Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, June 13, 2014

Najib Harmoni

Berdasarkan Website Population Clock pada 27 Februari 2014 lalu, rakyat Malaysia yang ke 30 juta telah lahir di negara ini.

Pada 31 Ogos 1957, penduduk Malaysia hanya berjumlah 6.3 juta orang sahaja. Tujuh tahun kemudian, apabila Sabah dan Sarawak menjadi sebahagian daripada Malaysia, jumlah rakyat negara ini telah bertambah kepada 10.1 juta.

Kini pada 2014, komposisi berasaskan kaum mencatatkan BANGSA Melayu (54%) dan Pribumi kekal sebagai BANGSA paling DOMINAN aka MAJORITI dengan jumlah peratusan 67.4%, diikuti oleh kaum Cina 24.6% peratus, kaum India 7.3% dan lain-lain 0.7%.

Kita bandingkan pula peratusan komposisi berasaskan kaum daripada senarai AHLI MAJLIS KONSULTASI PERPADUAN NEGARA aka MKPN yang ditubuhkan Najib pada 11 September 2013 sepertimana berikut;

1. SAMSUDIN BIN OSMAN - MELAYU
2. RAMON NAVARATNAM - India
3. LEE LAM THYE - Cina
4. PHENG YIN HUAH - Cina
5. NAPSIAH BINTI OMAR - MELAYU
6. MICHAEL YEOH OON KHENG - Cina
7. JOHAN JAAFAR - MELAYU
8. TAN SENG GIAW - Cina
9. BOON SOM A/L INONG - Siam
10. MUJAHID YUSOF RAWA - MELAYU
11. CLARENCE BONGKOS MALAKUN - PRIBUMI
12. JOHN SIKAYUN - PRIBUMI
13. LIM KOK CHEONG - Cina
14. SAIFUDDIN ABDULLAH - MELAYU
15. ZAINAL ABIDIN BIN HJ ABD KADIR - MELAYU
16. RUGAYAH BT ABDUL MAJID - MELAYU
17. KANTAYYA MARIAPPAN - India
18. DR. MADELINE BERMA - PRIBUMI
19. SURESH KUMAR A/L P GOVIND - India
20. BILSON KURUS @ BELSON BINGKU - PRIBUMI
21. TAN YEW SING - Cina
22. LIM CHEE WEE - Cina
23. LIAW LAM THYE - Cina
24. SADAR JAGIR SINGH - India/Singh
25. MARINA MAHATHIR - MELAYU
26. MOHAMED MALIKI MOHD RAPIEE - MELAYU
27. MOHAMAD ANAS BIN OMAR @ ANAS ZUBEDY - MELAYU
28. WARDINA SAFIYYAH FADLULLAH WILMOT - MELAYU
29. MOHAMAD ARIFF IRWANI BIN AZHARI - MELAYU
30. AUDREY GOH - Cina

Berdasarkan peratusan keahlian MKPN, MELAYU 40% (12 orang), PRIBUMI 13.3% (4 orang), Cina 30%  (9 orang), India 13.3% (4 orang) dan Siam seorang 3.3%.

Jika digabungkan peratusan MELAYU dan PRIBUMI, komposisi keahlian MKPN ini hanya 53.3%, (16 orang) jauh daripada cerminan sebenar komposisi penduduk  MELAYU/PRIBUMI di negara ini iaitu 67.4%.

ADAKAH INI ADIL?

SEPATUTNYA berdasarkan komposisi penduduk di negara ini, sekurang-kurangnya MELAYU/PRIBUMI mestilah berjumlah 20 orang dalam senarai ahli MKPN bagi menyamai peratusan 67.4%, dan bukannya 16 orang sepertimana sekarang.

Cina pula sepatutnya hanya 7 orang saja yang layak menganggotai MKPN, berbanding 9 orang kini.

Manakala India sepatutnya hanya ada 2 orang saja sebagai ahli MKPN berbanding 4 orang kini.

Itu belum diambil kira peratusan orang Islam dalam senarai keahlian MKPN yang SANGAT KETARA PERBEZAANNYA dengan jumlah 62% umat Islam di Malaysia. Hanya 12 orang ahli MKPN yang beragama Islam berbanding 18 orang yang bukan Islam! Tak tolak lagi 2 orang Islam liberal macam Saifuddin dan Marina yang menyebabkan tinggal 10 orang Islam saja wakil dalam MKPN.

