Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, November 21, 2008

Dasar Pemimpin Yang Menyalahi Perlembagaan

Semasa menghadiri seminar yang disampaikan oleh seorang mantan hakim Mahkamah Rayuan baru-baru ini, saya telah memperolehi beberapa maklumat yang agak menarik. Seminar ini menjadi bertambah ‘paneh’ apabila disertai oleh beberapa orang hakim serta ramai pegawai kanan kerajaan yang turut terlibat dalam perbahasan. Topik yang dibincangkan mungkin bukan baru bagi saya atau bagi anda semua, tetapi inilah kali pertama saya diberi penjelasan yang sungguh terperinci mengenai undang-undang Perlembagaan Persekutuan. Antara yang dibincangkan ialah berkenaan Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan yang kurang diberi perhatian bukan sahaja oleh rakyat Malaysia bahkan juga oleh para pemimpin negara.

Perkara 152 adalah berkenaan Bahasa Kebangsaan atau National Language yang menyebut Bahasa Melayu lingua franca di Nusantara sebagai bahasa kebangsaan dan amat bersalahan jika dikatakan Bahasa Malaysia sebagaimana yang selalu disebut oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Dalam perlembagaan persekutuan hanya menyebut atau dinyatakan atau ditulis perkataan bahasa Melayu dan tidak ada satu bahasa lain yang tertulis atau dinyatakan secara jelas berbanding bahasa Melayu. Tiada dalam perlembagaan ditulis bahasa Mandarin, Tamil, Kantonis, Bajau, Murut atau mana-mana bahasa sekalipun dan bahasa tersebut hanya dirujuk dalam perlembagaan sebagai bahasa lain atau bahasa kaum lain.

Penekanan istilah atau aspek teknikal perkataan dan ayat dalam perlembagaan sebenarnya adalah amat penting sebelum pemimpin negara ini ingin merangka dasar yang hendak dilaksanakan terutama perkara berkaitan bahasa. Perkataan-perkataan dalam Perkara 152 (a) dan 152 (b) seperti “menggunakan”, “mengajar”, “belajar”, “penggunaan” serta “pengajian” adalah perkataan-perkataan untuk membezakan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan bahasa-bahasa lain yang terdapat di Malaysia (sila rujuk Perlembagaan Persekutuan).

Maka berdasarkan Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil (SJKC & SJKT) sepatutnya dikategorikan sebagai sekolah swasta sebagaimana Sekolah Jepun atau sekolah antarabangsa yang lain terdapat di Malaysia. Kerajaan seharusnya tidak bertanggungjawab untuk memberi kemudahan serta bantuan kewangan daripada dana negara atau negeri kepada SJKC dan SJKT. Kerajaan hanya dibolehkan memberi bantuan kewangan hanya dengan tujuan untuk memelihara “penggunaan dan pengajian” bahasa kaum lain tetapi bukannya untuk “belajar dan mengajar” bahasa-bahasa kaum lain.

Apa yang dimaksudkan dengan bahasa kaum lain itu termasuk bahasa kaum Cina dan kaum India serta kaum-kaum lain di Sabah dan Sarawak serta kaum minoriti di Semenanjung Malaysia. Kerajaan Persekutuan atau Negeri sepatutnya tidak membezakan atau mendiskriminasi bahasa kaum minoriti lain seperti bahasa Telegu, Malayalam, Malayalee, Punjabi, Urdu, Hindi serta pelbagai bahasa Cina selain Mandarin, Jawa, Banjar, Mandailing dan sebagainya. Mengutamakan bahasa Tamil dan bahasa Cina adalah bertentangan dengan hak kesemarataan dan hak tentang pendidikan di Malaysia.

Kerajaan kini melalui Kementerian Pelajaran sebenarnya telah melanggari undang-undang Persekutuan apabila memberikan bantuan dan kemudahan kepada SJKC dan SJKT kerana secara tidak langsung telah menyamaratakan sekolah kebangsaan dengan dua aliran sekolah tersebut. Ini jelas merupakan satu bentuk diskriminasi kepada sekolah Kebangsaan yang memperolehi dana hanya daripada kerajaan sedangkan SJKC dan SJKT memperolehi dua saluran dana iaitu daripada kerajaan serta bantuan orang perseorangan serta entiti perniagaan kaum masing-masing. SJKC dan SJKT adalah tidak wajar untuk dibantu menggunakan wang kerajaan seperti mengajar matematik, sejarah dan geografi dalam bahasa Cina atau India. Jika kerajaan masih tetap memberi bantuan kepada kedua jenis sekolah aliran ini bermakna kerajaan sebenarnya telah melakukan ketidakadilan terhadap kaum lain terutama bahasa anak negeri Sabah dan Sarawak serta kaum minoriti lain di Semenangjung Malaysia (sila rujuk Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan).

Dasar Pendidikan Negara sepatutnya berteras dan berpaksi ke arah Intergrasi Nasional iaitu semua murid seharusnya belajar di Sekolah Kebangsaan sahaja dari sekolah rendah hinggalah ke universiti dimana “pupils own language” hanya boleh diajar di peringkat rendah. Intergrasi Nasional sebagaimana yang sering dilaungkan oleh pemimpin terutama bukan Melayu di negara ini tidak akan terlaksana dan tercapai sekiranya murid-murid di Sekolah Kebangsaan diklasifikasikan berbeza dengan murid-murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina serta murid-murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Sebaliknya perbezaan sekolah ini hanya akan menyebabkan kerajaan dituduh untuk cuba menabur benih-benih perkauman dan menjadi mustahil untuk diselesaikan apabila umur murid-murid ini meningkat dewasa.

Berdasarkan perlembagaan juga, tulisan bahasa Melayu ialah tulisan rumi tetapi penggunaan tulisan Jawi sebenarnya tidak boleh disekat atau dihalang di Malaysia. Ini bermakna bahawa bahasa Melayu dalam tulisan Jawi sahaja bukanlah bahasa Melayu sepenuhnya. Penggunaan bahasa kaum lain sama ada pertuturan atau penulisan boleh dipelihara dan diteruskan TETAPI pemeliharaan penggunaan bahasa kaum lain itu bukan bermakna merestui “mempamerkan papan tanda pelbagai bahasa”. Penggunaannya hendaklah selektif menurut keadaan seperti amaran, notis etc. Malahan penggunaan papan tanda perniagaan dalam tulisan Mandarin atau Tamil sekalipun adalah bersalahan menurut undang-undang Persekutuan sekiranya ia digunakan bagi “maksud rasmi”. Ini bermakna, bahasa lain selain bahasa Melayu boleh dilarang atau dihalang daripada digunakan bagi “maksud rasmi” yang bererti bagi maksud kerajaan serta pihak berkuasa awam.

Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, seharusnya tidak boleh wujud sekolah berbilang bahasa sebagaimana yang terdapat di Malaysia kini. Sebetulnya hanya perlu ada satu jenis sekolah sahaja untuk semua kaum di Malaysia iaitu sekolah kebangsaan. Kini hanya pemimpin bukan Melayu yang kelihatan bersungguh memperjuangkan sekolah aliran kaum masing-masing serta pernah menolak saranan Tun Dr. Mahathir untuk menggalakkan intergrasi kaum melalui sekolah wawasan. Seperti yang pernah saya nyatakan dalam artikel sebelum ini bahawa tentangan orang bukan Melayu terhadap politik perkauman sebenarnya tidaklah mencerminkan sentimen anti-perkauman mereka sendiri. Jelas orang bukan Melayu tidaklah seikhlas mana dalam perjuangan mereka ke arah kewujudan bangsa Malaysia. Sewajibnya kerajaan tidak harus tunduk kepada tuntutan yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan INGATLAH bahawa mempersoalkan Perkara 152 adalah jelas merupakan kesalahan menghasut.

5 comments:

  1. Salam Jemputan

    Seruan untuk sertai Team Blogger Negara Malaysia ( TBNM )!

    Saya baru sahaja meletakkan komen di beberapa blog untuk mengajak dibuat team blogger barisan hadapan negara.

    Ia satu inisiatif saya bagi merapatkan saf dan hubungan sesama blogger yang tidak senang dengan blogger yang menggunakan sumber palsu fitnah dan gosip di dalam penulisan mereka.

    Cara berhubung dimaksudkan dengan mengguna Yahoo Messenger.

    Senarai mereka yang menyertai team ini akan diletakkan di dalam blog masing masing.

    Nama team ini mungkin boleh diletak Blogger Malaysia atau apa shj yg sesuai nanti

    Setiap ahli akan menziarahi blog ahli lain dan saling bekerjasama memberi komen dan pendapat tentang sesuatu isu atau masalah dan pandangan yang berlaku atau disentuh oleh team kita.

    Begitu juga jika ada blog yang dilihat tidak mengamalkan etika sebagai blogger terhormat maka kita akan gerakkan team ini bagi menegur beramai ramai tindakannya demi mengelakkan kesan yang buruk terhadap negara kita.

    Objektif utama :

    1. Mengumpulkan blogger2 pembela negara
    2. Mempromosi blog blog team di blog ahli team.
    3. Memberi komen pandangan setiap artikel yang ditulis oleh team blogger.
    4. Melawan pandangan songsang terhadap usaha murni kerajaan serta mengkritik tindakan yang dirasakan tidak sesuai dibuat oleh kerajaan dengan berhikmah dan mauizah hasanah.
    5. Mengeratkan hubungan antara blogger utk pengaliran info maklumat terkini.
    6. Memastikan agama bangsa dan negara dikuatkan dengan team blogger harapan negara Malaysia ini..


    Di harap dapatlah kiranya add email saya untuk Yahoo Messenger bagi memulakan gerakan membina rangkaian blogger negara Malaysia ini.

    Email : panglimaperangcyber@yahoo.com

    Dijadualkan malam ni Jumaat mlm Sabtu, Bertarikh 21 Nov 2008 bersamaan 23 Zulkaedah 1429 tepat jam 9 malam satu pertemuan maya kali kedua akan dibuat.

    Moga ramai blogger akan datang dan juga peminat blogger turut hadir sama..

    Demi untuk Agama Bangsa dan Negara!


    Yang Berblog :

    Panglima Perang Cyber
    Http://penembak-tepat.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Artikel yg menarik dan fakta yg tepat, Paneh. Sepatutnya kita tak perlu lihat lagi SJK ini.

    Saya tak nampak satu usaha bersungguh2 dilakukan utk memperbetulkan keadaan ini. Terutamanya bagi menyeragamkan sekolah. Saya tak begitu menyokong sekolah wawasan sebaliknya semua anak2 perlu ke sekolah kebangsaan. SK bukan sekolah Melayu dan org melayu memang tak ada sekolah khas sebagaimana SJK. Yg kita ada ialah sekolah kebangsaan dan semua rakyat dialu-alukan ke situ.

    Hina sangat ke sekolah kebangsaan hingga mrk enggan ke sana?

    Padahal kita tak pernah sekat sesiapa belajar dan guna bahasa ibunda masing2. Tapi, ketika di tpt terbuka, gunakan bhs Melayu yg telah dipersetujui sbg bahasa kebangsaan.

    Ini yg dikatakan 'kaduk naik junjung'. Kata org, 'naik lemak'. Lemak memang tak elok sangat....!

    Paneh,
    Panglima Perang Cyber dan sahabat2 bloggers ajak join YM. panglimaperangcyber@yahoo.com

    Ramai yg ada kat situ...

    ReplyDelete
  3. 1. Cuba Sdr cari dalam mana-mana penulisan saya atau komen saya dimana-mana blog. Sayapun dah lupa. Tak apa saya jelaskan disini bahawa sudah lama saya tidak bersetuju dengan peranan yang dibuat oleh kerajaan kita yang memperuntukkan sebahagian bantuan kewangan untuk SRJK Cina dan India. Kerana pada asalnya dulu Sekolah tersebut sama statusnya dengan sekolah yang dibawah oleh Mubaligh Kristian ke Malaysia. Lagipun jika kita nak mengagungkan Bahasa Rasmi negara kenapa kita mesti mencemarkan keagungan itu dengan menggalakkan SRJK tersebut?

    2. Jikalau kita memberikan peruntukkan kepada SRJK cina dan India, kenapa kita tidak mengujudkan SRJK Iban atau Kadazan kerana mereka lebih berhak sebagai Orang asli negara ini.

    3. Bagaimana dengan bahasa Minang?

    ReplyDelete
  4. Kesilapan kerajaan BN khususnya UMNO ialah pemimpin2 kita kurang jelas berkenaan Perlembagaan Malaysia itu sendiri.

    Acapkali kita dengar pembangkang mempermainkan isu perkauman, jika dikomen mereka akan mengambil tindakan undang2 termasuk saman berjuta ringgit (khususnya terhadap media massa).

    Bagi saya Perlembagaan Persekutuan sudah cukup baik dalam membela dan memberikan hak istimewa kepada bangsa Melayu, tetapi tidak digunakan sepenuhnya oleh UMNO... Balik2 nak jaga kepentingan India dan Cina, nak jaga 'keadilan' konon, sampai kena pijak kepala masih nak hulur untuk dipijak lagi!

    -M6

    ReplyDelete
  5. Kerajaan perlu perbetulkan keadaan ini. Jangan pula atas alasan politik (undi) sanggup bahasa kebangsaan dikorbankan.

    Kesannya merugikan negara. Perpaduan terencat, jurang perkauman makin melebar. Penjajahan bahasa lain makin ketara terhadap bahasa tempatan.

    Dasar negara dah betul dan tidak perlu diperbetulkan. Yang tak betul dan perlu dibetulkan ialah dasar pemimpin. Pemimpin yang agak bacul dan sanggup menjadi barua.

    ReplyDelete

Blog Archive