Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, April 30, 2012

Kembalikan MARUAH jawatan Menteri Dalam Negeri




Andai Najib punya keberanian untuk membuktikan sedikit keTEGASan...Majoriti Rakyat pasti berdiri teguh dibelakangnya!

Saturday, April 28, 2012

Belia Lawak


Terbuka kepada semua belia-belia warganegara Malaysia yang berumur 15 hingga 40 tahun.


Hadiah: Wang Tunai Serta Hadiah Iringan.


Untuk menyertai, sila hantar butiran peribadi anda;

1. Nama 
2. Nombor Kad Pengenalan
3. Nombor Telefon
4. Email/Facebook

Butiran tersebut hendaklah diemailkan kepada belialawakhbn2012@gmail.com.

Friday, April 27, 2012

Thursday, April 26, 2012

Well done KJ

YB Khairy Jamaluddin has proven his mettle.The way he answered irresponsible slanders from Datuk Ambiga last night in Bukit Utama, PJ shows that KJ indeed has factual and concrete answers.He is indeed a gem for the Barisan Nasional and UMNO. Future leaders in UMNO must be equipped with a lot of knowledge, no matter in what field. The new politic is definitely about perception and how the leaders manage it. I can see that KJ has the potential to be the future leader in the country. Keep up the good work KJ!

Monday, April 23, 2012

Adam Adli buktikan dia sebenarnya..

Cuba dengar Adam Adli mumbling ni. Jika beginilah cara komunikasi Bahasa Inggeris penuntut kursus Mengajar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di UPSI, eloklah budak ni dibuang terus daripada hanya digantung 3 semester. Student matrikulasi pun jauh lagi bagus converse banding budak Adam ni. Kok ekau amik course Bahasa Melayu ke...kemahiran hidup ke...boleh la dimaafkan lagi kau guna broken english ni. Tapi kalau hanya begini standard manglish Adam Adli si budak TESL, patut sangatlah dia beriya-iya sangat nak PTPTN dihapuskan. Sah-sahlah budak macam ni tak akan dapat Ijazah Kelas Pertama supaya tak payah bayar balik pinjaman. Pehtu ada hati pulak nak komen Menteri Pengajian Tinggi. Kasi habis study dululah boboy ya...malu den dongar ekau speaking london. Kok camnilah ghoman eh standard pencacai yang diperalatkan parti pembangkang, buek rugi rakyat bayar cukai untuk nanggung kau ngaji yor...

Sunday, April 22, 2012

Apa bajet alternatif PTPTN?

Bajet alternatif, sila kemukakan tafsiran bajet!

PRU semakin hari semakin hampir, Pakatan Rakyat mulalah keluarkan cek-cek kepada rakyat, buat sementara waktu ini tidak kira sama ada cek-cek itu nanti cek tendang ataupun bukan, sebaliknya cek itu semakin hari semakin besar angkanya. Sebelum ini berjanji mahu mansuhkan bayaran Tol Plus, beri wang kebajikan sebanyak 1000 ringgit, turunkan harga minyak petrol dan sebagainya, sekarang pula mahu hapuskan wang pinjaman pengajian tinggi PTPTN, menunjukkan sebuah kerajaan alternatif yang sungguh bermurah hati, sungguh menggembirakan semua orang.

Sebaliknya penulis mahu kembali kepada keadaan sebenar dan realistiknya: Pakatan Rakyat keluarkan cek yang begitu melambung tinggi nilainya, berapa banyak kah duit yang akan dibelanjakan? Dari mana datangnya duit-duit itu pula?

Sebelum ini cek Buku Jingga Pakatan Rakyat, secara kasarnya dalam bajet mereka mereka akan belanjakan 250 billion ringgit setahun, ia bermakna sama dengan pendapatan setahun negara, ia boleh menyebabkan dalam masa 2 tahun sahaja negara boleh diisytiharkan muflis. Hari ini Pakatan Rakyat mahu mansuhkan wang pinjaman PTPTN sebanyak 43 billion ringgit itu, kami mahu bertanya adakah jika kerajaan BN jatuh dan kerajaan Pakatan Rakyat memerintah, negara kita akan punyai wang yang banyak sehingga tidak putus-putus boleh digunakan itu, akan dibazirkan semua oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah itu nanti?

Secara lurus saya ingin berkata, Pakatan Rakyat sering keluarkan cek-cek kosong, itu semuanya tidak membawa sebarang makna. Kerana tiada orang yang begitu bodoh untuk mempercayainya, jika benar Pakatan Rakyat mahu kotakan janji-janji cek mereka itu, jaraknya amat jauh antara realistiknya dan logik akalnya. Mungkin mereka sangat ghairah keluarkan cek-cek janji mereka, jika kita duduk dan fikir baik-baik “dari mana untuk mendapatkan duit-duit” itu, bermakna kita akan rasa curiga kemampuan Pakatan Rakyat untuk kotakan janji-janji mereka itu.

Kata-kata “jika tidak beri Pakatan Rakyat mencubanya, mana awak tahu Pakatan Rakyat tidak mampu?” kami percaya inilah jawapan dan kata-kata yang dikeluarkan oleh orang-orang dan penyokong-penyokong tegar Pakatan Rakyat.

Jika mahu beri Pakatan Rakyat mencubanya, ia memang bukan satu halangan, tetapi bukan untuk Pakatan Rakyat mencuba memerintah kerajaan negara ini. Sebelum ini, kita telah beri Paktan Rakyat jadi menteri kewangan, melakar sebuah bajet kewangan alternatif negara, segala cek kosong dalam Buku Jingga, semuanya dijadikan dan dibentuk di dalam bajet kewangan tersebut, dan telah menunjukkan dari mana hasil yang diperolehi oleh negara, adakah ia dapat imbangi cek-cek yang telah dikeluarkan itu.

