Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, August 28, 2013

UMNO oh PAS

UMNO makin lama kelihatan semakin kuat dengan sikap TIDAK BIJAKSANA oleh barisan kepimpinan yang dikepalai oleh Presidennya. Presidennya sudah menodai sumpah setianya sebagai Perdana Menteri, kerana sering lupa atau melupakan "segala rahsia persetujuan" ayahandanya kepada tanahair ini.

Almarhum Tun Razak sudah membahaskan panjang lebar di Parlimen Malaysia, tentang Ordinan Darurat.

UMNO makin lama memiliki kekuatan ahlinya yang PENAKUT-PENGECUT-BACUL, yang tidak mahu berubah walaupun sudah masanya DIUBAH.

UMNO perlukan Presiden Baru. Muhyiddin Yassin bersatu dengan Zahid Hamidi. Najib Razak bersama sepupunya empuknya, Hishamuddin Hussin. Yang meratap tangis kerana mereka ialah bondanya Tun Hajah Rahah, sedih kerana Najib makin lama makin LEMAU-LANGAU-LALOK dek kerana penipuan-penipuan ilmiah oleh para punahSIHAT keliling pinggang.

Tuesday, August 27, 2013

Razali Ibrahim Lawyer Teruk

Bekas pelajar Fakulti Undang-Undang UKM, Razali Ibrahim. Bekas pelajar MRSM Terendak yang punya seorang bekas guru Matematik bernama Azmin Ali, kini Timbalan Presiden PkR. Inilah dia Ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim kini seorang Timbalan Menteri di JPM.

Khabarnya, sedang berpolemik sesama sendiri kerana masih "bebal" dalam konteks Bahasa Malaysia!

Merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan bahawa Bahasa Melayu ialah Bahasa Kebangsaan. Asasnya Bahasa Melayu kekal sebagai bahasa kebangsaan kerana ianya ialah bahasa lingua-franca yang ditutur lebih 500 juta orang pada abad ke-15. Kini menjadi Bahasa Ilmu dan Kajian Tamadun kepada lebih 200 juta penuturnya.

Apakah rasionalnya Razali Ibrahim bila cuba mencabar "biarlah Bahasa Malaysia sebagai Bahasa perpaduan kerana boleh untuk diorientasi proses pembinaan Bangsa Malaysia!"...?

Pak Sedaro suka menegur dengan keras dan tegas kepada Razali Ibrahim:

1. Ekau ini jang jangan memalukan ketinggian makam ilmu bekas-bekas pelajar MRSM Se-Malaysia.

2. Cubaan bersekongkol untuk memberi hujah penuh polemik Bahasa Malaysia bukan pilihan untuk mencetuskan "berantakan minda". Saudara sudah menjadi sebahagian daripada statistik, manusia Melayu yang berpolitik atas kerusi UMNO sebagai "perosak dan pembinasa" tamadun Bangsa Merdeka Malaysia.

3. Bahasa Melayu menurut Artikel 152, bukan bahan lelucon untuk dicabar secara retorik dan sembrono. Sikap meleset dan meleweh saudara sebagai seorang Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri di JPM sudah seperti seorang Keling Hindraf yang diberi "muka" sebagai seorang Senator di JPM.

Apolah bangang bonar Anggota Pentadbiran pilihan Najib ini!!!

Thursday, August 22, 2013

Senarai MT UMNO yang layak DISINGKIR

Berikut adalah senarai Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang wajar dipertimbangkan untuk TIDAK DICALONKAN SEMULA, atau WAJIB DICABAR, atau TIDAK PERLU DIUNDI LANGSUNG oleh hampir 150,000 perwakilan di 191 Bahagian UMNO dalam pemilihan parti 2013;


1. Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak

2. Hishammuddin Bin Tun Hussein

3. Mohd Shafie Bin Apdal

4. Shahrizat Binti Abdul Jalil

5. Khairy Jamaluddin

6. Rosnah Binti Haji Abdul Rashid Shirlin

7. Tengku Adnan Bin Tengku Mansor

8. Noh Bin Hj Omar

9. Ismail Sabri Bin Yaakob

10. Mohd Puad Bin Zarkashi

11. Jamaludin Bin Dato’ Mohd Jarjis

12. Saifuddin Bin Abdullah

13. Mahdzir Bin Khalid

14. Bung Moktar Bin Radin

15. Awang Adek Bin Hussin

16. Ahmad Shabery Bin Cheek

17. Abdul Azeez Bin Abdul Rahim

18. ..................(ada yang nak tambah senarai lagi?)

Pada 31 Mei 2013, apabila ditanya wartawan sama ada Najib bersedia untuk dicabar bagi jawatan Presiden, Najib berkata, UMNO merupakan sebuah parti terbuka dan sebuah parti yang benar-benar demokratik.

"UMNO tidak seperti parti-parti yang lain," tambah Najib dengan nada sinis.

Justeru perwakilan UMNO yang bakal mengundi, dicabar untuk menyahut seruan Najib bagi membuktikan yang UMNO benar-benar demokratik dan tidak sama dengan parti lain yang wujud di Malaysia.

Macamana nak sahut seruan Najib? Senang saja...timbang telo memasing dan kasi cabar la jawatan Presiden!! Ada bran?

*Nama berwarna merah elok dikapankan terus dalam PAU 2013.

Wednesday, August 21, 2013

Well done PDRM

It is so irony that the oppositions are questioning what the police did recently. The members of 04 gang were killed in Penang and suddenly the oppositions are out to condemn the actions of the police. Well, this is the true colours of the oppositions. They are trying to be the champions in any cause. Another example is when the police made a raid at a pub in Damansara Utama and a few patrons ridiculed the police and the BN government. What a mockery! Since the abolishment of Emergency Ordinance (EO), thousands of criminals are out in the street. The Home Ministry is mulling the idea of bringing back an act that is similar to EO. In order to preserve the peace and harmony in our beloved country, just do it. Do not adhere to what the oppositions say. For me, the police personnel have done a lot to ensure this country is safe. Kudos to PDRM and keep up the good work.

Hidup berubah sekelip mata

Tarikh keramat 10 Februari 1997, pasti tidak akan dilupakan oleh seorang pemuda apabila terlibat dalam nahas jalan raya yang mengubah hidupnya selain turut mengorbankan sepupunya.

Nazrul Nazri, 33, berkata, ketika kejadian, motosikal yang ditunggang bersama sepupunya dilanggar kenderaan lain di Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir di Kampung Gentam.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan dia putus tangan kanan sehingga ke paras bahu, putus jari manis dan kaki kanannya patah.

"Selepas kejadian itu, kehidupan saya berubah apabila disahkan mengalami pelbagai komplikasi penyakit dan perlu dirawat selama sebulan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.

"Selepas keluar hospital, saya boleh berjalan, namun pada Jun 1998, saya mengalami kebas di kaki kanan dan keadaan kaki saya menjadi semakin lemah. Pada Oktober tahun sama, saya terpaksa berjalan menggunakan tongkat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pelangai Hilir, baru-baru ini.

Tidak terhenti di situ, pada Mei 1999, Nazrul dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk menjalani pemeriksaan X-Ray dan mendapati tulang tengkuknya retak manakala tulang belakang sebelah kiri dimasuki kuman serta air tulang belakang berketul.

"Atas nasihat doktor, pada Jun 1999, saya menjalani pembedahan di bahagian tengkuk termasuk tulang belakang. Mulai saat itu, kehidupan saya berubah kerana tidak mampu berjalan dan doktor mengesahkan saya mengidap penyakit ‘brown squad syndrom’ (kurang daya tahan urat sarat).

"Walaupun sedih, saya tetap cekal untuk menjalani fisioterapi di HUKM selama tiga bulan sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah kerana berhampiran dengan rumah,” katanya.

Nazrul berkata, mulai 2002 dia tidak lagi menjalani pemeriksaan di hospital kerana menghadapi masalah pengangkutan dan kewangan.


"Hampir 10 tahun, saya tidak menjalani pemeriksaan. Kemudian, pada 2012, saya melakukan pemeriksaan di HTJ dan doktor memberitahu tulang tengkuk saya bengkok, manakala tulang tengkorak dan tulang belakang tidak selari.

"Kes saya ini sudah dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan pihak doktor mengatakan dua batang tulang di bahagian leher terpaksa diganti dengan tatinium dengan kos keseluruhan melebihi RM8,000," katanya.

Bagaimanapun katanya, dia terpaksa menangguhkan pembedahan itu kerana tidak mampu dan hanya berubat secara tradisional.

Sementara itu, Nazrul berkata, kini dia hanya bergantung wang pencen arwah ayahnya yang sebelum ini bertugas sebagai anggota polis sebanyak RM400 sebulan.

"Ibu saya, Rajah Jaali, 55, seorang ibu tunggal dan dengan wang pencen itu, kami sekeluarga gunakan untuk menampung kos harian termasuk perbelanjaan sekolah adik perempuan saya.

"Selain itu, ibu juga menanggung seorang makcik yang merupakan orang kurang upaya cacat penglihatan. Ibu pernah memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk makcik tetapi tidak dilayan," katanya.

Menurutnya, walaupun dia ada menerima bantuan JKM dan Baitulmal, namun itu juga tidak mencukupi untuk menampung kos perubatannya.

"Kos ubat saya setiap bulan melebihi RM500 sedangkan saya hanya menerima RM300 dari JKM dan Baitulmal sebanyak RM100 sebulan.

"Pihak HTAN juga menasihatkan saya agar membuat bilik air dan tandas baru sesuai dengan keadaan saya dan itu semua memerlukan kos tinggi," katanya.

Dalam pada itu, katanya, doktor pernah menyarankannya menggunakan katil elektrik yang bersaiz besar bagi memudahkannya meluruskan badan dan bergerak ke kiri dan kanan yang menelan kos sebanyak RM20,000.

Kepada sesiapa yang ingin menyalurkan bantuan bagi meringankan penderitaan Nazrul boleh menghubunginya di talian 013-2988958. - Sumber.

KJ Tok Sah lah lebih Sudu dari Kuah.

Assalamualaikum.

Kenapo lak kau yang nak umum kan KJ... Kau jago  yola KBS tu... Menyibuk kojo orang lain kenapo?? Setakat bagi pandangan yo dah la...tak yah la nak mengumumkankan keputusan pulak... Biarlah menteri yang terlibat yo mengumumkan.

Atau kau dah tak menyompek-nyompek nak jadi PM termudo...

Tuesday, August 20, 2013

Siapa nak tolong jawab?

DAP hari ini mempersoalkan jumlah perbelanjaan yang dibayar untuk rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke luar negara yang dikatakan terlalu tinggi.

Menurut Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Perdana Menteri telah membelanjakan hampir RM44,071 juta dalam tempoh lima tahun beliau menjadi Perdana Menteri iaitu dari tahun 2008 sehingga Mei 2013.

Jumlah itu katanya, bersamaan dengan perbelanjaan RM8,814,200 untuk tempoh setahun dan RM734,516.67 untuk tempoh sebulan.

"Perbelanjaan ini sangat tinggi, kita mahukan penjelasan daripada Perdana Menteri.

"Daripada hasil rombongan ini, apakah hasilnya kepada negara," katanya.

Tambah Kor Ming lagi, ketika mantan Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi menjawat jawatan Perdana Menteri beliau hanya membelanjakan RM30 juta untuk perbelanjaan ke luar negara.

"Kenapa perdana menteri sekarang belanja terlalu mewah.

"Kita harap Perdana Menteri Datuk Seri Najib menunaikan janji beliau untuk menjalankan dasar transformasi yang beliau uar-uarkan selama ini, sepatutnya Najib berhemah ketika belanja," katanya.

Sehubungan itu, DAP berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dapat menjelaskan isu ini agar rakyat tidak mempersoalkan kredibiliti perdana menteri. - Sumber.

Monday, August 19, 2013

Najib salah ka...pembangkang salah?

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim membidas pihak tertentu yang menyalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana didakwa gagal menangani isu peningkatan kes jenayah berat selepas kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat 1960. (Dah memang salah Najib pun...yang pegi mansuh akta tu kenapa? Nak jadi populis konon. Padanlah muka!!)
 
Beliau berkata perbuatan itu tidak wajar kerana mendakwa pihak berkenaan yang dahulunya mendesak kerajaan supaya memansuhkan akta dan ordinan tersebut kerana kononnya sudah lapuk serta tidak relevan lagi untuk diamalkan di negara ini. (Niat pembangkang memang nak negara ni huru-hara supaya kerajaan dipersalahkan. Tak kan itu pun tak tau. Bengap sangat ke BN selama ni? Yang Najib pegi ikut cadangan pembangkang mengkhinzir buta tu apahal?!)
 
"Mereka kata untuk menjadi negara maju, kita kena tukar atau hapuskan akta dan ordinan itu. Apabila ISA dan Ordinan Darurat dimansuhkan, jenayah semakin meningkat, dikatanya pula Datuk Seri Najib tidak bagus," katanya. (Hahaha...memang la Najib tak bagus sebab ikut cakap pembangkang. Elok Najib jadi ketua pembangkang daripada jadi ketua kerajaan!!)

Razali juga berkata ISA dan Ordinan Darurat sebelum ini sebenarnya banyak membantu membentuk keharmonian kaum dan perasaan saling hormat menghormati antara satu sama lain sejak Malaysia mencapai kemerdekaan 56 tahun lalu. (Tau pun ISA dan EO banyak membantu keamanan negara. Yang Najib sengal pegi mansuh tu kenapa? Siapa sebenarnya yang patut dipersalahkan...pembangkang ka Najib?...Rakyat pun tahu jawapannya.)

Selanjutnya sini.

Sunday, August 18, 2013

Usaha Mursi yang disembunyi

Bahagian Pertama

Semenjak penggulingan presiden pilihan rakyat Mesir, Dr Mohamed Mursi pada 3 Julai lepas, lebih 300 nyawa terkorban, lebih 2,000 yang lain cedera, manakala lebih 1,700 individu ditahan tanpa bicara termasuk presiden Mesir yang pertama dipilih secara demokratik.

Bagi ramai pihak di Mesir, mereka melihat konflik berlaku adalah rampasan kuasa pihak tentera yang disokong golongan Tamarrod daripada rakyat Mesir yang telah memberikan legitimasi kekuasaan kepada Mursi dan Kabinet yang dibentuknya.

Bagi pihak tentera dan Tamarrod pula, penggulingan Mursi merupakan satu langkah demi menyelamatkan sistem demokrasi yang telah dicabul oleh Mursi dan kumpulan Ikhwanul Muslimin dengan beberapa tindakan mereka yang telah mencemarkan mandat rakyat kepada mereka.

Maka, untuk menjustifikasikan hujah mereka yang telah menyebabkan perhimpunan kemuncak pada 30 Julai lalu, dua isu utama ditimbulkan, pertamanya kegagalan Mursi untuk memulihkan keadaan sosioekonomi Mesir, dan yang keduanya, usaha licik Mursi dan Ikhwan untuk membolot semua kuasa di Mesir (Ikhwanatu Misr atau mengikhwankan Mesir) untuk menegakkan agenda radikal mereka yang tidak menjaga kepentingan golongan minoriti.

Maka, demi menyelamatkan Mesir dari diperintah oleh golongan radikal, mereka terpaksa keluar beramai-ramai memaksa agar Mursi meletakkan jawatan walaupun setelah memenangi Pilihan Raya Presiden setahun lalu dengan undian hampir 52%, dan walaupun belum cukup tempoh mandat diberikan kepadanya. Persoalannya, apakah benar Mursi gagal dan apakah benar beliau menjadi alat kepada Ikhwan untuk membolot semua kuasa di Mesir?

Gagal pulih ekonomi?

Hakikatnya, Mursi menerima bebanan yang terlalu besar daripada rejim Mubarak untuk diperbaiki. Amat mustahil untuk menyelesaikannya dalam tempoh setahun. Sewaktu mengambil tampuk pemerintahan, Dr Mursi terpaksa menanggung hutang kerajaan Mesir yang lepas dianggarkan sebanyak 1,300 billion Egyptian Pound. Sewaktu Dr Mursi mengambil alih tampuk kepimpinan, seramai lima juta rakyat Mesir tidak memiliki tempat tinggal; kadar rakyat yang keciciran pelajaran melebihi 30 juta orang; tujuh juta ibu tunggal rata-ratanya tidak ada pekerjaan tetap dan mengharapkan sepenuhnya bantuan kerajaan. Ini hanya secebis dari isu sosioekonomi di Mesir, ribuan lagi masalah terpaksa Mursi hadapi dalam menjadikan Mesir negara stabil.

Malangnya, dalam keadaan getir seperti itu, pihak liberal, elitis sekular dan saki-baki rejim Mubarak menangguk di air keruh. Semenjak setahun Mursi dipilih rakyat, golongan pembangkang tidak pula berusaha untuk bersama dengan beliau membangunkan negara, jauh sekali menghargai apa telah beliau dan Kabinetnya lakukan. Apa yang berlaku sepanjang setahun pemerintahan beliau, kumpulan pembangkang hanya berjaya melakukan 50 kempen besar-besaran untuk memburuk-burukkan Mursi, di samping penghinaan dan ejekan setiap hari di media milik mereka.  

Dalam tempoh setahun pihak pembangkang mengadakan sebanyak 7,709 protes di seluruh Mesir sehingga merencatkan pembangunan; sebanyak 24 kali seruan untuk perhimpunan sejuta rakyat agar keluar ke jalan mendesak Mursi untuk meletakkan jawatan bermula beberapa minggu selepas Mursi dilantik. Pemimpin dan kerajaan manakah yang boleh bertahan dalam keadaan seperti ini? Hanya kerajaan diktator sahaja mampu mengendalikan kegilaan mereka yang gila kuasa seperti ini. Namun, IM tidak sekali-kali akan menggunakan kuku besi dan juga kuasa diktator, kerana ia bertentangan dengan prinsip asas gerakan tersebut - menentang keganasan dan sistem kuku besi!

Kegagalan pihak Liberal dan Tamarrod secara amnya untuk menerima perbezaan dan menghormati mekanisme demokratik menunjukkan pihak sekular dan liberal di Mesir tidak demokratik. Hal ini jelas terlihat pada perancangan lama dan juga bersepadu mereka untuk menjatuhkan IM dan Mursi semenjak keputusan Pilihan raya Parlimen dan juga semenjak hari pertama Mursi dilantik. Antara hujah mereka, golongan Ikhwanul Muslimin ingin menjadikan Mesir negara teokratik, maka IM berusaha meng’Ikhwan’kan Mesir dengan menguasai kesemua institusi kerajaan. Mereka juga menuduh IM memonopoli penggubalan perlembagaan agar Mesir tidak bersikap sekular, walaupun dalam kumpulan penggubal perlembagaan yang telah dibentuk oleh Parlimen, ia dianggotai oleh semua aliran, termasuk golongan liberal, sekular, Kristian dan sosialis.

Akhirnya, hujah paling ampuh untuk menggulingkan kuasa dengan mengatakan Mursi gagal memulihkan ekonomi Mesir, dan juga tidak mampu memerintah Mesir. Persoalannya, jika Mursi ada kelemahan sekalipun, ia bukanlah alasan kukuh beliau digulingkan sewenang-wenangnya. Hakikatnya, tiada presiden mampu mengubah sebuah negara pasca-revolusi dalam sekelip mata. Persoalan lagi, apakah benar Mursi gagal melakukan apa-apa perubahan untuk menyelamatkan Mesir?

Benarkah Mursi gagal?

Terdapat beberapa mitos berkaitan tempoh pentadbiran Presiden Mursi yang sering dijaja pihak Tamarrod. Antara paling popular ialah keadaan ekonomi Mesir semakin teruk pada zaman Mursi. Hal ini dapat dilihat secara kasar pada krisis bekalan petrol, bahan bakar dan elektrik di seluruh Mesir, terutama di Kaherah. Antara yang sering ditimbulkan juga ialah tahap ekonomi keluarga di Mesir juga semakin parah setelah revolusi dan setelah Mursi menjawat jawatan presiden.

Malangnya, kebanyakan tuduhan ini sama ada tidak berdasarkan bukti dan angka-angka yang rasmi, ataupun ia berdasarkan angka-angka yang dimanipulasi untuk menjustifikasikan tuduhan mereka. Hal ini telah segera dibalas semula oleh pihak kerajaan pimpinan Mursi dan juga mereka yang terlibat. Ini dapat dilihat dalam laman web (http://www.morsifirstyear.com/en/) yang dibangunkan oleh para penyokong Mursi dan juga laporan-laporan dari institusi-institusi kewangan antarabangsa.

Walaupun mewarisi Mesir yang dipenuhi 1001 masalah sosioekonomi, dan beliau juga mengalami pelbagai kesukaran dan halangan,  bagaimanapun, dalam tempoh setahun pentadbirannya, di dalam keadaan penuh kekangan dan kelemahan, beliau berjaya membawa beberapa perubahan dalam pembangunan, ekonomi mahupun keadilan sosial. Antaranya menyediakan peruntukan 100 juta pound Egypt untuk membantu hampir 500,000 ibu tunggal di seluruh Mesir. Pada Julai 2013, 500,000 ibu tunggal tersebut menerima pencen 400 pound Egypt sebulan untuk menyara keluarga mereka. Malangnya, apabila berlaku rampasan kuasa, pembiayaan tersebut dihentikan.

Kerajaan Mursi juga menghapuskan hutang lapuk yang ditanggung 52,200 petani kecil dan susah di pedalaman agar dapat memulakan hidup baru. Dalam sektor kesihatan pula, kerajaan Mursi menyediakan insurans kesihatan untuk 13.2 juta kanak-kanak di seluruh Mesir berjumlah 160 juta Pound Egypt. Manakala 1.2 juta rakyat pula menikmati perkhidmatan kesihatan percuma. Dasar prihatin OKU kerajaan Mursi amat patut diberikan perhatian. Antara langkah- mengurangkan yuran kesihatan di hospital-hospital untuk beli ubat sebanyak 37%, dan potongan tambang tiket keretapi 75% kepada warga OKU. Dasar seumpama ini tidak pernah dikenali pada zaman rejim yang memerintah sebelum Mursi.

Dalam tempoh setahun juga kerajaan pimpinan Mursi berjaya menyediakan sebanyak 45,388 rumah mampu milik untuk rakyat Mesir yang belum memiliki rumah. Seramai 90,000 keluarga juga menikmati skim pinjaman untuk bina rumah sendiri.

Antara usaha kerajaan Mursi untuk merangsang ekonomi Mesir ialah menaikkan gaji kakitangan kerajaan berjumlah 6.4 juta orang. Peruntukan untuk gaji para kakitangan kerajaan dinaikkan dari keseluruhan 122.8 bilion Pound Egypt pada 2011 kepada 172 bilion Pound Egypt untuk tahun-tahun 2013-2014.

Kerajaan Mursi juga telah menyediakan sebanyak 593,000 peluang pekerjaan baru untuk rakyat dengan belanjawan melebihi 3.5 bilion Pound Egypt, dan ini merangkumi 5,611 pekerjaan untuk graduan menganggur. Sepanjang pemerintahan Mursi, negara Mesir telah menyaksikan peningkatan KDNK pada tahap terbaik berbanding tahun-tahun 2010-2011, iaitu purata 2.4% pada 2013 berbanding 1.8% pada 2011 dan 2012.

Malangnya semua pencapaian Mursi ini disembunyikan daripada pengetahuan umum oleh media yang dimiliki oleh saki-baki rejim lama dan juga golongan liberal. Sebaliknya, segala kelemahan yang diwujudkan oleh saki-baki rejim sengaja diperbesar-besarkan agar mengaburi mata awam dan rakyat yang naif serta masyarakat antarabangsa agar membina persepsi bahawa Mursi dan IM gagal memerintah negara. Malang lagi dalam proses memperbodohkan rakyat ini, golongan intelektual, politikus dan elitis sekular Mesir yang anti-Mursi dan anti-IM juga terlibat. - Sumber.

Friday, August 16, 2013

Hari Pesta Pendatang


Salam.

Pada (hari pertama) hari raya, saya telah menaiki bas dari Melaka ke Kuala Lumpur. Saya malas nak drive kereta, takut traffic jam. (Tapi) malang sekali terlalu ramai pekerja asing di perhentian bas dan dapat (pula) naik bas (walaupun) selepas 2 jam tiket kehabisan sebelumnya.

Pada hari Ahad 11 Ogos, saya balik dari Kuala Lumpur sampai di TBS (pada) jam 1.00 tengahari dan beratur untuk membeli tiket. (Setelah) jam 2 lebih, baru(lah) dapat membeli tiket yang ada jam 7.00 malam (untuk) balik ke Melaka. Letihnya menunggu hingga jam 7 malam dan sampai ke Melaka hampir jam 10.00 malam.

Persoalannya:-

- Terlalu ramai pekerja asing di bumi Malaysia.
- Mereka bebas (berkelakuan) seperti di negara mereka (sendiri iaitu) mebuang sampah sesuka hati.
- Masalah sosial (bertambah) teruk.
- Peluang pekerjaan rakyat kita (telah) dinafikan oleh mereka (pendatang).

Kenapakah pada hari tersebut (Hari Raya) tiada pihak berkuasa datang membuat serbuan atau pemeriksaan secara rambang kerana kita tak perlu (bersusah payah) mencari mereka (kerana) mereka (pendatang) dah keluar dari sarang. 

Pihak pengurusan TBS sepatutnya menyediakan kaunter khas untuk rakyat Malaysia (membeli tiket bas). Di mana slogan rakyat didahulukan?

Mungkin pak menteri tak merasa kesusahan rakyat kerana mereka naik kereta mewah dan ada pemandu.

Terima kasih.

~Mohd Rasit Mohd Hassan (mohdrasit@yahoo.com)~

Thursday, August 15, 2013

Dah masuk 8 Syawal ni Najib...

Hari ini, Khamis bersamaan 8 Syawal 1434H, bermakna dah lebih seminggu umat Islam Malaysia menyambut Hari Lebaran. Dari sebelum Hari Raya Aidilfitri lagi orang dah dok tanya, dok tunggu, ternanti-nanti...tapi haram bayang pun tak nampak. Sampai bila nak tunggu ni? Penantian tu satu penyeksaan tau Najib!! Untuk kesekian kalinya orang Melayu bertanya...

MANA IKLAN RAYA AIDILFITRI NAJIB?


Tak kan iklan raya cina je Perdana Menteri Malaysia sanggup berlakon merendahkan maruah sendiri?! Iklan raya Melayu bila pulak Najib nak jadi STARING?

Wednesday, August 14, 2013

Najib ada penyakit Wake Apnea

1. Paklah kata dia hidap penyakit "Sleep Apnea". Kata Paklah lagi, penyakitnya adalah berbahaya memandangkan pengidapnya boleh terlelap ketika memandu.

2. "Doktor kata saya perlu serius, jadi saya ke Australia (pada 2007) untuk membuang polyps dalam hidung saya yang menyebabkan kesukaran bernafas," sambung Paklah lagi. 

3. Penyakit itu kata Paklah turut diketahui Dr. Mahathir, namun bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun itu sentiasa menggunakan perkara itu untuk mengkritiknya. "Saya memberitahu Dr. Mahathir keadaan saya, jadi untuk beliau mengatakan saya tertidur kerana tidak berminat dengan tugas tidak patutlah," kata Paklah dalam buku "Awekening, the Abdullah years in Malaysia".

4. Dr. Mahathir juga sering mengecam Abdullah ketika penggantinya itu mentadbir kerana membiarkan menantunya, Khairy Jamaluddin dan sekutunya di "tingkat empat" mengacau-bilaukan negara.

5. Lerr...den ingatkan selama ni Paklah terlelap sebab penat bekerja sebagai Perdana Menteri, rupanya ada apnea! Hmmm...patutlah masa program siaran langsung di Sarawak suatu ketika dulu, orang yang menyambut Paklah datang, buka pintu kereta...tengok-tengok Paklah baik punya lentok di tempat duduk belakang. Satu Malaysia dapat tengok Paklah 'live' tidur dalam tv. Driver lupa nak kejut dia gamaknya masa tu. Tak pun driver dah kejut, tapi Paklah tidur semula sebab apnea. Hahaha...senangnya alasan apnea. Dah tau ada apnea, masih ada hati nak jadi Perdana Menteri?!

6. Tapi apa yang Paklah tidak faham ialah Dr. Mahathir bukanlah 'menyerang'nya sebab dia suka tidur semasa jadi PM, tetapi Dr. Mahathir mengkritik polisi dan keputusan yang dibuat Paklah yang seolah dilakukan ketika tidur; atau kata mudahnya, sambil lelap pun boleh buat keputusan!!

