Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.
Showing posts with label Bro A.B.I.. Show all posts
Showing posts with label Bro A.B.I.. Show all posts

Monday, February 16, 2015

NAJIB ganti ANWAR

1. Anwar dah 'selamat' dalam penjara. Mungkin elok dia dok ontok2 dalam tu. Mungkin Allah masih sayangkan dia agaknya..sekurangnya dia ada peluang jika nak muhasabah diri dan bertaubat atas dosa2 silam. Selagi bung Nuar tak buat salah satu daripada 6 dosa yang tak diampunkan..mungkin masih ada cahaya buatnya di hujung terowong. Jangan dia masih dok cari cahaya hujung lubang dubur dalam penjara tu dah la..

2. Kita ni yang masih dok bebas luar penjara pun belum tentu dapat banyak pahala..silap2 makin banyak dosa. Saidina Umar Al-Khattab pernah berkata, "Kadangkala orang yang mempunyai masa silam yang buruk, akan menjadi orang yang paling baik di masa hadapan." Nasib masing2..manalah nak tau kan..

3. Sejak 1990an, Anwar sudah diwar2kan sebagai boneka Amerika..proksi Israel. Walaupun sejarah pengrekrutan Anwar sebagai 'double agent' bermula sejak 1970an, tapi ia hanya mula diperkatakan umum sejak 1996 dan tahun2 berikutnya. Banyak bukti penglibatan secara langsung Anwar dengan Amerika dan Israel telah dikemukakan..kita pun boleh semak sendiri.

4. Tapi Anwar ada satu habit yang Amerika susah nak kawal..iaitu kegemarannya pada kaum sejenis. Pada peringkat awal, habit itu digunakan sebagai 'senjata' supaya Anwar akur dengan segala arahan penajanya. Tapi lama-kelamaan habit itu tidak lagi boleh dijadikan 'senjata' untuk mengugut Anwar sebab 'keris' tak bersarung Anwar sudah tak mengenal tuan..hingga dah tak mampu dikawal lagi..

5. Maka watak Anwar perlu ditamatkan dan bidak catur baru perlu dimainkan..

6. Watak kedua dalam pembikinan ialah si Kerbau Jantan..tapi terlalu lama pulak nak tunggu si 'tall, dark n handsome' tu ke puncak kuasa. Jadi apa pilihan yang ada? Sudah tentulah individu yang kini sudah pun berada di tampuk kuasa.

7. Ramai maklum sejarah Najib. Ramai juga maklum akan lembabnya Najib menggunakan otak. Najib berada di kedudukan kini hanyalah sebab nama bapanya..dengan sedikit bantuan Tun Hussein dan banyak bantuan Tun Mahathir. Tanpa ketiga tokoh itu, dah lama Najib bungkus!!

8. Amerika mengetahui kelemahan Najib..malah Amerika maklum dengan kelemahan otak Najib berfikir dan menganalisis, serta sikap gila glamour aka syok sendirinya..ditambah dengan faktor QC..

9. Ramai juga maklum, betapa akrabnya Malaysia dan Amerika Syarikat sejak Najib sebagai Perdana Menteri. Malah berita mengenai Amerika sering mendapat liputan meluas dalam akhbar arus perdana..iaitu sesuatu yang jarang terjadi dalam era Tun Mahathir dan Paklah.

10. Petanda pertama Najib kini adalah boneka baru Amerika ialah kekerapan lawatannya ke negara sekutu Israel itu. Bermula dengan duta kita yang dipanggil balik pada 2010 kerana tidak menyokong dasar Amerika ke atas Iran, ditambah lanjutan sokongan Malaysia terhadap sekatan dagangan ke atas Iran, adalah bukti jelas pengakuran Najib terhadap sahabat Israel itu.

11. Penghapusan ISA, komitmen pelik kerajaan Malaysia terhadap perjanjian TPPA, penganugerahan kontrak2 kerajaan kepada banyak syarikat asing berbanding syarikat tempatan, penggunaan konsultan2 asing dalam urusan pentadbiran kerajaan, tunduk dengan desakan kelompok pelampau kristian dalam negara, membiarkan isu melibatkan Islam dipermainkan sewenangnya dalam negara, selfie dan golfie dengan Obama etc. adalah sebahagian gambaran watak boneka Najib dan tuannya - Amerika Syarikat.

12. Petisyen 1 trillion tandatangan oleh penyokong bung Nuar di laman sesawang White House hanyalah kerja sia2. Malah kenyataan kedutaan AS ke Malaysia berhubung kekecewaan mereka atas pemenjaraan Anwar hanyalah camouflage simpati yang tak beri sebarang impak pun..sebab White House dah ada bidak catur baru bernama Mohd Najib Razak. Maka apalah yang nak dihairankan dengan Anwar lagi..

13. Mungkin akan ada yang mengatakan ini semua hanyalah andaian atau tuduhan untuk menjatuhkan Najib. Tapi percayalah..sudah ramai yang memperkatakan tentang peranan Najib sebagai boneka baru Amerika, bukan saja dikalangan rakyat biasa, juga ahli UMNO, malah dikalangan masyarakat dunia Islam di luar Malaysia.