Walhal SEPATUTNYA mesti ada sekurangnya 18 orang Islam dilantik sebagai anggota MKPN!!

Patutlah dalam sidang pertamanya, MKPN telah menyalahkan JAIS dan menyokong gereja dalam isu Al-Kitab. Kemudian MKPN menyokong penghapusan ruangan "kaum" dalam borang rasmi kerajaan. Seterusnya MKPN hentam NGO MELAYU yang kononnya extreme.

Terbaru MKPN dan Majlis Peguam adalah 'dalang' di sebalik penghapusan Akta Hasutan 1948 apabila Majlis Peguam telah menyerahkan 3 draf Rang Undang-Undang (RUU) bagi menggantikan Akta Hasutan (Akta 15) iaitu RUU Harmoni Nasional, RUU Perpaduan Nasional dan RUU Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional kepada Jabatan Peguam Negara untuk diteliti.

Majlis Peguam 'diarah' buat draf undang-undang bagi menggantikan Akta Hasutan?..dengan sokongan MKPN yang jelas tidak mewakili SUARA MAJORITI MELAYU dan ISLAM di negara ini?! Najib dah biol ke apa?

Orang Melayu WAJIB ambil tahu mengenai perkara ini. Azril Mohd Amin telah menggariskan 8 sebab mengapa orang Melayu dan Islam PERLU CURIGA dengan RUU Harmoni yang bakal menggantikan Akta Hasutan 1948. Boleh baca selanjutnya sini. Boleh juga saksikan sidang media PEMBELA dan NGO Islam di sini mengenai RUU Harmoni.

Peringkat awal penubuhan MKPN, hinggalah kepada penggubalan draf rang undang-undang bagi menggantikan Akta Hasutan 1948; wakil MELAYU dan ISLAM yang melaksanakannya tidak mencerminkan komposisi sebenar kaum di Malaysia. Jadi bagaimanakah HAK MELAYU dan ISLAM akan dijamin perlindungan seADILnya sedangkan si tukang buat draf pun tak ramai wakil orang MELAYU dan ISLAM???

Akta Hasutan 1948 selama ini melindungi Raja-Raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu dan Hak Istimewa Melayu. Apakah perlindungan kepada perkara-perkara tersebut akan kekal dalam draf RUU Harmoni yang bakal diwartakan? Atau ini cubaan licik sesetengah pihak RAKUS yang cuba menghapuskan legasi MELAYU dan ISLAM di negara ini?

Kita telah menjadi saksi bagaimana Raja-Raja Melayu, agama Islam dan bangsa Melayu di'serang' kiri-kanan depan belakang sejak Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) dan Akta Mesin Cetak 1984 dihapuskan. Malah negara turut diserang dalam kes Lahad Datu dan terbaru apabila kita hilang MH370, juga ramai percaya disebabkan penghapusan ISA.

Adakah bangsa MELAYU dan ISLAM akan menerima nasib sama seperti MH370 sebaik saja 3 Rang Undang-Undang bagi menggantikan Akta Hasutan 1948 diwartakan kelak? Adakah Najib bakal MENGULANGI KESILAPAN SAMA sepertimana ketika dia hapuskan ISA pada 15 September 2011? Adakah Najib masih terlalu bebal untuk faham?

Tampak seolah Presiden UMNO ke-7 ini tergamak menggadai hak agama dan bangsanya sendiri.

Ramai orang Melayu masih lena, tak sedar hak agama dan bangsa sendiri dah nak hilang depan mata dek keliberalan Najib!!


Baca apa yang ditulis Che Det mengenai RUU Harmoni di sini. Sahlah bahawa Najib bakal menjahanamkan bangsa Melayu di Tanah Melayu ini!!

Thursday, June 12, 2014

KJ nak hapuskan kuasa Mahkamah Syariah?!

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengingatkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar agar tidak mengabaikan tugas polis dalam menjunjung kedaulatan undang-undang.

Beliau mengingatkan perkara itu susulan kenyataan Khalid yang mahu mengambil "jalan tengah" dalam kes perebutan hak jagaan anak melibatkan pertembungan kes di mahkamah syariah dan sivil.

"Bagi saya, sebagai ketua Pemuda BN, agensi penguatkuasa mesti menjunjung kedaulatan undang-undang, terutamanya apabila ia jelas," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Beliau ditanya mengenai kenyataan Khalid, yang berhasrat untuk meletakkan kanak-kanak terlibat di pusat jagaan sementara, agar kedua-dua ibu bapa berpeluang melawat anak tersebut.

