Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, June 19, 2009

Akhirnya terlaksana jua

Aku amat bersetuju atas kenyataan TPM merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam menentukan bilangan subjek yang boleh diambil oleh pelajar dalam SPM. Kalau kita lihat sejak dulu lagi seolah-olah tiada kawalan tentang bilangan subjek yang boleh diambil oleh seseorang pelajar dalam SPM.

Sudah tentu ianya lebih adil kepada para pelajar di sekolah berasrama penuh kerana mereka hanya boleh mengambil 10 subjek sahaja rentetan kekurangan tenaga pengajar bagi subjek tambahan yang lain. Berbeza dengan para pelajar aliran agama yang berkesempatan untuk mengambil 3-4 subjek tambahan berkaitan agama yang tidak mampu dilaksanakan di kebanyakan sekolah berasrama penuh yang lain.

Selain itu, pihak Kementerian seharusnya turun ke sekolah-sekolah berasrama penuh seperti Tun Fatimah, TKC, Tun Fatimah, SDAR, MCKK etc. untuk membuat kajian mengapa subjek agama Islam di sekolah-sekolah elit seperti ini agak kurang memberansangkan berbanding subjek-subjek yang lain. Apakah disebabkan oleh pelajar-pelajarnya kurang cerdik atau tenaga pengajarnya yang tidak efektif.

Berkemungkinan, di dalam subjek-subjek teras seperti sains, matematik dan lain-lain, murid-murid ini telahpun disediakan dari awal oleh ibubapa dengan menghantar mereka ke kelas tuisyen semasa masih di peringkat rendah berbanding matapelajaran tambahan yang lain. Kalau inilah sebabnya matapelajaran agama Islam agak ketinggalan berbanding matapelajaran yang lain, maka kekurangan tenaga pengajar subjek tersebut di sekolah-sekolah berasrama penuh perlu dikaji semula.

Dewasa ini kita sering dilaporkan bahawa kebanyakan sekolah berasrama penuh mengalami kemerosotan dalam keputusan peperiksaan. Adakah ini disebabkan oleh murid-muridnya yang lembab atau guru-gurunya terutama di dalam subjek agama Islam yang lemah? Lu fikirlah sendiri.

8 comments:

  1. Subjek Agama Islam dipinggirkan kerana kesuntukan masa Malaya mengejar impian wawasan 2020 yg lbh mementingkan SAINS DAN MT...lihatlah apa sudaj jadi..???? sepatutnya subjek agama Islam menjadi salah satu syarat wajib lulus dan m/p wajib diambil olh calon peperiksaaan sama UPSR, PMR, SPM, STPM dan menjadi menjadi salah satu pililhan wajib lulus dan ambil di U....ini baru ada keseimbangan ilmu dunia dan ilmu akhirat....matlamatnya, utk kesejahteraan diri sendiri.....tanpanya.....lihat kini apa yg terjadi..........

    kadang2 calon ambil subjek agama semata2 nak tambah bilangan credit lulus saja...seolah2 tiada peranan apa pun..sebenarnya sudah lama org pertikaikan benda ni, tp siapa nak dengar????? yg karut-marut tu cepat jer dilaksanakan, tp hasilnya, habuk pun tarak.....bukan kita tolak ilmu dunia, namun kejar dunia kuat mana pun akhirnya AGAMA juga akan di bawa ke akhirat nanti....jd seimbangkan lah demi untuk anak2 kita, bukan utk kita yg dah terlepas ini......

    ReplyDelete
  2. org klate

    kawe rasa sebab paling utama kerajaan hadkan 10 subjek kerana pelajar cemerlang SPM tahun 2008dapat kepada pelajar kelantan yg kita ketahui beliau dari keluarga yag miskin.

    oleh kerana yg cemerlang itu asal dari kelantan yg diperintah oleh PAS san dapat mengatasi calon spm amalina dari Johor maka TPM rasa tercabar dan buatkan syarat 10 subjek saja.

    cuba tuan bayangkan jika yg berjaya itu datang dari johor ke datang dari negeri BN maka 30 subjek pun boleh.... itulah yg terfikir dalam fikiran sya sekarang semua ytindakan diambil oleh kerajaan mungkin kepentingan politik.

    cuma yg sebenarnya berlaku ialah sejauh mana markah atau % kelulusan utk membolehkan seseorg itu mendapat A, kalau 75% sudah dapat A kawe pun kalu belajar semula 20 A pun kawe boleh dapat.

    masa kawe belajar dulu nak dapat A kena 90% ke atas sebab itu dapat satu A pun dah bangga. sekarang 1 A apa barang, cikgu pun tak pandang.IPTA awam lagilah tak pandang yg pandang IPTA swasta yg dah ore tahu matlamat utama mereka adalah keuntungan semata-mata kerana IPTA di letaka dibawah akta syarikat yg mengambil kira soal pulangan kepada pelabur mereka.

    oleh itu kawe menyeru kepada kerajaan pastikan matapelajaran yg diajar disekolah betul-betul melambangkan araha tuju rakyat malaysia utk mencapai wawasan 2020 dan pastikan peratus kelulusan utk dapat A kena tinggi dan berkualiti.