14. Malaysia ini masih 'terselamat' disebabkan beberapa otai seperti Tun Mahathir masih bernyawa. Bagaimanakah nasib negara ini jika mereka semua telah tiada..

15. Bidak yang terasing..bakal mengundang musibah kepada keseluruhan percaturan..

Picture speaks for itself..

Thursday, July 17, 2014

Faktor Khalid Ibrahim

1. Masa sembang teh tarik dengan beberapa sahabat di Selangor, salah seorang dikalangan kami yang bekerja sebagai pegawai tinggi kerajaan bertanyakan soalan, siapakah dikalangan pemimpin Malaysia hari ini yang difikir paling layak pegang portfolio Menteri Kewangan?

2. Ada dikalangan kami yang sebut Mukhriz, ada yang sebut Mustapa Mohamed, ada juga yang sebut Mohamad Hasan, dan tak kurang juga menyebut Daim Zainuddin perlu dibawa masuk semula ke kebinet sebagai Menteri Kewangan.

3. Sahabat kami itu menggeleng sambil beralasan Mukhriz masih belum buktikan kebolehan, Mustapa pula ikut telunjuk Amerika dalam isu TPPA, Mohamad Hasan terpalit dengan skandal RM10 juta dan adik beradiknya, manakala Daim sudah 'out of the picture'.

4. Seterusnya sahabat kami itu menegaskan orang yang paling layak terajui Kementerian Kewangan hari ini tak lain tak bukan ialah Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor.

5. Khalid Ibrahim bukan orang politik, apatah lagi nak bergelumang dalam dunia politik kotor tajaan DAP dan Pkr. Mungkin ramai maklum yang Khalid Ibrahim adalah ahli perniagaan, ahli ekonomi yang pernah diberi pelbagai anugerah antaranya CEO Malaysia Terbaik 1997 dari majalah Business Times, Anugerah International Alumnus dari Universiti Queensland 2001, anugerah "AAAB Captain of Industry Award 2002" serta pernah menjadi pensyarah pelawat di Oxford Centre of Islamic Studies, Universiti Oxford. Jadi jelaslah Khalid Ibrahim mungkin hancus dalam bab politik, tetapi tidak begitu hancus dalam bab pengurusan ekonomi dan kewangan.

6. Khalid bernasib baik sebab menang di DUN Ijok pada 2008 disebabkan sentimen rakyat yang benci dengan kepimpinan Paklah dan Menantu walaupun sebelumnya pernah kalah di DUN yang sama di PRK 2007; dan disebabkan tiada pilihan berwibawa di kalangan komplot pembangkang, maka Khalid Ibrahim dipilih untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

7. Sebagai Menteri Besar yang tak pandai berpolitik, tugas politik di Selangor diserahkan kepada rakan sekomplot mereka iaitu DAP dan Pas; lagipun itu memang kelebihan DAP dan Pas selain Pkr yang hanya tahu berpolitik, tapi bab buat kerja hampeh. Jadi Khalid hanya menumpukan kepada urus tadbir Selangor. Malas nak cerita apa yang Khalid dah buat di Selangor, anda boleh semak sendiri, tapi perancangannya tampak membuahkan hasil. Mungkin itu antara sebab utama rakyat Selangor kekal menolak BN di PRU-13 iaitu "Faktor Khalid Ibrahim".

8. Ramai mengatakan sejak di PNB dan Kumpulan Guhtrie Bhd, Khalid memang jenis kedekut. Malah selepas jadi Menteri Besar Selangor pun, Khalid tetap 'maintain' sikap kedekut yang beliau sendiri pernah akui. Kedekut ini bermaksud, Khalid secara lurus bendulnya mengurus dana rakyat secara berhemah dan bijak berlandaskan prinsip ketelusan dan mengikut tata tertib undang-undang; malah mampu pula bawa ekonomi Selangor selangkah lebih berdaya saing berbanding di zaman Khir Toyo. Inilah sebab utama mengapa komplot pembangkang terutamanya ADUN DAP dan Pkr menyampah dengan Khalid disebabkan Khalid terlalu 'jujur' dalam mentadbir Selangor yang sangat kontra dengan sikap sebahagian besar pemimpin komplot pembangkang yang penuh dengan korupsi dan skandal.

9. Jelas bahawa agenda komplot pembangkang untuk menyingkirkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor tak lain tak bukan sebab ADUN DAP dan Pkr serta sebahagian kecil ADUN Pas tak dapat nak memenuhkan poket dan tembolok memasing. Itu saja!! Segalanya sebab WANG dan HARTA dunia, dan Khalid Ibrahim adalah penghalang kepada cita-cita sekelompok manusia haloba yang berhasrat untuk menjahanamkan rizab dan ekonomi Selangor.

