Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, November 4, 2014

Apa sebenarnya hala tuju Najib?

1. Baru-baru ni Che Det kata dengan berpendapatan tinggi saja tidak akan menjadikan Malaysia negara maju. Che Det menjadikan Brunei sebagai contoh. Che Det juga kurang yakin Malaysia akan mencapai taraf negara maju tahun 2020.

2. Kalau tanya Najib, Idris Jala, Wahid dan Husni..semuanya kata Malaysia akan mencapai status negara maju lebih awal pada 2018. Indikator mereka mudah saja..jika pendapatan perkapita rakyat mencecah RM140 ribu dan KDNK melebihi RM1.5 trillion, maka jadilah Malaysia negara maju berpendapatan tinggi. Errr..

3. Adakah Brunei, Qatar, Kuwait dan Bahrain yang diketahui rakyatnya berpendapatan tinggi boleh dikategorikan sebagai negara maju? Walhal negara-negara ini bergantung kepada hasil minyak dan gas!! Walaupun rakyat di negara-negara maju menikmati pendapatan yang tinggi, namun negara berpendapatan tinggi tidak semestinya adalah sebuah negara maju.

4. Apakah ciri-ciri sebuah negara maju? Iaitu mereka menghasilkan sesuatu dengan nilai yang tinggi. Apa pula contoh sesuatu dengan nilai tinggi? Seperti Mercedes yang boleh transform kereta mereka jadi bot di kawasan berair, seperti Honda yang mencipta robot ASIMO, seperti USA yang mengeluarkan kelengkapan pertahanan mereka sendiri, seperti Rusia yang memiliki roket ke angkasa, seperti UK yang memiliki pelbagai jenama terkenal, seperti Korea yang eksportnya ialah kapal penumpang dan kargo etc. Sekurang-kurangnya itulah yang kita bayangkan sebagai ciri-ciri sebuah negara maju, dan kesemua negara yang dijadikan contoh di atas adalah negara ekonomi berpendapatan tinggi.

4. Mengapa negara-negara tersebut maju? Disebabkan tumpuan diberikan kepada RnD dalam bidang sains dan teknologi. Malah negara-negara tersebut tidak lokek untuk memperuntukkan bajet yang besar setiap tahun dalam sektor terpilih.

5. Negara berpendapatan tinggi dapat menyokong infrastruktur mereka sendiri dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan. Mereka mempunyai kelas pertengahan yang kuat untuk menyediakan permintaan melalui penggunaan kepada ekonomi untuk berkembang. Sebagai kelas menengah yang memacu pertumbuhan, perniagaan perlu berkembang untuk memenuhi permintaan yang mewujudkan keperluan supaya lebih banyak peluang pekerjaan dengan gaji yang lebih tinggi. Ini adalah kitaran kemakmuran yang dinikmati oleh semua negara-negara maju berpendapatan tinggi.

6. Kebiasaannya negara maju memberi lebih kebebasan kepada pengeluar/syarikat tempatan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang diinginkan oleh pelanggan. Oleh itu negara maju akan menyuntik pelbagai insentif dengan penggunaan sumber yang sangat cekap.

7. Berbanding Malaysia, Najib memperuntukkan belanja pengurusan lebih besar berbanding belanjawan pembangunan setiap tahun. Malah bajet Najib hanya tertumpu kepada golongan berpendapatan rendah dan sektor korporat dengan pelaburan besar; disamping banyak meminggirkan kelas pertengahan. Ternyata polisi Najib sangat kontra dengan negara maju lain yang lebih fokus kepada golongan kelas pertengahan untuk memacu perkembangan ekonomi. 

8. Sifir mudah Najib untuk mencapai pendapatan tinggi ialah kerajaan perlu mengenakan pelbagai jenis cukai kepada rakyat dan mengurangkan subsidi bagi menampung kantung kerajaan yang semakin kontang. Jadi adakah Malaysia sedang ke arah menjadi sebuah negara maju, atau hanya setakat sebuah negara berpendapatan tinggi?

