Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, September 26, 2014

Ah Jib Boeing

1. Ada yang kata Najib dah habiskan RM5.7 bilion wang rakyat untuk program berkaitan 1Malaysia sejak 2009 hingga kini (belum campur lagi RM7.2 bilion kos bayar konsetan sebagai tukang bagi idea dan setup projek 1Malaysia).

2. Kalau ikut Bridget Welsh, RM11 bilion telah dihabiskan Najib untuk kempen 1Malaysia-nya sejak 2009-2013.

Salah satu contoh pembaziran Najib.

3. Hasil daripada pembaziran berbilion ringgit itu..undi popular BN (49%) kurang 2 peratus daripada Komplot Pembangkang (51%) di PRU-13. Sebab itulah Muhyiddin bimbang jika undi popular Umno-BN akan terus merosot di PRU-14, sekaligus BN akan gagal mengekalkan kuasa pada masa hadapan. Kebimbangan Muhyiddin ada asasnya.

4. Sejak jadi PM, Najib kerap sangat keluar negara terutama akhir-akhir ni..hinggakan gelaran Najib bukan lagi Ah Jib Gor..tapi dah jadi Ah Jib Boeing sebab asik fly tak sudah. Pasti semua ingat jawapan Shahidan tahun lepas di parlimen pasal kos Najib ke luar negara sejak 2009 hingga 2013 melebihi RM44 juta. Maknanya campur tolak lebih kurang RM10 juta setahun belanja travelling Najib dan rombongannya. Agaknya tahun ni kuota RM10 juta belum cukup lagi..jadi terpaksalah Najib panjangkan tempoh 'melancongnya'.

5. Ada yang kata Najib 'lari' keluar negara sebab nak cari ketenangan dek tak tahan tekanan melampau dari dalam negara padanya. Mahathir tekan dia..ahli UMNO tekan dia..ekonomi tekan dia..rakyat tekan dia..cuma blogger je yang tak ramai tekan dia..heh! Senang betul kerja Perdana Menteri - tertekan je..diam..tertekan je..blurr..tertekan je..blah!!

6. Ada juga yang kata Najib keluar negara sebab nak cari peluang pelaburan, nak cari dana sebab hutang negara dah cecah RM700 bilion, mewakili 70% dari nilai KDNK. Walaupun kajian terbaru Bank for International Settlements menyatakan hutang kerajaan paling maksimum tiada masalah hingga 90% KDNK; tapi itu mungkin strategi bank tu nak menghancurkan sesebuah negara..bagi harapan palsu..mana kita nak tau!! Lagipun masalah hutang domestik dan defisit belanjawan kerajaan berkait dengan inflasi serta kelembapan ekonomi - dan itulah yang sedang dihadapi negara ni.

7. Forecast Update - Tahun ni KDNK 6%, tahun depan dijangka 5.5%. Tahun ni OPR kekal 3.25%, tahun depan akan naik 25 bips. CPI tahun ni 3.3%, tahun depan 5%. Jadi rakyat marhaen sekalian, sila kawal belanja anda ya!!

8. Walau apa yang Najib tengah buat sekarang ni, nampak seolah dia sedang lepas tangan. Seolah sedang bagi peluang untuk Muhyiddin mentadbir negara. Seolah sedang dalam proses nak lepas jawatan PM?!

9. Apa pun hari Sabtu ni ada Gerakan Hapus Akta Hasutan di Pulau Pinang yang seperti semua maklum, Najib pun nampak macam bersekongkol dengan pembangkang sebab dah 3 kali dok umum nak hapus Akta Hasutan. Jadi kepada yang masih menyokong Akta Hasutan, sila LIKE page FB sahabat kami "Malaysia Mempertahankan Akta Hasutan" dan sokonglah beramai-ramai "Siri Jelajah Gerakan Malaysia Mempertahankan Akta Hasutan 1948" seperti di bawah ini;


10. Najib terbukti dah buat silap apabila mansuhkan ISA. Jangan biarkan Najib buat kesilapan yang sama dengan Akta Hasutan!!

