Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, December 9, 2013

Ucapan 'cerdik' seorang Presiden

1. Ada beberapa perkara yang kami ingat Najib sebut dalam ucapan penggulungan PAU 2013. Antaranya ialah "Kita tahu UMNO pun tidak sempurna", "Jangan apologetik ini hak kita!" dan "Kami tidak pernah rasis. Kami adil untuk semua...".

2. Ya memang semua pun tau UMNO tu tak sempurna. Mana ada manusia atau pertubuhan atau apa saja yang sempurna melainkan MAHA PENCIPTA. Dan tiada manusia yang maksum selain nabi di dunia ni, hatta Nik Aziz dan Pas pun tak maksum. Cuma penganut Pas saja yang menganggap Nik Aziz dan Pas itu sempurna dan maksum. Sebab tu semua yang Nik Aziz dan pemimpin Pas buat tidak salah di mata penganut mereka walaupun sangat jelas kesalahan yang dilakukan.

3. Najib kata jangan apologetik tentang hak Melayu. Nampaknya Najib kena nasihat sepupunya sendiri yang pernah apologetik Cium Keris Minta Maaf hingga kini melekat dengan gelaran Hisham CKMM.

4. Najib juga kata tidak menafikan hak orang lain tapi ramai yang masih skeptikal kerana Najib selalu cakap tak seiring dengan perbuatan. Memang betul Najib tak nafikan hak kaum lain, tapi pada masa sama banyak perkara yang Najib buat seolah menafikan hak Melayu sendiri semata-mata nak gembirakan kaum lain; hingga tergamak Najib merendahkan maruahnya sendiri.

5. Mana boleh lupa siapa yang gubal Akta Pendidikan 1996 yang menyebabkan kerajaan terpaksa memperuntukkan dana untuk sekolah vernakular dan terpaksa pula menanggung gaji guru sekolah vernakular. Sebelum 1996, sekolah vernakular hanyalah sekolah persendirian tanpa tanggungan kerajaan kerana ia termaktub dalam perlembagaan. Tapi Menteri Pendidikan 1996 sudah gubal akta semata-mata nak gembirakan Cina. Ketika itu UMNO dan BN kuat pun Najib dah terhegeh nak please Cina, bayangkan masa UMNO/BN lemah sekarang ni, apa saja mungkin sanggup dilakukan Najib. 

6. Mana boleh lupa siapa yang terhegeh menjanjikan berjuta 'wang rakyat' di setiap kempen pilihanraya kepada sekolah vernakular. Siapa pula yang menjatuhkan maruah sendiri memukul gendang iklan Tahun Baru Cina. Perdana Menteri pertama mana yang tergamak merendahkan maruah berjumpa dan melayan Dong Jiao Zong. Kerajaan pimpinan siapa yang 'senyap' bila Islam, Melayu dan Raja di hina oleh kaum lain, tetapi bila Melayu membalas, terus diambil tindakan segera. Kerajaan pimpinan siapa yang mengiktiraf sijil universiti di China untuk diguna pakai di negara ini. Kerajaan pimpinan siapa yang membawa kaum lain menguasai Petronas dan GLCs sedangkan syarikat kaum lain sangat berkira untuk membuka peluang dan ruang kepada Bumiputera dalam syarikat mereka.

7. Memang Najib dan UMNO tidak racist dan adil untuk semua. Tapi yang ramai Melayu dok tanya, adakah Cina juga tidak racist dan bersikap adil terhadap Melayu selama ini? Sampai bila kerajaan Najib nak tunduk kepada segala tuntutan kaum chauvinist? Jika cina racist, adakah salah jika Melayu juga membalas dengan bersikap racist juga?

8. Tapi ada yang kami suka dalam ucapan Najib yang mahu pantau CEO GLC. Kata Najib, "Saya telah bermesyuarat dan berjumpa serta berbincang dengan ketua GLC, bahawa agenda permerkasaan bumiputera menjadi agenda nasional. Setiap CEO dan pengurusan GLC perlu melaksanakan agenda ini sebaik mungkin untuk memperlihatkan kesungguhan kita. Jadi ini KPI kepada CEO. Saya akan pantau ini. Akhir tahun, saya nak tengok kad laporan, skor kad. Kalau baik, baiklah, boleh sambung agaknya," katanya.

