Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Sunday, February 6, 2011

DemoNakKerusi or Democracy?

Malaysia tends to present dozens of parties because there are hundreds who would like to become leaders. People who will vote become divided into dozens of factions, perhaps because of ideologies but more often because of race or religion or constituent states or because the potential leaders have the wherewithal to finance the setting up of a party.

Elections may not result in the best candidates winning. Bribery, thuggery, badmouthing, religious trickery, nepotism and numerous other unsavory ways can bring victory to the candidates least suitable to lead a nation. On the other hand, the voters are not averse to using threats and demanding bribes either. They make ridiculous demand especially from the candidate on the government side. Their constituency or their village leaders or they themselves would demand for prestige or unnecessary projects. They demand for money to defray the cost of campaigning which too often goes into their own pockets. The party machinery may suddenly shut down in the middle of the campaign. Lots of time, money promises have to be made to get the machinery going again. Local leaders with influence or candidates who are not selected would threaten to withdraw the support of their personal followers. More money will be needed.

Losing one supporter must be replaced with two, one for not getting his vote and one for his vote being given to the opposition. It does not matter if personally the other candidate is totally unsuitable to lead, he would be supported to spite the candidate who failed to cater to the demands and threats by a few voters. It is not the majority who will wins. It is the cunning few who determine the victor in a closely contested fight. That is democracy.

Political campaigns never stop in Malaysia. It goes on from the announcement of the results of the current elections to the time when the campaign for the next elections begins. So the government and the government party must also campaign every day during the years in between elections. There is no end to political campaigns. It saps the energy and occupies the time of everyone, energy and time that should be spent on governing and developing the nation. When governments are weak, even good leaders cannot produce results. They are perpetually worried whether they would get support or not for whatever they are doing, whether they would be re-elected to finish their work. Weak government may be overthrown by street riots, strikes etc. The result is democratic anarchy. The people suffer from too much democracy.

Only a miracle leader can produce results in one term. It is impossible for a developing country to develop if every five years a new policy and plan is launched by a new leader to make a mark for himself. As a leader, knowing the routines and the procedures would take a year. It would take two years more to formulate and get parliamentary support for the policy, and the two years that are left are not even enough to launch the plan or policy, muss less to see results. Democracy in Malaysia is perhaps the best system to throw up good leaders but as has been pointed out, there is no guarantee that it will do that.

Saturday, February 5, 2011

Yahudi dalam PBB

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditubuhkan pada 1945 selepas kemenangan tentera Berikat dalam Perang Dunia Kedua. Pusat pentadbiran PBB di New York dan majoriti pegawai tadbirnya ialah rakyat Amerika Syarikat. Rujuk buku Amerika min Al-Qimmah ila al-Qa' muka surat 72 dan 74. PBB juga ditubuhkan bagi melindungi bangsa Yahudi daripada ditindas dan dipinggirkan hak mereka. Idea ini disuarakan oleh pemimpin Yahudi bernama Israel Zanguel dengan katanya "Sesungguhnya anggota PBB ini merupakan duta-duta bagi Israel".

Usaha Zionis sebelum perang dunia pertama untuk menubuhkan pertubuhan seumpamanya sudah dimulakan oleh Yahudi bernama Nahum Solokov di Muktamar Carlsbad pada 27 Ogos 1922 yang menyebut "Idea pertubuhan ini merupakan idea kita [YAHUDI]. Kita merancangnya selepas 25 tahun kita merana. Kita akan menyaksikan al-Quds sebagai kota perdamaian satu hari nanti..." Seorang penulsi Yahudi, Alfred Douglas pernah bersuara,"Sesungguhnya PBB akan menjadi pusat pentadbiran Yahudi dalam rangka menguasai alam ini."

Semenjak penubuhannya, PBB telah dikuasai oleh orang Yahudi. Antara orang penting di PBB berbangsa Yahudi ialah:-

1. Bull Hammers - Ketua Sidang Mesyuarat
2. Sir J.Erick Drumond - Setiausaha Agung
3. Bull Mantoxs - Ketua Bahagian Politik
4. Major Abraham- Pembantu Ketua Bahagian Politik
5. Mrs N. Sabler-Setiausaha Bahagian Politik
6.Whites-Ketua Bahagian Pejabat
7.A.Rozanbrige-Penasihat ekonomi
8.M.Cohen-Ketua bagi Pertubuhan Pelarian Sedunia
9. Boutrous Ghali - Setiausaha Agung yang berkahwin dengan Yahudi Mesir
10. Kofi Annan-Setiausaha Agung yang berkahwin dengan Yahudi Sweden

Termasuk di cawangan-cawangan PBB di Geneva yang dikepalai oleh pemimpin Freemason seperti:-

1. Block - Ketua Persenjataan
2. Ibraham Filter - Ketua Bahagian Undang-Undang
3.Semua jawatan di WTO [Freemason]

Rujuk Halak wa Dimar Amerika al-Muntazor, ms 59 dan Kitab al-Aqidah al-Yahudiah wa Khotoruba 'alal Insaniah oleh Dr Sa'dudin.

Thursday, February 3, 2011

Are you ready to fight for your kind?

1. Perlukah kami ucap "Selamat Tahun Baru Cina"? Kami persoalkan kerana semasa perayaan umat Islam di negara ini, hampir tiada di blog, twitter, mahupun di FB kaum Cina yang mengucapkan secara umum "Selamat Hari Raya" kepada masyarakat Melayu di negara ini. Should we return the favor?

2. Sempena Tahun Arnab ini, kami ingin mengambil kesempatan untuk berkisah perihal kaum Cina yang telah diberi ehsan menjadi warganegara atas prinsip Jus Soli oleh bangsa Melayu sebelum kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.

3. Walaupun si Raja Porno Chua Soi Lek kebelakangan ini macam orang gila meroyan meminta itu dan ini daripada kerajaan untuk kaum Cina, dan Najib pula sanggup mengguris hati Melayu berkali-kali dengan menunaikan pelbagai permintaan melampau kaum Cina; namun undi Cina tetap tidak berpihak kepada Barisan Nasional.

4. Berdasarkan pengalaman, pemerhatian, pergaulan dan sedikit ilmu bersama rakan-rakan kaum Cina, kami ingin membentangkan analisis ringkas mengenai budaya politik semasa masyarakat Cina di negara ini.

5. Kaum Cina di Malaysia bolehlah dibahagikan kepada 3 kelompok utama, iaitu kumpulan perniagaan, kumpulan pendidikan dan kumpulan agama.

6. Sejak dahulu, kumpulan perniagaan Cina akan sentiasa berpihak kepada kerajaan disebabkan mereka telah mengecapi banyak manfaat dan kesenangan di bawah teraju BN. Kumpulan perniagaan ini yang ramainya adalah ahli MCA, kemudiannya semakin berkembang dan menjadi entiti yang sangat berpengaruh sehinggakan MCA dianggap oleh masyarakat bawahan Cina sebagai sebuah parti elit yang sukar didekati. Dan apabila penyakit elit MCA itu turut berjangkit kepada Gerakan, ia bertambah menyukarkan BN untuk menarik semula sokongan daripada kaum Cina. Walaubagaimanapun, kami menjangkakan trend sokongan kumpulan perniagaan Cina tidak akan berubah dan tetap akan menyokong BN di PRU-13 kelak.

7. Seterusnya kumpulan pendidikan yang banyak menerima 'derma ikhlas' Najib di setiap PRK akhir-akhir ini. Walau sebanyak mana pun wang dilambakkan Najib kepada kumpulan ini, mereka tidak pernah hairan dan peduli. Sekolah vernakular milik mereka sentiasa mendapat tajaan berjuta ringgit daripada kumpulan perniagaan Cina, dan dana tambahan yang diberikan Najib dianggap sebagai bonus atau rezeki terpijak yang membuktikan paloinya Najib sehingga terpaksa menjilat kaum Cina. Berbeza dengan sekolah kebangsaan yang bergantung sepenuhnya kepada dana kerajaan dengan bajet yang semakin sedikit kerana dipotong disebabkan 'kilauan PERMATA yang dah lama hilang'; sekolah kebangsaan dilihat semakin terdesak untuk bersaing dengan sekolah vernakular yang semakin gah dengan dua sumber pendapatan iaitu melalui tajaan pihak swasta dan juga dana kerajaan. Kerana itulah agaknya ada sekolah vernakular di Seremban ini mampu mendermakan mesin hemodialisis untuk kegunaan masyarakat secara percuma, membuktikan betawa mewahnya sekolah vernakular yang kini telah menjadi kebanggaan Najib.