Wednesday, September 24, 2014

MEWAHnya UIAM

Semua orang tahu yang Rais Yatim adalah Presiden UIAM dan KJ Zumba adalah menteri mentor di universiti yang sama.

Baru-baru ni, seorang pelajar fakulti Undang-Undang UIAM telah menulis di TMI (klik) berkenaan pengubahsuaian fountain (mata air) yang baru di bina di bulatan masuk ke kampus universiti itu di Gombak.


Pelajar bernama Mardhiyah Siraj itu mempersoalkan kos pembinaan fountain serta kewajaran pengubahsuaiannya. Mardhiyah merasakan dana yang digunakan untuk kerja pengubahsuaian itu lebih baik disalurkan ke fakulti dalam kampus yang lebih memerlukan. Beliau memberi contoh kerusi-meja yang banyak rosak, masalah lampu, serta jaringan internet yang teruk etc. lebih perlu diberi keutamaan. Malah komen di TMI juga menyebut berkenaan komputer di Fakulti Kejuruteraan yang masih menggunakan perisian Windows 95 serta disket. Tak sangka masih wujud disket di UIA..heh!!

Mungkin adik Mardhiyah ni tak tau yang fountain tu rasanya memang patut ditukar ikut selera Presiden UIAM. Kan ke Presiden UIAM tu bekas Menteri Kebudayaan..jadi mestilah fountain tu pun mesti ada ciri-ciri budaya. Tu pun kira nasib baik la Presiden tak suruh cat fountain tu corak batik macam baju yang selalu dipakainya..kalau tak..memang sah la nusantara.


Sumber dalaman kami mendedahkan, khabarnya kos pembinaan fountain tersebut bernilai hampir RM500 ribu ringgit. Wow...boleh buat 15 rumah kos rendah tuuu!! Mungkin inilah agaknya 'wow factor' yang Muhyiddin dok tercari-cari tu. Khabarnya kos pengubahsuaian fountain termasuk dalam pakej pengubahsuaian sekali pintu gerbang UIAM yang bajet keseluruhannya bakal mencecah RM1.5 juta. Sekali lagi...WOW!!

Tapi apa la yang nak dihairankan..andai dikhabarkan kos pengubahsuaian pejabat NC UIAM pun boleh rabak sampai RM300 ribu, tu tak kira lagi bajet ubahsuai pejabat Presiden UIAM...jadi apalah sangat setakat RM1.5 juta. Mungkin sebab itulah baru ni pejabat Presiden UIAM pun kena simbah cat.


Sebagai sebuah universiti yang tidak pun tersenarai seperti 5 IPTA lain dalam ranking 400 Universiti Terbaik Dunia, serta diketahui umum sebagai kilang pengeluar pembangkang setiap tahun; KEMEWAHAN UIAM amatlah dikagumi?!

Apa pun kita mestilah bersangka baik..husnulzan. Mungkin juga dana yang digunakan untuk pengubahsuaian fountain, pintu gerbang, pejabat NC, pejabat Presiden UIAM etc. tu menggunakan dana khas yang tidak pun melibatkan wang kerajaan langsung.

Mungkin juga dana tu datangnya daripada menteri mentor UIAM sendiri iaitu saudara KJ Zumba yang kita tahu sebelum ini adalah 'the 'world's richest unemployed man'. Manalah tau kannn..duit saham ECM Libra makan tak habis..jadi sedekahlah kat UIAM sikit..

Lari topik sikit..apahal KJ Zumba seronok sangat Azmin Ali jadi MB Selangor? Ada kaitan dengan kes hantar passport kat Anwar lama dulu ke? KJ Zumba trojan horse Pkr?

Monday, September 22, 2014

Rosmah bakal gembira?

1. Masa dok borak dengan sorang sahabat, pakar PV profesional lulusan B.Tech Electrical Engineering dan pemegang PG Certificate in Advance Solar Energy, terkeluarlah cerita pasal pembangunan loji janakuasa tenaga solar dengan kapasiti 50 megawat (MW) terbesar di Kedah.

2. Sahabat ni dok puji usaha kerajaan membangunkan teknologi tenaga solar di negara ini sebab kebanyakan negara dah mula usaha ke arah tu. Antaranya ialah negara jiran kita sendiri, Indonesia dan Burma.

