Sunday, May 31, 2009

Selain 13 Mei...

Selain peristiwa 13 Mei yang menjadi ingatan, igauan, konflik etc. kepada rakyat Malaysia, terdapat juga beberapa peristiwa penting berlaku pada bulan Mei yang terpahat dalam lipatan sejarah di sepanjang 52 tahun kemerdekaan negara. Antaranya:-

22 Mei 1979: Amanah Saham Nasional Berhad (ASN) ditubuhkan di bawah Akta Syer 1965 yang dimiliki sepenuhnya oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).

10 Mei 1983: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ialah universiti Islam yang pertama ditubuhkan di negara ini. Pembinaan UIAM dibiayai oleh OIC dan beberapa negara Islam lain. Seramai 153 orang pelajar pertama telah mendaftar untuk sessi pengajian 1983.

17 Mei 1992: Satu catatan sejarah bagi Malaysia apabila berjaya merampas kembali Piala Thomas selepas 25 tahun. Pasukan Malaysia telah berjaya menewaskan Indonesia dalam perlawanan akhir pertandingan badminton antarabangsa yang berprestij itu.

23 Mei 1997: Ekspedisi mendaki Gunung Everest telah berjaya mengharumkan nama negara di mata dunia. Daripada kumpulan ekspedisi tersebut, M. Magendran dan N. Mohandas telah berjaya sampai ke puncak gunung tersebut dan memacakkan Jalur Gemilang di ketinggian 8,848 meter.

26,27,28 Mei 2009: Demonstrasi mogok lapar/puasa oleh parti PAS, PKR dan DAP di Perak yang bertujuan untuk mengawal hawa nafsu mereka yang DEGIL berkehendakkan kuasa.

Saturday, May 30, 2009

Kelucahan Terlampau










"Wooo...haiii...Teruja si Shazral ni nengok ngoman dressing artis mesia. Kok masih tak nak diubah kandungan majalah ni...kono la tutup produksi manggo ni smuo. Korang raso lak camno..?"

Thursday, May 28, 2009

Bukti Anwar Pinggir Reformis

Kami terbaca satu komentar daripada seseorang yang dipercayai penyokong PKR yang turut menamakan dirinya sebagai Hj Jamaludin di ruangan komen di sini. Selamilah keluhannya...

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim

Saudara DSAI tidak pernah hargai pengorbanan perjuangan Kak Min Sekeluarga selama bertahun tahun. Memang dasar Saudara DSAI suka menepikan orang2 yang beperlajaran tak tinggi. Wal hal orang2 yang tak beperlajaran tinggi macam Kak Min Sekeluarga lah yang memperjuangkan Parti Keadilan Rakyat walaupun Saudara DSAI merengkuk dalam penjara. Wang ringgit, kudrat, masa dan LLN yang selama ini dikorbankan oleh orang2 semacam Kak Min Sekeluarga untuk memperjuangkan parti Saudara DSAI walaupun Saudara DSAI masih didalam penjara tanpa mengeluh pengorbanan demi masa depan Parti Saudara DSAI.

Tapi apabila Saudara DSAI keluar penjara, ramailah ahli profesional dan graduan-graduan pengampu-pengampu berduyun-duyun tunjuk muka memberi sokongan kepada Saudara DSAI, walhal semasa Saudara DSAI masih dalam penjara, ahli profesional dan graduan-graduan pengampu batang hidung pun tak nampak. Golongan yang beperlajaran rendah macam Kak Min lah kuat memperjuangkan PKR dengan ihklas tanpa bayaran pun. Tapi hati mana tak terguris bila golongan macam Kak Min Diketepikan oleh Saudara DSAI. Malah golongan ahli profesonial dan graduan ini memperkecilkan dan menghina perjuangan orang seangkatan Kak Min yang selama ini memperjuangkan Parti Saudara DSAI dengan berkhemah.

Contoh yang ditunjukkan oleh Kak Min perihal dua ekor lembu yang berpelajaran tinggi ahli PKR Tertinggi jawatannya yang cuba memperlekehkan malah merendahkan martabat keluarga Kak Min dengan lawak bodoh mereka ini (tawaran jawatan dan duit). Cuba kita fikir patut ke? Dua ekor lembu ini buat lawak bodoh kat sekeruti Airport dengan berjenaka isi kandungan beg baggasi mereka ada "BOM". So YB Saifudin jangan lah nak mempertahankan dua ekor lembu ini yang terang terang menghina keluarga Kak Min dengan lawak bodoh mereka e2. Saya rasa Kak Min nak tunjuk perihal keburukkan ahli-ahli profesional dan graduan-graduan PKR ini (yang selalu menghina dan memperlekehkan perjuangan orang-orang seangkatan Kak Min yang beperlajaran tak tinggi tapi masih ada maruah diri).

Kepada Saudara DSAI yang selama ini ditipu oleh orang2 sekelilingi Saudara DSAI, Saudara DSAI jangan lah lupa perjuangan orang2 macam Kak Min ini. So saya menyeru kepada pengundi-pengundi PRK Penanti undilah calon BEBAS supaya kita dapat menghukum Parti Saudara DSAI yang terlalu hina penjuangan orang2 macam Kak Min. Kalau tidak orang2 profesional dan graduan2 PKR akan menencingkan perjuangan orang2 yang beperlajaran rendah yang masih setia memperjuangkan Parti Saudara DSAI. Walaupun Parti keadilan Rakyat kalah pun di Penanti tidak akan tumbang Pakatan Rakyat. Saya cuma memohon pengundi pengundi Penanti ajar sikit golongan2 profesional dan graduan2 ini yang suka menghina dan memperlekehkan dengan lawak bodoh mereka ini. Lawan Tetap Lawan. Syabas Kak Min berani kerana kebenaran supaya Saudara DSAI tidak lupa golongan macam Kak Min ini. Hidup Kak Min!

MUNGKIN LUKO DAH BOPARUT

Uwan Atok ponah bocorito pasal zaman darurat dulu. Crito pasal sepupu eh Ulong Bakar dari Kampong Tobek Ulu. Pado zaman kominih dulu, Ulong ponah kono tangkap kek kominih, peh tu dibawak ke belukar belakang rumah eh. Kek situ Ulong diikek kek sebatang pokok dan badan eh di turih, dikolar kek kominih tuh. Pehtu di porah dengan air limau nipih. Sekampong dongar jorit Ulong Bakar. Mako di situlah sampai eh ajal Ulong Bakar.

Mako di sini Atok nak botanyo kopado tuan-tuan yang budiman sekolian, apokah jonih manusio yang sanggup melakukan semuonya itu? Apokah masih ado raso kemanusiaan di dalam hati mereko tu?

Atok masih ingat lagi di sekitar tahun 70an, Askar Melayu telah diserang hendap di Perak. Ramai yang mati di tembak kek kominih. Tapi apo yang masih toraso pilu kek hati Atok bilo mengonangkan keadaan jenazah para pejuang yang telah dihina dan dimalukan. Cubo tentuan bayangkan bilo kemaluan para pejuang tu dipotong dan disumbatkan ke dalam mulut mereka. Cubo tentuan bayangkan yang mereka tu adalah ayah atau keluarga tentuan diperlakukan sedemikian rupo.

Apokah keterlaluan bilo Atok bokato, luko munkin dah boparut, tapi podeh, biso, duko nestapo eh menjarut hati dan memamah raso.

Apokah PAS dan PKR begitu naif sekali hinggakan tojorek dengan gimik yang dibuek kek DAP sehingga sanggup menyokong dio orang supayo Chin Peng dibonarkan pulang ko TANAH MELAYU YANG BOTUAH NI? Apokah tolah buto hati tentuan sampai sanggup meramas sehingga hancur hati para pejuang negara yang masih hidup sekarang ni? Ataupun tentuan telah temakan dengan propaganda kominih? Sodarlah tentuan, kalau nak monang pun, janganlah sampai menggadai dan mencemar pejuangan para patriot yang telah berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir dulu.

Cubolah kau orang po’ie jumpo Kanang Anak Langkau yang kek Sarawak tu dan cakapkan kek dio yang tentuan hendakkan Chin Peng dibawak balik. Agak-agak eh dio setuju tak ataupun tentuan akan di koja an ngan parang panjang.

Bueklah kojo yang lobih bofaedah lagi. Banyak kojo yang bolum selosai. Tak kan maju Malaysia ni kalau Chin Peng tu dibawak balik. Menyomak adalah.

PAS & PKR PATUT TERUSKAN PUASA

Hari ini masuklah hari ke-3 wakil rakyat serta penyokong PAS dan PKR berpuasa bagi memenuhi rancangan mogok lapar yang dianjurkan oleh DAP. Tujuannya tidak lain ialah untuk menarik perhatian Sultan Perak bagi membubarkan DUN supaya pilihanraya kecil dapat diadakan. Apalagi yang hendak kita perkatakan kepada mereka, apatah lagi ulamak telah menyatakan bahawa mogok lapar ini bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan akhlak Islamiah serta tidak ada kena mengena dengan ibadah. Namun atas rasa kasih sayang sesama Islam, marilah kita terus berusaha menyedarkan wakil-wakil rakyat PAS dan penyokong mereka agar insaf dan menerima hakikat bahawa di negara ini kita hanya mendokong satu sistem iaitu Sistem Demokrasi Berparlimen - Raja Berperlembagaan.

Mungkin juga rakyat Perak mahukan Sultan Azlan Shah mengambil alih kuasa pemerintahan negeri agar kembali kepada sistem monarki dan membubarkan semua parti politik di Perak, supaya rakyatnya boleh hidup aman damai tanpa berlakunya perebutan kuasa untuk memerintah.

Semua orang maklum BN telah mendapat sokongan paling banyak di PRU-12 dalam DUN Perak iaitu sebanyak 28 kerusi dan saingan utamanya ialah DAP iaitu 19 kerusi. Persoalannya, kenapa PAS dan PKR pula yang bermati-matian hendak memerintah Perak, sedangkan PAS cuma memperolehi 6 kerusi dan PKR pula hanya ada 4 kerusi?

Semua ini berlaku apabila MB yang diperkenankan Sultan Perak adalah daripada parti PAS kerana memenuhi tuntutan undang-undang tubuh negeri Perak. Apabila Mahkamah Rayuan mengisytiharkan Dr. Zambry sebagai MB Perak yang sah kerana direstui Sultan Perak, maka Nizar dan penyokongnya menjadi terlalu KECEWA walaupun mereka hanyalah golongan minoriti dalam DUN Perak. Orang biasa pun dengan mudah dapat menilai kenapa Nizar dan penyokongnya begitu kecewa - tidak lain dan tidak bukan ialah kerana NAFSU. Ya, nafsu amarah yang berkobar-kobarlah yang menyebabkan setiap wakil rakyat PAS tidak dapat berfikir dengan rasional bahawa mereka adalah minoriti dalam DUN Perak dan tidak mungkin dapat membentuk kerajaan; kerana hakikat ini sebenarnya adalah pertarungan di antara BN dan DAP.

Persoalannya, bagaimana pula untuk mengawal hawa nafsu dari terus menguasai pemikiran rasional supaya pembangkang dapat menerima hakikat bahawa BN merupakan parti yang paling layak memegang tampuk pemerintahan Perak kerana mempunyai wakil rakyat paling ramai di dalam DUN. Maka kita kena lihat dahulu asal-usul kejadian nafsu supaya dapat diberikan jawapannya.

Menurut seorang ulamak tasawuf yang terkenal di NSDK ini, asal-usul kejadian nafsu ada dinyatakan dalam kitab-kitab tasawuf yang menurutnya;

Apabila Allah swt menjadikan nafsu, maka Dia bertanya kepada nafsu "Siapakah Aku" dan nafsu dengan angkuhnya menjawab, "Siapakah Engkau". Begitulah sifat nafsu yang amat jahat dan degil, maka Allah swt telah memerintahkan supaya nafsu dilemparkan ke dalam Neraka Jahanam selama 1000 tahun. Apabila genap tempohnya maka dibawa nafsu mengadap ke hadrat Allah swt dan Allah pun berfirman, "Siapakah Aku", maka dijawab oleh nafsu, "Siapakah Engkau". Sekali lagi nafsu dilempar ke dalam neraka iaitu Neraka Dingin yang teramat sejuk selama 1000 tahun. Apabila genap 1000 tahun dalam Neraka Dingin, maka dihadapkan semula nafsu kehadrat Allah swt dan Allah pun berfirman, "Siapakah Aku", dan dijawab kembali oleh nafsu, "Siapakah Engkau". Begitulah hebatnya kedegilan nafsu ini walaupun telah dimasukkan selama 1000 tahun ke dalam neraka panas dan 1000 tahun ke dalam neraka dingin; dan sekali lagi nafsu dicampakkan ke dalam neraka iaitu Neraka Lapar yang teramat lapar selama 1000 tahun lagi. Setelah genap tempohnya, maka nafsu dibawa mengadap kehadrat Ilahi dan Allah swt pun berfirman, "Siapakah Aku", maka dijawab oleh nafsu, "Engkaulah Tuhanku".

Setelah mengetahui asal-usul kejadian nafsu ini maka jelaslah bahawa nafsu hanya boleh ditundukkan dengan proses berlapar dan berpuasa.

Jadi kepada wakil rakyat PAS dan penyokongnya khususnya Nizar, teruskanlah amalan berpuasa ini bukan setakat 3 hari saja, tetapi kalau boleh selama yang mungkin hingga saudara sekalian dapat menundukkan hawa nafsu yang sentiasa mengajak kepada kebencian, kedengkian, kemarahan serta tamakkan kuasa. Marilah kita semua berdoa ke hadrat Allah swt agar memberi hidayah kepada mereka yang berpuasa supaya redha dengan ketentuan Ilahi dan diberikan kekuatan untuk mengawal hawa nafsu daripada terus terpesong serta mampu berfikir dengan fikiran yang tenang. Amin.

Wednesday, May 27, 2009

NSDK: Perhimpunan Tabligh Terbesar









Satu perhimpunan Tabligh terbesar bakal diadakan di kawasan lapang berhampiran Kuarters KLIA, Nilai Negeri Sembilan. Dijangkakan seramai 150,000 orang Tabligh dari seluruh dunia akan berkumpul di sana pada pertengahan Julai 2009 nanti. Ketika ini, aktiviti pembinaan dan penyelenggaraan penempatan untuk bakal jemaah sedang giat dijalankan.

Perhimpunan Tabligh Sedunia ini juga telah diberi kelulusan berhimpun oleh Kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Barisan Nasional (sebut Barisan Nasional tu menggunakan nada Brader Anwar Bin Ibrahim...suara kasi sengau skit); yang mana BN sering dituduh oleh parti pembangkang sebagai sebuah kerajaan yang 'tidak Islamik' dan 'kejam' kononnya.

Adalah menjadi harapan kami agar para jemaah Tabligh tidaklah mengabaikan tanggungjawab hakiki mereka ketika menghadiri perhimpunan ini; dan warga Paneh Miang turut mengalukan kehadiran para Tabligh dari seluruh dunia ke Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus. Takbir!

Update

Lihat di sini, sana dan sinun.

Tuesday, May 26, 2009

Projek Oh Projek

Dalam kesamaran dunia Projek atau lebih senang diucap oleh ramai orang ialah DUNIA DUIT a.k.a RM, pakej stimulus pertama dan kedua dah dicanang. Namun iklim sebenar tanahair ini daripada segi keusahawanan dan kerancakan peniaga masih suram dan suam-suam. Ramai yang masih demam dan tidak kurang juga yang dah padam.

Berapa sangat nilai sebenar yang dinyatakan dalam bentuk Tunai atau Mudah Tunai? Kalu betul cara mengira, cuma RM 15 bilion aja mudah tunai. Yang lain dalam memacam kaedah yang boleh sedapkan telinga dan mata rakyat, bukan USAHAWAN sebenar.

Kementerian Kewangan ialah Pusat Kawalan aturan stimulus ini, yang akhirnya bukan MoF yang mengurus selia pengeluaran RM sebenar. Institusi, Agensi dan Bank yang dicap sebagai Syarikat Berkaitan Kerajaan juga sebagai agen bertindak atau penggerak.

Cuba teleng kiri dan kanan. Juga imbau 100 hari lalu dengan semalam. Tunggu lagi 100 hari. Apakah prestasi yang boleh diukur? Tanya dengan Peniaga Cina tepi jalan, Peniaga Tamil tepi jalan, Peniaga Melayu tepi jalan...apa maklum balas mereka?

Tanya pula peniaga di gedung beli-belah yang besar, sederhana, kecil, kedai runcit dalam bandar, kedai runcit kawasan rumah pangsa, kedai runcit kampung dan kedai runcit kawasan Pekan Kecil serta membangun...apa pula maklum balas mereka?

Siapa sebenarnya ambil keUNTUNGan daripada semua ini?

Siapa PENYAMUN, PENGGELAP, PERAGUT, PERAMPAS, PEMUSNAH pakej-pakej stimulus atau apa jua bentuk bantuan kewangan kerajaan kepada rakyat? Tanya semua ini kepada Jauhari...kerana hanya Jauhari mengenal Manikam.

Siapa dapat Margin atas Angin? Siapa dapat Makan Free? Siapa dapat Makan Sampah? Siapa dapat Makan Dedak? Siapa dapat Makan Patinya? Tanya pula dengan 2.5 juta pengusaha kecil di Malaysia...bukan buat kajian berasaskan segmen yang diminati atau percayakan mereka yang sudah tentu pro kepada hipotesis atau juga kelompok responden yang sudah diBELI jawapan mereka.

Pak Sedaro dulu laie dah terjah INSKEN - Institut Keusahawanan Negara. Adakah ini sebuah institusi Sandiwara sehingga menjahanamkan MeCD?

Pak Sedaro dulu laie dah terjah MKD di MoF...sebab Pegawai-Pegawai Kanan Bank dan segelintir Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan yang Main Wayang Kamasutra dengan usahawan-usahawan baru, usahawan kecil, usahawan yang sememang susah untuk dapat biaya serta pelbagai lagi kategori. Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tak henti-henti pulun...tapi...Hampeh, sebab ramai sangat Pegawai PARIA dalam skema pentadbiran dan pengurusan kewangan. Makanya, Rakyat dan Usahawan Terbanyak makin PAPA KEDANA.

Usahawan pakai Tun, Tan Sri, Dato' Seri, Dato' Sri, Datuk, Dato' dan sebagainya, asal nampak lebih sikit saja daripada Ah Kim Thong, Muthu A/L Rama, Salim bin Sudin...pasti MUDAH dapat biaya. Walaupun ada diantaranya sekadar PENIPU BESAR...dapat duit CABUT...yang jahanam 25 juta rakyat Malaysia.

Apa pun projek yang dapat sebenarnya memang untuk kepentingan banyak pihak. Tak kisahlah jiko duit projek diguna untuk kepentingan rakyat atau margin diberi sebagai bantuan atau hadiah kepada komuniti teramai.

Namun saban tahun atau setiap kali Rancangan Malaysia, implikasi PELINGKUP ialah rakyat yang bergaji RM2,000 ke bawah. Yang merasa lebih tertekan dan menjadi PARIA di negara sendiri ialah rakyat yang terima upah di bawah RM500 sebulan.

Orang yang terima gaji RM5,000 lebih sebulan dan menetap di luar Kuala Lumpur...akan terus senyum dan lega, kerana dunia harian kurang tekanan. Tetapi yang masih bergaji RM2,000-RM5,000 sebulan di Kuala Lumpur, pasti merasa bahang kemiskinan bandar yang tidak ketara...mungkin lega tapi tidak senyum.

Tu pasal ramai yang menjadi Juak-Juak yang boleh BELASAH DUIT keringat usahawan yang kais pagi makan pagi, tapi TERPAKSA beri makan kepada ramai orang lain...terpaksa tanggung BIAWAK HIDUP dalam sejarah keusahawanan mereka.

Pak Sedaro bermunajat dan bertawassul kepada segelintir manusia seperti PEGAWAI KANAN BANK...PEGAWAI KANAN KERAJAAN...PEGAWAI KANAN GLC yang DURJANA di pelbagai sektor dan jabatan yang sepatutnya bantu Usahawan, tetapi memilih untuk MAKAN DUIT HARAM; Pak Sedaro berdoa mereka ini diTAUBATkan oleh Allah, dengan sekalian bala dan habuan dunia. Atau yang lebih mulia - mereka ini mengira Duit Pisang.

Pak Sedaro sesungguhnya AMAT TIDAK PUASHATI kerana mereka inilah PETUALANG DAN PENJAHANAM sebuah negara Bangsa Melayu yang dinamakan MALAYSIA.

Boikot PRU 13

Cumo orang buto, pekak, tuli dan Imigran @ Pendatang HARAM sahaja yang boleh mengiyakan isu BOIKOT PRU-13.

Apo akan jadi kalu orang-orang Melayu boikot PRU-13? Jiko orang Cino dan Tamil pakat-pakat boikot PRU-13, apa pulo kesannya?

Harus disemak teliti, walaupun lebih 60% majoriti penduduk warga Malaysia umat Melayu/Bumiputera, tetapi yang HANYA layak mengundi tidak sampai pun 60%. Takat angka yang hampir benar menjelang PRU-13 nanti, jumlah pengundi Melayu yang layak mengundi ialah 64% daripada 60% populasi Melayu sebenar. Nisabnya ialah 60% daripada 23 juta penduduk Malaysia ialah 13.8j. Maka 64% daripada 13.8j pengundi ialah 8.8 juta pengundi Melayu.

40% bukan Melayu dari 23 juta penduduk ialah 9.2j. Maka jika dikira daripadanya 64% pengundi bukan Melayu...bermakna 5.8 juta daripada mereka layak mengundi.

Andaikan jika 60% orang Melayu pakat boikot PRU-13, maka 8.8 juta tak keluar buang undi., maka Bukan Melayu nak direkodkan setakat ini, memang tunggu peluang untuk orang Melayu memBODOHkan bangsa dan PRU sendiri.

Bayangkan semua Bukan Melayu buang undi dan orang Melayu masa tu semua pakat-pakat tidur di rumah...maka Kerajaan Malaysia seterusnya akan menjadi seperti Kota Singa.

Bayangkan jika 30% bukan Melayu boikot PRU sekalipun, iaitu seramai 1.7 juta tak keluar mengundi, mereka masih ada lagi 4.1 juta Pengundi Bukan Melayu daripada keseluruhan jumlah pengundi berdaftar bukan Melayu.

Jika semua orang Melayu boikot PRU-13, maka jumlahnya ialah 8.8 juta pengundi Melayu - 5.3 juta pengundi bukan Melayu = 3.5 juta pengundi saja yang tinggal. Tak payah memangkah pun dah SAHIH Melayu akan kalah. Orang Melayu pulak dipecahkan kepada UMNO, PAS, PKR, BEBAS dan bermacam parti lagi. Maka purata setiap parti yang ada orang Melayu akan tinggal 700 ribu pengundi masing-masing.

Sapo yang BODOH. Lu kira sendiri la...

Undi bukan Melayu 4.1 juta jika berpecah kepada 4 parti sekalipun, mereka masih ada 1.25 juta pengundi masing-masing. Jiko pocah 5 pun, mereka masih mempunyai kelebihan 100 ribu pengundi...sobab ada 800 ribu pengundi bukan Melayu berbanding pengundi Melayu yang seramai 700 ribu orang yang berpecah mengikut parti memasing.

Sapo yang BODOH. Lu kira sendiri la...

BOIKOT PRU-13...hanyalah mimpi dan fatamorgana. Bangsa yang BODOH, DUNGU, BANGSAT dan SANGGUP menjadi PELACUR TANAHAIR sahaja yang bisa menggadai HARGA DIRI TANAHAIRnya.

Waima apa pun, orang Melayu di Malaysia tidak punya KUASA dan UPAYA untuk BOIKOT PRU-13, hatta PRU-14....hatta sampai bila-bila sekalipun, selagi belum didengar laungan tiupan SANGKAKALA PERTAMA, petanda bumi ini hancur musnah.

Inilah satu-satunya Negara Melayu, paling unik atas Bumi Allah. Pak Sedaro fikir, sesapo pun yang terpikir nak boikot PRU ke, atau nak pelingkup Negara Pemerintahan Melayu ke..sama ada hari ini atau esok dan akan datang...Moga Allah berikan petunjuk yang LURUS sesuai dengan amalan "Aqi-Mussolah" yang dilakukan 5 kali sehari.

Negara tidak perlukan Modal Insan yang TULI, SENTOL, BODOH, BACUL dan PELACUR.

KANSER POLITIK MALAYSIA

Pak Sedaro puas menelek kisah-kisah lucu sejak 20 hari sudah. Memacam ragam politikus Melayu, Cina, Tamil yang tak sudah main Drama dan Sarkas...gelanggang dan iklim politik yang menganggap Rakyat Politician Stupid but Awareness Right!

Ontah apo nak jadi. Yang meragam ramai ini, semuo orang kayo. Duit melambak, tak habish. Sobab tu sibuk melelong dan jadi virus KANSER POLITIK.

Nampaknya, jiko rakyat Malaysia sibuk bonar dengan temberang dan tembelang politik PAS, DAP, PPP, PKR...maka sampai Kucing Bertanduk & Musang Berjanggut lah...rakyat diBODOHkan oleh orang yang BODOH POLITIK dan CETEK AKAL.

Selsema B.A.B.I. masuk gelombang kedua dan mungkin ketiga seterusnya, sobab orang belum lagi ISLAM dan memang langsung tidak akan ISLAM akan terus mengagung kehidupan makanan dan gizi seimbang mereka dengan MENU B.A.B.I.

Allah dah jatuhkan taklik bahawa BABI ini HARAM...dan bawa banyak kesusahan kepada umat. Selagi kita berfikir dan berilmu, maka...demikianlah Allah tentukan. Jangan jadi ALLAH untuk tentukan nyawa di hujung JALAN.

Berbalik pado KANSER POLITIK MALAYSIA...Pak Sedaro fikir, orang Melayu yang memang tak bertuan mana-mana parti siasah. Tak perlu jadi Ketua Hakim Negara atau Hakim Mahkamah Rayuan untuk memberi penghakiman.

Orang Melayu baik UMNO, PAS, PKR ada jua dalam DAP dan PPP, juga tak perlu melalak macam "Anjing Tersepit", "Katak Panggil Hujan". Beri tumpuan naikkan isme-isme ekonomi dan tentukan haluan bahawa 70% kekayaan negara, boleh dinikmati oleh orang Melayu. Bukan selamanya 30% yang hari ini, baru 17.85% sahaja baik dalam pemilikan ekuiti, kuasa beli, kuasa pasaran, penawaran dan permintaan dan sebagainya.

Orang Melayu teramai yang MISKIN. Tengok siapa yang miskin bandar, miskin pinggir bandar, miskin luar bandar dan miskin tegar. 4 kategori kemiskinan Melayu ini mesti dibereskan secara hikmah dan hemah. Bukan sibuk melondeh kain dan seluar sendiri, nampak habis luar dalam...yang kecut, labuh, sontot, legam, berkeladak, busuk, hamis, hancing dan sebagainya.

KANSER POLITIK MALAYSIA, dah masuk 4G. Dulu 3G.
3G bermakna Gagal, Gelojoh, Gatal.
4G bermakna Gagal, Gelojoh, Gatal, Gila.

Orang Melayu memang ramai yang BODOH politik, sobab binatang politik gelarkan, "Ekau apo tau?". Jadi Orang Melayu kalu nak BIJAKSANA politik, poei berguru dan baco buku-buku Sains Politik. Yang akhirnya, penghujung cerita ialah - Jika orang pandai sudah tentu lawan arus POLITIK. Cuma orang bodoh yang boleh dicap sebagai DUNGU POLITICAL ANIMAL.

Kanser Politik, masih satu tanda tanya?

11 ditahan terlibat perhimpunan haram mogok lapar

Permbangkang sendiri tidak hormati undang-undang. Pembangkang bercakap tentang 'rule of law' dan 'democracy' tetapi mereka juga yang tidak faham apa itu democracy dan apa itu undang-undang. Seolah-olah mereka ini sudah seperti dirasuk Jembalang Jin Anwariun. Sudah tidak boleh berfikir guna otak sendiri, melainkan apa yang disuruh oleh Jin Anwariun itu.

11 ditahan terlibat perhimpunan haram mogok lapar

via Utusan Online on 5/25/09
IPOH 26 Mei – Polis menahan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran dan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar kerana terlibat dalam perhimpunan haram sempena kempen mogok lapar anjuran pakatan pembangkang di Wisma DAP Perak di sini, kira-kira pukul 11.30 pagi ini.

Wee Ka Siong Racist

The MCA Youth criticised some bloggers and an online petition supporting the "One School for All" campaign. MCA Youth chief Datuk Dr Wee Ka Siong said MCA planned to take action against bloggers who claimed that vernacular schools were causing racial tension in the country.

Wee said MCA strongly disagreed with the statements made by bloggers and might lodge a police report against them or refer them to the Malaysian Communications and Multimedia Commission.

"Statements such as gejala sekolah vernakular (vernacular school symptoms) suggest Chinese and Tamil schools are a disease in society."

Wee said Chinese and Tamil schools had been in existence since independence and it was the rights of Chinese and Indians in the country to send their children to these schools. -- NST

p/s: Kami sentiasa beranggapan bahawa dasar pemimpin terhadap SJKC dan SJKT adalah bertentangan dengan perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Kami juga tidak pernah lupa akan hakikat Wee Ka Siong pernah membuat tuntutan berbau perkauman berkaitan kontrak sosial yang telah sedia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Kami juga belum lupa dengan cadangan Wee Ka Siong untuk membubarkan DUN Perak yang pastinya menguntungkan DAP; dan sekaligus kenyataan tersebut jelas menghina Mahkamah yang ketika itu masih bersidang berhubung kes Kerajaan Perak. INGAT...bukan kau sorang saja yang boleh ambil tindakan!

Sunday, May 24, 2009

Jangan Jadi Penyibuk

Kelmarin telah berlaku perhimpunan haram di kuil Hindu Batu Caves, walaupun telah diberi amaran oleh pihak polis jangan menyertai perhimpunan haram tersebut kerana tidak mempunyai permit. Perhimpunan haram ini telah disertai oleh kaum India warganegara Malaysia. Tujuan perhimpunan ini adalah untuk memprotes kerajaan Sri Lanka yang telah memerangi pertubuhan Haram LTTE yang menyebabkan ramai keturunan Tamil terkorban dalam peperangan tersebut. Perhimpunan ini telah dianjurkan oleh World Tamil Relief dan gabungan NGO.

Warganegara Malaysia keturunan India masih lagi heboh dengan keturunan mereka melampaui sempadan. Mereka kini kelihatan seolah-olah menyokong pergerakan haram LTTE. Sedarlah keturunan India di Malaysia sepatutnya memberi tumpuan kepada nasib keturunan India yang miskin, merempat dan pelbagai lagi masalah lain. Kenapa perlu meyibuk dengan masalah India Tamil di Sri Lanka. Sepatutnya India Malaysia perlu merancang bersama dengan golongan kaya keturunan India untuk memajukan masyarakat mereka. Bukannya memberi sokongan kepada LTTE yang tidak tentu hala tanpa matlamat yang jelas.

Kini bukan sahaja masjid yang dijadikan pentas untuk berpolitik, bahkan ia telah merebak ke kuil-kuil bagi menghalalkan cara menunjukkan ketidakpuasan hati mereka. Sepatutnya tempat ibadat dijadikan tempat yang mulia dan suci tanpa diganggu gugat oleh pihak yang mempunyai agenda tersembunyi.

Pemimpin MIC pula telah membantah keputusan Malaysia meyokong resolusi tidak campur tangan urusan hal ehwal di Sri Lanka. Apa hak Malaysia untuk mencampuri urusan di Sri Lanka? Adakah kerana rakyat Malaysia mempunyai warganegara keturunan India maka patut kita memberi tunjuk ajar kepada Sri Lanka? Alasan yang diberikan oleh MIC nampak sangat untuk menjaga perasaan 1.8 juta keturunan India di Malaysia. Padahal MIC sepatutnya wajib menjaga perasaan keturunan Melayu yang merupakan majoriti di negara ini.

Sebenarnya LTTE adalah satu pergerakan yang telah menjalankan proses 'pembersihan' agama di wilayah yang mereka tawan. Kekejaman LTTE yang tidak boleh dilupakan ialah peristiwa pembersihan etnik yang membabitkan penduduk Islam dan keturunan Sinhala di kawasan yang dikuasai mereka. Dilaporkan anggota LTTE telah bertindak kejam terhadap mereka yang enggan meninggalkan wilayah yang dikuasai mereka. Antara kekejaman yang dilakukan LTTE ialah menguasai dengan paksa 35,000 ekar tanah milik penduduk Islam di utara Sri Lanka dan kemudian menghalau mereka pada 1985. Penduduk Islam di daerah Chavakacheri turut menerima nasib yang sama apabila anggota LTTE memasuki sebuah masjid dan mengarahkan mereka meninggalkan rumah pada Oktober 1989 dan rumah mereka telah dirompak dan dimusnahkan kemudiannya. Pada 3 Ogos 1990, sebuah masjid di Kattankady telah diarah tutup ketika penduduk sedang menunaikan solat Jumaat dan 147 dari 300 jemaah telah ditembak mati. Ketegangan semakin meningkat apabila LTTE turut menghalau kesemua penduduk Islam di Jaffna. Mereka telah diarahkan berkumpul di Stadium Osmania dan pada petangnya mereka telah dihalau dengan hanya membawa 500 rupee manakala harta benda mereka telah dirampas. Secara keseluruhannya dianggarkan 75,000 penduduk Islam telah dihalau keluar dari wilayah utara yang dikuasai mereka. Malah menurut jumlah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa, lebih 70,000 rakyat negara itu terkorban akibat keganasan LTTE dan kebanyakan mereka adalah penduduk keturunan Sinhala.

Persoalannya, siapakah yang ganas sebenarnya...kerajaan Sri Lanka atau LTTE? Tepuk dada tanya selera. Kaum India serta pemimpinnya perlu mencari jalan menyelesaikan masalah keturunan India di Malaysia. Kaum India sepatutnya bergabung di bawah satu parti kerana bilangan anda hanya 1.8 juta daripada 26 juta penduduk di Malaysia. Tidak perlulah menyibuk dengan perkara yang berlaku di luar sedangkan nasib kaum sendiri tidak terbela. Sedarlah...dan cermin-cerminkan diri anda.....

Friday, May 22, 2009

MB PERAK: Gugurnya Yang Bathil

Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan dikalangan umat Islam. Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait dengan ketuhanan. Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama disekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya. Dari kejadiannya ini, tahulah Khalifah bahawa Baghdad sudah ketiadaan ulama yang benar-benar berwibawa dan tinggi ketaqwaannya. Akhirnnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaimann Al-Asyari, seorang ulama yang tidak kurang juga ketokohannya.

Khalifah memerintahkan supaya hari perdebatan antara Imam Hammad dan Dahri disegerakan. Dan majlis bersejarah itu mesti dibuat di Masjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad. Sehari sebelum pertemuan itu lagi, Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai. Masing-masng menaruh harapan agar Imam Hammad berjaya menumbangkan Dahri.

Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang paling rapat dan yang paling disayanginya. Namanya yang sebenar ialah Nu'man, yang ketika itu usianya masih lagi remaja. Bila ternampak keadaan gurunya itu, Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian. Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar. Dalam pada itu teringat Hammad akan mimpinya malam tadi, lalu dikhabarkan kepada muridnya itu.

Seperti biasanya, sebelum menyampaikan dakyahnya, Dahri akan mencabar dan memperleceh-lecehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas.

"Hai Dahri, apalah yang digusarkan. Orang yang mengetahuinya pasti menjawabnya!" Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut. Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah.

"Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut cabaranku...Sedangkan ulama yang hebat-hebat, yang berserban dan berjubah labuh telah ku kalahkan...!" Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.

"Wahai Dahri," balas Abu Hanifah," sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa." sahut Abu Hanifah.

Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah pemuda ini berhujah. Maka berlangsunglah majlis perdebatan antara Abu Hanifah dengan tokoh Ad-Dahriayyah, yang terkenal dengan pemikiran materialis dan ateisnya itu.

"Benarkah Allah itu wujud?," soal Dahri memulakan majlis dialognya.

"Bahkan Allah memang wujud," tegas Abu Hanifah.

"Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..??" Suara Dahri semakin meninggi.


"Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!", jelas Abu Hanifah.


"Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula...?" bantah Dahri sambil melemparkan senyuman sinisnya kepada hadirin.


"Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihat pada dirimu sendiri. Bukankah pada dirimu itu ada nyawa..." Abu Hanifah mula berhujah. Orang ramai mula memerhatikan gaya ilmuan muda ini berpidato dengan penuh minat.


"Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa...!" sahut Dahri.

"Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu...? Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?" Terserentak Dahri seketika. Orang ramai mula berbisik-bisik sesama sendiri. Setelah itu Abu Hanifah mengambil pula segelas susu lalu ditunjukkan pada Dahri, seraya berkata: "Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak...?"

Pantas Dahri menjawab, "Ya, bahkan!"

Abu Hanifah bertanya lagi, "Kalau begitu dimanakah lemak itu berada...? Di bahagian atasnyakah atau dibawahkah...?" Sekali lagi Dahri terserentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu. "Untuk mencari dimanakah beradanya roh dalam jasad dan tersisip dimanakah kandungan lemak dalam air susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dapat menjangkau dimanakah beradanya Zat Allah SWT di alam maya ini? Zat yang telah mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha Agung...!" Suasana menjadi agak bingar. Dahri terpaku di kerusi. Terbungkam lidahnya. Merah mukanya. Kesabarannya mula terburai. Bila keadaan agak reda, Dahri membentangkan soalan.

"Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah. Dan apa pula yang muncul selepas Dia nanti..." Semua mata tertumpu pada Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang pintar ini.

"Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah Taala dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah SWT tetap Qadim dan Azali. Dialah yanng Awal dan Dialah yang Akhir", tegas Abu Hanifah, ringkas tapi padat.


"Pelik sungguh! Mana mungkin begitu....Tuhan Wujud tanpa ada permulaan Nya? Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir tanpa ada lagi yang selepas Nya....?" Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya.

Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan, "Ya! Dalilnya ada pada diri kamu sendiri. Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu. Jari apakah yang kau nampak berada sebelum jari ini..?" Sambil menuding ibu jarinya ke langit. Dan beberapa hadirin turut berbuat demikian. "Dan pada jari manis kau itu, ada lagikah jari yang selepasnya..." Dahri membelek-belek jarinya. Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu Hanifah. "Jadi...! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak mampu kita fikir, apatah lagi Allah SWT Zat Yang Maha Agung itu, yang tiada suatu pun yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya."

Sekali lagi Dahri tercenggang. Bungkam!!! Namun masih tidak berputus asa untuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya di khalayak ramai. Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya. Dahri berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea. Semacam suatu ilham baru telah menyuntik mindanya, iapun tersenyum.

"Ini soalan yang terakhir buat mu, hai.. budak mentah!" Sengaja Dahri mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok.

"Allah itu ada, kata mu. Ha! apakah pekerjaan Tuhan mu ketika ini ?" Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang.


"Ini soalan yang sungguh menarik. Jadi kenalah dijawab dari tempat yang tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang," katanya. Dahri dicabar terus, berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu Hanifah.

"Wahai sekelian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini ialah menggugurkan yang bathil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar. Dan Allah juga telah menaikkan yang hak sebagaimana aku, yang berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini... !"

Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri. Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai. Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang telah berjaya menyelamatkan maruah Islam dari lidah Dahri yang menyesatkan itu. Sehingga ke hari ini, nama Imam Abu Hanifah terus dikenali keserata dunia sebagai seorang Fuqaha dan salah seorang daripada Imam Mujtahid Mutlak yang empat, Mazhab Hanafi.

p/s: Nizar telah diturunkan ke bawah mimbar (kuasa), manakala Zamry yang berhak telah ditakdirkan Allah untuk naik ke atas mimbar (kuasa). Redhalah dengan qada' dan qadar Allah Yang Maha Esa.

S.E.L.S.E.M.A.

Selsema BABI

Mula dari Mexico, dah sampai Malaysia...Alhamdulillah, moga umat Islam dan umat Malaysia insaf bahawa BABI haram sebagai makanan, perhiasan dan sebagainya.

Selsema UMNO

Mula dari Perlis hingga Sabah kecuali Sarawak...Alhamdulillah, moga umat ahli UMNO dan penyokong serta pendukung UMNO makin insaf dan sedar, bahawa UMNO memerlukan kekuatan manusia yang SEJATI dan BERJUANG HINGGA DARAHnya TERPANCUT membasahi BUMI dengan nilai "kalimah Tayyibah".

Selsema PKR

Tak pernah habis sejak 1997 hingga hari ini, makin LAMA...makin NYANYUK, insaf dan sedarlah bahawa PKR hanya MIMPI di pangkal JALAN, SESAT di tengah LALUAN, SASAU dalam GELAP GELITA di hujung penjuru...

Selsema PAS

Sejak 1948 hingga saat ini, masih menggaru kepala yang TIDAK GATAL, insaf dan sedarlah bahawa PAS masih belum PAS, tak pernah PAS sejak di PAS kan oleh rakyat Kelantan.

Selsema DAP

Sejak 13 Mei 1969, rakan sekutu DAP bersamaNya terlalu sibuk MENYANYI DRAMA PANGGUNG CINA, yang laku zaman Shiang Kai Shek. Insaf dan sedarlah...bahawa anak Cina lahir selepas 1970 boleh di BODOHkan, tapi tidak DUNGU macam DAP...

Selsema PPP

Kayveas punya WAYANG TINGGI...sejak sibuk mengendeng YAB Tun Dr.M nak jadi Menteri...tapi banyak TEMBERANG, tak payah layan la...LANGAU PPP bersepah.

Selsema MIC

SV dah terlalu TUA untuk jadi TUAN...Insaf dan Sedarlah...umur MIC pun dah sama macam SV...Kubur masing-masing, tak perlu bawa MIC ke LAUT.

Selsema MCA

Sejak bersatu dalam Perikatan dengan simbol Kapal Layar UMNO-MCA-MIC, sentiasa sibuk dengan macam-macam hal...sekarang MCA masih tak selesai HINGUS...Insaf dan Sedarlah...MCA tak boleh hidup jika tak dak UMNO

Selsema PILIHANRAYA KECIL "By-Election"

Dah nak masuk 7 "by-election" dalam masa 2 tahun...Wakil rakyat yang meninggal dunia, dimaafkan kerana takdir yang Esa. Wakil rakyat yang PENGECUT, tak perlu diMAAFkan oleh rakyat, sebab mereka ini "MUSUH DALAM SELIMUT, "API DALAM SEKAM", "MELUKUT DI TEPI GANTANG"...Buang masa rakyat, Mereka masih Kaya Raya, Senang Lenang...Yang Papa Kedana orang Melayu....Yang merengek BersamaMu pun tak selesai...sebab MENGHABISkan BELANJA PENGURUSAN PILIHANRAYA...

Selsema Gangster Jalanan, Samseng Bermotor

Dah masuk tahun ke 15, jika diamati benar-benar...Hukuman mandotori paling berkesan dan terkesan ialah...Sebat 10 rotan secara terbuka, di Lapangan Terbuka, lepas tu di PULUN kerja Kuat buat Rel Keretapi@Jambatan@Pecah Batu, baru budak-budak ni SERIK...Asyik dicampak dalam lokap/jel/PENJARA...memenuhkan kuota Jerigi Besi dan membuang belanja urusan makanan dan kesihatan mereka...Baru Jeran nak buat sesuatu yang MENGARUT...

Yang bunuh orang masa MERAGUT, berikan HUKUMAN MATI atau POTONG TANGAN...
Yang Meragut sahaja, berikan hukuman Rotan dan Potong Pergelangan Tangan...

Selsema ROMPAK DUIT...

Tak payah bawak BICARA, dapat dan kantoi...TERUS TEMBAK MATI

Yang mana buat KERJA-KERJA MENSIALkan BANGSA, makan DUIT HARAM, seludup orang HIDUP untuk DUIT, yang mana boleh tangkap dan sabit hukuman, HUKUM. Yang mana memang begitu LICIK, Tembak MATI...

Thursday, May 21, 2009

Ragam Parti Politik Malaysia

"Rajin Berkerja, Rajin Bercakap" = UMNO

"Rajin Berkerja, Malas Bercakap" = KOMPONEN BN

"Malas Berkerja, Rajin Bercakap" = PKR (Wayang Cina)

"Malas Berkerja, Malas Bercakap" = PAS

"Malas Berkerja, Suka Mengadu" = DAP (Lalat Hijau)

"Malas Berkerja, Suka Ponteng" = ADUN PKR & DAP

"Malas Berkerja, Suka Termenung" = ADUN PAS

Wednesday, May 20, 2009

Pakatan Rakyat

Since last year, things have not been right in Malaysia. The BN government is right not to follow the tactics of the opposition in contesting for Penanti. Why? Because the opposition will definitely force their ADUNs or MPs to resign for a by-election to be held. What a waste of tax payers money. Some of my articles like B.A.B.I. has 42 comments and If PR governs this country... has 36 comments and it shows that articles in this blog is read by many. Nevertheless, thank you for the good comments and I do understand there are also those who criticized my articles. Well, we cannot please everybody and like what my fellow writer, Paneh who said that even our PM is not spared from being criticized if he is not doing the right thing.

Many have said that the new generations do not support the BN government. I had the chance to go to UUM and got the chance to interact with the students there who participated in the MASUM carnival. How surprised I was because the students do support the BN's government and they despise what the PR is doing at the moment, that is dividing the rakyat. So, my conclusion is that BN do have a good chance to win in the next general election, Insya Allah.

Yet, here is another article from the blog at parpukari which is interesting. Definitely, there are many blogs that criticized Brother Anwar Bin Ibrahim.Enjoy reading. So, it shows that something is not right with what he is doing. And if you do comment, please write or comment sensibly.

1. Bila sakit pinggang dan tengkuk mereka membuat rawatan di Munich!

2. Bila tiada kerja, Wolfowitz beri 3 jawatan di Washington!

3. Bila meliwat, sembunyi di kedutaan Turki!

4. Bila DNA mahu diambil, jurucakap White House membela!

5. Bila diminta bersumpah, mahukan ulama' luar negara!

6. Bila bertanding, Gus Dur dan Estrada datang bantu!

7. Bila merusuh atas jalan, cari perlindungan di India!

8. Bila ditangkap berbogel, bercuti ke 'oversea'.

9. Bila kantoi jual pasir, lari sambung belajar kat luar negara!

10. Bila tak cukup duit, jumpa Walter Chia dari seberang!

11. Bila Thailand merusuh, mereka mahu buat juga di Perak!

12. Bila pemimpin Melayu naik, akhbar asing burukkan!

Minat sangat Pakatan pembangkang dengan orang asing dan luar ya? Mengapa ya?

Ditaja atau Boneka?

Demi Islam, fikir-fikirkanlah!

TAK TUMBUH TAK MELATA

Salam untuk semua.

Pas telah mula menghadapi krisis dan dilemma. Tok guru beria-ia mempertahankan bahawa hanya ulamak sahaja yang boleh mengetuai Pas.

Pehtu Nik Abduh telah menyelar segolongan Pas yang bukan ulamak kerana ura-ura mereka untuk mengetuai parti ini.

Pehtu timbul plak cerito politik hadiah bilo dah dekat ngan muktamar Pas.

Ini merupakan cerita baru yang ditatapi oleh masyarakat Malaysia. Kebermungkinan cerita ini memang dah lamo wujud dalam masyarakat Pas. As they said, just sweep it under the rug. Tapi kali ini puak-puak yang betul-betul sayangkan Islam dan Negara ini telah mula sedar bahawa Erdogan yang dihantar ke dalam dunia Pas telah mula mengorak langkah untk membinasakan bukan sahaja Tanah Melayu yang betuah ini, tapi telah mula menghuru-harakan keIslaman Negara ini. Seperti yang ponah Atok katokan dulu, UMNO sebuah Parti Melayu yang mana orang Melayu semestinya Islam dan orang Islam di Tanah Melayu ni majoritinya Melayu. Memang jelas dalam protokol yahudi yang mereka akan menghuru-harakan sesebuah negaro dan seterusnya menguasai Negara tu secara langsung atau sebaliknya.

Dulu amat jelas kononnya Pas memperjuangkan Islam, tapi hari ini hala tuju Pas telah mula menyimpang. Nizar bagaikan kerbau dicucuk hidungnya. Pas di Selangor nak jadi tokey babi. Apokah selamanya orang Islam hanya menjadi alat kepada puak-puak harbi ni seperti terjadinya kepada arab Saudi dan Kuwait.

Sebelum wujudnya PKR, pernahkah Negara kito ni menjadi begitu huru-hara? (Cumo sekejap pada mei’69). Masa tu kominih yang cubo menjadi tuan tanah kek sini. Tapi apokah doktrin yang dibawak kek PKR tu bersamaan dengan itu? Siapo yang menaja pemikiran durjana tersebut? Kepada puak-puak yang telah tercucuk lubang hidung tu, pikir-pikirkanlah. Parti yang kononnya berteraskan Islam tu pun telah mula diresapi dengan resepi-resepi kemaksiatan. Siapa lagi yang boleh diharapkan untuk mempertahankan Ketuanan Melayu yang sememangnya Islam itu?

Hudud di Kelantan & Kedah - PAS BOLEH!

Aku nak bagi beberapa cadangan kepada Pas memandangkan mereka mendakwa semakin ramai yang telah menjadi ahli parti mereka selepas PRU-12.

Berdasarkan situasi sekarang, Pas telahpun berjaya memerintah dua buah negeri iaitu Kelantan dan Kedah; tidak termasuk Perak yang mana Nizar masih belum confirm lagi jadi MB. Jadi apa kata HUKUM HUDUD dilaksanakan di negeri Kedah dan Kelantan terlebih dulu.

Sekurang-kurangnya fokus rakyat terhadap kemelut politik wang yang melanda Pas dapat dialihkan seketika. Dan yang PALING PENTING, pelaksanaan undang-undang hudud di dua negeri yang ditadbir Pas mampu untuk memenuhi aspirasi parti seperti yang diwar-warkan selama ini.

Pedulikan DAP dan PKR tu. Lagipun Pas lebih banyak memenangi kerusi berbanding sekutu mereka di Kelantan dan Kedah. Kalaupun DAP mengancam untuk tidak menaikkan Nizar di Perak, sekurang-kurangnya MB mestilah daripada mereka yang berketurunan Melayu dan beragama Islam. Jadi tak payahlah dirisaukan sangat akan hal tu.

Lagipun inilah masanya untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa Pas merupakan parti Islam yang benar-benar ingin merealisasikan hasrat mewujudkan sebuah Negara Islam.

Kalau Sultan Kedah dan Sultan Kelantan tidak memperkenankan hukum hudud dilaksanakan di negeri mereka...itu perkara mudah...mohon Sembah Derhaka sajalah. Kalau rakyat Kelantan dan Kedah dah mula baring atas jalanraya dan tahan kereta diRaja, pasti CONFIRM Sultan akan akur kehendak Pas.

Yang pasti, Pas WAJIB melaksanakan HUKUM HUDUD selaras dengan apa yang mereka perjuangkan selama ini. Pas kena bertindak cepat kerana kemelut politik wang yang seumpama barah sudah mula merebak dan membunuh ahli Pas secara perlahan-lahan.

PAS BOLEH LAKUKAN.

PAS SEPATUTNYA MENDOMINASI PAKATAN RAKYAT.

PAS PERLU MENGETUAI PKR DAN DAP.

PAS LEBIH SENIOR DAN MANTAP DARIPADA SEKUTU MEREKA.

MARI LAKSANAKAN HUDUD DI KELANTAN DAN KEDAH.

PEDULIKAN KERAJAAN PERSEKUTUAN.

MEREKA DAH TAK BOLEH BUAT APA-APA.

LAGIPUN PENYOKONG PAS KATA BN LEMAH DAN PENAKUT.

JADI INILAH MASANYA PAS MENGOTAKAN JANJI DAN AMBIL KESEMPATAN ATAS KELEMAHAN BN.

PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA-KATA.

HUKUM HUDUD PERLU DILAKSANAKAN DI KEDAH DAN KELANTAN SEKARANG.

HIDUP PAS.

TAKBIR..........RAYA.........!

FIKIRLAH SENDIRI.....

Tuesday, May 19, 2009

Altantuya: PM jawab FITNAH

"PM tak nak jawab ka komentar Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pasal Altantuya?"

Itu adalah antara soalan yang diajukan sahabat kami apabila terbaca salah satu komentar mengenai Altantuya di artikel bertajuk B.A.B.I. Banyak soalan mengenai komentar tersebut telah diajukan kepada kami yang intipatinya lebih kurang sama iaitu, "Apa betul ka tuduhan SAMM tu?"

Sebelum itu, ingin kami jelaskan bahawa PM yang dimaksudkan di sini bukanlah Perdana Menteri, mahupun Najib, tetapi sebenarnya PM tersebut hanyalah merujuk kepada Paneh Miang. Lagipun kami merasakan Najib sendiri pun dah malas nak melayan fitnah serta tuduhan SAMM yang diketahui umum merupakan soldadu upahan Brader Anwar Bin Ibrahim. Sudah 3 kali…DIULANG…3 kali Najib bermubahalah menafikan kaitannya dengan Altantuya, namun pembangkang tetap 'menyanyikan' lirik yang sama. Itulah yang dinamakan POLITIK PERSEPSI.

Jika anak anda sedari kecil hingga dewasa diulang ajar bahawa warna hijau itu melambangkan Islam, lama kelamaan pasti anak itu akan cenderung untuk percaya dengan kata-kata anda. Begitulah kaedah psikologi yang diguna pakai pembangkang melalui pengulangan kata (repetition) dan memanipulasi fikiran rakyat terhadap perkara yang tidak pun berlaku. Perkara yang sama diulang secara berkala tanpa henti seperti rasuah, bunuh, kejam etc. yang akan menyebabkan rakyat akhirnya terpedaya dan cenderung untuk percaya. Kami pernah menulis di bawah label Agenda Asing berkenaan strategi yang sama digunakan CIA untuk mewujudkan perasaan tidak percaya rakyat Rusia terhadap pemimpin dan kerajaannya. Jika berkesempatan, bolehlah dibaca semula.

Selain kenyataan yang pernah disiarkan di mainstream media sebelum ini yang menafikan kaitannya dengan Altantuya; Najib juga telah bermubahalah di tiga tempat berasingan iaitu di sebuah masjid di Ijok, di Guar Perahu Permatang Pauh, serta di hadapan semua jawatankuasa Bahagian, Pemuda, Wanita, Puteri serta semua jawatankuasa Cawangan UMNO seluruh negara di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur. BERBEZA dengan Brader Anwar Bin Ibrahim yang sepatah haram pun TIDAK PERNAH bermubahalah bagi menafikan dirinya meliwat.

Komentar wakil SAMM dalam blog ini ada menyebut kononnya terlalu banyak 'misteri' dalam perbicaraan Altantuya. Secara peribadi, kami tidak melihat wujudnya misteri di sebalik kisah yang digembar-gemburkan pihak pembangkang selama ini. Hakikatnya, SAMM mempunyai agenda politik dengan memfitnah pemimpin kerajaan - supaya pemimpin idola mereka iaitu Brader Anwar Bin Ibrahim berpeluang ke mercu kuasa.

Disebabkan SAMM menulis komentar di blog Paneh Miang berkenaan kes Altantuya, maka kami mengambil kesempatan ini untuk merungkai beberapa perkara yang dibangkitkan SAMM mengenai Altantuya yang kononnya misterilah sangat...

Sekadar hiasan
PERSOALAN SAMM

Apa motif dua orang anggota Unit Tindakan Khas PDRM yang terlatih menjadi pengiring setia membunuh warga Monggolia yang mereka tidak kenali? 2 tertuduh pembunuhan Altantuya ini dibawah arahan siapa?

FAKTA SEBENAR

Dalam sesebuah perbicaraan, contohnya pembunuhan – jika pihak peguambela mempunyai fakta/bukti yang menunjukkan adanya individu lain yang turut terlibat dalam pembunuhan tersebut, maka strategi 'advocacy skill' akan digunakan ke atas saksi utama di awal perbicaraan dengan tujuan untuk pembinaan kes pembelaan. Contohnya, peguambela akan bertanyakan soalan, "Setuju atau tidak jika saya katakan ada orang lain yang terlibat?"

TETAPI dalam kes Altantuya, peguambela mahupun peguam pemerhati bagi pihak keluarga Altantuya iaitu anak beranak Karpal dan Gobind Singh TIDAK PERNAH bertanyakan soalan tersebut kepada saksi utama iaitu pegawai penyiasat kes pembunuhan tersebut. Malah soalan sebegini juga TIDAK PERNAH DITANYA KEPADA MANA-MANA SAKSI DI SEPANJANG PERBICARAAN KES ALTANTUYA.

Ini membuktikan bahawa pihak peguambela serta peguam pemerhati kes Altantuya telah sedia maklum akan hakikat sebenar bahawa Najib tidak terlibat dalam kes tersebut. Malah Gobind Singh hanya berani menuduh Najib sebagai pembunuh di Dewan Rakyat kerana mempunyai immunity sebagai Ahli Parlimen. Tetapi bila Gobind dicabar mengulangi ayat yang sama di luar Dewan Rakyat, dia kecut untuk melakukannya kerana sedar bahawa tuduhannya itu langsung TIADA ASAS! Bertepatanlah gelaran yang sewajarnya untuk Gobind iaitu 'Singh is Chicken'.

Dalam afidavit Razak Baginda, beliau telah mengaku mengenali serta mempunyai hubungan dengan Altantuya. Beliau juga mengaku bahawa Altantuya sering mengganggu, mengugut serta meminta wang daripadanya. Ugutan wang itu hakikatnya tiada kena mengena langsung dengan wang komisen/rasuah etc. seperti yang sering difitnah pembangkang. Malah, Razak Baginda dalam afidavitnya juga mengaku bahawa beliau telah meminta bantuan daripada Musa Safri (pegawai polis pengiring Najib) yang kebetulan dikenalinya, agar dapat menghantar beberapa anggota polis yang kononnya bertujuan untuk membantunya. Hakikatnya, Musa tidak tahu menahu akan rancangan atau niat sebenar Razak Baginda; namun beliau tetap menghantar Azilah serta Sirul kepada Razak Baginda. Lagipun Musa tidak mengesyaki apa-apa kerana mengenangkan Razak Baginda adalah salah seorang kenalan kepada Najib.