Bagi Pakatan Rakyat jika mahu laksanakan perkara itu, sepatutnya tiada sebarang halangan. Kerana pempimpin tertinggi Pakatan Rakyat pernah menjadi menteri kewangan Malaysia selama 7 tahun, dan pakar hebat ekonomi Pakatan Rakyat Tony Pua Kiam Wee berada di sisi beliau, bajet kewangan sekecil ini sudah tentu tidak dapat menyusahkan Pakatan Rakyat.

Tetapi bagi rakyat pula, mendengar ahli-ahli politik bercakap sesedap mulut buka cek-cek kosong ini, kenapa tidak duduk bersama tunjukkan dan bentangkan bajet-bajet projek dan rancangan itu, bukankah ia lebih praktikal dan nyata.

- Terjemahan akhbar China Press m/s C5 pada 12 April 2012 - tulisan Goh Chee Chong.

Sumber sini.

Friday, April 20, 2012

Belia Agenda Terpenting Negara

Yang Berhormat Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat menasihati golongan belia supaya berfikiran lebih matang di samping mereka mempunyai keberanian untuk menerokai sesuatu yang baru. Beliau menegaskan bahawa belia harus berfikiran lebih jauh di dalam setiap aspek termasuk politik, ekonomi dan sosial dan seharusnya mengambil tahu perihal dalam dan luar negara supaya dapat menilai sesuatu agenda dengan lebih matang. Ini kerana belia adalah pewaris bagi menerajui kesinambungan serta kesejahteraan Malaysia.


Ujar beliau lagi, kesedaran dalam merebut peluang untuk memiliki ilmu harus ada di dalam setiap diri belia kerana masa depan di lihat semakin mencabar. Menyentuh isu belia yang merancang untuk merantau ke destinasi yang baru, beliau menasihati supaya belia harus melihat keadaan di suatu tempat baru itu secara menyeluruh supaya mempunyai pemikiran yang luas serta berpandangan jauh.



Dengan memiliki ilmu pengetahuan serta kemahiran, ianya dilihat mampu untuk dijadikan sebagai benteng diri dalam menempuh arus perdana yang getir. Beliau turut mengambil contoh beberapa perkara yang telah berlaku di dalam negara ini seperti belia dimanipulasikan oleh pihak tertentu sehingga ada segelintir belia terjebak dalam memperjuangkan kepentingan fahaman parti politik tertentu, tanpa mereka mengetahui apakah niat sebenar pihak berkenaan. Fenomena sebegini sebenarnya telah merugikan belia itu sendiri. Senario sebegini tidak akan wujud sekiranya belia mulai sedar dan memandang sudut ilmiah sebagai rujukan.



Berpandangan kurang tepat dan menganggap suara belia tidak akan membawa apa-apa perubahan di dalam negara harus dikikis kerana peranan belia dalam memacu negara dilihat amat penting. Beliau turut menyokong pembentukkan Parlimen Belia hasil inisiatif kerajaan sekarang ini yang dilihat memberi peluang kepada belia untuk menyuarakan pendapat, pandangan, mahupun menyumbang idea.



Strategi bijak yang direncanakan oleh kerajaan ini diyakini mampu membina karakter belia menjadi lebih unggul, berkarisma, cerdas dan dinamik. Bukti ini cukup menunjukkan kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap perkembangan belia dan menyokong padu penyertaan belia di dalam proses menggerakkan jentera pembangunan negara.



Beliau menambah, dengan adanya platform untuk belia menyuarakan pelbagai pandangan, belia juga harus mempunyai matlamat yang jelas dalam mengenali erti kehidupan dan berusaha lebih gigih lagi untuk berjaya.



Beliau juga turut berkongsi sejarah kehidupan beliau alami suatu ketika dahulu amat mencabar disebabkan keadaan keluarga yang kurang berkemampuan di samping menetap kampung nelayan yang serba serbi kekurangan. Namun faktor berkenaan tidak mematahkan semangat beliau untuk berjaya seperti orang lain, hasil usaha yang penuh iltizam itu beliau berjaya menjadi seorang peguam sehingga kejayaan berkenaan telah mengubah nasib beliau sekeluarga.



"Jangan jadikan latar belakang kehidupan kita yang tinggal di kampung menjadi penghalang untuk kita menjadi insan yang berjaya", katanya.



Beliau menegaskan, pada zaman ini belia haruslah berusaha untuk menggapai impian dan cita-cita, kreatif serta inovatif untuk bersaing merebut peluang yang boleh dijadikan punca rezeki. Beliau mengakhiri ucapan dengan menyuntik kata semangat berkata, "Di samping kita menumpukan perhatian di dalam memajukan sukan, belia haruslah bertekad, berazam, dan pandanglah sudut keilmuan serta milikinya kerana kehidupan merupakan perjuangan terbesar di dalam hidup kita".



Berita penuh sini.

Free education is not always a good thing...

1. Free education refers to education that is funded through taxation rather than tuition fees. Although primary school and other comprehensive or compulsory education is free in some countries, all education is mostly free in the Nordic and Scandinavian countries.

2. In Norway and Finland, no fees apply for foreign students enrolling at a university, although they may not be eligible for a monthly study allowance and a loan. Finland taxes citizens at a marginal rate of 46.6%, reportedly the world's fourth highest. Nevertheless, the nation's economy is vigorous and unemployment as of mid-October 2011, was a relatively 6.8%. The Norwegian still have to paid far more taxes in Norway than they would have in America, even if they lived in a high-tax state like Massachusetts. As a Norwegian, they pays nearly 50 percent of their income to the federal government, along with a substantial additional tax that works out to roughly 1 percent of total net worth. Payroll taxes in Norway are double those in the U.S. sales taxes, at 25 percent, are roughly triple.

3. Sweden until recently, provided free education to foreign students but changes have been introduced to charge fees to foreign students. Sweden top statutory income tax rate is 56.5% and top marginal all-in rate is 56.5%. Denmark also has universal free education, and provides a monthly allowance to students over 18 years of age. But Denmark latest top statutory income tax rate is 51.6% and top marginal all-in rate is 62.8%. Greece and Argentina provide free education at all levels, including college and university. What happened to Greece and Argentina economic crisis due to global recession; the crisis in Greece is still ongoing, as well as bankruptcy and chaos in Argentina over the last decade, can be regarded as a warning before we make any decision to implement policies of free education in Malaysia.