3. Antara lokasi-lokasi penjana solar berkapasiti besar di Malaysia terletak di Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang dan Terengganu. Bagi penjana solar berkapasiti 8MW yang dibina di negara ini, jumlah pendapatan yang diperoleh adalah sebanyak RM1.3 juta sebulan. Jadi berapa pula agaknya jumlah pendapatan yang mampu diperoleh melalui loji janakuasa solar berkapasiti 50MW di Kedah!!

4. Merujuk Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, penggunaan tenaga solar selain boleh mengurangkan bahan api fosil yang diguna pakai sebelum ini, mampu menjana pendapatan negara hingga RM1.5 bilion menjelang 2020. Malah Malaysia merupakan negara pengeluar PV ketiga terbanyak menerusi modul dan sel solar selepas Jerman dan China. Mungkin Malaysia juga berpeluang menempatkan diri sebagai pengeluar PV solar utama global pada masa akan datang.

5. Dikhabarkan pembangunan loji di Kedah yang melibatkan keluasan 202.34 hektar, dijangka menelan kos mencecah RM1 bilion, merupakan loji tenaga bukan hidro RE terbesar di Malaysia. Satu projek bersama DuSable Capital Management LLC dan 1MDB.

6. Bila dipersoalkan kos pembangungan janakuasa tenaga solar di Kedah tu terlalu mahal, hampir RM1 billion yakni melebihi USD300 juta, sahabat tu menyangkal dengan menyatakan kos tu agak standard untuk janakuasa solar dengan kapasiti 50MW.

7. Selain kos Solar PV modules, inverter, transformer, switch gear etc. yang bergantung kepada vendor dan suppliers, nilai hartanah tempat projek itu dibangunkan perlu juga di ambil kira. Sahabat itu menerangkan di beberapa negara seperti Brazil dan Russia, kos boleh mencecah USD7 juta untuk janakuasa solar dengan kapasiti 1MW. Jadi bayangkan kosnya jika berkapisiti 50MW. Katanya lagi, kos projek power plant di Kerala yang berkapasiti 50MW pada peringkat awal juga melebihi USD600 juta. Jadi agak 'normal' sebenarnya kos pembinaan loji janakuasa tenaga solar di Kedah tu..

8. Cuma rakyat kebanyakannya skeptikal dengan 1MDB sebagai entiti pelaburan kerana menanggung terlalu banyak hutang hingga mencecah puluhan bilion ringgit dan kerajaan melalui Kementerian Kewangan sanggup pula 'serah tengkuk' jadi penjamin. Tak pasal-pasal hutang negara bertambah dan berlaku defisit dalam belanjawan sebab nak menjamin 1MDB. Auditor pun tak berani nak tandatangan akaun 1MDB kerana kebanyakan transaksi 1MDB tidak boleh dibukti kesahihannya. Malah Che Det turut mempersoalkan 1MDB.

9. Khabar terbaru Tan Sri Ismee Ismail, CEO Tabung Haji yang juga salah seorang BOD 1MDB ketika ini, disebut bakal ke PNB. Dan semua maklum PNB adalah sebuah entiti pelaburan bagi Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB) yang menguruskan dana amanah seperti ASN dan ASB yang pastinya lebih banyak wang berbanding Tabung Haji. Dalam dunia korporat semua tahu yang Ismee ni orang suruhan Rosmah.

10. Sama ada bebudak PERMATA akan makin senang atau Rosmah yang bakal gembira sebab nak terima Anugerah Hero STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) di Amerika!! HERO tu beb..

AHMAD DEEDAT BANGKIT DARI KUBUR

Proses menjahanamkan institusi Agama Islam di Afrika Selatan, SEDANG DIORIENTASI OLEH sarjana Liberalis dan Pluralis Muslim (Dajjal New Age) dari Oxford. Nampaknya, pusat Iluminiti sedang berpangkalan di Oxford Center of Islamic Studies...

Awas Malaysia...

*********

CAPE TOWN: Di sebalik kebangkitan kumpulan militan Islam di peringkat global, sebuah masjid untuk golongan homoseksual atau ‘gay’ telah dibuka pada Jumaat di Cape Town, Afrika Selatan meskipun terdapat ancaman agar ia tidak dibuka.