9. Berdasarkan penasihat RM7.2 bilion Najib dan PEMANDU, sejak tahun 2009 pendapatan per kapita rakyat telah meningkat sebanyak 42%. Rata-rata rakyat Malaysia telah menjadi lebih kaya dengan RM5,000 dalam tempoh empat tahun. Malah baru-baru ni Wahid pulak cakap yang pendapatan perkapita rakyat Malaysia dah naik lagi 18% menjadikannya RM5,900. Tup-tup masa PRK Pengkalan Kubor, rupanya ada lagi rakyat yang berpendapatan bawah RM300. Data dan statistik jenis apa yang jadi rujukan Wahid? Lagi mahu tipu?

10. Katakanlah kita terima jugalah data yang dibentangkan oleh penasihat RM7.2 bilion Najib dan PEMANDU, tapi adakah ia bermakna bahawa Malaysia adalah sebuah negara ekonomi berpendapatan tinggi? Jawapannya mungkin ya. Soalan seterusnya, adakah ia juga bermakna ekonomi Malaysia dah beralih daripada industri yang berintensifkan buruh kepada ekonomi yang berasaskan teknologi dan pekerja berkemahiran tinggi? Jawapannya tak juga. Adakah ia juga bermakna Malaysia sudah menjadi sebuah negara maju? Dah sah-sahlah TAAKKK!!

11. Cabaran untuk mencapai ekonomi berpendapatan tinggi ialah kemampuan ekonomi tersebut mewujudkan pekerjaan berkualiti dengan pembayaran gaji tinggi, terutamanya bagi mereka yang berkerja buat pertama kali atau berkelulusan menengah dan rendah; bukannya bergantung hanya kepada pekerjaan bergaji rendah yang kini dipenuhi pekerja asing di ladang-ladang, bidang pembinaan dan pembuatan berlandaskan pemasangan sahaja.

12. Pengekalan pertumbuhan ekonomi jangka panjang memerlukan penambahan nilai pengisian pengetahuan sektor pembuatan dan industri perkhidmatan. Kesemuanya ini memerlukan inovasi, teknologi dan keusahawanan baru. Dengan cara ini sahaja kita mampu meningkatkan kadar upah dan gaji melalui penambahan daya pengeluaran. Ini bukan hanya melibatkan peningkatan kemahiran pekerja semata, tetapi perlu memperuntukkan insentif serta institusi yang betul untuk menyokong pertumbuhan penambahan nilai.

13. Polisi Najib dan konsetannya hari ini dilihat terlalu bergantung kepada pembangunan hartanah dan projek infrastruktur untuk merangsang ekonomi. Tidak dinafikan projek-projek tersebut mampu memberi peluang pekerjaan, kontrak kepada pembekal/kontraktor serta menyumbang kepada pendapatan kerajaan melalui cukai; TAPI apa teknologi tinggi atau inovasi yang boleh diperolehi daripada projek-projek ini?

14. Selain Petronas dan AirAsia, berapa banyak syarikat atau jenama Malaysia yang benar-benar berkelas dunia? Adakah wujud produk Malaysia yang digilai 1/3 penduduk dunia seperti Apple dan Samsung? Atau kita sudah mampu mencipta komponen elektronik seperti Jepun dan Korea yang mendominasi 24% nilai eksport dunia? Sedangkan kita yang hanya setakat mampu sediakan tanah untuk kilang Jepun dan Korea beroperasi di negara kita..

15. Hakikatnya 10 orang terkaya di Malaysia adalah 12% lebih kaya daripada 10 orang paling kaya di Singapura. Ini menunjukkan tidaklah sesusah mana nak jadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi. Hanya 'cipta' dua atau tiga orang lagi billionaire dan satukan nilai harta mereka bersama dengan pendapatan seluruh warga pekerja Malaysia, dan seterusnya bahagikan sama rata; maka data bersih akan beri kita pendapatan perkapita tertinggi.

16. Status negara maju tidak akan mampu dicapai dengan hanya mengejar pendapatan perkapita yang tinggi semata. Konsultan RM7.2 billion terbukti GAGAL menyelesaikan masalah. PEMANDU juga terbukti TIDAK MAMPU mengatasi kemelut ekonomi domestik sekian lama. Najib, Idris Jala, Wahid, Husni, Hasan Malek, Ahmad Maslan, KJ, Nazri, Hisham dan Saifuddin etc. sudah pastinya bukan ikon yang boleh diharap untuk menukar status Malaysia kepada negara maju menjelang 2020.