4. In Brazil, free education is offered by the Ministry of Education. The Ministry offers scholarships for graduate degrees, masters, doctoral and post-doctoral for Brazilians and immigrants who have Brazilian citizenship. The best universities and research centers are public institutions, financed by either the local state or the federal government. However, when compared to the education policy of Brazil and Malaysia, the Malaysian Government education expenditures to the people is 8.1% higher than the 4.2% in Brazil. Based on World Development Indicators data, the Malaysian government has allocated expenditure, and subsidies for private education, including primary, secondary, and tertiary education is 20.3% of total revenue, which is 87% higher than the total Brazil expenditure in education.

5. In Sri Lanka, free education is provided by the government at different levels. Government funded schools such as national schools, provincial schools and primary and secondary education is free, while assisted schools and semi-governmental schools provided the same at subsidized rates. At the university level, the state universities provide undergraduate courses free, however this totals only about 10% for those qualified for university entrance. Grants and scholarships are provided for a limited number as study allowances.

6. Higher education was free in The UK until fees were introduced in 2001. Initially pegged at £1000 per year, the levels which institutions can charge has recently been raised to a maximum of £9,000 per year.

7. Free education has several advantages. Everyone can attend, so the gap between rich and poor students decreases as poorer students have more opportunity. The economy also benefits from the increased pool of highly educated labor. An educated workforce attracts employers and foreign investment. Socially, a more educated population should have more choices regarding nutrition, jobs and lifestyle. An additional point is that university fees only contribute a small proportion of the university budget.

8. However, some people are opposed to free education. Through their taxes, poor families subsidize rich students who can easily afford to pay fees. Spending government money on free education is often not possible or desirable when a country needs hospitals, roads, houses, military equipment's, primary or secondary schools etc.

9. A university education is a choice, not a requirement. People who finish college with advanced qualifications are going to earn large salaries and can easily afford to pay back loans. Furthermore, when people get something for free, they often do not value it. If college is free, many students will go there just because they cannot think of anything else to do.

10. Free third level education is not always a good thing. Malaysian Government need to think carefully about their policies and ensure that they are using their resources to help all the people in the country equitably.

Thursday, April 19, 2012

Mansuhkan PTPTN? Apa solusi penggantinya?

Pakatan Rakyat mahu mansuhkan PTPTN, supaya rakyat dapat secara percuma menerima pendidikan pengajian tinggi? Pemimpin pembangkang di parlimen Anwar Ibrahim timbulkan isu ini, dan berjanji jika Pakatan Rakyat memerintah kerajaan pusat akan mansuhkan skim PTPTN, dan kos pendidikan pengajian tinggi itu dicadang akan ditanggung oleh Petronas, supaya golongan muda mudi semua kaum dapat pendidikan dari sekolah rendah sehingga ke peringkat universiti secara percuma.

Pengajian tiinggi adalah pendidikan yang menelan kos yang tinggi, siapa yang tidak mahu jika ia dapat secara percuma? Cadangan seperti ini memang baik tetapi bagaimana ia boleh direalisasikan?

Sejak PTPTN ditubuhkan dan dilaksanakan, ramai pelajar kerana dapat bantuan dari PTPTN dapat tamatkan pendidikan tinggi mereka, mungkin ada sesetengah orang tidak setuju dengan dua perkataan mendapat manfaat ini diterjemah kepada biasiswa pelajar, tetapi kita tidak boleh menafikan, ramai muda mudi golongan miskin, kerana dalam keadaan tidak mampu masuk IPTA, kerana mereka melalui skim ini dapat tamatkan pengajian tinggi mereka.

Kekosongan tempat duduk di IPTA memang terhad, menyebabkan ramai pelajar tidak dapat masuk ke IPTA. Walaupun keadaan sekarang agak berbeza dengan keadaan yang lampau, ramai pelajar yang cemerlang lepaskan peluang mereka masuk ke IPTA dan mereka ambil keputusan belajar di IPTS.

Mereka memilih IPTS yang bayaran yuran yang agak tinggi, pada khidmat mereka yang penting mereka dapat memilih bidang apa yang mereka minati, dan kos yang ditawarkan di IPTS lebih dinamik dan sesuai dengan keperluan di pasaran pekerjaan, dan biasanya IPTS ada gabungan twin program dengan universiti luar negara, pelajar-pelajar ini boleh belajar di dalam negeri dan menduduki kertas peperiksaan universiti luar negara untuk mendapatkan ijazah mereka.

Tidak dinafikan yuran di IPTS memang lebih tinggi dari yuran di IPTA, pada mulanya skim PTPTN ini ditawarkan kepada pelajar di IPTA, kini diperluaskan ke peringkat pelajar di IPTS, ia memang banyak mengurangkan beban ekonomi pelajar-pelajar di IPTS, ia juga telah memberi peluang kepada mereka untuk tamatkan pengajian di IPT (sebab itulah masyarakat Cina berterimakasih dengan adanya PTPTN).

Ada sesetengah orang tidak setuju selepas mereka tamat pengajian, dan selepas mereka bekerja mereka dipaksa bayar balik pinjaman PTPTN, mereka anggap, pihak kerajaan sepatutnya beri pendidikan secara percuma kepada rakyat, dan bukan selepas pelajar-pelajar itu tamat belajar terus bayar balik hutang pinjaman.

Mansuhkan PTPTN dan beri secara percuma belajar di IPT, bukan semudah apa yang diperkatakan. Yang pertama, ini melibatkan kos yang amat tinggi, walaupun pihak kerajaan mampu menanggungnya, yang dapat menikmati kebajikan seperti ini bukan untuk semua golongan muda mudi, sedangkan pendidikan pengajian tinggi itu bukan satu pendidikan wajib ataupun pendidikan paksaan, dan bukan semua orang memilih ke jalan itu dan mereka bukan semua benar-benar sanggup untuk belajar di universiti.

