1. Selamat Hari Raya Eidulfitr dan Maaf Zahir Batin buat semua sahabat dan pengunjung blog Paneh Miang. Kepada yang sudah kembali bekerja, diucapkan selamat bertugas dengan penuh dedikasi dan amanah. Dan kepada mereka yang masih beraya, jika mahu pulang ke destinasi masing-masing kelak, diharaplah berhemah ketika memandu. Bukannya apa, jikalau berlakunya kemalangan disebabkan kecuaian anda, maka anda bukan sahaja akan menyusahkan diri sendiri, tapi turut menyusahkan orang lain yang terperangkap dalam kesesakan lalulintas, hanya disebabkan kenderaan anda yang tersondol kenderaan di hadapan. Dah tu bukannya tahu nak ke tepi, tapi siap dok bertekak lagi tengah jalan. Kalau tak maut tu mujur juga. Andai berlakunya kemalangan maut, dah mati pun orang akan dok kutuk kerana kesesakan lalulintas yang teruk disebabkan anda. Kepada mereka yang tidak kemalangan pun, janganlah pula memandu terlalu perlahan semata-mata nak tengok kemalangan yang berlaku. Bertimbang rasalah terhadap pemandu lain yang mungkin ada kecemasan yang memerlukan mereka segera tiba ke destinasi. Memandulah dengan akal dan bukannya dengan nafsu. Dah sebulan puasa pun masih lagi tak boleh nak kawal nafsu ka? Hehe...sorry ter emos sikit.
2. Ada sahabat dok tanya adakah kami akan ulas berkenaan peristiwa yang telah menggemparkan negara, berkenaan pembunuhan kejam 4 muslimin oleh sekumpulan budak hitam. Maaflah sahabat, yang sebenarnya kami tiada maklumat berkenaan kes tu, jadi agak sukar untuk kami berkisah mengenainya. Cuma Al-Fatihah serta doa saja yang mampu kami berikan, dan diharapkan ahli keluarga mangsa dapat bersabar menerima ujian Allah s.w.t.
3. Tetapi, kami ada berbual sesama ahli keluarga serta handai taulan semasa hari raya pertama berkenaan kes tersebut, dan kami memang menjangkakan bahawa penculikan atau pembunuhan (diandaikan ketika itu mereka telah dibunuh), PASTI tidak akan dilakukan oleh orang Melayu kecuali Melayu tu gila. Sementelah ianya mustahil bagi orang Melayu kerana walau seburuk manapun mereka, pasti Melayu tidak akan sanggup melakukan perkara sebegitu terutamanya dalam bulan yang mulia, yakni Ramadhan. Bukan nak menuduh orang bukan Melayu, tapi itu hanya andaian kami ketika itu, dan sekarang telahan kami terbukti benar dengan tertangkapnya beberapa orang suspek.
4. Kami juga tertanya mengapa seorang jutawan seperti mangsa tiada pengawal peribadi yang sentiasa mengiringinya? Tetapi mungkin itulah hebatnya negara ini dengan keamanan dan kemakmuran, maka seorang jutawan sepertinya mungkin merasakan tidak perlu memiliki beberapa orang pengawal peribadi. Kita di negara ini kalau dengar bunyi letupan mercun pun kita relaks saja. Sampai ke tahap itulah amannya Malaysia, tapi itu pun masih ada lagi orang yang tak reti bersyukur sehingga sanggup memburukkan negara sendiri ke luar negara. Pembangkang negara lain pun tak burukkan kerajaan dan negara mereka sendiri pada orang luar, hanya pembangkang Malaysia saja yang gila meroyan.
5. Cuma kes ini telah mengingat kami kepada seorang "
bapak kepala gangster" (perkatan ini kena sebut dengan kuat untuk impak yang berlebihan) keturunan India di negara ini. Kenapa kami gelar dia "
bapak kepala gangster"? Kerana jika beliau tidak suka kepada sesuatu soalan yang diajukan oleh kaumnya sendiri yang dianggap memalukannya dalam majlis di khalayak ramai, sebelum beredar, dia akan beri amaran kepada ketua kawasan tersebut, "
I give you 2 days to kill him" (the person who ask Q). Wartawan banyak tahu pasal ni kerana kadangkala "
bapak kepala gangster" tu pernah terlepas cakap depan wartawan yang membuat liputan majlis yang beliau hadiri. Siapa "
bapak kepala gangster" tu?
Sorry geng. Tekalah sendiri.
6. Tutup kes. Dah melalut dah ni. Kami sebenarnya nak bangkitkan isu berkenaan khutbah semasa hari raya pertama baru-baru ni. Bukan khutbah solat sunat Eidulfitr, tapi khutbah solat Jumaat. Kami tertunggu juga 2-3 hari ni andai ada mana-mana sahabat
blogger yang akan ulas mengenai teks khutbah solat Jumaat tu. Tapi mungkin jugalah ramai yang tak pergi Masjid untuk solat Jumaat kerana dah pergi solat sunat Eidulfitr pada sebelah pagi. Agaknyalah...
7. Kami cuba juga cari semula teks khutbah Jumaat 10 September 2010 dalam Laman Web Rasmi Jakim, tapi tidak pula disenaraikan di situ. Hanya teks khutbah solat sunat Eidulfitr sahaja yang ada.
8. Dalam khutbah solat Jumaat yang kami hadiri minggu lepas, jika tidak silap telinga ini mendengarnya, khatib ada menyebut antaranya agar Muslimin hendaklah bersama mendoakan rakan kaum "Cina & India", menjalinkan silaturrahim dan menggalakkan hubungan mesra dengan mereka. Kami pandang sekeliling untuk melihat sama ada muka jemaah lain sama kelirunya dengan muka kami ketika itu. Tapi kelihatannya, para jemaah hanya relaks, ada yang tidur, dan ada juga terlalu kusyuk mendengar khutbah sampai tak mampu nak berfikir agaknya.
9. Sejak bila pula perkataan "Cina & India" sudah mula disebut dalam khutbah Jumaat? Selama ini (tak tahulah andai kami terlepas dengar), tidak pernah pula kami terdengar perkataan "Cina & India" disebutkan dalam khutbah Jumaat, melainkan kes di Penang yang kecoh baru-baru ini. Tapi sekarang semacam dah jadi
trend pula menyebut secara spesifik perkataan "Cina & India" dalam khutbah Jumaat. Sepanjang pengetahuan kami, biasanya khatib hanya akan menyebut perkataan seperti "orang bukan Islam", "kafirun", "Yahudi" atau "Nasrani".
10. Bagi merungkai kemusykilan di benak kami, beberapa orang saudara mara serta sahabat yang berada di Selangor dan Perak telah dihubungi untuk bertanyakan mengenai khutbah solat Jumaat yang mereka dengar pada hari raya pertama tempohari. Kesemua mereka turut mengesahkan bahawa perkataan "Cina & India" sememangnya disebut dalam khutbah Jumaat, walaupun perkataan "orang bukan Islam" serta "kafir" turut dinyatakan sebagaimana lazimnya.
11. Kami tidak pasti adakah perkara ini hanya berlaku di sesetengah kawasan sahaja atau teks khutbah itu disediakan sendiri oleh pihak Masjid berkenaan. Namun kami amat pasti wujudnya khutbah Jumaat yang menyebut secara spesifik perkataan "Cina & India" di Negeri Sembilan, Selangor serta Perak pada 1 Syawal 1431H yang lalu.
12. Mungkin ada yang beranggapan ianya perkara kecil, tetapi adakah ini yang dimaksudkan orde baru 1Malaysia?
13. Kerana bangsa Arab terkenal dengan sifat kasar dan tegaslah, maka mereka telah diamanahkan Allah untuk menjaga Mekah. Andai diharapkan bangsa Melayu yang 'terlalu baik hati' menggalas amanah yang sama, bukan setakat mendoakan kafirun di Masjidil Haram saja yang akan kita lihat, silap-silap sekarang ni pun mungkin dah ramai kafirun yang akan dok melepak keliling Kaabah.
14. Siapa nak jawab?