Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, December 2, 2011

Beranikah UMNO jawab?!

Apakah Jihad UMNO?

1. Sejak 11 Mei 1946, UMO @ UMNO telah melafazkan takbir Jihad Agama, Bangsa dan Negara.

2. Hari Merdeka 1957 merupakan titik tolak kepada pembuktian Jihad Tanahair kepada Bangsa Teras dan Kaum-kaum Lain.

3. Hari Malaysia 1963 merupakan permulaan resepi Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.

Hari ini bagaimana pula JIHAD UMNO?

1. Apakah UMNO boleh mendasari pendekatan jihad Turba dan Menjaro Polemas.

2. Apakah UMNO boleh mencipta keajaiban jika winnable candidate tidak zahir di surau, masjid, kenduri-kendara, kematian, majlis ilmu, warung kopi, pasar dan stesen bas serta teksi.

3. Apakah UMNO boleh mengaut untung politik daripada bersembang hingga jatuh siling PWTC dek kerana gegaran dan aura pidato-pidato MAUT kerana Agama, Bangsa dan Tanahair tanpa sedar bahawa 90% pengundi Melayu masih menanti ufti negara kepada mereka!

4. Wanita ialah Srikandi? Pemuda ialah Hulubalang? Puteri ialah Permata? Srikandi seperti Tun Teja atau Tun Fatimah? Hulubalang seperti Hang Tuah atau Hang Jebat? Permata seperti Tun Kudu atau Dang Anum?

Kayu ukur JIHAD UMNO, kini diukur oleh pengundi dan ummah Melayu daripada kereta mereka yang menjalar dan berkilat-kilat di PWTC kah? Atau pakaian berjenama dan bersutera berkilat emas kah? Atau perhiasan dan aksesori yang bermewah-mewahkah? Atau sumbi teriakan Hidup Melayu, 1 Malaysia sahaja?

Apakah erti sebenar JIHAD UMNO? Beranikah Pemimpin UMNO jawab?!

Thursday, December 1, 2011

NAJIB MOHON SIMPATI

Ucapan Dasar Presiden UMNO pada persidangan kali ke 65, 01 Disember 2011 ialah ucapan kegelisahan, kerisauan dan impian menebal kepada kebutuhan Kuasa Politik Melayu terus diangkat dan diperhebat usaha oleh UMNO.

Menjadi persoalan apakah 191 Ketua Bahagian mengambil iktibar besar kepada perkara yang diluahkan penuh lunak dan merdu ini? Najib bukan menanyi dan berseloka dengan perutusan kata bicara yang tersusun dalam irama Melayu Pekan. Najib sedang mohon simpati rakyat Raja supaya menjadi manusia yang taat setia kepada parti bukan manusia, cinta dan kasih kepada perjuangan UMNO bukan kepada manusia, memberi khidmat tanpa jemu dan berkorban kepada UMNO bukan kepada manusia!

Najib mengimbau episod 1946, 1951, 1955, 1969, 1970, 1981, 1990, 1999, 2004 dan 2008 dalam perbendaharaan yang pelbagai. Najib menyorot makna 1380 tahun lamanya, seorang insan yang mengasihi umat meninggalkan dunia fana. Najib sedang mohon simpati kepada UMNO khususnya 191 Ketua Bahagian termasuk dirinya supaya:

1. Isteri jangan campur tangan urusan pengurusan Negara dan pengurusan Parti.

2. Bersedia untuk tidak dicalon sebagai Calon Pilihanraya Ke-13.

3. Bersedia untuk bekerja seperti tiada lagi sirna di hadapan dan tiada esok bagi mu, andai kalah dalam Peperangan Otak PRU-13 ini.

Namun yang sedihnya di PWTC ialah perwakilan seperti orang sengal dan bengong. Sibuk melayan perasaan dan mengira berapa ramai aku boleh jumpa untuk melobi dan dapat untung. Ada juga manusia namanya Wan Mustapha, orang Kelantan yang hanya pakai tag pemerhati sibuk menghimpit petugas Dewan untuk masuk, cukup tidak malu manusia ini kerana yang dia hebohkan ialah menayangkan kad ahli UMNO, membuktikan bahawa dia lebih lama makan garam atau duit parti. Ini hanyalah manusia tersisih daripada gelombang besar UMNO. Namun umum melihat manusia seperti Wan Mustapha ini begitu dominan dalam UMNO dan pangkuan kepimpinan.

Apakah 191 Ketua Bahagian boleh jawab dan selesai urusan menterjemah Ucapan Dasar Presiden dan menerajang manusia yang berwatak seperti Wan Mustapha ini? Menjadi ahli dan pemimpin UMNO ibarat Rumput Kenaf dan Pokok Belian. Berguna untuk dipergunakan.

Ijat & KJ dah menyusahkan UMNO

1. Dua hari kami berada di luar kawasan, jadi banyak perkara ketinggalan terutama yang melibatkan Perhimpunan Agong UMNO 2011. Tetapi kini kami sudah berada di kawasan acara.