Selain dari itu, calon tempat di IPTA terhad, jika PTPTN dimansuhkan, adakah bermakna pihak kerajaan akan serap kos dan yuran di IPTS juga? Jika Pakatan Rakyat memerintah, benarkah mereka dapat lakukan semua itu? Jika pihak kerajaan tidak dapat menanggung kos dan yuran di IPTS sebaliknya mansuhkan PTPTN, bagaimana pula dengan pelajar-pelajar miskin melanjutkan pelajaran mereka?

Buat masa ini faedah yang dikenakan oleh PTPTN hanya 1 peratus, bayaran balik dilonggarkan selama 15 tahun, selepas mahasiswa tamat belajar dan mencari pekerjaan, setiap bulan bayar balik pinjaman PTPTN sebanyak 100 higgga 200 ringgit sahaja, sebenarnya ia bukan satu masalah yang rumit. Bukankah ini sebagai satu tanggungjawab mereka kepada masyarakat itu sendiri?

Anwar Ibrahim pernah menjadi menteri pelajaran Malaysia dan pernah menjadi timbalan perdana menteri Malaysia, jika sejak zaman beliau memegang jawatan dulu beliau telah tukar sistem seperti ini untuk memberi pulangan kepada rakyat, bukankah itu satu perkara yang baik.

Berkaitan isu mansuhkan skim PTPTN mencadangkan mahu memberi pendidikan di IPT secara percuma, diharap beliau dapat beri penjelasan langkah-langkah selanjutnya dengan butir-butir yang terperinci, dengan tidak menaikkan cukai tetapi boleh laksanakannya, ataupun naikkan harga cukai di sektor-sektor lain, untuk pembiayaan pendidikan secara percuma di IPT. - Hou Yah Lun, ketua berita akhbar Sinchew Daily News (14/4/2012).

Sumber sini.

Tuesday, April 17, 2012

Saya keling ka?...Saya India la!



Memang confirm racist DAP nih. Sejak dulu kini dan selamanya DAP adalah Bapak Segala Racist. Hanya Cina didahulukan oleh DAP...kaum lain boleh pergi jahanam. Yang hanya boleh dipanggil keling ialah Prof Zainal Kling, Dara Keturunan Keling (DKK) & Tanjung Keling! Huh...

Monday, April 16, 2012

Ops Bersih 3.0

Tatkala bertitah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong pada 11 April 2012, amatlah wajar kepada sekalian rakyat jelata dan hamba rakyat untuk akur kepada Kuasa Pemerintahan Tertinggi KeRAJAan Melayu di Bumi Melayu ini.

Kumpulan tetamu yang diberi ehsan sebagai jemputan DYMM Tuanku yang dikenalpasti sebagai kacang hantu dalam Majlis Tertinggi Negara Bumi Melayu akan menerima kesan kebiadaban mereka menjelang 13 Mei 2012.

Mereka dikenali di kalangan pemusnah nilai perpaduan Negara ini. Manusia yang diberi ehsan oleh rakyat sebagai pemimpin di Dewan Rakyat telah mungkir kepada Sumpah Taat Setia memegang jawatan sebagai Ahli Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia.

Pasukan Unit Tindakan Khas dan Pasukan Perisikan Perajaan sudah mengadakan kawat cam berdasarkan kamera-kamera litar tertutup di seluruh kamar Dewan Pertabalan/Balairong Seri. Kegamatan dan kegayatan Wakil Rakyat Penyangak ini sedang di dewa-dewa oleh pengikut dan perompak kehormatan kemuliaan sebuah Negara Melayu Beragama Islam dan Beradat Melayu.

Ops Bersih 3.0 merupakan Tiupan Nafiri Perang yang disahut selepas Sumpah Memegang Jawatan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong di lafazkan dengan linangan airmata AMANAH dan KHAZAF PEMERINTAHAN ISLAM BERAJA yang diwarisi sejak 1136.

Sesungguhnya, langkah-langkah PKR+DAP yang biadab di Majlis Pertabalan dalam Balairong Seri ialah satu kesalahan besar seorang rakyat yang tidak punya daulat dan kedaulatan. Kepada warga rakyat yang bersekongkol dengan mereka yang biadab ini, SEDARLAH BAHAWA BUMI DI PIJAK MILIK ORANG (Raja-Raja Melayu) bukan milik kalian (rakyat jelata).

Politiking KelingKUP MBNS

Teromba berpolitik secara nyata bermula pada tahun 1897. Menjelang PRU-13, nampaknya barah kulit dan usus makin menjalar di kalangan pemegang kuasa politik. Teguran demi teguran telah dilambak dalam ribuan hujah dan bahas Call A Spade A Spade, namun dipandang lekeh dan leweh oleh kepemimpinan Atasan UMNO.

Kedudukan Menteri Besar NSDK hari ini, sekalian rakyat maklum bahawa dia bukan seperti yang diharapkan. Kedudukan kerusi-kerusi utama WAJIB MENANG di Parlimen dan ADUN juga kelihatan melukut di tepi kali.

Pembacaan politik melihat dengan gerakan bawah tanah PAS dan DAP yang makin kencang, potensi untuk UMNO-BN KelingKUP amat ketara lagi dibenarkan tanpa peperangan.

Tiada langsung nafiri perang ditiup oleh Pengerusi Perhubungan BN/UMNO. Tiada langsung bantuan gerakan mahawangsa yang boleh memberi KESAN NEGATIF ke atas sokongan pengundi PAS dan DAP. Tiada langsung suntikan Modal Teroka dan Modal Biaya kepada pasukan-pasukan kader UMNO-BN yang berlatarbelakang pelbagai, baik yang terang-terang mahu pun gerakan dalam selimut.