Khalid merujuk kepada kes M Indira Gandhi dengan bekas suami Muhammad Ridhuan Abdullah di Ipoh, dan juga kes S Deepa terhadap bekas suami Izwan Abdullah di Seremban.

Dalam kedua-dua kes berkenaan, mahkamah syariah dan sivil membuat perintah yang bercanggah antara satu sama lain dan soal hak penjagaan anak – keputusan mahkamah syariah memihak kepada pihak bapa manakala mahkamah sivil memihak kepada ibu beragama Hindu. Selanjutnya sini.

*********

Ayat KJ, "Bagi saya, sebagai ketua Pemuda BN..."

KJ sebut beliau sebagai Ketua Pemuda BN, bukannya UMNO. Jadi apa maksudnya? Tampak seolah KJ mahu polis ikut keputusan Mahkamah Sivil berbanding Mahkamah Syariah. Iya ka???

IGP mahu ambil jalan tengah untuk serahkan anak itu kepada pihak ketiga. Zahid Hamidi pula enggan ulas tindakan IGP tersebut. Jadi apahal tetiba KJ nak campurtangan hal KDN pulak? Apa masalah lu brader?

Adakah KJ cuba nak hapuskan bidang kuasa Mahkamah Syariah yang telah sedia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 121 (1A)?

Pada tahun 1988 Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan memasukkan perenggan 1A. Perenggan 1A ini menghadkan Mahkamah Sivil tidak boleh mencampuri perkara-perkara yang berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Cadangan pindaan tersebut dipelopori oleh Allahyarham Prof. Emeritus Tan Sri Ahmad Ibrahim kerana terlalu banyak campur tangan Mahkamah Sivil terhadap keputusan Mahkamah Syariah, dan campur tangan tersebut telah merendahkan kuasa Mahkamah Syariah disebabkan tertakluk kepada Mahkamah Sivil.

Pindaan itu juga telah dicadangkan sendiri oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad bertujuan untuk memartabatkan Mahkamah Syariah, sekaligus membebaskan Mahkamah Syariah daripada belenggu Mahkamah Sivil.

Jadi bagaimanakah Mahkamah Sivil boleh membatalkan keputusan Mahkamah Syariah yang dibuat mengikut hukum Islam itu? Adakah KJ benar-benar faham tafsiran Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan? Adakah KJ maklum maksud "Islam Agama Persekutuan" dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan?

Perenggan 1A di bawah Perkara 121 menyatakan Mahkamah Sivil tidak mempunyai kuasa terhadap perkara-perkara yang terjatuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Mahkamah Sivil juga tidak boleh mengenepikan atau menolak ataupun tidak menghiraukan apa-apa perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah.

Sejak PRU-12, wujud desakan daripada DAP melalui Lim Kit Siang serta PGayR untuk menghapuskan perenggan 1A di bawah Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan. Kini Ketua Pemuda UMNO/BN juga senada seolah mahukan 'benda' yang sama.

Adakah KJ merasakan Perkara 121 (1A) itu tidak cocok dengan jiwa liberalnya? Atau KJ merasakan perenggan 1A itu sebagai penghalang kepada bukan Melayu untuk kembali menyokong BN?

Tidakkah KJ sedar sejak Perkara 121 (1A) dipinda pada 1988, BN menang majoriti 2/3 setiap kali PRU dengan sokongan Melayu dan bukan Melayu; sehinggalah KJ dan Pak Mertuanya sendiri yang memecah rekod terburuk BN dalam PRU-12!! 

Jadi mengapa KJ tampak terdesak campur tangan perihal Mahkamah Syariah dan Polis? Adakah semata untuk memenangi hati bukan Melayu? Walhal punca sebenar majoriti bukan Melayu tidak menyokong BN di PRU12 dan 13 hakikatnya tiada kena mengena pun dengan isu pertikaian antara Mahkamah Syariah dan Sivil, mahupun Polis!!

Adakah KJ sengaja nak jadi populis di kalangan bukan Melayu? Atau sememangnya KJ spesis yang tak peduli pun akan hal ehwal berkaitan Islam di negara ini?

Manusia jelmaan Anwar seperti KJ ini perlu dihumban segera daripada UMNO sebelum UMNO hancur dirosakkannya dari dalam!!

