Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, January 19, 2009

Pelan Rekrut Baru Pembangkang

Sahabat den berbincang tentang kekalahan BN di KT semasa kami breakfast bersama tadi. Bloggers pun ramai yang bersungguh-sungguh buat analisis. Ada yang kata kalah sebab calon la, BN tak ambil pengajaran la, semangat jentera BN lemah la, Puteri UMNO pakai jeans lah, sepanduk PAS lagi 'maut' la dan pelbagai lagilah analisis yang dibuat. Analisis ahli panel di RTM dan Astro Awani pun seperti terkial-kial nak beri jawapan kepada persoalan kenapa BN asik kalah je. Semua orang boleh beri pendapat, tapi den rasa itu bukan jawapan yang tepat.

Semasa ahli-ahli UMNO masih lagi sibuk dengan pemilihan parti MAC ini, pembangkang dalam diam telah memulakan usaha untuk menarik golongan pengundi muda yang bakal mengundi di PRU-13 nanti. Bermula Disember lalu, PKR melalui IKD telah memulakan latihan kepada trainers dan consultant terpilih untuk merekrut bakal-bakal jentera pembangkang. Sasaran utama mereka ialah 'kepala' di universiti-universiti tempatan serta 'kepala' belia di kawasan bandar dan luar bandar. 'Kepala' yang dimaksudkan di sini bukanlah MPP atau pengerusi belia. MPP dan ketua belia kawasan kebanyakannya tidak disukai oleh sebahagian besar mahasiswa atau golongan belia kerana kelihatan terlalu elit atau dalam bahasa mudahnya "macam bagus".

'Kepala' yang dimaksudkan di sini adalah individu peringkat bawahan, tetapi mempunyai karisma atau aura yang mampu menarik orang lain untuk 'mengikut' mereka. Kebanyakan mereka mengetuai kumpulan-kumpulan kecil dalam universiti atau kumpulan belia, tetapi amat dihormati dikalangan mereka. Golongan seperti inilah yang menjadi sasaran pembangkang untuk menjadi sebahagian daripada jentera mereka. Pengaruh 'kepala' ini akan digunakan sebaiknya bagi menarik sokongan bakal pengundi muda.

'Kepala' ini kemudiannya akan dibawa oleh trainers dan consultant yang dipilih sebelumnya untuk menjalani kursus pengkadiran. Ini merupakan satu strategi yang pernah berjaya dipraktikkan Brader Anwar Bin Ibrahim melalui BTN sebelum ini. Jika dahulu, sasaran Anwar hanyalah kepada orang Melayu atau orang UMNO, tetapi kini semua bangsa yang berpotensi turut dilibatkan. Mereka akan di bawa ke suatu tempat atau bercuti di mana-mana lokasi sambil di brainwash dan disogokkan dengan propaganda bagi menyokong serta mengagongkan Anwar. Setelah selesai latihan, maka tugasan akan diberikan kepada setiap 'kepala' bagi melaksanakan misi mempengaruhi golongan sasaran.

Den tak pasti sama ada BN sedar atau tidak mengenai perkara ini. Kalau mereka sedar pun, apalah yang mereka kisahkan sangat. Pemilihan UMNO lebih penting la katakan. Lagipun orang No 1 lebih suka tidur daripada berfikir. Berbalik kepada soalan sahabat den masa breakfast tadi,

Sahabat 1: Ekau agak la kan, kenapo BN asik kalah memanjang yor?

Sahabat 2: Buek apo la susah-susah nak pikir. Selagi Paklah dan KJ ado kek ateh tu, selagi tu la BN akan terus kalah. Tu pun susah nak agak ko?

Sahabat 3: Patut la Hadi Awang beriyo-iyo nak Paklah kokal jadi PM.

Sahabat 2: Sokong ado makno tu...

Den: Situasi politik kawasan pantai timur, utara, barat dan selatan semenanjung berbeza. Samo la jugak kehendak Melayu, India, Cina dan kaum-kaum lain pun tak samo. Tak mencerminkan satu sama lain. Takdo yang bulih mendabik dada.

Sahabat 1: Mungkin jugak ni refleksi penolakan rakyat pado Najib.

Sahabat 3: Formula Che Det jugak yang baguih. Semuo orang aman damai. Kompom Che Det akan masuk campur. Tengoklah nanti.

Den: Hahaha..den takut sok ado yang 'mati' berangan.

8 comments:

  1. Dah kalah duduk diam2 la.... Banyak songeh pulo kau ni. Yg den tau, pampers di kodai dah banyak habih dah, semuo tecirik bilo BN kalah, padan la muko!

    ReplyDelete
  2. Itulah kerja Pembangkang,

    a. Menghasut orang benci kerajaan.

    b. Rekrut orang orang muda dari bawahan. Tahulah kan ini idea siapa?

    c. Mungkir janji

    d. bagi tanah hak milik melayu free for all.

    e. mengutuk, mefitnah, mengadu domba. - Lengkap lesen dapat 80 sebabtan kalau ikut Hudud.

