1. Kami sebenarnya tidak berminat untuk berkisah tentang Rosmah Mansor (RM). Bukan kerana dia anak Negeri Sembilan atau bukan juga kerana dia adalah
2nd Lady Malaysia (
First Lady merujuk Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan adalah Raja Permaisuri Agong), tetapi kerana kami merasakan dia bukanlah orang yang penting sangat untuk diberikan perhatian.
2. Kami juga tergolong dalam kelompok majoriti yang tidak sukakan Anwar CIFUT, tetapi ia juga tidak bermakna kami akan menolak semua
kata Al-Juburi. Lagipun orang tua-tua ada berpesan, jika nak tahu keburukan diri, tanyalah kepada musuh.
3. Kami sedaya mungkin akan mengelak daripada membicarakan mengenai RM, tetapi sindiran dan kecaman rakyat terbanyak terhadap dirinya telah mendesak kami untuk menyatakan pendirian.
4. Kami bukan
blogger upahan sepertimana sering dituduh oleh ramai orang. Kami tidak terikat kepada sesiapa dan kami sedaya upaya berhujah atas prinsip "Call A Spade A Spade". Itupun ada juga yang mengaku mereka adalah salah seorang warga Paneh Miang. Terima kasihlah kerana bersusah payah memperakui anda adalah sebahagian warga Paneh Miang walaupun blog ini dianggap goblok oleh segelintir orang. Cuma jangan sesekali gunakan nama kami untuk
collect duit daripada orang lain. Nanti tak pasal-pasal pula surat saman kami menyinggah di teratak anda.
5. Kisah mengenai RM bermula apabila
spotlight yang melampau diberikan media kepada beliau sejak Najib dilantik Perdana Menteri Malaysia ke-6. Hampir saban hari kisah mengenai dirinya dan PERMATA (bukan 'Permata Yang Hilang' atau 'Permata di Perlimbahan') menjadi liputan media sehingga menenggelamkan peranan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Malah majoriti rakyat semakin meluat dan mual dengan publisiti terlampau kepada RM.
6. Kisah mengenai Permata Negara mula menjadi bualan apabila peruntukan sehingga RM150 juta diberikan Kerajaan Persekutuan pada 2009 yang kononnya untuk anak-anak pintar di bawah 5 tahun (
colour & religion blind), sedangkan manfaatnya tidaklah menyeluruh diterima oleh rakyat terbanyak.
7. Dijangkakan pada tahun 2010 ini, jumlah yang sama akan diperuntukkan kepada program Permata Negara dan pastinya bajet untuk agenda ini akan mencecah sehingga RM300 juta. Dan kos itu pula tidak termasuk kos lain yang terpaksa dibiayai oleh kerajaan negeri di bawah BN untuk membina pusat Permata Negara di setiap negeri.
8. Juga menjadi pertikaian serta persoalan ramai, benarkah bajet Kementerian Pelajaran dipotong semata-mata kerana ingin mengalihkannya kepada program Permata Negara sehinggakan kos operasi dan kurikulum sekolah menjadi mangsa tanpa sebarang peruntukan?
9. Siapa yang patut diutamakan sebenarnya? Potensi pelajar di sekolah kerajaan sedia ada atau segelintir kanak-kanak bawah 5 tahun yang kononnya pintar? Berapa ramai pula rakyat khususnya ibu bapa yang mendapat manfaat langsung daripada program Permata Negara? Atau nawaitu projek ini semata-mata untuk publisiti kipas dan bodek kepada isteri Perdana Menteri?
10. Sasaran pembinaan 300 Pusat Permata Negara di seluruh Malaysia secara tidak langsung telah menafikan peranan Taska Hadhari yang 'layu sebelum berkembang'. Taska Hadhari akan menjadi projek 'gajah putih' apabila tumpuan berlebihan diberikan kepada program Permata Negara. Bukankah Najib pernah menyatakan bahawa keutamaan kerajaan hari ini adalah
output dan bukannya
kosmetik? Jadi mengapa percanggahan sebegini masih berlaku?
11. Rakyat hari ini juga mempersoalkan
laman web isteri Perdana Menteri yang menggunakan alamat laman rasmi Pejabat Perdana Menteri. Adakah laman ini termasuk dalam bajet semasa Kerajaan Persekutuan? Apakah tugas dan peranan sebenar isteri Perdana Menteri?
12. Tidak dinafikan laman web tersebut ada faedahnya terutama untuk rekod koleksi ucapan RM selaku isteri Perdana Menteri. Lagipun Malaysia belum ada data lengkap dalam simpanan arkib, koleksi ucapan isteri-isteri Perdana Menteri sejak merdeka hingga kini. Cadangan kami, kepada mereka yang sedang pening mencari tajuk tesis yang sesuai, ucapan isteri-isteri Perdana Menteri Malaysia boleh dijadikan skop kajian.
13. Namun yang dipertikaikan di sini bukanlah mengenai koleksi ucapan, tetapi kewajaran pembinaan laman web tersebut menggunakan medium rasmi Kerajaan Persekutuan. Tidak pastilah sama ada peruntukan untuk isteri Perdana Menteri dalam hal sebegini sememangnya wujud dalam bajet Persekutuan sejak dulu, tetapi persepsi seperti ini tanpa penjelasan sewajarnya kepada rakyat, pasti akan mengundang musibah. Bukankah lebih manis seandainya pembinaan laman web itu dibiayai sendiri. Atau tiada langsungkah mana-mana 'keparat' yang sanggup menaja?
14. Bisik-bisik mengenai RM yang sering mengawal Najib, mendapat keistimewaan duduk di kerusi Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, serta mempunyai pengaruh dalam keputusan Perdana Menteri; pasti tidak akan memberi
mileage ke atas usaha bersungguh-sungguh Najib hari ini. Walaupun kami tak ambil pot sangat mengenai cakap-cakap sebegini kerana isteri-isteri Perdana Menteri sebelum ini juga sering ditohmahkan dengan pelbagai fitnah, namun ia bukanlah sesuatu yang tidak perlu diberi perhatian langsung oleh Najib.
15. Najib harus menelusuri episod kejatuhan pemimpin-pemimpin Umno sebelum ini. Jika KJ dikhabarkan sebagai sangat berkuasa sehingga menjadi punca kejatuhan Paklah, maka apa bezanya dengan kisah RM ini?
16. Keramat Umno lebih besar daripada ahlinya. Kejatuhan segelintir individu dalam Umno tidak akan menjejaskan Umno, tetapi individu yang jatuh itu pula akan menerima bala. Anwar CIFUT dan Paklah adalah rujukan 'terbaik' bahawa pemimpin boleh datang dan pergi dalam Umno tetapi Umno tetap akan kekal utuh.
17. Cuma kali ini giliran Najib untuk memastikan dirinya bukanlah mangsa terbaru yang harus dikorbankan.
18. Harus diingat bahawa spekulasi dan persepsi di Malaysia sejak zaman pentadbiran Paklah, kebanyakannya benar-benar terjadi. Tak percaya boleh tanya Anwar CIFUT, Zahid Hamidi, Hishamuddin, KJ dan RPK. Mereka lebih arif dalam permainan spekulasi dan persepsi.
19. Spekulasi dan persepsi mampu membunuh legasi yang baru bermula. Najib perlu memastikan segalanya terkawal atau berundur saja!