7. Kebanyakan polisi serta keputusan penting yang merugikan negara di zaman Paklah dilakukan oleh menantu kesayangan beliau sendiri serta sahabat-sahabat ospot-nya di tingkat empat. 

8. Disebabkan Paklah ada penyakit apnea, maka sang menantu dan ospot boys berleluasa menjahanamkan harta negara hingga banyak yang tergadai ke tangan asing dan kaum pendatang. Tapi peliknya UMNO hari ini mudah lupa hingga sang menantu boleh jadi Menteri KBS dan Ketua Pemuda Pondan yang kini sedang mengintai peluang kerusi Presiden termuda?! 

9. Takpelah, sekurang-kurangnya orang ambil kesempatan di zaman Paklah sebab dia ada penyakit senang tidur. Namun berbeza dengan zaman Najib yang walaupun susah nak tidur, tapi orang keliling begitu mudah pula ambil kesempatan terhadap Najib.

10. Perhatikan betapa mudahnya PEMANDU, TERAJU, segala macam makmal NKRA, Omar Ong, Idris Jala, Azeez, Hishammudin serta sekian ramai punahsihat dan konsetan etc. bahkan FLOM sendiri yang tampak mudah sangat memperlekehkan Najib untuk buat polisi dan keputusan yang banyak merugikan bangsa Melayu dan negara, tetapi menguntungkan pula kaum Cina dan parti pembangkang.

11. Terbaru, Perdana Menteri Malaysia dah ada penasihat Korea, Prof Kim Chan. Agaknya di Malaysia ni dah tiada cendiakawan bertaraf professor yang boleh diangkat sebagai penasihat Perdana Menteri hingga terpaksa import orang Korea untuk nasihatkan kita bagaimana nak mengurus negara sendiri. Satu tamparan besar kepada bijak pandai dalam negara.

12. Adakah Malaysia selepas ini akan berubah menjadi seperti Korea yang mengamalkan polisi pembelian kenderaan mestilah secara tunai atau tempoh kredit hanya dibenarkan untuk 3 tahun saja etc...wallahua'lam. Zaman Najib ni segala yang buruk adalah berkemungkinan. So please prepare for the worst. 

13. Amat menakutkan bila fikir yang negara ini kini bukan ditadbir oleh Najib mahupun BN, tetapi diperintah oleh Rejim Punahsihat dan Konsetan Perdana Menteri yang syok sendiri tanpa memikirkan kesusahan rakyat.

14. Jika Paklah ada 'Sleep Apnea', Najib pula mengidap 'Wake Apnea' iaitu dibodohkan punahsihat, konsetan serta KJ secara terang-terangan. Lebih teruk berbanding Paklah, Najib diambil kesempatan ketika sedang jaga!! KJ group secara liciknya kini sedang merancang mendaki hirarki UMNO dengan cepat, dan Najib masih tidak sedar yang dia sedang dipermainkan dengan mata terbuntang. Memang sahlah dah kena wake apnea.

15. Kadangkala kasihan juga melihat mereka yang cuba mempertahankan Najib walhal segala polisi, keputusan dan dasar yang diperkenalkan Najib sejak 2009 hanya bersifat populis yang tidak banyak menguntungkan rakyat terutama isu yang melibatkan Islam, Melayu, Raja Melayu dan keselamatan negara. Yang tampak untung hanyalah kaum Cina yang menyebabkan ramai veteran Melayu jauh hati dengan Ah Jib Gor.

16. Najib lebih banyak terikut rentak parti pembangkang yang jelas mahu mewujudkan perang dingin dan suasana tidak tenteram dalam negara. Agenda pembangkang sangat jelas untuk menghuru-harakan negara agar kerajaan semasa dijatuhkan. Namun rentetan terlalu ingin sangat popular menyebabkan Najib tergamak menunaikan segala permintaan pembangkang terutama kaum Cina, tanpa mempedulikan perasaan Melayu yang setia menyokong UMNO selama ini.

17. Menilai situasi semasa berdasarkan 'kekebalan' punahsihat serta kedegilan Najib; semakin lama Najib berada di kerusi Perdana Menteri, pastinya Melayu, Islam dan UMNO semakin rugi.

18. Najib perlu dicabar. Kembalikan maruah Melayu dan Islam.

19. Sejarah telahpun membuktikan pemimpin UMNO sering bertukar ganti, namun UMNO tetap kekal utuh. 

20. Ah Jib Gor tidak penting, tetapi survival MELAYU yang LEBIH PENTING. Pertandingkan jawatan Presiden UMNO!!

Tuesday, August 13, 2013

BTN Ballok Wok

MEMBACA laporan Utusan Malaysia tentang saranan Ahli Dewan Negara Dato' Dr Firdaus Abdullah ketika berucap di Dewan Negara supaya Biro Tata Negara (BTN) kembali berperanan dalam proses pembinaan Negara Bangsa, menjadikan saya terkejut dan terkasima buat seketika dan dalam fikiran saya terus dihujani dengan pelbagai persoalan, apakah niat dan tujuan Dr Firdaus sebagai seorang ahli akademik terkemuka melontarkan cadangan tersebut?

Apakah beliau juga tidak mengikuti perkembangan semasa atau sebagai orang yang tajam pemikiran beliau cuba mengajar seseorang melalui kaedah pukul anak, sindir menantu dan pada hari yang sama saya ingin menulis maklum balas terhadap cadangan beliau di Dewan Negara tersebut namun niat itu ditahan-tahan supaya bersabar untuk melihat dahulu respon daripada pihak BTN yang disebut di dalam Dewan Negara itu.

Tapi tunggu punya tunggu sampai ke hari ini, BTN melalui pegawai-pegawai kanan yang sepatutnya terus menyediakan jawapan balas kepada Timbalan Menteri yang sepatutnya menjawab segera kerana ianya penting untuk Razali Ibrahim sebagai pemimpin yang disebut-sebut akan bertanding Majlis Tertinggi UMNO, sampai ke 28 Ramadhan ini, tiada jawapan, maka biarlah penjelasannya saya berikan untuk makluman Dr Firdaus dan orang-orang Melayu keseluruhannya yang sama fikiran dengan Dr Firdaus.

Maklum balas segera ini sepatutnya dibuat oleh anak abah yang baru dinaikan pangkat ke Gred 52 berasaskan hubungan peribadi dengan Mokhtar PA System (Timbalan Ketua Pengarah Pentadbiran) dan bukannya berasaskan senioriti dan kebolehan (sekarang di BTN kenaikan pangkat hanya berasaskan hubungan baik dengan Mokhtar dan Hanafi Abu Nawas sahaja dan bukan ada asas lain), kerana kononnya beliaulah yang bertanggungjawab terhadap hubungan luar BTN dan penyelidikan atau apa-apa isu yang berhubungkait dengan BTN tetapi barangkali buat masa ini masih lagi sedang terkial-kial menyusun bahasa paling retorik untuk diberikan penjelasan mengikut persetujuan pengurusan BTN dan Anwar Ibrahim (PM of the future ikut tafsiran pengurusan BTN)

Yang menjadikan saya lebih terkasima sebenarnya, apakah Dr Firdaus tidak dimaklumkan oleh rakan-rakan beliau bahawa apa yang beliau sebut tentang BTN itu sebenarnya menunjukkan bahawa beliau tidak tahu apa-apa tentang BTN hari ini yang impian dan saranan beliau itu sebenarnya sudah tidak releven dengan dasar BTN dibawah pengurusan Raja Arif Raja Ali, salah seorang anak raja yang berasal dari Negeri Terengganu Darul Iman, seorang yang konon hebat dan diakui kehebatannya oleh kawan dan lawan sehingga dianugerahkan Darjah yang membawa gelaran Dato dari  dua buah negeri, pemegang lesen untuk latihan dari Dale Carnalgie.

Sememangnya hasrat dan cadangan beliau itu amat tepat dan kena pada masanya jika BTN yang disebut oleh Dr Firdaus itu adalah BTN yang mengendalikan program sebagaimana beliau pernah hadir sebagai peserta, BTN yang berani mendedahkan siapa petualang negara, berani bercakap tentang ancaman masa depan negara, BTN yang berani menghuraikan nasib bangsa Melayu dan kedudukan Perlembagaan negara bahkan BTN yang berani menghadapi kritikan musuh DAP, PKR dan PAS di parlimen, juga BTN yang sanggup berdepan dengan MCA dan MIC dalam perbincangan.

Namun semua itu kini sudah tinggal sejarah dan kenang-kenangan kerana kebijaksanaan Anwar dalam menyusun strategi politiknya, BTN kini adalah BTN yang sudah mandul dalam menghadapi musuh politik negara kerana Anwarinas juga sudah mula bertunjang dan menjadi pengurus kepada agensi yang diharapkan oleh Dr Firrdaus untuk membina negara bangsa.

Contoh yang lain yang boleh juga dilihat ketika Dr Firdaus mencadangkan kepada Dewan Negara agar BTN meluaskan peranannya ialah, ketika seluruh negara tertumpu untuk melihat kepada proses membina generasi muda sebagai generasi sedar diri, sedar keadaan negara dan sedar peranan politik, BTN pula menggunakan seluruh kepakaran dipimpin oleh Hanafi, Timbalan Ketua Pengarah Latihan berbengkel dan berseminar tak henti-henti membina modul baru untuk generasi muda kononnya. seluruh pegawai dikerah mengumpulkan idea dalam sesi sumbang saran tetapi akhirnya semua ditolak, yang diterima hanyalah dari idea Hanapi sahaja kerana hanya beliau yang ada daya intelektualan yang tinggi. 

