KDN sudah halal untuk bertindak berasaskan perundangan, khusus merujuk kepada Artikel 149, Perlembagaan Persekutuan iaitu usaha mengembang anasir subversif, ke atas Penerbit Sinar Harian, Editor SH, Ketua Pengarang SH dan rakan sekutu Sinar Harian.
Pada 2 Mei 2013, mukasurat 13, SH menjadi Agen Propaganda Verbatim Isme-isme Komunis, apabila tanpa rasa bersalah dan malu untuk menyiarkan iklan bergambar Tamrin Ghafar. Usaha ini dilihat sengaja ditonjolkan untuk dijadikan "kambing hitam" agar rakyat mula mempertikai Integriti Laporan MAGERAN, Jemaah MAGERAN, Parlimen Malaysia yang bersidang 1970-1972 hingga isu-isu ini dibahaskan dalam Parlimen pada 2009, Polis Di Raja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia ( khasnya Rejimen Askar Melayu Di Raja), Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Kehakiman Negara, Pejabat Perdana Menteri dan Majlis Raja-Raja Melayu.
Pada 3 Mei 2013, mukasurat 33, SH menjadi Agen Provokator Sembrono Melampau isme-isme Komunis, apabila menyiarkan iklan bertajuk "Melayu hilang kuasa kalau PR menang di NS"?...dengan memaparkan gambar Institusi Dewan Undangan Negeri Sembilan. Ini merupakan penghinaan terbuka kepada institusi Kerajaan Negeri di bawah payung Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir.
Apakah orang Melayu tidak sensitif (hilang daya fikir dan keprihatinan serta kebimbingan), bahawa, permainan media cetak Sinar Harian ini sudah melampaui batas dan susila perpaduan dan kesatuan ummah. SH sudah melanggar adat dan adab dalam penerbitan surat khabar.
Andai ini liberalisasi akhbar yang diperjuangkan, maka, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak perlu diperkasa semula. Permainan provokasi dan propaganda media secara halus yang cuba ditelanjangkan oleh SH, amat merbahaya kerana inilah punca-punca meletusnya tragedi perang saudara.
Pak Sedaro minta semua yang prihatin kepada kesopanan dan kesusilaan, melancarkan "image damage" kepada Sinar Harian yang tampak tidak rasional dan bijaksana dalam penyiaran.
Editor dan Ketua Pengarang Sinar Harian sudah menjadi alat adu domba paling kufur dalam pilihanraya ke-13. Apakah ini agenda tersirat Komunisme, Freemason dan Syiah melalui media ortodoks yang diselia oleh anak-anak sawo mateng yang lupa asal-usul dan menafikan kehebatan keturunan yang dimuliakan Allah jua...
KDN sumbat manusia durjana dan lahanat ini SEGERA. Sebelum Nasi jadi bubur BASI.