17. Ke mana sebenarnya hala tuju negara ini yang nak dibawa oleh Najib..nak jadi negara maju atau negara berpendapatan tinggi? Jika isu asas rakyat yang berkait dengan Islam, Melayu dan keselamatan negara pun Najib GAGAL menanganinya secara bijak dan tegas, jadi apalah yang nak diharapkan kepada Najib untuk memacu ekonomi Malaysia agar kembali menjadi 'Harimau Ekonomi Asia' serta dicontohi negara Islam dan negara membangun lainnya sebagaimana yang pernah kita nikmati dulu.

18. Jika Najib bukan Perdana Menteri, he's nobody. Tiada siapa akan pedulikannya sama seperti Paklah. Najib bukan seperti Tunku atau Che Det yang walaupun sudah bersara, tetap punya pengaruh dan pengikut. 

19. Jadi apa istimewanya Najib sebagai Perdana Menteri? Apa pilihan yang kita ada?

Saturday, November 1, 2014

Giliran Ku Li 'sound' Najib

Sebelum ni bermacam yang TDM pertikai bagaimana Najib mengurus negara. Terbaru Aziz Syeikh Fadzir minta kerajaan kaji semula peranan PEMANDU. Kemudian Muhyiddin suruh kekal Akta Hasutan. Kini Ku Li pula bersuara..

Nampaknya otai-otai dah pukul gendang. Dijangkakan trend ini akan kekal hingga PAU hujung November nanti. Adakah perwakilan UMNO di PAU 2014 akan turut memalu gendang yang sama? Atau masih lagi mahu menggunakan kipas dan aircond untuk mendodoi Najib. Kita tengoklah nanti setakat mana Najib mampu bertahan..

Ku Li melalui blognya menulis surat terbuka kepada Speaker dan Ahli Dewan Rakyat. Perkara utama yang disentuh Ku Li ialah mengenai ekonomi dan Bajet 2015. Walaupun surat Ku Li tu panjang, kami cuma nak hilite perkara penting yang disentuh Ku Li dalam suratnya itu;

1. Saya percaya kesan buruk akibat cadangan Belanjawan ini akan dirasai oleh kelas menengah, para graduan dan pekerja baru serta kumpulan berpendapatan daif.

2. Perspektif ekonomi kini menunjukkan bahawa negara kita menuju ke arah yang salah. Hala pergerakan ekonomi masakini mungkin tidak dapat dipertahankan. Sekiranya ia tidak dibendung dan diatasi, kita mungkin terjerumus ke kancah krisis yang kita tidak perlu dan amat susah diatasi. Ia juga akan membebankan rakyat jelata serta mengancam keamanan, kemakmuran dan keselamatan negara kita.

3. Berkenaan dengan pengurusan fiskal negara oleh kerajaan, kemungkinan saat genting dicetuskan oleh kejatuhan ekonomi luaran seperti jatuhnya nilai Dolar AS atau kemungkiran pembayaran hutang oleh badan-badan peminjam yang dijamin kerajaan akan mengakibatkan ketahanan kewangan kita terjejas. Secara kasarnya, ketahanan untuk sesuatu tahun (samada ia boleh dibiayai oleh keluaran semasa serta dengan aliran masuk kewangan asing bersih) ialah jumlah hutang kerajaan (pada 2014 lebih kurang RM41 bilion) serta pinjaman perniagaan dan pinjaman isirumah tertunggak (sekarang berjumlah RM1,273 bilion) – yang berjumlah RM1,314 bilion – hendaklah tidak melebihi lima kali ganda jumlah hasil kerajaan (iaitu 5 X RM225 bilion = RM1,125 bilion). Jelas di sini garis panduan ini telah dilanggar!

