Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, April 10, 2008

Menangani Agenda Asing

Ahli-ahli politik, badan-badan bukan kerajaan dan pertubuhan sosial telah mengemukakan pandangan berkenaan isu Hindraf. Kebanyakannya mendesak kerajaan agar mengambil tindakan tegas ke atas pertubuhan ini, terutamanya ke atas pemimpin mereka agar ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Jadi aku ingin mengajak pembaca menilai isu ini dari perspektif yang berbeza dan rasional tindakan pemimpin Malaysia menangani perkara ini dengan pendekatan berhemah.

Presiden UMNO pernah memaklumkan dalam persidangan UMNO sebelum ini bahawa Perhimpunan Agong UMNO dipantau oleh Israel. Kenapakah Israel bergitu berminat pada parti yang menjadi tonggak kerajaan ini? Pada ketika gerakan reformasi melanda negara pada 1998, ramai pegawai-pegawai tinggi Amerika Syarikat berlumba-lumba memberi sokongan kepada pihak yang melakukan demonstrasi seperti Al-Gore, William S.Cohen dan Elliot Abrams yang dikenalpasti sebagai Yahudi. Kita kena merenung sejenak kenapa mereka begitu berminat dengan negara ini.

Sebelum ini demonstrasi dilakukan oleh pertubuhan yang menggelarkan diri mereka sebagai Bersih yang mengatakan sistem pilihanraya di Malaysia tidak adil dan terbaru adalah Hindraf yang menuduh kerajaan Malaysia melakukan penghapusan etnik. Berita berkenaan demonstrasi oleh dua pertubuhan ini mendapat liputan meluas di media massa luar negara yang menggambarkan seolah-olah kerajaan Malaysia autokratik yang zalim terhadap rakyatnya. Persoalannya, adakah ini merupakan agenda pihak luar yang menjadi dalang kepada demostrasi-demonstrasi jalanan ini untuk menghuru-harakan Malaysia. Adakah ini suatu rancangan yang diatur oleh pihak luar, agar negara menjadi tidak stabil dan mereka akan mengambil kesempatan datang ke negara kita untuk ‘membantu’ menstabilkan negara ini sepertimana yang berlaku kepada Iraq. Umum mengetahui bahawa kejatuhan Iraq bukan hanya disebabkan serangan Amerika Syarikat semata-mata, tetapi disebabkan huru-hara yang ditimbulkan oleh rakyatnya dan hilangnya kepercayaan kepada kerajaan yang memerintah.

Malaysia merupakan antara negara Islam termaju di dunia, pengerusi kepada pertubuhan negara-negara Islam, menjadi suara kepada negara-negara membangun dan lantang mengkritik negara maju yang sering menekan negara lemah. Faktor-faktor ini memungkinkan Malaysia turut menjadi perhatian dan minat pihak-pihak luar yang mempunyai agenda, agar Malaysia berada di bawah telunjuk mereka. Masyarakat akan mengatakan apalah yang ada pada Malaysia, sebuah negara kecil yang tidak mempunyai kekuatan seperti negara maju yang lain. Namun kita perlu maklum, sejarah membuktikan kehebatan sesebuah negara bukan bergantung kepada saiznya, tetapi kepada pengaruh serta kepintarannya dan ini terbukti dimiliki Malaysia.

Jika kita melakukan analisis terhadap berita-berita semasa, kita akan sedar wujudnya pertubuhan yang digerakkan atas nama demokrasi, dialoq terbuka dan sebagainya yang melaungkan propaganda berkenaan korupsi, nepotisme, rasuah dan ketidakadilan. Perlu dikaji siapakah yang berselindung disebalik pertubuhan-pertubuhan ini. Mereka berkemungkinan menjadi dalang kepada demostrasi-demostasi jalanan yang sering berlaku akhir-akhir ini. Apabila rakyat terpengaruh dengan dakyah yang dibawakan oleh mereka, maka akan hilanglah kepercayaan terhadap kerajaan yang mereka sendiri pilih dan mudahlah pihak-pihak yang berkepentingan ini melaksanakan aganda mereka. Mereka tidak perlu menjajah sesebuah negara itu untuk memilikinya, cuma perlu mengangkat pemimpin yang sealiran dengan mereka untuk menjadi boneka yang boleh diperalatkan. Perkara inilah yang perlu kita beri perhatian dan berwaspada agar tidak berlaku di negara ini.

Kaum Melayu yang beragama Islam perlu ada sifat gerun dalam diri mereka terutama apabila melihat keadaan yang berlaku kepada negara-negara Islam lain seperti Iraq, Palestin, Iran dan Syria. Orang Melayu perlu mempersoalkan diri mereka adakah kita tidak akan menjadi seperti negara tersebut. Apakah natijahnya jika orang Melayu selaku penduduk majoriti Malaysia tidak mengambil peduli akan perkara ini. Adakah jika kita dijajah, kaum minoriti seperti India dan Cina tidak akan menerima kesannya?

Justeru kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bersama-sama mengekalkan perpaduan agar kestabilan, keamanan dan kedaulatan yang dikecapi dapat dipertahankan tidak hanya setakat 50 tahun sahaja. Harus diingat akan sejarah semasa berlakunya peristiwa 13 Mei dahulu, pihak luar tidak campur tangan kerana Malaysia tidak punya apa-apa ketika itu dan keadaan pasti berbeza jika perkara yang sama, yakni rusuhan kaum berlaku pada masa kini. Ia tidak sama seperti kita menangani isu Al-Qaeda, Al-Maunah ataupun gerakan reformasi sebelum ini. Pendekatan berhemah pemimpin Malaysia dalam menangani isu sebegini perlu mendapat sokongan rakyat dan bukannya seperti mencurahkan minyak ke dalam api.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive