Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Sunday, June 3, 2012

MBNS lagi?!

Menteri Besar Negeri Sembilan??? Bukan jang. Yang sebonar eh nak cerito hangit dan topat pasal tok pekong-tok pekong yang baru bermastautin dalam Majlis Belia Negeri Sembilan. Dah galak bonar kito nyalang isu-isu sensasi, hangat dan paneh punggung MBNS ini. Namun ternyata petua pekak badak dan bodoh sombong MBNS patut dipuji.

Pak Sedaro suko sarankan Sekretariat Belia YNS yang kobar eh dah keluar baris Parman, dan diganti dengan Zamri, mako YAB MB ambillah masa dan ruang untuk memberi fokus kepada peranan dan perancangan strategik RPBNS2 untuk dijayakan secara saksama dan berterusan.

Kok takyo cayo dengan Zamri, Pengarah Sekretariat Belia YNS yang baru tu campaklah ketopi dan bubarkan Sekretariat Belia YNS yang terlalu lamo lopong. Dah nak basi cerita dan berita RPBNS2 dengan perayaan Sambutan Belia peringkat Negeri pun tidak dikordinasi ikhlas oleh ketumbukan utama belia dalam Negeri Sembilan.

Penatlah Pengarah JBS, Baharuddin Md Jali berhempas pulas. Lotihlah juo melihat budak hingusan yang bolun tentu arah lagi dah dihadiahkan Tokoh Belia Wanita NSDK...apo kojo ni? Menjerat lubang-menggali lubang?

Apakah dokumen RPBNS2 hanyalah karangan berkajang-kajang demi membuktikan bahawa TONG SAMPAH LEBIH MULIA DARIPADA RPBNS2? Jika demikian tingkah gerak silat pihak-pihak bertangungjawab, khasnya YB Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, YB Setiausaha Kerajaan Negeri yang tak sudah-sudah berperanan "Little Napoleon", YB-YB yang ramai temberang di Dewan Undangan Negeri, ditambah dengan "ilmu tai chi" pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri yang penakut kepada YAB MB, maka hancurlah sebuah pentadbiran eksekutif BN.

Negeri Kerja Belia hanya retorika daif dan paria sekumpulan pemikir belia. Negeri Kerja Belia hanya fatamorgana yang dicetuskan untuk menelanjangkan kerendahan ilmu sekumpulan pemikir belia. Benarlah pesanan Za'aba dalam Makalah Al-Ikhwan bertarikh 16 Mac 1927, bahawa Melayu masih Miskin iaitu;

1. Miskin Wang Ringgit
2. Miskin Perangai
3. Miskin Asuhan
4. Miskin Hayat dan Roh

Saturday, June 2, 2012

KENYATAAN AKHBAR KBS


"1 BELIA 1 MALAYSIA"
HIMPUNAN JUTAAN BELIA-PUTRAJAYA MEI 2012


KBS TIDAK BAYAR K-POP GUNA WANG KERAJAAN

PUTRAJAYA, 1 JUN 2012-- Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, tidak menggunakan sebarang wang kerajaan untuk membayar persembahan K-Pop daripada Korea untuk persembahan mereka di Himpunan Jutaan Belia dari 23 hingga 27 Mei 2012.

Ini kerana kos untuk membawa tiga kumpulan tersebut ke Malaysia oleh Stadium First bernilai RM900,000 (USD300,000) akan dibuat melalui wang tajaan yang diterima oleh KBS daripada penaja-penaja.

Bagaimanapun sehingga hari ini, KBS masih belum membuat sebarang pembayaran kepada Stadium First kerana ianya masih dalam proses perincian.

Kos RM900,000 ini telah ditanggung oleh Stadium First selaku pembekal program kepada KBS dan kita akan menggunakan wang daripada tajaan pihak swasta untuk menyelesaikannya.

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia menerima tajaan daripada pelbagai syarikat swasta bernilai RM28juta dalam bentuk wang tunai, barangan dan juga pelaksanaan program. 

KBS ingin menjelaskan bahawa invois bernilai RM2.4juta yang telah diedarkan di dalam blog-blog itu adalah invois awal yang dibuat berdasarkan perkiraan awal yang dikenakan oleh agen kepada Stadium First.

Bagaimanapun menerusi perbincangan dengan agen tersebut akhirnya pihak Stadium First telah berjaya mendapatkan pengurangan dengan kos akhir membawa kumpulan K-pop tersebut hanya RM900,000.

Tiga kumpulan K-Pop dari Korea yang membuat persembahan di Himpunan Jutaan Belia adalah U KISS, TEEN TOP dan DAL SHABET.

Persembahan K-pop ini adalah salah satu daripada lebih 500 aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tempoh 5 hari Himpunan Jutaan Belia 2012.

DATO' MOHID MOHAMED
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA
1 JUN 2012

Untuk maklumat tambahan, sila berhubung
PUAN AZIAH AHMAD
Ketua Komunikasi Korporat, KBS
019-3315577

Friday, June 1, 2012

Cerai Talak Satu Rosmah


Nelson Mandela dek kerana tekanan rakyat dan tekanan dalaman, terpaksa menceraikan isterinya yang begitu galak melangsaikan wang ringgit hingga juling matanya apabila shopping tak ingat dunia. Gelagat jelek ini nampaknya diwarisi oleh beberapa orang isteri Presiden dan Perdana Menteri negara-negara tertentu.


Wahai Ah Jib Gor, kok dogil bonar Rosmah Mansor yang tak apik cakap orang, angkuh dan tak taat dengan teguran Nenda Hajah Rahah, mako ado baiklah ditalak satukan. Mungkin monang bosar BN dalam PRU-13 nie.

Nak nentukan tarikh PRU-13, tak payah menurun lamo bonar. Kok dah baco 28 September bontang Bajet 2013, Pak Sedaro cadangkan waktu yang sesuai ialah sebelum masuk tahun baru 2013.

Peminat Rosmah pasti melonting dongan cadangan Pak Sedaro ni, Tapi dalam hati ramai orang yang diam, agak eh setuju yor...

Blog Archive