Mohamad Hassan GAGAL dan TEWAS dalam pertempuran strategi. Pertubuhan-pertubuhan belia pro UMNO yang dahaga kasih sayang UMNO tidak dicanai dan dikembang biak. Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang pro UMNO, kelihatan terkapai-kapai ibarat "layang-layang putus tali". Gamaknya, politik KelingKUP menjadi amalan Pengerusi Perhubungan BN/UMNO NSDK.

Daif benar nampaknya fatamorgana PRU-13.

Sunday, April 15, 2012

Fuck you Tian Chua

To Tian Chua and Azmin Ali, fuck you guys. You two have no respect to the Yang Di Pertuan Agong on his coronations last Wednesday. Tian Chua even has the guts to say that what was said about him were merely created by the cyber troopers of UMNO. Well, Mr Tian Chua, PLEASE LISTEN. You are a Member of Parliament because you are fortunate enough to be a Malaysian. We do know that you hate the Malays since your undergraduate years Down Under. Please respect the Yang Di Pertuan Agong or YOU SHALL go out of this country and migrate somewhere else, maybe Canada.

Honestly, I am sick of some Malays who do realise what the opposition leaders are doing but pretending that everything is alright and start attacking UMNO and even the Prime Minister's wife. Please do adhere to the Rukunegara and of course the Perlembagaan. Tian Chua, you do like Malays not to be united in order for you to gain in term of wealth and power. And lastly but not least, Azmin Ali, you should be grateful that you are rich enough to have posh cars and billions of assets. Please try to respect the Yang Di Pertuan Agong and all the Sultans. If not, just get the hell out of this lovely nation that is called Tanah Melayu!

Friday, April 13, 2012

Karnival Tahunan Terbesar

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata Kementerian Belia dan Sukan bertekad menjadikan Himpunan Jutaan Belia yang diadakan setiap hujung Mei sebagai antara 10 karnival tahunan terbesar di dunia.

Karnival yang bakal diadakan sempena sambutan Hari Belia Negara iu dijangka mampu mencapai status berprestij berdasarkan ia pernah mencipta nama sebagai karnival belia terbesar di Asia.

Himpunan Sejuta Belia bakal menyajikan lebih 500 acara menarik yang mampu menarik minat pelancong asing sepertimana beberapa karnival utama dunia yang pernah dianjurkan seperti di karnival Mardi Gras yang dirayakan di Rio de Janeiro, Brazil, Venesia, Itali dan Louisiana, Amerika Syarikat.

Ahmad Shabery juga dilaporkan berkata, "Setakat ini di Asia, karnival ini adalah yang terbesar. Cuma kita nak tengok dari segi penilaian antarabangsa supaya pada suatu masa nanti orang akan datang ke Putrajaya setiap tahun untuk melihat kepelbagaian dari segi kesenian, kebudayaan,aktiviti dan kehidupan masyarakat Malaysia."

Ahmad Shabery mengatakan KBS turut menyasarkan 2 juta pengunjung sempena Himpunan Sejuta Belia serta meminta Kementerian Pelancongan, termasuk wakil persatuan hotel untuk memainkan peranan mempromosi dan mewujudkan pakej-pakej istimewa bagi menarik pelancong asing sempena karnival tersebut yang dijangkakan berlangsung bermula 23 Mei hingga 27 Mei 2012 di Putrajaya.

Merujuk Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), 10 peratus daripada 1.1 juta pengunjung pada tahun lepas adalah terdiri daripada pelancong asing dan angka itu dijangka akan berlipat ganda sekiranya pakej promosi diperhebatkan di luar negara.

Antara aktiviti menarik yang dijadual pada karnival Mei ini termasuklah pelancaran Himpunan Sejuta Belia oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, program bercorak keagamaan,, promosi jelajah seluruh negara, konsert artis antarabangsa, temuduga terbuka, pameran kerjaya, motivasi kerjaya, pelancaran segmen modal insan, pameran dan jualan, serta perbarisan terbesar pasukan beruniform.

Hari Belia Negara diadakan bagi memberi pengiktirafan dan penghormatan kepada golongan belia di negara ini yang telah memainkan peranan dalam pelbagai bidang serta jasa mereka kepada kerajaan dan negara.

Thursday, April 12, 2012

Kurang Ajar!!

Saya duduk bersama dengan para dif-dif kehormat di belakang saf-saf kedutaan negara asing. Duduk di sebelah saya adalah Professor Datuk Dr. Firdaus Abdullah, bekas Timbalan Naib Canselor, Universiti Malaya, TNC saya semasa saya masih seorang mahasiswa Universiti Malaya.

Saya menyapa beliau dan beliau cukup berbangga kerana ‘murid’nya kini adalah merupakan seorang doktor yang duduk sebaris dengan beliau kini.

Malangnya, suasana istana yang murni dicemari dengan perlakuan beberapa orang yang sepatutnya menunjukkan satu contoh tauladan yang baik kepada rakyat Malaysia.

Di belakang saya, suasana cukup bising dengan hilaian ketawa dan apabila saya menoleh ke belakang, rupa-rupanya, ada beberapa ahli parlimen pembangkang yang duduk di belakang saya.

Antara yang saya kenal adalah Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dan isterinya Shamsidar Taharin, Tian Chua Naib Presiden PKR, Dr Siti Mariah Mahmud PAS serta beberapa orang lain yang saya tidak kenal nama mereka. Nurul Izzah Anwar, Khalid Samad dan Loh Gwoh Burne duduk jauh sedikit dari mereka. YB Kamalanathan Ahli Parlimen BN dari Hulu Selangor duduk di belakang mereka ini.

Saya amat terkejut dan kecewa apabila melihat mereka mempersendakan serta mengejek-ejek pemimpin negara seawal dari kemasukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ada hilaian ketawa dan bermula dari situ saya mendengar apa yang mereka perkatakan.