Masjid itu diasaskan oleh ahli akademik Islam, Taj Hargey yang juga adalah pengarah Pusat Pendidikan Islam Oxford di United Kingdom.

Selain golongan 'gay', masjid turut membuka pintunya untuk mereka yang beragama kristian dan wanita.

Pembukaan ‘masjid terbuka’ itu yang serentak dengan solat Jumaat mendapat lebih banyak perhatian dari pihak media berbanding jemaah, mahupun penunjuk perasaan.

Turut kelihatan, kelibat anggota polis yang bersiap-sedia sekiranya berlaku kekacauan di sekitar masjid yang terletak di kawasan kejiranan Wynberg.

Beberapa anggota kumpulan yang membantah pembinaan masjid terbabit memaklumkan kepada agensi berita AFP, mereka menunggu pihak berkuasa untuk bertindak dan akan “menghentikan perkara itu, walau apa pun yang berlaku”.

Sesi solat Jumaat bagaimanapun berlangsung tanpa gangguan meskipun sekali-sekali terdengar teriakan “anda akan ke neraka” oleh penunjuk perasaan.

Hargey menyifatkan masjidnya itu sebagai satu “revolusi agama”, susulan kepada revolusi politik yang dicetuskan bekas presiden Afrika Selatan Nelson Mandela, yang menyaksikan sistem demokrasi menggantikan pemerintahan apartheid di Afrika Selatan.

Dalam khutbah Jumaatnya, Hargey membidas penyebaran rasa benci di kalangan umat Islam dan penganut Kristian yang dikatakan semakin meningkat.

Dia meletakkan kesalahan kepada ajaran agama tidak sihat yang didakwa datangnya dari Arab Saudi dan Pakistan yang menjadi punca tertubuhnya kumpulan radikal seperti Negara Islam, IS, Taliban di Afghanistan dan Boko Haram di Nigeria.

Dakwanya "wang kotor dari Arab Saudi" telah digunakan untuk mempromosi sikap tidak bertoleransi di kalangan umat Islam .

Hargey turut mendakwa dia sendiri telah menerima ancaman fizikal dan psikologi sejurus mengumumkan rancangannya untuk membina masjid itu.

Termasuk  ancaman untuk  mengerat kemaluannya, memenggal kepalanya dan menggantung dirinya.

Namun semua itu tidak menghalang dari masjid itu dibuka.

Hargey sememangnya tidak asing dengan kontroversi, di United Kingdom dia pernah melancarkan kempen mengharamkan burka atau bertudung menutup muka sepenuhnya buat kaum wanita.

Afrika Selatan memiliki seramai 737,000 umat Islam, atau 1.5 peratus dari jumlah penduduknya. - Awani.

Wednesday, September 17, 2014

Akta Pengecualian Cina


Pada musim bunga tahun 1882, Akta Pengecualian Cina telah diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat dan ditandatangani oleh Presiden Chester A. Arthur. Tujuan akta ini digubal adalah untuk menghalang kemasukan pendatang buruh Cina ke Amerika bagi tempoh 10 tahun.

Buat pertama kalinya, undang-undang Persekutuan Amerika mengharamkan kemasukan kumpulan buruh etnik Cina atas dasar ianya mengancam ketenteraman di beberapa kawasan. Rentetan itu sangat sedikit jumlah imigran Cina yang dibenarkan berhijrah ke Amerika di bawah Akta Pengecualian Cina 1882.

Akta Pengecualian Cina meletakkan beberapa syarat kepada pendatang Cina yang telah sedia bermastautin di Amerika. Antara syarat tersebut ialah jika mereka meninggalkan Amerika Syarikat, mereka perlu memohon semula sijil kemasukan. Malah Kongres Amerika turut memansuhkan hak mana-mana Negeri dan Mahkamah Persekutuan untuk memberikan taraf penduduk kepada pendatang Cina yang bermastautin di negara tersebut.

