Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Saturday, May 31, 2008

When will KJ make his move?

(Excerpt from Malaysia Today by Raja Petra)

The Team B of Mahathir, Daim, Najib, Muhyiddin, Ali, Shafiee, Rahim, Shahidan and Mukhriz outguns Abdullah ten to one though. They can easily raise billions of Ringgit to swamp Abdullah’s meagre RM500 million that he has put together to finance the coming Battle Royale. Money versus money, Abdullah will lose. And, from the looks of it, it is going to be all about money.But Abdullah has a secret weapon to make up for this lack of money. And this secret weapon goes by the name of Ezam Mohd Nor who was paid RM2 million to return to Umno. Ezam will head the revamped Anti-Corruption Agency, which will emerge an independent commission with powers to prosecute. And his first task is to open files on Mahathir, Daim, Najib, Muhyiddin, Ali, Shafiee, Rahim, Shahidan and all those others aligned to Team B who are plotting the downfall of Team A. Yes, many are soon going to see the inside of the Sungai Buloh Prison. Soon there will no longer be any space in the Sungai Buloh Prison for the likes of Raja Petra Kamarudin and his fellow Bloggers.

Well, Ezam indeed made news when he rejoined UMNO. Ezam, once a potential leader in UMNO back in 1998 when he was the Deputy Head Division of Petaling Jaya Selatan at the age 0f 29 years old. He was also the Political Secretary of Finance Minister, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ironically, when Ezam rejoined UMNO, the Political Secretary of Finance Minister, Datuk Reedzal Merican was at the press conference in which Pak Lah announced that Ezam is back in UMNO. Did he has any way made way for Ezam to rejoin UMNO? On the other hand, the next day, Dato' Sri Najib said that it is up to the UMNO MT to decide weather to accept Ezam or not in UMNO.
Sometimes, media do make blunder. Utusan Malaysia reported that Ezam is ready to contest if he is nominated for the Head Youth post and the next day, Ezam denied the report. One person who is happy and welcome Ezam back in the party's fold is nevertheless the candidate for the Presidency post, namely Tengku Razaleigh. He believes in the stature of a person like Ezam can make UMNO progress further.

Funnily, Khairry Jamaluddin has not make any news of late. Is he planning to do something that will eventually make him popular in the inner circle of the party or is he just lying low, waiting for the right time to resurface. As one politician said, one week is too long in politics.

P/S - Will be reunited with paneh, cacing merah, sontoloyo among others tonight to discuss what will contributors of paneh miang do to ensure the popularity of this blog, as Tun Mahathir's blog has reached 1 million visitors in just a month.

Friday, May 30, 2008

Beras

Aku betul-betul bengang dengan kenaikan harga beberapa barangan keperluan harian. Nampak sangat tiada kerjasama di antara dua kementerian iaitu KPDNHEP pimpinan Shahrir Samad dan Kementerian Pertanian pimpinan Mustafa Mohamed walaupun mereka ini berada di bawah satu kepimpinan(kerajaan).

Bagi aku langsung tiada keberkesanan dan kesungguhan daripada pihak pelaksana dasar ( kakitangan kerajaan) di dalam menangani masalah menangani kenaikan harga barang....apa engkau semua ni makan gaji buta ke?????

Gaji dan berbagai imbuhan telah diterima dan yang terbaru sekali ialah umur persaraan dilanjutkan ke 58 tahun tetapi langsung tak nampak sumbangan mereka dalam perkara ini. Penduduk kampung dan rakyat macam aku ni terus dibebani dengan kenaikan harga barangan keperluan harian contohnya beras yang terus menerus naik tanpa ada apa-apa sekatan. Aku percaya, kerajaan tidak mampu berbuat apa-apa seandainya kakitangannya sendiri tidak menjalankan tugas dengan baik dan ikhlas walaupun disuapkan dengan pelbagai imbuhan dan keistimewaan.

Kalau kita tengok dari segi penguatkuasaan terlalu lembab dan tidak efisien seolah-olah mereka ni tak buat kerja langsung.Persoalannya berapa ramai penguatkuasa yang ada? Daripada KPDNHEP, Kem. Pertanian, Kastam, Polis dan berbagai lagi agensi kerajaan yang lain bagi aku pasti tiada masalah untuk mencari punca kekurangan barangan keperluan harian ini.

Kalau kita tengok dan kaji, setiap negeri ade berapa ramai bilangan penguatkuasa????
Berapa buah kilang dan gudang yang dilesen, kemana stok yang dihantar? Yang mana bagi aku pemantauan ke atas lori-lori yang mengangkut barangan ini perlu dilakukan dengan terperinci.
Inilah gunanya perlaksana dasar bukan hanya untuk naik gaji dan imbuhan lain semata-mata.

Mungkin ramai kakitangan kerajaan yang Pak Lah jaga sangat ni adalah mereka yang bekerja dengan kerajaan tetapi menyokong pakatan pembangkang. Langsung tidak tahu bersyukur dan ingatlah sikit rezeki yang kau bagi anak bini engkau makan tu halal ke haram hukumnya kalau tak ikhlas buat kerja. Orang-orang seperti inilah yang telah menidakkan hak golongan yang menyokong kerajaan untuk bekerja dalam jabatan kerajaan. Bangkang kerajaan sikit punya kuat, gaji nak naik aje, nak kerja sampai mati tapi kerja tak mau buat......lu fikirlah sendiri...