4. Sebahagian besar defisit kerajaan dan jumlah hutang negara terlalu banyak yang menyusahkan pinjaman seterusnya (debt overhang) timbul melalui belanjawan pengendalian serta perbelanjaan cukai untuk menyokong penggunaan bagi mencapai pertumbuhan; umpamanya melalui pemberian BR1M dan juga untuk membiayai gaji sektor awam, subsidi dan pencen. Peruntukan berdasarkan penggunaan ini bersama dengan subsidi makanan dan tenaga tinggi kepada industri dan kepada umum demi menanggung permintaan terkumpul dengan sendirinya tidak dapat dipertahankan. Perbelanjaan sebegini rupa untuk menggalakkan ekonomi tidak menambah peningkatan kapasiti melalui pelaburan yang perlu untuk mengukuhkan pertumbuhan ekonomi masa depan. Tetapi dalam masa lima tahun lepas Kerajaan masih lagi menyuntik wang untuk memacu ekonomi pump priming bagi menampung pertumbuhan hasil yang lemah yang merangkumi eksport. Saya rasa adalah lebih baik peruntukan ditujukan untuk mengembang sektor pertanian untuk tujuan menampung keselamatan makanan (food security) dan membendung pengaliran keluar tukaran asing melalui import makanan. Ini lebih bermanfaat bagi mendokong sarahidup rakyat sewaktu kecemasan ekonomi.

5. Masalah yang dihadapi kewangan awam kita lebih melibatkan peruntukan perbelanjaan dan bukanlah mengenai hasil. Umpamanya, kenaikan kos perbelanjaan tetap sektor awam tidak seharusnya menjejaskan peruntukan pembangunan. Ini penting terutamanya kerana masih banyak lagi diperlukan untuk membangun kedudukan ekonomi Sabah dan Sarawak dari segi penyediaan prasarana sosial dan kemudahan asas berbanding dengan negeri-negeri di Semenanjung. Bahagian peruntukan kemudahan asas ini kian merosot degan bertambahnya belanjawan pengendalian. Peruntukan pembangunan yang melebihi 30 peratus satu dekad dulu sekarang merosot menjadi hanya lebih kurang 15 peratus daripada jumlah cadangan belanjawan 2015. Dengan pendedahan oleh Ketua Audit Negara mengenai pembaziran, perbelanjaan boros, kerugian tidak bertanggung jawab, ketidakcekapan mutlak serta amalan rasuah tegar kecilan dan besar-besaran, kita sebagai rakyat biasa dan pembayar cukai seharusnya dimaafkan sekiranya menunjukkan kemarahan tanpa had terhadap keadaan ini.

6. Kenaikan kos sarahidup merupakan isu ekonomi paling mendesak sekarang. Kenaikan harga berkaitan pengangkutan, kuasa elektrik, bahan makanan dan lain-lain akibat kesan tali temali (knock-on effect) menyebabkan kenaikan tekanan terhadap kos sarahidup yang dihadapi rakyat. Walau masalah ini dirasai oleh semua orang tetapi kesannya lebih terasa oleh kumpulan pendapatan kelas menengah dan rendah berbanding kelas sosial yang lain. Sebab utama berlakunya kenaikan harga adalah kerana bekalan tidak mencukupi. Di samping itu permintaan naik mendadak. Maka itu kita harus berusaha terus untuk meliberalkan ekonomi. Kita harus pantau kos tenaga elektrik dan pastikan rakyat biasa mampu menggunanya. Begitu juga dengan kos tol jalanraya. Ia perlu dikaji semula bagi maksud mempastikan kenaikan kos, sekiranya tidak dapat dielakkan, mestilah berpada. Jikalau kos tidak dapat dielak, umpamanya berkaitan harga tol, kerajaan hendaklah mencari jalan supaya rakyat tidak terbeban. Dari segi lain, kita perlu timbang kembali pengeluaran lebih banyak lesen, lebih sedikit kuota dan menjalani serta melaksana perniagaan dengan lebih mudah khususnya bagi perniagaan serta perdagangan kecil dan sederhana.