Beliau mendapat Master zaman Nordin Kardi menjadi KP BTN (beliau menggalakan pegawai melanjut pengajian) dan mendapat Phd sewaktu Shagul Hamid menjadi KP BTN itu pun dibuat secara ponteng kerja tanpa pengetahuan Shagul Hamid dan kini menjadi orang yang paling mahir kerana 'kononnya' antara pegawai paling senior dalam BTN walaupun tidak tahu membezakan PDM, Ketua Cawangan dan Ketua Peti Undi dalam sistem pilihanraya. Bangang punya TKPPL!


Apa yang paling mengejutkan ialah keseluruhan daripada bengkel yang dikatakan untuk digunakan dalam menghadapi peserta generasi muda kerana ianya menjadi golongan sasar penting, rupa-rupanya ianya adalah untuk mengendalikan kursus kepada 9 buah Sekolah Berasrama Penuh yangg terpilih sahaja,antaranya ialah Sekolah Menengah Alam Shah dimana KPnya adalah salah seorang murid tua dan kilang mencerna pemimpin seperti Aziz Bari, pakar perlembagaan PKR, Sekolah Menengah Pokok Sena kerana Shalan Ismail 'sparing partner' kepada Raja Arif adalah calon PRU13 yang kalah, Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu kerana Raja Arif bercita-cita dan cuba membina pengaruh dengan kerajaan Negeri Terengganu dan mungkin ada cita-cita politik disana untuk masa depan.

Apa yang ingin ditegaskan ialah walaupun banyak pihak mengharapkan BTN akan menjadi agensi yang menggerakan gerakan nasional bagi menghadapi PRU 14, rupa-rupanya dibawah Raja Arif ini ianya tetap bergerak dalam parokial wilayah pengaruh dan kenegerian sempit dalam proses membina reputasi dan masa depan politik peribadi yang tinggi, sehinggakan tetap melihat dengan sinis dan memperlekehkan semua Pengarah Negeri yang bertugas di Negeri yang mengalami kekalahan dalam PRU seperti Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan, seolah-olah mereka semua tidak berkualiti.

Beliau juga sinis dan sanggup memperlekehkan apabila negeri sendiri Terengganu yang hampir tumbang, Parlimen Kuala Nerus dimana Raja Arif sebagai salah seorang AJK Bahagian kalah teruk bahkan negara hanya memperolehi 133 kerusi dan gagal mendapat 2/3 majoriti sedangkan agensi ini adalah bertaraf nasional yang menjaga Negara dan bukannya jaga hanya satu peti undi dlm pilihan raya, jadi apakah taraf dan tahap seorang Ketua Pengarah sedemikian boleh diharapkan oleh Dewan Negara untuk bercakap dan merancang soal negara bangsa?

Maka memang menjadi tugas sukar kepada Timbalan Menteri,Razali Ibrahim yang hari ini ditugaskan mengawalselia BTN untuk menjawabnya di Dewan Negara bahkan di Dewan Rakyat jika perkara ini turut dibangkitkan malah beliau mungkin makin gagap menjawabnya di Perhimpuanan Agong UMNO nanti jika ada perwakilan yang meminta penjelasannya berkaitan dengan BTN, sesukar beliau untuk menang sebarang jawatan yang di tandingi selagi beliau tidak sudi dan bersungguh-sungguh mewujudkan BTN Baru, BTN yang memahami tentang politik negara, BTN yang menjuarai gerakan nasional berbanding dgn agensi-agensi lain. Selanjutnya sini.

Saturday, August 10, 2013

Kak Ros Bersin

Sindrom Teh Tarik Satu.

Sidang perwakilan yang saya sayangi dan kasihi, sesungguhnya menikmati secawan teh tarik atau segelas teh tarik sudah memadai dalam sehari. Cubalah ziarah Riverside dalam premis PWTC ini dan Riverside corner di luar premis, maka, kelihatan begitu ramai insan Bani Malayuwiyah sedang menikmati tegukkan teh tarik masing-masing. Jika, boleh saya cuba mencadangkan kepada UMNO bermula tahun 2013 supaya mengurangkan tabiat teh tarik ini.

Berapa ramai kalangan perwakilan merupakan pengidap Kencing Manis? Darah Tinggi? Jantung? Sakit Lutut? Berapa ramai kalangan perwakilan masuk ke dewan bersama sebotol air mineral? Saya kemukakan soalan-soalan ini, kerana saya ingin mencadangkan supaya semua Ahli UMNO berdaftar diinsuranskan oleh UMNO Kebangsaan, sebanyak RM100,000 seorang (kematian) dan RM 200,000 (ilat kekal). Ejen yang dilantik oleh UMNO Kebangsaan akan dimaklumkan secara rasmi dan bertulis. Premium semua ahli UMNO berdaftar akan ditanggung oleh UMNO Kebangsaan. Inilah kerja CSR parti UMNO kepada tuan-puan. Saya harap tuan-puan akan terus bekerja sebagai sukarelawan politik UMNO yang bijaksana dan bijaksini.

Saya mahukan bakal wakil rakyat PRU-14 yang sihat fizik dan metafiziknya. Berlaku jujur dengan pengakuan kesihatan, jika sudah ada petanda "tidak layak secara kesihatan" jangan tamak merebut jawatan dan kedudukan. Sesungguhnya jawatan dan kedudukan ini bukan soalan-soalan wajib yang ditanya oleh Malaikat Munkar dan Nakir kelak.

Selama saya berada dalam kerjaya politik sejak keluar daripada dunia ekekutif pejabat di Petronas puluhan tahun lampau, saya masih mencari formula jauh lebih baik dan berkesan kepada sistem pembelajaran dan pelajaran kebangsaan. Saya masih berpegang kepada prinsip yang pernah dibahaskan panjang lebar oleh Pendeta Za'aba, Almarhum Aminuddin Baki dan Profesor Di Raja Ungku Aziz serta Prof. Tan Sri Syed Naquib Al-Attas iaitu Malaysia akan hanya boleh berjaya dengan satu sistem pendidikan formal. Maksud berjaya ini ialah berjaya kaya dari kefahaman Bangsanya, Tamadunnya dan Negaranya.

Satu-satunya kerajaan dunia merdeka dan berdaulat yang menjaga kemaslahatan rakytanya berpandukan kumpulan kaum minoriti ialah Malaysia. Ini dibuktikan dengan wujudkan sistem pelajaran rendah dan menengah berasaskan Kaum, iaitu SJKC,SJKT dan SMJC. Bagi memanjangkan hayat kesantunan dan kesopanan Tanahair ini, saya berhasrat untuk mengkaji semula semua pendekatan yang berkesan kepada sistem pendidikan Negara sesuai dengan mandat Program Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2035.

Satu proses kajian keberkesanan sekolah ke atas SJKC, SJKT, SMJC akan dilaksana serentak seluruh Negara. Kajian yang sama akan diadakan ke atas 75% SK dan SMK untuk melihat keserasian dan kecondongan pendapat. Perkara dasar yang dipentingkan ialah tiada unsur kecondongan budaya dan fahaman Komunisme dasn Freemasonary dalam aliran tidak rasmi di sekolah-sekolah berkenaan. Secara terbuka, semua orang memiliki konteks fikrah berbeza, itu bukan isunya. Masalahnya ialah bila mana, ada pihak menjadikan premis pendidikan sebagai pusat pelacuran minda dan akal budi rakyat, dengan mengadakan sesi usrah kumpulan kecil doktrin komunis dan freemason. Dalam Dewan ini, secara terbuka saya khabarkan kepada semua perwakilan dan para pemerhati termasuk media yang ada, bahawa UMNO dan Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan saya secara terbuka menolak semua usaha berkaitan Komunisme, Freemasonary, Syiah, Pluralisme dan Liberalisme.

Kelima-lima ideologi ini ialah MUSUH NOMBOR WAHID tanahair ini. 

Perwakilan yang dihormati,

Saya mengambil masa agak lama untuk mengurus satu isu besar, bagi saya, kerana melibatkan isteri saya Hajah Rosmah Mansor. Saya secara terbuka mengambil peluang dan ruang ini, memohon maaf bagi pihak beliau jika sepanjang waktu sebelum ini, telah melakukan banyak kesilapan dan membuatkan perasaan tidak puas hati pihak Tuan-Puan. Saya sedar tanggungjawab saya amat besar, kerana sayalah antara manusia yang bakal menerima lebih banyak soalan kubur dan soalan di Mahsyar kelak, kerana saya memimpin sebuah Negara Islam dengan penduduk seramai 28.9 juta orang.

Saya sudah menasihati isteri saya secara berterusan, dan, Alhamdulillah beliau dengan senang hati akan hanya bertindak menjadi Penaung kepada beberapa buah organisasi utama dan berkepentingan awam semata-matanya. Kak Rosmah bukan "1st. Lady", "she is the Premier Lady to the Prime Minister of Malaysia". Malaysia bukan sebuah Republik seperti yang dihajat oleh saudara Dato Seri Anwar Ibrahim. 

Dalam Dewan ini juga saya dengan terbuka memaklumi semua perwakilan bahawa musuh politik UMNO dan BN ialah PkR khasnya Anwar Ibrahim. Beliau kelihatan sedang mengemis keliling dunia, dan begitu ketara mengusung keranda 153 untuk pihak asing dan orang lain khasnya bagi pihak DAP dan PSM. 

Suka saya berpesan kepada semua yang hadir, bahawa PkR sedang mengamalkan kitab "From Dictatorship to Democracy yang ditulis oleh Gene Sharp tahun 1996, asalnya Boston, USA". Gene Sharp ialah manusia berpegang kepada Freemasonary, seorang yang anti agama. Gene Sharp ialah manusia yang merencana Perang Bosnia-Herzagovina tahun 1991. Gene Sharp menjadikan banyak organisasi sebagai kader. Sebuah organisasi berdaftar sebagai syarikat perkongsian ialah SUARAM. Saya pulangkan akal budi dan waras fikir kepada Tuan-Puan, sebuah video selama 45 minit akan diedarkan kepada semua perwakilan dan para pemerhati, tentang "Ancaman Asing" dalam Negara ini. Saya tidak mahu, negara ini menjadi "padang jarak, padang tekukur" seperti peristiwa badai Arab atau "Arab Spring" yang membarah hingga saat ini perlu selesai.

