Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, July 9, 2012

Janji Ditepati? Hahaha...budak sekolah pun tahu itu tema politik!


1. Sebenarnya kami menunggu pandangan geng blogger pro BN berkenaan tema yang telah dipilih sebagai tema hari kebangsaan tahun ini iaitu "Janji Ditepati" sejak ia diwar-warkan Rais Yatim pada 27 Jun lalu. Walaupun ada juga blogger yang komen, tapi biasalah...

2. Walaupun kami tak pasti siapa punya idea buat tema hari kebangsaan seolah kempen pilihanraya; sama ada itu idea Rais Yatim sendiri yang ramai tahu memang dah tak relevan, atau ianya 'kerja' kakitangan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan melalui Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, sebab nampak sangat nak bodek bos.

3. Maso kojo ngan co Jopun dulu, COO dan GM bangso Jopun selalu poning ngan sey sobab sikap terus terang dan kritikal sey pado beberapo keputusan dan tindakan pihak atasan. Sampai staf lain pun polik nengok walaupun sey selalu betokak ngan COO dan GM, tapi sey tak pulak dibuang kojo, apatah laei dapek 'surat cinta' aka warning letter.

4. Itulah hebatnya bangsa Jepun dalam meraikan perbezaan pendapat dan kritikan. Sebab tu negara Jepun cepat maju.

5. Kita harus kembalikan zaman meraikan perbezaan pendapat dan kritikan sepertimana ketika UMNO mula-mula ditubuhkan dulu. Ketika itu pemimpin UMNO dan Perikatan cukup gerun nak jumpa akar umbi dan rakyat kerana takut disembur dan dihentam jika melakukan kesilapan.

6. Tapi hari ini, kita boleh saksikan budaya kipas dan bodek wujud di mana-mana. Siap cium tangan sampai macam nak rukuk pun ada. Nasib baik belum sampai ke tahap sujud. Tak kiralah dalam mana-mana organisasi atau parti apa pun, budaya bodek pemimpinnya semua sama; termasuklah Pas dan PkR. Malah Pas dan PkR lebih teruk kerana penyokong mereka akan 'telan bulat-bulat' apa saja tindakan dan kata pemimpin mereka. Itulah yang dinamakan bingai tahap cipan. Nak harap penyokong pembangkang ni kritikal, macam menanti Anwar bermubahalah.

7. Berbalik kepada isu tema hari kebangsaan "Janji Ditepati", rasanya ramai yang keliru sebagaimana kelirunya kempen "Tahun Melawat 1Malaysia" dulu. Sejak bila pulak Malaysia tukar nama ada huruf "satu" di depan? Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan Persekutuan itu bernama Malaysia...bukannya "Satu Malaysia"!!! Takkanlah semua benda pun nak di'SATU'kan brader?!

8. Bertambah pening bila Najib pun selalu keliru dengan kata-kata sendiri, sama ada beliau bercakap atas kapasiti Perdana Menteri Malaysia atau kapasiti sebagai Presiden UMNO. Sebab tu kita akan selalu dengar ayat "Kita akan pertahankan Putrajaya"..."Kita akan berjuang mengalahkan pembangkang" walaupun ketika itu Najib bukannya berucap atas platform UMNO atau BN, tetapi dalam majlis atas kapasitinya sebagai Perdana Menteri. Terbaru, masih berulang perkara seumpamanya seperti ucapannya semasa Majlis Perasmian Menara Felda tempohari. Siapa punahsihat ucapan Najib selama ni? Bengong ke apa punahsihat tu?

9. Pusing kot mana sekalipun, memang nampak sangat tema hari kebangsaan 2012 "Janji Ditepati" adalah tema retorika politik murahan. Rasanya si pemberi idea dan penerima idea tidak faham perbezaan prinsip bernegara, prinsip berkerajaan, ataupun berpolitik.