Apabila tempoh Akta Pengecualian Cina tamat pada tahun 1892, Kongres telah melanjutkannya selama 10 tahun melalui Akta Geary. Akta ini kekal hingga tahun 1902 dengan pindaan iaitu setiap imigran Cina perlu melakukan pendaftaran semula bagi memperolehi sijil kediaman. Tanpa sijil ini, imigran Cina akan dihantar pulang ke negara asal.

Akta Geary dikawal selia hingga tahun 1920-an. Dengan meningkatnya jumlah kemasukan imigran Cina selepas perang dunia, Kongres Amerika telah menetapkan peraturan baru berkenaan kuota kemasukan imigran yang berkaitan dengan negara asal mereka. Ketika itu pergerakan anti Cina di Amerika telah mula reda.

Pada tahun 1943 Kongres Amerika turut memansuhkan semua akta pengecualian dan membuka ruang kepada imigran Cina untuk memohon sebagai penduduk (bukan warganegara) melalui kaedah naturalisasi hanya kepada imigran Cina yang dilahirkan di Amerika; sehinggalah Kongres meluluskan Akta Imigresen pada 1965.

Berkuatkuasa 1 Julai 1968, Amerika telah menetapkan hanya 170,000 pendatang asing sahaja yang dibenarkan masuk ke Amerika Syarikat pada satu-satu masa, iaitu dengan jumlahnya terhad kepada 20,000 pendatang dari satu-satu negara.

Walaubagaimanapun Akta Imigresen Amerika yang digubal pada tahun 1990 telah mengalami beberapa perubahan dalam undang-undang berkaitan imigresen sejak 1965. Untuk maklumat lanjut mengenai Imigresen Cina dan Cina di Amerika boleh klik sini.

Apa beza Cina Amerika dengan Cina Malaysia?

Monday, September 15, 2014

Ahli Pemuda Seremban terabai?

Kami terima email berkenaan seorang ahli pemuda UMNO Bahagian Seremban yang kononnya tidak dipedulikan selepas ditimpa nasib malang. Selepas melakukan sedikit siasatan (digging for the truth), kami terjumpalah berita di bawah yang mungkin berkaitan dengan email yang kami terima;


Tanpa prejudis, kami siarkan kandungan email berkenaan tanpa edit seperti berikut;

"Assalamualaikum. Sey sian tgk kawan sey ahli umno Pemuda UMNO Bhg Seremban. Beliau ni aktif dgn pemuda UMNO semasa dia sehat. Mano je PRK or aktiviti yg di anjurkan oleh pemudo UMNO Seremban, dio akan turut join membantu utk jayakn aktiviti tu. 

Tp tu maso dio tgh sehat togap laie. Skang ni dh setahun dio x buleh bangun hanya buleh duduk n baring yo. 

Sekali pun pemudo Bahagian Seremban x dtg tgk dio kat rumah. Apo lah di buek an camtu kat dio padahal dulu samo2 dlm pemudo tp bilo dh sakit, x leh guno, sikit pun x mandang. 

YB Hj Abu ponah melawat beliau tapi tu pun wakil dari pemudo xdo samo. Kwn2 dlm pemuda semua x muncul tgk dio, poie jenguk kat umah. Bilo di tanyo apo yg pemudo bantu...jawapan ea sodih di dongar. 

Bantuan JKM pun dio dapat bilo wakil JKM datang bersama YB Hj Abu. Tu dio dpt RM150 sebulan. Skang ni dio ado mintak bantuan dari YB2 n Menteri utk biayai perubatan ea.. 

Macam ni ko UMNO membela bangsa ea sedangkan ahli ea terbiar? Ni la deh umpama habis madu sepah di buang. Kosian sey tengok an dio.."

P/S: Mungkin ada sesiapa dikalangan 'orang kuat' Pemuda UMNO Bahagian Seremban yang boleh tolong jawab isu email ini?

Friday, September 12, 2014

Kemangkatan Undang Luak Jelebu


Yang Teramat Mulia Dato' Mendika Menteri Akhirul Zaman Dato' Musa Bin Wahab telah pun mangkat sebentar tadi. Warga Paneh Miang merakamkan salam takziah buat ahli keluarga Allahyarham. Semoga dicucuri rahmat oleh Allah SWT.