Thursday, May 29, 2008

TANAH MELAYU MILIK SIAPA?

Assalamualaikum…

Kata pembangkang:

1. Melayu tidak berhak mendapat keistimewaan kerana mereka bukan warga asal Tanah Melayu

2. NEP wajar dihapuskan kerana tidak memberi hak samarata kepada kaum bukan Bumiputera

3. Kontrak sosial tidak pernah wujud di Malaysia

Untuk menjawab persoalan2 ini, wajar untuk kita mengetahui dan memahami susur galur sejarah pembentukan Malaysia. Bermula dari Tanah Melayu, kemudian Malaya, kemudian Malayan Union, Kemudian Tanah Melayu Bersekutu dan akhirnya Malaysia yang kekal sehingga ke hari ini. (p/s: Perkataan Malay tidak pernah hilang)

Tidak perlu untuk saya menulis panjang tentang sejarah pendudukan orang Melayu di Tanah Melayu…Cukup untuk saya nyatakan di sini, seawal kurun ke 5 (atau mungkin lebih awal) bahagian semenanjung yang mengajur ke arah selatan dan letaknya di tenggara benua Asia dengan mempunyai kawasan yang luas iaitu di utaranya mulai dari Segenting Kra hingga kepada pulau Singapura di selatannya telah diiktiraf oleh sejarah sebagai TANAH MELAYU. Pendudukan orang2 Melayu di Semenanjung Tanah Melayu (STM) bermula sebagai pendatang dan kemudiannya menetap dan membina kerajaan yang maju. Negeri2 di STM dibuka oleh orang2 Melayu yang berhijrah dari Sumatera. Ketika itu semua negeri2 ini berada di bawah taklukan kerajaan Sriwijaya, kemudian di sambung oleh Majapahit. Sehinggalah akhirnya pengaruh dua kerajaan Hindu ini hilang dengan kedatangan Islam ke TM. Setelah berakhir penaklukan dua gergasi ini, negeri2 di STM di tadbir oleh raja2 yang akhirnya menerima Islam sebagai agama baharu anutan orang2 Melayu kekal sehingga ke hari ini. Malah, Kedah dikatakan antara negeri terawal menerima Islam.

Orang2 Melayu memang terkenal sifatnya sebagai pelayar juga pedagang yang hebat. Pada awal pendudukan orang2 Melayu di STM, mereka hanya tinggal di pesisir2 pantai, berdagang dan belayar. Sehinggakan terbentuklah sebuah empayar baru iaitu empayar Kesultanan Melayu Melaka (yang diasaskan pada tahun 1400 oleh Parameswara) yang di akui kehebatannya dalam bidang perdagangan dan perniagaan antarabangsa. Sehinggakan Melaka menjadi pelabuhan antarabangsa, tempat berlakunya pertukaran barang2 dagangan dari seluruh dunia. Menjadi persinggahan pedagang2 antarabangsa. Maka tidak salah untuk saya katakan betapa orang Melayu sudah lama bersifat global. Duarte Barbosa pernah berkata, "Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia" (He who is lord of Malacca has his hand on the throat of Venice.) Selepas Parameswara memeluk Islam pada tahun 1414 melalui perkahwinannya dengan puteri Pasai, Melaka juga mula terkenal sebagai pusat perkembangan Islam, ilmu dan budaya di Asia tenggara. Bermula dari situ lah Melayu mula dikenali sebagai sebuah bangsa yang hebat. Pada ketika ini, hubungan diplomatik dengan Cina telah pun dimulakan oleh Parameswara.

Selain Melaka, raja2 Melayu lain juga tidak kurang terkenalnya, seperti Johor, Selangor dan sebagainya...Ini kerana STM adalah sebuah bumi yang sangat kaya dengan sumber alam. Dari setinggi2 banjaran titiwangsa sehinggalah ke dalam2 Laut Cina Selatan.

Kehebatan dan kekayaan bumi inilah yang telah menarik minat Koloni Barat. Bermula dengan Portugis, kemudian Belanda, Inggeris, dan Jepun dari Asia, mereka semua datang hanya dengan satu matlamat yang padu:mangaut keuntungan dan kekayaan bumi kita. Pelbagai taktik dan mekanisma mereka gunakan, secara kasar, perang mahupun secara halus (tipu daya, janji2 kosong, rasuah dsb).

Penaklukan Inggeris adalah yang paling memberi kesan kepada kita semua orang2 Melayu dan juga bangsa2 lain yang telah dibawa masuk oleh penyangak British demi memuaskan nafsu rakus merampas hak dan harta di bumi kita. Melayu dan bangsa2 lain iaitu Cina dan India dijadikan sebagai ‘British Subjects’ iaitu rakyat British berada di bawah pimpinan Ratu Elizabeth. Dan kesan ini masih kita rasakan sehingga ke hari ini. Kerana kelaknatan British lah, kita rakyat Malaysia berbalah sesama sendiri. Membuka ruang kepada pihak asing yang sekian lama menunggu peluang seumpama ini...

Maka. berdasarkan fakta2 sejarah di atas, bolehkah Melayu dikira sebagai pemilik asal Tanah Melayu? Bagaimana pula dengan Cina dan India? Siapakah mereka? Dari manakah asal mereka?.....ikuti sambungannya di dalam artikel bertajuk JUS...

Blog Archive