Apabila majlis mengumumkan kemasukan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak ke dalam Balairong, mereka cukup berat hati hendak bangun berdiri. Sambil ketawa dan mengejek-ejek, saya mendengar Azmin Ali berkata, “bangun untuk Rosmah, Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia.” Tian Chua menyampuk sama dan menyebut-nyebut “Menteri Wanita” dan hilaian tawa berterusan.

Saya sangka ejekan-ejekan ini hanyalah untuk pemimpin politik sahaja, maklumlah mereka ini (pembangkang) memanglah seteru politik bagi PM. Saya boleh terima, kerana memang mereka saban hari pun berceramah mengejek dan menghina PM.

Alangkah terkejutnya saya ejekan dan gurauan mereka itu berterusan kepada TYT Negeri Melaka dan seterusnya kepada bentuk fizikal beberapa Sultan dan Raja yang masuk secara teratur ke dalam balairong Seri.

Menerusi TV plasma yang ditempatkan, mereka dapat melihat setiap Sultan masuk ke dalam Balairong.

Seolah-olah seperti kanak-kanak di sekolah, mereka mentertawakan penampilan dan fizikal beberapa Sultan. Saya tidak tergamak hendak menulis di sini kerana ia sama seperti menghina baginda semua.

Apabila Sultan Selangor masuk, Azmin yang paling kuat ketawa dan berperangai kebudak-budakan memanggil Tian Chua dan berkata, “Tangan jangan masuk poket….nanti dia marah.” Semua mereka ketawa termasuk Dr Siti Mariah Mahmud sambil Tian Chua terus memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya seolah-olah memberi isyarat, “i don’t care“.

Kemasukan Sultan Perak juga mencetuskan kata-kata biadap yang seterusnya mencetuskan deraian tawa mereka.

Hanya kemasukan Sultan Kelantan sahaja yang mereka puji dengan mengatakan, “Wah! Laju tuanku masuk. Segak dan tampan. Nik Aziz tak boleh kejar” sambil Khalid Samad senyum dengan bangga.

Saya cukup hairan. Mereka semua ini adalah sultan-sultan kita. Pegawai-pegawai kedutaan asing duduk dengan tertib tanpa bersuara dan jika perlu bercakap hanya berbisik sesama mereka. Begitu menghormati protokol dan adat istiadat. Tetapi, pemimpin pembangkang ini yang merupakan rakyat Malaysia dan bercita-cita besar memimpin negara satu hari nanti, bersikap biadap kepada Raja-raja Melayu. Sebagai Ahli Parlimen dan ADUN yang mengaku taat setia kepada Raja, sewajarnya perangai seperti ini dihindarkan.

Saya dapat melihat para hulubalang istana yang berdiri di tepi balairong bersebelahan mereka cukup terganggu dengan gelagat biadap kumpulan pemimpin pembangkang ini. Jika negara ini tiada undang-undang, ada kemungkinan lembing yang mereka pegang dirodok kepada mereka-mereka yang biadap ini.

Selanjutnya sini.

Wednesday, April 11, 2012

Kerajaan kejam...salah SETAN!!


Anehnya, mengatakan kononnya pemerintah itu kejam (0:46), tetapi boleh pula mengutuk pemerintah yang kejam itu di YouTube. Bebas mengutuk dan mengkritik tanpa apa-apa tindakan 'kejam' yang diambil oleh kerajaan kepada si tukang kutuk?!

Memang spesis Bob Lokman. Anak sendiri tak betul...salahkan orang lain...salahkan kerajaan.

Apabila remaja gagal, salahkan kerajaan! Tetapi apabila ramai remaja sejak merdeka yang dah terbukti berjaya, nak salahkan siapa pula?


Bagaimana pula dengan remaja seperti gambar di atas ni? Adakah perlakuannya semasa remaja dulu yang terlebih seksi dan soSIAL adalah disebabkan salah asuhan ibu bapa? Atau semuanya nak salahkan UMNO juga?

What goes around comes around. Itulah yang dinamakan hukum karma cik kak oii!! Kok anak sendighi tak senengeh, logik eh nak salahkan setan pulak ko?

Saturday, April 7, 2012

Apa sudah jadi MIC N9?

Menjadikan saya sebagai common enemy terhadap kepentingan pribadi dia untuk mewujudkan pakatan sesama beberapa pemimpin yang turut mengintai peluang untuk menduduki kerusi ADUN Jeram Padang, termasuk beberapa ketua bahagian MIC, Ketua pemuda MIC N.Sembilan Palani, Pengerusi Kelab Bell Belia Tamil Malaysia Murali dan beberapa orang lain termasuk ketua ketua cawangan MIC dan ketua kampung di Jempol.

Brader Mogan hanya menjadikan mereka ini sebagai budak suruhan termasuk membuat laporan polis dan mejadikan seolah olah mereka ini memusuhi saya serta ingin merebut peluang mereka menduduki kerusi ADUN Jeram Padang?

Betapa bodohnya kurang bijak pemikiran Hitler Jeram Padang ini.

Brader Mogan jangan fikir semua orang sama seperti kamu, bekerja untuk duit dan kerusi.

Apa sumbangan brader sebelum menjadi ADUN?

Zero bin Tin Kosong, tak payah nak cerita banyak.

Nak tanya balik apa sumbangan saya?

Jawaban –

Sumbangannya terlalu banyak sehingga brader Mogan sendiri takut kehilangan kerusi ADUN tersebut (walaupun saya tidak pernah berharap kerusi tersebut) serta menjadikan saya sebagi common enemy termasuk membuat laporan polis dan mengugut menggunakan kaki pukul supaya tidak masuk ke kawasan Jeram Padang.

Sumbangan saya adalah ikhlas dan saya mempunyai pendirian tersendiri, dan buat masa sekarang priority saya adalah pendidikan supaya tidak menjadi insan separuh matang a.k.a bodoh kurang bijak macam brader.

Kalau saya pentingkan kedudukan, saya mungkin akan memegang jawatan ketua PUTERA MIC N.Sembilan sehingga sekarang dan menggunakannya untuk mendekatkan diri dengan kerusi ADUN Jeram Padang itu,tapi saya melepaskannya lebih awal melalui peralihan yang lancar.