10. Khalid Ibrahim mungkin tidak pandai berpolitik, tetapi dia adalah jenis orang yang ada 'otak' dan berkebolehan terutama dalam pembangunan ekonomi kewangan. Orang seperti Khalid inilah yang sepatutnya di tarik masuk ke dalam UMNO, bukannya macam Ezam atau Lokman Adam etc. yang buek habih bogheh sesajo.

11. Sepertimana arwah Azizan Razak, Khalid Ibrahim tidak pernah menjadi fokus kritikan Dr Mahathir. Mengapa agaknya?

Friday, March 7, 2014

Breaking News

Finally, Brother Anwar Bin Ibrahim is found guilty in the Court of Appeal. The decision by the three judges is something that we are waiting for months. Anwar knew all along that he will be charged in court and that is why he created the 'Kajang Move'. If his intention is to be the Menteri Besar of Selangor, he could have done it earlier. Why now? He is creating the 'Kajang Move' so that people will sympathize with him. Some people who believe that he was being 'sabotaged' by UMNO should realize that he is the one that planned for the ex ADUN to quit and subsequently he would be the candidate and later the Menteri Besar. He planned this move strategically in order to create animosity among the rakyat. Definitely, Brother Anwar Bin Ibrahim failed in his attempt to create something out of nothing. He is not interested at all to become the MB as his ambition is to become the Prime Minister of Malaysia. He planned the 'Kajang Move' so as to gain support especially from the mass. The laymen would definitely accused the government of putting him in jail in order for him not to be eligible to contest in the by election. They forgot that he himself created the by election. What a mockery!

Monday, February 17, 2014

Matlamat menghalalkan cara

February 16, 2014.Rebuffed by keepers of his own faith when he tried to preach at a mosque last month, Datuk Seri Anwar Ibrahim was welcomed with open arms at the church of the Holy Family in Kajang after the English and Mandarin masses today. Parish priest Father George Harrison welcomed the opposition leader as “our brother” before he gave the floor to Anwar, who vowed the 1,200-strong crowd with his 25-minute speech on various issues. But it was Anwar’s bold and direct approach to answering the questions from the congregation that impressed the crowd. 

When he was asked about his stand on the religious issues currently affecting the country and the rights of Bahasa Malaysia-speaking Christians to use the word Allah, Anwar said that even international Muslim scholars thought it was a subject unworthy of debate. “When I asked an international scholar about it, he asked me what kind of question that was. “I told him it was Umno’s question, so he explained that Muslims recite five times a day: “Praise be to Allah, Lord of Heaven and Earth. “So, if Allah is Lord for the entire universe, how can there be limitations?” Anwar pointed out. He also stressed that for Umno, the Allah issue was clearly not about faith. “If it was, then their stand must be binding on all. But in this case they are saying Sabah and Sarawak can use the word but not in the peninsula,” Anwar said to loud cheers. He then joked that this meant that a person who boarded a flight from Kuching to Kuala Lumpur will say “Insyallah I’m going to KL” when he gets on the flight but when he lands, he will have to say “Alhamdu Lord”. 

Anwar’s meeting of the Catholics at the Holy Family church hall comes amidst religious tension between Muslims and Christians which was reignited last year when the Court of Appeal had ruled in October that the Catholic weekly Herald could not use the word Allah in its publication. The church is appealing the decision. Herald had won a High Court decision in January 2009 that had overturned the Home Ministry’s ban on the use of the word Allah in its publication. The Selangor Islamic Religious Department (Jais) further stoked the tension when it raided The Bible Society of Malaysia’s premises in early January and seized more than 300 Bibles, including the Bup Kudus, because they contained the word “Allah”. The term Allah is used by Christians who worship in Bahasa Malaysia and Iban, such as those in Sabah and Sarawak. Two-thirds of Malaysia’s 2.9 million Christians are from Sabah and Sarawak. 

Mindful of the possible consequences of his visit to the Holy Family Church, Anwar said if Umno-controlled media would use his church visit against him, they should take note that he had been speaking at churches since his activist days in the Malaysian Islamic Youth Movement (Abim) in the 1970s. He added that he continued giving his views at church events even as a government minister. “So to the Umno-controlled media here, note that I have been going to church, I’m here now, and Insyallah,I will continue to do so.” In an obvious response to critics who had chided him for standing as an assemblyman, after he was once acting prime minister, Anwar admitted that he had gone from one extreme to the other and his experiences would help him. “I was right up there as acting PM and then went to prison, so I’m wiser and have benefited from all my life’s experiences,” he said. Anwar’s visit to the Holy Family church is part of his meet-the-people programme ahead of the Kajang by-election, which he is contesting as a PKR candidate. His “rock star” appeal was obvious with parishioners excitedly waiting for nearly three hours to catch him in action. When Anwar appeared just before noon, there was thunderous applause and everybody tried to capture the moment with the cameras on their handphones. The multi-purpose hall was packed, with many having to stand. 

