Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, May 2, 2013

Sumbat Komunis Melayu Tamrin Ghafar

Perkara 149, berkenaan kegiatan subversif. Ambil tindakan ke atas manusia bernama Tamrin Ghafar.

Kenyataan akhbar Sinar Harian bertarikh 2 Mei 2013 muka surat 13..."Lim Kit Siang tidak berada di Kuala Lumpur semasa pergaduhan pada 13 Mei 1969, Mereka sengaja membuat tuduhan semata-mata untuk takutkan orang Melayu."

Kit Siang BUKAN dalang 13 Mei!

Usaha paling Dajjal semasa perang PRU-13. Apakah ini petanda bahawa Komunis Melayu sudah lahir kembali! ?

Maruah Bangsa Melayu secara terbuka sedang dilacur. Maruah Tamadun Bangsa Malaysia (Melayu-Cina-India) yang taat kepada kuasa pemerintahan negara Malaysia aman dan damai.

Tamrin Ghafar jangan LUPA DARATAN. Bak kata pepatah "Jerat tidak pernah lupa akan pelanduk!"

PsyOps yang BANGANG!!

Ini keja PsyOps bangang namo ey. Sapolah perancang Gerak Saraf Perang Saraf ni?! Konon guno gerakan NGO, tapi sekali tengok risalah pun dah boleh tau sapo yang buek. Pehtu ditaburkan pulak sepanjang jalan besepah-sepah. Buek kemarahan orang yo. Penduduk aka Pengundi akan menyampah, pekerja Majlis Bandaran yang kutip sampah lagi la sakit hati.

Kok ilmu cinonet tak menureh toksah dok belagak macam baguih bonar. Lenkali menuntut biar dongan orang yang botul. Kok tak meh sini jumpo kami, sonang kami sekolahkan memasing akan makno sebonar GSPS!!




Lokasi: DUN Ampangan 
Tarikh: 30 April 2013 
Masa: 4.00 am

Analisis Awal PRU-13 N9

Baru-baru ni aku pulang ke kampung untuk meluangkan masa seketika daripada kesibukan tugas di samping menemui sahabat handai serta saudara mara yang tercinta. Sempat juga aku menghabiskan masa pekena kopi di warung kampung aku. Pada masa yang sama aku sempat berbual dan mendengar pendapat daripada beberapa veteran Umno mengenai ramalan PRU ke 13 khasnya di Negeri Sembilan.

Antara ramalan yang diperkatakan oleh mereka-mereka ini ialah:

Parlimen Seremban

Pertandingan 5 penjuru di antara calon-calon daripada BN, DAP, Berjasa dan Bebas yang mana kekuatan mereka boleh dikatakan agak setara di mana calon dari DAP merupakan calon favourite untuk memenangi kerusi tersebut.

DUN Lenggeng

Pertandingan 3 penjuru di antara BN, Pas dan Bebas. Pertandingan sengit dijangka di antara BN dan Pas walaupun ada khabar angin mengatakan Ishak Ismail merupakan orang yang bertanggungjawab mensabotaj calon BN pada PRU yang lepas.

DUN Sikamat

BN lawan Pkr. BN di kawasan ini perlu bekerja lebih keras kerana Pkr dilihat lebih kukuh pengaruhnya.

DUN Ampangan

BN lawan Pkr.Walaupun Pkr merupakan pemegang kerusi Dun ini dengan majoriti 165 undi, namun BN perlu bekerja lebih keras kerana sikap selesa hanya akan memakan diri sendiri.

Parlimen Rembau

Pertandingan 3 penjuru di antara BN, Pkr dan Bebas. Pertandingan ini dikatakan agak sukar diramal kerana Khairy Jamaluddin bukanlah calon pilihan orang Rembau atau dalam ertikata lain calon boleh menang. Ia berdasarkan daripada pilihanraya umum yang lalu.

Parlimen Telok Kemang

Pertandingan 3 penjuru di antara BN, Pkr dan Bebas. Memandangkan undi Melayu 42.35%, Cina 33.18%, India 21.41% dan lain-lain 3.06%, maka diramalkan bahawa pertembungan sengit dijangka berlaku di antara BN dan Pkr.

Parlimen Kuala Pilah

BN lawan Pkr. Hassan Malek bolehlah dikatakan berkedudukan agak selesa berdasarkan dengan rekod terdahulu.

Dun Pilah

BN lawan Pkr. Norhayati Omar dikatakan calon yang dikitar semula. Pertandingan dijangka sengit berdasarkan keputusan PRU yang lalu.

Dun Juasseh

BN lawan Pkr. Pertandingan sengit juga dijangka berlaku di kawasan ini memandangkan Rosli Omar merupakan bekas AJK Pemuda Umno Bahagian Jempol satu ketika dahulu. Razi Kail perlu berusaha lebih kuat untuk mengambil hati pengundi-pengundinya dan bukan hanya bersandarkan kepada MB sahaja.

Parlimen Jempol

BN lawan Pas. Pertembungan diwar-warkan di antara calon tempatan, Aishah (Janji Manismu) yang merupakan orang Bukit Gombang, Batu Kikir dan calon dari luar Isa (daripada PD). Walaupun begitu Isa mempunyai pengalaman bertanding di Parlimen ini.

Dun Bahau

Bahau dikuasai oleh DAP pada PRU ke 12. Pemilihan calon daripada BN dikatakan tidak tepat kerana beliau dikatakan bukanlah daripada calon boleh menang.

Dun Jeram Padang

Pertandingan di kawasan ini agak sukar diramal memandangkan bilangan pengundi Melayu 48.34%, Cina 11.32%, India 36.14% dan lain-lain 4.12%.3. Calon yang bertanding atas tiket BN, Pkr dan Bebas merupakan calon berbangsa India manakala seorang calon Bebas berketurunan Melayu iaitu Zailani Zakaria anak Felcra Rompin.

Dun Palong

Pertandingan 2 penjuru antara BN dan Pkr. Undi dikatakan mungkin boleh berpecah dan terjejas memandangkan Lilah bukanlah seorang peneroka dari kawasan Palong sedangkan Palong merupakan kawasan tradisi yang diwakili oleh peneroka sejak wujudnya UMNO Bahagian Jempol.

Dun Serting

BN lawan Pas. Keputusan yang agak mudah diramal kemenangan kepada BN. Namun, sejauh mana kekuatan pembangkang tidaklah diketahui memandangkan Samsulkahar mudah mendapat undi daripada kawasan Felda tetapi tidak mudah di kampung-kampung tradisi. Calon Pas, Rahman Ramli merupakan bekas AJK Pemuda Umno Bahagian Jempol.

Parlimen Jelebu

BN lawan Pas. Pertembungan agak mudah memihak kepada BN berdasarkan kepada PRU yang lepas.

Dun Chennah

BN lawan DAP. Calon BN bukanlah calon popular dan boleh menang.

Parlimen Tampin

BN lawan Pas. Bolehlah dikatakan BN mempunyai kedudukan yang agak selesa di kerusi ini berdasarkan PRU yang lepas.


Kesimpulannya, kebanyakan calon-calon muka baru daripada BN adalah calon kitar semula yang agak bermasalah serta diletakkan di kawasan-kawasan yang tidak sepatutnya. Untuk Parlimen dan DUN yang lain, kita tunggu dan lihat sahaja apa yang bakal terjadi pada PRU yang akan datang.

P/S - Ini adalah analisis awal sahaja dan tidak berkaitan secara langsung dengan keputusan PRU-13 yang bakal berlangsung kelak kerana undi anda adalah penentunya.

Blog Archive