7. Kos perumahan semakin meningkat di pusat perbandaran utama dan harga rumah kian mahal disebabkan permintaan oleh pelabur luar dan tempatan. Ini bukan hanya untuk hartanah mahal tetapi juga daripada kumpulan kos rendah. Walaupun terdapat Rancangan Perumahan Prima 1Malaysia, rumah termampu kini luar daripada kemampuan graduan baru dan kelas menengah rendah yang menghadapi kemungkinan menganggur ataupun pekerjaan bergaji rendah dengan hutang sekeliling pinggang. Maka itu saya ingin melihat kerajaan, melalui Bank Negara, mengkaji semula rancangan pinjaman perumahan swasta oleh bank perdagangan bagi rumah berharga di bawah RM250,000 didasarkan kepada pembayaran perkhidmatan (service fee) sebanyak empat peratus dan tidak berdasarkan faedah atau bunga (compound interest) terkumpul. Kaedah ini selari dengan pembayaran yang dikenakan ke atas pinjaman perumahan kerajaan.

8. Besar kemungkinan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Goods and Services Tax – GST) pada tahun depan akan menambahkan lagi tekanan terhadap kos sarahidup walaupun kesannya sekali sahaja dan ia diserap oleh keseluruhan sistem ekonomi. Demi melegakan beban kewangan rakyat yang semakin meningkat, mungkin GST ini boleh ditangguhkan sehingga keadaan ekonomi meningkat ke tahap yang lebih kukuh dan kuat. Adalah diharapkan perkembangan ekonomi pada waktu itu akan tumbuh pesat dengan kadar jangka panjang. Dan sekiranya cukai ini perlu juga dilaksanakan, adalah diharap kadarnya dicongak semula.

9. Selain itu, saya amat bimbang akan hutang peribadi dan hutang kekeluargaan yang kini menjangkau paras mencemaskan pada tahap 87 peratus KDNK. Keadaan ini disebabkan pinjaman-pinjaman perumahan, kereta dan pelajaran selain daripada hutang kad kredit dan bayaran balik penggunaan peribadi (melalui Ar-Rahnu atau Ah-Long) yang melonjakkan nisbah pembayaran balik hutang hamper 30 – 40 peratus daripada pendapatan isirumah. Keadaan ini telah mempercepatkan kadar kemuflisan peribadi dan menyebabkan tekanan mental di kalangan keluarga.

10. Barang diingat bahawa kebanyakan pesara kerajaan dan sektor swasta sentiasa bergelut dengan serba kekurangan dalam usaha mereka menghadapi kos sarahidup yang semakin meninggi dengan wang pencen dan simpanan KWSP terhad.

11. Lebih buruk lagi, samada akibat dasar kerajaan atau tidak, taburan kekayaan negara, seperti dijangka, amat condong sekali. Kekayaan 10 peratus isirumah terkaya di Malaysia melampaui jumlah nilai 70 peratus isirumah terkebawah. Di samping itu, lebih kurang 12 peratus daripada isirumah Malaysia tidak mempunyai kekayaan langsung. Hakikatnya ialah kekayaan satu peratus teratas mengatasi jumlah nilai 40 peratus isirumah terkebawah dalam tahun 2012.

12. Walaupun terdapat kritikan di dalam Dewan serta kritikan oleh masyarakat umum dan media terutamanya media sosial, pemimpin Kerajaan langsung tidak hirau akan keretakan di dalam ekonomi kita dengan sikap endah tak endah di mana setiap tahun belanjawan meremeh remehkan masalah yang memerlukan penyelesaian.

13. Saya amat takut akan keadaan ekonomi kita ini. Kita sebenarnya memerlukan reformasi ekonomi bersungguh-sungguh dan penyesuaian institusi menyeluruh dalam usaha kita mengaturkan sistem ekonomi supaya rakyat selamat daripada ancaman dan tekanan ekonomi dalaman dan ancaman krisis ekonomi global.

Boleh baca secara terperinci di sini.

p/s: Nampaknya, semakin lama Najib memerintah..semakin teserlah kerendahan inteleknya. Elok turun jelah Najib..

Thursday, October 30, 2014

KeBAHALOLan Ketua Pemuda BN

Minggu memangkah dan memilih calon Ahli Parlimen Belia idaman Kj. 

Kj sibuk menonjolkan diri dengan kerja kuat sambil tercangkung di semak belukar dengan Rejimen AW 508. Sementara ado yang sibuk menjadi Ahli Parlimen Belia. Elok budak Ahli Parlimen Belia tidak tauliah ini, ditanyo perihal Akta 668 kaitannya dengan Akta 335, Akta 82, Akta 88, Akta 15 dan Perlembagaan Persekutuan 1957.

Sementara ada satu kelompok lagi ialah Felo Perdana (Apperantis sebagai Pegawai Khas kepada Anggota Pentadbiran di Pejabat YB Menteri di semua Kementerian). Sementara ada satu kelompok promo Fit Malaysia, sementara ada satu kelompok kempen jaga tembolok Kj.

Kini Kj kelihatan agak dominan berdasarkan pandangan umum, pengikut diari para Menteri. Namun banyak langkah "durjana" menjadi pilihan dan amalan Kj dalam Kerajaan Persekutuan:

1. Kenyataan "...tak apa, jika pegawai menteri itu tidak menyokong BN atau bukan orang BN. Yang penting dia profesional dalam tugasannya..."

2. Kenyataan "...kita bantah dan mengecam gerakan menjadikan kampus UM sebagai alat politik peribadi..." (Sepatutnya Kj cakaplah lebih GAMPANG seperti "Kita akan cari jalan supaya penganjur ditahan dan ditangkap mengikut peruntukan terkandung dalam Akta Hasutan dan perihal Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan ... dan kita nampak betapa daifnya politiking Saudara Anwar Ibrahim ...")

Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua Pemuda BN paling "tak bertolo" dan "Bangang" sebab tidak memberi penumbuk sulung kepada Gerakan dan kelompok politik Kiasu dan Kalinga yang dilihat BIADAB. Sama ada kelompok dalam BN mahupun DAP.

Makin lama Pemuda UMNO dibawa ke arus Liberalisme dan Pluralisme, kerana aktiviti seperti:

1. Oktober Fest yang telah dibantutkan oleh Azmin Ali, "tak dipancut" oleh Pemuda.

2. 'I want to touch a dog' berlaku nyata di Shah Alam, "bacul bonar" Pemuda.

3. Gerakan berkampung LGBT yang khabarnya dirancang pada 28 dan 29 Oktober 2014 di Putrajaya, "tak dibahalol" oleh Pemuda.

4. Sukaneka Bogel Pantai di Teluk Bahang, beberapa bulan lalu juga "bolayan" oleh Pemuda.

Ini mungkin bala dan bahana Allah kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia paling BODOH dalam Sejarah Politik Melayu:

1. Hadir merasmi dan melancar buku tulisan Dr, Jeya di DUMC, PJ. (Dewan yang mana menjadi saksi proses pemurtadan Melayu kepada Kristian).

2. Model kulit depan makalah metroseksual sekitar tahun 2009 lalu.

Kelak dijangkakan banyak insiden dan program Liberal dan Plural (yang bakal diPEKAK dan diBUTA) oleh PEMUDA. Antara yang mungkin berlaku;

1. Kempen bogel beramai-ramai di Dataran Merdeka.

2. Kempen nikmati Bak Kut Teh sempena Krismas di Datara Merdeka.

3. Perarakan Ratu Cantik Babi Dunia di KL.

4. Kelab Seks 6 bintang merayakan Jubli Perak.

5. Siaran Azan dikompromi daripada diperdengarkan dalam Bandaraya Kuala Lumpur.

6. Wujud Daratan LGBT di Changkat Pavilion, KL.

7. Promo besar-besaran Bubar 88 dan 82.

8. Promo besar-besaran Hari Arak Sedunia atas tiket Hak Asasi Manusia, bawah Prinsip Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

9. Kongres Kaji Semula Perkara 153 dan Perkara 152.

10. Simposium relevankah Perkara 3 dan Perkara 32 dalam sebuah makna Demokrasi Dunia hari ini?

11. Bertebaran maklumat palsu melalui android, telefon pintar sebagainya yang mengundang kepada provokasi melampau, kesan daripada pembatalan Akta 15. Implikasi kecerdikan kontemporari!

Moga Allah ampunkan rakyat Bumi Melayu.

Blog Archive