Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, July 30, 2008

Gabra

MCA tidak membantah penggabungan UMNO dengan Pas selagi ia tidak melibatkan pindaan terhadap Perlembagaan Malaysia atau menggugat keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini. Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, MCA juga akan terus menyokong Barisan Nasional (BN) sekiranya penggabungan tersebut tidak mengetepikan perasaan dan pendirian parti-parti komponen yang lain.

Dalam kelantangan sebahagian kaum bukan Melayu yang banyak mempertikaikan Hak Istimewa Melayu (Perkara 153) dan Bumiputera (Perkara 161A) akhir2 ini; nampaknya masih ada bukan Melayu yang gerun dengan ura2 penggabungan UMNO dan PAS. Orang bukan Melayu di Malaysia patut merasa gundah kerana jika orang2 Melayu mula bergabung, maka orang bukan Melayu pasti menjadi ‘mangsa’.

Kawasan parlimen majoriti Melayu/Bumiputra Islam di Malaysia ialah 154. Bayangkan jika UMNO dan PAS bergabung dan mereka memenangi di semua 154 kawasan parlimen, sudah tentu mereka akan menjadi pemerintah utama kerana memiliki kerusi lebih 2/3 (148 kerusi) di dewan rakyat. Jika perkara ini menjadi kenyataan, maka kali pertama dalam sejarah hanya orang Melayu berkuasa menggubal perlembagaan persekutuan sepenuhnya.

Pada masa itu pastilah kaum bukan Melayu akan menjadi golongan yang ‘rugi’. Mungkin orang Cina yang memiliki 45 kawasan majoriti parlimen boleh ‘bernafas’ namun tidak bagi kaum India yang langsung tiada kawasan majoriti kaum India di parlimen. Harus diingat bahawa kerusi parlimen yang diberikan kepada kaum India sebelum ini adalah kawasan majoriti Melayu yang diberi semata2 atas ehsan orang2 Melayu. Jadi, nasihat aku kepada kaum bukan bumiputra, jangan cuba bermain dengan api jika anda sendiri tidak pasti bagaimana untuk memadamkannya. Jangan pertikaikan apa sahaja yang dipersetujui dalam Kontrak Sosial jika anda belum bersedia menghadapi realiti yang pahit.

4 comments:

  1. Assalamualaikum Paneh,

    Memang inilah saat yang kita SEMUA tunggu-tunggukan: Penyatuan UMNO-PAS. Adakah ianya akan jadi realiti atau tidak, WaAllahuAlam, tetapi ura-ura ke arah itu sudah mula kedengaran, Alhamdulillah.

    MCA memang sporting dan akur bahawa hal ini akan merubah corak pemerintahan kuasa Melayu yang lebih kuat. Dan memang benar selama ini kerusi MIC adalah kerana kebertolakansurnya UMNO atau orang Melayu kepada kaum India.

    Ini tidak dapat dinafikan sesiapa pun. Dan ini Bukan rahsia.
    Beginilah kita orang Melayu bertolak ansur dengan kaum lain sejak Merdeka. Malah pada MCA pun kita beralah dan beri ia bertanding pada kawasan majoriti Melayu semata-mata kerana semangat setiakawan.

    Sebab itu, mentang-mentanglah kali ini PR memerintah janganlah orang Cina dan India dari DAP dan PKR lupa bahawa orang Melayulah yang telah menyebabkan adanya suara wakil mereka di Parlimen sejak Merdeka. Janganlah UMNO dipandang dari sudut negatif dan sebagai musuh politiknya sahaja.

    Mungkin suara suara wakil rakyat Cina dan India itu tidak diwakili dari DAP atau PKR tetapi mereka tetap bangsa Cina dan India dan merekalah yang banyak memperjuangkan untuk kaum masing masing.

    Dan janganlah PR hendak mendabik dada sangat. Anda beruntung kerana memang tampuk pemerintahan yang anda terajui ini semuanya telah tersedia ada. Tinggal nak buat kerja sahaja.

    Kami orang Melayu tidak suka diganggu gugat hak kami sebab kami telah banyak bertolak ansur dalam berbagai bidang dan aspek demi keamanan semua kaum. Bukan kami nak mengungkit tetapi inilah kebenarannya sejak Merdeka.

    Semua kaum tidak perlu Gabra jika UMNO geng dengan PAS, tidak ada apa yang perlu dibimbangkan. Kami orang Melayu akan tetapi macam tu jugak, pasti akan tolong menolong juga dengan semua bangsa di Negara kita yang tercinta.

    Buat baik berpada pada buat jahat tidak sekali.

    ReplyDelete
  2. sebelum ini memang takde masalah rasanya tentang perpaduan kaum kat malaysia ni...semuanya sentiasa bertolak ansur...tetapi sejak anwar ibrahim cuba untuk mengambil alih kuasa politik di malaysia, si keparat ni telah menggunakan isu perpaduan demi meraih undi bukan melayu...dia lah yang telah menyebabkan berlaku perpecahan dan salah faham di malaysia...di tambah pula dengan sikap lembik abdullah badawi, lagi la teruk jadinya keadaan...sebab tu lah kumpulan hindraf, bersih dan segala macam perangai buruk dan tak bertamadun mula dipamerkan oleh rakyat kita yang pada asalnya sangat cintakan keamanan...Anwar telah menghasut rakyat Malaysia dengan fahaman 'matlamat menghalalkan cara'...kerana itu ada kelompok yang merasakan tindakan demonstrasi adalah baik, membakar bendera adalah usaha murni, menghina lagu kebangsaan dan undang2 tertinggi negara adlaah dibenarkan dan sebagainya lagi...

    sebab itu kita semua mesti terus berusaha dan mengekalkan perjuangan yang dibawa oleh bapa2 kita yang terdahulu walaupun kita akan di keji dan dimaki oleh mereka yang sudah dibutakan mata dan hati, dan dipekakkan telinga oleh dakyah politik kotor anwar ibrahim dan pemimpin2 UMNO yang korup.

    ReplyDelete
  3. apakah kedudukan orang islam disisi Allah SWT yang terang-terangan menentang usaha perpaduan di kalangan orang islam?

    Jemput baca posting terbaru saya.

    ReplyDelete
  4. atok memang berdoa agar ini merupakan satu titik pertemuan semula kesefahaman antara MELAYU agar ketuanan MELAYU yang selama ini cuba di perkotak katikkan oleh mereka yang tidak sedarkan diri. Di bori kek orang menumpang toduh, habih kampung kita nak di bajak eh. Tomasuk lah Brader Nuar tu. hak sendiripun nak dibori kek orang.

    ReplyDelete

Blog Archive