Dressed smartly in a light pink striped shirt and brown pants, the crowd cheered when Anwar spoke about how he had brought international fame to Kajang. “The international media mentioned me in their news, saying that my decision to stand here in ‘Kay Jang’ shocked my friends and foes,” he said to rapturous applause. Beaming from ear to ear, a 72-year old parishioner, who wants to be known only as Alex, said: “I have heard him speak many times, and I wouldn’t want to miss this. “We totally support him and want to hear what he has to say, especially on the Allah issue,” he added. Alex said that during the 8.30am mass, their priest had told the congregation to welcome the opposition leader as “he is our brother”. Alex said that to address the concern among a small group of parishioners who had questioned the wisdom of allowing Anwar to speak at their parish for fear of a backlash from Muslim extremists, Harrison had told his congregation “not to be afraid”. “I believe the church’s stand is to accept everybody, so even if it was an Umno politician who wanted to speak in our church, we are not going to say no,” Alex said. Debbie, a housewife, agreed, saying that she and her friends were eager to hear Anwar’s plans. “As Christians we are taught never to resort to violence, and we stick to that. “But the country needs a change of political power because what we want is unity not just in talk, but in action.” 

Another parishioner Andrew Loh agreed, saying that Christians were concerned over the Allah issue and wanted to hear what Anwar had to say about it. “The Allah case is in court because that is the only avenue for us. As Debbie said, we will not resort to violence, but it is our right to go to court,” he said. Bernard, 45, agreed, saying that the case was about principles and the “rights of Christians”. Marcel, 50, said he fully backed Anwar as Selangor menteri besar as it was necessary for the latter to get back into mainstream politics. Also present were Centre for Reform, Democracy and Social Initiatives director Datuk Seri Dr Edmund Santhara and PKR deputy president Azmin Ali. Others include his party colleagues comprising Subang MP R.Sivarasa, Batu MP Tian Chua, Serdang MP Ong Kian Ming,Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar, PKR vice president Datuk Chua Jui Meng. Quoted from The "thirteen million plus Ringgit" Guy Rambles. 

*********

Well, this is definitely Brother Anwar Bin Ibrahim. He is a Machiavellian practitioner. He will do whatever it takes to get what he wants. I do hope the Malay voters in Kajang protest and voted either Dato' Nalla or Dato' Zaid Ibrahim. Let us get rid of Anwar from Selangor.

Wednesday, January 29, 2014

Macam nak kena tipu je...

Muhyiddin Yassin dah sahkan BN akan bertanding menentang Anwar di PRK Kajang. Penduduk DUN Kajang kalau ikut statistik 2012;

Melayu/Bumiputera = 56K ++
Cina = 43K ++
India = 24K ++
Lain-lain = 5K ++

Selain SJKC Sungai Chua dan SJKC Yu Hua, ada  berapa lagi sekolah jenis Cina di DUN Kajang? Kolej New Era Kajang pun Cina punya kan? Peniaga-peniaga Cina tanpa lesen pun bersepah di Kajang, kan?

Berapa juta RM pula imbuhan yang akan dilambakkan oleh BN di sekolah-sekolah jenis Cina di Kajang dalam PRK kali ni? Kolej swasta Cina akan dijanjikan apa pula? Adakah premis peniaga Cina tanpa lesen di Kajang akan menerima nasib sama seperti premis Melayu yang sering dirobohkan? 

Adakah BN akan mengulangi kesilapan yang sama berkali-kali? Atau adakah BN akan jadi bijak sikit lepas ni?

Atau mungkin juga Najib akan buat iklan tunggang kuda sempena perayaan Tahun Baru Cina kali ini? Errr...soalan ni macam tak relevan pulak rasanya...hmmm!

Apapun PRK Kajang kali ni akan memaksa pengundi Cina berfikir 3 billion kali lebih serius akan kehendak mereka kerana kemenangan Anwar bakal melenyapkan suara Cina dalam DUN Selangor.

Tak dapat jadi PM, jadi MB pun jadilah kot fikir si BroABI ni. Cina Selangor dan Najib macam nak kena 'kencing' je?! Heh!

Iklan naik kuda sempena Tahun Kuda

Friday, January 17, 2014

Areil Sharon Dah Mampos, Mossadnya Bertuan di Malaysia

Ariel Sharon sudah ditanam, dan bumi Israel berlaku gempa bumi, semasa acara kuburkan "bangkai bernyawa" yang Allah hadiahkan untuk pandangan umum selama lebih 8 tahun , sejak 2006 dia diserang strok yang begitu dahsyat.

Nah, maka gerakan mossad di Singapura mungkin sedikit terjejas kerana terpaksa mengatur gerak bearing kiblat mereka di Israel dan White House.

Soalnya, apa kena mengena dengan pengarang Charles Allers yang mendukung dan menjunjung manusia bernama Anwar Ibrahim?

Sunggu tidak terkejut, Pak Sedaro bila makin ramai penulis fahaman Freemason dan bersetuju dengan Syiah meneroka ke dalam saraf fikir umat Melayu.

Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari, Sheikh Muhammad Fuad, Sheikh Murtadza merupakan ahli-ahli ilmu sufi dan teologi yang menolak "kebejatan sosial dan akidah" Syiah di Malaysia. Baik, namanya Syiah tarekat Khomeini, Syiah wafaq huruf, Syiah Imam 12, Syiah Ismailiyah, Syiah Ziddiyah, Syiah Jaffariyah dan pelbagai kumpulan Syiah...yang sudah diwarta sebagai "bahawa Malaysia berpegang kepada faham Ahlul Sunnah Wal Jamaah, Imam Mazhab Syafie", mana-mana yang tidak bersetuju dengan fahaman ASWJ di Malaysia, boleh keluar daripada tanahair ini.

Jangan sibuk menyusahkan rakyat teramai dan pengikut taat ASWJ. Ternyata jika fahaman dan anutan selain ASWJ, yang semakin liar dan secara akidahnya tidak mengikut pedoman 4 Imam Mazhab iaitu Imam Hanafi, Maliki, Hambali dan Syafie...mako "TERKELUARLAH DIA, hingga dia ulang kembali dan bertaubat dengan pengakuan asal iaitu "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah".

Wednesday, October 16, 2013

Apa beza Anwar dan KJ?!


1. Kami baca semua ucapan Ketua-Ketua Pemuda UMNO Malaysia apabila mereka menang dalam pertandingan merebut jawatan sayap parti keramat MELAYU itu. Parti keramat MELAYU ok...bukan parti keramat 1Malaysia!!

2. Ucapan sulong KJ selaku Ketua Pemuda UMNO pada 2009 taklah menarik sangat, cuma minta "berani berubah" dan "pemuda berani" bersama membantu geng "setiakawan". Seingat kami ketika itu, KJ turut meminta untuk ditegur sekiranya dia lari daripada landasan perjuangan Alif, Ba, Ta.

3. Tapi yang menghairankan setiap kali KJ ditegur oleh geng media maya, pasti akan ada balacinya yang melenting mempertahankan KJ. Ketua suruh tegur...dah tu yang si balaci marah mengkhinzir buta tu kenapa?! Tak paham den.

4. Namun ucapan sulong KJ seusai mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO bagi penggal kedua 2013 agak menarik untuk direnungi. Dalam Laman Rasmi Pemuda UMNO Malaysia melaporkan; 
"Khairy Jamaluddin yang berjaya mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO berkata, agenda progresif dan liberal yang dibawakan oleh beliau disokong di peringkat akar umbi. Beliau berkata, jika di peringkat akar umbi tidak menerima agenda yang dibawakannya, ia sudah tentu bertentangan dengan keputusan, dan menunjukkan bahawa pihak lawannya menggunakan agenda yang regresif. "Jika saya mahu menang dengan selesa, saya boleh menggunakan formula sayap kanan. Saya mahu menunjukkan bahawa anda boleh menjadi progresif dan menang dalam UMNO," katanya pada sidang media di PWTC."
5. Meraban ahli pemuda UMNO cari makna progresif dan liberal untuk terjemahkan apa yang ketua mereka cakap. Kami banyak bercampur dengan Pemuda UMNO dan kami amat fahim sejauh mana taraf pemikiran rata-rata ahli Pemuda UMNO Malaysia. Tak tercapai dek akal diorang doh! Nak bicara soal 1Malaysia dan Wawasan 2020 pun masih ramai yang tergagap, apatah lagi nak kaji hal besar seperti agenda asing progresif dan liberal. Tahap mentaliti rendah kebanyakkan orang muda dalam UMNO adalah realiti pahit yang perlu diberi pertimbangan serius demi masa depan UMNO itu sendiri.

6. Maka disarankan carilah kamus Ospot...sebab KJ kan belajar di Ospot...barulah boleh faham makna 'agenda progresif dan liberal'. Maka akan terjumpalah makna progressive, 1.(of a group, person, or idea) favoring or implementing social reform or new, liberal ideas: 2.a person advocating or implementing social reform or new, liberal ideas.

7. Saja bagi makna dulu sebab takut nanti ada orang KJ pertikai, "Hoi, KJ tak cakap pasal liberal la...KJ cakap pasal progresif...kan lain bunyinya tu!" Heh...mauduk fikir balaci KJ la katakan.

8. Apabila KJ mengatakan, "Saya mahu menunjukkan bahawa anda boleh menjadi progresif dan menang dalam UMNO", hakikatnya KJ bukan orang progresif pertama yang menang dalam UMNO. Ada makhluk yang 20 tahun lebih awal menggunakan agenda progresif dan liberal untuk menang jawatan yang sama KJ sandang hari ini walaupun makhluk itu hanya menang dengan 10 undi saja ketika itu.

9. Dalam ucapan sulongnya selepas menang jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada 18 Ogos 1983, makhluk yang bernama Anwar Ibrahim itu menegaskan bahawa kekuatan Pemuda diukur melalui kebijaksanaan bertindak, melaksanakan dengan berkesan. Beliau menyeru agar Pemuda mengambil peluang ke atas suasana politik yang liberal dan terbuka seta kebebasan bersuara untuk meninggikan moral rakyat.....