2. Lembu dan RM antara topik hangat dikalangan perwakilan, walaupun tidak terucap semasa perbahasan oleh wakil negeri-negeri. Pembahas dikalangan perwakilan ramai yang play safe. Lebih ramai yang hanya cakap-cakap belakang di luar dewan, di lobi, bilik penginapan, kawasan lepak di sekitar PWTC, restoran etc. Tapi siapalah yang berani bangkitkan isu RM ni? Isu lembu mungkinlah ada perwakilan yang akan sentuh, tapi isu RM??? Kalau berani...cakaplah...nak mampus...

3. Kami turut berkesempatan mendengar sedutan ucapan 'berapi' Shahrizat dan KJ di TV bersama para pelanggan yang memenuhi ruang kedai tempat bersantap. Kami tidak memerhatikan TV langsung, tetapi lebih kepada melihat gelagat pelanggan-pelanggan lain yang menonton semasa siaran ucapan kedua pemimpin sayap UMNO itu.

4. Ada yang mencebik, ada yang ketawa, tersenyum sinis, geleng kepala, dan yang menutup telinga pun ada. Ini adalah reaksi spontan sebahagian rakyat di hadapan mata kami sendiri apabila Shahrizat dan KJ berucap. Ketika Shahrizat berteriak, "Bangun puan-puan...tanya mereka...", yang menyaksikan kesemua Wanita UMNO bangun dengan suasana hingar bingar...spontan terpacul perkataan daripada anak muda yang duduk di sebelah kami, "Beginikah kaum ibu?"

5. Wanita UMNO hari ini sudah jadi geng SARKAS?

6. Pembangkang menyerang Shahrizat dan keluarganya secara peribadi, TAPI mengapa Shahrizat mahu melibatkan UMNO? "Don't take Wanita UMNO for granted", kata Shahrizat. Apa motif Shahrizat? Nak bawak Wanita UMNO karam sekali dengan masalah keluarga dia ke? Adakah MT UMNO bersetuju untuk dibabitkan sekali dalam kemelut peribadi Shahrizat?

7. Shahrizat turut mencabar Wan Azizah meletak jawatan dengan menjadikan kes Anwar sebagai alasan membalas kenyataan Ketua Wanita PKR yang meminta Shahrizat meletak jawatan. Apa punya tur??? Bukankah ia dua isu yang berbeza? Kes Anwar meliwat itu hal peribadi dia, tapi isu suami Shahrizat melibatkan dana negara dan wang rakyat. Bukankah ianya dua perkara berlainan? Lagipun semua orang tahu PKR sememangnya mengamalkan nepotisme dan kronisme korup. Adakah Shahrizat juga cuba nak menyamakan standard UMNO dengan PKR? Jadi apa bezanya UMNO dan PKR? Jika Wan Azizah terima cabaran itu dan meletak jawatan, adakah Shahrizat juga akan ambil tindakan yang sama? Fikir semula...

8. Shahrizat juga terang-terangan menyebut dalam ucapannya, "Suami saya tak bersalah". Bagaimana Shahrizat boleh tahu suaminya tak bersalah? Apa kriteria dan benchmark yang digunakan Shahrizat apabila dengan yakinnya menyatakan suaminya tidak bersalah? Bukankah polis kini sedang menyiasat NFC? Nampaknya hasil siasatan Shahrizat mendahului polis?

9. Bab KJ dan Pemuda UMNO yang turut berhabisan mempertahankan Shahrizat, kami malas nak sentuh. Kalau kami nak bongkar boleh saja akan sebab sebenar mengapa KJ kelihatan bersungguh mempertahankan NFC. Tapi nanti pembangkang dapat C4 pulak untuk bom semula kerajaan. Kalau ada dikalangan pemuda UMNO yang nak terjun gaung sekali dengan KJ, biarkanlah. Lagipun sejak KJ menerajui kepimpinan Pemuda UMNO, kami langsung hilang hormat kepada Pergerakan Pemuda. Bagi kami Pemuda UMNO hari ini tak ubah macam pondan pencen yang diketawakan gay tua.

10. Kepada Wanita UMNO, bangkitlah segera. Jangan disebabkan Shahrizat, imej Wanita UMNO tercalar. Kembalikan maruah Wanita UMNO. Pemimpin boleh datang dan pergi, tetapi UMNO tetap kekal. Jika Shahrizat sudah jadi liabiliti, mufarakahlah cepat. Patah tumbuh hilang berganti. Tak luak pun UMNO tanpa Shahrizat.

11. Selama ini rakyat terutama kaum ibu sangat menghormati Wanita UMNO. Jangan sampai penghormatan itu hilang sedikit demi sedikit dek semangatnya Wanita UMNO semata-mata nak mempertahankan lembu.

12. Saksikanlah (kredit to Minaq Jinggo) video 'ucapan berapi' Shahrizat. Apa yang gempak pun ucapan ni entahlah. Nampak sangat Shahrizat defenseless.

Blog Archive