Tuesday, August 6, 2013

Talkin UMNO Najib

Minoriti Menguasai Majoriti.

UMNO sewaktu kelahirannya mempunyai aura paling mantap, tiada kosmetik dalam kerja buatnya. Hari ini, sejak saya mempimpin UMNO selaku Presiden saban hari saya melihat aksesori dan kosmetik semata-mata. Ketujuh-tujuh deria kurnia Allah pada saya tidak lekang melihat, menghidu, mendengar, merasa dan memikir bagaimana boleh perkara-perkara ini melanda UMNO? Apakah dosa UMNO atau pemimpin-pemimpin seperti saya dalam UMNO banyak melakukan dosa? Benar saya tidak lari daripada melakukan khilaf, kendatipun khilaf atau kesilapan saya dihukum, saya makin dewasa dan segera bertaubat. Justeru saya mengajak seluruh perwakilan, Timbalan Presiden dan barisan di atas pentas ini untuk segera bertaubat dan tidak lagi melakukan dosa kepada umat. Andai Allah menghukum parti UMNO, kami barisan kepemimpinan redha atas segala khilaf/dosa-dosa yang kami lakukan. InsyaAllah tuan-tuan, malam ini kita akan adakan Majlis Solat Taubat dan Dzikir Perdana secara terbuka di Dewan Tun Razak 3, yang akan dipimpin oleh Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Johor dan Kerajaan Selangor.

Saya tertawan bila mana membaca ribuan blog yang merayap dalam sarang teknologi khasnya berkenaan isu-isu politik Malaysia. Saya terkesima dengan telahan seorang pemikir sejarah bernama Mohd Jaafar Kassim, bekas guru di Rembau yang masih aktif dalam kerja khidmat negara bersama Agensi Kerajaan Persekutuan. Kata kutip beliau "minoriti menguasai majoriti", bukan lagi sandiwara. Pandangan kritis ini amat benar sebenarnya. Fenomena minoriti menguasai majoriti menjadi realiti kali pertama pada 13 Mei 1969. 

Kini, selepas beberapa keputusan pilihanraya umum khasnya selepas 2004, diikuti 8 Mac 2008 seterusnya 5 Mei 2013, ternyata amat benar bahawa semakin galak "minoriti" menguasai majoriti. Saya hendak tanya orang UMNO dalam Dewan ini faham ke maksud "minoriti menguasai majoriti ini"? Atau buat-buat angguk faham, sebab merasakan ini semua pemikiran karut marut? Mana mungkin wujud senario begini? Saya akan tunjukkan kepada Tuan-Puan, bagaimana fenomena ini benar dalam perkiraan seorang Presiden UMNO.

Almarhum Ayahanda saya pernah berpesan bahawa berilah kasih sayang kepada umat Melayu, berilah sayang kepada Kaum-kaum Lain, rupa-rupanya maksud tersirat Almarhum Ayahanda Tun Abdul Razak merujuk episod iaitu kekayaan ekonomi yang dikuasai hampir 80% oleh Kaum Cina yang secara realitinya minoriti dalamm negara ini, masih tekal. Begitu juga kefahaman lebih kecil minoriti dalam minoriti ini yang mendukung fahaman sempit dan songsang Komunis dalam parti-parti politik tertentu, hingga mengakibatkan kesan buruk kepada pola fikir rakyat. Sebaran virus Komunisme secara rangkaian atau "viral" lewat Disember 2012 yang dibantu oleh beberapa orang warganegara keliru indentiti kerakyatannya, nampak sudah menembusi benteng dan tembok-tembok nasionalisme dan patriotisme yang kita bina sejak 31 Ogos 1957.

Oleh yang demikian untuk mengelak suasana lebih buruk berlaku, dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun 2013 saya bercadang untuk membentang beberapa syor khas sebagai bahan perbincangan dan UMNO mengambil keputusan drastik untuk melaksanakan pendekatan-pendekatan terbaik yang kita yakin boleh membatu proses kefahaman bernegara untuk rakyat:

1. Semua pegawai dan kakitangan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri akan mengikuti skim latihan 4 hari dan 3 malam, Kursus Transformasi Negara di bawah program khas BTN. Kehadiran mandatori.

2. Semua pegawai dan kakitangan Syarikat Berkaitan Kerajaan dan Agensi Berkanun secara mandatori mesti mengikuti skim latihan khas 5 hari dan 4 malam, Kursus Transformasi dan Integriti Nasional di bawah program khas IIM dan BTN.

3. Semua pemimpin mahasiswa di IPTA dan IPTS dalam Negara secara mandatori akan mengikuti Kursus Teras Kepemimpinan Nasional selama 7 hari dan 6 malam di bawah program khas BTN, IIM, VAT 69 dan PASKAL.

4. Semua pemimpin mahasiswa luar Negara secara mandatori akan mengikuti Kursus Teras Kepemimpinan Nasional selama 10 hari 9 malam di bawah program khas Tun Razak Young Leadership Program yang dirangka laksana oleh Alumni TRYLA-MIM, bersama KD Panglima Hitam (PASKAL) dan Pejabat Perdana Menteri.

5. Semua mahasiswa IPTA dan IPTS dalam Negara dan Luar Negara warganegara Malaysia yang mendaftar diri sebagai pelajar Universiti dan Kolej Universiti akan DIWAJIBKAN mengikuti siri latihan Patriotisme Malaysia selama 3 hari dan 2 malam.

Kelima-lima langkah ini bertujuan memberi input-input ilmu pada tahap-tahap tertentu. Saya pun tidak peduli sama ada selepas kursus ini mereka bertindak menyokong BN atau tidak. Saya amat kisahkan ialah mereka sedar bahawa Negara ini memegang faham Ahlul Sunnah Wal Jamaah, bermazhab Imam Syafie. Negara ini meletak Islam sebagai Agama Persekutuan, dan muktamad. Tiada kompromi perihal isu Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu.

Monday, August 5, 2013

Trompet Akhir NAJIB

Berikut ialah saripati Ucapan Dasar Presiden UMNO, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak di Dewan Merdeka, PWTC pada Oktober 2013.

Rihlah ku selepas April 2009.

Selepas saya mengambil teraju menakhoda zaman kepemimpinan Tun Abdullah, saya berfikir dalam-dalam sejauh manakah, saya mampu "merubah" dan "mengubah" dalam ertikata tagline saya "Transformasi". Penerusan Agenda Transformasi mesti melalui satu proses panjang, getir dan pahit. Berdasar kepada keamatan saya dalam Alam Melayu dan polarisasi kaum yang menggunung di Malaysia, maka, terpacul dalam minda bawah sedar saya untuk memberi penaksiran dan pentafsiran murni tentang Transformasi dan Agenda 1 Bumi Melayu melalui "pendekatan 1 Malaysia".

Benar hingga hari ini, saya melihat aspirasi 1 Malaysia masih belum difahami oleh rakyat Malaysia, apalagi oleh orang UMNO. Perwakilan UMNO dalam Dewan ini pun, masih meragui hasrat murni saya ini. Saya tidak punya ilmu membelah dada dan mensucikan "sanubari" akhirnya memberi roh kepada saudara-saudari para perwakilan, para ahli UMNO, lebih-lebih lagi bekas-bekas ahli UMNO yang mempunyai "pemikiran bahawa parti UMNO tiada jiwa atau dalam bahasa mereka tiada roh". Hidayah milik Allah jua.

Saya melihat program-program Transformasi yang melambak dan berkembang biak, kini, pada hemat saya sudah lengkap 6 skala besar Transformasi iaitu Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Sosial (STP), Program Transformasi Politik (PTP), Program Transformasi Luar Bandar (RTP), Program Transformasi Bandar (UTP). Semuanya mempunyai sasaran dan capaian tertentu untuk memenuhi keperluan "ummatan wassota" sesuai dengan kedudukan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam terbaik dunia.

Kali ini, saya berazam untuk bergerak dalam fasa kedua program Transformasi dengan lebih agresif dan dinamik. Dalam masa terdekat, Program Transformasi Minda (MTP) dan Program Transformasi Malaysia Wawasan 2020 akan dilaksanakan. Peneraju utama Program Transformasi Minda didokong oleh beberapa Agensi utama antaranya Biro Tatanegara dan Institut Integriti Malaysia. Peringkat permulaan ini, semua Ahli UMNO berdaftar dan ahli-ahli parti BN dari semua komponen akan mengikuti siri-siri latihan khas yang diselia dan dikendali secara strategik oleh BTN dan IIM, tanpa alasan tidak boleh hadir. Baik saudara Ketua Bahagian berprofil tinggi, mahu pun Ahli UMNO kerdil di Cawangan Kg. Gana, Kota Marudu, Sabah.

Program Transformasi Malaysia Wawasan 2020 pula akan dilaksana secara berstruktur bermula 1 April 2014. Sasaran kita ialah anak-anak Malaysia khasnya Orang Melayu, anak Thiong Hua dan anak keturunan India seramai 200,2020 berumur 18 tahun ke atas. Mereka ini akan ditempatkan di Kem-kem Transformasi Malaysia Wawasan 2020 khas. Mereka akan melalui proses saringan pengambilan peserta yang ketat dan sistematik. 200,2020 orang peserta ini akan menjadi tenaga-tenaga "sukarelawan Malaysia 2020" seperti Raleigh International dan dihantar bertugas sebagai International Volunteer Corp di semua pelusuk dunia, khasnya Negara-negara OIC dan Blok Negara Dunia Ketiga.

