligan ke taiwan lagi. tapi bila kena pada puak dia, siap kena pre-sign surat resign. malu, malu.

    haprak punya orang. tak dak maruah langsung. pulak tu, siap bising sana-sini bn tak ada moral lah etc.

    anwar suka tuding jari pada orang tapi dia buat-buat tak sedar yang ada sepuluh jari yang tuding balik kepada dia.

    ReplyDelete
  10. Umno penderhaka agung

    Jika Umno tidak diserang penyakit 'amnesia' (penyakit mudah lupa) sudah tentu parti tersebut patutnya merasa malu untuk bermain isu derhaka ini. Kerana apa?

    Kerana jika satu jari Umno menuduh Nizar sebagai penderhaka, maka empat jari Umno yang lain sebenarnya sedang menuding kepada Umno sendiri sebagai "penderhaka par excellence" (penderhaka agung).

    Bagaimanakah pemimpin Umno seperti Muhammad Taib boleh dengan tidak malu tumpang sekaki menuduh Nizar sebagai penderhaka sedangkan semua orang tahu beliau adalah "kepala penderhaka" apabila dengan tanpa segan silu sanggup melarikan anak Raja.

    Siapakah yang tergila-gila sanggup berarak untuk membawa Tengku Ibrahim dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu bagi menggantikan Sultan Kelantan? Siapa lagi kalau bukan penderhaka Umno. Mungkin parti itu menganggap mengganti sultan semudah menukar pengerusi JKKK.

    Siapakah yang telah mewujudkan krisis Perlembagaan pada tahun 1983kalau bukan Umno. Kerakusan Umno mempertahankan kuasa telah mendorong Umno mencadangkan satu pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi meminda peruntukkan yang berkaitan dengan kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja serta kuasa Yang DiPertuan Agung untuk mengisytiharkan darurat.

    Krisis perlembagaan 1983

    Pindaan yang dkemukakan pada pertengahan tahun 1983 diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara tetapi Yang di-Pertuan Agong enggan menandatangani rang undang-undang Perlembagaan (Pindaan 1983) tersebut setelah baginda berbincang dengan raja-raja yang lain.

    Pindaan Perlembagaan 1983 tersebut bukan sahaja mewujudkan krisis perlembagaan tetapi buat kali pertamanya selepas Merdeka raja-raja dan pemimpin kerajaan yang dikuasai oleh Umno mengadakan rapat umum untuk menghentam raja-raja. Rapat umum yang dianjurkan oleh Umno telah meletakkan kedudukan raja dipandang hina masyarakat awam.

    Tidak cukup menghina raja-raja pada tahun 1983, Umno sekali lagi dengan rakus bertembung dengan raja-raja pada tahun 1990. Pertembungan tersebut berlaku selepas Umno kalah teruk di Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1990. Mana-mana orang yang tidak buta sejarah seperti pemimpin Umno tentu tidak dapat melupakan bagaimana Perhimpunan Agung Umno pada tahun 1991 menyaksikan kritikan-kritikan yang pedas, tajam, kurang ajar dan tidak beradab terhadap raja-raja Melayu.

    Pihak istana Kelantan dibidas dengan terbuka dan dituduh bertanggungjawab terhadap kekalahan calon-calon BN di tangan calon-calon Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Bukan sahaja Sultan Kelantan dibidas dengan tajam dan pedas, raja-raja lain turut menjadi bahan kritikan dengan pelbagai tuduhan seperti menyalahgunakan kedudukan untuk mendapat kelebihan dan peluang perniagaan, mencampuri hal ehwal pentadbiran dan sebagainya (lihat Far Eastern Economic Review 28/11/1991 m.s. 13).

    Semasa krisis itu juga, media-media massa tajaan Umno membangkitkan kembali krisis beberapa orang Sultan dan Menteri Besar Umno seperti yang berlaku di Perak pada tahun 1997; (Tan Sri Ghazali Jawi enggan meletak jawatan apabila diperintah oleh Sultan Perak mendorong baginda enggan bercukur jambang sehingga Menteri Besar tersebut meletakkan jawatan); dan di Pahang pada tahun 1979 (membabitkan Datuk Rahim Abu Bakar).

