Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, July 5, 2012

Bapa Perpecahan Ummah

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda; 

"Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah SWT berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku? Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku? Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendikiawan) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)". - H.R. Tarmizi.

Golongan yang dimaksudkan di dalam hadis ini ialah orang­-orang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat keuntungan dunia. Mereka rela menggadaikan agama untuk meraih keuntungan dunia. Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan kenyataan. 

Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasan-­alasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya sernata-mata timbul dari kelicinan mereka memutar-belitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka sendiri. 

Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat tajam sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi. 

Penangan Kilauan Emas

Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 Sya'aban sebaik sahaja masuk Maghrib).

Ia adalah bulan yang membawa keberkatan, nikmat dan kesejahteraan bagi umat Islam seluruhnya. 

Baginda Rasulullah saw banyak berpuasa sunat dalam bulan yang mulia ini. Umat Islam digalakkan melakukan amal ibadat dengan berganda. Ini kerana Nabi kita Muhammad saw meningkatkan amal ibadatnya kepada Allah SWT pada bulan yang agung ini.

Senang cerita, pada malam inilah nama manusia tu akan dipotong dari list. Harap-harap kita masih lagi berkesempatan untuk berjumpa malam Nisfu Syaaban pada tahun-tahun yang akan datang. 

Kita mesti ingat bahawa Allah SWT sentiasa membuka pintu taubat bukan pada malam Nisfu Syaaban sahaja, bahkan ia sentiasa terbuka waktu pagi dan petang, siang dan malam. Namun sebagai seorang Islam, kita perlu menghormati kedatangan Nisfu Syaaban ini.

Tapi bila aku bukak tv malam tadi, nampaknya malam Nisfu Syaaban disambut dengan Final Kilauan Emas, Showdown Street Dance dan entah apa ke bendanya lagi.

Apa takde malam lain ke nak buat benda-benda macam ni? Adakah salah tersebut berpunca daripada pihak penganjur; ataupun daripada pihak lain yang tidak peka dengan sensitiviti masyarakat Melayu beragama Islam di negara ini?

Kalau otak tu letak kat kepala lutut rasanya tak perlu nak tunjuk kat orang lain. 

Adakah hal sebegini melibatkan agenda tersembunyi pihak-pihak tertentu yang sengaja ingin melalaikan umat Islam di negara ini akan kedatangan malam yang mulia Nisfu Syaaban? 

Apa-apa pun lu fikirlah sendiri.....

Wednesday, July 4, 2012

Pakatan Jahanamkan Tabung Haji

Ramai yang tidak kenal Tabung Haji secara halus. Pak Sedaro suka memberitahu insan merdeka di Malaysia khususnya 19.87 juta umat Melayu, bahawa apabila Prof. Di Raja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid mengkaji ayat 196 surah Al-Baqarah; "Sempurnakanlah haji dan umrah kerana Allah" dan ayat 2 surah Al-Maidah; "Dan hendaklah kamu tolong-menolong untuk membuat kebajikan dan taqwa", maka Allah titipkan ilham kepada beliau hingga tercerna sebuah Kertas Kerja bertajuk "Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal-Bakal Haji" pada tahun 1959.

Usaha besar ini diangkat oleh Kerajaan Perikatan ketika YAM Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang telah membawa berbincang bersama Penasihat Ekonomi iaitu Dato' D.A. Spencer. Lanjutan yang tersebut, sebuah Jawatankuasa Kebajikan Ekonomi Bakal-Bakal Haji pada bulan Jun 1960 ditubuhkan untuk mengkaji memorandum dan kertas kerja YAM Prof. Aziz.

Hakikat kehebatan pemikiran Prof. Di Raja Ungku Aziz mendapat pujian tertinggi daripada Sahibus Samahah Syeikhul Azhar, Sheikh Mahmod Shaltout (Almarhum) merangkap Mufti Agong Mesir di tahun 1960. Secara lisannya, Prof Ungku Aziz pernah membuat pengakuan, "Syeikh Mahmod Shaltout yang telah lumpuh itu, menyuruh orang mengangkatnya supaya beliau dapat memeluk saya. Sambil itu beliau berkata idea ini adalah anugerah Allah kepada saya. Cuma apa yang beliau kesalkan ialah mengapa idea itu tidak terbit dari orang Arab sendiri."

Inilah sejarah kelahiran Lembaga Urusan Tabung Haji yang kini tertegak dengan megah dan jayanya. Namun sejak aliran Komunis dan Freemason memenuhi kerusi-kerusi Dewan Rakyat selepas menang besar PRU-12, nampaknya urusan para jemaah haji dan umrah Malaysia sudah tidak lancar seperti biasa. Orang Arab hormat TH bukan kerana Tabung Haji, tetapi atas bendera Malaysia. Malaysia dikenali sebagai sebuah negara Islam berfahaman Ahlul Sunnah Wal-Jamaah dan pengikut setia dan taat pimpinan Mazhab Imam As-Shafie.

Dek peristiwa 24 orang pengikut Komunis, Freemason, Syiah dan Wahabi di kalangan ahli Pas dan PkR dan DAP yang memakai baju bersih 3.0 di foyer Felda di Madinah, maka reputasi, imej dan nama baik Malaysia dicemari dan terancam.

Inilah ancaman dayus pemikiran orang Melayu yang baghal politik dan bernegara. Nampaknya TH yang baru berumur kurang 50 tahun semakin mencabar urusan rakyat Malaysia di 2 buah Tanah Haram. Apapun yang cuba diadu domba oleh DAP-Pas-PkR, hanyalah perebutan kuasa politik dan membubarkan Perkara 3 iaitu Agama Islam Agama bagi Persekutuan.

Blog Archive