9. Cuma kami skeptikal, adakah Najib akan benar-benar pantau, atau hanya mengharapkan PEMANDU yang pantau, ataupun konsetan 7.2b yang pantau, atau janji Najib ini hanya sekadar nak jadi penyedap hati Melayu. Adakah Najib sedar apa yang sedang berlaku di Petronas hingga TDM letak jawatan? Adakah Najib tahu pelaburan yang dibuat 1MDB di Cayman Island yang turut dikenali sebagai 'syurga' penjenayah? Adakah Najib tahu apa Omar Ong buat dan bagaimana UDA menjahanamkan Bumiputera secara perlahan?

10. Ingat lagi Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di UiTM Shah Alam yang dilancarkan Najib 14 September lalu? Intipati janji Najib dalam majlis itu pun masih tak nampak dimulakan lagi. Kini Najib dah buat janji baru pula nak pantau GLCs untuk agenda pemerkasaan bumiputera. Macamanalah Pribumi tak skeptikal terhadap Najib. Heh!


11. Sebenarnya ucapan penggulungan Najib di PAU 2013 boleh dikatakan bagus jika Najib tidak terlalu memuji 2 jasa isterinya. Mungkin Najib rasa tertekan atas segala kritikan terhadap Rosmah selama ini yang menyebabkan dia rasa terpanggil untuk memuji isteri sendiri di Persidangan Agong UMNO. Setahu kami yang selalu puji isteri sendiri dalam setiap ucapan di PAU dulu ialah Anwar Ibrahim sejak jadi Ketua Pemuda hinggalah Timbalan Presiden UMNO. Nampaknya Najib pun tiru Anwar dalam bab puji isteri sendiri di public. Buat orang meluat poik.

12. Jasa Rosmah yang Najib sebut tu sebenarnya tak salah pun. Keluarga 'mangsa' yang di bantu Rosmah pasti menghargai usaha Rosmah 'menyelamatkan' anak mereka. Cuma disebabkan terlalu ingin mempertahankan Rosmah, Najib secara tak langsung telah membuka pekong betapa lemahnya beliau selaku Perdana Menteri termasuk barisan kabinetnya dalam mengendalikan krisis yang dihadapi negara hingga terpaksa minta tolong bini. 

13. Mungkin dah sampai masanya Najib lantik Rosmah sebagai senator untuk jadi Duta, jika tidak pun Menteri Luar. Ternyata menteri kabinet Najib tak berguna sehabuk kerana terpaksa bergantung kepada pengaruh Rosmah untuk menyelesaikan masalah. Disebabkan pengaruh Rosmah terlalu hebat hingga dikhabarkan mampu menarik pelaburan ke dalam negara, mungkin juga sesuai Rosmah dilantik terus menjadi Perdana Menteri menggantikan suaminya. Mungkin itu lebih praktikal.

14. Tidakkah orang UMNO terfikir publisiti Rosmah yang keterlaluan mungkin turut menyumbang kepada pengurangan undi popular BN di PRU-13 hingga BN gagal memperoleh kerusi 2/3? Ada sesiapa yang pernah buat kajian?

15. UMNO perlu walk your talk terutama dalam perihal yang melibatkan Melayu dan Islam. 'Lisanul hal' lebih berkesan daripada 'lisanul maqal' untuk kembali menawan hati rakyat di PRU-14. Tapi memandangkan hingga kini tiada perubahan ketara pun berlaku dalam UMNO, nampaknya 'transformasi' hanya sekadar slogan dalam mimpi sajalah.

Saturday, December 7, 2013

Sajak Najib

"Sebagai Presiden Umno sebelum saya akhiri ucapan, saya ingin berpesan dan beri pedoman..."

Walau sutera cantik dipakai,
Belacu juga tahan diuji,
Sudah lumrah dalam perjuangan,
Ada yang luka ada yang parah,
Ada yang pergi membawa hati,
Ada yang hilang entah ke mana,
Apa guna merajuk hati,
Sampai membakar perjuangan sendiri,
Kalau Umno dah tertewas dan mati,
Kalau Umno sudah tidak bersenandung lagi,
Akhirnya tersungkur menyembah bumi,
Semuanya sudah tidak bermakna,
Semuanya sudah tidak bererti.

Saudara dan saudari...

Benar jika ada pun khidmat yang telah dicurah,
Jika adapun bakti yang telah disemai,
Usahlah sedikit pun berasa kesal,
Sekalipun ia tidak terpandang di dunia sementara,
Pesan orang cerdik di zaman bahari,
Tulislah jasa-jasa kita itu di atas pasir pantai,
Supaya hilang tersapu ombak,
Kerana budi kita yang baik,
Pastinya dikenang jua,
Jadikanlah luka dan parut itu sebagai tanda azimat,
Bahawa kitalah pahlawan Umno yang sedang berjuang.

Saudara saudari...