    Juara menderhaka

    Kalau tidak cukup bukti-bukti di atas yang secara jelas menunjukkan Umno sebagai juara menderhaka kepada raja, saya ingin membawa para pembaca pula kepada pindaan Perlembagaan tahun 1993.
    Pindaan Perlembagaan tahun 1993 melibatkan isu cubaan Umno untuk menghapuskan imuniti raja-raja. Keputusan Majlis Raja-Raja yang meminta masa untuk mengkaji cadangan pindaan tersebut tidak disenangi oleh Umno. Apa yang berlaku selepas itu seperti mana yang diketahui umum; media-media massa yang dikawal oleh Umno menyiarkan kenyataan tidak bersopan dan beradab beberapa orang Menteri yang mendedahkan apa yang didakwa sebagai salah laku raja-raja dan anggota kerabat Diraja tertentu.

    Mengaibkan raja-raja

    Sekali lagi Umno mengulangi taktik mengaibkan raja-raja seperti mana yang dilakukan semasa krisis Perlembagaan tahun 1983.
    Bersandarkan bukti-bukti di atas, kini sipenderhaka Umno yang sama tanpa segan silu menuduh Nizar pula sebagai penderhaka.

    Ya, memang benar Nizar mengakui telah "menyembah sembah derhaka" semasa beliau diminta oleh Yang Mulia Tuanku Sultan untuk mengundur diri daripada jawatan Menteri Besar Perak. Apabila seseorang tidak bersetuju dengan titah sultan menjadi adat dan bahasa istana seseorang akan menyatakan "hamba memohon untuk menyembah sembah derhaka".

    "Sembah derhaka" bermaksud tidak bersetuju dalam bahasa rakyat. Di dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja Menteri-Menteri Besar saya difahamkan dipanggil "hamba tua" .

    Ini bahasa istana dan nak buat macam mana?

    Jahil bahasa istana

    Malangnya Umno yang jahil dengan bahasa istana menganggap Nizar sebagai derhaka apabila memohon "menyembah sembah derhaka. Naif dan ceteknya pemikiran Umno.
    Nizar memohon menyembah derhaka kepada Yang Mulia Tuanku Sultan kerana beliau berpandangan Sultan tidak mempunyai kuasa memecatnya. Ini kerana berdasarkan Perkara 16(7) Perlembagaan Negeri Perak, secara jelas memperuntukkan bahawa tidak sepertimana ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri yang memegang jawatan dengan kerelaan sultan (at his pleasure) yang membolehkan para exco boleh dilantik dan dipecat oleh Sultan pada bila-bila masa, jawatan Menteri Besar adalah berbeza dengan jawatan exco. Dengan lain perkataan jawatan Menteri Besar tidak dipegang di atas keredaan sultan.

    Menteri Besar seperti Nizar hanya boleh diminta untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar sekiranya beliau telah tidak lagi mendapat kepercayaan (ceases command of confidence) kebanyakan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Perak seperti mana yang diperuntukkan di dalam Perkara 16(6) Perlembagaan Negeri Perak.

    Persoalannya bagaimanakah kaedah untuk menentukan seseorang Menteri Besar itu telah tidak lagi mendapat kepercayaan kebanyakan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri menurut perpektif undang-undang?
    Apa yang berlaku pada kes Nizar ini samalah seperti yang berlaku kepada Ketua Menteri Sarawak pada tahun 1966. Di dalam kes Stephen Kalong Ningkan lwn Tun Abang Haji Openg & Tawi Sli (1966) 2 MLJ 187, Mahkamah Tinggi Borneo telah memutuskan bahawa di bawah Perlembagaan Negeri Sarawak (sama seperti Perlembagaan Negeri Perak) "lack of confidence may be demonstrated only by a vote in the Council Negeri" (kehilangan kepercayaan hanya boleh ditunjukkan melalui undi tidak percaya di dalam sidang Majlis Negeri (sama seperti Dewan Undangan Negeri)).