    I' M SORI

    ReplyDelete
  3. Ya..itulah yang aku maksudkan, UMNO/BN hanya nampak kesungguhan membina tamadun yg besar dan tinggi demi kemajuan duniawi...mereka melupakan atau sengaja buat2 lupa pelajaran agama...cuba anda lihat dan buat perbandingan, kelas2 tuisyen di merata2 tempat, subjek apa yg ditawarkan, semuanya subek teras sekolah, amat kurang yg mengajar subjek agama apatah lagi kelas pengajian agama..seolah2 jika nak belajar agama pd anak2 kita ko rang pandai2 lah...aku sokong org Kelate cakap..(soal politik juga perlu diambil kira kan....)mereka UMNO/BN memang pentingkan kemajuan yg maha hebat....sampai terlupa subjek agama dipentingkan juga sebgmana subjek sains yg lain...kita kena tahu dan sedar, bhw jika sst subjek itu DIWAJIBKAN lulus, maka pelajar dan ibubapa akan bermatian-matian untuk anak mereka lulus dlm subjek tertentu itu...kalau sekadar nak jd pelengkap saja, maka usaha hanya ala kadar saja, spt subjek agama...kesian agama kita ni...!!nak dengar komen PRO UMNO plak...

    ReplyDelete
  4. al-quran itu sains dan sains itu al-quran. dasar kerajaan murabitun adalah bertekun di dalam rubah dan pinggirkan kajian sains. hanya tumpukan kpd pengajian agama semata2. akibatnya andalusia jatuh, eropah keluar dari zaman gelap dan negara2 islam sehingga kini tiada kekuatan nak melawan kristian, yahudi dan barat. kena pijak sejak tahun 1492. mungkin umat islam patut bergembira!

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  5. Kita tidak pertikaikan subjek lain khususnya berkaitan SC dan MT....Anon 4:40 PM seolah2 cuba memutar belitkan persoalan pokok...memang betul org barat dan Yahudi maju kerana sains, tp lihatlah akhlak mereka...hancur lebur...adakah itu yg nak ditiru oleh malaya??? cuba lah buat adaptasi sikit, kemajuan dlm sains dan teknologi diutamakan namun matapelajaran agama juga diwajibkan lulus untuk kesejahteraan..kita nak lahirkan saintis yg hebat, tp dlm masa yg sama juga beliau mempunyai jati diri islam yg kuat, kita nak lahirkan ramai saintis, profesioanl namun dlm masa yg sama org2 ini berjiwa islam yg teguh,...barulah tiada kerosakan, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, barulah islam dipandang tinggi...ini nak jd spt barat, boleh!! tp lihat lah kemusnahan kini..ini baru api kemusnaahn yg kecil akibat tiada asaa agama yg kukuh, tp mgkn tak lama lg api kemusnahan ini akan membesar dan membakar semuanya, akibat tiada lg akhlak dan jati diri islam dlm jiwa umat islam sendiri....inilah bila agama disisihkan dlm hidup...allah pasti murka dgn sikap sebegini lalu lihatlah senario menakutkan keruntuhan aklhlak umat islam kini , kerana malaya terlalu mengejar untuk menjadi BARAT......