Berikutan kepada kegagalan Talent Corporation Berhad, gagal dalam melaksana misi besar Kerajaan Persekutuan, maka, saya berpendirian untuk mengadakan proses Transformasi Talent Corporation Berhad kepada semua institusi Transformasi Talent Negara. Semua para sarjana veteran yang boleh berkhidmat khasnya anak Malaysia bersama 200 orang para sarjana luar negara yang terpilih berasaskan merit ilmu terbaik akan ditempatkan di sebuah Gedung Ilmu Tersohor, yang dikenali sebagai WISTAC. World Islamic Science and Technology Civilization Center bertaraf Universiti Penuh yang akan diteraju oleh YM Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib bin Ali Al-Attas, pencipta bendera keramat kita, Sang Saka Bangsa. Wujudnya WISTAC bermakna, Malaysia bakal merubah persepsi dunia secara total. Khutub khanah mahsyur dunia akan berpindah dari Barat ke Timur. Alam pengajian ilmu tinggi dan berskala mahal akan melimpah ke Bumi Melayu. Sebuah khazanah perpustakaan bernilai RM 100 juta akan dilaburkan dalam program WISTAC ini.

Para perwakilan sekalian,

UMNO subur kerana falsafah penubuhan yang digeruni oleh kawan dan lawan. UMNO tegak berdiri sebagai semua parti siasah yang disegani oleh musuh kerana UMNO mendukung IMR (Islam, Melayu dan Raja). Orang UMNO tidak boleh menafikan bahawa UMNO dirasmikan dan diresmikan oleh kesatuan pemikiran dan tindakan agung lebih daripada 150 orang pendukung Melayu mewakili pelbagai kepentingan organisasi Melayu pada tahun 1946. 3 kali mesyuarat pada tahun 1946, barulah sebuah parti tertegak dalam kamar Dewan Utama Istana Bukit Serene, Johor. Pada hari ini, marilah kita semua menyedekahkan "Al-Fatihah" kepada Datuk-Nenek dan Bapa-Ibu UMNO.

UMNO merupakan parti yang direstui oleh Raja-Raja Melayu termasuk 4 Undang Luak iaitu Luak Sungai Ujong, Luak Rembau, Luak Jelebu dan Luak Johol. UMNO bukan keramat hidup, tetapi UMNO ialah lambang KUASA Integriti Melayu Islam apabila tertubuh pada 11 Mei 1946. Inggeris mula cemas dan semakin galak dan ligat untuk menghancurkan kesatuan Melayu, hinggalah Inggeris berjaya menghasut sebahagian kecil daripada ahli UMNO waktu tersebut, menubuhkan PAS pada 1951.

UMNO hari ini di lihat bukan UMNO asal, kata beberapa orang nakal. Khabarnya UMNO 1987 telah berubah wajah. Saya ingin mencabar pemikir-pemikir UMNO songsang ini, jika UMNO sudah hilang falsafah kemenjadiannya, mari ke hadapan BUKTIKAN kata-kata tuan. Saya akui UMNO seperti sebuah parti "telur hujung tanduk", makin tidak kuat dan mencengkam akarnya. Falsafah UMNO masih teguh dan utuh. Namun, yang sudah luntur falsafah perjuangannya ialah saya, TS Muhyiddin, barisan Majlis Kerja Tertinggi dan Tuan-Puan sidang perwakilan dalam Dewan Merdeka, sidang pemerhati di luar Dewan dan 3.5 juta ahli UMNO lain. Ahli UMNO tidak mengasihi dan menyayangi UMNO. Orang UMNO dan Ahli UMNO berdaftar yang saya kasihi dan sayangi, saya ingin bacakan wa'ad, Almarhum Ayahanda saya semasa beliau cergas dan cerdas dalam perkhidmatan, katanya "Along, andai Allah takdirkan di suatu hari kelak, kamu bercita-cita besar dan berada dalam dunia politik dan kerajaan seperti Abi, ingatlah bahawa Langit tidak selalu cerah, Mendung tidak bererti hujan, Guruh dilangit jangan disangka hujan lantas buang air dalam tempayan, Ingat jualah bahawa mungkin Tiada Esok Bagimu, juga mungkin Esok Masih Ada"...wah semasa saya disyarahkan perkara ini, langsung saya "blurr" kerana tidak faham sebutir makna daripadanya. Alhamdulillah pesanan hampir 50 tahun lalu begitu saya fahami hari ini. Saya amati bahawa bila saya berada di kedudukan nombor wahid sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, terlalu banyak kebenaran yang tidak mampu saya nafikan. Benarlah, Almarhum Ayahanda saya, Allah pilih untuk meninggalkan dunia fana lebih dahulu dengan berjuta makna dan resepi, segala rahsia perjuangan insan yang tidak didendang.

Jadi di mana kita? Kelihatan apabila saya mula berfikir secara mendalam, mungkin kedudukan semua kerusi Setiausaha Politik saya waktu ini, perlu dirombak. Semua kerusi anggota pentadbiran Kerajaan perlu juga dikaji dan dirombak, mungkin, kerusi Timbalan Perdana Menteri juga perlu dikaji semula...apa kata Tan Sri Muhyiddin. 

Dalam mengkaji polemik politik UMNO, saya ingin berkongsi pandangan saya menelah ilmu karangan Almarhum Zainal Abidin bin Ahmad menurut penulisan beliau dalam makalah Al-Ikhwan bertarikh 13 Mac 1927. Tulisan ini diasaskan kepada bahang merah Komunis yang dikhabarkan akan memasuki Tanah Melayu ketika itu melalui Utara Semenanjung Tanah Melayu. Za'aba berpesan bahawa Melayu itu miskin dalam empat bidang, iaitu Miskin Asuhan, Miskin Perangai, Miskin Ilmu, Miskin Hayat dan Roh. Begitu lama saya cuba fahami, bila sahaja saya membaca kembali perjuangan Almarhum Dato' Onn Jaafar (nenda kepada Dato Seri Hishammuddin) bersama Almarhum Baba Ludek seorang anak Rembau yang begitu setia dan taat kepada makna Perjuangan Bani Malayuwiyah, barulah saya mengerti "lautan dalam jangan diduga, andai kail panjang sejengkal". Saya mula mengerti bahawa bangsa Melayu masih memerlukan "tongkat ekonomi". Oleh yang demikian, saya bercadang untuk mengembalikan sebuah Kementerian khusus dengan nama barunya Kementerian Transformasi Usahawan Nasional dengan seorang menteri kanan dan Penasihat kepada Menteri, Kementerian ini akan mula beroperasi pada 1 Januari 2014 dengan peruntukan tahunan sebanyak RM 2 billion meliputi peruntukan pengurusan, operasi dan bantuan Dana Keusahawanan.

Bagi merealisasikan impian platinum ini, pemikir utama yang menjadi Penasihat Kementerian ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad bertaraf Duta Ekonomi Malaysia. Sebuah fakulti ilmu yang dinamakan Pusat Transformasi Usahawan Mahathir akan diwujudkan dengan bantuan modal sebanyak RM 100 juta. Penggerak Pusat Transformasi Usahawan Mahathir ini ialah Tan Sri Dr. Nordin Kardi, bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia yang pernah meneraju Biro Tatanegara.

UMNO secara fizikal dilihat tidak penting oleh sebahagian insan moden. Insan moden mengikut tafsiran saya ialah orang yang hidup bergaya dengan gadget beribu, kereta besar, rumah besar, makan besar, segalanya besar-besar belaka. UMNO bukan hidup, namun daripada mata metafizik saya beranggapan UMNO ialah pusat kecemerlangan semua umat Melayu berasaskan Perlembagaan Persekutuan. UMNO ialah pusat kecemerlangan saya dan tuan-tuan. Jika ada kalangan ahli UMNO fikir dan mempunyai pendapat berbeza, alhamdulillah. Saya syorkan saudara-saudari keluar dari parti UMNO ini. Tanpa sebuah parti politik yang kuat, Melayu-Islam tiada dapat berpayung dan bernaung. Mahkota kedaulatan Melayu-Islam ialah UMNO. Inilah perkara tersirat yang dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Raja-Raja Melayu pada 1946 hingga semua Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Raja Melayu termasuk 4 Undang Luak menurunkan tandatangan berjanji setia sesama mereka seramai 9 orang Raja Melayu dan 4 orang Undang Luak untuk memastikan KUASA, INTERGRITI DAN POLITIK TANAH MELAYU kekal selama-lamanya selagi ada bulan dan bintang dalam sebuah tanahair bernama Malaysia. Saya akan terus berpaksi teguh kepada fahaman ini, hinggalah akhir hayat saya, InsyaAllah.

Bersambung...

Saturday, August 3, 2013

Toksah dok berlakon la Rosmah...

Den ado terbaco di blog Akar Umbi yang Rosmah menangis sambil baco sajak dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri BAKTI kepada Angkatan Tentera Malaysia di Buletin Utama TV3, 31 Julai lepas.

Den maleh nak amik port sajak apo yang dibaco dek Rosmah tu. Ontah sajak dio buek sendiri atau geng karaoke dio yang tolong karang.

Kok orang tak pernah tengok Rosmah berkaraoke dan beronggeng, mesti orang dah cair nengok Rosmah nangis sambil baco sajak. Tapi sobab orang pun dah paham sangat pe'el Rosmah tu...so nampak sangat la air mato Rosmah tu hanyolah picisan daripado sebahagian lakonan Rosmah kepado umum selamo ni. Jadi bahan golak orang yolah...hahaha!