Razak Baginda dalam afidavitnya turut mengaku meminta Azilah dan Sirul untuk menyelesaikan masalah gangguan Altantuya serta menjauhkan Altantuya daripadanya (get rid of her).
Namun, Razak baginda juga menyatakan bahawa kenyataan beliau telah disalah ertikan oleh Azilah dan Sirul. Beliau menegaskan bahawa kenyataan "menyelesaikan masalah" itu tidak bermaksud menyuruh Azilah ataupun Sirul untuk membunuh Altantuya. Sebaliknya, Razak berkeras menyatakan bahawa tindakan membunuh Altantuya adalah dilakukan atas inisiatif Azilah serta Sirul sendiri, dan beliau tidak pernah memberikan arahan secara langsung ke atas pembunuhan tersebut.

Mahkamah cenderung untuk MEMPERCAYAI dan menerima afidavit Razak Baginda serta membuat keputusan untuk membebaskan beliau tanpa dipanggil membela diri. Kami difahamkan bahawa Jabatan Peguam Negara juga tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah melepaskan Razak Baginda, namun akur dengan keputusan tersebut.

Tambahan pula, tiada bukti yang menunjukkan bahawa Najib turut terlibat dalam kes ini. Walaupun dikatakan Najib berkemungkinan berkawan dengan Razak Baginda, namun adakah anda yakin bahawa Najib mengetahui apa yang dilakukan oleh Razak Baginda dibelakangnya? Analogi mudahnya, semasa anda membaca blog ini, adakah anda tahu apa yang sedang dibuat oleh rakan baik anda ketika ini? Adakah anda yakin untuk menyatakan bahawa rakan baik anda ketika ini tidak langsung ‘bermesraan’ dengan mana-mana wanita/lelaki? Atau…tahukah anda apa sebenarnya yang sedang dilakukan oleh suami/isteri anda ketika ini? Bagaimana anda boleh tidak tahu apa yang sedang dilakukan rakan/suami/isteri anda ketika ini, sedangkan anda dengan yakin dan beraninya memfitnah bahawa Najib tahu apa yang dilakukan oleh Razak Baginda dibelakangnya?

PERSOALAN SAMM

Secara jelas wujud pengakuan Altantuya dibunuh dengan pistol (bom C4 untuk menghapus bukti) malangnya mengapa pistol tidak dibawa ke mahkamah? Pistol, arahan siapa dan milik siapa?

FAKTA SEBENAR

Berdasarkan fakta kes, segala bukti yang mengaitkan Azilah dan Sirul telahpun dibawa ke mahkamah termasuklah pistol dan sebagainya. Anda boleh semak rekod perbicaraan dan jangan hanya buat fitnah membabi buta. Penggunaan C4 juga sebenarnya tidak hanya digunakan oleh pihak tentera, tetapi bahan itu juga turut digunakan oleh pihak UTK PDRM dalam latihan dan operasi mereka. Kami difahamkan C4 digunakan oleh UTK untuk memecahkan pintu atau dinding dalam beberapa kes siasatan jenayah.

Adakah anda pernah melihat bagaimana bentuk C4 itu? Jika anda pernah melihatnya, maka pasti anda juga tahu bahawa C4 itu dengan mudah boleh dialihkan tanpa dapat dikesan atau diketahui. Tambahan pula, Azilah dan Sirul merupakan anggota UTK, maka sudah tentu mereka mempunyai accessibility untuk membawa keluar bahan tersebut. Analogi mudahnya, jika anda tidak membuat semakan inventori, adakah anda tahu barang apa yang telah dibawa keluar oleh rakan sepejabat anda? Adakah anda akan sedar jika sampul surat, kertas A4, marker etc. sudah berkurangan di pejabat anda selagi semakan tidak dilakukan ke atas barangan tersebut? Dalam kes Altantuya, keadaan yang hampir sama berlaku ke atas C4 yang dibawa keluar dari stor simpanan sepertimana analogi yang diberikan tadi. Kelemahannya di sini apabila pegawai bertugas tidak membuat semakan inventori semasa C4 di bawa keluar dari stor simpanan, dan semakan hanya di buat sebaik saja siasatan terhadap kes Altantuya bermula. Difahamkan anggota yang bertanggung jawab menjaga stor simpanan senjata itu sudahpun dikenakan tindakan disebabkan kelalaian tersebut.

PERSOALAN SAMM

Benarkah Altantuya datang ke Malaysia setelah mengetahui RM500 juta (komisyen/rasuah) hasil jual beli peralatan pertahanan sudah diperolehi Razak Baginda (orang rapat Najib), dan kedatangan beliau untuk menuntut 'bahagian' seperti yang dijanjikan? Mengapa rekod imegresen Altantuya hilang?

FAKTA SEBENAR

Tuduhan tersebut TIDAK BENAR seperti yang telah diterangkan dalam persoalan awal sebelum ini. Ia tiada kena mengena langsung dengan komisen atau rasuah. Realitinya, Altantuya memeras wang daripada Razak Baginda kerana mengetahui kedudukan serta taraf Razak Baginda di Malaysia. Altantuya mengugut untuk merosakkan reputasi Razak dengan membongkarkan rahsia hubungan sulit Razak dengan dirinya pada masyarakat umum. Inilah realiti yang berlaku dan perkara ini turut dibentangkan di mahkamah. Malahan Altantuya turut membuat laporan polis sebelum berjumpa Razak dan antara kandungan laporan tersebut ialah - "Jika sesuatu berlaku kepada saya, maka pihak polis harus mencari Razak Baginda". Jelas tiada nama Najib dalam laporan polis yang dibuat oleh Altantuya yang turut disaksikan rakan serta sepupunya sendiri.

Begitu juga dengan rekod imigresen kemasukan Altantuya ke Malaysia yang turut dibentangkan sebagai bahan bukti di mahkamah semasa perbicaraan dan tiada sesiapa pun yang menghilangkannya. Jelas tuduhan SAMM adalah FITNAH semata-mata.


Sekadar hiasan

Pelbagai bentuk fitnah yang telah dilakukan pembangkang. Antaranya menuduh Rosmah turut terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Persoalannya, mengapa nama Rosmah hanya muncul dipertengahan perbicaraan kes Altantuya dan bukannya di awal perbicaraan? Apa motif pembangkang sebenarnya?

RPK pernah membuat kenyataan bersumpah mengaitkan Rosmah dalam pembunuhan Altantuya. Namun setelah bukti dibentangkan di mahkamah, ternyata Rosmah mempunyai alibi kerana semasa pembunuhan Altantuya berlaku, pada masa dan tarikh yang sama juga terdapat rakaman yang menunjukkan Rosmah ketika itu berada dalam sebuah majlis (klik sini). Berdasarkan bukti tersebut, maka RPK telah menghadapi pertuduhan memalsukan akuan bersumpah dan sehingga kini RPK masih menjadi pelarian di luar negara kerana takut di dakwa serta masih kerap menabur fitnah dari luar negara melalui tajaan pihak tertentu. Maka jelaslah siapa yang sebenarnya telah membuat fitnah.

Selain itu wujud juga tuduhan kononnya Najib ber'sms' dengan peguam dan sebagainya. Namun ternyata tuduhan itu juga tidak benar. Jika ia benar, maka sudah tentu peguambela serta Karpal Singh yang bertindak sebagai peguam pemerhati sudah membawa bukti itu ke mahkamah.

Malahan Bapa Altantuya sendiri pernah menyatakan kepada Jabatan Peguam Negara, "Thank you coz has been fair to my daughter". Bapa Altantuya sendiri tidak pernah menuduh Najib, jadi bagaimana pula anda boleh sewenang-wenangnya menuduh beliau? Cuma bapa Altantuya ada melahirkan rasa tidak puas hati kerana Razak Baginda dilepaskan oleh mahkamah. Itu saja!

Kini timbul pula isu bahawa ramai rakyat Malaysia kononnya tidak pernah melihat wajah sebenar Azilah dan Sirul kerana mereka sentiasa berkelubung semasa keluar masuk mahkamah. Sehinggakan ada yang mendakwa bahawa hukuman gantung yang akan dikenakan ke atas mereka akan dipindahkan kepada orang lain demi untuk menyelamatkan Azilah dan Sirul yang kononnya dikambing hitamkan.

Tolonglah beb. Tak payah la nak buat cerita karut tu. Sepanjang proses perbicaraan, wajah Azilah dan Sirul dapat dilihat oleh semua yang hadir di mahkamah termasuklah hakim, peguambela, peguam pemerhati, orang awam serta wakil media pembangkang. Cuma standard procedure mahkamah tidak membenarkan kamera digunakan semasa perbicaraan berlangsung. Malahan bapa dan sanak saudara Altantuya sendiri sudah melihat wajah sebenar Azilah dan Sirul. Jadi bagaimana pula boleh timbul isu konon tertuduh akan ditukarkan dengan orang lain jika hukuman gantung dijalankan? Hakikatnya, mereka yang hadir di mahkamah sepanjang perbicaraan BOLEH MEMASTIKAN sama ada hukuman dilaksanakan terhadap orang yang sepatutnya diperintah gantung oleh mahkamah; dan dalam kes ini orang yang dijatuhi hukuman ialah Azilah dan Sirul.

Be realistic ok! Logik la sikit kalau nak menuduh tu. Lagipun suatu perkara biasa semasa seseorang pesalah ditangkap, mereka akan menutup wajah mereka di hadapan kamera dan media. Isu terbaru yang ditimbulkan ini merupakan salah satu fitnah paling kelakar yang pernah dibuat oleh pembangkang.