10. Sepatutnya tema hari kebangsaan mestilah berteraskan perpaduan, ukhwah, menggalakkan kerjasama antara kaum, menggapai wawasan, merealisasikan impian, menaruh harapan etc. yang boleh membangkitkan semangat juang kerana matlamat akhirnya supaya rakyat lebih cinta dan sayangkan negaranya. Bukannya tema hari kebangsaan itu dimanipulasi seolah manifesto pilihanraya!!!

11. Sejak 1976, tema hari kebangsaan sentiasa menggalakkan perpaduan, kerjasama erat antara kaum demi kemajuan dan kemakmuran negara. Tapi bermula 2009, tema hari kebangsaan dah jadi lain macam. Walaupun tema pada 2009 "1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", 2010 "1Malaysia Menjana Transformasi" dan 2011 "1Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera" masih dikesan ada 'bau-bau' politik, tapi boleh dimaafkan lagilah kerana masih ada unsur demi negara Malaysia. Tapi bila masuk bab tema tahun ni...

12. Di Bangi semalam Najib cakap, "Tiada keperluan mempolitikkannya (tema) tetapi untuk kami membantu rakyat"...boleh percaya ke? Kemon la brader..! Takkanlah BN desperate sangat sampai tema hari kebangsaan pun nak dipolitikkan? Kemon la bro...gentleman la sikit. Nampak macam orang terdesak sangat beb...

13. Kami harap sebelum Najib merasmikan pengibaran Jalur Gemilang pada 17 Julai ini, eloklah tema hari kebangsaan itu ditukar supaya ianya nampak lebih neutral dan patriotik, semata-mata demi negara.

14. Kalau boleh buatlah pungutan suara ka, undian ka, atau apa saja kaedah untuk memastikan, adakah majoriti rakyat umumnya terima atau tidak "tema politik" sebegini untuk Sambutan Kemerdekaan ke-55.

15. Kita tak nak nanti majoriti rakyat fikir sambutan hari kemerdekaan tahun ini seolah meraikan sebuah parti politik, dan bukannya meraikan hari kemerdekaan sebuah negara bernama Malaysia.

16. Jangan sampai rakyat rasa diperdaya masa sambutan hari kemerdekaan kelak hanya disebabkan 'tema paloi' yang diperkenalkan Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55. Jika itu berlaku, bahananya pada siapa?

17. Apa dah jadi dengan kata Najib sebelum ini kononnya "zaman kerajaan tahu semua dah berlalu"?

Friday, July 6, 2012

Tuhan Yesus rahmati Anwar


Kepada, 

YBHG DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
Bakal Perdana Menteri Malaysia 

Salinan Kepada; 

Pastor Datuk Dr. Jeffery Kitingan
Pejabat Parti KeADILan Rakyat
Kota Kinabalu, Sabah.

YBHG DATUK SERI,

SOKONGAN YANG TIDAK BERBELAH BAHAGI KEPADA PERJUANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT

Datuk Seri, Pertubuhan Gereja Seluruh Sabah (PGSS) telah mengadakan mesyuarat pada 10 Ogos 2008 yang turut dihadiri oleh Pastor Datuk Dr. Jeffery Kitingan dan mengambil keputusan sebulat suara menyokong kepimpinan Datuk Seri dalam Pakatan Rakyat. 

02. Kami juga berpendapat Datuk Seri memang layak sebagai Perdana Menteri Malaysia kerana sikap Datuk Seri yang liberal dan memberi kebebasan kepada masyarakat Malaysia mengamalkan semua agama. Datuk Seri juga amat berdedikasi apabila menyokong penggunaan kalimah Allah dalam semua agama di Malaysia. Sesungguhnya Tuhan Yesus Merahmati Datuk Seri dan keluarga.

03. Akhir sekali sebagai makluman Datuk Seri, kami akan menghantar 17 orang ajk pertubuhan ini yang akan diketuai oleh Pastor Datuk Dr. Jeffery Kitingan ke Permatang Pauh untuk membantu Datuk Seri dalam kempen pilihan raya nanti.

04. Semoga Datuk Seri akan sentiasa sihat sejahtera.

Shalom.
T.T.
(PASTOR SILVERSTER KHEMO ANDAMAN)
Presiden PGSS.

Blog Archive