Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, December 16, 2008

Orang India pun Lupa Juga..

Tamadun India merupakan antara tamadun yang terbesar dalam sejarah dunia. India boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kawasan India Utara dan India Selatan. Pergunungan Vindhya telah menjadi sempadan yang memisahkan antara dua kawasan ini. Masyarakat India Utara dikenali sebagai Indo-Arya manakala masyarakat India Selatan pula dikenali sebagai Dravida. Masyarakat Indo-Arya menggunakan Bahasa Sanskrit manakala masyarakat Dravida menggunakan bahasa Tamil untuk berkomunikasi.

Walaupun masyarakat India telah mengamalkan ajaran Hindu sejak berkurun lamanya namun pada zaman awalnya agama Buddha turut mempengaruhi corak kehidupan mereka. Agama Hindu dicatatkan sebagai tidak mempunyai pengasas dan bersifat semulajadi (namun anda boleh rujuk dalam http://pekembar.blogspot.com mengenai asal usul agama Hindu). Tamadun India pada zaman dahulu tidak mempunyai institusi agama yang berpusat, namun kepercayaan serta ajarannya telah diwarisi sejak turun-temurun.

Terdapat 4 peringkat dalam tamadun masyarakat Indo-Arya iaitu Politeisme, Henoteisme, Monoteisme dan Monisme. Perkataan Hindu dikatakan berasal dari nama Sungai Sindhu iaitu Indus yang juga dikenali sebagai Sanata Dharma iaitu "peraturan kerohanian yang kekal abadi". Agama Hindu mempunyai Tuhan Tiga Fungsi iaitu Mencipta (Brahman), Memelihara (Vishnu) dan Membinasa (Siva). Ajaran Hindu turut terbahagi kepada 6 aliran iaitu Saivisme, Vaishavisme, Sakhtam, Ganapathym, Kaumaram dan Saura. Aliran ini telah didominasi oleh golongan Brahmin yang juga digelar 'agamawan' sejak bermulanya Empayar Maurya.

Masyarakat Hindu percaya kepada hukum karma (yang pastinya bersamaan tajuk lagu kumpulan Wings), iaitu mengenai peri pentingnya kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati. Kepercayaan kepada kelahiran semula adalah bergantung kepada karma serta tujuan hidup bagi memeperolehi 'moksya' yang bermaksud mereka tidak akan lahir lagi sekiranya telah mencapai tahap kebebasan mutlak iaitu bersatu dengan tuhan. Agama Hindu mencapai tahap kegemilangannya semasa Zaman Gupta (320-520 Masihi). Wujud juga ajaran agama Vedik pada zaman itu yang mementingkan lima konsep yang saling berkaitan iaitu; Brahman, Atman, Karma, Samsara dan Moksya di dalam tamadun ini.

Tamadun India turut merekodkan dua kerajaan pada peringkat awal ketamadunnya iaitu kerajaan kecil dan besar (600-320 SM). Kerajaan kecil tidak mempunyai raja dan saling hidup berpuak, manakala kerajaan besar pula memiliki serta diketuai oleh seorang Raja seperti Kerajaan Kashi, Kosala dan Maghada. Raja bagi kerajaan besar mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahannya yang turut diperkukuhkan melalui upacara ritual. Raja bagi masyarakat Hindu bersifat suci dan harus dihormati walau apa jua cara oleh rakyat jelata. Brahmin dan golongan Kesatria dilantik untuk menjadi penasihat kepada Raja. Sistem kasta dicatatkan bermula pada zaman pemerintahan Raja. Gelaran Raja pula telah bertukar kepada Maharaja apabila Maurya disatukan menjadi empayar (321-185 SM). Empayar ini mencapai zaman gemilangnya pada 273-232 sebelum masihi sehinggalah tamatnya perang saudara pada ketika itu. Keamanan dan kedamaian telah menjadi teras kepada pemerintahan dan birokrasi berdasarkan kasta dalam pentadbiran telah diperkenalkan serta diamalkan kemudiannya.