Saya tak pentingkan kerusi dan jawatan brader.

Memecah-belahkan rakyat supaya selesa duduk dikerusi,salah satu penyebab brader disingkirkan dari kerusi Pengerusi MIC N.Sembilan adalah sebab memecah-belahkan komuniti India melalui politik kasta. Adalah tidak baik jika saya menghuraikannya lebih lanjut disini. Bagi saya kasta hanya dibezakan mengikut sumbangan dan hati yang baik bagi membantu sesama insan secara ikhlas. Kalau mengikut strata tersebut, brader Mogan tak masuk list.

Mengkaitkan sesuatu yang tidak ada hubungan untuk kepentingan sendiri, dan ini mempunyai hubungan yang erat dengan common enemy. Menjadikan saya sebagai common enemy serta memperbodohkan orang disamping dia menggunakan nama saya.

G. Palanivel minta profesional join MIC, S. Murugessan mengatakan MIC akan mendapatkan sokongan professional, kalau macam inilah pemikiran ADUN MIC, professional mana yang nak join MIC?

Kemungkinan besar hanya keluarga sendiri atau crony yang akan bersama MIC dan lainnya akan duduk bersama pembangkang.

Jika Najib Razak membaca artikel ini, mahukah Hitler Jeram Padang dikekalkan?

Kemungkinan besar besok dia akan menyerang UMNO dan menjadikannya common enemy dengan bekerjasama dengan DAP dan Pakatan Rakyat untuk kekal di kerusi ADUN Jeram Padang.

Selanjutnya sini.

Friday, April 6, 2012

What you give, you'll get back...


Assalammualaikum semua sahabat pembaca yang budiman.

Warga Paneh Miang menyeru kepada sahabat-sahabat pembaca blog ini yang sudi menghulurkan sebarang bentuk derma ikhlas demi membantu anak-anak yatim khususnya kepada Yayasan Anak Yatim Al-Khair, Negeri Sembilan.

Menurut En. Abd Rahman bin Hj. Musa yang juga Pengerusi Yayasan Anak Yatim Al-Khair, buat ketika ini Yayasan hanya mampu dapat meletakkan anak-anak yatim seramai 18 orang sahaja terdiri daripada 10 orang perempuan dan 8 orang lelaki. Ini kerana rumah yang diwakafkan sementara kepada mereka tidak mampu menampung jumlah yang lebih ramai.


Sejak didaftarkan di bawah nama Yayasan Anak Yatim Al-Khair ini, pihak mereka bergantung sepenuhnya kepada sumbangan ihsan orang ramai yang tidak putus-putus menghulurkan bantuan. Walaubagaimanapun, dengan perbelanjaan bulanan yang makin meningkat yang dianggarkan lebih RM4,000 sebulan, ia agak membebankan Yayasan ini.

Rumah yang menjadi tempat kanak-kanak seramai 18 orang bernaung ini juga berada dalam keadaan serba kekurangan sekali gus memerlukan penambahbaikan. Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan atau sumbangan, boleh berbuat demikian dengan menghubungi 012-679 1847 (En. Abd. Rahman) atau menyalurkan terus sumbangan ke Akaun Bank Islam Malaysia atas nama Yayasan Anak Yatim Al-Khair dengan nombor akaun 05012010046140.



Segala derma ikhlas sahabat sangat dihargai dan hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya.

Imej KBS di MATA Dunia

Amat malang diucapkan kepada Ahmad Shabery Chik, Ahli Parlimen Kemaman yang diamanah sebagai YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia, menanggung integriti Kementerian Belia dan Sukan. Rupanya, kubur Ahmad Shabery Chik bukan dicipta oleh rakyat pengundi tetapi oleh "kebahalolan" para pegawai KBS.

Perkhabaran, dalam satu sidang akhbar yang melibatkan pasukan My Corps, pegawai yang tak cerdik telah menasihatkan YB Menteri, akhirnya Menteri membuat pembetulan ayat, bahawa My Corps sudah tamat. Tahun ini akan dibina Akademi Kesukarelaan. Siapakah yang memberi dorongan tidak wajar kepada proses ini. 30 orang peserta My Corps yang sepatutnya ditampil secara lebih jauh dan KBS bina lagi beberapa pasukan My Corps, supaya dapat memberi limpahan kuasa ilmu kesukarelaan yang lebih mapan dan strategik kepada negara dan dunia. Namun, tinggal kenangan sahaja.

Perkhabaran, dalam sebuah konferen di Tokyo, KBS menghantar Nuraida Idris, penolong pegawai gred 39 bersidang dengan 10 buah wakil Kerajaan Negara ASEAN dan Jepun. Forum mesyuarat menjadi keliru, dengan pelbagai kenyataan dan maklum balas yang dibentang oleh "budak hingusan KBS" ini. Akhirnya, Kerajaan Malaysia dilihat tidak sensitif kepada dunia diplomatik antarabangsa oleh korum konferen ini. Sesungguhnya, Ahmad Shabery Chik sedang dilondehkan oleh barisan pegawai mangkuk hayun dan mengkarung bertanduk di KBS. Tahniah, YB Menteri.

Pak Sedaro fikir sudah masanya, YAB PM dan YAB TPM mencatur bidak-bidak YB Menteri dan calon-calon yang lebih berwibawa dalam dunia penuh cabaran intelektual politiking.

Kedudukan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia perlu diteropong sebagai Agen Transformasi Belia Paling Berwibawa dalam rancangan pembangunan sosio budaya dan kepimpinan pelapis. Namun, apakan daya, bila mana pegawai-pegawai KBS terdiri daripada "haiwan berakal" yang tidak bertugas secara hikmah dan hemah, maka, kewajaran INTEGRITI Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah terlacur.