    Undi tidak percaya

    Oleh itu Nizar mempunyai sebab yang kukuh untuk enggan meletakkan jawatan. Di dalam kes di Perak kekuatan BN dan Pakatan Rakyat sama iaitu masing-masing 28 kerusi. Ketiga-tiga bekas Adun Pakatan Rakyat hanya menjadi Adun Bebas dan bukannya Adun BN. Maka isu sama ada ketiga-tiga Adun berkenaan dikatakan menyokong BN mestilah dibuktikan melalui undi tidak percaya di dalam sidang Dun.
    Terdapat keraguan sepertimana yang diakui oleh SPR sama ada ketiga-tiga Adun ini masih boleh dianggap sebagai Adun kerana terdapat bukti yang kukuh mereka telah meletakkan jawatan sebagai Adun seperti mana surat mereka yang telah ditandatangani dan dialamatkan kepada Tuan Speaker.

    Berdasarkan Perkara 35 Perlembagaan Negeri Perak, surat perletakan jawatan ketiga-tiga Adun tersebut adalah sah. Hatta jika terdapat keraguan sekalipun sama ada ketiga-tiga Adun tersebut masih boleh dikira Adun atau tidak, badan yang boleh menentukan kelayakan ketiga-tiga Adun tersebut hanyalah Dun Perak seperti mana yang diperuntukkan di bawah Perkara 33(1) Perlembagaan Negeri Perak yang secara jelas menyatakan: "Jikalau berbangkit sebarang masalah adakah seseorang ahli Dun itu telah kehilangan syarat menjadi ahli, maka keputusan dewan itu hendaklah diambil dan hendaklah muktamad".
    Dun tentukan status Adun

    Jelas Dun Negeri Perak dan bukannya SPR yang berhak menentukan sama ada ketiga-tiga Adun tersebut masih layak sebagai Adun atau tidak dan keputusan Dun tersebut adalah muktamad. Apa yang malang tatkala Y.M. Sultan melantik Menteri Besar yang baru, Dun Perak masih belum lagi memutuskan tentang status kelayakan ketiga-tiga Adun tersebut. Dalam keadaan tersebut terdapat keraguan yang munasabah sama ada Nizar telah dikatakan hilang keyakinan majoriti ahli-ahli Dun Perak.

    Atas dasar itulah Nizar mempunyai asas yang kukuh di sisi undang-undang untuk memohon kepada Tuanku Y.M. Sultan untuk "memohon menyembah sembah derhaka" untuk enggan meletakkan jawatan sebagai MB Perak. Malangnya "sembah derhaka" tersebut difahami oleh sipenderhaka Umno sebagai derhaka.

    Rasanya tak terjawab dek bloggers dalam paneh ni der...silap2 sendiri yang miang...wahahahaha...

    ReplyDelete
  11. itulah ano..wa mau cakap itulah..ini blogger btn punya macai..

    wee meng tat
    gedohom

    ReplyDelete
  12. hmm ano aku nak pinjam artikel ko..leh?

    ReplyDelete
  13. betul la tu yg dikatakan oleh anon February 15, 2009 4:29 PM.

    bagi kami yg benar tetap kita katakan benar namun yg salah tetap dikatakan salah.

    itulah yg dimaksudkan call a spade a spade.

    masalah muhammad taib itu hanyalah masalah peribadi beliau. takde kena mengena dgn umno. cuba belajar bezakan antara tindakan individu dan parti. contohnya mcm meng tat ni menipu orang dan dia adalah orang Islam, takkan lah kita nak salahkan Islam. mesti kita akan salahkan meng tat sendiri kerana menipu.

    bab tengku ibrahim tu kena tanya orang kelantan sendiri. kami di negeri sembilan hanya tahu perihal raja kami.

    perihal tan sri ghazali pun kena la tanya orang perak. namun kami maklum akhirnya beliau meletak jawatan setelah dinasihati oleh tun hussein. namun dlm kes nizar tiada yang menasihatkan beliau sedemikian, tetapi dihasut lagi utk engkar dan mengemukakan saman.

