Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, October 7, 2011

Jom kolokai harta Baitul Mal

Episod kesempitan hidup No.140, Jalan Bunga Raya, Tongkang Yard, Alor Setar ialah sebahagian daripada kisah pilu kemiskinan sebahagian kecil umat Melayu. Sebahagian kecil inilah yang diintai oleh Gerakan Kristianisasi untuk proses pemurtadan dengan asuhan bantuan kewangan, bantuan sekolah, bantuan makanan, bantuan kediaman, bantuan pakaian, bantuan sara hidup dan bantuan pendapatan bulanan berasaskan kemahiran kerja yang boleh dilaksana oleh insan-insan terpilih ini.

Allah pilih mereka sebagai pelakon cerita manusia yang kelilingnya senang-lenang, joli katak, bergentayangan dan bergelandangan dek kerana kehausan iman, dek kerana dakyah duit yang senang kedapatan oleh mereka yang mewah, kaya-raya, hingga lupa bahawa dalam kemewahan dan kekayaan mereka, ada hak harta tersebut untuk insan terpilih seperti No.140, Jalan Bunga Raya, Tongkang Yard, Alor Setar.

Sibuklah mereka melapor untuk bantuan negara luar, negara hilang kedaulatan dan diragui makna kemerdekaannya. Sibuklah mereka berkisah tentang kekufuran nikmat makanan di dunia luar gelanggang dan padang Melayu. Lantai-lantai merempat dan kufur nikmat, masih banyak berpeleser di bandar-bandar utama negeri-negeri Melayu, Perlis hinggalah Sabah. Andai dihimpunkan mereka ini, bilangan mereka ialah 3 kali jumlah kerusi di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Mereka ini jika diberikan nilai yang lebih baik atas makna Bajet Kebajikan Nasional Hak Rakyat Di Utamakan, Kecapaian Rakyat Di Pertingkatkan, maka RM 10 billion diperlukan untuk tadbir urus semua jenis perihal Ansaf yang relevan.

Duit di Baitul Mal dan Pusat Kutipan Zakat masih banyak belum dikolokai mengikut keperluannya. Masjid dan surau dalam Malaysia masih jauh daripada tanggungjawab "fiddunya wal akhirah". Mereka kena ditashkil dan ditarbiyyah menjadi Agen Kader Komuniti Islam tulen dan bukannya bertopeng PAS atau UMNO atau PKR atau KITA atau JERANGKUNG atau LANGAU. Masjid dan Surau di Malaysia perlu menjalani Program Transformasi Tasawwur Islam. Marilah kita meneroka sirna daripada OBOR kalimah toyyibah.

Korek Duit RAKYAT

Rakyat mahu Menteri Kewangan melaras Belanjawan Rakyat a.k.a Belanjawan Kebajikan Rakyat kepada perkara yang menjamin poket 80% rakyat yang berada di paras ekonomi sederhana ke bawah. Najib kena laras;

1. Harga barang dapur seperti bawang merah, bawang putih, bawang besar, asam jawa, gula, tepung, beras, susu pekat manis, bawang holland, segala manikam rempah ratus, kena diturunkan kepada 40% daripada harga pasaran semasa. Rakyat tidak peduli dengan harga tekstil, harga elektrik dan elektronik kerana bukan perlu hari-hari makan.

2. Harga bekalan makanan seperti ikan, ayam, daging, sayur, buah-buahan diturunkan harga kepada 40% daripada harga pasaran semasa.

Kerajaan terpaksa suntik RM10 billion kepada semua proses penurunan 40% harga dan fokus untuk tambahan pelaburan domestik mahu pun luar negara kepada 25%. Sasaran DDi dan FDi ialah RM50 billion (benar) sehingga Mac 2013. Maknanya KDNK berada pada kedudukan 7.6% tahun 2012.

Rakyat mahu pada 8 dan 9 Oktober apabila mereka ke pasar berbekalkan RM100, maka mereka boleh beli bekalan rangsum untuk 5 hari tanpa gusar dan ragu.

Rakyat mahu pada 8 dan 9 Oktober apabila mereka ke gedung serbaneka dan pasaraya besar dengan berbelanja RM250, mereka boleh beli stok untuk keperluan 6 orang dalam satu isirumah.

Produk keperluan bayi dan kanak-kanak (makanan & minuman) amat perlu diberi pertimbangan sebanyak 40% penurunan daripada harga pasaran semasa.

MOGA skrip Bajet 2012 akan berubah petang ini.

Thursday, October 6, 2011

Ucapan BAJET BODOH

7 Oktober 2011 bersamaan Jumaat sekitar jam 0400 petang, YAB Menteri Kewangan Malaysia akan membentangkan Ucapan Belanjawan 2012. Hari ini digelar sebagai Bajet. Bajet BODOH yang bakal disampaikan ialah:

1. Memberikan Dana Politik kepada Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Nik Aziz Nik Mat, Azizan dan Abdul Hadi Awang.

2. Menyalurkan peruntukan dan levi cukai kepada Dana Pemuafakatan Pelajaran Keling Nasional yang dikepalai oleh Manoharan dan Ambiga.

3. Memansuhkan hutang tertunggak pendukung tegar Pas, PkR dan DAP yang tidak selesai urusan meranapkan institusi Raja-raja Melayu dan Agama Islam.

4. Memberi subsidi racun perosak kepada pelakon aksi seks iaitu pasangan Anwar Ibrahim, pasangan Chua Soi Lek, pasangan Mohamad Sabu dan beberapa lagi pasangan seks, termasuk pendukung politik UMNO yang memalukan UMNO dek kerana lakonan seks bebas dan ganas yang terpapar di Youtube.

5. Memberi wang ehsan kepada semua pelabur skim cepat kaya yang telah muflis dan bankrap hanya untuk rakyat Raja.

6. Memberi geran pentadbiran kepada anak Melayu yang menjadi pemimpin DAP, MCA, MIC, PPP, GERAKAN kerana boleh membantu usaha menjahanam KUASA POLITIK MELAYU ISLAM.

7. Memotong gaji semua Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara dan meminta semua wakil rakyat Dewan Undangan Negeri yang mana BN memerintah sebanyak 20%. Menarik balik semua kenderaan rasmi Negara dan negeri, dan hanya layak bawa kereta Saga FLX untuk tugasan rasmi.

8. Semua rakyat Malaysia diberi bonus RM1 dan disumbang kembali kepada Dana Darurat 1 Malaysia yang diisytihar oleh PM sebagai lambang perpaduan Nasional 1 Malaysia. Dana ini akan diuruskan oleh Akademi Khairy Jamaluddin.

Blog Archive