Monday, June 9, 2014

Allah Makbulkan Doa VAT69



Peristiwa 4 September 1975, Fasa 2 Ops Bamboo 2 ialah bukti Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ketika itu, ialah insan yang kini menduduki takhta Kerajaan dan Pemerintahan Tertinggi Persekutuan Malaysia iaitu DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Al-Haj Abdul Halim juga.

Darah yang membasahi bumi Hulu Perak yang kini tersemadi tubuh insan ini di tanah perkuburan Islam Tapah sebelah sungai berhampiran Masjid Pekan Tapah, yang sering diziarahi oleh kerabat keluarga dan teman sePatrol dan sepasukan, almarhum sedang disirami bunga ingatan umat Melayu yang subur dalam pasukan, Polis Di Raja Malaysia.

Almarhum Zabri pernah ditulis panjang lebar tentangnya dalam blog ini juga. Blog ini yang menjadi "eye ball blog" kepada Pasukan (PDRM) dan VAT 69 yang berpangkalan di Hulu Kinta, Perak, mungkin salah satu elemen menyuburi dan memekari doa-doa agar di suatu hari, umat Melayu iktiraf seorang syuhada yang amat digeruni dan disegani oleh Parti Komunis Malaya.

Semoga seluruh insan yang pernah menabur bakti, menitiskan akan darah, air mata dan keringat dalam pasukan PDRM khasnya VAT69 (iaitu 40 insan kumpulan pertama VAT 69- kini Veteran VAT 69), sehinggalah seluruh ketumbukan pasukan, Pak Sedaro dan para sahabat (yang tidak diundang) merakamkan syukur dan terima kasih kerana Allah pernah menghidupkan dan mematikan "panglima perang yang sifatnya mirip Khalid Al-Walid" dalam PDRM.

Sebuah nukilan yang panjang sebagai hadiah kepada PDRM, khasnya keluarga dan kerabat Almarhum ASP Mohd Zabri bin Abdul Hamid, seluruh kerabat VETERAN VAT69 dan insan yang berkongsi makna "Warisan Darah Perwira";

Ku hadiahkan Al-Fatihah kepada Rasulullah s.a.w., keluarga dan kerabatnya.

Ku hadiahkan Al-Fatihah kepada para Sahabat Baginda dan para Ahli Syurga yang telah mahsyur dan dijanjikan tempat mereka.

Ku hadiahkan Al-Fatihah kepada semua para syuhada, auliya dan seluruh pejuang Islam yang menegak syiar Islam atas jalan-jalan haq dan berjuang membatalkan kebathilan.

Ku hadiahkan Al-Fatihah kepada semua pejuang Islam Bani Malayuwiyah yang sanggup menumpah akan darah mereka sejak pemerintahan Islam mekar 1200M hingga hari ini.

Ku hadiahkan Al-Fatihah kepada Mohd Zabri bin Abdul Hamid yang Allah pilih dari kalangan umat Melayu di Bumi Melayu ini, yang menjadi ikon "Harimau" kepada PDRM.

Ya Allah, jodohMu mentauliah sebuah bintang tertinggi Persekutuan Negara Malaysia ini, ialah paling tepat dalam Sejarah Moden Malaysia.

Ya Allah, moga diKau limpahkan rahmat dan kasih sayang Mu kepada seluruh kerabat dan sahabat Almarhum Zabri yang telah berada di Alam Barkzah dan yang masih hidup adanya.

Wahai seluruh anak Muda, bersemadi Zabri dipusaranya bukan untuk didewa dan dikalung dengan emas-intan permata.

Wahai seluruh anak Muda, jadikanlah pesanan Almarhum Zabri sebagai ubat penawar dan geliga fikir manusia yang cinta kepada nikmat dan faham Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Sesungguhnya Zabri pernah berpesan dan diingati oleh barisan sahabat dalam Patrolnya (hari ini mereka dimamah usia iaitu Haji Ahmad Dahalal, Apot anak Saad, Hamzah, Salahuddin, Haji Suhaimi (patrol sahabat),dan ramai lagi);

"Sayanglah kepada Pasukan"
"Sayanglah kepada Tanahair"
"Taat dan Setia"
"Berdisiplin Tinggi"
"Hormat kepada Yang Senior"

Moga Allah terus-terusan memncucuri rahmat, dan melimpahkan kasih sayangNya kepada Malaysia.

Blog Archive