Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Saturday, May 24, 2014

MAFIA! PENYAMUN! CARTEL!

Masalah demi masalah, polemik demi polemik, krisis demi krisis, konflik demi konflik akhirnya tutup sahaja semua Kementerian yang wajar iaitu KPDNKK dan KPAT yang semakin hari diancam oleh kader-kader Komunis melalui cartel-penyamun-mafia Cina.

KPDNKK memiliki kekuatan pegawai dan kakitangan yang ramai...namun terbukti "tiada roh dan zuk" dalam memahami kenapa Negara ini memberi sifat Ugama Islam ialah Ugama bagi Persekutuan.

Hanya pegawai dan kakitangan yang punya sikap Taat dan Setia sahaja boleh berkhidmat penuh masa di KPDNKK.

Selagi ada Pegawai-pegawai dan Kakitangan-kakitangan proksi Komunis-Freemason-Syiah-Wahabby dalam KPDNKK, demikian sulitlah gerak kerja YB Menteri HM, anak jati Kuala Pilah ini. Selagi ramai warga KPDNKK yang tidak peduli untuk memahami, nilai-makna Adab dan Akhlak, maka, inilah petanda lintar jahanamnya "Harimau Melayu" untuk menjamin sejahtera semua produk dan perkhidmatan yang dipantau KPDNKK.

Isu diesel yang dibesar-besarkan telah BERMAHARAJALELA sejak 1990. Nilai kerugian negara sejak 1990 mencecah lebih RM30 billion. Ramai penyamun yang kaya raya meliputi ahli Politik UMNO-MCA-MIC-DAP-PAS-GERAKAN (sebagainya), CONsultant bertaraf tinggi juga menjadi kaya hasil kerja "dalam kain" ini.

Ini yang nampak atas jalan, belum lagi Pelabuhan Barter-Trade di Klang...yang banyak menyeludup jongkong emas, bijih timah, duit gelap dalam nota USD dan RM, diesel melambak lah, sebagainya.

Bukan sahaja KPDNKK yang cepat berasap, Kastam Eksais Di Raja (pun panas)...banyak lagi. Apakah rakyat susah? Rakyat tidak merasai susahnya kerana rakyat teramai tidak berbisnes dalam DUNIA ini!

Yang susah dan bankrap ialah Khanazah Nasional (Perbendaharaan Negara-hasil mahsul negara digelapkan). Yang susah ialah Parlimen Malaysia kerana tidak dapat membina Negara dengan kutipan yang cukup, sehingga Negara terpaksa buat pinjaman dengan Bank Dunia di awal 1980an. Yang parah menyusun strategi untuk merangsang ekonomi dan menaikkan KDNK dan KNK ialah Bank Negara Malaysia dan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Yang senang ialah rakyat. Rakyat yang paling membising ialah rakyat yang menolak Barisan Nasional. Rakyat yang kufur nikmat merdeka ialah Lanun-lanun Darat-Mafia-Cartel ini....

Kini peristiwa 13 Mei 1969, sedang berbarah daripada dalam sejak 1 September 1987. Gamaknya ramai orang tidak peduli, pesanan-pesanan Tun Dr. Mahathir yang makin dimamah senja. Sampai bila umat Melayu insaf, kerana gesaan Dr. Mahathir ialah lanjutan daripada ingatan Sheikh Ahmad Fahtani dan Almarhum Pendeta Zainal Abidin bin Ahmad.

Thursday, May 22, 2014

Luka lama Berdarah kembali


Peristiwa menyayat tahun 2013 di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, seorang anak kecil dalam dakapan bapa terkena "kipas" helikopter kawalan jauh yang dikatakan terpancung seutas tali tangsi yang "mengikut skrip raptai" tiada dalam kedudukan tersebut. Akibatnya, oleh kerana kepekatan malam, maka takdir Allah, syahid seorang anak kecil dalam dukungan sang bapa.

Terkelu sedan, penganjur yang akhirnya disindir cerca kepada sang manusia yang menyelia premis komBES.

