Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, May 2, 2008

Star Wars Part 1


A long, long time ago, in a galaxy far far away........the land was called Naboo Land....Lord Darth Lah is the supreme master of the land...his entrusted deputy Lord Jebb is the most subservient servant to Lord Darth Lah...inevitably Lord Darth Lah is getting weaker by the day, especially after the Moon of 8th March....Lord Darth Lee is the rebel's tribe which imposes the idea to all the Sith that he should be the supreme master of the land and Lord Darth Lah must resign...Lord Darth Lah's son in law, Chew barry is an ambitious creature who has won in one of the land and is waiting to be the next supreme master of the land (or so he thought). First, he has to overcome the hurdle of becoming the numero uno of the Jedi in which Luke Mukh is the favourite among the Jedis to become the number one. In fact, Luke Mukh has said that he is more than happy that he himself, the son of Darth Vathir is contesting the numero uno of the Jedi and welcome Jedi Yo and even Chew barry to contest in a healthy competition. Jedi Yo has just lost a territory named Se - Lan - Jor to the nemesis and Se - Lan - Jor is now the biggest pig rearing in the Naboo Land. To be continued.

p/s: May the force be with you

Al- Fatihah

The demise of Tan Sri Nasimuddin S.M. Amin is a loss to the nation. He died of cancer yesterday evening (Malaysian time) in Los Angeles, United States of America. He, among others like the late Tan Sri Yahya Sulong were the icons for the Malays, especially in the motor industry. The chairman of NAZA was the architect in bringing Korean cars to our country, especially Kia models. He was also responsible to bring in the fine tuned Brabus for Mercedes model luxury cars. He did a management buy out for the TTDI Property and own many other companies such as Zalnas, NAZA Super Bikes and others. Al-fatihah to Allahyarham Tan Sri Nasimuddin who hails from Kuala Pilah, Negri Sembilan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.

Thursday, May 1, 2008

Restoran Mamak Yang Disayangi

Restoran mamak terdapat di serata Malaysia. Dalam radius satu kilometer terutamanya di kawasan-kawasan bandar, anda akan berjumpa dengan restoran mamak. Restoran mamak kini menawarkan pelbagai jenis menu dan anda boleh dapati adanya menu masakan Melayu, Cina dan Barat tanpa meninggalkan tradisi popular mereka iaitu roti canai dan mee goreng mamak. Ia telah menjadi restoran yang berjaya menghimpunkan pelbagai kaum untuk mengunjunginya. Reka bentuk dalaman dan luaran yang masih mengekalkan kerusi meja bersepah, konsep dapur terbuka, penyediaan pesanan yang pantas, skrin televisyen yang besar, dibuka 24 jam sehari dan yang terbaru menyediakan khidmat broadband internet, mungkin menjadi rahsia kejayaan restoran mamak.

Restoran mamak tidak memerlukan lampu berwarna-warni, ataupun set karaoke, mahupun makanan laut hidup yang dipamerkan dalam akuarium, serta pelayan yang cantik untuk menarik pengunjungnya. Mudah sahaja strategi restoran mamak ni, tetapi kenapa restoran lain khususnya restoran Melayu tidak dapat menyaingi mereka. Pekerja mereka juga diimport serta dibayar murah dan tidak fasih berbahasa Melayu. Pernah sahabat saya memesan roti tisu, tetapi telah diberikan tisu pengelap mulut oleh pekerja restoran mamak tersebut kerana masalah bahasa kerana mungkin pekerjanya baru turun kapal. Anda boleh cuba memesan ‘air longkang’ kepada pekerja baru restoran mamak, pasti anda tetap akan mendapat teh tarik kerana masalah bahasa ini. Paling tidak pun dia akan memanggil bosnya untuk mengambil pesanan anda kerana tidak faham apa yang anda minta.

Sungguhpun begitu, restoran mamak tetap dikunjungi ramai berbilang kaum dan ia semakin bertambah setiap hari. Mungkin restoran Melayu kini perlu muhasabah diri ataupun mengikut strategi yang dilakukan restoran mamak demi kemajuan perniagaan mereka. Lagipun perniagaan makanan adalah perniagaan yang sangat menguntungkan kerana semua orang perlu makan.

Seorang pengusaha restoran mamak telah memberitahu rahsia umum penyediaan minuman dan makanan mereka yang menyebabkan ramai rakyat Malaysia begitu terliur hingga kerap mengunjungi kedai mamak;

1. Sudu yang digunakan untuk membancuh air perlulah direndam di dalam bekas berisi air yang dicampurkan dengan ajinomoto. Sudu tersebut tidak akan dibasuh dan selepas selesai membancuh air, ia akan direndam semula ke dalam air campuran ajinomoto tersebut dan digunakan berulang kali. Air rendaman itu pula hanya akan ditukar sebulan sekali.

2. Kuali untuk memasak pula tidak akan dibasuh. Kuali tersebut hanya akan disapu atau dilap dengan penyapu lidi kecil ataupun kain buruk untuk membuang sisa yang melekat di kuali sebelum makanan baru dimasak. Ini penting bagi mengekalkan rasa sedap berpanjangan.

Kombang lak tokak den!

Blog Archive