Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Saturday, October 4, 2008

Mula-Mula Replika...Akhirnya BERHALA

"Satu replika gergasi pertama di Malaysia telah berjaya dirasmikan dengan jayanya oleh YB Amiruddin Saari (ADUN Batu Caves), YB Manikavasagam (MP Kapar), YB Sivarasah (MP Subang) dan YB William Leong (MP Selayang) selaku tetamu kehormat majlis ini. Replika yang setinggi hampir 40 kaki itu menelan kos perbelanjaan hampir RM 5000.00 dengan Bantuan para aktivis dan reformis serta penduduk Dun Batu Caves yang mahukan semangat Y.B Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membina Malaysia baru akan terus berkekalan dan ianya juga merupakan simbol sebagai tanda sokongan padu masyarakat pelbagai kaum di Dun Batu Caves ini."

Semakin bertambah mengarut orang2 PKR ni. Dah mula pulak nak mendewa-dewakan Brader Anwar Bin Ibrahim. Wajarkah alasan menterjemahkan semangat seseorang melalui pembinaan replika? Kononnya sebagai simbol masyarakat pelbagai kaum. Simbol apa? Orang Kristian dan Yahudi je yang biasa ada simbol ni. Mula2 memanglah mereka kata tujuan pembinaannya semata2 nak menyuburkan semangat penyokong PR. Lepas tu, ramai pulak yang akan datang menziarah kononnya untuk bagi penghormatan. Kemudian mulalah replika Anwar tu diletakkan kalungan bunga, kad, sepanduk, buah, ayam golek, kemenyan dan segala macam tok nenek pengeras bomoh. Penyudahnya jadi BERHALA yang akan disembah oleh penyokong PR untuk memohon dikurniakan 'semangat Anwar'. Apa la punya bengong orang2 pembangkang ni. Che Det yang terkenal hebat seantero dunia tu pun orang tak buat replika. Nampak benar taksub penyokong2 Pakatan Rakyat ni. Taksub membabi buta. Lebih bertambah bengong bila Adun Batu Caves, Amiruddin Saari yang selaku umat Islam turut terlibat dalam perasmian FUTURE BERHALA ni. Lepas ni ramai pulak yang akan buat replika Hadi Awang, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Teresa Kok, RPK dan sebagainya atas alasan 'semangat'.

p/s: Orang Pas tak komen ke replika Anwar yang seakan patung Saddam yang dah runtuh tu?

Banyak Kerenah

Malaysia Today editor and Internal Security Act (ISA) detainee Raja Petra Kamarudin has requested a change in his diet at the Kamunting detention centre here. His wife, Marina Lee Abdullah, said her husband was unable to stomach the food prepared for detainees at the centre, despite having tried several times.

Banyak pulak kerenah mamat ni. Dia ingat dia istimewa sangat ke? Beribu lagi orang yang dok dalam penjara, tak pernah bising pun. Sama la ko macam Anwar tu..sakit pinggang la, tengkuk la. Bila dah keluar penjara elok plak sihat sampai boleh pergi oversea kutuk negara sendiri merata tempat. Si Petra ni plak nak kecoh2 pasal makanan. Ko ingat penjara ni serve makan macam hotel mewah ke? Tujuan penjara ni nak bagi banduan insaf. Cukuplah sekadar disediakan makanan berkhasiat. Takde kerajaan nak seksa banduan bagi makan benda2 yang tak elok. Tak payah la ko nak banyak songeh. Ko sedar tak yang duit rakyat digunakan nak bagi ko makan kat dalam penjara tu? Kalo semua penjara bagi makan sedap, apa pengajaran yang pesalah dapat? Lain kali kalo nak makan sedap2 jangan mengada2 hina Rasulullah, pertikaikan Islam, buat fitnah sana-sini dan timbulkan keadaan tak selesa dalam masyarakat. Kalo susah sangat nak telan makanan dalam penjara tu, ko suruh je bini ko si Marina tu apply jadi tukang masak kat Kamunting. Habis cerita.

Friday, October 3, 2008

Agenda Tersembunyi?

Inilah berita yang aku nantikan apabila Zahid Hamidi akhirnya mengumumkan bertanding jawatan Timbalan Presiden selepas Ezam menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO. Siapa yang tidak kenal Zahid Hamidi yang dahulunya adalah Ketua Pemuda UMNO? Siapa yang boleh lupa bagaimana Zahid yang suatu ketika dahulu begitu lantang 'menyanyikan lagu' kronisme dan nepotisme semasa perhimpunan Agong UMNO. Brader Anwar Bin Ibrahim juga pernah mengaku bahawa dialah yang menyuruh Zahid memainkan isu tersebut yang secara terang2an mahu menjatuhkan Dr Mahathir ketika itu bagi merebut kerusi panas nombor wahid dalam UMNO. Siapa yang boleh menafikan Zahid Hamidi orang Anwar ketika itu? Adakah Zahid Hamidi kini bukan lagi 'budak kesayangan' Anwar? Adakah Anwar yang meminta Zahid menawarkan diri bertanding kedudukan nombor 2 UMNO itu?