10. Err..ada sesiapa pemuda UMNO yang nak cari makna liberal dalam kamus Ospot? Heh!!

11. Jadi apa bezanya agenda 'liberal dan terbuka' Anwar Ibrahim pada 1983 berbanding agenda 'progresif dan liberal' KJ hari ini? Ada beza? Tarak? Takde beza? Tak jugak? Sama?! Heh!

12. TIADA dalam sejarah Ketua Pemuda UMNO Malaysia sedari awal penubuhannya pada 1 Mac 1947 dengan nama asal Jabatan Pemuda UMNO yang diketuai oleh Kapten Hussein, hinggalah ke era Pemuda UMNO Malaysia hari ini yang pernah mengungkap perkataan 'liberal' KECUALI Anwar Ibrahim dan Khairy Jamaluddin.

13. Satu lagi persamaan antara Anwar dan KJ ialah keduanya dilanda sindrom 'setan bisu' sebaik menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO. Sebelum jadi Ketua Pemuda UMNO, Anwar pernah mengetuai demostrasi di Kuala Lumpur pada 1970an, menentang penggunaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin di papan-papan iklan, bercakap pasal kemiskinan Melayu, pasal Islam..bla..bla..bla! Tetapi sebaik saja dilantik ke jawatan Ketua Pemuda pada September 1982 dan seterusnya menjadi Timbalan Menteri pada 1983, Anwar lupa semua itu dan membisu dalam banyak isu Melayu dan Islam!

14. Jadi apa bezanya Anwar ketika itu dan KJ kini yang membisu mengenai perjuangan Melayu, malu nak mengambil bahagian dalam mempertahankan kalimah "Allah", malu nak ambil setiausaha akhbar Melayu, menganggap pendekatan regresif "Hidup Melayu" adalah ketinggalan zaman, mengangkat idealisme liberal yang lebih kurang sama maknanya dengan kesamarataan yang diperjuangkan DAP etc. Malah label Pemuda UMNO lembik dan pondan hanya bergema semasa KJ menjadi teraju. Mengapa agaknya?!

15. Bila kami kata KJ adalah Anwar Ibrahim II in the making, ramai yang perlekeh. Tapi sukalah kami nak peringat, sejarah tak pernah menipu!!

Pikiaq la skit...

Saturday, June 1, 2013

Demo Orang Kampong

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini, 1 Jun 2013 akan diadakan satu perhimpunan aman iaitu "Perhimpunan Orang Kampong", NGO serta rakyat prihatin Kuala Pilah di Padang Majlis Daerah Kuala Pilah pada jam 10 pagi.

Tujuan perhimpunan ini adalah untuk menunjukkan suara majoriti rakyat yang bosan dan menolak perbuatan phak-pihak yang menganjurkan demonstrasi Blackout 505.

Pohon bantuan pihak rakan media untuk membuat liputan.

Dijangka lebih 500 orang akan hadir dalam "Perhimpunan Orang Kampong" ini.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Mr. Rambo - 0136913738.

Sekian, terima kasih atas sokongan.

Monday, May 20, 2013

Sumbat B.A.B.I.

Ingatan TEGAS giler dah diberi. Amaran Keras dah berlori-lori sejak 2009 lagi. Kini semua suratcara pertuduhan, bahan bukti lisan-bertulis-bergambar-berwarna sudah siap siaga.

Daripada BERSIH 1.0 ke 2.0 hingga BERSIH 3.0, Himpunan Haram selepas 5 Mei 2013 hingga 5 Jun 2013, Anwar Ibrahim tidak akan berhenti.

Malaysia Spring ialah rancangan penuh strategi, sepeti yang didedahkan oleh YM Tunku Aziz.

Keldai DAP dipanggil di pentas-pentas DAP seluruh Malaysia antaranya Tamrin Ghafar. Andai diturut dan patuh Artikel 149 Perlembagaan Persekutuan, maka kumpulan ini sudah HALAL dikenakan hukum kerana ingkar Artikel 149 1(a), (b), (c), (d), (e), (f).

Selagi tiada USAHA PENUH INTEGRITI dijalankan oleh PDRM dan Jabatan Peguam Negara, Malaysia akan jahanam, hancur binasa.

Matlamat utama DAP ialah menjadikan ideologi Komunis yang menjarah Bumi Melayu sejak 1927 sebagai fahaman HALAL rakyat Malaysia pada 2027. Pilihanraya seterusnya 2018, 2023, 2028.

Selangor masih menjadi KUBUR BN. Sasaran seterusnya Negeri Sembilan dan Melaka dengan syarat Gelang Patah menjadi Pusat Kajian Strategik DAP selepas ini. Kolej ERA di Jalan Bukit Kajang akan ditutup pusat RnD mereka.

Ubat paling mujarab kepada semua skandal songsang ideologi rakyat ialah TUTUH B.A.B.I.