Allah Maha Kaya, diulang tayang kembali dalam skrip jauh berbeza. Syahid seorang pemuda di Pantai Batu 1 Port Dickson di Festival Golak Gadang yang diselia bersama oleh penganjur yang sama. Kini sudah beberapa hari peristiwa insan kerdil tersebut pulang ke alam barzakh.

Dikatakan kepada pencerita, tiada langsung gerak bakti seperti yang pernah ditunjuk secara beriya-iya oleh pasukan Presiden MBN NSDK dan kerabatnya semasa kes budak kecil terkena kipas tahun lalu, berbanding nyawa anak muda yang berakhir di pantai batu 1 baru-baru ini.

Apakah ini petanda tamparan atau pesanan Allah Maha Kuasa kepada festival-festival?

Ajaran Zionis ialah Fun, Food, Fashion, Festival, Funky Fiesta, Sex...(yang super gila babas melampau) hingga lantak le yang lain.

Malam ilmu pada hari Jumaat 16 Mei 2014, mengikut pandangan 20 orang tokoh setempat, tidak pula dicanang dengan baik dan berkesan. Amat menjengkelkan apabila kurang daripada 100 orang saja yang hadir menghayati perkongsian ilmu, yang takdir Allah juo disampaikan oleh Tokoh Belia Negara Kebangsaan 2014, Saudara Jufitri Joha. Apakah ini "piawaian" Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Belia dan Sukan? Apakah ini "KPi" Wan Salwati sebagai Presiden Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan?

Penyewa gerai nampaknya merungut lagi kerana pengunjung hari akhir tidak seramai hari Sabtu. Mungkin ramai ambil sikap "redha" dek menginsafi kepulangan jiwa dan roh pemuda kerdil yang syahid di gigi pantai tersebut.

Inilah implikasinya apabila "air di tempayan dicurahkan dek guruh di langit" atau mungkin impian mereka "ibarat pungguk rindukan bulan".

Semua ini "amat besar" Hikmahnya!!! Bersatulah mencari Hikmah! Makna Hikmah! Kebenaran Hikmah!

Monday, May 19, 2014

Dyana Sofya: Simbol KEGAGALAN UMNO


1. Dyana adalah satu contoh jelas kerugian bagi UMNO dek kegagalan sayap parti itu untuk mengindoktrinasi gadis terpelajar seperti Dyana menjadi ahli Puteri UMNO.

2. Ketika di zaman Azalina Othman Said menerajui Puteri UMNO, gadis seperti Dyana yang smart and pretty pasti tidak akan terlepas untuk direkrut menjadi ahli parti. Legasi yang ditinggalkan Azalina tidak mampu dituruti oleh mana-mana pengganti selepasnya, hinggalah ahli Puteri UMNO yang tinggal kini kebanyakannya spesis cikaro jalanan dan bimbo yang obsessed dengan selfie, make up, dressing dan lelaki. Nak cerita pasal perjuangan...jauh panggang dari api.

3. Pemuda UMNO pun tiada beza lagaknya dengan Puteri..semuanya spesis SS=Syok Sendiri. Berapa ramaikah golongan terpelajar yang telah berjaya diindoktrinasi oleh Pemuda UMNO sejak Khairy menjadi ketuanya? Adalah menjadi rahsia umum mahasiswa di kebanyakan IPT adalah sympathizer kepada parti pembangkang. Namun apa yang sayap UMNO dah buat untuk neutralize-kan sympathizer pembangkang ini? Jika ada gerakan, adakah usaha itu sudah cukup tersusun dan menyeluruh? Di Negeri Sembilan ini kononnya ada usaha menarik golongan mahasiswa anak negeri yang digelar PERMANIS, tapi balik-balik muka yang sama di usung ke hulu ke hilir setiap program. Buek ngabihkan bogheh ngan duit sesajo!!

4. Khabarnya UMNO Negeri Sembilan dah buat program kader Pemuda dan Puteri. Dah hampir 10 siri khabarnya program ini berjalan. Tapi heboh dikalangan Pemuda dan Puteri Negeri Sembilan ialah, walaupun program kader UMNO dah nak mencecah 10 siri, namun Ketua Pemuda Negeri aka Ketua Pemuda UMNO Malaysia aka KJ haram sekalipun tak pernah jenguk program tu. Apa barang?

5. Ketika UMNO negeri lain terkial-kial nak merancang dan memulakan program, Perhubungan UMNO Negeri Sembilan berazam menjadi peneraju; tapi Ketua Pemuda negerinya merangkap Ketua Pemuda UMNO Malaysia tak tunjuk moral support langsung. Patutlah ramai golongan terpelajar seperti Dyana (sekadar contoh) lebih favor kepada pembangkang berbanding parti UMNO sebab sayap Pemuda dan Puteri-nya leka dengan selfie, make up, dressing...macam nak jadi stand-in model Wak Doyok memasing!!

6. Tidakkah orang UMNO sedar, kebanyakan program atau acara terutama di kawasan urban yang dianjurkan oleh Bahagian, mahupun sayap UMNO, hampir 80% kehadirannya adalah dikalangan ahli UMNO/BN sendiri termasuk kakitangan kerajaan yang 'wajib' menghadirkan diri; MANAKALA kurang 20% selebihnya barulah orang luar yang tidak berparti! Tidakkah ini yang dinamakan program Syok Sendiri?!

7. Kes Dyana Sofya hakikatnya adalah pengajaran bagi orang Melayu serta satu tamparan buat orang UMNO.

8. Orang UMNO kini perlu memikirkan mengapa ramai anak Melayu terpelajar seperti Dyana di luar sana yang menolak UMNO. Persoalan lebih utama ialah mengapa anak Melayu sendiri yang tergamak menolak agenda Melayu, sanggup menuntut kesamarataan antara kaum, merasakan UiTM tidak adil kepada kaum lain, serta merasakan Perkara 3, 38, 152 dan 153 adalah tidak relevan untuk dijadikan asas perjuangan sesebuah parti seperti UMNO?!

9. Adakah anak muda terutama Melayu hari ini sudah buta sejarah, atau orang seperti Dyana Sofya merasakan tiada bezanya antara keLIBERALan UMNO mahupun DAP; maka Dyana ambil keputusan masuk saja mana-mana parti pun tidak mengapa sebab semua pemimpinnya sama saja liberalnya...tiada beza antara Najib dan Kit Siang...juga tiada bezanya antara KJ dan Guan Eng. Sumo eh samo yo paloi!!

Sunday, May 18, 2014

MEDIA SOSIAL: SATU AGENDA DAJJAL?

Assalamualaikum..

Dijemput beramai-ramai sertai program "Media Sosial, Satu Agenda Dajjal" anjuran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Tarikh : 22 Mei 2014 Khamis
Masa  : 8.00 pagi - 4.30 Petang
Tempat : Dewan Theatrette , Wisma Negeri, Negeri Sembilan.


Penceramah 1 :



Nama : Ustaz Badli Shah Alauddin

Kerja  : Pen. Pengarah Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Pahang

Kegiatan Berkait:        1. Tanyalah Ustaz (TV 9)
                                  2. Forum Perdana (TV 1)
                                  3. Cinta Ilmu (TV Al-Hijrah)
                                  4. Al Kuliyyah (TV 3)
                                  5. Halaqah (TV 9)
                                  6. Pelbagai Program Radio.

Tajuk Ceramah : "Mengatasi Serangan dan Fitnah Dajjal"


Penceramah 2:



Nama : Lim Jooi Soon

Kerja  : Penasihat PERKIM dan Penceramah Bebas.

Kegiatan Berkait :      1. Penulis buku "7 persoalan Asas Agama Kristian"
                                 2. Menjawab ketuhanan Jesus.
                                 3. Menterjemah Authenticity Of Quran.

Anugerah                : 1. Anugerah Tokoh Saudara Muslim (PERKIM) 2012
                                2. Tokoh Agama Perkim Kebangsaan

Tajuk Ceramah : "Ciri-ciri Dajjal Menurut Alquran dan Hadis"


Penceramah 3:


Nama : Ustaz Danial Farhan Dolmat
Kerja  : Felo Muda Dakwah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

Kegiatan Berkait      : 1. Penceramah Bebas.
                                 2. Pembentang Kertas Kerja.

Kelulusan                : 1. Syari’ah (Hukum Islam) Universiti Al-Azhar, Kaherah Mesir. 

Tajuk Ceramah : "Bentuk-Bentuk Serangan Dajjal"

Wednesday, May 14, 2014

Siapa lagi sorang?

Koi?

Keme?

Atau den?

~Kolumnis Utusan Malaysia, Awang Selamat hari ini mendakwa pentadbiran Umno-Barisan Nasional (BN) yang ditadbir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bakal membuat penukaran dua menteri besar tidak lama lagi. 

Bagaimanapun, Awang yang berkata demikian melalui kolumnya dalam akhbar milik Umno itu tidak menyatakan dua negeri yang akan menyaksikan pertukaran menteri besar. 

"Khabarnya dua menteri besar bakal digantikan tidak lama lagi. Spekulasi mengenainya mulai bertiup bagai sepoi angin petang di pesisiran pantai. 

"Tidak perlulah Awang sebut siapa menteri besar berkenaan pada peringkat ini, biarlah ia terus menjadi desas-desus," katanya dalam ruangan bisik-bisik Awang Selamat, edisi mingguan Utusan Malaysia hari ini. 
Kolumnis Utusan itu percaya Najib juga sudah mempunyai senarai pengganti calon menteri besar berkenaan. 

Jika benar, persoalan lebih menarik ialah siapa pengganti mereka? Beberapa nama calon yang dilihat berwibawa sudah pun dikenal pasti. 

"Tentu terdapat tokoh yang boleh dijadikan sandaran, yang Awang percaya Najib sudah ada bayangan calon-calonnya. Kita tunggu," katanya. 

Awang berkata, pertukaran dalam pentadbiran negeri wajar dilakukan dan ia tidak perlu dilakukan hanya semasa berlaku pilihan raya umum atau negeri semata-mata. 

"Awang berpendapat memang perlu ada peralihan bagi menyuntik kesegaran dalam tampuk pentadbiran negeri tertentu," katanya. 

Kolumnis itu juga berharap peralihan pentadbiran tidak hanya ditumpukan kepada jawatan menteri besar namun jawatan dalam parti. 

“Bukan sahaja kepimpinan negeri, ramai yang menyimpan harapan agar perdana menteri yang juga presiden Umno menampilkan muka baharu bagi beberapa jawatan (lantikan) tertentu dalam parti," katanya. – 20 April 2014.~

Welcome to the 'Mantan Club' bro!!

Thursday, May 8, 2014

Apo kes ni Mad?!

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.

Dikobaan Seremban 2 setaraf Lembah Klang. Kalau 10 tahun dulu rumah kek sini masih laie dibawah RM150,000 untuk double storey tapi sekarang ni tak dapek laie..paling murahpun RM500K-RM750K untuk double storey. Kalau dulu bolihla anak-anak Melayu boli..sekarang ni bolih kiro berapo ramaila anak Melayu yang mampu..dah terlampau maha!! Nampak eea ponoh la Seremban 2 ni dongan Cinabeng. Silap-silap sikit maso laie..kawasan Rantau kek Tok Mat bertanding pun bolih 'tergadai' ke Cino..'tak cayo' tengok an la PRU 14 ni.

Kalau dulu tanah Seremban 2 ni milik kerajaan dan sepatut eea dibangunkan untuk penempatan orang Melayu..tetapi tidak!! Di jual eea kek Cino juo. Tak silap maso Tok Isa..habis dikelokaian..dongar dulu kek kengkawan dio..lopeh tu hancur..samolah..macam..tanah Nilai..abih diagihan kek Cino. Bilo Cino mula membiak macam 'anak babi ramai' eea..kuasa politik pun dilapun olih Cino..padan muko UMNO..bangang nak mampuih!! Itu pun UMNO amik laie Tok Isa..bagi lak jawatan Pengerusi Felda. Kalau cam ni la stail eea politik UMNO dan Melayu ..melingkup semuo eea.

Nampak eea perkaro yang samo yo dibuek olih Tok Mat. Beribu ekar pulak 'disilapmato' an..kato eea..joint venture ngan Matrix Concepts (Cino gak)..alih-alih Matrix buek umah, lopeh tu jual ngan harga maha!! Sepatut eea tanah Kerajaan buekla umah yang Melayu mampu boli..ni tak ikut selaro Matrix..apo laie 'berkampung' lah Cino kek kawasan baru tu.

Nak buek cam mano..Mat Hasan ko..Tok Isa ko..semuo samo yo..macam koling yo perangai eea.

Sepatut eea tanah Kerajaan yang dibori kek Matrix tu dibangunkan buek bandar dan kawasan perumahan Melayu..tetapi mungkin 'tak masyuk' kot..tulah sobab eea diompokkan kek Cino. Kan Cino yang 'monangkan' Tok Mat kek Negeri Sembilan ni..bukan eea Melayu?! Kato eea Melayu sokong Nuar..tu la sobab eea BN lobih sikit yo kerusi eea berbanding pembangkang...'ngorih-ngorih nak lingkup". Tu pun masih laie tak sodar diri.

Bolom pun 15 tahun bandar baru Seremban 2 dibangunkan..paip eea pocah sanun..pocah sini..cam mano?! Yang susah eea orang ramai...buek projek berbillion-billion..kato eea untuk kesejahteraan rakyat..alih-alih semua eea kong kalikong yo.

Ramai kengkawan kato Tok Mat hebat dan baguih..dapek bangunkan Negeri Sembilan dengan copek. Iyo copek!!! Kalau semuo TANAH dibori eea dengan harga DIBAWAH PASARAN atau murah, sapo tak nak..cino mano yang nak lopeh peluang?! Gelogah sano gelogah sini..cubo tengok..kato eea kek Enstek banyak projek baru naik, macam-macam agensi Kerajaan dan syarikat swasta melabur..tapi cubo tengok jalan eea..masih laie jalan lamo..tak berubah dah berpuluh tahun..dari zaman Presiden LB Johnson..sampai sekarang tak berubah..samo yo!! Ada la sikit perubahan..itupun kawasan nak masuk Sekolah Tunku Kursiah..yang lain cam tu yo!! Tak macam Melako..semua ada highway ke mano yo..barulah hebat. Nak angkat macam Lembah Klang konon..tapi haprak.

Yang hebat eea hanyolah harga rumah setanding LEMBAH KLANG..tapi infra dan lain-lain macam Kelantan. Rumah maha tapi hanya Cino yang mampu..Melayu kesudahan eea duduklah kek atas bukit ko, kek gunung ko, balik kampung ko, merempat ko..apo dia orang peduli!!

Sumber: CAHAYA AL MAJID.

Tuesday, May 6, 2014

Melepaskan 'babi' yang tersepit...

Lebih 300 orang pekebun/peniaga tomato kaum Cina di Cameron Highlands yang pernah buang 'hampas sayuran' depan pejabat FAMA rentetan rasa tak puas hati disebabkan lambakan bekalan tomato di pasaran hingga mereka kerugian berjuta RM, kini telah dibantu oleh kerajaan BN yang 'zalim dan menindas rakyat'!

FAMA telah membeli kesemua tomato berkenaan untuk dipasarkan ke semua rangkaian Pasar Tani di seluruh negara yang mana peniaga Pasar Tani itu lebih 90% adalah Melayu!!

Apa lagi Cina mahu?

*********

Masalah lambakan tomato di Cameron Highlands baru-baru ini berjaya diatasi apabila FAMA membantu memasarkannya ke pasar tani seluruh negara.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata FAMA sudah membeli 120,000 tan tomato daripada semua peniaga terbabit bagi diedarkan di pasar tani berbanding 60,000 tan pada kadar biasa.

Beliau berkata usaha itu sedikit sebanyak membantu memulihkan semula pasaran tomato tempatan yang terjejas.

"Memang sebelum ini ada berlaku lambakan tomato hingga menyebabkan ia terpaksa dibuang dan merugikan pengusaha." - Berita Harian.



One of the affected farmers, who wished to be known as Choo, 63, said he had been allowing his tomato plants to wither since the price of tomatoes went rock bottom since last month.

"I have started removing the trees by the roots two weeks ago," he said here yesterday.

Choo, who plants only tomatoes on his 1.2ha farm at Kampung Raja, said this was the worst period in his 10 years of farming tomatoes.

"I was told the last time the price of tomates was this low was about 20 years ago."

When asked to estimate his losses, Choo said: "All my sweat and tears are gone".

The New Straits Times reported yesterday that since last month, 100 tonnes of tomatoes had gone to waste due to excess in supply. Cameron Highlands is capable of producing 300 tonnes of tomatoes daily.

Besides being exported to Singapore, the tomatoes are also sold at local markets.

Kuan Ting Woon, 46, said he had destroyed 20 per cent of his tomato plants in Lojing since the price plunged.

Another farmer, who declined to be named, said the price of tomatoes had started to show signs of increase.

"Today, the price has increased to RM1 per kg. I hope the price will remain, or better still, increase in the next few days," said the farmer who runs a farm in Sungai Palas. - Asia One.

Friday, May 2, 2014

UMNO Perlu Buka Mata Sekarang

GERAKAN, MCA dan DAP nampaknya sedang menunjuk taring dan gigi sebenar mereka.

UMNO dan PAS sudah masanya menolak perihal sengketa jisim parti. UMNO dan PAS serta semua Ahli Parlimen Islam mesti bersekutu untuk laksana HUDUD selaras dengan kaedah dan pendekatan Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Pengkaderan kefahaman Ilmu Syariah iaitu Hudud, Qisas, Takzir dan Diyat mesti dibentang dengan mendalam dan panjang lebar dalam Satu Sidang Khas Parlimen Malaysia, bersama Ahli Dewan Negara.

Sidang ini mesti dihadiri oleh semua Mufti Kerajaan Negeri dan barisan Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan bersama DYMM 9 orang Sultan dan Raja Melayu.

Bersama Ketua Hakim Negara dan Ketua Hakim Syariah Persekutuan.

Satu ketetapan MANDATORI mesti digazetkan dengan segera. Hudud ini meliputi kesalahan mandatori iaitu Zina, Qazaf, Mencuri, Merompak, Minum Arak dan Murtad.

Bukan mudah pelaksanaan Hudud sebenarnya. Namun, hakikat yang pasti GERAKAN, MCA dan DAP menentang untuk mengatakan Ugama Islam bukan Ugama Persekutuan. Ini EXTREME bahayanya.

Tanda-tanda ulang tayang 13 Mei 1969 makin memuncak dan mencanak...Cukup bersandiwara wahai Ah Jib Gor. Kerajaan BN ialah Kerajaan Melayu Berdaulat, bukan Kerajaan Spekulasi dan Bursa.

*********

Gerakan tolak hudud 

KUALA LUMPUR 29 April - Parti Gerakan hari ini menentang hasrat Pas untuk membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Presidennya, Datuk Mah Siew Keong berkata, Gerakan menghormati Islam tetapi menganggap hukum hudud tidak sesuai dengan negara majmuk seperti Malaysia dan bakal menyebabkan perpecahan di kalangan rakyat jika dilaksanakan.

Beliau berkata, paling penting pelaksanaan hukum hudud bercanggah dengan asas-asas dalam Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara.

Di samping itu, Siew Keong melahirkan kebimbangan sekiranya hudud dibenarkan dilaksanakan di Kelantan akan membuka jalan bagi hukum tersebut dilaksanakan di negeri-negeri lain dan akhirnya di negara ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) supaya tidak menyokong rang undang-undang persendirian tersebut yang akan dibentangkan oleh Pas itu.

Siew Keong berkata, parti tersebut berharap dapat berjumpa dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi meyakinkan beliau kenapa hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini.

"Kita harap dapat jumpa Abdul Hadi sebelum Parlimen bersidang Jun ini," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat Gerakan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Blog Archive