Apa yang ingin saya tekankan disini ialah mengenai masyarakat Hindu di Malaysia terutamanya kumpulan pelampau Hindraf yang telah melupakan ajaran agama mereka sendiri. Kumpulan ini bukan saja menderhaka, bahkan lebih mengagungkan Queen of England berbanding Raja mereka sendiri di Malaysia ini. Banyak poster-poster Ratu England telah dipamerkan oleh para penyokong Hindraf dalam siri demonstrasi mereka sebelum ini. Tindakan mereka jelas sangat bertentangan dengan prinsip Rukunegara yang ke-2 iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara. Jika benar seperti ajaran Hindu bahawa Raja itu bersifat suci dan perlu dihormati oleh kaum India walau apa jua caranya, maka tindakan yang dibuat oleh puak pelampau Hindraf jelas membelakangkan ajaran agama mereka.

Ajaran Hindu yang seharusnya mementingkan keamanan dan kedamaian telah dicabul oleh sebahagian kaum India di Malaysia apabila mereka kerap mencetuskan huru-hara dan konflik terhadap Raja dan orang-orang Melayu. Konflik yang dicetuskan bukan sahaja oleh golongan Hindraf malahan oleh kaum India dalam Majlis Peguam, para pemimpin India dalam parti politik sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang, serta segelintir kaum India yang extreme terhadap orang Melayu. Mereka tidak lagi peduli tentang keamanan dan kedamaian tetapi lebih suka berkonfrantasi untuk mencapai keinginan peribadi.

6 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Memang kita mudah lupa. Sebagai manusia tak kira siapa, sama sahaja.

    Adalah tidak baik menyanjung Raja atau Pemerintah Negara lain sedangkan kaki kita memijak di bumi Malaysia.

    Kalau susah sangat hidup di Malaysia baik juga berhijrah sahaja ke sana. Semua orang HAPPY.

    ReplyDelete
  2. Kalau nak sanjung sangat raja dan pemerintah negara lain... "Rakyat -rekyat beta sekelian, berambuslah rakyat -rakyat semua dari negara Malaysia ini" dengan perintah Diraja.....

    ReplyDelete
  3. Kaum india di Malaysia ni makin lama besar kepala.tak cukup ke lagi dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan pada kaum india.
    Satu lagi timbul NGO kaum india ni Jaringan Rakyat Tertindas(JERIT)Tak tahu lah apa yang mereka ditindas.Tak cukup makan lagi ke tinggal di Malaysia.Konon buat gempak satu malaysia dengan kayungan basikal yang mempergunakan kanak-kanak.
    Memamg lah kata orang bangsa yang berkulit gelap ni memang bawa masalah pada negara.Tak ada cara lain ke nak seleai masalah.

    ReplyDelete
  4. Den memang setuju bona ngan ulasan nih dan jugo yang kenokan cino.
    Patuit kah umat umat yang di bawak olih ingeris kapado Tanah Melayu di samoratokan ?
    Lupo keduo duo umat di buiek buiwek kan dopan orang Melayu.
    Jaman dulu tak ado lupo lupo ni.
    Jaman Lah ,semonjak 2004 sudah menjadi jadi.
    Jambatan Bosi,Batu kikir.
    arjuna waspada

    ReplyDelete
  5. kepada kaum hindarf yang tidak sedarkan diri tu, den cumo nak ingatkan bahawo dulu kau orang tu diletakkan di estet-estet menjadi buruh, paling tinggi pangkat kau orang cumo mador, bagaimano kau orang ditindas dek mat saleh. den masih ingat di tiap-tiap estet mat salleh ado menyediakan kedai todi. bomakno hidup kau orang cumo pagi eh motong gotah dan potang kopalo kau orang mesti weng dek todi. jadi kalau kok takdo ehsan orang melayu dan jugo parti perikatan dulu dan barisan nasional sekarng ini, yang pasti sami tu pangkat paling tinggi eh hanyolah setakat mandor jo

    ReplyDelete
  6. It agree, rather the helpful information

    ReplyDelete

Blog Archive