Saturday, May 11, 2013

Anwar Ibrahim The Malay Freemason Leader

Anwar Ibrahim has confined himself to be the shrewd Malay Freemason leader in Malaysia. He is planning to do extra and super stupid things. He is damaging the Parlimentary Democracy without shame, he is willing to challenge the law of Malaysia openly.

He is cultivating and nurturing the pluralism and liberalism into young Malaysian. Generation Y that were denied the curriculum of 4M since 1990 are his blind followers. Anwar Ibrahim is the Father of Modern LGBT in Malaysia.

He does not honor the dignity and sovereignty of Malaysia. He is offending the Malay Rulers with all sorts of sedition actions.

Now, Anwar Ibrahim is barking for emergency and the communist agenda is getting brighter and brighter. Do Malays aware? Or Malays try not to be rational and practical? Or Malays are becoming the sympathizes for communism and freemasonary movements. 

Gene Sharp has established 198 tactics of gearing the RUINS of a Civilization. These are made true in Malaysia by Pkr & DAP, without resistance and apologetic to Malaysians. Certainly disrespect the values uphold in Rukunegara:

Belief in God
Loyalty to Rulers and Nation

What is going ON Malays-Chinese-Indians? 

Punish Anwar Ibrahim before the country collapse...!

Beza Anwar dan Bush

The US Presidential Election year 2000 saw Bush contesting against Al Gore. Bush WON, with 271 electoral votes to Al Gore's 266 electoral votes but Bush's POPULAR VOTES was lower. Bush's popular votes was 50,456,002 vs Al Gore's 50,999,897. Is Malaysia any different?


Don't be fooled by Anwar Ibrahim!

Friday, May 3, 2013

Nak undi ke orang macam ni?

Bahasa tubuh adalah bahasa yang tiada bunyi, tiada perkataan tetapi mampu mempengaruhi perasaan atau minda seseorang.


Individu yang memeluk tubuh seperti di atas kebiasaannya menunjukkan sikap defensif atau melawan. Apa yang dimaksudkan dengan sikap defensif ialah seseorang itu sukar untuk memberikan apa jua pertolongan kepada orang lain. Individu seperti ini hanya memberikan pertolongan apabila diminta saja. 

Seseorang yang marah atau tidak bersetuju dengan sesuatu perkara akan memeluk tubuh untuk mengambarkan perasaan mereka. Inilah yang dimaksudkan dengan sikap melawan/memberontak. 

Memeluk tubuh juga menunjukkan seseorang itu berada dalam zon selesa dan tidak peka kepada keadaan sekeliling; hanya memikirkan kepentingan sendiri saja.

Tuesday, April 30, 2013

13 Rancangan JAHAT Anwar hingga 5 Mei

1. Anwar “Look-A Like” akan muncul untuk mengaku bahawa dialah yang berlakon dalam video skandal seks China Doll bukan Anwar Ibrahim. Seolah-olah bukan Anwar dalam video tersebut tetapi orang yang akan dimunculkan nanti sebenarnya yang ada di dalam video tersebut. Ini untuk menunjukkan bahawa bukan Anwar tetapi orang lain yang seperti Anwar yang melakukan adegan seks tersebut.

2. Anwar akan menggunakan keluarga Saiful Bukhari untuk menentang Saiful Bukhari, kini mereka telah menggunakan bapa Saiful.

3. Anwar akan merancang pelbagai bencana yang kononnya menimpa beliau termasuklah agenda menembak beliau seolah-olah ada komplot dari BN untuk membunuh beliau demi meraih simpati rakyat dan pengundi.

4. Anwar akan menghasut serta menyogok pegawai-pegawai kanan kehakiman untuk mengelarkan kenyataan bahawa kes Sodomy 1 dan Sodomy 2 itu adalah palsu.

5. Anwar akan bersumpah dengan tidak menepati kehendak syarie.

6. Anwar akan menunjukkan jam Omega tiruan disaat-saat akhir sebelum hari mengundi untuk menunjukkan bahawa jam tangan Omega tersebut ada ditangan beliau bukannya seperti yang diwar-warkan.

7. Anwar akan memujuk ADUN dan Ahli Parlimen PKR yang keluar parti supaya kembali semula ke dalam PKR & membuat kenyataan bahawa mereka keluar dahulu kerana telah disogok dengan wang ringgit.

8. Azmin Ali akan mengeluarkan video lakonan yang dia telah berbaik dengan ibunya.

9. Peguam dan anggota polis yang terlibat dalam kes Altantuya dipujuk oleh Anwar supaya mengaku bahawa Najib terlibat dalam kes tersebut.

10. Meraka akan menghina dan memfitnah Datin Seri Rosmah Mansur sebagai terlibat dengan skandal Altantuya, barangan kemas dan juga kemewahan yang diperolehi.

11. Setiap ahli PAS diminta bersumpah untuk mengundi pakatan dalam PRU 13 nanti seperti yang telah didedahkan oleh Zulkifli Nordin tentang sumpah ahli PAS yang akan bertanding dalam pilihanraya dengan jatuh talak 3 jika keluar dari jemaah PAS.