SAMM juga turut mendesak Najib untuk menyaman 19 media asing picisan bertaraf tabloid (gossip) yang telah memfitnah beliau, dengan alasan kononnya demi untuk menjaga maruah serta nama baik Malaysia. Sejak zaman Che Det lagi media asing sudah memfitnah serta memburukkan Perdana Menteri Malaysia. Malahan, Paklah juga pernah dipersenda serta difitnah oleh media asing. Tetapi kenapa pada masa itu tiada sesiapa yang ingin mendesak Che Det atau Paklah untuk menyaman media asing tersebut? Lagipun ramai yang sedia maklum akan PETUALANG sebenar di sebalik semua media asing yang sering memburukkan Kerajaan Malaysia.

Hakikatnya semua orang tahu bahawa bukan itu NIAT sebenar SAMM. Demi maruah konon! Jika benar ianya bersabit dengan maruah negara atau kononnya SAMM malu sesangat dengan laporan tabloid asing tersebut, apa kata SAMM sendiri mewakili Malaysia untuk menyaman mereka. Bukankah SAMM juga sebahagian daripada negara ini, maka sudah tentu tiada masalah bagi SAMM mewakili Malaysia untuk menyaman 19 tabloid asing yang kononnya cuba untuk menjatuhkan maruah negara ini. Pasti SAMM sanggup untuk menghadapi proses perbicaraan kes saman yang kebiasaannya mengambil masa yang lama sehingga memakan masa bertahun-tahun. Jika anda pernah menyaman orang atau firma, sudah tentu anda memahami prosedur mahkamah sebegini. Realitinya, itulah niat tersirat SAMM menggesa Najib untuk menyaman tabloid asing itu semua, kerana proses perbicaraan yang panjang bakal mewujudkan lebih banyak polemik dan gossip yang tiada berkesudahan. Perlukah lagi tuntutan bingai SAMM ini dilayan?

Hari ini, sebahagian rakyat Malaysia terutamanya penyokong pembangkang lebih cenderung untuk mempercayai fitnah; dan ia menjadi bertambah buruk apabila mereka turut memainkan watak atau agen penyebar fitnah. Tiada kekesalan pada diri mereka akan amaran Allah s.w.t. berkenaan bahayanya fitnah. Mungkin mereka lebih suka memakan daging saudara sendiri di akhirat kelak.

Kebanyakan mereka yang memfitnah sebenarnya tidak pun melakukan siasatan atau penyelidikan sendiri terhadap kes Altantuya. Mereka hanya bercakap kerana mendengar orang lain bercakap. Malahan mereka sendiri tidak berada di tempat kejadian, mahupun melihat sendiri bagaimana, serta siapa yang membunuh Altantuya, TETAPI ajaibnya, mereka berani pula menuduh si polan..si polan itu membunuh. Itulah REALITI PEMBANGKANG di Malaysia. Fitnah sudah menjadi makanan ruji mereka. Mangsa liwat yang bermubahalah atas nama Allah s.w.t. diperlekehkan, tapi orang yang pernah disabitkan kesalahan pula disanjung dan dipuja.

Warga Paneh Miang bukanlah bertujuan untuk membela atau mempertahankan Najib dalam kes Altantuya. Bahkan, kami juga banyak mempertikai serta mengkritik, bukan sahaja Najib, malah ramai lagi pemimpin, sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang. Tujuan artikel ini hanyalah semata untuk berkongsi dengan pembaca akan FAKTA SEBENAR kes Altantuya yang telahpun dibicarakan di mahkamah. Kami mengutarakan hal ini kerana kami sudah JELAK membaca serta mendengar kenyataan pihak pembangkang yang tidak bercakap berlandaskan fakta, tetapi lebih banyak menjurus kepada fitnah dan tohmahan.

Pesan kami, sebelum anda berniat untuk berbicara tentang perkara yang tidak anda ketahui atau fahami secara faktanya, fikirlah dahulu kesannya kepada diri serta negara ini pada masa hadapan. Alam ini ada TUANnya, dan jika anda tidak berpuas hati dengan mahkamah manusia, akan ada MAHKAMAH ALLAH yang boleh anda harapkan. Wallahualam.

Klik forum di sini dan di sinun.

MCA & SUPP banyak songeh..

Aku cukup tak puashati dengan kenyataan Yong Khoon Seng (Naib Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Presiden MCA, Ong Tee Keat yang mahu kerajaan mengkaji semula dasar biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) iaitu peruntukan biasiswa harus diberi kepada pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam pelajaran, bukannya berdasarkan sesuatu kaum itu.

Ini adalah sesuatu perkara yang tidak boleh dipandang ringan kerana ianya telahpun termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 153 yang berkaitan dengan perezapan, kuota dan biasiswa untuk orang Melayu. Harus diingat bahawa sebarang perubahan kepada perkara 153 adalah WAJIB mendapat perkenan Majlis Raja-Raja di bawah Perkara 38 dalam Perlembagaan Persekutuan yang berkuasa untuk melindungi Hak Istimewa Melayu/Bumiputera.

Agaknya si Ong Tee Keat dan Yong Khoon Seng ni buta sejarah dan tak sedar diuntung. Dah la MCA kalah teruk dalam pilihanraya umum yang lalu, lagi nak banyak songeh mintak macam-macam. Kau sedar tak yang Melayu/Bumiputera di Malaysia ni mewakili 66 peratus penduduk. Kau rasa kuota 55% biasiswa JPA tu setara tak dengan kapasiti penduduk Melayu/Bumiputera di negara ni? Sedangkan bukan bumiputera hanya berjumlah 34 peratus dan kerajaan dah bermurah hati bagi 45% kuota biasiswa JPA...lagi lu nak banyak bunyik.

Kalau benar-benar ingin merealisasikan konsep satu Malaysia pun, Ong dan Yong perlu berusaha untuk memujuk saudara sebangsa mereka agar beramai-ramai menyokong usaha 'satu sekolah untuk semua' tanpa perlu mempertikaikan perkara yang memang tidak boleh diubah lagi. Jangan jadi anjing yang asyik menyalak bukit. Bukit tak runtuh tapi suara anjing yang hilang akhirnya. Lu fikirlah sendiri...

Monday, May 18, 2009

Breaking News

Revoke order or it's war, warns Hindraf
Athi Veeranggan | May 18, 09 1:35pm
Hindu Rights Action Force (Hindraf) leader P Waythamoorthy has given an ultimatum to Prime Minister Najib Abdul Razak's government. From Malaysiakini.

I do not know what else Waythamoorthy wants. The Hindraf leaders were released from Kamunting and now it seems that they want to provoke the government to detain them again. Well, as a citizen who loves this country, I am in the opinion that these kind of trouble makers should be kick out of this country. Majority of Malaysians want peace and harmony in this country. To Hindraf members (this group has been banned), please respect others. Enough is enough. Do not spark any fire because it will lead to destruction. ALLAHUAKHBAR! INI TANAHAIR KU!

Perhimpunan Liwat 1 Julai

Dalam siri ceramah pemimpin pembangkang akhir-akhir ini, mereka telah menyeru orang ramai untuk bersama mereka berkumpul mengadakan perhimpunan / demonstrasi pada 1 Julai 2009 yang bersamaan tarikh bermulanya perbicaraan kes liwat Bro Anwar Bin Ibrahim.

Kononnya rakyat diminta berkumpul di mahkamah pada tarikh berkenaan semata-mata untuk menunjukkan rasa simpati mereka kepada Bro Anwar Bin Ibrahim serta menunjukkan protes terhadap sistem kehakiman negara ini.

Rasanya pihak berkuasa sudah tahu mengenai gerakan ini. Tujuan sebenar penyokong Bro Anwar Bin Ibrahim ingin berdemonstrasi hanyalah untuk menghalang proses perbincaraan kes liwat itu daripada berjalan mengikut jadual. Pelbagai kaedah dan cara akan digunakan bagi menghalang kes itu dibicarakan kerana Bro Anwar Bin Ibrahim sudah semakin terdesak. Bukti yang akan dibentangkan dalam kes liwat itu bakal 'menjerut' Bro Anwar Bin Ibrahim hingga beliau pasti kembali mengadu sakit tengkuk dan pinggang. Masa untuk melapor diri ke Kamunting atau Sungai Buluh sudah semakin hampir dan Bro Anwar Bin Ibrahim sudah semakin kecut ***nya.

Pembangkang pasti akan melakukan apa saja bagi menyelamatkan bosnya itu. Mereka tiada perasaan simpati langsung pada mangsa liwat yang telah dirobek juburnya sesuka hati oleh Al-Juburi.

Walaupun dalam siri ceramah pembangkang turut diadakan pungutan derma kerana kononnya kedudukan kewangan yang tidak stabil, tapi percayalah bahawa demontrasi yang bakal diadakan pada 1 Julai nanti pasti ada penajanya. Mana datang duit yang banyak itu untuk mengumpul orang ramai berdemonstrasi? Hanya pembangkang dan keluarga pembangkang sahaja yang tahu jawapannya...

SUMPAH VS SESUMPAH

Assalamualaikum Salam Perkenalan Daripada Tok Ayah.

SUMPAH VS SESUMPAH
Orang yang sentiasa di fitnah dan di keji,
Akhirnya menjadi Perdana Menteri,
Lantaran berani bersumpah dengan atas nama Ilahi.
Berbeza pula dengan nasib manusia ini,
Menabur fitnah tanpa bukti,
Membuat Persepsi hinggakan rakyat hilang kewarasan diri,
Sanggup menderhaka Sultan sendiri,
Berdemonstrasi tanpa fikirkan nasib keluarga sendiri,
Setiap janji mesti ditepati,
Barulah jadi muslim yang sejati,
Tetapi Manusia ini suka memungkiri janji,
Tetap dipuja dan puji,
Oleh rakyat yang sudah dirasuki,
Apatah lagi untuk bersumpah atas nama Ilahi,
Walau dicabar setiap hari,
Untuk menafikan tidak berlaku sodomi,
Bermacam helah cuba diberi,
Letusan kata-kata dan wajah tidak pernah selari,
Membohongi rakyat dari pagi hingga dinihari,
Pandai mengubah diri mengikut situasi,
Jiwa sesumpah sudah sebati dalam diri.