Ezam pula sudah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO. Walaupun ramai yang memuji keikhlasan Ezam untuk menyertai semula UMNO, namun ramai juga orang2 UMNO yang masih belum lupa bagaimana 'ikhlasnya' Ezam mengutuk dan memperlekehkan Melayu dan UMNO sebelum ini. Dengan gaya pidato dan ceramah yang saling tak tumpah seperti Anwar, sehingga kini aku tetap meragui Ezam yang umpama 'Trojan Horse' seperti yang diperkatakan ramai.

Dalam kebanyakan ceramah Brader Anwar Bin Ibrahim di pentas Pakatan Rakyat, beliau sering berkata "sahabat2 saya dalam UMNO mengatakan....sahabat2 saya dalam UMNO memberitahu......" Siapakah yang masih menjadi sahabat2 Anwar dalam UMNO ini dan persoalan utama ialah siapakah yang menjadi penyalur maklumat dalaman UMNO kepada beliau?

Aku merasakan seperti ada 'gerakan terancang' yang sedang berlaku dalam UMNO ketika ini. Sekiranya Paklah tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO, maka aku meramalkan Muhyiddin tidak akan bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Berdasarkan usia, jika Muhyiddin tetap bertekad untuk bertanding jawatan nombor 2 dalam UMNO, maka pencapaiannya hanya akan kekal setakat itu. Semua sedia maklum bahawa Najib masih muda dan pasti akan kekal lama jika memegang jawatan Presiden UMNO. Jadi agak mustahil bagi Muhyiddin untuk menjadi Presiden seterusnya. Tambahan pula sejarah mencatatkan bahawa ramai yang tidak kekal lama di kerusi Timbalan Presiden UMNO dan bagaimana 'panasnya' kedudukan nombor 2 tersebut. Dengan latar belakang yang agak bersih dan ditambah lagi dengan kekaguman ahli2 UMNO atas keberanian Muhyiddin dalam menyuarakan sesuatu isu akhir2 ini, sudah tentu Muhyiddin sanggup mengambil risiko yang lebih besar.

Kebelakangan ini pula Tun Mahathir sering 'merungut' berkenaan bagaimana lemahnya Najib dalam menangani sesuatu isu. Jadi sudah tentu sokongan Tun Mahathir akan diberikan kepada Muhyiddin sekiranya Muhyiddin mengumumkan untuk bertanding jawatan Presiden UMNO. Bahkan ketika ini mereka berdua tampak agak akrab. Mungkin pada ketika itu juga Tun Mahathir sudahpun masuk semula ke dalam UMNO untuk berkempen bagi pihak Muhyiddin. Tiada siapa yang boleh menafikan pengaruh Tun Mahathir yang masih kuat di dalam UMNO terutama di kalangan akar umbi.

Jika andaian aku di atas benar2 terjadi, bayangkan apa yang akan berlaku kepada Zahid Hamidi. Setakat ini hanya dia yang menyatakan hasrat bertanding jawatan Timbalan Presiden. Jika Muhyiddin memutuskan untuk bertanding jawatan Presiden dan hanya Zahid yang menawarkan diri untuk jawatan Timbalan, maka sudah tentu semua pencalonan Bahagian akan pergi kepada Zahid. Kemungkinan Isa Samad, Ali Rustam dan beberapa orang lagi akan turut menawarkan diri untuk jawatan Timbalan, namun ahli UMNO akan melihat Zahid yang paling 'ideal' disebabkan latar belakang yang kononnya 'bersih' disamping menjadi orang pertama yang berani menawarkan diri. Jika ini berlaku, maka Zahid Hamidi akan menjadi Timbalan Presiden UMNO, sekaligus sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ramai yang meramalkan bahawa Mukhriz akan menang sebagai Ketua Pemuda UMNO. Adakah Ezam sudah tiada peluang? Aku beranggapan bahawa Ezam tidak akan menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda jika dia tidak mendapat 'restu' daripada seseorang. Namun aku masih menimbangkan peluang untuk Ezam memenangi jawatan itu.

Jika kesudahannya Zahid menjadi Timbalan Presiden dan Ezam menang dalam saingan merebut jawatan Ketua Pemua UMNO, maka sudah tentu keputusan ini akan memudahkan laluan untuk Anwar kembali semula ke dalam UMNO. Ramai tahu bahawa Anwar masih lagi belum menjadi ahli PKR. Kelihatan seperti Anwar masih menyimpan hasrat untuk kembali menyertai UMNO kerana beliau sedar bahawa itulah wadah sebenar perjuangan Melayu. Jika impiannya ini tercapai, maka sudah tentu Brader Anwar Bin Ibrahim dengan cepatnya dapat membina pengaruh kerana sudah 'masak' benar dengan 'permainan' dalaman UMNO. Seterusnya impian beliau untuk menjawat jawatan Presiden UMNO bukan lagi ilusi sekaligus dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Sudah tentu ia akan menjadi puncak kejayaan rancangan mereka yang pernah dinafikan oleh Tun Mahathir pada 1998 iaitu Brader Anwar Bin Ibrahim sebagai Presiden, Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Presiden, Ezam sebagai Ketua Pemuda, Dr Siti Zaharah sebagai Ketua Wanita dan Nurul Izzah sebagai Ketua Puteri UMNO.

p/s: Menunggu calon Ketua Puteri dan Wanita UMNO.

Blog Archive