Den masih ingat lagi maso TDM lancarkan buku Biografi Rosmah. Punyolah ramai orang yang kutuk Tun maso tu. Tapi yang orang tak perasan ialah, Tun bukan sengajo suko-suko datang nak lancarkan Biografi Rosmah tu. Sebonarnyo Tun Mahathir sengajo ambil peluang nak sindir Rosmah dopan-dopan. Ingat lagi apo statement Tun maso lancar Biografi Rosmah tu? Tun Mahathir kata, dia berharap buku Biografi Rosmah laris dan jika diedarkan kepada sekolah-sekolah kononnya membolehkan pelajar buat analisis...bla..bla..bla!

Hahaha...baik punya Tun sindir. Taraf budak sekolah yolah. Orang dewasa tak payah baco. Buang maso dan buang duit.

Cukup-cukuplah Ah Jib Gor dan Rosmah. Seorang bapak vernakular aka pengampu Cina. Sorang lagi gilo glamour aka kaki karaoke. Toksah dok berlakon la. Rakyat bukan buto!!!

Akhir kato bukan Kak Ros sajo yang pandai baco sajak, meh baco pulak sajak yang dinukilkan oleh satu komentar di blog kami...

Jangan sesekali kita memperjudikan masa depan kita...
Kepada pemimpin Melayu yang lembik dan lemau...
Kepada pemimpin Melayu yang mengutamakan cinabeng...
Kepada pemimpin Melayu yang lebih bangga memukul gong Cina daripada gendang silat Melayu...
Kepada pemimpin Melayu yang berangan menari will will pada hari Taipusam...

Wahai rakan dan taulan...
Fikirkanlah masak-masak...
Kerosakan dan kemusnahan yang telah dibuat oleh pemimpin ini...
Ordinan Darurat dicabut buang...
ISA diwafatkan...
APA dibentang bagi menjadikan PDRM sekadar fasilitator pada perhimpunan haram...
Sehingga tiada lagi kekuatan PDRM...

Wahai rakan dan taulan ...
Fikirkan masak-masak sebelum mengekalkan pimpinan Melayu yang singkat akal fikirnya...
Yang bersedia dengan yakin menandatangani TPPA...yang akan membuat negara ini dijajah semula oleh kaum kapitalis...
Yang akan membuat anak cucu kita persoalkan kenapa tidak dibuang pemimpin yang tidak berguna itu...

Wahai pahlawan teruskan perjuangan singkirkan mereka yang singkat akal fikirnya...
Ayuh bertindak sebelum semuanya terlambat...
Ini semua untuk kita dan generasi mendatang...
Kerana kita sudah tiada masa lagi...
Demi menjaga aman negara...

Jatuh Najib...Melayu Kembali Perkasa!!!

Friday, August 2, 2013

Isi perut TPPA

Perjanjian Perkongsian Trans-Pacific citra Uncle Sam yang dicadang untuk ditandangani oleh Pegawai-pegawai Kerajaan (rahsia) khabarnya pada Oktober 2013, antaranya menyatakan:

1. Penghapusam cukai import terhadap barangan yang masuk dari Amerika.

2. Memberi kebebasan rakyat negara lain untuk bekerja dan membuka perniagaan di negara ini TANPA ada sebarang sekatan.

3. Pengeluaran kapital (modal) ke luar negara secara BEBAS.

4. Pemilikan Bumiputera kepada syarikat asing yang ingin beroperasi di negara ini TIDAK LAGI menjadi syarat. (ketika ini pegangan ekuiti pemilik ialah 49%-51% berasaskan persetujuan pihak-pihak berpakat).

5. Malaysia BOLEH DISAMAN oleh syarikat asing ataupun kerajaan asing jika merubah undang-undang atau peraturan perniagaan yang dilihat MERUGIKAN mereka.

6. Kontrak-kontrak kerajaan MESTI DIBUKA kepada syarikat asing tanpa mengambil kira KEPENTINGAN Bumiputera.

Panjang menjela-jela lagi...namun Isi Perut TPPA ini, bakal, memyebabkan BARAH OTAK kepada umat Melayu khasnya, dan Kaum-kaum Lain yang percaya kepada Ikatan Murni 153, seperti yang dipersetujui secara berbai'ah oleh Tunku Abdul Rahman Putra, Tan Cheng Lock dan V.Sambathan pada 1948.

Thursday, August 1, 2013

KUBUR NAJIB RAZAK

Rekod pengurusan pentadbiran eksekutif carca-marba berlaku selepas peristiwa seorang Presiden UMNO bernama Abdullah bin Ahmad memberi restu tanpa suara kepada menantunya Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk bertanding kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO.

Budak hingusan ini menang dengan penuh kontroversi, biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya. Berikutan itu tersebarlah ke seluruh Alam Melayu bahawa sejarah Empayar Rom kini sedang melanda dan meratah sayap dan saraf UMNO.

Kemudian pilihanraya 2004 manusia bernama Abdullah Ahmad menang bergaya dengan "pungutan mata undi ehsan" hasil peninggalan Dr. Mahathir Mohamad yang masih diberikan pelbagai gelaran antara yang paling maut ialah MAHAFIRAUN?

Abdullah Ahmad menjadi PM dan Presiden UMNO. Maka terlantiklah Mohd Najib Abdul Razak sebagai TPM yang diberi laluan sebagai Timbalan Presiden UMNO. 

Hari ini sejarah 5 Mei 2013 memberi kedudukan kepada Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO, seterusnya Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Mohd Najib Abdul Razak menjalankan kuasa eksekutif PM dan Presiden UMNO. Muhyiddin Mohd Yassin sebagai TPM dan Timbalan Presiden UMNO.

Melihat beberapa peristiwa besar yang berlaku selepas April 2009, hinggalah hari ini 31 Julai 2013 (sempena Hari Pahlawan), Pak Sedaro merasakan beberapa ancaman fizikal sedang dialami dan terkesan kepada rakyat dek tindak-randuk songsang keumpulan tertentu:

1. Tindakan perarakan secara revolusi moderate dalam Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0

2. Tindakan berhimpun dalam Himpun 1.0, 2.0 dan 3.0

3. Rekrut upahan seperti Naweemee yang masuk ke Parlimen hanya berpakaian ala-hip hop (pakaian paling mematuhi etika lawatan Parlimen-mencabul hak peraturan Parlimen dilaksana oleh balaci-sanggup Mohd Nazri Aziz perdaya kesantunan Parlimen).

4. Tidak kurang daripada 100 tindak laku "out of manners" Malaysia khasnya Negara yang memartabat Kepercayaan kepada Tuhan dilakukan oleh rekrut upahan Komunis, Freemason dan Syiah yang makin melata dan mengembang.

Hari ini jika gagal kuatkuasa Akta Darurat (yang terlalu terlebih bijak DIMANSUHKAN) maka Kerajaan Persekutuan Mohd Najib Abdul Razak akan jahanam. Penyudahnya tamatlah kerjaya politik Najib.

Apakah mustahil berlaku lagi "13 Mei 1969"? Jawapannya TIDAK MUSTAHIL. Petanda-petanda dan api perciknya sudah melata-lata. Fenomena ganjil "pembunuhan" dan "tembakan" di sana-sini, kelihatan seperti sudah wujud gelombang fahaman Pluralisme dan Liberalisme MELAMPAU yang berkembang biak.

Ini semua terkesan dek "pemansuhan" Akta Keselamatan Dalam Negeri, dibataklan Perkara 150 (Proklamasi Darurat) dalam Perlembagaan Persekutuan 1957. Kelihatan benar, Pak Sedaro petik ayat yang pernah dilontar secara terbuka oleh Tuan Haji Mohd Jaafar Kassim, Ahli Persatuan Sejarah Negeri Sembilan iaitu "Akan sampai masanya puak minoriti menguasai majoriti!" Senario ini RUPANYA SEDANG MELANDA Malaysia sejak 36 bulan dulu secara melampau-lampau, seolah-olah Bani Malayuwiyah redha fenomena ini.

Dari mulut celupar manusia langsung kepada penerbitan filem "The New Village", menyalahguna secara terbuka "lambang kehormatan pasukan RAMD yang lahir pada 1 April 1933". Andai mengikut Akta Angkatan Tentera Malaysia, maka boleh diambil tindakan undang-undang kerana salah guna tersebut. Soalnya ialah, Apakah tindakan ATM?....Ahhhh itu kecik punya hal!!! Dek sifat kecik punya hal lah...maka kerjaya politik NAJIB akan meniarap dan tertiarap.

Sesungguhnya Bani Malayuwiyah tidak punya pokok berteduh. UMNO sudah menyimpang JAUH dari UMNO Mei 1946. UMNO 2013 pimpinan Mohd Najib Abdul Razak, sudah songsang Falsafah Asal Kemenjadiannya. UMNO tertegak untuk Orang Melayu dan Umat Islam (utama) dan menjaga kepentingan Kaum-kaum Lain.UMNO terbina atas asas yang percaya kepada Kuasa-kuasa Ketuhanan yang Tinggi yang dilambangkan dengan bayanganNya melalui Raja-Raja Melayu, inilah yang dicernakan oleh Prof. Naquib bin Ali Al-Attas dalam panji-panji Sang Saka Bangsa.

Pak Sedaro akan terus mengecam kepemimpinan BOBROK DAN BANGANG. Pak Sedaro akan terus memberi pandangan kritis supaya UMNO terus relevan kepada Melayu dan Islam. UMNO ialah parti yang digeruni dan ditakui Inggeris, kerana asal penubuhannya ialah makna besar kepada INTEGRITI Melayu dan Islam seperti yang diriwayatkan oleh Raja Ali Haji dalam kitabnya bertajuk Tuhfat Al-Nafis.

Blog Archive