    ReplyDelete
  6. Penetapan 10 subjek didalam SPM itu penting.Ini bagi memastikan keadilan bagi memohon sebarang biasiswa kerajaan pada masa akan datang.Berpandukan subjek bagi satu-satu bidang yang dipilih.Nanti tidaklah timbul aku dapat 16A tapi tak dapat biasiswa.Persoalannya subjek apa dan bidang apa yang dipohon.Tidak timbul kalau negeri itu terdapat murid yg dapat 16A negeri ini tidak,maka harus subjek didalam SPM itu ditetapkan.Itu fikiran singkat namanya.Kalau nak diikutkan Pelajar pelajar pantai timur ini dah lama menikmati quota dari segi kemasukan dan kelulusan akedemik dari zaman razaleigh hamzah hingga kini.
    Apa yg penting keadilan dlm memproses satu satu permohonan tak kiralah masuk universiti kie biasiswa ke atau apa2 sajalah.Dan yang lebeh utama peranan guru-guru terutamanya disekolah2 berasrama penuh.Kerana kalau pelajar2 ini tinggal bersama ibu bapa dirumah .Apa2kekurangan dan kegagalan para pelajar ,ibu bapa dipersalahkan.Bagaimana pula apabilapelajar2 ini berada disekolah berasrama penuh.Memang patut guru2 dipersalahan sebab atas faktor2 berikut.
    1.Bagi melahirkan insan cemerlang dari mula seawal lima atau enam tahun.Ibu bapa telah berkorban banyak masa ,wang ringgit serta tenaga bagi melahirkan pelajar2ini.
    2.Satelah berbelas2 tahun pengorbanan ini,maka lahirlah insan2 cemerlang ini.Melalui pepereksaan UPSR.Dan satelah Dibuat pemilihan dan kalangan yang terbaik dari yang paling terbaik kalau pun tidak keseluruhannya.Tapi majoriti adalah yg cemerlang.
    3.Pelajar2 cemerlang ini serahkan keasrama penuh dibawah pengawasan guru2 yg kononnya terlateh dan terbaik dari kalangan yang terbaik.
    Tapi apa berlaku?Pelajar yg cemerlang yg kurang sedikit atau tak mempunyai peluang keasrama penuh terus berada dan tinggal bersama ibu bapa akan terus digilap dan menjadi pelajar yg lebeh cemerlang .Melalui usaha ibu bapa yg terus membantu anak2nya.Bagaimana pula guru-guru yang yg dipertanggung jawabkan keatas pelajar2 diasrama penuh tadi.Satelah menerima imbuhan berupa wang gaji yg banyak dari kerajaan hasil dari jerih payah raayat.Apakah setimpal sumbangan pd. pelajar2 ini yg diberi olih guru-guru.
    Ini bolih dinilai dari keputusan pepereksaan semesta,tahunan,PMR dan SPM.Sekolah-sekolah berasrama penuh terutamanya yg bertaraf Elit Konon saperti TKC,MCKK,TUN Fatimah ,Seri Puteridan lain2 semakin merosot kalau dibandingkan dengan sekolah2 harian dan sekolah asrama penuh yg lain.Perbandingan juga bolih dibuat ketas subjek yg bukan teras saperti Ugama islam ,sejarah ,geo dan lain2.
    Apa yg penting adalahpengawasan lebih ketat dari pihak kementerian.Tidak menyimpan guru-guru terlalu lama disatu2 sekolah tersebut,hanya guru terbaik dan commited sahaja yg dihantar mengajar kesekolah sekolah ini.