Ya...memang Umno tidak sempurna,
Ya...memang Umno tidak lengkap,
Kendati itu tabahkanlah nurani dan berlapang-lapanglah dada,
Bahawa perjuangan Umno secara manusiawinya adalah amat teguh dan sempurna,
Pokoknya janganlah Melayu berdengki-dengki sesama kita,
Janganlah Melayu menfitnah sesama bangsa,
Janganlah Melayu memusnah sesama sendiri,
Bersabarlah dalam menerima cubaan,
Teguhkanlah iman di dada,
Perjuangan ini adalah untuk kita terus hidup,
Pergorbanan yang dibuat adalah untuk melihat Umno terus mekar dan mengharum demi anak cucu,

Makanya saudara dan saudari sekalian...

Janganlah ditangguh-tangguh,
Usahlah berbasai basi,
Janganlah berdolak dalih lagi mengalas perjuangan mulia ini,
Sesungguhanya...
Allah Tuhan yang mentakdirkan siapa yang Dia kehendaki untuk naik,
Dan siapa yang Dia kehendaki untuk turun,
Kita merancang Allah juga merancang,
Dan Dialah sebaik-baik perancang,
Ketahuilah Allah itu tidak tidur,
Allah itu Tuhan yang nampak segala,
Umno sedang berbuat sehabis baiknya,
Redalah atas perjuangan ini,
Berserahlah segala semua kepadaNya,
Semoga negara ini menjadi,
Baldatun Toyyibatun Warabun Ghofur (negeri yang subur,makmur, adil dan aman)

Saudara saudari...

Makanya walau pembangkang terus-terusan bermain api,

Beraja di mata beraja di hati,
Tapi Umno dengan penuh bermaruah akan tetap bersultan di mata bersultan di hati,
Namun siapa kata Umno tidak berani?
Siapa kata Umno berdiam diri?
Umnolah yang akan membenteng betis dan menahan dengan perabung-perabung dada semua tusukan-tusukan itu,
Demi membela dan mempertahankan Islam,
Untung nasib Melayu, Bumiputera dan Malaysia tercinta kita ini.

Oleh sebab itulah selama ini biarlah kita dicerca,
Biar kita diasak sebegitu rupa,
Umno tidak sesekali akan putus asa,
Umno tidak sesekali akan merelakan bumi Malaysia diganggu walau sezarah pun kepentingannya.

Wahai ahli Umno semuanya,
Wahai pejuang parti sekalian,
Bingkas dan bangkitlah,
Umno parti menunjang watan,
Umnolah parti anak jantan.

Jauh ke tengah si pulau Pandan,
Gunung daik bercabang tiga,
Walau berpisah hayat dari badan,
Umno dan pertiwi diperbenteng jua.

Hidup Melayu!!! Hidup Melayu!!! Hidup Melayu!!!
Hidup Umno!!! Hidup Umno!!! Hidup Umno!!!
Hidup Malaysia!!! Hidup Malaysia!!! Hidup Malaysia!!!

Hisham dah MALU sebenarnya...

Bermulo sajo Perhimpunan Agong UMNO (PAU) 2013, tetibo Hishamuddin Hussein masuk spital untuk menjalani angioplasti. Arteri sempit kato eh.

Doktor suh dio rehat. Zahid kato maso berucap tadi, Hisham tongah rehat ateh katil.

Tapi cakap-cakap perwakilan tak bulih nak suruk. Ramai koba Hisham sebona eh malu nak datang PAU kali ni. Al-maklumlah...dari nombor 2 dah jatuh no 3 jawatan Naib Presiden. Mano tak malunyo.

Dah lah tompek ketigo, pehtu undi popular (popularity vote) kurang daripado Mukhriz. Kok den la, kompom den buek-buek sakit cam Hisham.

Dan ado sumber bagitau Hisham akan dihontam dan di booo oleh perwakilan kalo dio muncul dalam PAU kali ni.

Jadi untuk jalan selamat, lobih baik rehat kat spital dan diisytihar sakit...

Apo pun den harap moga Hisham copek sombuh; dan bawak-bawaklah beronti merokok tu yor...


PETALING JAYA: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dimasukkan ke hospital pada Isnin untuk menjalani angioplasti. Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya, beliau berada dalam keadaan stabil. Kenyataan itu menyebut, doktor telah mengesan salah satu salur arteri di jantungnya tersumbat ketika melakukan pemeriksaan kesihatan. "Doktor menjalani angioplasti pada pukul 3 petang. "Beliau dinasihatkan untuk berehat di hospital buat masa ini," menurut kenyataan itu.

Blog Archive