Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, July 22, 2019

Just an amusing observation..

Brightest students in A class, studied Science, became engineers, doctors, architects, building the country etc.

Students in B class, studied Commerce, became accountants, economists, then worked as managers managing the engineers, doctors, architects etc.

Students in C class, studied History, Art, graduated as lawyers and eventually becoming politicians, controlling the managers etc.

Students in D class, studied Religion, became preachers, controlling politicians as theirs words are from GOD and then you..yes you..just follow WITHOUT questioning. 

If you are smart, you will figure it out.

Monday, July 15, 2019

Delusional UMNO

1. UMNO sebelum PRU14 jelas terasing dengan cara pemikiran majoriti rakyat. Juga tampak tersisih dari pemikiran dan jiwa majoriti orang Melayu. 

2. UMNO dan kepimpinannya yang delusional. 

3. Mereka tahu bahawa untuk pulih dan kembali berkuasa, mereka perlu memenangi semula jiwa dan pemikiran majoriti, bukan sahaja orang Melayu, malah majoriti rakyat dalam kepelbagaian. 

4. Mereka patut sedar untuk kembali mendapat keyakinan majoriti, mereka perlu pulihkan parti mereka daripada persepsi buruk rasuah, pecah amanah dan salah guna kuasa yang sedang mereka hadapi. 

5. Cuma mereka masih enggan faham untuk memulihkan kembali persepsi buruk ini, mereka perlu membersihkan parti mereka daripada pemimpin bermasalah dengan bagasi besar yang bakal menyebabkan terhalangnya pembentukan semula persepsi baik majoriti rakyat terhadap parti mereka. 

6. Mereka buat promosi untuk rakyat beli ikan yang berkhasiat tapi mereka masih nak jual ikan yang sudah busuk kepala. 

7. Mereka berhajatkan tender ratus juta, tapi yang mereka persiapkan ialah lesen kelas F. 

8. Mereka mahu menang Piala Dunia tapi mereka ketengahkan pemain kaki bangku. 

9. Mereka mensasarkan pelanggan majoriti Melayu luar bandar, tapi mereka jual barangan eksklusif dengan harga mahal. Siapa nak beli? 

10. Kemahuan mereka bertentangan sama sekali dengan perbuatan dan persiapan yang sepatutnya dibuat bagi mencapai matlamat, kehendak dan keperluan mereka. 

11. Inilah kesimpulan yang dilihat terhadap persiapan UMNO untuk menawan kembali kepercayaan majoriti rakyat agar kembali menyokong mereka. 

12. Mereka gagal meletakkan keutamaan yang perlu mereka dahulukan bagi meraih semula sokongan majoriti. 

13. Mereka mahu menang, tapi keutamaan mereka pula dengan cara menaikkan pemimpin yang ada hubungan, mesra dan pernah termakan budi bersama-sama, walaupun hati mereka sendiri mengakui pemimpin yang mereka mahukan ini tidak mungkin boleh mengembalikan kepercayaan majoriti rakyat. 

14. Mereka gagal menyelami apa kehendak majoriti rakyat yang seharusnya mereka wakili. 

15. Sepatutnya mereka kenal pasti apa sebenarnya yang majoriti rakyat mahukan dan dari situ mereka harus selaraskan susunan kepimpinan parti mereka yang setara dengan kehendak majoriti rakyat. 

16. Itulah yang dimaksudkan dengan menyelami denyut nadi rakyat. 

17. Walhal mereka sekarang bukan menyelami denyut nadi rakyat, tapi lebih kepada menyelami denyut nadi mereka sesama sendiri. Mereka bermatlamat untuk saling memenuhi kehendak individu bagi melindungi nafsu serakah dan jenayah peribadi. 

18. Kesalahan dan jenayah dilakukan atas kapasiti individu dan peribadi, tapi diheret sekali parti untuk terpalit sebagai perisai untuk melindungi dosa sendiri. 

19. Persoalannya sampai bilakah orang UMNO sanggup memperhambakan diri, menjatuhkan maruah parti hanya semata-mata mahu mendukung spesis biawak hidup ini? 

20. Maka jangan hairanlah andai akhirnya delusional ini akan membenam terus parti UMNO dari arus perdana sejarah politik negara Malaysia yang tercinta ini.

Blog Archive