Wednesday, April 4, 2012

PTPTN

Assalamualaikum,

Mansuhkan PTPTN!!! adakah satu isu yang wajar untuk dibawa ke arena politik. Bagi saya isu PTPTN bukanlah satu isu yang wajar untuk diperdebatkan di dalam arena politik. Nampak ketidakikhlasan pejuang-pejuang politik pihak pembangkang, dimana kebanyakan anak mereka pun sebenarnya adalah peminjam-peminjam PTPTN.

PTPTN di tubuhkan atas dasar membantu anak-anak Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di peringkat menara gading. Atas dasar itu jugalah ramai anak-anak Malaysia yang terpelajar dan setelah merasakan dirinya sudah penuh ilmu di dada, dengan sombong dan angkuh menggigit kembali tangan yang menyuapkan mereka makanan di kala tiada sesiapapun yang sudi memandang mereka semasa itu.

Secara dasarnya saya menyokong PTPTN, Cuma yang perlu diperdebatkan adalah sistem PTPTN. Di mana bagi saya, PTPTN bagaikan mencari keuntungan keatas peminjam-peminjam mereka. Ya, saya faham nilai 1 peratus yang dikenakan itu kecil kalau dibandingkan dengan bank-bank perdagangngan yang lain. Tetapi kenapa dibandingkan dengan Bank, kenapa tidak dibandingkankan dengan Yayasan-yayasan negeri, MARA, JPA, dan kebanyakan agensi-agensi yang menawarkan pinjaman dan biasiswa. Sudah tentu jawapanya "Kenapa tidak minta kepada mereka sahaja, jangan pinjam PTPTN..". Tetapi hakikatnya kami tidak diberi pilihan semasa pertama kali kami menjejakan kaki ke menara gading. Dimasa itu kami hanya ditawarkan PTPTN, tandatangan atau tidak itu sahaja pilihan kami. Tanpa kami faham akan akibat apa yang akan jadi selepas itu.

Saya secara peribadi mohon kepada pihak PTPTN agar dipertimbangkan pemansuhan nilai 1 peratus itu dan segala denda lewat yang dikenakan kepada kami, yang terleka dalam melangsaikan tanggungjawab membayar hutang kepada PTPTN. Fahamilah kami bukan tidak mahu membayar hutang dan jauh sekali ingin lari dari hutang. Cuma kalau boleh dipertimbangkan situasi menang-menang kedua-dua belah pihak. Kami dapat langsaikan hutang, PTPTN dapat kembali duit mereka.

Kami bukan pesalah jenayah berat, janganlah dihukum kami sedemikian rupa. Dengarlah suara kami. Jangan terhantuk baru nak tergadah. Jangan sampai nasi menjadi bubur. Isu telah dipolitikkan, Takut-takut rasa marah diterjemahkan di atas kertas undi.

Sekian Terima Kasih

Monday, April 2, 2012

Isu Hospital Rembau

i. Peruntukan untuk pembinaan hospital telah ada dalam Rancangan Malaysia ke-9

ii. Projek tergendala pada mulanya disebabkan masalah tanah/penempatan. Asalnya projek Hospital Rembau ini akan dibina di Terentang Estate, tetapi didapati lokasinya tidak sesuai kerana kawasan tersebut berhampiran dengan tempat pembuangan sampah. Tambahan pula peruntukan asal hanya cukup untuk membina hospital saja dan tiada peruntukan bajet untuk kerja-kerja pemotongan bukit serta peruntukan membina jalan masuk ke hospital.

iii. PKNNS telah memberi keizinan untuk menggunakan tanah mereka di Chembong tetapi timbul masalah berkenaan harga tanah. PKNNS ingin menjual tanah tersebut dengan harga RM22 sekaki, tetapi Kementerian Kesihatan hanya mampu membayar dengan harga RM16 sekaki.

iv. Walaupun cek sudah diterima daripada Kementerian Kesihatan mengikut kadar harga yang dipersetujui iaitu RM16 sekaki, namun bantahan telah dibuat oleh pihak PKNNS di mahkamah dan proses bantahan itu telah mengambil masa serta melewatkan lagi projek pembinaan hospital tersebut.

v. Kini isu tanga telahpun selesai dengan persetujuan kedua belah pihak menerima penyelesaian dengan harga RM18 sekaki bagi lokasi pembinaan Hospital Rembau. Pengadang zink telahpun dinaikkan dan tender telah dikeluarkan pada bulan ini iaitu April 2012.

vi. Hospital Rembau kini dijangka siap dan beroperasi sepenuhnya dalam masa 26 hingga 30 bulan lagi.


Selanjutnya rujuk sini.

Baca juga isu PTPTN di sini.

Sunday, April 1, 2012

L.A.W.





I just got back from a farm in Tanjung Ipoh, Seri Menanti, Kuala Pilah. I had a great time exploring this vast land cultivated by Akmal and his partner Haffizi. Here is what Haffizi or Fizi said about this place.

"LAW adalah sebuah ladang yang akan dibina bagi tujuan agrotourism di Seri Menanti.

Memulakan projek ini dengan hanya membela ayam/unggas exotic seperti ayam belanda, ayam mutiara, ayam bantam, ayam selasih/silkie, ayam mini cochin, ayam giant brahma, merak, burung merpati, itik dan beberapa lagi jenis ayam/unggas.

1st phase is deer farm (3acre): Projek ini dimulakan pada awal Februari 2012 dan sekarang masih lagi dalam pembikinan ladang.

2nd phase (10acre): Under planning for ladang lembu, unta, kuda or ostrich and kolam udang.

Selain tu juga, kami turut merancang akan membuat beberapa aktiviti lain seperti ATV, gelanggang gasing dan paintball.

Di Ladang Alam Warisan (L.A.W.) ini membawa konsep alam warisan bagi mengangkat kembali seni-seni warisan Melayu."

Well, here are an example of usahawan Malays. The new generation do not have to have connections with political parties in order to be successful in life. Therefore, I am baffled that some blogs like to associate Malays who are successful with UMNO and labeling these new technocrats as UMNOputras.

Blog Archive