    ReplyDelete
  7. Penetapan 10 subjek didalam SPM itu penting.Ini bagi memastikan keadilan bagi memohon sebarang biasiswa kerajaan pada masa akan datang.Berpandukan subjek bagi satu-satu bidang yang dipilih.Nanti tidaklah timbul aku dapat 16A tapi tak dapat biasiswa.Persoalannya subjek apa dan bidang apa yang dipohon.Tidak timbul kalau negeri itu terdapat murid yg dapat 16A negeri ini tidak,maka harus subjek didalam SPM itu ditetapkan.Itu fikiran singkat namanya.Kalau nak diikutkan Pelajar pelajar pantai timur ini dah lama menikmati quota dari segi kemasukan dan kelulusan akedemik dari zaman razaleigh hamzah hingga kini.
    Apa yg penting keadilan dlm memproses satu satu permohonan tak kiralah masuk universiti kie biasiswa ke atau apa2 sajalah.Dan yang lebeh utama peranan guru-guru terutamanya disekolah2 berasrama penuh.Kerana kalau pelajar2 ini tinggal bersama ibu bapa dirumah .Apa2kekurangan dan kegagalan para pelajar ,ibu bapa dipersalahkan.Bagaimana pula apabilapelajar2 ini berada disekolah berasrama penuh.Memang patut guru2 dipersalahan sebab atas faktor2 berikut.
    1.Bagi melahirkan insan cemerlang dari mula seawal lima atau enam tahun.Ibu bapa telah berkorban banyak masa ,wang ringgit serta tenaga bagi melahirkan pelajar2ini.
    2.Satelah berbelas2 tahun pengorbanan ini,maka lahirlah insan2 cemerlang ini.Melalui pepereksaan UPSR.Dan satelah Dibuat pemilihan dan kalangan yang terbaik dari yang paling terbaik kalau pun tidak keseluruhannya.Tapi majoriti adalah yg cemerlang.
    3.Pelajar2 cemerlang ini serahkan keasrama penuh dibawah pengawasan guru2 yg kononnya terlateh dan terbaik dari kalangan yang terbaik.
    Tapi apa berlaku?Pelajar yg cemerlang yg kurang sedikit atau tak mempunyai peluang keasrama penuh terus berada dan tinggal bersama ibu bapa akan terus digilap dan menjadi pelajar yg lebeh cemerlang .Melalui usaha ibu bapa yg terus membantu anak2nya.Bagaimana pula guru-guru yang yg dipertanggung jawabkan keatas pelajar2 diasrama penuh tadi.Satelah menerima imbuhan berupa wang gaji yg banyak dari kerajaan hasil dari jerih payah raayat.Apakah setimpal sumbangan pd. pelajar2 ini yg diberi olih guru-guru.
    Ini bolih dinilai dari keputusan pepereksaan semesta,tahunan,PMR dan SPM.Sekolah-sekolah berasrama penuh terutamanya yg bertaraf Elit Konon saperti TKC,MCKK,TUN Fatimah ,Seri Puteridan lain2 semakin merosot kalau dibandingkan dengan sekolah2 harian dan sekolah asrama penuh yg lain.Perbandingan juga bolih dibuat keatas subjek yg bukan teras saperti Ugama islam ,sejarah ,geo dan lain2.
    Apa yg penting adalahpengawasan lebih ketat dari pihak kementerian.Tidak menyimpan guru-guru terlalu lama disatu2 sekolah tersebut,hanya guru terbaik dan commited sahaja yg dihantar mengajar kesekolah sekolah ini.

    ReplyDelete
  8. Sedihnya.......

    apabila ada yg mengatakan matapelajaran agama tidak penting sehingga tidak tersenarai dlm 10 matapelajaran utama. Maaf jika bersepsi dr tulisan itu bhw gambarannya kpd agama islam itu sbg rendah. Mungkin juga teorinya jika matapelajaran agama diwajibkan merupakan suatu dakwah kpd yg bukan beragama islam, suka atau tidak org bukan islam akan mempelajari agama islam. tapi praktiknya adakah boleh sedemikian? bolehkah nak dipaksa seluruh org bukan islam mempelajari agama islam? dimana pendekatan firman yg mafhumnya tiada paksaan dlm agama?. timbul pula idea, bg yg bukan beragama islam mrk mempelajari ajaran agama masing2. maknanya nanti kerajaan kena beri peruntukan kpd subjek agama itu, peruntukan utk melantik guru2 agama kristian, budha dan hindu. peruntukan utk membina tempat2 ibadat spt gereja, tokong dan kuil disekolah2 sbgmn peruntukan utk membina surau disekolah. Makanya kerajaan membantu dakwah islamiah atau dakwah agama yg lain? inikah yg kita mahu???

    Rasa2nya lebih baik mata pelajaran agama itu tidak dimasukkan sbg subjek utama krn khuatir anak2 melihat agama islam hanya utk peperiksaan shj sedangkan kemuliaan dan ketinggian agama islam itu mengatasi segala-galanya. tiada yg tinggi selain agama islam. alangkah indah jika agama islam itu dihayati dlm erti kata yg sebenar. yg penting bg agama islam ialah penghayatan bukan peperiksaan.

    Jika ibu bapa sedar akan kepentingan agama islam didiklah anak2 dgn didikan islam. hantarlah anak2 ke pondok2 pengajian agama. hari ini tlh ada institusi yg mengajar ilmu dunia dan ilmu akhirat. tp yg malangnya terdapat institusi yg bertopengkan agama. menggunakan agama islam sbg modal utk berniaga dan lebih malang apabila ada pihak yg menggunakan institusi pengajian agama ini utk kepentingan politik. anak2 bukan hanya diajar agama malahan diberat dgn ajaran politik. oleh krn politik tadi maka tertanam diminda anak2 akan kebencian terhadap pihak yg berlawanan politiknya. dan yg sedihnya oleh krn politik, anak2 diajar menjadi ekstrim dlm perbuatan dan pemikiran. semuanya itu pula dikatakan demi agama.

    entahlah..... wallahua'lam.

    ReplyDelete

Blog Archive