    ReplyDelete
  3. Anonymous 11.36am adalah contoh jelas penyokong PAS. Padahal mereka tak sedar bahawa mereka sekadar memiliki cita-cita besar. Sedangkan mereka masih pembangkang dan tak ada satu untuk dibanggakan.
    Apa yang nak dibanggakan dengan bandar KT itu? Sekian lama masih tak canggih. Kerana PAS ramai bertandang kat situ. Di Selangor Jin bertandang ramai.

    ReplyDelete
  4. Betul tu sejak kemenangan PKR lalu mereka telah memasang banner untuk penyertaan golongan muda.

    Dan latihan mungkin rekrut mungkin menggunakan silibus dari Israel atau Amerika.

    Dahsyat beb

    ReplyDelete
  5. salam ukhwah pada komenters..
    Terlebih dahulu, saya ingin cakap kan bahawa ano 11:36am ni adalah rakyat yang bukan sahaj menyokong tetapi taksub dengan pembangkang. Saya melihat kekalahan BN bukan atas faktor calon,Paklah, Kj dan lain2. Bagi pendapat saya, faktor kekalahan BN adalah undi cina.Rata-rata saya lihat jentera BN dapat mengurakan jumlah majoriti dibeberapa "HOT" place di KT.Contohnya di peti undi wakaf mempelam, jika Mac lalu, Bn kalah dengan 25 undi, PRK lalu BN hanya kalah dengan 5undi sahaja.Analisis secara terperinci perlu dikaji.BN perlu melihat dari segi tektikal dalam berkempen.Jangan menggunakan pendekatan pembangkang yang menggunakan kekerasan dengan alasan nak melindungi pengundi.Saya sokong kenyataan Tun M bahawa BN perlu pulih tapi dengan 1syarat, Tun M perlu bersihkan mentaliti zaman Tun dalam UMNO then baru bersama najib mengangkat UMNO. Mengapa BN kalah pada undi cina? Disini sudah menunjukkan bahawa cina kini dah tak takut dengan kuasa melayu apabila anwar sudah menjadi kepala dan barua mereka.Apabila ahmad said mengatakan, jika cina tak undi BN, no political post untuk mereka.Tapi mereka tak hairan.Sebab mereka ada anwar. Mengapa undi cina? Pas mungkin bangga mereka menang.Orang melayu mungkin lihat UMNO dah kian lemah.Tetapi melayu mudah lupa bahawa undinya cina kepada Pas adalah untuk melemahkan melayu.Kerana melayu akn terus retak dan berpecah.Yang terbaik adalah undi pas agar DAP mungkin boleh bertanding di KT 1hari nanti.Ini realiti.Maka sebagai orang melayu kita fikir2lah kenyataan ini.

    ReplyDelete
  6. salam semua,

    aku rasa analisis anak hangtuah ni ada sikit kekurangan la. statistik pengundi cina di prk kt meningkat kepada bn. ini diakui sendiri oleh dap. cuma peratusan pengundi cina yg kluar merosot sbb sebahagiannya berada di luar kt dan tdk pulang mengundi kerana ingin pulang semasa tbc minggu depan.

    tapi sedikit sbyk kekalahan pru12 dan prk perlu dipertanggungjawabkan kepada paklah. dia ketua beb. dia perlu pantau dan tahu semua perkara. kalo tak mampu jgn jadi pemimpin kepada pemimpin. bukan semua org mampu jadi ceo. direct or indirect mmg paklah harus menebus maruah. kalo di jepun dah lama harakiri.

    bab pembangkang rekrut org muda ni mmg hampeh. dalam hudud pun ada hukuman derhaka kepada pemerintah. patut hududkan je pembangkang ni.

    ReplyDelete
  7. Padan muko UMNO kalah! Suko bona hati den tengok komen2 juhalak2 UMNO ni... Dah lah jahil ugama, tak mengaku lagi. Bodoh wal sombong lah engkau orang semua ni!
    JAHIL MURAKKAB!
    TAASUB BUTO!
    Patut korang semua yg kono sebat dalam hukum hudud tu!
    Jgn marah aa... nanti kena jual!

    ReplyDelete
  8. kepado ano 3.31pm

    patutlah bukan islam menolak hudud pas sbb perangai penyokong pas mcm ni.

    cuba nak nasihatkan orang sdgkan tutur katanya sendiri sudah menunjukkan betapa rendah akhlaknya.

    mengutuk dan menghina org lain, kononnya hanya dialah yg mahir agama.

    nabi ajar begitu agaknya.

    sedangkan dalam islam semua saudara perlu dihormati.

    apatah lagi org jahil kerana mereka melakukan dosa dalam keadaan mereka tidak tahu.

    sedangkan kamu mengutuk dan menghina orang jahil dalam keadaan yg kononnya kamu tahu tentang agama.

    siapa lebih besar dosanya?

    kepada rakan2 semua. maafkanlah dia. anggap saja dia budak2 lagi sebab bdk2 pun kita kena hormat. dari tulisan ano ni pun kita tahu yg dia belum matang lagi.

    ReplyDelete

Blog Archive