Berusia 77 tahun, dilahirkan pada 4 September 1937 di Kuala Klawang Jelebu Negeri Sembilan, Allahyarham merupakan Undang Luak Jelebu ke-15 dari Suku Biduanda Waris Berundang Perut Sarin. Allahyarham dilantik sebagai Undang Jelebu pada 4 Februari 1980, Pesaka Dato’ Mendika Menteri Akhirul Zaman. 

Tuesday, September 9, 2014

Cadangan Khaled Nordin

Kerajaan Pusat diminta mewujudkan semula bank atau institusi kewangan yang menyediakan skim sewa beli berkesan bagi memudahkan rakyat memiliki rumah.

Menteri Besar, Datuk Seri Moha-med Khaled Nordin berkata, pembeli berdepan masalah sukar untuk mendapatkan pinjaman dan secara tidak langsung menjejaskan hasrat mereka untuk memiliki rumah yang telah disediakan oleh kerajaan negeri.

"Kerajaan perlu memikirkan pendekatan sewa beli bagi rakyat yang ingin memiliki rumah dan untuk memastikan keberkesanan matlamat berkenaan, perlu diwujudkan bank atau institusi yang menyediakan skim sewa beli.

"Dulu ada MBSB (Malaysia Buil-ding Society Berhad) tetapi atas sebab tertentu, peranannya sedikit berubah. Bagaimanapun, kerajaan perlu kembalikan atau mewujudkan satu badan yang dapat menjayakan skim sewa beli bagi memudahkan rakyat membeli rumah," katanya. - Selanjutnya Utusan.

*********

Jika di atas adalah cadangan Khaled Nordin, cadangan Paneh Miang pula seperti berikut;

Bank Perumahan: Cadangan dan Harapan

Cadangan penubuhan bank perumahan adalah langkah terbaik untuk mengurangkan tekanan terhadap sektor perbankan tempatan yang terbeban dengan CTOS/CCRIS dan syarat-syarat ketat yang lain oleh pihak BNM.

Melalui bank perumahan, kemungkinan rumah-rumah kos rendah yang langsung 'tidak dipandang' oleh bank-bank komersil akan diberikan pinjaman sewajarnya. Kita tahu dan faham, pegawai yang proses pinjaman perumahan di bank-bank komersil hanya cari makan dengan komisyen 10% atas kelulusan harga rumah + basic gaji yang rendah.

Realitinya, pinjaman beli rumah RM37,800 iaitu 90% daripada harga asal RM42,000 - bagi pegawai bank adalah lebih kurang saja proses kerjanya berbanding pinjaman rumah mahal berharga RM378,000 iaitu 90% daripada harga asal RM420,000. 

Cuma bezanya, pegawai proses kerja di bank-bank komersil hanya dapat komisen RM3,780 daripada nilai pinjaman RM37,800; manakala jika harga rumah RM378,000, makin besarlah komisen hingga mencecah RM37,800 (dikira sebagai anggaran kasar komisen 10%).

Bagi nilai pinjaman yang 'besar', adalah mudah dan cepat untuk capai target yang ditetapkan oleh 'big boss' bank untuk kejar bonus berbanding jumlah pinjaman bernilai kecil.

Namun kita tidak boleh berharap kepada cadangan penubuhan bank perumahan semata; tetapi kita juga berkehendak kepada satu badan/organisasi milik kerajaan yang mampu mengawal selia segala pinjaman perumahan yang diluluskan pihak bank kepada rakyat tanpa prejudis.

Mengambil contoh amalan biasa proses pinjaman perumahan; katakan seorang individu membeli rumah berharga RM42,000, kebiasaannya jumlah pinjaman yang akan diluluskan oleh pihak bank adalah 90% daripada nilai rumah tersebut iaitu kira-kira RM37,800. Jika kiraannya termasuk MRTA/MRTT, maka jumlah pinjaman akan jadi lebih kurang RM39,000. Bayaran bagi tempoh 30 tahun dengan kadar faedah 5.15% akan menjadikan ansuran bayaran balik bulanan sebanyak RM215. Ini bermakna jumlah penuh yang perlu dibayar setelah tamat tempoh 30 tahun pinjaman mungkin mencecah RM76,000.