12. Anwar akan menunjukkan surat palsu kononnya dari Syeikh Yusof Al-Qardawi yeng mengatakan bahawa Anwar layak dan akan menjadi Perdana Menteri Malaysia.

13. Pakatan akan mengumumkan pengharaman UMNO/BN supaya rakyat dan pengundi takut untuk mengundi UMNO/BN.

Hanya Mereka dan Keluarga Mereka


Tuesday, April 23, 2013

Pengemis 222

Anwar Ibrahim sudah membuka pintu mengemisnya kembali.

Teknik simpati tahap ejen CIA paling mujarab yang diamalkan sejak 1972 lagi. Namun, kali ini Anwar Ibrahim menerusi Pkr membuka Projek 222.

Projek 222 ialah Mengemis Simpati rakyat untuk derma RM 222 kepada Pkr. Sasarannya kepada 100,000 pengundi yang banyak duit, sanggup melabur untuk mengembangkan Agenda Freemason melalui Pkr.

Projek 222 disama ertikan dengan perjuangan dan pengorbanan Kerusi Parlimen 222 dalam peperangan PRU-13.

Tahniah dan Syabas. Semoga 100,000 kalangan penderma dan pengembang Agenda Freemason-Zionis ini diampuni Allah jua.

Friday, March 22, 2013

Respect sama Papa Gomo

Tak pasal-pasal Papa Gomo kena hentak. Di khabarkan beliau kini berada di hospital setelah dibelasah di Segambut. 

Secara peribadi, saya tabik pada Papa Gomo kerana berani mendedahkan video mengenai Anwar Ibrahim. Yang peliknya, apabila video percakapan Anwar yang sedang memujuk seorang siswa di sebuah bilik hotel disiarkan di blog Papa Gomo, komentar-komentar dari penyokong tegar Anwar memarahi dan menempelak Papa Gomo. Mereka langsung tidak cuba mempertahankan ketua mereka, Anwar Ibrahim. 

Saya tidak tahu apa lagi alasan yang akan diberikan oleh penyokong-penyokong tegar Anwar Ibrahim. Rafizi Ramli pula cuba untuk melakukan 'character assasination' terhadap Papa Gomo dengan menyatakan bahawa beliau adalah seorang pengundi hantu. Rafizi nampaknya tidak cuba untuk mempertahankan bos beliau. 

Kalau sebelum ini pihak Anwar kononnya hendak mencari orang yang menyerupai beliau untuk dijadikan kambing hitam, tetapi setelah keluar video Anwar cuba mengayat mahasiswa di sebuah bilik hotel, penyokong-penyokong tegar Anwar seolah tergamam dan cuba untuk menyerang Papa Gomo pula.

Walaubagaimanapun, kami tetap menyokong perjuangan Papa Gomo. Teruskan brader, berani kerana benar!

Saturday, March 16, 2013

Anwar ke ni?! Ish..ish..ish..

Ketibaan Sang Hero..... RAJA GOYANG

Hi!!! Sayang kat ABANG


Pelukan MESRA dua KEKASIH INTIM

errmmmmm..... RAJA GOYANG sedang GONCANG

KUCUPAN INTIM asmaradana dua KEKASIH







Si RAJA GOYANG tinggalkan pentas AKSI......

3... 2... 1..... Action!!! (PART 1).

Wednesday, March 13, 2013

Anwar pencetus Lahad Datu

Menurut wikileaks (diambil dari pisau.net) Anwar sahabat baik Nur Misuari terlibat secara tidak langsung dengan serangan berdarah di Lahad Datu.


Anwar juga seolah-olah melindungi Tian Chua walaupun Ahli Parlimen Batu itu menyatakan bahawa serangan tersebut adalah sandiwara UMNO. 

Nampaknya Anwar Ibrahim sungguh terdesak untuk memastikan Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya. 

Yang lucunya, bapa Saiful Bukhari pula tiba-tiba menyatakan anaknya tidak diliwat oleh Anwar. Johari Abdul pula berada dalam sidang media oleh Mohd Azlan yang menyatakan bahawa kes anaknya adalh konspirasi UMNO. Johari Abdul juga cuba menegakkan benang yang basah di dalam youtube yang kononnya menidakkan Anwar sebagai pelakon dengan 'China Doll'. Beliau menyatakan bahawa Anwar sudah tidak memakai cermin mata kerana sudah membuat pembedahan laser. Namun, sehingga hari ini Anwar masih memakai cermin mata ketika mengadakan ceramah di seluruh negara. 

Rafizi Ramli pula cuba untuk menggunakan kaedah 'reverse psychology' apabila dalam satu ceramahnya menyatakan UMNO membenci orang Cina. Inilah kaedah yang cuba dilakukan untuk memburukkan UMNO. 

Bahang semakin terasa, pilihanraya akan tiba. Kita bakal saksikan lakonan-lakonan oleh pelakon-pelakon dari Pkr.

Blog Archive