Lawaklah Tun...hehehe!
Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.
Recently Popular Posts
Friday, May 3, 2013
UMNO-BN perlu kuat Jatidiri
Rupanya masih ramai lagi orang UMNO-BN yang lemah semangat dan jatidiri.
Tidak sanggup bercita-cita besar untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional. Khabarnya semasa, program tertentu di Ampangan, kalangan sukarelawan BN langsung tidak ada upaya minda dan semangat yang tinggi. Sibuk bercakap-cakap dan membising-bising. Tidak bersedia untuk meletak nahu perjuangan pada tahap tinggi. Bersarang dalam kepala ialah buat ajo lebih kurang, asal ada, cincai akhirnya HANCAI.
Pak Sedaro yang dah tuo dan lamo ni, suko nak posan kepada senior, veteran dan orang lamo. Makna sukarela dalam parti politik, bukanlah sukarela seperti dalam pertubuhan sosial biasa, persatuan kariah masjid atau surau, persatuan PIBG sebagainya. Sukarela politik khasnya jentera akhir PILIHANRAYA, perlu kekuatan mental, fizikal dan metafizik.
Sukarelawan politik PILIHANRAYA bukan sukarela biasa-biasa. Mesti punya kekuatan mandiri luar biasa, berani luar biasa, minda yang cekal luar biasa, tegas-garang-tangkas luar biasa. Inilah yang boleh mengeruni pihak lawan dan musuh politik.
Orang UMNO-BN andai tidak bersedia lagi. Maka, kekalahan minda dan stamina metafizik sudah berada di depan mata. Lemah UMNO-BN, kuburkan sahaja Pilihanraya. Kocik bonar hati kau jang....Malu Pak Sedaro.
Thursday, May 2, 2013
Modus operandi Pkr/DAP
Buat ceramah di kawasan-kawasan sempit seperti di atas jalan antara shoplot. Bila ceramah dibuat maka crowd akan nampak sangat ramai dan bersesak-sesak. Contohnya ceramah di Rasah dan Betaria Ampangan, Seremban beberapa hari lepas.
Di kawasan Betaria tu dah lah sempit, parkir pun takda, jadi dah tentu orang akan parkir kiri kanan bahu jalan nampak sesak.
Lepas tu keluarkan gambar masa ceramah di FB dan Twitter yang menunjukkan konon crowd nampak ramai. Padahal banyak je kawasan lapang, kenapa pembangkang tak nak guna?
BN juga yang gentle...buat kawasan lapang.
Labels:
Pas,
Pembangkang,
PRU-13
Subscribe to:
Posts (Atom)