Tapi diandaikan pada tahun ke-10, tiba-tiba pembeli tersebut gagal pula membayar pinjaman (perkara ini hakikatnya sering berlaku) maka sudah tentulah harta mereka akan disita dan rumah yang dibeli itu akan dilelong pihak bank. Maka persoalannya:

1. Apa akan jadi pada rumah yang dilelong? Berkemungkinan rumah tersebut dilelong sekali ganda dari harga asal kerana mengikut pasaran semasa, dan seandainya rumah itu gagal dijual semula..bagaimana?

2. Kesan kepada pembeli lain? Kalau ia melibatkan pelabur mungkin tak jadi masalah. Tapi kalau orang muda yang baru bekerja dan baru beli rumah pertama, bagaimana pula nasib mereka akan datang?

Jadi di sinilah peranan badan/organisasi itu. Rumah yang gagal untuk dibayar, pihak bank boleh jualkan kepada badan/organisasi kerajaan tersebut dengan rebat serta diskaun yang bersesuaian. Dan seandainya rumah yang dijual itu terletak di kawasan yang baik dan berdaya maju, pihak bank yang menjual boleh juga diberikan sedikit pengecualian cukai mengikut harga pokok + sedikit keuntungan yang bersesuaian ke atas rumah tersebut.

Manakala kesan ke atas pembeli yang gagal membayar tadi, individu tersebut tidak akan disenarai hitam dan boleh untuk terus membeli rumah lain dengan syarat yang lebih ketat. Malahan pembeli itu juga tidak akan diisytiharkan bankrap.

Maka bolehlah kita katakan penubuhan badan/organisasi kerajaan yang mengawal selia pembelian perumahan ini berperanan sebagai 'Cagar Mas' tetapi praktikal operasinya lebih ke arah memastikan pengguna tidak ditindas, bank tidak kerugian dan harga rumah pula tidak berterusan dispekulasikan, serta mampu untuk terus dimiliki majoriti rakyat Malaysia golongan bawahan dan pertengahan.

Allahu a'lam.

Baca juga Cuepacs membantah sekerasnya sebarang usaha memansuhkan Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia untuk digantikan dengan satu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau institusi kewangan bagi menguruskan pinjaman perumahan melibatkan penjawat awam di sini.

Friday, September 5, 2014

Fakta ISA sejak 2004

Sejak 2004, lebih kurang 100 orang telah dikenakan Perintah Tahanan dibawah Seksyen 8 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Pecahan jumlah tahanan mengikut kesalahan bagi tempoh tersebut adalah seperti berikut;

Pemalsuan Dokumen: 29 orang
Pemalsuan Wang Syilling RM1: 17 orang
Penyeludupan Pendatang Tanpa Izin: 1 orang
Kumpulan Haram Hindraf: 5 orang
Pembekal Komponen Nuklear: 1 orang
Gerakan Pemisah Selatan Thailand: 3 orang
Agen Perisikan Asing: 7 orang
Kumpulan Militan Malaysia KMM: 1 orang
Penulisan Menghina Kesucian Islam: 1 orang
Kumpulan Darul Islam: 17 orang
Kumpulan Jemaah Islamiah: 18 orang

Namun kesemua tahanan tersebut telahpun dibebaskan selepas Najib mengumumkan pada September 2011 akan pemansuhan ISA beserta Akta Buang Negeri 1959, Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Bayangkan betapa besarnya ancaman keselamatan terhadap Malaysia apabila 7 orang agen perisikan asing aka spy dan pembekal komponen nuklear dibebaskan sewenangnya oleh kerajaan Najib! Termasuk 17 orang pakar pemalsuan Ringgit Malaysia yang mampu melumpuhkan ekonomi negara ini turut dilepaskan kerajaan Najib!! Ditambah dengan pelepasan ketua-ketua geng yang menyebabkan kadar jenayah di Malaysia semakin berleluasa akhir-akhir ini.

Hanya pembangkang saja yang selalu spin ISA ni konon diguna untuk sekat politik mereka. Tipikal pembangkang di Malaysia mana peduli pun keselamatan rakyat dan negara.

Kata Dr. Mahathir, ISA perlu diperkenalkan untuk mengawal tindakan kumpulan kecil pelampau yang menjejaskan kestabilan negara - (10 Januari 2014).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pula berkata, ISA memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terpelihara. "Kalau ada ISA lagi bagus. Saya sebagai penguatkuasa masih mengharapkan undang-undang yang dapat membantu memastikan negara aman dan damai. Kita akan memastikan keselamatan dan keselamatan rakyat kita lebih baik, tunggu la kalau ada esok kita tengok la kita tak boleh banding-banding tapi kalau ada nanti kita tau la apa nak buat," katanya - (11 Januari 2014).

Wednesday, September 3, 2014

Polis DiRaja Malaysia

I am disturbed with what is happening in Penang. A few years back, the same scenario happened in Selangor. The DAP led government suggested something like a police force in that particular state. 

Now, this goon is trying to instigate something that on the surface looks like they (DAP) are indeed the good samaritans. Yet, by establishing an NGO to apprehend innocent people on the streets of Penang shows their malicious intention. 

Well, I am not surprised by this move. THE CM was behind bars many years before for accusing the then CM of Melaka as having an "affair" with an under aged girl. Now, after becoming the "Lord Supreme" of Penang, he tries this so called "maverick move" of duplicating the Polis DiRaja Malaysia by endorsing this so called "Alternative Police Force". What a mockery as the so called "police" were those who had criminals records. 

Hey, do they think that this is a cowboy country where the sheriffs have their own laws. Nope, this is Malaysia and we uphold the principles that is laid by our forefathers by being a good citizens and practising the 5 principals of Rukunegara. 

This is my two sen worth of comment. Hidup Tanah Melayu!

Tuesday, September 2, 2014

Apo kes ADUN Belia ni Tok Mad?



Paneh Miang terima email daripada salah seorang pembaca. Berikut merupakan luahan hati beliau yang disiarkan tanpa edit;

"Assalamualaikum."

"Nak bagitau tuan blog tentang peristiwa BENAR berlaku sebentar tadi (31 Ogos 2014) semasa perbarisan merdeka."

"Kumpulan Majlis Kepimpinan Belia NSDK di bawah Wan Salwati (tapi beliau tak berada di situ), telah menipu jalan semasa perbarisan. Kumpulan ni cilok masuk ke parking lot Wisma Punca Emas, sepatutnya terus ke bawah dan ke padang MPS."

"Ini amat memalukan kerana ada dikalangan mereka pernah mendapat latihan badan patriotik macam BTN tetapi tidak sanggup menghabiskan perbarisan yang mana veteran, orang tua dan budak sekolah pun boleh selesaikan berjalan sampai habis tapi kepimpinan belia NSDK pula tak mampu. Tunjuk depan orang ramai pulak tu. Jika tak silap budak tu YB DUN Belia yang bertaraf 'Menteri Besar' kononnya. Buat malu organisasi DUN Belia dan nama Menteri Besar saja."

"Harap pihak tuan dapat menegur mereka dalam blog, biar Tok Mad tau yang kepimpinan belia yang ada ni tak sanggup nak berjuang, hanya mahu memenuhkan tembolok saja."



"Inilah kumpulah DUN Belia NSDK baju hijau muda yang membelakangkan kamera, diorang satu kumpulan cilok potong jalan dan lepas tu dengan tak malunya ramai2 masuk KFC selepas 20 minit bersembunyi."

"Sohih perkara ini berlaku depan mata saya sendiri. Yang sedihnya ADUN Belia dan kumpulannya, dengan bendera, sepanduk dan sebagainya cilok sekali. Malu dengan komen orang-orang tua dan budak sekolah keliling saya yang kata, "Orang tua pun boleh habis berjalan, ni orang muda pulak menipu."

"Orang macam ni tak boleh jadi pemimpin, memalukan golongan patriotik dan organisasi yang latih dia supaya cintakan negara tapi dia pulak buat hampeh. Orang Cina dan India pun sanggup berarak sampai habis, tapi budak ni memalukan Melayu saja."

Blog Archive