Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, October 19, 2009

Jawatankuasa Kabinet Belia? MPBN? Sebagainya!

Gagasan 1 Malaysia kini disambut dengan dodoian 1 Belia 1 Malaysia! Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Pertama ialah YAM YAB Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, telah awal lagi memberi gambaran kepada Kementerian ini tentang keperluan sebuah Lembaga Pengawasan Peringkat Tertinggi Negara dalam Sektoral Pembangunan Belia.

MPBN mula diberi nyawa oleh Jemaah Menteri pada tahun 1971. Antara yang terpanggil dalam senario program kepimpinan belia ialah Program Kapal Belia Asia Tenggara/Jepun bermula tahun 1974. Ini merupakan hasil kepada perundingan peringkat Ketua-Ketua Kerajaan Negara Asean yang aktif ketika itu yakni Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina dengan penglibatan Jepun sebagai Negara Sumber Penganjuran. Masa berlalu, demikian juga evolusi pimpinan Menteri Belia dan Sukan.

Beberapa hari lalu, Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Shabery Cheek menyuara pandangan untuk mencadang kepada Kabinet Malaysia mewujudkan fakulti Jawatankuasa Peringkat Kabinet Mengenai Pembangunan Belia. Siapa pula yang akan menyertai Jawatankuasa ini? Sudah pastinya para Menteri yang berkenaan dalam pembangunan yang cocok dengan belia?

Pak Sedaro membaca secara halus bahawa keperluan mewujudkan Majlis Perundingan Belia Negara sebagai Parlimen Belia sudah cukup BERKESAN jika anatomi MPBN diberi roh oleh YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri yang secara sejarahnya pernah MENDUDUKI jawatan MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA.

Terlalu banyak Jawatankuasa yang TIDUR tidak berguna, Ahmad Shabery. Ramai ahli dalam Jawatankuasa semasa PUN masih TIDUR LENA. Apalagi dengan ketumbukan baru MPBN 2009/2010 yang disertai oleh penyanyi dan sebagainya. Jangan nanti "lempar batu sembuyi tangan".

Kementerian Belia dan Sukan kena desak agar Belanjawan dan Peruntukan RMK-10 diberi dan disusun secara berkesan kepada KBS. KBS ialah organisasi yang tidak memberi pulangan material kepada Kerajaan Malaysia, tetapi pulangan ASET MANUSIAWI yang berguna dan berilmu. Banyak sudah tulisan Pak Sedaro yang boleh Ahmad Shabery "cilok" jiko dio cordik ataupun kuncu-kuncunya di Pejabat Menteri 'cerdik'.

Paling penting untuk tahun 2010 hingga 2020, apakah jangka 10 tahun ini boleh membina jurusan baru kepada 60% populasi Malaysia? Jika diberikan RM2 billion kepada KBS, maka RM20 billion diperlukan untuk menjana sektoral pembangunan Belia Malaysia dalam kohort 2010-2020. Fikirkan, Ahmad Shabery Cheek.

1 comment:

  1. hi every person,

    I identified paneh.blogspot.com after previous months and I'm very excited much to commence participating. I are basically lurking for the last month but figured I would be joining and sign up.

    I am from Spain so please forgave my speaking english[url=http://submityournewsie.info/forum].[/url][url=http://siwhatweknow.info/].[/url][url=http://evsportsnews.info/].[/url]

    ReplyDelete

Blog Archive