8. Kumpulan ketiga ialah kumpulan agama Cina yang sebelum ini tampak memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada BN. Namun apabila Pas menjadi bertambah liberal dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku dan nafsu penuh' sejak bersahabat dengan DAP; ditambah pula dengan ideologi pluralisme tajaan PKR, maka kumpulan agama Cina ini telah berpaling tadah menyokong pembangkang. Kumpulan ini tidak lagi melihat Pas sebagai ekstrimis Islam yang boleh mengancam kedudukan agama mereka, tetapi kini menganggap Pas tidak lebih daripada boneka yang boleh mereka peralatkan. Dijangkakan sokongan kumpulan agama Cina ini akan kekal menjadi milik pembangkang selagi sikap liberal Pas dan pluralisme PKR dikekalkan.


9. Sebahagian besar kaum Cina hidup dalam mitos bahawa mereka tidak akan mampu mengekalkan kekayaan dan kejayaan melebihi 3 generasi. Kebanyakan kaum Cina percaya mereka akan mula 'jatuh' sebaik saja generasi ke-4 dilahirkan. Atas kepercayaan inilah maka kaum Cina mula mencari peluang serta merancang agenda bagi memastikan 'kemewahan' itu kekal menjadi milik mereka, kerana jika dihitung, sejak kaum Cina berhijrah ke Tanah Melayu sehinggalah ke hari ini, mereka kini sudah mula memasuki fasa generasi ke-4.

10. Sebelum PRU-12, kaum Cina beranggapan mereka sudah tiada harapan untuk menguasai negara ini. UMNO yang mendominasi Barisan Nasional kelihatan sukar digugat oleh kaum lain dan mereka akhirnya pasrah serta mengakui hakikat bahawa negara ini akan selamanya dikuasai oleh bangsa Melayu. Namun selepas PRU-12, revolusi yang berlaku dalam kancah politik tanahair telah dilihat sebagai peluang oleh kaum Cina, bukan saja untuk keluar daripada kemelut mitos generasi ke-4, bahkan senario politik semasa dianggap sebagai batu loncatan oleh kaum Cina untuk menguasai negara ini sepertimana sahabat mereka di Singapura. Perpecahan bangsa Melayu kepada 4 iaitu Melayu yang menyokong UMNO, Melayu yang menyokong PKR, Melayu yang menyokong Pas, serta Melayu atas pagar, telah dijadikan sandaran oleh kaum Cina bagi menguasai pentadbiran negara.

11. DAP kini dianggap sebagai harapan baru kaum Cina untuk memenuhi aspirasi tersirat mereka. Kebijaksanaan DAP dalam mengawal rakan sekutu dalam pakatan pembangkang, telah dijadikan pemangkin bagi kaum Cina untuk merealisasikan agenda kekuasaan yang telah terpendam sejak sekian lama. Impian yang dahulunya dianggap mustahil oleh kaum Cina, kini dilihat semakin mudah dengan sokongan Melayu dalam Pas dan PKR. Mereka tidak peduli pihak mana yang akan menjadi teraju pemerintahan negara, asalkan kuasa sebenar berada di tangan mereka. Tambahan pula segala rahsia Anwar sudah berada dalam genggaman DAP, dan Nik Aziz pula sentiasa tunduk kepada mereka, maka kaum Cina tidak lagi gusar untuk meneruskan agenda sulit tanpa dirancang.

12. Justeru, sudah tiba masanya BN menguji kredibiliti calon MCA dan Gerakan dengan meletakkan mereka bertanding di kawasan majoriti kaum Cina di PRU-13 kelak, sementelah sekian lama calon dari kedua-dua parti itu telah diselamatkan di kawasan majoriti Melayu. Ada 45 kawasan parlimen majoriti Cina di negara ini yang boleh dijadikan medan oleh pemimpin MCA dan Gerakan bagi membuktikan bahawa mereka bukanlah liabiliti kepada BN. Kawasan majoriti Melayu yang selama ini diberikan UMNO kepada MCA dan Gerakan dalam pilihanraya, perlu diambil semula oleh kepimpinan UMNO bagi memastikan majoriti di dewan rakyat kekal dikuasai oleh bangsa Melayu selepas PRU-13. Lagipun trend sokongan Melayu hari ini kelihatan telah kembali kepada UMNO.

13. Pilihanraya akan datang bukan medan untuk bangsa Melayu mencuba-cuba. Andai PRU-13 perlu dijadikan 'battle of the races'.....just let it be.

Blog Archive