    krisis perlembagaan 1983 dan 1993 kena faham betul2 apa intipati yg sebenarnya. perlembagaan digubal seharusnya dilihat untuk melindungi institusi raja itu sendiri dan bukannya menderhaka kpd raja. sebab tu tuanku azlan shah yg mahir undang2 itupun tidak kecoh berkenaannya kerana baginda sendiri faham dan sedia maklum manfaat yg dibawa oleh penggubalan itu.

    sekiranya raja terlalu kebal sehingga tidak boleh didakwa, maka akhirnya suatu hari nanti pasti institusi raja itu akan dimusnahkan oleh rakyat seperti yg byk berlaku di negara2 lain. namun raja hanya boleh didakwa di mahkamah khas per181 dan bukannya didakwa sesuka hati.

    memperolehi perkenan raja2 dalam adalah penting utk menggubal undang2 di dewan rakyat. namun masalah yg sering dihadapi oleh dewan rakyat apabila majlis raja2 lambat memberi perkenan. nak kumpul raja2 menghadiri mesyuarat pun satu hal lagi. jadi untuk mempercepatkan proses kemajuan berterusan, maka tindakan tersebut harus diambil. kerana itu pembangkang pun menyokong perkara tsb di dewan rakyat. namun hak eksklusif raja tetap dikekalkan.

    dan jgn dilupa bahawa brader anwar bin ibrahim juga adalah orang yg lantang berbicara mengenai perihal krisis perlembagaan ini semasa dlm kerajaan dahulu. tiada pula dia menentang, malahan menyokong kerajaan dalam isu ini. sekarang baru nak cakap banyak? apa la punya pendirian. mcm lalang.

    lack of confidence may be demonstrated only by a vote in the Council Negeri adalah yg anda rujuk berdasarkan kes mahkamah. namun harus jelas bahawa undi tidak percaya ini tidak dinyatakan dgn jelas dalam undang2 tubuh negeri perak bahawa ianya perlu dilakukan dalam dewan undangan negeri. terpulang atas kuasa eksklusif sultan perak sekiranya baginda yakin bahawa wujudnya ketidakpercayaan terhadap mb.

    jgn kasi putar belit fakta la kawan. kamu tak baca ke kes2 dan keputusan sultan azlan shah semasa dia menjadi ketua hakim negara. jgn pandang rendah pada judgement sultan azlan. dia lebih tahu dari wee meng tat atau anon ni semua berkenaan undang2.

    harus juga diingat bahawa umnolah yg mengembalikan kuasa raja2 melayu semasa zaman british dulu. pada masa itu mana wujudnya pas? mana wujudnya pkr? mana wujudnya dap? jgn skrg je banyak cakap.

    ReplyDelete
  14. Umangaaii..berkelahi macam Israel - Palestine..Tapi raso den..ano hebat laie hujah eh...

    ReplyDelete
  15. BlueHope rasa 'miang2' jerr mulut ni nak mgumpat pmimpin dua org nihh.. Sama jer diaorang nihh...beza nya yg sorang ambik depan, yg sorang plak ambik belakang.

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Cayalah pejuwang, kerana berjaya membidas Anon Feb. 15 dengan hujah yang konstruktif dan konkrit.

    Anon Feb. 15 ni baru pertama kali membaca Undang2 Tubuh & Perlembagaan Persekutuan dan dia tak tahu sesetengah fakta atau klausa perlu dibaca secara bersama. Anon Feb. 15 ni Teruja sikit.

    Yang peliknya, anon Feb. 15 nie tak timbulkan langsung klausa berkaitan dengan Kuasa Eksklusif Sultan.

    Hanya untuk kepentingan peribadi dan parti kesayangan yg dah nak lebur. Lepas satu, satu musibahnya. Terbaru kes Eli plak!!!

    Tuhan Maha Kaya.

    ReplyDelete
  18. alah anon..takat copy & paste org punya artikel watpa..pasaitu ko letak anon cam aku jgk kan??kalau aku tanya balik figura2 dalam tu kompem ko tak kenal semua..

    ko sembang macam paria la anon!!haha!!

    anti anon-moron.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive