Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, August 31, 2012

Ini semua sebab Menteri KDN Pengecut & Peguam Negara Bacul


1. Undang-undang berkaitan Bendera Kebangsaan yang dimiliki Malaysia hanyalah... Seksyen 3 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 iaitu "Kesalahan mempamerkan Jalur Gemilang dengan cara yang dianggap menghina boleh dikenakan tindakan iaitu..."Penalty - 5. Any person who contravenes section 3 shall be guilty of an offence and shall be liable on conviction to a fine not exceeding one thousand ringgit."


2. Padahal banyak je lagi bentuk penghinaan yang sering berlaku terhadap Jalur Gemilang selama ini seperti pamer bendera lusuh, uzur atau rosak; menggantung bendera dengan cara yang salah hingga ada yang mencecah lantai, bendera Malaysia dibuat berkemban/baju, ada yang buat alas meja kedai tomyam, dan wujud jugak spesis yang suka bakar bendera kebangsaan Malaysia etc.

3. Kemuncaknya tengah malam tadi, ada kumpulan yang lebih bangsat aka devil (malaikat bak kata orang Pas) yang sengaja menghasut rakyat untuk menukar bendera kebangsaan Malaysia. Tidakkah itu sudah ke tahap penghinaan melampau? Apa KDN akan buat? Apa AG nak buat? Dan soalan paling utama, APA TINDAKAN PERDANA MENTERI MALAYSIA??? 

4. USA, India etc. dan negara jiran kita Singapore pun ada akta lengkap dengan seksyen dan sub seksyen yang khusus untuk menjaga MARUAH Bendera Kebangsaan mereka agar tidak mudah dihina oleh sesiapa pun, hatta rakyat mereka sendiri. Tapi kita....?

5. Dah sampai masanya kita gubal Akta Bendera Kebangsaan yang baru supaya provokasi hina seperti yang dilakukan bangsat Bersih tajaan Komplot Pembangkang pada sambutan Kemerdekaan ke-55 tengah malam tadi tidak berulang.

6. Andai kerajaan yang ditunjangi UMNO masih lagi nak bagi muka, play safe, nak jadi sochai bacul...kami rasa elok buang jer lambang keris pada bendera UMNO tu dan gantikan dengan gambar "chicken".

7. Jangan sampai majoriti rakyat anggap kepimpinan BN yang menunjangi Kerajaan Malaysia hari ini rupanya spesis Devil yang Bacul!!

Thursday, August 30, 2012

SEMPENA KEMERDEKAAN KE-55: Hero Lok Kaw

Sempena obor dan api kepahlawanan Merdeka ke-55, Pak Sedaro ingin merakam sebuah peristiwa Hero Tak Di Dendang dari Pasukan Lok Kaw "69 Komando PDRM" yang berpangkalan di Hulu Kinta, Perak. Takdir Allah jua, insan ini menjadi Ikon Integriti Sang Saka Biru dan Ikon Harimau kepada Polis Di Raja Malaysia. 

Pengkisahan ringkas ini, diharap dibaca oleh DYMM Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu, YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri untuk dianugerahkan Pingat Kepahlawanan Tertinggi Negara iaitu Seri Pahlawan Gagah Perkasa kepada Almarhum Insp. Mohd Zambri Abdul Hamid selepas terkorban diberi pangkat secara medan ke ASP, juga kepada anggota platun kecilnya (patrol - kekuatan 1 patrol ialah 6 orang) antaranya Apot bin Saad (pakar penjejak terbaik dunia diiktiraf oleh SAS), Ahmad Dahalal, Hamzah, Salehuddin (selayaknya mereka dikurniai Pingat Gagah Berani) dan lain-lain kerana berjaya menumpaskan pengganas Komunis sejak mula berkhidmat pada 1963-1999.

VAT 69 telah mengilap kemahiran menjejak musuh di hutan walaupun musuh menggunakan 1001 muslihat untuk mengelak dari dikesan. Dalam Operasi Setia 5, November 1973 dua patrol unit yang diketuai oleh Inspektor Mohd Zabri telah menjejaki kesan musuh selama 28 hari bermula dari Sungai Klah di Perak hingga ke Kuala Medang, Raub, Pahang. Patrol ini berjaya menjejaki 24 tempat rehat musuh dengan kekuatan dianggar seramai 30-40 orang memasuki Negeri Pahang. Pada hari ke-24, Insp. Zabri dititah mengadap KDYMM Sultan Pahang (1973 ialah Sultan Ahmad Shah Al-Haj kini), dan baginda diperdengar tentang operasi berkenaan, Zabri keluar dari hutan melalui Sungai Koyan dan menyembah KDYMM Tuanku Sultan Pahang sendiri kesahihan berita dan pergerakan musuh. Apabila selesai persembahan maklum kepada Tuanku, Zabri kembali ke hutan hingga hari ke-28, sebelum diganti tugas oleh ATM yang terdiri daripada RGK, RRD dan RAMD. Selang beberapa hari, Pegawai RRD bernama Mahinderan terbunuh akibat serang hendap musuh yang dijejaki kumpulan Tuan Mahinderan.

Ekoran peristiwa itu, VAT 69 dikerah serta-merta kembali ke kawasan operasi bersama ATM. Operasi ini dinamakan Gerakan Indera sempena nama Mahinderan, dalam salah satu pertempuran Gerakan Indera XII pada tahun 1980, 69 Komando berjaya membunuh 8 orang pengganas komunis di Bentong, Pahang. Kini, antara insan RAMD yang dikurnia PGB dalam salah satu pertempuran di Pahang ialah Kol (B) Abdul Jalil Makmor yang menetap di Paroi Jaya, Seremban. Ada seorang pegawai Kor Risik Di Raja yang tidak dihadiahkan PGB sedangkan beliau membunuh 2 orang Komunis selang 2 batang pokok getah di Pahang iaitu Lt. Kol Ridhwan (masih bertugas di Pantai Timur) hanya diberikan pingat peringatan Darurat.

Laksamana VAT 69 yang sentiasa membayangi kejayaan pasukan khasnya VAT 69 ialah Inspektor Mohd Zabri Abdul Hamid, beliau seperti yang disebut oleh mantan Ketua Polis Perak,Yuen Yuet Leng "...Zabri is known to me personally and was one of the best jungle operational commanders, an expert navigator and a leader by example."

Bagi Tan Sri Navaratnam, bekas Pegawai Pemerintah Pertama Komando 69 mencatatkan "...ASP Mohd Zabri was an excellent officer. He was highly respected and much liked by all his men; who were deeply saddened and shaken by his death".

Mohd Zabri bin Abdul Hamid lahir di Tapah, Perak pada 15 Ogos 1937, menyertai PDRM pada 1963. Beliau sertai unit 69 Komando pada 1970, mendapat latihan daripada SAS dan diberi kepercayaan sebagai Ketua Jurulatih bagi melatih platun ke-3, 69 Komando pada 1971. Beliau ditugaskan mengetuai 69 Komando bersama pasukan Komando Angkatan Darat Tentera Nasional Indonesia (KOSTRAD) bagi menggempur kubu gerila komunis di sempadan Sarawak/Kalimantan. Wibawanya terbukti bila berjaya membunuh beberapa gerila komunis dalam operasi bersama tersebut.

Platun Mohd Zabri ialah platun 69 Komando Utama yang berjaya membunuh pengganas di Lasah, Sungai Siput, Perak. Operasi terakhir Zabri ialah di Ulu Perak dalam Gerakan Bamboo 2 fasa 2 pada 4 September 1975. Platun di bawah beliau melancarkan gerakan memburu komunis yang membunuh 4 polis bantuan yang menghantar makanan tempur melalui Sungai. Dalam operasi khas ini, platun Zabri berjaya menyerbu danmenawan kem MNLA, merampas sistem mortar, bahan letupan serta bekalan logistik. Takdir Allah pada tarikh itu, Zabri terpijak jerangkap samar, mengakibatkan kecederaan parah di bahagian kaki dan beliau meninggal dunia. Pesanan keramat beliau yang menjadi azimat selamanya kepada VAT 69 ialah "...Teruskan perjuanganmu...hancurkan petualang negara, buru dan hancurkan mereka...biarpun diriku tiada lagi"

Pembaca PM budiman, Pak Sedaro imbau pengkisahan insan ASP Mohd Zabri Abdul Hamid dan platunnya, kerana kumpulan kecil ini tidak menjanjikan kenangan dan gelaran. Natijah yang dibawa mati bersama mereka hanyalah Sayang Kepada Negara, Sayang Kepada Pasukan, Taat Setia, Berdisiplin Tinggi, Hormat kepada Senior.

Dalam satu temubual sulit antara Unit Cawangan Khas bersama Rashid Maidin, Pengerusi Kedua PKM dan Komander Rejimen Ke-10 PKM pernah melemparkan kata-kata..."Kami (PKM) tak takut dengan Askar Melayu dan Polis, kami takut dengan beberapa orang dalam Askar dan Polis. Antaranya saya mahu cerita ialah Zabri Hamid budak Tapah tu dari Lok Kaw, Om itu budak Askar Komando orang Langkawi, Kanang iban dalam Askar Iban (Renjer), Kapt. Hamid pegawai Askar Melayu paling berani, Chin Silat Gayong ini budak Sheikh Meor Abdul Rahman orang Penang dari Lok Kaw dan ada lagi...saya tak ingat, kami ada 20 orang nama-nama Askar Melayu dan Polis, kami tak usik...Ini orang semua Ilmu Tinggi, Allah sayang dengan depa..."

Cuma yang Pak Sedaro syorkan kepada pembaca yang qadin dengan DYMM Al Sultan Abdul Halim Al-Haj, Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, tolonglah persembahkan khabar berita agar dapat DYMM Seri Paduka menitahkan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa kepada Almarhum Mohd Zabri Abdul Hamid (makamnya di Tapah bersebelahan Masjid Pekan Tapah pinggir sungai), dan anak-anak patrolnya dikurnia Pingat Gagah Berani. InsyaAllah, mereka telah berkorban nyawa, jiwa dan raga kepada Tahanair.

Kita! Korban Apa! Korban Siapa! Korban Banyak Mana!

Wednesday, August 29, 2012

KSN diresapi Ah Jib Gor

Setelah 12 orang insan, insan ke-13 iaitu Ali Hamsa atau YBhg Dato' Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara Kerajaan Persekutuan Malaysia, ali@pmo.gov.my telah membenarkan segala telahan bahawa beliau seorang yang "thinking leader and participative leader". Inilah perspektif yang secocok dengan kepemimpinan Ah Jib Gor.

Corak kepemimpinan yang jelas daripada konsep Merakyatkan Perkhidmatan Awam, Engagement "Musyawarah", TurPa (Turun Padang), Caring and Sharing kepada kebajikan pekerja perkhidmatan awam baik pegawai dan bukan pegawai, Keterbukaan dalam menerima teguran/cadangan/tempelak/budi pemikiran dan sikapnya yang positif kepada apa jua isu, nampaknya Allah takdirkan, InsyaAllah, Bumi Melayu zaman Ah Jib Gor dan Ah Din Gor akan Kaya dan Berjaya.

25 Ramadhan 1433H di PICC ialah tarikh paling bersejarah kepada 1000 orang hadirin kalangan pegawai dan anggota perkhidmatan awam, di samping kehadiran KSU-KSU, KP-KP dan para pegawai tingkatan kanan untuk mendengar sendiri "Bicara KSN" dalam Majlis penuh tenang dan bersahaja.

CTI & PCI digabung jalin bersama proses Turun Padang dan Keterbukaan, serta amalan pengurusan bersandarkan musyawarah dan "pengkajian isu-isu sensitif secara bengkel nukleus dan makmal penyelesaian masalah", bakal menerbitkan Fakulti Budaya Ilmu Tinggi dalam Perkhidmatan Awam.

Mudah-mudahan dalam tempoh terdekat, akan terlaksana pula gerakan-gerakan lebih "Knowledge-Driven" dalam konteks Dasar dan Polisi Kerajaan, dan lebih penting pelaksanaan projek, program, dasar dan polisi Kerajaan Persekutuan Malaysia bakal membantu preskripsi Wawasan 2020.

KSN Ah Jib Gor ialah DS Dr. Ali Hamsa, anak Kluang, Johor. Paneh Miang merakamkan moga Tuan KSN akan terus proaktif dalam memartabatkan Perkara 3, Perkara 152, Perkara 153 dalam semua Agenda Perkhidmatan Awam.

Bloggers Paneh Miang Corps akan berterus terang tanpa prejudis dan subjudis kepada Tuan Ketua Setiausaha Negara (Dr. Ali Hamsa) dan Tuan Ketua Setiausaha Perbendaharaan  (Dr. Irwan Serigar Abdullah) demi Kepentingan Agama, Bangsa dan Tanahair.

Tuesday, August 28, 2012

Fremasonary Ethnic Cleansing

Konvensyen Senjata Kimia, Senjata Nukleur dan Senjata Biologi semunya sudah sedia ada. Pusat pengurusan dokumentasi konvensyen ialah New York, lokasi utama Kumpulan Lodge dan Baron Freemasonary.

Letusan idea menyerang Kerajaan sedia ada di Timur Tengah oleh rakyat yang diperdaya dengan tipu muslihat Freemasonary akhirnya menyaksikan Ledakan Senjata Uranium ke Libya. Penggunaan senjata uranium telah mula diusaha oleh Amerika Syarikat sejak Perang Saudara Vietnam Selatan dan Utara. Kesan paling ketara dan utama ialah kecacatan kelahiran, keracunan tanah dan galian untuk tumbesaran tumbuhan dan haiwan serta merubah iklim semasa.

Agenda Pembunuhan Etnik gaya Freemasonary sedang melanda Malaysia secara halus. Belum sampai ke tahap meletupkan premis dan sebaran Gas Uranium. Tapi cubaan untuk melolosi saringan keselamatan sudah bermula 45 tahun lalu. Sudah dapat dibau oleh Tun Razak dan Tun Dr. Ismail. Malangnya, MELAYU MUDAH LUPA...MELAYU MUDAH LUPA...MELAYU MUDAH LUPA!

Najib Di Telanjang, Nik Aziz Di Kubur

Sehari demi sehari, Haprak Daily dan Roket menelanjangkan Najib. Hingga hari ini Ah Jib Gor terpaksa jawab di setiap perhimpunan Rumah Terbuka. Di Pekan Pahang hari ini, Najib Tun Razak akan terus ditemubual oleh wartawan dengan soalan-soalan polemik. Akhirnya Najib Tertelanjang.

Hari demi hari, bloggers Haprak Daily, Roket dan PkR menyediakan pusara dan liang lahat untuk Nick Azick. Hingga hari ini, Nik Aziz terkedu dek terpaksa jawab di setiap perhimpunan Rumah Terbuka. Kubur Nik Aziz digali dan dicipta oleh Revolusi dan Doktrin yang dicipta oleh Kumpulan Hizbul Muslimin Syiah Pas pimpinan Hadi Awang. Nik Aziz hanyalah Mursyidul Am yang makin lemah. Menangis ialah Modal Kerja mudah Pas. Akhirnya Nik Aziz Terkubur tanpa nesan dan ingatan.

Sehari demi sehari, bahang PRU-13 akan lupus daripada ingatan pendukung politikus kerana sudah penat melobi-lobi. Setiap kepungan mesej politik akan dipatah dan dikepak satu persatu. Setiap hujahan balas politiking akan disulam dengan retorika falasi dan ambiguiti. Akhirnya pemimpin-pemimpin Politik Melayu menjadi bisu, pekak, tuli, buta dan tempang. Duit dah habis.

Media elektronik dan cetak arus perdana masih tidak dilihat objektif dalam mengadakan sebuah Buletin Massa bersifat percuma sebagai edaran bagi memanaskan kefahaman Demokrasi Berperlembagaan. Keuntungan siaran dan "air time" hanyalah imbuhan sementara dengan momokan hiburan-hiburan oleh penghibur tempatan baik yang proksi BN mahu pun Pas.

Sesungguhnya sampai satu titik, di Selangor sebagai contoh UMNO dan Pas perlu bersepakat untuk memakmurkan sebuah laman ekonomi Melayu, Melayu perlu berkuasa kembali. Bukan Khalid Ibrahim, Xavier dan Ronnie Lieu. UMNO dan Pas bergabung wujudkan Kerajaan Campuran Selangor.

Perak ialah negeri telur hujung tanduk. Kedah kembali kepada UMNO dan berkerajaan campuran dengan Pas. 

Apakah Najib mampu menjadi Answerable Prime Minister sepanjang masa?

Monday, August 27, 2012

Yang Mana Satu Sunah Nabi Muhammad

Pertemuan Nik Aziz dengan Mohd Nor Deris 

PertemuanTun  Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir

Muhyiddin Kaki Sembang...

Umat Islam Perlu Ambil Bahagian dalam Pembangunan Ekonomi pesan Muhyiddin Yassin. Kenyataan berasas dan mulia. Namun, realitinya ialah:

1. Sebutkan mana satu institusi kewangan dan perbankan Malaysia yang mengota Janji untuk bantu usahawan Muslim di Malaysia?

2. Apakah Lembaga Zakat Negeri yang ada dan Baitul Mal menyambut faham yang sama?

3. Berapa ramaikah usahawan Muslim yang berjaya dibantu oleh sektor kewangan Negara?

4. Usahawan Muslim di Malaysia masih memerlukan sokongan kewangan yang besar daripada Pengurus Kewangan Berlesen, apakah Janji Di Tepati?

5. Siapakah boleh beri jawapan lebih berasas, mengapa "kemut" sangat sektor perbankan dan kewangan berlesen hendak beri pinjaman keusahawanan kepada umat Islam?

6. 80% Pegawai Pengawal Pinjaman ialah orang Melayu-Islam, tapi kebanyakannya suka Makan Duit Haram, sanggup bergelumang dengan Perkara Haram, Tiada Integriti bahasa orang kampung sekarang?

7. Apabila ada peluang Direct-Nego, maka, yang pasti dapat ialah Dewata Qadin Ahli Politik, walaupun projek itu akan jahanam, tak kiralah siapa pun dia. Lagi syok dia pakai baju Tun ke, Tan Sri ke?

8. Adakah diadakan Kajian Persekitaran berapa ramai usahawan Melayu di bawah umur 40 tahun dapat bantuan kewangan sebaiknya, dalam bentuk Geran, Pinjaman Mudah, Pinjaman Berjangka, Pinjaman Secara Factoring sebagainya?

9. Apakah maknanya jika banker Melayu lebih sudu dari kuah? Boleh nak beri pinjaman, tapi kau beri aku makan dulu boleh...makan duit kau, betina, golf, arak, judi, shopping, joli katak di luar negara, bayar housing loan, bayar installment kereta, tukar rim, laptop rosak, kereta anak accident sebagainya...! Banyak skrip-skrip BIADAB pengawal kewangan ini kalau nak luluskan PINJAMAN...apakah Muhyiddin sedar bab ini?

10. Paling seronok, di akhir persoalan semuanya, Mesti orang bertanya..kalau 1 hingga 9 ini, berlaku kenapa tiada laporan SPRM? Siapa nak jawab? Apakah dengan membuat laporan SPRM boleh selesai dalam masa 24 jam? Usahawan ini perlu bisnes, untuk cover isirumah dan mungkin pekerja? Ada yang terpaksa suap lebih 1000 perut, andai 1000x2 maka ada 2000 perut berpayung dengan hasil usahawan ini. Sesungguhnya lingkaran kepentingan bisnes bukan dalam gandaan 2, ianya akan berganda 4 setiap satu bisnes. Dan dari 4 akan berganda 16. Sistem ini telah dikaji oleh Al-Khindi dalam ilmu statistiknya, sebab itulah Hukum Pengkamiran penting.

Sukalah Pak Sedaro menegaskan Malaysia ingin melihat wujudnya Tsumani Usahawan Muda Melayu Islam seramai 100,000 orang dalam masa 2 tahun, maka, semak semula semua bentuk piagam pinjaman dan pembiayaan di sektor bank dan kewangan. Mungkin Perbendaharaan (dengan kredibiliti Ketua Setiausaha Perbendaharaan baru, Dr. Irwan Serigar Abdullah - PTD secara lantikan (kaedah-kaedah perjawatan awam) sejak 1984) kena buat Sistem Flying Squad Usahawan Muda iaitu Perbendaharaan sebagai Debentur dan Penjamin Usahawan, duit yang diguna akhirnya boleh menerbitkan pulangan kerja dan ekonomi sebanyak 15 kali ganda setiap kitaran pinjaman (tak mustahil)!?

Sunday, August 26, 2012

Tarif Miskin Bandaraya

Projek River of Life di Bandaraya Kuala Lumpur memenuhi keperluan pemastautin KL berpendapatan sederhana tinggi. Takrif pendapatan sederhana tinggi ialah RM15,000 ke atas sebulan. Kumpulan ini berkereta sedan bersaiz 1999 cc, berumah dalam kohort harga RM400,000 - RM700,000, anak 3 orang. Takrif pendapatan tinggi ialah RM25,000 ke atas sebulan. Berkereta sedan saiz 2.5 cc, berumah dalam kohort RM700,000 hingga RM2 juta, anak 2 orang.

Kumpulan pertengahan dan sederhana ialah berpendapatan RM5,000 - RM10,000 sebulan, berkereta sedan 1999cc ke bawah, rumah sekitar RM200,000 - RM400,000, anak 4-7 orang. Kumpulan Miskin Bandaraya ialah berpendapatan RM4,999 ke bawah, rumah sewa pada kadar RM 700 sebulan, berkereta sedan 1999 cc ke bawah, anak 4-10 orang.

Kos bahan mentah di Pasar Basah untuk stok sebulan sekitar RM150 x 4 = RM600.00, Kos Utiliti RM700, Kos Petrol dan Tol RM1,000, Bayar Kereta RM900, Bayar Rumah RM1,000/Rumah Sewa RM700, Kos Anak Sekolah RM300 x 4 = RM1,200, Kos Belanja Runcit dan Bahan Kering Isirumah RM500, Kos Makan Minum Bekerja RM600. Akhirnya Miskin Bandaraya isi rumah ini.

Andai miskin tegar bandaraya, pekerja di bayar upah RM900 sebulan. Sewa rumah DBKL sebulan RM120. Kos tambang bas RM180 sebulan, Kos anak sekolah RM100 x 4 = RM400, Kos Rangsum Rumah dan Dapur RM300, Kos Utiliti RM100, Kos Makan Minum Bekerja (bawa nasi kosong dari rumah). Akhirnya Miskin Tegar Bandaraya isi rumah ini.

Saturday, August 25, 2012

MISI POSSIBLE BN TAWAN PENANG?

Dap dan Lim Guan Eng yakin bahawa mereka akan menang di Pulau Pinang di dalam PRU13 nanti yang mana faktor sokongan  kaum cina bandar khasnya.

Tetapi Penulis berpendapat BN akan menawan balik Pulau Pinang kerana Puala Pinang adalah sebuah negeri yang mempolupori kegiatan anti Islam dan anti hudud (Karpal Singh di Parlimen Jelutong), penyokong aktiviti LBGT, purulisma agama (persamaan agama Islam dengan agama lain), penyokong kuat negara Israel, Freemason, penggunaan Kalimah Allah oleh agama lain dan pengamal LIWAT (Brother Anwar Ibrahim di Parlimen Permatang Pauh) dan pusat rasis dan penindasan kaum India dan Melayu termasuk peniaga Melayu dari sekecil perniagaan gerai kepada sebesar perniagaan Penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang, berkiblatkan PAP Singapura, Chin Peng dan Mat Indera, pemansuh (eraser) DEB dan pemaju rumah kos tinggi rakyat (Lim Guan Eng di Parlimen Bagan).

Rakyat dan pengundi Pulau Pinang Melayu Islam wajib menghukum Dap dan (Komplot Pembangkang) dengan TIDAK MENGUNDI Dap atau Pkr atau Pas kerana idealogi anti Islam dan anti hudud yang diperjuangkan, kemaksiatan yang di dilakukan dan ditaja, penindasan dan sikap rasis terhadap kaum Melayu dan India yang diamalkan.

Selanjutnya sini.

Friday, August 24, 2012

1 MDB Way forward

1 Malaysia Development Berhad ke mana haluan selepas PRU-13? 1 MDB buat sedekah Dana Belia 1 MDB dan DanaPIBG (yang lain Pak Sedaro tak tertarik nak kupas).

Oleh kerana teman pembaca PM mungkin di kalangan teknokrat yang tajam fikiran, usahawan berjaya yang faham makna BerZakat, dan Lembaga-Lembaga Pengarah GLC, MNC, PLC, Sdn. Bhd. dan Enterprise yang akur dengan disiplin ilmu 153, mungkin dalam aliran ini 1 MDB kena mula berfikir apa selepas PRU-13?

Sukalah hendak disunting, manalah tahu andai terendam fikiran kecil mereka, bahawa 1 MDB kena laksana:

1. Pembinaan Tahfiz Sains di setiap Negeri-Negeri Beraja sahaja, dengan Dana daripada Cukai-cukai lebihan KDNK. Tahfiz Sains ini bermula dari peringkat Rendah dan Menengah.

2. Mewujudkan Dana Wakaf Kebangsaan untuk Kebajikan semua rumah anak-anak yatim yang tertubuh secara individu mahu pun berdaftar. Maknanya, untuk mengurangkan kekerapan "pengemis kecil" yang hari ini dilihat oleh penganut bukan Islam sebagai "wabak" sosial masyarakat Islam.

3. Dana Tani 1 MDB untuk mengurangkan dan menyindir tidak cekapnya AgroBank Berhad dalam urusan peminjaman Dana 3M dan sebagainya. Dana Tani 1 MDB ini perlu pada dijana pada nilai RM500 juta dan sasarannya membina 5000 usahawan Tani bertaraf antarabangsa dalam masa 3 tahun. Belajar dengan CIDA yang mewujudkan Mobile Resource Center sebagai fasilitator keusahawanan kepada usahawan secara direct.

4. Dana Masjid/Surau 1 MDB kepada institusi masjid yang boleh berdaya saing.

5. Dana Koperasi 1 MDB kepada koperasi-koperasi yang berdaya saing dan memenuhi sasaran penubuhan.

6. Pembinaan Perpustakaan Moden 1 MDB di lokasi khas, seperti Singapura, Jepun dan Sweden.

Jadilah tu, sebagai Modal Kerja bicara 1 MDB selepas PRU-13!

Thursday, August 23, 2012

Sebangsa, Senegara, Sejiwa = SeMalaysia = 1Malaysia


Se ialah perkataan sama erti dengan 1, tema yang sedang mengkaburi ilham ilmu PkR, Pas ialah 1 Bangsa = 1 Malaysia, 1 Negara = 1 Malaysia, 1 Jiwa = 1 Malaysia

Semuanya merujuk tafsiran sama, iaitu Bangsa, Negara dan Jiwa ialah Malaysia. Sebab tiada modal dan pilihanlah, terpaksa mengalih pandangan ilmu rakyat dengan terjemahan dan tafsiran sendiri yang membabi buta tanpa asas-asas Perlembagaan. Lawaknya, Kedah pakai tema lain, Kelantan pakai 2 tema, dan Penang dan Selangor saja setuju dengan sama. Perihal tema merdeka pun tak boleh nak sepakat...ini jenis parti nak diharap perintah Malaysia?

Pak Sedaro suka benar dengan status-quo Pas dan PkR (DAP sudah keluar daripada minda merdeka, kerana DAP tidak pernah merdeka sejak keluar dari PAP, dan DAP ialah parti cauvinis Cina yang dominan berfahaman Komunis dan masih berkiblat Parti Demokrasi Komunis Rakyat China) yang semakin kufur nikmat merdeka.

Sejak 1957, seorang anak Kajang bernama Tun Dr. Abdul Aziz diangkat sebagai Ketua Setiausaha Negara. Beliau bertegas perihal Semangat Janji Di Tepati. Beliau amat taat kepada faham bahawa Malaysia ini hanya "se" baik Bangsanya (dengan pelbagai kaum bersama), Negara/Tanahairnya, Jiwanya (bersandarkan Perjanjian Hudaibiyah dan Piagam Madinah), Rohnya (Agama Islam Agama Bagi Persekutuan) dan teraju pemimpin utama ialah Ahlul Bait (Kerajaan Sultan/Raja Melayu).

Hari ini ramai kalangan yang tidak hadam ilmu mantiq "hadarah" dan "maqasid" yang cuba menta'akul dan menconteng pengurusan sejarah masa depan Negara mengikut kitab Das Capital dan The Herald of Capitalist Legion.

Hari ini ramai kalangan bloggers Pakatan Tidak Sah Taraf (Pas dan PkR) sanggup meneropong dan merencana perilaku bernegara dan bertamadun dengan meninggalkan zuriat-zuriat Freemasonary dan Syiah secara meluas. Tahniah kepada pencacai Pakatan Pembangkang kerana sedang Merogol Bumi Melayu.

Wednesday, August 22, 2012

First Class Equipment, Third Class Mentality...(Kementerian Kesihatan Lembab)

Allaahu Akbar, Allaahu Akbar, Allaahu Akbar, walillaahil – hamd.

Alhamdulillah umat Islam di Malaysia telah selamat menunaikan ibadah puasa selama sebulan, dan hari ini kita semua meraikan ketibaan Syawal. Meriah, gembira ,tawa, syukur itu semua tergambar dalam wajah setiap insan hari ni.

Aku dan isteri baru balik dari melawat keluarga sahabat yang baru menerima kehadiran cahayamata 5.30 pagi tadi.Tahniah sekali lagi diucapkan kepada beliau kerana double bonus pada tahun ini; bonus raya dan dah selamat jadi bapak.

Walaubagaimanapun, bayi mereka masih ditahan di wad kerana menghadapi masalah pernafasan disebabkan lemas semasa proses kelahiran.

Jadi, inilah sebenarnya fokus penulisan aku pada hari ini. Bayi yang menghadapi masalah pernafasan bukanlah disebabkan masalah kesihatan semulajadinya, tetapi berpunca daripada kesilapan dan kecuaian para jururawat yang bertugas di wad 9 (wad Anggerik) di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.

Manakan tidak, isteri beliau yang berada di dalam wad kelas satu (First Class Equipment) kononnyalah, di salah sebuah hospital terbesar di Negeri Sembilan, telah dinafikan haknya untuk mendapat pemeriksaan doktor walaupun telah berkali-kali menerima kontraksi/tanda-tanda untuk bersalin sejak jam 2.30 pagi, sehinggalah beliau sendiri yang terpaksa pergi bertemu doktor yang secara kebetulan hadir sesudah had bukaannya mencecah 9cm pada jam 5 pagi.

Antara alasan-alasan yang diberikan oleh para jururawat yang bertugas untuk menidakkan peluang beliau diperiksa oleh doktor ialah:

1- Lambat lagi nak bersalin, tidurlah dulu dah pagi nanti baru doktor check.
2-Kakitangan yang bertugas tak ramai sebab ramai yang bercuti raya.
3.Doktor takde ni...

Paling memalukan apabila jururawat-jururawat ini tidur beramai-ramai siap dengan selimut dan bantal semasa waktu bertugas.

Sebagai anak jati Negeri Sembilan aku sangat malu dengan perangai dan sikap bangang tahap cipan yang ditunjukkan oleh jururawat-jururawat di Pra-Natal Ward 9 Anggerik di Hospital Tunku Ampuan Najihah, Kuala Pilah. Aku cuba nak faham, mereka semua bertugas pada shift malam, waktu raya pulak tu, tapi kalau nak tidur tu tidurlah secara bergilir-gilir. Jangan pulak tunjuk mentaliti kelas 3 yang secara tak langsung menggambarkan keburukan warga kerja Kementerian Kesihatan keseluruhannya. Kemon laa, lu berhadapan dengan nyawa manusia, bukannya nyawa itik atau ayam.

Sungguhpun perkhidmatan yang diberikan adalah kepada masyarakat Kuala Pilah yang dianggap kekampungan (terdapat banyak kampung tradisi di daerah ini) tetapi faedah yang diperolehi adalah ganjaran dari segi bonus dan kenaikan gaji selain pandangan yang positif terhadap Hospital Tuanku Ampuan Najihah khususnya dan Kementerian Kesihatan amnya. Lu fikirlah sendiri.

P/S: Teringat pada sahabat yang nama glamernya Moklan, bila time dapat baby baru je, kengkawan mesti dapat rasa cigar untuk celebrate kelahiran tersebut....brader....tak nak buat baby lagi ke?

PAS KORUP!!

Parti ini diluluskan pendaftaran oleh Kerajaan British pada tarikh ditubuhkan 16 September 1951. Pas dijayakan sebagai organisasi pada 31 Mei 1955 dengan nombor pendaftaran 733 di Pulau Pinang. Pas tertubuh sebagai sebuah parti politik Melayu bertujuan memecah-belah (divide and rule) Kesatuan Melayu yang buat pertama kali dalam sejarah disatukan pada 11 Mei 1946 di Istana Bukit Serene dengan restu pembesar Melayu dan Raja-Raja Melayu. Penjajah Inggeris sebelum ini mengharamkan Hisbul Muslimin, namun memberi izin kewujudan Pas yang sengaja dijadikan "keldai" pilihan Inggeris Freemasonary untuk mencacatkan kesopanan dan kesantunan Keluarga Bangsa Melayu sebelum kelahiran Sijil Lahir Persekutuan pada 31 Ogos 1957.

Penghasilan simbol/lambang PAS pada bendera PAS, juga sebuah cerita lucu. Tudung tin biskut Marie digunakan pakai untuk melukis simbol bulat yang dinamakan Bulan Putih dan diconteng dengan cat hijau pada latar belakangnya di depan seorang Inggeris dan anak Hindu (kuda tunggangan PAS untuk mengambil borang daftar dan bantu mendaftarkan pertubuhan itu di Pulau Pinang). Maka, kekal hingga ke sudah lambang parti berupa Bulat ditengah diwarnakan putih dan hijau sebagai warna latar/asas. PAS menyamakan maksud ini iaitu Putih dan Hijau ialah warna kegemaran Nabi s.a.w., oleh yang demikian penubuhan PAS di restui oleh Perkumpulan Siasah Islamiah Antarabangsa dan para ulama' muktabar dunia. Begitulah mudahnya, teknik pemesongan pemikiran orientalis yang dianuti oleh PAS, hanya untuk ketamakan KUASA, maka, sanggup ia mencemar dan mencetus "berantakan perpaduan dan kesatuan Melayu". Secara tersiratnya inilah, punca pergolakan politik Melayu pertama atau boleh dinamakan Dilema Integriti Politik Sulung Melayu bermula dari detik PAS ditubuhkan, hingga memisahkan aliran fahaman Agama Ubudiyah dengan Rububiyyah. PAS menghalalkan stigma "Sekular" ciptaan Freemasonary.

Dalam Perlembagaan Pas, di sebut pada Fasal 4, iaitu Seruan PAS ialah "Allahu Akbar". Jadi, sebab mengapa ahli Pas atau pun dalam sidang Pas mereka akan berteriak atau bertempik, kalimah muktabar ini secara "lantak aku lah, suka hati mak ayah aku". Sedangkan kalimah Allah Hu Akbar ialah kalimah dzikir yang perlu dilafaz dengan penuh beradab. Kaedah mereka ialah sesuka hati, seolah-olah kalimah ini boleh dijadikan bahan sorakan "sesedap nak pakai" oleh sesiapa sahaja baik Kafir Harbi atau Zimmi pun boleh laungkan.

Pesanan Allah dalam Surah Mariam ayat 3 dan Luqman ayat 19 menjelaskan perihal, kalimah dzikir tidak boleh sewenang-wenang diguna pakai dan dijadikan bahan jajaan. Riwayat Muslim juga menyatakan bahawa Nabi saw pernah bersabda "Wahai manusia, tahanlah (rendahkan suaramu ketika menyeru Tuhanmu) untuk dirimu (yang kamu sendiri sahaja dapat mendengar)..."

Satu lagi fatwa korup Pas untuk seleweng akidah ummat di Malaysia ialah bab membolehkan demonstrasi. Fatwa halal demonstrasi oleh Pas diambil daripada fatwa Abdul Rahman Khaliq, pengasas Yayasan Ehya Al-Turos, seorang Mesir yang pernah belajar di Universiti Madinah dan telah dihalau dari Madinah kerana beberapa salah laku dan sikapnya yang kontroversi dengan ajaran Islam khasnya Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Abdul Rahman Khaliq ialah orang yang mengeluarkan fatwa boleh berdemonstrasi, dengan berdalilkan kepada perintah bersolat jemaah, solat Jumaat dan perhimpunan di Arafah (sebagai sandaran hujah dhoif bahawa Islam menghalal demonstrasi). Inilah hujah agung Pas, yang nyata terpesong daripada milikan ilmu Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Pas sudah makin korup dan bankrap, bila secara nyata hari ini menjadikan diva-diva artis sebagai Agen Perang Saraf Politik mereka. Artis yang dikatakan sudah bertaubat dan mengenal Islam melalui kacamata Pas telah diselewengkan kefahaman dengan melacur mereka atas lantai Pinkie Pas dan sekutu-sekutunya secara berleluasa dan besar-besaran. Tahniah dan Syabas Pas kerana pertubuhan Pas telah berjaya menghalalkan Gerakan Terancang Freemasonary dan Komunis melalui kulit keturunan Sawo Matang atau Malay Polenesia.

Pas juga berjaya menelanjangkan beberapa orang bekas Pegawai Kanan ATM dan PDRM, dan mereka dijadikan keldai pilihan untuk menjaja politik miskin Syiah, Wahabi dan Khawarij Pas.

Secara rohnya Pas hanyalah sebuah parti Melayu yang mendokong fakulti assobiyah berteraskan Kitab Syiah Shah Iran. Gerakan Pas hari ini bukan melihat kepada perpaduan, tetapi kuasa untuk membuktikan bahawa Pas mampu meruntuhkan sebuah empayar Islam Melayu Moden; walaupun yang terkorban nanti ialah Abang Kandung dan keturunan mereka sendiri. Ternyata begitu ramai, ahli guru-guru agama di Malaysia yang lebih mendalami resepi dan makna Merdeka, dengan beraninya isytihar bahawa DAP ialah parti yang diharamkan dipilih oleh rakyat, untuk rakyat dan demi rakyat. Maka DAP bukan pilihan kita!

Kerjasama Pas dengan DAP, dek kerana Pas tidak mahu berasaskan prinsip yang nyata dan muktabar ulama' Malaysia melihat kerjasama Pas bersama DAP dan PkR ialah Pakatan Haram untuk DIUNDI dan DIPILIH rakyat kerana rakan kongsi Pas iaitu DAP menolak terang-terang Perkara 3 iaitu Agama Islam Agama Bagi Persekutuan.

Paneh Miang sebagai pasukan blogger Bangsa dan Tanahair ini berdoa agar hidayah Allah turun lebih awal kepada sekalin makhluk Melayu untuk insaf dan sedar dalam-dalam, bahawa Korupsi Siasah yang berlaku semakin nyata dan tunai. Walaupun ramai anak Melayu tidak bersetuju dengan UMNO/BN, namun gerakan yang perlu kalian laksanakan ialah BUAT TEGURAN DAN DESAKAN terang-terang kepada semua Ketua Bahagian UMNO dan Jawatankuasa UMNO Bahagian supaya selesaikan segala hutang JANJI DI TEPATI.

Kini 6 prinsip kena dipakai, iaitu CEPAT, TEPAT, INTEGRITI, PRODUKTIF, KREATIF DAN INOVASI. Apalagi hayunlah....!

Sunday, August 19, 2012

PILIHANhariRAYA

Terlanjur bicara
Ampun maaf dipinta
Salam persahabatan dan persaudaraan untuk semua

Luahan kami tak pernah kenal isi hati insan lain
Bicara kami tak semestinya diterima baik oleh semua
Terguris hati teraniaya, kami tak pernah lupa
Mengguris hati sesiapa, kami tidak tahu bila dan siapa

Dosa dan kesilapan yang dilakukan pada Allah SWT
Keampunan dan taubat pengubatnya
Dosa sesama insan yang dianiaya
Tidak akan terampun selagi insan itu tak terima kemaafan dan mengampunkannya

Oleh itu
Ribuan ampun dan maaf kami pohonkan
Andai pernah terlanjur bicara menghiris rasa
Salam ukhwah untuk semua

Warga Paneh Miang mengucapkan;

"Salam EidulFitr dan
Salam Kemerdekaan Ke-55"

Friday, August 17, 2012

Analisa Integriti Politik

Apakah kayu ukur integriti seorang Ahli Politik? Cukupkah sekadar kegiatan di bawah:

1. Bilangan tetamu/pelawat harian ke Pejabat ADUN/Khidmat/Pejabat Rasmi (jika EXCO/MB)?

2. Bilangan mesyuarat rasmi yang dihadiri?@ Mesyuarat tidak rasmi yang gagal hadir?

3. Bilangan Perjumpaan Rasmi dan Sosial yang dihadiri?@ yang hanya hantar wakil?

4. Bilangan buah kampung dan taman dalam kawasan yang telah dilawati?

5. Jumlah peruntukan yang berjaya diagih dan dilunaskan kepada kepentingan, keperluan dan kehendak kawasan?

6. Jumlah peruntukan Persekutuan yang berjaya diagih dan dilunas kepada keperluan hakiki kawasan?

7. Jumlah duit politik "Dana Sumber Politik" yang berjaya dikutip daripada Usahawan, kemudiannya diselewengkan?

8. Jumlah duit peruntukan Kerajaan yang dikemutkan untuk tembolok sendiri dan suku-sakat politiking kufur sendiri?

9. Jumlah kumpulan Kongsi Gelap/Samseng yang menjadi "God Father/Guardian" kepada aktiviti politik?

10. Jumlah pegawai-pegawai kanan Kerajaan yang menjadi rakan dan sahabat yang bercita-cita memajukan tanahair?

11. Jumlah pegawai-pegawai Kerajaan yang bersekongkol untuk menjahanamkan peruntukan Kerajaan, memanipulasi kuasa, menyeleweng kedudukan dan menggelap amanah rakyat?

12. Bilangan projek-projek "Gajah Putih" yang berjaya diselesaikan?

13. Bilangan/Jumlah pembuatan keputusan tidak bijaksana, sehingga mengorbankan Dasar-Dasar Utama seperti P.3, P.152, dan P.153?

14. Jumlah keputusan untuk korbankan seorang manusia seperti Anwar Ibrahim (hukuman palang) untuk terus mengkecamuk kesantunan Negara, berbanding dengan nilai AMAN dan DAMAI dan kehormatan Perlembagaan Persekutuan Malaysia?

15. Pertimbangan program bahawa pemuda di kohort 20-40 tahun (merujuk kepada kekuatan populasi NSDK seramai 456,000) tidak penting kerana mereka ikut-ikut, bila tiba masa mengundi PASTI undi BN?@perincian yang Maha Lemah kerana hingga tarikh ini 30 Julai 2012 tiada kajian spesifik yang dilancarkan oleh mana-mana NGO atau Jabatan berkenaan Integriti Politik Generasi X-Y. Apa ke jadahnya Institut Integriti Malaysia, jika Kerajaan Negeri/Persekutuan begitu lemah tidak melihat kepentingan ini?

16. Kepincangan Wakil Rakyat dalam menganalisa keputusan/pemikiran kerana pengaruh pemikir dan petualang kiri-kanan yang tidak JUJUR? Apakah ini satu hipotesis yang benar...

17. Jurang ekonomi, sosial dan pendidikan masih menjadi rasional perbezaan utama antara ras di Malaysia?

Banyak lagi yang menjadi persoalan dalam kajian Analisa Integriti Politik, yang masih tiada jawapannya. Kedaifan Kerajaan BN ialah takut jika keputusan analisis ini seperti keputusan Kajian Integriti Politik di Kepala Batas, Pulau Pinang tahun 2006, yang menunjukkan kawasan Perdana Menteri pun ketika itu, tidak faham makna Integriti Politik dan Negara. Begitu sekali digebangkan soal Integriti dalam Pokok 1 Malaysia, tertegak IIM di Jalan Duta (katanya), namun kegiatan HANRUH INDOKTRINASI INTEGRITI dianggap tidak penting.

Pak Sedaro suko berposan kepada YAB PM, YAB TPM dan YAB MB-MB, "jangan posan mato yang rabun seluang". Perbahasan Integriti dalam Gagasan 1 Malaysia anda masih dangkal, daif dan naif. Di manakah peranan Presiden Institut Integriti Malaysia dan Ketua Pengarah Biro Tatanegara meletakkan maqam Integriti pada haknya?

Integriti Negara bersatu pada 1 April 1946, diuji secara paksa pada 13 Mei 1969. Kembali mengalami tragedi pada 1998. Secara tersembunyi Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 (semuanya KOTOR JIJIK) ialah gelombang Min Chong Yuen Thong mencabar Integriti Politik dan Integriti Perlembagaan Negara...?

Jawablah pada rakyat dan sejarah apabila amanah yang diAMANAHkan kepada kalian tidak tuntas. 

Thursday, August 16, 2012

Kepimpinan MBM yang LEMAU!!

Majlis Belia Malaysia mengikut perkiraannya terpaksa mengadakan sebuah Mesyuarat Agung 2012 yang akan menyaksikan penglibatan paling dominan warga belia berumur 15-40 tahun (sebelum tarikh pemilihan/perhimpunan agung MBM), secara langsung tahun 2012 ialah tahun pemilihan baru untuk sebuah regim kerja baru MBM 2012-2014.

Semenjak peralihan regim Shamsul Annuar Nasarah (kini MP Lenggong) kepada Sdr. Mohamed Malikee Mohd Rafie, MBM kelihatan begitu "ortodoks" mengikut telunjuk lurus, kelingking berkait KBS. Sehingga Agenda Hari Raya dan Hari Jadi Belia saban tahun pada 15 Mei, diurus kendali oleh KBS di bawah Sekretariat HBN yang dikuasai oleh CEOnya Mohd Nadzri (S44). Kepemimpinan KBS yang mewarta Akta 668 didapati makin ingkar dan sesuka hati memanipulasi Akta 668 melalui Kuasa eksekutif YB Menterinya, orang Kemaman yang "lopong" dalam urusan membahasi keringat para pemimpin belia.

Nampaknya, Presiden MBM Mohd Malikee makin hilang wibawa dan kelihatan tiada punya kekuatan untuk berjuang secara tuntas seperti para pemimpin MBM sejak 1948. Amat sesuai dan wajar, agar Malikee undur diri atau kena hadapi "pertempuran pemilihan" dalam skala besar semasa Perhimpunan Agung Tahunan MBM kelak.

Melihat kepada penulisan Malikee dalam akhbar BH sejak 6 bulan lepas, rupanya apabila berbahas perihal kemerdekaan, seorang Presiden MBM mengambil "play safe", langsung tidak punya "extra courage and guts" untuk cabar tema "Janji Di Tepati". MBM perlu berperanan lebih mapan dan kredibel, MBM amat wajar bantah dan bahasa semula perihal tema hari kemerdekaan yang telah mempelawa polemik politiking di kalangan rakyat khasnya parti-parti siasah bukan sekutu Barisan Nasional.

Janji Di Tepati ialah tag line yang wajar diwacana panjang lebar oleh MBM dan panjangkan usul tema baru kepada YAB PM melalui MP Jelebu, DS Rais Yatim. Apo yang di Jang...Presiden MBM, kok orang Rembou tahu, asal keturunan kau ...padah kau lobai.

MBM perlu di Transformasikan. Agenda Transformasi Belia melalui Makmal masih perlu dibahas dengan metafizik yang bernas. Parlimen Belia langsung menjadi bualan rakyat kerana kelihatan begitu tidak ada fundamental. Akta 668 perlu dipinda kerananya. MBM sebagai badan induk perlu diberikan hak eksklusif sebagai PENERAJU PARLIMEN BELIA MALAYSIA. MBM punya PAT setiap tahun, terusnya. Sebelum PAT, perlu ada panggilan Persidangan Parlimen Belia Malaysia. Makanya, semua yang dibahaskan dalam Parlimen Malaysia boleh dijadikan asas, untuk diterima dan diusul dalam PAT MBM, kemudian kedua-dua hansard kertas perbahasan dan keputusan resolusi khusus daripadanya perlu dipanjangkan dalam Sidang Dewan Rakyat dan Sidang Dewan Negara. Barulah tampak kuat dan penuh bermakna Parlimen Belia Malaysia dan PAT MBM.

Apakah ini politiking penakut Presiden MBM semasa? Kepimpinan dalam regim semasa, melihatkan semua pemuka baru yang begitu mentah dalam institusi berkepemimpinan misalnya 7 orang daripada kerabat Jawatankuasa MBM ialah ahli Gerakan Belia 4B Malaysia. Apabila 7 orang dicabar secara ilmu Perlembagaan 4B Malaysia, Akta 668, dan Perlembagaan MBM, nampak "sudah terang lagi bersuluh", bahawa kerdipan mata dan julingan kedaiafan ilmu berpersatuan tahap nasional dan antarabangsa bukan hak mereka. Nampaknya, begitu hebat cabaran dan tanggungan MBM sehingga terpaksa ikut telunjuk YB Menteri, Ahmad Shabeery Chik bermula HBN 2010-2011-2012, sehingga kemampuan Ahmad Shabeery menafikan falsafah pemberian Anugerah Belia Negara berteras kategori atau segmen bidang...Sedarkah MBM, bahawa anda sedang diperlakukan seperti keldai politik dan akaun politik daif mereka...

Pak Sedaro mencadangkan kepada pembaca yang partisipatif dalam gerakan hardcore MBM, pegawai khas YB Menteri, pegawai khas YAB PM dan YAB TPM agar melihat dan memantau kedudukan kepemimpinan MBM ini secara lebih objektif dan keantarabangsaan. MBM perlu ada pasukan Thinking Leaders. MBM perlu ada pasukan Beyond conventional wisdom. MBM mesti diorientasi semula dan diberi kuasa-kuasa eksekutif seperti mengurus dan merencana Perayaan HBN, Parlimen Belia, Sekretariat NKRA Pembangunan Belia, Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Malaysia, Sukarelawan Peace Corps Malaysia, Arkib Pembangunan Belia Malaysia, Akademi Kepimpinan Tinggi Belia Malaysia diurus oleh MBM dan International Youth Exchange Organization Malaysia.

Pegawai-pegawai KBS yang mempunyai karektor "Napoleon", "Parasit", "Penyamun dan Lanun Darat" perlu disingkir dan ditempatkan dalam Bilik Sejuk Pegawai Awam. Mereka banyak meranapkan kesantunan, kesusilaan dan taat setia pergerakan belia Malaysia.

MBM sudah hilang taring. MBM ibarat melukut di tepi gantang. Kalau setakat sibuk secara ceremonial, baik sahaja PAT MBM yang akan ada pemilihan tahun ini, dibawa oleh arus lebih matang dan proaktif. Presiden perlu contest, Timbalan Presiden (cukup masa berundur), Naib Presiden (lawan 3), EXCO yang lemau dan hamlau tak usah tunggu lagi. Seksyen 2 (Tafsiran) hingga boleh seorang menteri berhujah secara awam untuk pinda pada umur iaitu 15-30 tahun atau 15-25 tahun, yang akhirnya MBM akan menjadi "baghlal bahalol Menteri dan KBS". MBM bukan lagi pemimpin belia, tapi "lembu pujukan keldai politik".

SELAMAT HARI RAYO AIDIL FITRI

SEMPONO BULAN BAIK HARI BAIK NI DENGAN BAIK ATINYA ATOK MEWAKILI KUARGA MEMOHON MAAF SEKIRONYA ADO KETERLANJURAN KATO TERSONTUH HATI TOGURIH RASO. JADI KOPADO PARA SOHABAT DAN YANG TAK NDAK BOSOHABAT ATUK UCAPKAN SELAMAT HARI RAYO MAAF ZAHIR BATIN DAN DIJOMPUTLAH KO RUMAH. PEKYO KITO MINAM TEH MO KUEH SAMPRIT YANG DIBUEK KEK UWAN KAU TULAH.

Wednesday, August 15, 2012

Mencabar Majlis Profesor Negara

Hipotesis apa yang diguna pakai oleh Majlis Profesor Negara (MPN) dalam memberi ulasan ke atas segmen hujahan mereka? Antara Najib, Anwar dan Nik Aziz?

Apakah MPN menggunakan pendekatan soalan akar iaitu Integriti Personaliti Kepimpinan dan Kepemimpinan? Apakah MPN mengadakan hipotesis perkiraan kemenangan bersandarkan soalan-soalan tentang Kredibiliti, Kepimpinan, Skandal, Integriti Insani, Integriti Parti Politik, Integriti regime dan regimental kepemimpinan mereka?

Apakah kutipan input soal-selidik MPN berkisar kepada kumpulan kecil atau nukleus yang berkepentingan memberi jawapan spesifik kepada Najib, Anwar dan Nik Aziz?

Pak Sedaro takdo lah, PhD bergulung-gulung. Tapi mengikut pengamatan dan kajian kawasan tertentu misalnya di Kubang Pasu, Pekan, Kepala Batas, Pagoh, Merlimau, Permatang Pauh, Kota Bahru, Johor Bahru, Kangar, Ipoh Barat, dan Kuching dengan perkiraan hipotesis yang sama dengan MPN, jelas jawapan mereka jauh tersasar sama sekali.

Majlis Profesor Negara punya 3 orang Profesor Ulung. Cuma yang benar-benar memasuki ilmu bidang kesarjanaan Ulung ialah anak Pilah, Dr. Shamsul Amri Baharuddin. 2 lagi boleh dipertikaikan martabat keSarjanaan mereka.

Daripada kacamata rakyat awam yang hanya ada SRP/PMR, SPM, STPM/Matrikulasi, Sarjana Muda, mereka melihat koleksi input dan dapatan bahan info yang tidak melambangkan kemenangan BN. BN dilihat menang pada fizikal dan bukannya pada perspektif metafizik.

Andai hipotesis MPN ini berwibawa dan kajian MPN ini tidak boleh diragui, Pak Sedaro fikir amat wajar MPN buat sebuah Kertas Referundum Rakyat untuk Kajian Impak Integriti Kerajaan Barisan Nasional berasaskan kepemimpinan Najib Razak vs Kerajaan Bayangan Pas+DAP+PkR berteraskan kepemimpinan Hadi Awang, Karpal Singh dan Wan Azizah berdasarkan autoritinya Presiden Parti Masing-masing. Kemudian ditimbang tara dengan Kertas Kajian Khas De Facto Parti Siasah masing-masing jika ada misalnya Lee Kwan Yew (DAP), Nik Aziz Nik Mat (Pas), Anwar Ibrahim (PkR).

UMNO pula mungkin "VETERAN-VETERAN UMNO yang berteras Jawatan Tertinggi seperti Tun M, Tun A, Tan Sri Aziz Tapa, dan ramai lagi yang hidup.

Pecahan rakyat sebagai sampling ialah pandangan 1 juta orang pengundi berdaftar daripada 222 Kawasan Parlimen. Bukan main hentam jemput dan cekup/tangkap muat saja sampel kajian. Bukan juga daripada kajian sekunder dan jurnal-jurnal terdahulu. Bukan juga daripada semangat dalaman dan simpati masing-masing. Barulah Kajian Majlis Professor Negara tidak boleh dipertikaikan.

MPN harus ingat, yang dikaji dan diperihalkan ialah bukan soal siapa manusia itu, tetapi soal KUASA. KUASA menentukan kepentingan rakyat. KUASA memberi gambaran sebenar bagaimana pemerintahan diamal dan dizahirkan melalui Najib dan kumpulannya.

KUASA Syiah, KUASA Komunis dan KUASA Freemason memberi gambaran bahawa Malaysia akan hancur binasa. Malaysia daripada sebuah Persekutuan, bakal bertukar kepada Republik andai 3 kuasa itu dibiarkan berleluasa. Malaysia yang asalnya sebuah Negara Islam, bakal menjadi sebuah Negara Percaya Tuhan Pelbagai. Malaysia asalnya daripada sebuah Negara BerRaja, bakal menjadi "BeRaja Di Mata, BeSultan di Hati".

Pak Sedaro cabar wibawa kajian keSarjanaan Majlis Profesor Negara. Ibarat bidalan yang dinukilkan oleh Abdullah Munshi "Laut Yang Dalam Terokalah dengan Hikmah, Manusia Yang Kelam Berbahasalah dengan Ihsan, Rakyat yang Perlu Bersuluh Berpesanlah dengan Kalimah, Kuasa BerKeRajaan diamallah dengan Amanah."

Emas Olimpik Rio 2016

Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara mesti sudah berkira-kira untuk menyiapkan pasukan pelapis dan pendua Kontijen Malaysia ke Olimpik 2016. Semua Majlis Sukan Negeri mesti sudah bersiap-siap untuk menyediakan atlit Mencipta EMAS 2016.

Bukan masanya beralasan, perlu belajar daripada kesilapan. Belajar daripada kekalahan. Integriti Atlit kita sebenarnya tidak cukup menepati istilah SEMANGAT JUANG DAN JAYA DIRI yang tinggi seperti atlit China, Jepun, USA dan Germany. Kalau mencari kesalahan, sudah berbukit-bukit kertas kerja bersifat White Paper, Blue Paper dan Red Paper. Pembentangan atas pembentangan, lebih 1 kontena kertas menjawab dan terpaksa jawab. Namun, kekuatan metafizik atlit kita MASIH LEMAH, LESU dan LEWEH...

Manusia seperti Ratu Squash mungkin belum ada pengganti. Chong Wei sudah patut ada pendua mahupun pentiga. Pasukan bolasepak sudah wajar ada pendua sejak tahun 2000. Skuad memanah, menembak juga perlu ada pendua. Latihan bertubi secara latih tubi, latihan profesional sehingga mereka di bayar gaji profesional perlu ada. Kementerian Belia dan Sukan tidak perlu sibuk mengajur perayaan demi perayaan. Sambut ahli sukan macam sambut Dewata Raya. Ahli sukan kena belajar bagaimana untuk merasa diri dihormati dengan memberi darjah penghormatan palilng tinggi dalam sukan masing-masing.

Sejak 1996 lagi, MSN gagal merancang kejayaan. Saringan atlit di peringkat negeri berasaskan diskriminasi, bukan prestasi tahap tinggi. Majlis Sukan Negeri tidak memartabat Integriti Sukan Mutu Tinggi pada "mizan" sebenar, natijahnya wujud sekian banyak sekolah sukan. Tapi mana ahli sukan yang boleh diketengah sebagai "World Competitive Sportman"!

Ambil contoh, bowling alley di Paroi Jaya selepas Sukma NSDK, kita jadi sarang Jin. Lingkup sebuah premis, yang pastinya tidak kurang RM 5 juta terkorban di sana. Lapang sasar Bukit Galla, dulunya lokasi Tapak Latihan Menembak Rejimen Askar Wataniah 508, kini dengan fasiliti yang bersawang dan jarang-jarang guna pakai, maka, nampak begitu daif ibarat "habis madu sepah di buang"...

Emas Olimpik 2016 mesti dicipta melalui ilmu Sukan dan Semangat Kesukanan. Mental yang kuat, Fizikal yang kuat, Metafizikal yang mantap perlu dilalui setiap 3 bulan. Inilah yang dilalui oleh pasukan Jepun, China, USA dan Germany. Mereka mengikut latihan "gila babi ala Legion/Komando" untuk memastikan ketahanan Jiwa Raga dan meletakkan Nyawa mereka kepada Sukan yang dipakari. Mereka jadi Pakar Sukan dan Ahli Sukan Yang Berfikir "Thinking Sportman" bukan sebab dapat 1 juta sebagai ganjaran atau beberapa sen pun.

MSN kena ubah pedagogi dan modus operandi "HANRUH SUKAN".

Emas Olimpik 2016 bukan BURUAN, tapi EMAS OLIMPIK 2016 ialah KEPASTIAN!

Tuesday, August 14, 2012

Ikhlaskah Pas?!


Berikut adalah kenyataan pemimpin berkenaan Hukum Hudud yang dipetik daripada media pembangkang mahupun kerajaan sebagai rujukan generasi hari ini dan akan datang. Agaknya, kenyataan pemimpin manakah yang boleh disifatkan sebagai kenyataan berbaur politik?

''Kerajaan Pas Kedah tidak akan laksanakan Hudud buat masa ini kerana Pas berkongsi kuasa dengan DAP dan PkR. Inilah realiti politik hari ini di Kedah. Jangan samakan Kedah dengan Kelantan. Kerajaan Pas Kedah akan berunding dengan rakan Pakatan dahulu." - Dato' Seri Azizan Abdul Razak (MB Kedah).

''Cadangan pelaksanaan Hudud oleh Kerajaan Kelantan adalah selaras dengan Islam, dan itulah perjuangan Pas sejak ditubuhkan." - Abdul Wahid Endut (Pesuruhjaya Pas Terengganu).

''Isu pelaksanaan Hudud hanya akan dibincangkan semula jika pakatan pembangkang mengambil alih Putrajaya. Tidak guna bercakap mengenai Hudud sekarang. Lebih baik fokus kepada pilihan raya umum!" - Salahuddin Ayob (Naib Presiden Pas).

"Pas tidak akan melaksanakan Hudud tanpa persetujuan DAP dan PkR!" - Khalid Abdul Samad (Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor).

''Pakatan akan hancur jika terperangkap dengan isu Hudud yang tidak penting buat masa ini! Lebih baik fokus kepada strategi memenangi pilihan raya.'' - Dzulkifly Ahmad (AJK Pas Pusat)

"Kita AKAN laksanakan Hudud walaupun ditentang DAP!" (...walaupun kita dah lebih 22 tahun perintah Kelantan tapi masih tak berani nak buat sebab kita takut Mahathir...bukan takut Allah SWT). - Nik Aziz Nik Mat.

"Hudud hanya 0.001% dalam kenegaraan Islam!" Jawapan diberikan sejurus ditanya mengenai adakah Hudud dilaksanakan di Negeri Terengganu sewaktu PAS menang pilihanraya negeri itu. -  Hadi Awang.

''Kita akui Hudud adalah HUKUM YANG DATANG DARIPADA ALLAH, tetapi persediaan dan pelaksanaannya perlu diteliti dan dilihat kepada keadaan semasa agar keadilan dapat dirasai semua. - Dato' Seri Najib Tun Razak.

Monday, August 13, 2012

KJ yang Dengkek Akal

Begitu dengkek akal budak lahir di Kuwait ini, anak Jamaluddin cucu Abu Bakar. Khairy Jamaluddin menantu Abdullah Ahmad, begitu tidak kreatif dan inovasi bila mana tidak mampu berfikir Beyond Conventional untuk membina penyelesaian Penyatuan Parti-Parti Politik Melayu. Hingga kenyataan begitu daifnya ialah Mustahil Boleh Bersatu.

Satu kaedah paling radikal ialah melancarkan Agenda 1 Melayu 1 Bumi (kalau Kj berani). Buat Road Show di 222 Kawasan Parlimen secara terbuka Bahaskan Perihal Kandungan Utama Perlembagaan Persekutuan.

Buat sirkit membahaskan perihal 1 Malaysia + Wasatiyyah + Integriti berpaksi kepada Agama Islam Agama Bagi Persekutuan.

Bahaskan secara terbuka keturunan dan kelahiran DAP yang membawa ajaran Komunis, PAS yang berpaling tadah kepada Syiah, Wahabi dan Khawarij, juga PkR yang mendukung flagship Freemasonary.

Jenguk semua kawasan DUN untuk bersama-sama "menelanjangkan" doktrin-doktrin SESAT, yang akhirnya boleh menyatukan Ummat Melayu atas Paksi Kalimah Allah dan Muhammad. Maka, tiada lagi sengketa mendagangkan Hindraf, Bersih, Himpun, Kuasai Putrajaya secara BIADAP oleh kumpulan Free thinker politician.

Ketua Pemuda UMNO ternyata tidak proaktif, sibuk dengan kempen BN Volunteer, BN Youth Cyber Team yang sudah basi. Ketua Pemuda UMNO makin nak dekat PRU-13, semakin tidak produktif dalam memikirkan, bagaimana boleh membina Sebuah Pasukan PEMBUNUH IDEALISME DAN IDEOLOGI Politik DAP, PAS dan PkR.

Seorang Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Pengerusi Pemuda BN Kebangsaan "tidak" Berbudaya Ilmu Tahap Tinggi. Prestasi dan Momentum berperang begitu rendah.

Akademi Pemuda UMNO Malaysia sudah tiada Kumpulan Selempang dan Beret Merah. Guru-guru Tua yang mengajar Ilmu Tempur sudah disisih dan dinafikan Keilmuan mereka.

Kj yang sibuk sarung pakaian seragam Rejimen AW pun tak bijaksana untuk laksana Modus Pertama iaitu Makna Gagah Setia. Kekuatan Rejimen AW Siri 500 tidak kurang 100,000 orang, perlu disemarakkan. Pergilah runding dengan Pegawai Pemerintah Kor AW dan Jabatan Arah untuk adakan program Pemantapan Integriti Anggota dan Pegawai Kor Askar Wataniah. Apo bengap sangat kau ni lobai!

Ketua Pemuda UMNO Malaysia setakat bercakap macam Malaysia baru merdeka semalam, cerita lain. Kito dah 55 tahun merdeka, Pemuda UMNO Malaysia baru bongkar dari kubur 13 Mei 1969 kot!

Kj yang masih mentah ilmu politik Nusantara. Stail kau kobar kenyataan Dr.M, samolah macam yang kau buat pada tahun 1998 di Malaysian Hall, London. Kito tahu, kau dah diberi signal sojak 2001 lagi, namun kau buat pekak badak. Ingat Kj, UMNO bukan tercipta atas tilam emas. Insan yang kau "perlecehkan" antara generasi pemula UMNO, hingga hari ini ada 1578 orang umur seperti mereka masih hidup dan segar bugar. Mereka meneropong Pemuda UMNO sedang dilamun Cinta Muka Buku.

Nak lawan, lawan habis-habisan. Keluarkan akhbar "Eye Bull UMNO" setiap minggu, dan hidupkan semula industri makalah Times Week Malaysia iaitu Massa, kau kan dah diberi kesian sebagai Pengerusi PNB, tak kan "bungku" lagi....

KDN biarkan Tabloid naik tocang!

Sejak tiupan angin Monsun Barat Daya yang tidak stabil di Sabah, rupanya ramai kalangan Pribumi yang meragui makna Allah yang sifatnya Maha Penakluk dan Maha Agung. Misalnya seorang penjual mutiara bernama Mustafa sanggup memaklumi akhbar bahawa selama 2 tahun, dia mencurigai kuasa Allah dan mencabar Allah. Kini diberitakan dia telah taubat nasuha.

Pak Sedaro fikir kisahnya ini yang mungkin terpencil kepada sebilangan ummah Melayu, merupakan manifestasi khilaf dan tidak bijaksana para da'i menjalankan Amanah di pelusuk rantau dan sudut Jajahan Melayu. Transkrip Khutbah Jumaat tidak memberi impak berkesan kepada penganut, mungkin.

Soalan kedua, mengapakah akhbar tabloid menjadikan ini sebagai Modal Cerita Utama, seolah-olah menggambarkan betapa liberalis pemikiran penulisan dan rakyatnya? Andai mengikut hukum karma ke atas umat-umat terawal daripada umat Nabi Muhammad, kumpulan manusia seperti Mustafa di Sabah ini sudah lama menerima hukuman tunai atas muka bumi.

Soalan ketiga,suntingan atau editan Ketua Pengarang Akhbar Tabloid seharusnya lebih berintegriti dalam meneropong sensasi isu kerana artikel seperti Cabar Allah, Cerca Allah, Di Mana Allah dan sewaktunya ialah lambang penulisan berfahaman Komunis, Freemasonary dan Syiah?

Penulisan begini mempelawa Aura Negatif dalam ekosistem insani. Dulu, Pak Sedaro menulis perihal Gelombang Beta, Alpha, Delta dan Tetha, juga sedikit tentang NLP. Sesungguhnya alam buana ini secara fiziknya berada dalam gelombang Beta. Pusat Kawalan minda dan minda alam semesta berada dalam gelombang Alpha. Begitu banyak penulisan seperti tersebut, juga gambar mati di bunuh, maklumat kemalangan, pengeboman sana-sini,...akhirnya menjemput melaut Gelombang Beta Bercas Negatif. Hingga akan sampai, seorang Islam melupakan Solat kerana dalam solat Muslim itu sudah berada dalam maqam Alpha.

Dek demikianlah, ramai yang mencintai dan merindui Masjidil Haram dan Masjid Nabawi kerana pada mereka di sana lebih tenang. Mana tak tenang, kerana 2 tanah haram itu penuh dengan Gelombang Delta dan Tetha, yang tidak putus-putus dan dikelilingi malaikat-malaikat rahmat bertingkat bersusun hingga ke Pintu Langit Ke Tujuh. Inilah perasaan dalaman sebenar kepada penziarah dan umat Islam yang dijemput Allah ke Tanah-tanah Haram ini.

Sukalah Pak Sedaro posan, kalau nak rasa nikmat Gelombang Delta peringkat asas, dijemput ziarah Masjid Kampung Ulu, Melaka. InsyaAllah kalian akan merasai nikmatnya, walaupun tidak sekuat Gelombang di Masjidil Haram dan Nabawi. Inilah makna ikhlas, taat setia, kasih sayang yang disumbang oleh pembinanya selepas peristiwa Melaka dikuburkan oleh Portugis pada 24 Ogos 1511.

Kuasa Minda, Law of Attraction, Law of Amanah, Law of Siddiq, Law of Tabligh and Law of Fatanah masih belum dibincangkan secara mendalam oleh mana-mana pengamal dan ilmuan NLP di Malaysia, khasnya Pengamal NLP Melayu-Islam. Kali ini kerana disebut betul-betul, Melayu-Islam kerana sudah ramai Melayu-Tidak Islam. Ramai sudah Melayu tidak Solat, menjadi mubaligh Kristian seperti Melayu di Singapura, dan banyak lagi yang boleh menafikan Melayunya dalam daftar 160(2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1957.

Masanya sudah tiba untuk semua pengamal media cetak, media elektronik, media komersil awam diberikan Kuliah Law of Integrity oleh Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud, Pengarah CASIS, UTM, Dato' Sheikh Haji Murtadza Sheikh Ahmad, Dato' Abu Hassan Din Al-Hafiz.

Ali Hamsa

Takdir Allah jua, Ketua UKAS-JPM kini seorang Ketua Setiausaha Negara ke-13. Eloklah, hightime untuk digantikan Sidek Hassan. Namun, KSN ini belum nampak lagi taring dan cengkaman rimaunya. Apa kata, dalam kupasan ini, Pak Sedaro suka nak cadangkan beberapa input, manalah, tahu andai Tuan Ali ini bersyarah subjek yang relevan dengan iklim ekonomi selepas FDi demi FDi (mutakhir EBX janji USD 6 billion), politik Malaysia makin tak keruan kerana kerja buat politik Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN tidak disambut secara eksklusif oleh pemain politik dan pemimpin birokrat, iklim sosial rakyat yang makin haus dengan dogengan-seloka dan gurindam ideologi massa yang bercambah biak ibarat cendewan lepas hujan.

Banyak kerja "gila-gila" dalam makna 6 Prinsip Transformasi Perkhidmatan Awam iaitu Cepat, Tepat, Integriti, Produktif, Kreatif dan Inovasi (CTI & PCI) yang perlu diambil tindakan sewajarnya oleh KSN dan KSU-KSU serta KP-KP (Kementerian dan Jabatan Persekutuan):

1. Agenda Merakyatkan Perkhidmatan Awam? Apakah pegawai dan anggota Perkhidmatan Awam faham ma'ana lebih dalam merakyatkan servis ini...? Sedarkah bahawa apabila pertimbangan, budi bicara, pemikiran lebih bil-hikmah boleh menjadi penyelesai masalah/polemik.

2. Pendigitalan Perkhidmatan Awam? Apakah akses semasa boleh ditambah tingkat kepada kalangan mereka di bawah paras status ekonomi pertengahan?

3. Kaedah 5S? Seiri-seiso-seiton-seiketsu-setsuke menjadi pilihan Best Practises.

4. Karya besar seperti Historical Fact and Fictions yang dibahas oleh Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, antara lain memberi penegasan tentang Budaya Ilmu Sebenar menjurus kepada Konsep Ta'adib, yang mesti menjadi Nilai Ilmu Utama Perkhidmatan Awam. Apakah KSN ke-13, akan mengembalikan Budaya Cinta Ilmu seperti pemerintahan Kerajaan Islam Andalusia iaitu setiap Pegawai Tinggi Kerajaan diberi masa 3 jam untuk mengupas ilmu berasaskan pengkajian ilmiah tertentu di hadapan Penjawat Awam dan kumpulan Pengurusan Eksekutif negara?

5. Apakah Ali Hamsa boleh menjadi pakar rujuk dalam sektoral "pengeluaran barang makanan-industri pengedaran-peruncitan-pemborongan-gudang" dalam menstruktur kedudukan pasaran harga barangan isirumah, yang tidak dapat dikawal oleh KPDNKK, kerana mereka tidak terlibat secara "research" dalam proses bersama Cartel?

6. Mampukah Ali Hamsa mengadakan program baik-pulih akhlak penjawat awam yang terpesong akidah agamanya dan Integriti kerjayanya kerana penyelewengan dan rasuah? Bolehkah mungkin KSN ini, memberitahu Tap Salleh (khabarnya kini masih Presiden IIM walaupun pada adatnya Sidek Hassan dah keluar baris-buat macam tak faham pula) supaya cukup-cukuplah di IIM. Undur diri kerana prestasinya under rating dari perspektif dominasi doktrin Integriti di Malaysia.

7. Beranikah Ali Hamsa menjadi "The Baron" kepada YAB PM seperti kehandalan tawadduk peribadi Almarhum Tun Azizan Zainul Abidin, anak Penang yang pernah berkhidmat di bawah 3 orang YAB PM?

8. Permulaan Ali Hamsa sebagai KSN terserlah dengan kefahamannya dalamannya berkenaan Negara, konsep Wasatiyyah dan Integriti sebagai satu Modul Pengurusan yang cermat dan tuntas. Apakah Ali Hamsa, sanggup korbankan KSU-KSU dan KP-KP yang telah dikenal pasti tidak berkesan kerana tidak berkongsi kefahaman P.3, P.152 dan P.153?

9. Apakah Ali Hamsa akan bersyarah kepada semua pemimpin Syarikat Berkaitan Kerajaan Persekutuan dan Negeri pula, selepas "mungkin akan bersyarah dengan pegawai perkhidmatan awam"? Dan ingatan Ali Hamsa kepada pemimpin GLC ini serta Lembaga Pengarahnya, ialah Bahawasanya kalian juga ialah tiang-tiang dan rusuk-rusuk perkhidmatan awam yang bersifat komersil, kena akur, taat dan setia kepada Asas-asas Negara khasnya 153, Agenda Dasar Ekonomi Baru walau pun dijenama sebagai ETP, Agenda Pengurusan Negara yang dikenali sejak 1957 Pelan Strategi Urusan Negara kini PTP dan GTP 2.0?

Pak Sedaro fikir corak dan mauduk Ali Hamsa selaku pemilik PhD dalam bidang kepakarannya Pengurusan Perbandingan dan Ekonomi Antarabangsa perlu memperlihat kualiti sebagai Ahli Ilmu semasa bertugas sebagai KSN. Dengan kata lain, perkayakanlah perkhidmatan awam sebagai "Thinking Administrator" bukan lagi "Robotic Administrator". Institusi perkhidmatan awam mesti mengadakan pengislahan dari "remote administrator" kepada "energetic administrator", "doing servicing" kepada "thinking institution" yang boleh memberi faedah lebih sempurna kepada Rangka Teras Negara iaitu "Bersekutu Bertambah Mutu".

Sunday, August 12, 2012

Malaysia-China 1974

Almarhum Tun Abdul Razak memulakan perbincangan dua hala (Bilateral) antara kuasa-kuasa veto PBB iaitu China pada 28 Mei hingga 2 Jun 1974. Subky Latiff ketika itu wartawan Utusan Melayu merupakan jurnalis Kerajaan yang mengikuti rombongan Tun Razak ke China. Presiden China iaitu Mao Tse Tung ialah insan nombor wahid Tanah Besar China yang ingin berjumpa secara rasmi dengan Tun Razak pada 29 Mei 1974 di Beijing di Istana Presiden. Ini merupakan petanda paling sentimental dan penuh sejarah, kerana Tun Razak satu-satunya pemimpin Negara Asing yang memecah protokol lazim Kerajaan Koumintang China. Pada protokol lazimnya, seorang pemimpin Asing perlu berbincang dengan Perdana Menteri China, barulah diberi perkenan mengadap Presiden China; tapi ini tidak berlaku kepada Almarhum Tun Razak.

Kenapa? Inilah yang dimaklumkan oleh penulis dan jurnalis China sebagai kuasa baru dunia Melayu merdeka. Inilah kuasa sebuah Negara Islam yang meletakkan Agama Islam Sebagai Agama Persekutuan. Inilah karisma Almarhun Tun Abdul Razak Hussein. Mao Tse Tung terkesima dengan kekuatan minda dan hujah Tun Razak ketika di Persidangan PBB lagi, dan melihat prestasi kerja seorang pemimpin Melayu yang begitu bercita-cita besar dan berazam menghapuskan pengaruh Komunis di Bumi Melayu.

Selepas gagal Rundingan Baling pada 28 dan 29 Disember 1955, Pair Dragon dan Pair Phoenix telah memanggil Chin Peng mengadap di CCC Beijing. Chin Peng selaku Setiausaha Agung telah diberi AMARAN HUKUM MAUT, jika tidak boleh mengurus kemaslahatan Pasti Komunis Malaya secara baik dengan pemerintahan semasa. Nama Tun Razak dan Tun Dr. Ismail ialah dua nama yang sering disebut oleh Mao Tse Tung sebagai pakar pemikir regim pemerintahan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu ketika itu.

Rupanya, perjumpaan selama 80 minit antara Tun Razak dan Mao Tse Tung ialah gesaan supaya diadakan usaha untuk penghapusan isme Komunis dan pembatalan PKM di Malaysia, sehinggalah takdirnya hanya pada 1989 menjadi realiti kepada tanahair ini. Satu lagi, hajat terpendam Mao Tse Tung ialah Malaysia dilihat sebagai sebuah negara contoh yang boleh memberi manfaat besar kepada kelompok minoriti Muslim China yang bilangannya 40 juta orang.

Inilah permulaan aktifnya PERKIM dan pendakwah Cina-Muslim. Diperkukuhkan lagi dengan lawatan rasmi dan perjanjian Bilateral tersebut. China pada tahun 1974 ialah sebuah Negara yang belum maju secara fizikal, tetapi mempunyai kekayaan metafizika dan manusia yang begitu baik. Sejarah tamadun perajaan dan kerajaan yang lama dan ilmu-ilmu khas tentang Dinasti merupakan perkongsian dan pertukaran maklumat antara kerajaan. Di sinilah diperbaharui Wa'ad antara Ma Cheng Ho dengan Sultan Mansur Shah, dan dimaklumkan kewujudan Pair Burung Hantu kepada Almarhum Tun Razak.

Pertemuan dengan Mao Tse Tung berakir dengan penuh cerita sejarah yang dalam dan diberikan perhatian khusus oleh Tun Razak. Yang tidak menjadi rahsia kerajaan dilaksanakan dan capaiannya hingga hari ini. Yang masih Rahsia Kerajaan kekal rahsia, hingga Subky Latiff pun tidak boleh mempersoalkan darjah kepentingan kerahsiaan berkenaan. Subky Latiff kini Pengarang HaprakDaily.

Kemudian pada 31 Mei 1974, Tun Abdul Razak memberi ucapan meraikan Perdana Menteri China Chou En Lai di Dewan Rakyat Peking, seterusnya mengadakan Mesyuarat Antara Kerajaan pada 1 dan 2 Jun 1974, sebelum mengakhiri lawatan rasmi Negara Malaysia di Tembok Besar China di sebelah petang.

Bermula daripada peristiwa ini, bermulakan Gerakan Perang Besar-Besaran Pasukan ATM dan PDRM di hutan belantara Malaysia untuk menghapuskan kegiatan subversif Komunisme. Tahniah dan Syabas Almarhum Tun Razak kerana dikaulah insan pilihan Allah untuk memulakan langkah pertama yang TERBAIK daripada langkah seribu.

Kepada pemimpin Melayu khasnya UMNO, Pas dan PkR hari ini; ingatlah bahawa Agenda Membatalkan PKM telah lunas. Agenda membenam ideologi dan isme Komunis masih belum terlaksana seperti rancangan Tun Razak, Tun Dr. Ismail dan Tun Salleh (IGP Kedua), serta Tan Sri Rahman (IGP Ketiga).

Namun kini urusan semakin rumit kerana ramai benar rakyat Raja yang dah "lupa akan perjanjian Tua" antara Pair Burung Hantu dengan Raja Melayu.

Friday, August 10, 2012

Lawak Nik Aziz

Nik Aziz buat kenyaataan yang amat lawak...air tak ada di Pasir Mas kerana 'kemarau' dan 'hujan tak turun' lalu menyeru rakyat Kelantan untuk sembahyang minta hujan beramai-ramai....! (memang semua orang Islam akui sembahyang itu bagus dibuat bila-bila pun).

Cuma dia terlupa di negara-negara Asia Barat seperti Arab saudi, Iran, Iraq, Jordan dan lain-lain itu adalah bumi yang jarang ditimpa hujan...tetapi mengapa mereka tidak pernah hadapi masaalah air bersih???

Lebih lucu lagi bila Nik Aziz kata, "Sains dan teknologi tak boleh atasi kemarau.." hahaiii Nik...kenapa sampai begitu ketinggalan?!

Salahnya orang dikeliling Nik itu seperti Husam, Takiyudin, Nik Amar, Ustaz Zul Pulai Condong, Saiful Bahri Selising dan besannya YB Fatah Rantau Panjang, tidak memberi maklumat yang betul bahawa masaalah 'air bersih' tak ada kaitan dengan hujan atau tak hujan, kemarau atau banjir....kerana ia tidak diuruskan dengan betul...!!!

Sepatutnya semasa melawat Iran Dato' Nik kenalah melihat sebagai contoh, Padang Pasir Abadan atau Gurun Abadan yang kering kontang di zaman Shah Iran memerintah dulu, telah bertukar menjadi hijau semuanya dipenuhi dengan sayur-sayur dan pokok-poko buahan, dalam masa pemerintahan Ayatullah Khumaini.

Seorang wartawan Majalah Time Amerika yang meninjau pemulihan padang-padang pasir di negara Iran oleh Ayatullah Khumaini, menyifatkan bahawa sayur-sayuran dan buah-buahan yanng ditanam di seluruh padang pasuir di Iran itu dapat mengatasi sekatan ekonomi dari Barat khususnya Amerika.

"Rakyat Iran boleh hidup 100 tahun lagi tanpa ada kesulitan bahan makanan walaupun pihak Barat membuat sekatan" kata wartawan itu.

Bukan hujan yang membasahi bumi padang2 pasir itu, tetapi paip-paip yang menyalurkan air sungai dan air dibawah bumi yang dilombong dan disalurkan dengan jayanya keseluruh tempat kering kontang di negara itu yang membasahinya...!

Memang teknologi moden membuktikan bahawa kuasa Allah yang menyediakan air di sungai-sungai dan dibawah perut bumi itu, maka kebijaksanaan manusia yang berilmu teknologi lah yang berjaya memanfaatkannya... alahai!!!

Credit to Yazid Othman.


p/s: Solat atas rumput dan doa menangis depan kamera, TIDAK MENJAMIN seseorang itu jadi pemimpin yang berfaedah untuk rakyat!!

Thursday, August 9, 2012

Kementerian Pelajaran sedang Talkinkan Bahasa Melayu!

Fellow Utama ATMA UKM seorang berketurunan Thiong Hua begitu taat setianya kepada perjuangan Munshi Abdullah, Pendeta Za'aba dan Aminuddin Baki serta Tun Dr. Ismail. Beliau mendukung kuat pengetahuan magna carta dan lingua franca bahawa Bahasa Melayu amat wajib memimpin wacana ilmu, wacana perniagaan dan wacana rasmi Malaysia dan rantau Melayu dunia. Bahasa Melayu ialah Bahasa Kebangsaan termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, rujuk perkara 152.

Persoalan yang mesti dijawab oleh YAB Menteri Pelajaran, KSU Kementerian Pelajaran, YB Timbalan-Timbalan Menteri Pelajaran ialah, MENGAPA 'Bahasa Malaysia' menjadi bahan dagangan perbahasaan di Kementerian hingga penerbitan rasmi Negara juga menulis 'Bahasa Malaysia' dan bukannya disebut sebetulnya iaitu Bahasa Melayu?!

Menteri-menteri Melayu dan Pegawai Kanan Tertinggi Kerajaan Melayu "malu dan takut" dengan siapa? Bahasa Melayu ialah alat dan bahasa perpaduan, komunikasi paling berkesan dan terus sesuai. Bahasa Melayu ialah sebahagian daripada juzuk Bahasa Arab. Apakah Menteri-menteri Barisan Nasional sudah pandai dan memilih menjadi Wahabi dan Khawarij dalam menjamin kemaslahatan perpaduan, Aman dan Damai!?

Ketua-ketua Bahagian UMNO apakah di kalangan mereka yang begitu baghal menyusun pemerintahan dan pentadbiran eksekutif Negara hingga Perkara 152 iaitu Bahasa Melayu menjadi alat kompromi untuk undi-undi para pengundi yang tidak Taat dan Setia kepada Agama, Bangsa dan Tanahair? 

Kalau hanya untuk minta sedekah undi Pengundi Cina dan Kalinga yang atas pagar, pengundi yang menafikan Perkara 3 dan sanggup menggadai maruah Rukunegara dan bersama kumpulan Plural, Liberal dan LBGT; dan mereka ini yang hendak dipancing oleh BN atas nama Bahasa Malaysia?...maka InsyaAllah, Bumi Melayu ini pasti akan dilaknat Allah Ta'ala, seperti Wa'ad antara Demang Lebar Daun dengan Raja Melayu.

Tergamak kalangan Pemimpin UMNO mengkhianati sumpah ini...maka pasti terangkatlah obor penentu bahawa 7 Wasiat Raja-Raja Melayu. 

Wahai UMNO jangan tidur dalam tilam ronggak dan penuh berkulat. Pemimpin UMNO khasnya Ketua-ketua Bahagian yang masih LENA BERDENGKUR dan menjual INTEGRITI Perlembagaan secara senyap apalagi terbuka, bertaubatlah selagi PINTU TAUBAT masih terbuka. Ingatlah kalian, bahawa begitu banyak jiwa yang terkorban untuk memastikan Negara ini berpaksi kepada Perlembagaan Persekutuan berteraskan Piagam Madinah dan Perjanjian Hudaibiyah.

Dulu 13 Mei 1969, PAP dan DAP mengusung Keranda 152. Pada 1998 di Masjid Negara, kelompok budak bangang Melayu pula yang mengusung Keranda 152. Nampaknya, Batu Nesan dan Kain Kafan 152 sedang diurus dari dalam oleh kelompok Wahabi, Khawarij, Syiah, Komunis dan Freemason dalam Kementerian Pelajaran Malaysia.

Moga Ramadhan 1433H, Allah Buka Pintu Hidayah, Taubat dan Makrifat  Allah untuk Agama, Bangsa dan Tanahair.

Tuesday, August 7, 2012

Ahli UMNO VS Orang UMNO

Perbezaan Ahli UMNO dengan Orang UMNO terlalu banyak. Sesuai dengan petikan 100 perkara yang Mesti Di Laksana oleh Ketua UMNO Cawangan oleh Almarhum Dato' Ihkwan Nasir, Setiausaha kepada Jawatankuasa Penerangan UMNO Malaysia, semasa Allahyarham Dato' Mohamed Rahmat beramanah sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia.

Gerakan 100 perkara ini sedang diselia baik semula oleh Ahmad Maslan, Pontian kerana dia seorang Orang UMNO bukan Ahli UMNO.

Ahli UMNO ialah orang yang tidak taat setia dan boleh lompat parti, Orang UMNO ialah orang taat setia dan tidak akan berpaling tadah kepada mana-mana parti politik, walaupun di beri subsidi, opsyen, nafkah sebanyak RM1 billion sekali pun.

Ahli UMNO ialah orang yang tidak faham pengertian Perjuangan Memerdeka Tanahair secara Alif, Ba, Ta kerana tidak mahu mengerti Objektif dan Matlamat Undang-undang Tubuh UMNO, manakala, Orang UMNO ialah orang yang arif perihal Agama, Bangsa dan Tanahair dan faham bebenar makna tersirat dan tersurat UMNO daripada akar ke buahnya.

Ahli UMNO ialah orang yang apabila dipancing oleh partai siasah manipulasi Freemasonary bermula daripada DAP yang lahir daripada falsafah Sosialisme bertarikh 30 April 1930, mahu pun Syiah yang diterbalik oleh kelompok luar akar akustika Dr. Burhanuddin Al-Helmy pada 1974 dan kelompok 1998 iaitu simpati Anwar Ibrahim, akhirnya bercita-cita untuk menelanjangkan segala rahsia-rahsia besar Negara kepada masyarakat Antarabangsa, khasnya Amerika Syarikat. 

Manakala Orang UMNO ialah orang yang apabila dipancing oleh mana-mana partai siasah, mahu pun pertubuhan bukan kerajaan, atau perseorangan mereka tidak akan mungkir perjanjian antara Rakyat dengan Raja Melayunya.

Ahli UMNO ialah orang yang hanya tahu perut, tekak, seleranya terpelihara dan dipelihara, manakala, Orang UMNO ialah orang yang sanggup berjuang atas nama Jihad Fisabillillah dan berteraskan faham Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Ahli UMNO begitu ramai dalam UMNO semasa, manakala Orang UMNO begitu minoriti dan ramai yang tidak mendaftar sebagai ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.

Ahli UMNO begitu ramai dalam gelaran dan pangkat bergelar dari Istana Raja-raja Melayu, manakala Orang UMNO tidak jelap/hadap untuk menerima sebarang kurnia gelaran dan pangkat gelaran dari Istana.

Ahli UMNO begitu ramai yang sanggup membunuh kesantunan dan kesusilaan rakyat tanpa integriti Insan, Organisasi, Negara dan Dunia, manakala Orang UMNO akan sentiasa memperteguh, memperkaya, memperkemas dan menaik taraf ilmu dan amalan kesufian bertamadun dengan fahaman Integriti Insan, Organisasi, Negara dan Dunia.

Pesanan Pak Sedaro kepada Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO, nafiri yang sedang ditiup ialah pencarian calon berteraskan Orang UMNO bukan Ahli UMNO. Andai Orang UMNO, maka akan kembalilah roh perjuangan seperti yang dibawa oleh Almarhum Za'aba, Dato' Wahab Panglima Bukit Gantang, Tun Dr. Ismail, Bekas IG Tun Salleh, Bekas PAT Tun Ibrahim, Tun Sardon Jubir, Tun Jaffar Albar, Tun Razak, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra, Almarhum DYMM Tuanku Abdul Rahman, Undang-Undang Luak Sungai Ujung, Rembau, Jelebu dan Johol (yang dipedaya Inggeris pada 1946 termasuk Almarhum Dato' Kamat Haji Sulaiman), Sheikh Abdullah Fahim, Tok Kenali, Tok Ku Paloh, Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib bin Muhammad Ali Al-Attas, Dato' Onn Jaafar, Almarhum Tuanku Muhammad, Sir Raja Chulan dan ramai lagi kalangan bangsawan, istanawan, ilmuan dan agamawan.

Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO perlu CLEAR soal Program Transformasi Politik UMNO khasnya. Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO perlu SETTLE soal siapa "kacang lupa akan kulit", "baung dalam sangkar", "gunting dalam lipatan", "api dalam sekam", "musuh dalam selimut" dan "musang berjanggut". 

Ingatlah pesanan Orang UMNO 11 Mei 1946 yang bersidang di Istana Bukit Serene, seorang yang bernama Haji Ahmad Fuad (Pulau Pinang) dan seorang bernama Salleh (Batu Pahat). Mereka berpesan pada kalam yang sama "bahawa Pelanduk sering lupa akan Jerat, namun yakin dan pastilah bahawa Jerat tidak pernah lupa pada Pelanduk".

Blog Archive